Rabu, 7 Mac 2018

BAGAIMANA BIBIR HITAM DAN KERING TERJADI? INI PENYEBAB MASALAH BIBIR DAN CARA MENGURANGKAN BIBIR KERING DAN KEMBALI MERAH.




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Masalah bibir kering, kusam dan hitam bukan sahaja dialami oleh kaum wanita tidak terkecuali kaum lelaki.

Antara punca kekeringan bibir ialah kurang air dan diet yang kekurangan nutrient selain cara hidup yang tidak sihat.

Penggunaan bahan kosmetik termasuk pencuci muka yang terkena bahagian bibir, penggunaan gincu dan alat kosmetik lain dibibir termasuk lip balm yang mengandungi bahan petroleum dan bahan kimia keras termasuk punca kepada masalah bibir hitam, kering dan lebam.

Penggunaan penghawa dingin, angina dari kipas atau alam sekitar, turut mengeringkan bibir. Pelbagai factor lain termasuk merokok dan pengaliran darah yang tidak lancar turut menyebabkan masalah bibir hitam dan kering ini.
Seiring factor usia dan antioksidan yang semakin menurun, bibir lebih mudah kelihatan kering dan pucat.

Antara petua turun temurun bagi mengatasi masalah bibir pucat, kering dan hitam ialah penggunaan sapuan madu dibibir pada waktu malam sebelum tidur.

Pastikan pemilihan madu asli bukan proses dan tanpa campuran gula atau bahan lain yang disapu dibibir kerana kajian menunjukkan di pasaran 90% madu yang dijual adalah tiruan.

Untuk anda yang ingin mendapatkan produk rawatan bibir asli dari madu asli mentah dan campuran bahan makanan lain yang membantu melembabkan bibir, merawat bibir, mencegah bibir kering dan mengurangkan bibir lebam dan pucat anda boleh mencuba LIPS TREATMENT VS LIPS TINT dari set RED LIPS yang di ilhamkan dari bahan makanan.

Ia diperbuat dari bahan makanan yang selamat. Namun oleh kerana ia adalah dari 100% bahan makanan asli makan ia bukan produk tahan lama seperti produk komersial.

Berikut ialah 10 fakta-fakta mengenai LIPS TREATMENT VS LIPS TINT dari RED LIPS set yang perlu anda tahu sebelum berniat mengamal dan menggunakan produk ini.


1. Diperbuat dari madu mentah, maka anda harus berhati-hati dengan makanan yang tidak sesuai dimakan bersama madu seperti buah tembikai jika anda memakai produk ini pada waktu siang. Ini dikecualikan jika anda hanya memakai produk ini diwaktu malam sebelum tidur.


2. Produk Lips Treatment VS Lips Tint sesuai dipakai pada bila-bila masa, dengan syarat ia tidak dicampur dengan produk mengandungi bahan kimia sintetik lain seperti gincu bibir, lips balm, lips gloss dan sebagainya. Anda harus memakai ia sahaja tanpa produk lain, jika tidak adalah disyorkan anda memakai Lips Treatment VS Lips Tint ini pada waktu malam sebelum tidur sahaja.


3. Lips Treatment VS Lips Tint ini sesuai digunakan sebagai sapuan pada bibir sebagai lips tint. Anda harus memakai ia berulang kali untuk mendapatkan warna merah sebenar.


4. Tidak perlu risau jika anda ingin menikmati makanan, anda boleh terus menikmatinya kecuali makanan itu mempunyai kesan lain jika dicampur madu seperti tembikai atau ubat-ubatan tertentu.


5. Penggunaan jangka masa panjang dan konsisten produk Lips Tint VS Lips Treatment ini akan membantu bibir anda kembali merah dan lembab. Ia memerlukan masa panjang bukan pantas kerana ia bermula dari merawat. Pemberhentian produk bibir kimia akan mempercepatkan kesan pemulihan dan mencantikkan bibir.


6. Oleh kerana ia adalah produk semulajadi tanpa pewarna sintetik, tanpa perasa tiruan, tanpa pewangi, tanpa penahan dan tanpa pengawet, produk ini hanya tahan selama 2 bulan sahaja. Anda perlu meletakkan produk ini didalam peti sejuk untuk tahan lama.

7. Produk Lips Tint Vs Lips Treatment tidak boleh tidak dibuka penutupnya lebih dari 3 hari. Ini kerana untuk pengeluaran gas, bimbang roll on ia meletup keluar kerana proses penapaian atau proses semulajadi itu sendiri. Anda harus pastikan ia dibuka setiap hari, elakkan dari cuaca panas, sebaiknya ia diletakkan dalam kawasan berhawa dingin seperti didalam pejabat. Jika anda bekerja diluar adalah tidak disyorkan anda membawa lips tint vs lips treatment ini dikawasan luar. Anda digalakkan menggunakan lips tint vs lips treatment ini pada waktu malam sahaja. Ini kerana cuaca panas akan menyebabkan kesan fermentasi lebih cepat dan produk mudah rosak dan botol juga berisiko pecah oleh kerana kuasa dan keadaan panas.

8. Jika anda bekerja dipejabat, atau kereta anda bertinted gelap dan berpenghawa dingin yang kuat, Lips Tint VS Lips Treatment ini tidak berisiko beruap , anda boleh menggunakan ia dimana sahaja sebagai lips tint menggantikan gincu dan pelembab bibir anda.

9. Lips Tint VS Lips Treatment ini diperkenalkan dalam botol 10 ml namun isian produk ini dalam 3 - 4ml sahaja. Ia boleh digunakan selama 2 bulan dan insyallah mencukupi walaupun anda menggunakan ia setiap hari. Isian produk ini tidak boleh memenuhi botol untuk keperluan udara bagi mengelakkan risiko produk ini meruap kerana produk semulajadi tanpa bahan pengawet harus diuruskan ruang udara dan pembotolan juga pengurusan yang berbeza.

10. Pengeposan dan pembuatan produk LIPS TREATMENT VS LIPS TINT atau LIPS TINT VS LIPS TREATMENT dari Red Lips ini memerlukan paling minima 7 hari. Maka jika anda berminat, anda harus bersabar menunggu produk ini sampai ke pangkuan anda.

Untuk pembelian dan pertanyaan produk LIPS TINT VS LIPS TREATMENT dari Red Lips Set ini anda boleh terus hubungi dan What apps ke

016 276 2636

Konsultansi akan diberikan bagi setiap pembelian produk dari QK.

Terima kasih.







Selasa, 6 Mac 2018

CUBA 5 CARA INI UNTUK MENINGKATKAN METABOLISMA TUBUH ANDA.







Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Isu metabolism badan sering dikaitkan dengan kegemukan dan tubuh yang sukar dinaikkan berat badan.

Tinggi metabolisma dikaitkan dengan tubuh yang kurus walau pun kerap menikmati makanan, rendah metabolisma dikaitkan dengan tubuh yang gemuk walaupun makanan yang dimakan sedikit dan bercatu.

Ramai individu yang mengalami isu kegemukan dan obesiti berusaha bersungguh-sungguh untuk mengandakan fungsi metabolism mereka.

Antara perkara yang disyorkan untuk membantu MENINGKATKAN METABOLISMA TUBUH , anda boleh mengamalkan 5 CARA INI UNTUK MENINGKATKAN METABOLISMA TUBUH ANDA.

1. Berhenti mengira kalori dalam setiap makanan anda.

Berlajar menikmati real food atau makanan sebenar. Berhenti menikmati makanan berproses walau pun ia diiklankan rendah kalori atau Zero kalori. 

Jangan takut kepada lemak baik. Berkawan dengan lemak baik kerana terbukti lemak baik akan lebih mengenyangkan anda.

2. Cuba Diet Ketogenic atau diet rendah karbohidrat

Terdapat pelbagai jenis diet sihat yang boleh dicuba seperti diet ketogenic, diet rendah karbohidrat dan gula namun tinggi lemak sihat, diet berulang makan karbohidrat hari ini, tiada karbohidrat untuk hari esok.

Diet ini bukan sahaja membantu proses ketosis malah membantu menggandakan fungsi dan khasiat tubuh anda dalam memproses makanan dan membantu rasa kenyang.


3. Hindari Makanan Pembunuh Kuasa Metabolisma

Gula putih, trans fat, makanan bergoreng, tepung putih, beras putih dilunturkan ialah antara makanan yang membunuh kuasa metabolism dan merendahkan daya tubuh anda.

Ia menyebabkan badan anda malas dan atas asbab keradangan yang berlaku dalam tubuh.


4. Cuba Minyak Pati Asli

Minyak pati tulen telah digunakan berkurun lama sebagai salah satu penyembuhan untuk tubuh dan emosi.

Minyak pati seperti limau gedang, halia, lemon boleh membantu meningkatkan metabolism anda. Cuba belajar menggunakan minyak pati . Pasti anda akan percaya kuasa penyembuhannya.


5. Tingkatkan Kualiti Tidur Anda

Belajar untuk tidur awal dan bangun awal. Tidur dalam gelap tanpa sebarang cahaya dan gangguan gadget seperti telefon pintar atau wifi.

Belajar mandi air Epsom salt sebelum tidur, anda juga boleh cuba mandian magnesium atau minyak magnesium yang disapukan dikaki.

Minyak pati lavender amat bagus untuk tidur yang lena dan membantu melegakan stress. Elakkan menikmati makanan proses, makanan tinggi gula, makanan yang kaya karbohidrat dan gluten sebelum tidur.

Steak tidak sesuai dimakan ketika waktu malam, ini termasuk jenis makanan protein berat yang lain.

Jika anda sukar tidur pastikan anda mandi atau berendam dalam garam Epsom selama 20 minit 3 kali seminggu, ini akan membantu anda dalam mendapat tidur yang nyenyak dan berkualiti.

Tidur nyenyak yang berkualiti akan mengurangkan tekanan tubuh dan stress anda sekaligus membantu tubuh meningkatkan metabolism anda.

Cuba lakukan 5 perkara mudah ini terlebih dahulu dan anda akan lihat pencapaian yang bagus dalam peningkatan metabolisme tubuh anda.

Semoga info ini bermanfaat dan membantu anda.

Terima Kasih.




12 CARA MENCEGAH DAN MENGELAKKAN DEPRESI ATAU KEMURUNGAN


kes kemurungan kini diklasifikasikan sebagai penyakit yang harus di ambil berat


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Depresi atau kemurungan ialah salah satu penyakit yang semakin menjadi-jadi beberapa tahun ini. Ia mungkin tidak kedengaran menakutkan seperti kanser namun ia adalah penyakit yang tidak boleh dipandang enteng.

Kajian menunjukkan satu dari 7 orang individu menderita penyakit depresi atau kemurungan. 150 juta manusia didunia menderita dan dibelenggu kemurungan. Penyakit depresi dan kemurungan menjadi semakin serius malah tanda-tanda menuju ke penyakit kemurungan semakin meningkat tidak kira golongan baik muda, remaja, dewasa, tua , professional atau bukan professional.

Antara tanda-tanda individu itu mengalami depresi atau kemurungan ialah:-

  • Mood swing atau mood yang berubah-ubah
  • Mudah rasa ‘down’
  • Kurang motivasi
  • Mudah tertekan
  • Sering kesunyian
  • Asyik kecewa dengan hidup dan pencapaian diri
  • Terasa tidak disayangi
  • Jiwa kosong
  • Sukar tidur lena


Berikut 12 perkara yang boleh membantu individu yang mengalami depresi dan kemurungan dan Mengurangkan risiko Depresi dan Kemurungan :-

1. Amalkan Menikmati Makanan Sebenar

Mereka yang kerap mengalami depresi atau kemurungan disyorkan untuk menikmati ‘real food’ atau makanan sebenar yang kaya sumber minyak baik seperti ikan yang kaya minyak baik dan omega 3 seperti ikan salmon liar, kekacang yang tinggi lemak baik seperti walnut, biji-bijian seperti flaxseed, chiaseed, basil seed.

2. Cukupkan Bekalan Vitamin D

Realitinya kebanyakan yang mengalami penyakit kemurungan ialah mereka yang kurang terdedah kepada cahaya matahari dan tidak aktif.

Kajian menunjukkan mereka yang sering mengalami kemurungan dan depresi sering berada dalam keadaan gelap dan mengelakkan cahaya matahari yang terkenal dalam memberikan vitamin D kepada tubuh.

Tahukah anda kekurangan vitamin D dan cahaya matahari akan menyebabkan anda berasa ‘malas’ dan sering berasa dukacita?.

Individu yang cenderung mengalami depresi atau kemurungan disyorkan mendapatkan bekalan vitamin D secukupnya dari matahari terutama pada waktu pagi. Vitamin D dari matahari adalah sumber vitamin D terbaik.

Di Semenanjung Malaysia, vitamin D seeloknya didapatkan dalam pukul 7 pagi ke  pukul 11 pagi. Elakkan sinaran matahari terik diwaktu tengah hari yang membahang.

3. Belajar Bersyukur dan Kira Nikmat Yang Anda Dapat

Tuhan Maha Adil dan Maha Penyayang.

Jika anda melihat seorang individu itu memiliki segalanya, percayalah ada sesuatu yang cukup berharga Tuhan ambil darinya yang anda tidak tahu.

Jika anda melihat individu itu cukup kasihan, percayalah ada hadiah yang lebih bernilai yang anda tidak Nampak diberi oleh tuhan kepadanya.

Apabila tuhan memberi anda sesuatu, tuhan menarik sesuatu dari anda. Ketika tuhan menarik sesuatu dari anda, Tuhan juga memberi sesuatu untuk anda.

Ketika anda sedih, rasa kecewa dengan diri dan hidup anda. Kira apa yang anda miliki yang tuhan beri dan insan lain tiada.

Kira berapa banyak nikmat yang tuhan berikan kepada anda yang tidak akan mampu dibeli dengan wang ringgit.

Sedarlah bahawa jika anda punyai tempat tinggal, boleh menikmati makanan, boleh menghirup udara yang percuma, boleh tidur, boleh berjalan dan boleh terus meneruskan hidup ia adalah nikmat yang paling utama.

Selagi anda boleh berfikir dan menggunakan otak anda percayalah banyak perkara yang anda boleh lakukan.

Hidup dan nikmati hari ini, masa lepas telah berlalu, masa depan belum tentu. Hargai masa sekarang dan apa anda ada sekarang. Anda tidak tahu bila masa tuhan akan Tarik nikmat itu dan gantikan dengan nikmat lain.

Tiada manusia yang sempurna, mereka menjadikan ia Nampak sempurna. Stress datang dari sifat tidak bersyukur, ketika anda jatuh pandang mereka yang dibawah anda dan ketika anda naik ingat waktu sukar anda. Anda akan lebih bersyukur.


4. Amalkan Herba Yang Menyihatkan

Antara herba yang amat membantu melawan depresi dan kemurungan ialah Hemp atau cannabis (di Malaysia anda boleh dapatkan hemp Seed,  kerana tidak semua negara membenarkan penggunaan hemp atau cannabis (ganja), Ashwaganda, Rhodiola yang terkenal dalam mengstabilkan hormone.

Realitinya hormone bukan sahaja bersangkut paut dengan pelbagai penyakit, ia turun bersangkut paut dengan emosi dan fikiran anda. Cuba cari dan amalkan herba yang membantu menstabilkan hormone seperti hemp, ashwaganda dan rhodiola.


5. Tambah Rempah Sihat dalam Diet Anda

Rempahan terbaik seperti kunyit, saffron dan nutmeg adalah antara rempah yang digalakkan ditambah dalam menu harian anda. Rempah ini terbukti membantu anda yang sedang tertekan dan depresi.

Bahan curcumin didalam kunyit terbukti membantu melawan keradangan dalam tubuh. Depresi atau kemurungan turut disebabkan oleh keradangan didalam tubuh. Saffron juga amat bagus ditambah dalam menu harian anda. Namun pastikan anda amalkan saffron berpada-pada. Saffron dalam jumlah yang sedikit sudah cukup menjadi ubat. Jauhkan dari menikmati saffron lebih dari kuantiti yang sepatutnya kerana saffron yang banyak akan menyebabkan toksid dalam tubuh. Bersederhanalah dalam mengamalkan saffron.

6. Amalkan Penggunaan Minyak Pati Asli

Minyak pati digunakan dalam peradaban dunia, Mesir, Ayurveda beribu tahun lampau.  Minyak pati terkenal dalam perubatan, rawatan dan kecantikan tubuh serta mencergaskan emosi.

Antara minyak pati terkenal untuk rawatan kemurungan dan depresi ialah vanilla, lavender, ylang-ylang, orange dan rosemary.

Pastikan anda memilih minyak pati asli dan organic. Terdapat pelbagai pilihan minyak pati di pasaran namun anda harus berhati-hati dalam memilih ketulenan minyak pati tersebut.

Untuk pembelian minyak pati jenama yang dipercayai YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL, anda boleh terus whatapps ke 016 276 2636.

Konsultasi turut akan diberi oleh Khadeeja kepada anda dalam penggunaan minyak pati.


7.  Belajar menikmati Cendawan Dalam diet dan Perubatan.

Cendawan telah digunakan beribu tahun sebagai salah satu makanan sihat dan perubatan terutama oleh kaum china. Cendawan yang terkenal dalam mengubati kanser juga merupakan makanan sihat untuk otak sekaligus tubuh dan emosi. Cendawan seperti fungus, truffles dan pelbagai lagi digalakkan diamalkan dalam diet harian terutama mereka yang berisiko depresi dan kemurungan ini.

8. Elakkan Kekurangan Nutrien

Diet dan udara serta cara hidup zaman milenia ini menyebabkan kebanyakan individu kekurangan nutrient dan vitamin yang diperlukan tubuh.

Air dan udara yang semakin kotor, tanah yang semakin penuh dengan toksid, cara penyediaan makanan dan pelbagai lagi menyebabkan kekurangan nutrient dalam diet seharian sekaligus menyebabkan kesan buruk kepada tubuh sekaligus membawa ke otak dan emosi.

Kekurangan nutrient seperti vitamin D, folate, B12 dan magnesium antara yang paling kritikal dikalangan masyarakat hari ini, sila dapatkan nutrient ini dalam diet dan cara hidup anda.

9. Dapatkan Bantuan Supplement  Asli

Untuk individu yang kekurangan budget serta cara hidup yang terlalu sibuk. Anda disyorkan mendapatkan supplement asli bukan proses dari bahan semulajadi yang selamat. Antara supplement yang disyorkan ialah GABA dan EPA.

10. Bantu dan Beri Bantuan Kepada Makhluk Lain

Dalam setiap agama digalakkan anda tidak mementingkan diri. BANTU MAKHLUK lain dan tuhan akan bantu anda.

Anda bukan sahaja boleh membantu manusia, ini termasuk binatang yang lemah yang lansung tidak mampu membantu anda juga makhluk tuhan lain seperti alam dan tumbuh-tumbuhan.

Ubati binatang yang tercedera, sayangi kucing dan anjing terbuang. Buat baik pada mereka yang tidak mampu membalas jasa anda bukan mereka yang anda tahu boleh membalas jasa anda satu hari nanti.

Anda akan benar-benar melakukan keikhlasan dalam bantuan kepada makhluk tuhan yang terlihat tidak mampu membalas bantuan anda, ia akan membuatkan anda rasa jauh lega dan bahagia.

Jangan buang binatang belaan anda yang sakit seperti kucing atau anjing.  Ubati mereka dengan ikhlas, dengan izin tuhan otak dan minda anda akan jauh positif.

Bantu insan lain dengan menulis petua dan info kesihatan, motivasi , perkara ini juga akhirnya akan kembali kepada anda. Anda mungkin tidak melihat lansung kesan baik kepada anda kerana mereka yang membaca dan menggunakannya tidak memberi apa-apa kepada anda, namun setiap agama mengajar setiap kebaikan yang diberi akan mendapat kebaikan juga. Dalam islam ia mendapat pahala berpanjangan sekiranya diberi rezeki ilmu itu dipanjangkan sehingga kiamat.


11. Berjalan Diatas Tanah berkawan dengan Alam

Belajar berjalan diatas tanah yang bersih. Tanah dizaman ini ada bersih ada kotor yang boleh menyebabkan bakteria lain.

Antara tanah yang bersih tanah ditepi pantai yang bersih, tanah ditaman yang penuh rumput karpet. Berjalan diatas tanah dan berkawan dengan alam akan membantu hormone cortisol anda.

Berkawan dengan alam dengan menghidu udara segar, nikmati angin pantai, melihat burung terbang dan bergembira melihat mereka sekawan meneruskan hidup membantu anda gembira sekaligus menyembuhkan keradangan dalam tubuh anda.

Banyak perkara yang tidak boleh dibeli dengan wang. Ini termasuk kegembiraan dan emosi anda. Lakukan pernafasan dalaman, hidu udara segar ditaman atau pantai sedalam-dalamnya, lihat sekeliling anda bukankah ia jauh membahagiakan dari berada ditengah kota yang sesak dan penuh bangunan batu?.

Realitinya alam ialah sumber ubat bagi tubuh dan emosi, kemusnahan alam akan memusnahkan mereka yang memusnahkan alam itu sendiri. Berkawan dengan alam, alam sendiri akan membantu menyembuhkan anda.

12. Bertafakur, meditasi atau membaca Al-Quran juga berzikir untuk mereka yang beragama islam

Dalam agama lain bertafakur atau meditasi disyorkan dalam merawat keseimbangan tubuh, otak , zahir dan batin.

Dalam agama islam, membaca dan mendalami Al- Quran, sembahyang hajat dan tahajud antara satu cara meluah rasa dan mendekatkan diri dengan tuhan.

Bertafakur dan membaca Al Quran terbukti membantu mengurangkan tekanan dan stress, memberi anda kelegaan untuk emosi dan menerukan hidup.

Sentiasa berfikir positif, percaya tuhan sayangkan anda, ada hikmah dan hadiah besar menanti anda, percayalah insyaallah otak dan fikiran mereka yang mempunyai risiko depresi dan kemurungan akan bertambah baik.

Percayalah selagi bernama manusia akan ada ujian, ada jatuh dan bangun, ada sihat dan sakit dan pelbagai cabaran lain.

Insan yang kuat dan Berjaya ialah insan yang tidak gentar dengan apa yang dilalui dihadapan mata dan tidak takut dengan setiap cabaran yang melanda.

Berhenti melihat individu lain, tumpukan pada hidup dan perjalanan anda sendiri.
Semoga 12 cara ini membantu anda atau individu yang berisiko untuk mengalami depresi atau kemurungan, mahupun individu yang sedang mengalaminya.


Terima kasih.













Jumaat, 2 Mac 2018

10 INFO MENGENAI MAKANAN YANG HARUS ANDA AMBIL BERAT


10 Info makanan untuk anda.
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Makanan baik seperti herba, sayur, buah dan kekacang adalah antara makanan sihat kegemaran ramai.

Makanan ini juga sering diamalkan oleh mereka yang kini semakin mengamalkan diet hidup sihat.

Dalam semangat mengamalkan diet sihat, terdapat pelbagai info yang harus anda ambil berat.

Di bawah ini disenaraikan 10 INFO MENGENAI MAKANAN YANG HARUS ANDA AMBIL BERAT.

1. Badam ialah antara kekacang popular yang terkenal dikalangan mereka yang sedang berdiet sebagai snek, malah susu badam juga ialah minuman popular mereka yang mengelakkan susu haiwan terutama mereka yang alah laktosa dan mengelakkan hormon. Namun susu badam tidak digalakkan diambil setiap hari kerana bahan cyanide yang terdapat di dalam badam jika diambil terlalu banyak dan lebih dari keperluan akan menyebabkan gangguan kepada sel badan seperti melemahkan sel badan dan merencatkan produksi tenaga.

2. Selain badam makanan sihat lain seperti pucuk ubi kayu, biji aprikot, belalai gajah, ubi bit, bayam, moringga atau daun kelor juga harus diambil dalam kuantiti yang sesuai kerana terlalu banyak akan menyebabkan 'toksid' didalam badan (biji aprikot, pucuk ubi kayu),  selain itu Oxilate (ubi bit, moringga, bayam)  membebankan buah pinggang bagi mereka yang mengalami isu buah pinggang dan mempunyai risiko penyakit ini.


3. Vitamin B kompleks tidak boleh di hasilkan oleh tubuh badan, anda perlu mendapatkan sumber vitamin ini dari bahan makanan asli seperti sayur-sayuran seperti lobak, brokoli, buah-buahan dan kekacang.  Kekurangan vitamin B kompleks akan menjadikan anda mudah marah, hilang daya fokus, mudah mengantuk, mudah tertekan, sukar tidur malam dan pelbagai masalah kesihatan dan emosi. Sila pastikan anda mendapatkan secukup vitamin ini dalam menu harian anda.

4. Ketika koko heboh dikatakan sebagai antara makanan yang menyebabkan sembelit. Kajian terbaru keatas 44 lelaki dan wanita yang sihat yang diberikan menikmati koko secara konsisten membantu usus yang sihat.  Kajian menunjukkan mereka yang minum koko 2 kali sehari membantu pergerakan usus dan najis yang lebih lembut. Koko juga turut membantu menguruskan keletihan yang kronik. Pastikan anda mengamalkan koko asli bukan campuran atau proses.

5. Teh hijau amat bagus dalam mengurangkan risiko Fibroid. Amalkan minum teh hijau dalam menu harian anda. Teh hijau terkenal dengan sumber Antioksidan dan merupakan kegemaran masyarakat Jepun dan China.

6. Blueberry lebih bagus dibekukan sebelum dimakan untuk digandakan khasiatnya. Pilih buah lebih gelap atau 'dark Fruits'  seperti blackberry yang lebih tinggi antioksidan untuk kesihatan anda.

7. Jering tidak sesuai dimakan mentah oleh mereka yang mengalami isu pundi kencing, ini kerana Jering dikatakan boleh menyebabkan sukar kencing. Bagi mengurangkan risiko sukar kencing,  rebus dahulu Jering,  atau tanam jering sebentar di dalam tanah,  baru di makan atau dimasak.

8. Selain tidak sesuai dimasukkan ke dalam diet pesakit buah pinggang, Jering dan petai juga tidak sesuai untuk wanita dalam pantang kerana ia dikatakan boleh menyebabkan bentan.

9. Jika anda mempunyai isu Pectid asid,  pastikan ketika anda ingin menikmati oat,  rendam oat anda terlebih dahulu,  buang air rendaman tadi,  bancuh air baru dan makan.  Dikatakan bahawa air rendaman pertama oat itu mempunyai Pectid asid. Dengan cara ini,  jumlah Pectid asid boleh dikurangkan.

10. Tannin banyak terdapat dalam kulit buah delima. Jika anda berjaya mendapatkan delima organik,  jangan lupa rendam kulit delima dalam air dan minum.  Tannin amat bagus untuk membunuh parasit dalam usus yang menyebabkan punca pelbagai penyakit.


Semoga 10 Info Pemakanan ini berguna untuk anda dan menambah ilmu anda mengenai pemakanan.


Terima kasih.





Khamis, 1 Mac 2018

1001 KHASIAT ISI KELAPA


Isi kelapa yang siap di parut
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kelapa ialah makanan turun temurun kaum melayu nusantara. Dari buah, isi, air, sabut, tempurung, umbut, pelepah semua dari akar hingga ke buah, kelapa mempunyai 1001 kegunaan yang memberi manfaat kepada manusia.

Zaman milenia ini, kelapa bukan sahaja terkenal di nusantara malah terkenal di Amerika dan Eropah serta negara luar oleh kerana keenakan dan khasiat kelapa itu sendiri.

Selain boleh dimakan mentah dan segar, dibuat santan, kelapa juga boleh dibuat smoothie, kek dan cookies serta jajan yang enak. Malah ketika ini 'coconut flour' atau tepung kelapa amat popular dalam kebanyakan resepi barat bagi pengamal diet sayur-sayuran dan ketogenic diet.

Apakah istimewa Khasiat Isi Kelapa yang sering digunakan sebagai inti dan kegemaran ramai ini.

Berikut 11 Khasiat Dan Kebaikan Isi Kelapa untuk kesihatan tubuh anda.

1. Terdapat anggaran 20% kandungan vitamin B didalam isi kelapa. Vitamin B bagus untuk pembentukan sel darah merah.

2. Kandungan serat di dalam isi kelapa sama dengan kandungan vitamin B iaitu 20%, serat terkenal bagus untuk penghadaman dan amat bagus untuk kesihatan dan usus. Fiber terkenal membantu anda merasa kenyang lebih lama. 

3. Isi kelapa juga kaya dengan kandungan pelbagai mineral yang amat bagus untuk kesihatan antaranya , manganese . Dimana satu cawan isi kelapa mengandungi 67% keperluan harian manganese untuk tubuh wanita dan 52% keperluan untuk lelaki. Manganese membantu tubuh menggunakan lemak dan protein, menguatkan imun tubuh, mengawal glukos dalam darah, dan membantu tubuh menggunakan zat besi, thiamine dan vitamin E.

4. Kandungan potasium dan tembaga didalam isi kelapa turut membantu fungsi jantung dan juga pembentukan otot tubuh.  Tembaga amat penting untuk pembentukan darah merah dan sensitiviti rasa.

5. Sumber paling utama dan digalakkan anda menikmati isi kelapa ialah kandungan asid lemak rantaian sederhana yang terdapat dalam isi kelapa. Mereka yang sentiasa dikemaskini dengan berita perkembangan kesihatan tentu tahu betapa asid lemak yang terdapat dalam kelapa mempunyai khasiat yang amat bagus untuk tubuh dan kesihatan. Asid lemak didalam kelapa tidak menyebabkan kolesterol malah ia membantu mengurangkan kolesterol jahat didalam tubuh, malah fungsi asid lemak ini turut menaikkan jumlah kolesterol baik didalam tubuh. Walau bagaimana sekalipun kebaikan buah kelapa dan isi kelapa ini mengenai kolesterol, jika anda mempunyai penyakit berkaitan kolesterol, sebaiknya mendapatkan nasihat doktor anda mengenai pemakanan kelapa ini dalam diet anda.

6. Isi kelapa juga amat bagus bagi mereka yang mengamalkan diet ketogenic. Diet ketogenic yang memfokuskan kurang karbohidrat dan tinggi lemak baik meletakkan isi kelapa dan minyak kelapa antara menu utama dalam diet ini seiring kebaikan dan khasiat kelapa itu sendiri. Jika anda ingin kenyang lama, sihat dan inginkan otot yang kuat atau ingin membentuk otot ditubuh anda, jangan takut menikmati isi kelapa atau santan kelapa yang diperbuat dari isi kelapa. Pertambahan otot ditubuh, dikatakan membantu tubuh kurus dengan lebih cepat.


Di Malaysia, harga kelapa boleh dikatakan masih mampu dibeli oleh semua golongan. Tambah isi kelapa anda dalam setiap menu harian anda baik smoothie, lempeng, kuih, bubur, cookies, biskut dan sebagainya.


Terima kasih.

Isnin, 19 Februari 2018

Idea Aktiviti Masa Cuti @ Terluang



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Masa cuti atau hari minggu kebiasaannya akan diluangkan bersama keluarga, rakan-rakan atau insan tersayang.

Hari minggu juga ialah hari untuk memanjakan diri dan tubuh sendiri atau 'me time'.

Ramai lebih suka melakukan aktiviti sihat seperti bersukan, berjogging, mandi pantai, berjalan mengelilingi taman dan menikmati makanan diluar ketika cuti dan hujung minggu.

Selain aktiviti diatas melakukan aktiviti menyediakan stok untuk makanan sihat atau meal prep juga kebiasaannya turut dilakukan pada hari cuti atau minggu.

Kebanyakan suri rumah juga melakukan perkara yang sama, memasak stok yang banyak sebelum disimpan dan dibekukan di dalam peti ais. Perkara ini tentu jauh lebih menyenangkan, selain menjimatkan masa.

Hari cuti baru-baru ini, dihabiskan dengan mengukur lebih 20 biji kelapa hasil tanaman sendiri.

Oleh kerana ia kelapa gading atau jenis kecil, ia tidak sesuai menggunakan mesin kelapa yang tersedia dirumah. Asyik tercampak dan melukakan tangan, lebih-lebih lagi mata mesin kukur itu jenis besar atau untuk kelapa besar. Maka, kukur kelapa digunakan untuk mengukur 20 biji kelapa.

Hari pertama 10 biji kelapa, dan hari esoknya 10 biji kelapa lagi. Semua stok kelapa ini dikukur dan disimpan dalam peti.

Perbezaan ketara yang kelihatan apabila mengukur kelapa ini, tiada banyak sisa hampas kelapa kerana ia dicuci dan diambil habis dari matak kukur. Kelapa muda jauh lebih lembut dan lembab sekaligus amat sedap ketika dibuat lempeng kelapa.

Lebih-lebih lagi kelapa muda ini baru dipetik dan air kelapa juga terasa amat manis. Untuk petua lempeng kelapa muda sedap anda perlu gunakan air kelapa untuk bancuhan supaya ia lebih manis enak dan lemak.

Beberapa biji kelapa muda turut dikikis isinya dengan sudu dan dibuat smoothie buah-buahan bersama kelapa. Antara resepi smoothie kelapa yang dicuba ialah campuran smoothie kelapa muda dengan buah nenas pada hari pertama, dan hari kedua campuran kelapa muda dan mangga di hias buah goji berry. Memang sedap dan lemak. Anda patut mencubanya.

Stok kelapa muda dan kelapa yang hampir tua yang dikukur disimpan didalam peti ais. Mujur peti ais rumah ini ada 2, maka tiada isu tempat simpanan stok. Beberapa biji kelapa turut diberi ke beberapa buah jiran sebagai buah tangan.

Adalah lebih baik anda membeli kelapa dan kukur sendiri kerana ia lebih segar berbanding anda membeli santan kelapa yang anda sendiri tidak tahu kesegaran kelapa itu sendiri.

Jika anda melihat sendiri situasi di pasar-pasar, untuk penjimatan kos peniaga santan mencampurkan kelapa lama dan kelapa yang lebih elok untuk mengelakkan pembaziran.

Terlalu berbeza santan dan kelapa dipasar berbanding kelapa yang baru dipetik apa lagi kelapa muda.

Beberapa hari ini sarapan pagi saya hanya lempeng kelapa dimakan bersama gula perang, lempeng kelapa dicicah kari ayam organik. lempeng pisang kelapa, nasi lemak, lepat pisang dan pelbagai lagi resepi berunsur kelapa.

Kelapa ialah pokok tradisi yang kaya khasiat dan manfaat. Malah tempurung kelapa turut digunakan oleh saya (hanya beberapa biji) sebagai mangkuk smoothie dan mangkuk untuk bancuhan skrub dan lulur.

Cadangnya saya ingin membakar beberapa tempurung kelapa untuk dijadikan arang, namun ia memerlukan tempurung kelapa yang tua, namun ibu saya awal-awal telah membuangnya. Insyaalah ada rezeki akan datang saya sendiri akan membuat arang sendiri.

Banyak khasiat dan manfaat dari sepohon kelapa, saya akan menulis khasiat dari buah kelapa, air kelapa dan segalanya dalam artikel akan datang. Insyaallah.

Jika anda menanam pokok kelapa, jangan lupa manfaatkan ia dan selamat mencuba masakan berasaskan kelapa dari hasil tanaman sendiri juga air tangan sendiri.

Mengukur kelapa itu tidak sesukar mana walau ia untuk 10 biji janji kukur kelapa itu tajam.

Sempena baru belajar membuat video,  saya sengaja abadikan aktiviti dalam satu hari mengukur kelapa,  memasak lempeng kelapa dan membuat Smoothie kelapa ini dalam video ringkas di bawah.




Jangan pelik, ia diambil oleh saya sendiri menggunakan handphone,  maka hanya satu tangan sahaja nampak seperti mengukur kelapa,  sebenarnya saya menggunakan 2 tangan ok.


Sila terima hakikat saya masih baru belajar membuat video.

Terima kasih.




Ahad, 18 Februari 2018

TIPS PENULISAN DAN BLOGGING : DARI 111 ARTIKEL, MELONJAK 312 ARTIKEL, INI YANG SAYA LAKUKAN





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Menulis sesuatu yang Nampak mudah, namun hanya penulis dan blogger yang lebih mengetahui.

Satu artikel setiap hari ,terlihat begitu senang, namun memerlukan usaha dan daya tahan yang tinggi untuk melaksanakannya.

365 artikel setahun, itu bukan perkara yang sesenang menyalakan api, ia pasti dipersetujui oleh ramai penulis dan blogger di dunia ini.

Tidak semudah memegang pen, menulis memerlukan idea dank ketenangan. Memerlukan catatan pengalaman dan ‘hati’ yang harus hadir dalam penulisan, kecuali anda ialah penulis atau blogger ‘copy paste’ yang tidak pernah ada hati untuk wujudkan identity tersendiri.

Dari menulis suka-suka sebagai hobi, menjadi satu ‘passion’ akhirnya Berjaya menulis lebih 300 artikel dari 111 artikel setahun, ini apa yang SAYA LAKUKAN untuk menjadikan ia REALITI.

1. Ingat Sasaran Dan Target Blogging

Ketika melihat blog sendiri, perkara pertama yang terlintas. Wajib menulis satu artikel pada hari ini. Andai hari itu telah terlepas, lihat tarikh hari ini dan pastikan jika telah 20hb maka 20 artikel wajib ditulis dan terpapar diblog. Kurang artikel maka bersungguh untuk melunaskan hutang artikel tersebut. Terlepas bulan ini target di bawa ke bulan hadapan, lebih 30 artikel akan ditulis di bulan hadapan. Hutang artikel harus di bayar.

2. Rajin Membaca dan Mengkaji

Anda tidak akan mampu menulis tanpa menambah ilmu dan rajin membaca. Menulis memerlukan idea. Idea tidak mungkin datang sendiri. Maka membaca, mengkaji, berbual, melayan soalan yang ‘cerdik’ dan ‘logik’ itu harus. Setiap jawapan dan ilmu yang dibaca dan dikaji merupakan idea terbaik dalam penulisan. BIjak dalam memahami dan mengolah satu artikel datang dengan kerajinan anda membaca sesuatu yang bermanfaat. Cara tulisan anda menyerlahkan sisi ‘kefahaman’ anda dalam sesuatu perkara dan penyampaian anda dalam satu artikel memberitahu emosi anda ketika itu.

3. Kurang Melayan Emosi Dan Berdebat

Malas , tiada mood, bosan, lemah dan ‘down’ ialah emosi biasa setiap individu. Bohong jika dikatakan anda tidak pernah ‘down’ dan merasakan ‘tidak Nampak apa-apa’ hasil dari hobi anda walaupun ia terang-terang memberi hasil namun tidak ‘gah’ seperti individu lain yang anda bezakan.
Kurang berdebat dengan sesiapa sahaja. Membiarkan mereka dengan cakap-cakap dan pandangan mereka akan mengfokuskan anda dengan apa yang anda lakukan.

Menulis memerlukan emosi yang tenang. Anda harus didik diri anda untuk menulis dengan ketenangan itu. Usah dilayan emosi anda. Biarkan sahaja cakap-cakap individu yang tidak menambah baik ‘hidup’ anda itu terbang begitu sahaja.

4. Simpan ‘energi’ Anda

Usah sesekali dilayan mereka yang negative. Mereka yang hanya tahu memberi kritikan yang lansung tidak membina apa lagi mereka yang tidak habis-habis memuji diri sendiri namun tidak pernah tahu and Nampak apa yang anda buat.

Abaikan cakap mereka hatta mereka insan terdekat anda sekali pun. Simpan energy anda. Menulis memerlukan energy yang banyak. Ia menggunakan otak dan ‘mudah’ penat. Idea yang dikerah, ketenangan yang cuba diwujudkan, ayat yang perlu digunakan, otak yang perlu memproses maklumat amat memerlukan energy yang bukan sedikit.

Maka jangan sesekali buang masa anda menjawab atau melayan karenah yang membuang energy dan masa anda. Diam atau bangun , paling terbaik abaikan terus. Don’t wasting your time anymore. Manusia hanya ingin dengar apa yang mereka mahu dengan, hanya ingin cakap apa yang mereka ingin cakapkan.  Biarkan.


5. Kurang Aktif Di Media Sosial

Realitinya , media social akan mengambil masa anda yang banyak.
Facebook akan membuatkan anda menghabiskan masa berjam-jam tanpa sedar.
Instagram akan menyebabkan mata anda tertumpu kepada setiap gambar yang menarik.
Kuasa tarikan media social amat kuat.
Kurangkan masa anda di media social kecuali hanya untuk berkongsi artikel anda dan mengambil ilmu bermanfaat sahaja.

Scroll facebook anda cepat-cepat atau hanya lihat wall mereka yang memberi inspirasi pada anda. Tambah ilmu anda dengan mengikuti mereka yang sesuai dengan sasaran ‘impian’ anda.
Hanya lihat wall mereka yang memberi informasi bermanfaat semata-mata.
Mula fikirkan apa artikel wajib anda tulis hari ini selepas anda selesai membaca wall mereka yang memberi semua sumber ‘ilham’ kepada anda.
Ia tidak mungkin mengambil masa lebih satu jam sehari.

Namun paling terbaik, cuba hanya login ke akaun media social anda sekali seminggu sahaja.
Anda boleh membaca perkongsian mereka yang berpengaruh kongsikan terus untuk seminggu dalam sehari.

Ilham anda untuk seminggu akan datang akan lahir dari situ.
Semenjak saya melakukan ini, waktu ‘terbuang’ di facebook berkurang jauh lebih banyak.


6. Kurang aktif di Group Whatapps dan Telegram

Bertahun aktif di group whatapps dan telegram. Akhirnya tahun 2017, saya mengurangkan keaktifan menjawab soalan di group.

Ia. Berjam masa di habiskan menjawab soalan. Masa untuk memberi individu lain menjawab.
Ditawarkan sebagai admin beberapa group kesihatan namun ditolak dengan hormat dan cara baik.
Tahun 2017 menyaksikan pengurangan keaktifan yang ketara
.
Pada tahun 2018, hanya satu atau 2 group whatapp sahaja akan aktif.
Hujung tahun 2017 , telah banyak group whatapp dan telegram di ‘padamkan’ dari telefon bimbit untuk memberi lebih focus kepada blog dan perniagaan untuk tahun 2018 dan seterusnya.

7. Jarang Membalas Whatapps dan Mesej

Tahun sebelumnya, whatapps dan mesej dijawab secepat mungkin. Siap tunggu balasan lagi. Apa sahaja soalan dijawab panjang lebar, termasuk soalan pembaca blog.
Sayang sekali, cara ini mengambil banyak masa yang panjang malah menjejaskan ‘emosi’ dan boleh mengakibatkan ‘tekanan’ sekaligus keletihan menaip di telefon bimbit.

Bayangkan anda menjawab soalan hanya untuk seorang yang bertanya namun membabitkan emosi yang hanya tuhan yang tahu.

Tahun 2017, pertanyaan di whatapps atau mesej hanya dijawab pendek dengan jawapan , ‘nanti saya jawab’ , ‘boleh search dalam blog’ kemudian jawapan itu akan ditulis didalam blog secara lebih terperinci untuk dibaca oleh jutaan pembaca seluruh dunia. Ia lebih mudah dan memberi ketenangan ketika menjawab dan mengurangkan ‘emosi tertekan’ berbanding ketika menjawab di whatapps. Kebiasaanya penanya soalan tidak faham keadaan kita ketika itu sama ada sibuk, memandu, sedang memikirkan pelbagai isu, kurang sihat dan pelbagai lagi. Malah menjawab dalam artikel blog jauh lebih kurang risiko ‘salah faham’ dan lebih senang difahami berbanding menjawab di ‘mesej’ atau whatapps.

Hanya mesej dan whatapps penting (kecemasan) sahaja dibalas serta merta dari pembaca blog dan para pelanggan yang ingin membeli produk yang diiklankan.


8. Memotivasikan diri sendiri dengan menulis

Ia, ada banyak cara untuk anda memotivasikan diri sendiri. Salah satu cara ialah menulis untuk diri sendiri artikel motivasi.

Itu cara yang digunakan untuk menambah lagi artikel motivasi dalam blog ini. Tulis sesuatu untuk diri anda bukan sahaja mengurangkan rasa ‘down’ malah menambah semangat anda dengan lebih cepat.

Malah menulis terbukti dapat mengurangkan stress malah satu cara yang bagus untuk mengurangkan tekanan.

Ingin diingatkan hanya tulis yang positif-positif. Jangan menulis ketika anda marah. Ketika menulis hanya bayangkan yang indah-indah sahaja dan anda pasti akan menulis artikel yang penuh keindahan.

Dengan melakukan semua perkara ini, Alhamdulillah. Sasaran lebih 300 artikel akhirnya tercapai. Semua ini juga atas keizinan tuhan yang sentiasa memberi idea dan kesempatan dari pelbagai segi termasuk kekuatan dalam meneruskan perjuangan blogging.



Terima kasih.





Cara Buat Lulur Tubuh atau Skrub Badan Homemade dan Selamat


buat sendiri lulur sendiri senang dan mudah


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Hari cuti ialah hari paling sesuai untuk anda menyediakan bahan selamat untuk tubuh dan kulit anda jika anda ingin berjimat cermat dan lebih rasa selamat dan yakin dengan bahan yang digunakan di depan mata. 

Tanpa bahan kimia bahaya,  hanya bahan asli dari sumber makanan.  Harus ditegaskan disini setiap bahan asli mengandungi sebatian kimia tersendiri,  malah jika dicampur sekali pun tetap akan memberi tindak balas. 

Maka antara bahan asas asli yang kerap digunakan untuk bahan lulur dan Skrub ialah beras pulut dan kunyit. 

Maka berikut ialah bahan-bahan untuk lulur tubuh atau Skrub Badan yang di galakkan digunakan untuk campuran selamat yang jarang memberikan alahan atau alergi kepada tubuh badan. 

Bahan-bahan 

1. Beras pulut direndam 2 hari 2 malam 
2. Segenggam kunyit hidup@ibu kunyit 

Bahan alternatif lain jika kulit anda tidak mudah gatal kepada daun
1. Daun limau purut
2. Daun pandan

Alternatif untuk tambahan menghilangkan parut dan mencerahkan kulit 
1. Kulit kayu manis yang direndam bersama beras pulut

Sedikit air untuk mengisar bahan-bahan. 

Cara Membuat Lulur Badan @ Skrub Tubuh 

Kisar semua bahan-bahan atau Kisar separuh bahan dahulu, kemudian tambah sahaja baki bahan yang tinggal.  Simpan bahan dalam bekas dan untuk tahan lama dan tidak rosak terus simpan dalam peti ais untuk 2 hari.  

Gunakan lulur ini selepas 2 hari berada dalam peti sejuk tingkat bawah. 

Anda boleh campurkan lulur ini dengan bahan lain seperti hampas kelapa atau hampas teh, kopi atau sebagainya ketika ingin mandi. 

Pastikan setiap bahan sesuai dengan kulit anda. 

** untuk Info saya tidak menggunakan kulit kayu manis dalam bancuhan ini kerana sifat kulit kayu manis yang panas terutama jenis cassia.  Kulit kayu manis ceylon saya agak sayang untuk gunakan di tubuh,  saya lebih rela makan.  Jika kulit anda tidak sensitif dan sunburn bukan jenis halus, digalakkan menambah kulit kayu manis tanpa menambah daun pandan dan daun limau purut. 

Soalan 1

Bolehkah beras pulut ditukar kepada beras biasa? 

Jawapan 1

Boleh, namun beras ini bersifat lebih kering dan kasar berbanding beras pulut.  Beras pulut lebih melembapkan tubuh dan beras biasa boleh mengeringkan kulit.  Jika kulit anda jenis halus dan sensitif lebih baik anda gunakan beras pulut sahaja. 

Soalan 2

Selain daun dan kulit kayu manis apa lagi sesuai di Kisar untuk menggantikan bahan ini?.

Jawapan 2

Anda boleh Kisar beras pulut ini dengan beberapa biji buah limau purut beserta kulit buah limau purut. 

Soalan 3

Adakah saya boleh menambah minyak zaitun atau apa sahaja minyak dalam bancuhan lulur ini? 

Jawapan 3

Air tidak bersatu atau boleh pergi dengan minyak,  begitu juga minyak.  Adalah digalakkan guna sahaja lulur ini,  setelah mandi dan badan anda lembab atau kering sendiri sapu sahaja tubuh anda dengan minyak pilihan anda. 

Berikut ialah video proses CARA MEMBUAT LULUR TUBUH  @ SCRUB BADAN HOMEMADE yang direkodkan ringkas untuk anda di Chanel YouTube Qisya Khadeeja. 


Selamat Mencuba lulur tubuh atau Skrub Badan tradisi ini. 


Terima kasih. 


Original Body Scruhb

**** untuk anda yang tiada kesempatan dan masa untuk membuat sendiri lulur homemade ini, anda boleh menempah Original Body Scrub yang diperbuat dari bahan asas beras pulut dengan menghubungi atau whatapps ke 


016 276 2636








Ahad, 11 Februari 2018

12 Idea Menu Menarik EAT CLEAN Untuk Ilham Diet Lebih Sihat


1. Menu Bihun goreng dan bubur Bulgur 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Hari cuti ialah hari paling sesuai untuk anda menikmati masakan sihat terutama jika anda tiada apa-apa aktiviti dan hanya berehat di rumah. 

Masakan yang ringkas dan mudah amat disyorkan diamalkan ketika anda memasak di rumah. Hentikan penggunaan gula dan garam putih serta tukar kepada pilihan lebih sihat seperti gula perang asli dan garam Pink himalayan. 

Berikut ialah antara menu mudah dan ringkas anda boleh cuba jika anda memasak di rumah pada hari cuti. 


1. Bihun Goreng dan bubur Bulgur. 

Anda boleh pilih bihun yang dibuat dari beras seperti jenama. Faeza atau bihun dari beras perang jenama NHF.  Pastikan sayur segar antara bahan wajib yang lebih banyak dari lauk lain.  Tidak salah menikmati bihun goreng bersama ulam dan sayur segar seperti Kale. 

Pilihan penganti minuman manis di waktu pagi ialah bubur Bulgur.  Bulgur ialah bahan makanan dari timur tengah yang terkenal menguatkan badan,  malah Bulgur juga antara 10 ancient grain yang disyorkan untuk diamalkan dalam diet seharian. 



2. Menu Nasi goreng kunyit halia kailan dan telur mata kerbau 
2. Nasi goreng kunyit halia kailan dan telur mata kerbau 

Adalah disyorkan anda menggunakan nasi dari beras rebus jika anda tidak mengalami masalah kandungan arsenik yang tinggi dalam tubuh.  Semakin tinggi khasiat atau galian dalam beras semakin tinggi kandungan arsenik. Sesetengah kanak-kanak yang mengalami isu penyakit zaman moden yang tinggi kandungan arsenik dalam darah lebih digalakkan menggunakan beras putih biasa sahaja. 

Goreng sebentar menggunakan minyak zaitun asli,  kurangkan penggunaan lada kering kerana dikatakan lada kering tinggi penggunaan bahan kimia.  Belajar masak sekejap sahaja bawang merah atau putih walaupun petua untuk masakan yang enak ialah bawang dan lada betul-betul masak.  Ia,  makanan sihat memang kurang banyak dari segi rasa. 

Tambah halia dan kunyit dalam masakan anda.. Hanya sedikit bukan banyak untuk sedikit unsur anti radang.  Jangan takut kepada telur terutama telur kuning. Telur kuning terbukti mempunyainya lemak baik dan khasiat yang banyak. 

Seperti biasa sayur adalah wajib dalam menu anda.  Nasi goreng akan menjadi sihat jika ia menggunakannya minyak Yang sihat. 


3. Nasi Goreng Kailan dan Smoothie Nenas kelapa muda serta goji berry
3. Nasi Goreng Kailan dan Smoothie Nenas kelapa muda serta goji berry

Nasi goreng di goreng bersama minyak zaitun dan dipenuhi sayur hijau seperti kailan adalah makanan yang mengenyangkan anda sehingga waktu makan petang.  

Tukar minuman anda kepada lebih sihat seperti Smoothie buah dan kelapa muda juga goji berry yang terkenal sebagai SUPER Fruits. 


4. Bihun sup perang dan ceylon tea
4. Bihun Sup ayam dan Ceylon Tea

Bihun sup adalah pilihan yang lebih mengenyangkan berbanding sup semata-mata. Pilih bihun perang berbanding bihun putih. Seperti biasa sayur segar seperti kale dan daun sup adalah wajib untuk tambahan khasiat dalam menu anda. Tomato lebih berkhasiat jika dimasuk ketika memasak sup agar lycopene didalam tomato lebih tinggi dan mudah diserap tubuh.

Pilihan minuman panas, anda boleh cuba ceylon tea untuk pilihan lebih sihat.


Menu Cha Soba

5. Dried Cha Soba dan potongan buah segar
5. Cha Soba Goreng dan potongan buah segar

Bosan menikmati bihun atau mee kuning?. Anda boleh mencuba soba sebagai ganti. Pilihan Cha Soba atau dari macha yang terkenal tinggi antioksidan adalah pilihan yang bagus. Hanya panaskan sebentar sahaja minyak zaitun, masukkan bawang dan cili kemudian terus masukkan sayudan r-saryuran cha soba, tambah garam pink. Hidangkan dengan telur mata yang telah dicincang. Nikmati Cha soba ini bersama daun sup dan kale.

Sebagai permulaan jangan lupa nikmati buah potong segar sebagai pemanis mulut atau appetizer baru kemudian barulah nikmati Cha Soba ini.

6. Bubur Kacang Hijau dan ais kacang hijau juga buah-buahan segar
6. Bubur kacang hijau dan ais kacang hijau juga hiasan buah-buahan segar

Bubur kacang hijau yang dimasak sendiri dengan santan segar kemudian diasingkan separuh dan disimpan keras menjadi ais kacang.

Siap potong ais kacang , tambahkan ais kacang ini kedalam mangkuk berisi bubur kacang dan hias ia dengan potongan buah segar pilihan anda. Siap dessert sihat lagi enak untuk anda.

Sila simpan di minda. Santan segar dari perahan kelapa segar adalah lemak yang baik dan bagus untuk proses ketosis. Ia antara bahan makanan popular dalam diet keto atau ketogenic diet.


7. Bubur bulgur bersama santan segar

7. Bubur Bulgur bersama santan segar

Selain bubur kacang atau bubur jagung anda boleh mencuba masakan timur tengah iaitu bubur bulgur. Bulgur merupakan antara 'ancient grain' yang amat digalakkan diamalkan untuk menguatkan badan. Makanan terkenal masyarakat arab ini boleh didapati di kedai arab yang menjual produk arab seperti gam arabic, manna dan pelbagai lagi. Anda hanya perlu masak dengan santan segar, garam pink dan gula secukup rasa. Rendam dahulu semalaman bulgur anda sebelum mula merebus ia diatas dapur sehingga kembang.

8. Lempeng Kelapa muda bersama minyak zaitun

Cicah kari ayam pun sedap 


8. Lempeng kelapa muda bersama minyak zaitun

Memang enak lempeng kelapa muda dicicah kari ayam atau daging. Lempeng kelapa di cicah gula perang mengimbau kenangan waktu muda. Masak lempeng kelapa muda anda menggunakan minyak kelapa tanak atau minyak zaitun. Untuk resepi lempeng kelapa muda enak, anda boleh mencampurkan air kelapa terus kedalam adunan untuk rasa lemak manis enak. Itu petua lempeng kelapa enak. Pastikan bancuhan anda, nisbah kelapa 2:1 dengan tepung gandum. Lebih sikit tepung gandum lebih bagus. Kelapa muda kukur lebih enak berbanding kelapa muda yang dimesin, ia lebih lembab dan enak. Jika anda punyai kukur kelapa, jangan lupa mencuba.


9. Roti Sourdough homemade dari Sue Bleza

9. Roti Sourdough homemade dari Sue Bleza

Antara roti sourdough terkenal homemade ialah dari Sue Bleza. Roti coklat sourdough dan loaf hasil air tangan beliau adalah antara roti sourdough paling enak pernah dicuba. Tidak seperti kebanyakan roti dipasaran yang menggunakan minyak sayuran, roti sourdough dari Sue Bleza ini menggunakan mentega asli. Satu keistimewaan yang sukar ditolak.


10. Smoothie Mangga dan kelapa muda juga goji berry

10. Smoothie Mangga dan Kelapa Muda juga goji berry

Smoothie memang enak. Jika selama ini anda biasa membancuh smoothie menggunakan susu atau santan kelapa atau air kelapa. Masa untuk anda belajar mengisar buah-buahan anda bersama isi kelapa muda. Memang sedap. Hias goji berry, super fruit terkenal untuk antioksidan untuk rasa lebih nikmat dan khasiat yang lebih banyak. Lebih berbaloi jika anda mempunyai kelapa tanam sendiri yang baru petik dipokok. Jangan buang tempurung kelapa tersebut, cuci bersih dan jadikan ia mangkuk smoothie anda.  Sekurang-kurangnya , mangkuk tempurung kelapa anda ini, dijamin selamat dari bahan toksid.


11. Shake & Take Smoothie

11. Shake & Take Smoothie

Penuh dengan alasan, blender berbau lada kering, bawang dan sebagainya sehingga menyebabkan rasa smoothie sukar ditelan?. Anda boleh membeli terus shake & take yang kini jauh lebih murah dari harga ia mula-mula diperkenalkan.

Potong buah kegemaran anda dalam bentuk kecil, kisar dan siap diminum. Lupakan alasan, belajar didik selera tekak anda mulai sekarang.

12. Nasi lemak tanpa ikan bilis dan kacang goreng diganti limpahan ulam dan potongan kecil ayam goreng kunyit 



Selamat mencuba segala menu diatas. Semoga ia membantu anda. 


Terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...