1. Menu Bihun goreng dan bubur Bulgur |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hari cuti ialah hari paling sesuai untuk anda menikmati masakan sihat terutama jika anda tiada apa-apa aktiviti dan hanya berehat di rumah.
Masakan yang ringkas dan mudah amat disyorkan diamalkan ketika anda memasak di rumah. Hentikan penggunaan gula dan garam putih serta tukar kepada pilihan lebih sihat seperti gula perang asli dan garam Pink himalayan.
Berikut ialah antara menu mudah dan ringkas anda boleh cuba jika anda memasak di rumah pada hari cuti.
1. Bihun Goreng dan bubur Bulgur.
Anda boleh pilih bihun yang dibuat dari beras seperti jenama. Faeza atau bihun dari beras perang jenama NHF. Pastikan sayur segar antara bahan wajib yang lebih banyak dari lauk lain. Tidak salah menikmati bihun goreng bersama ulam dan sayur segar seperti Kale.
Pilihan penganti minuman manis di waktu pagi ialah bubur Bulgur. Bulgur ialah bahan makanan dari timur tengah yang terkenal menguatkan badan, malah Bulgur juga antara 10 ancient grain yang disyorkan untuk diamalkan dalam diet seharian.
2. Menu Nasi goreng kunyit halia kailan dan telur mata kerbau |
2. Nasi goreng kunyit halia kailan dan telur mata kerbau
Adalah disyorkan anda menggunakan nasi dari beras rebus jika anda tidak mengalami masalah kandungan arsenik yang tinggi dalam tubuh. Semakin tinggi khasiat atau galian dalam beras semakin tinggi kandungan arsenik. Sesetengah kanak-kanak yang mengalami isu penyakit zaman moden yang tinggi kandungan arsenik dalam darah lebih digalakkan menggunakan beras putih biasa sahaja.
Goreng sebentar menggunakan minyak zaitun asli, kurangkan penggunaan lada kering kerana dikatakan lada kering tinggi penggunaan bahan kimia. Belajar masak sekejap sahaja bawang merah atau putih walaupun petua untuk masakan yang enak ialah bawang dan lada betul-betul masak. Ia, makanan sihat memang kurang banyak dari segi rasa.
Tambah halia dan kunyit dalam masakan anda.. Hanya sedikit bukan banyak untuk sedikit unsur anti radang. Jangan takut kepada telur terutama telur kuning. Telur kuning terbukti mempunyainya lemak baik dan khasiat yang banyak.
Seperti biasa sayur adalah wajib dalam menu anda. Nasi goreng akan menjadi sihat jika ia menggunakannya minyak Yang sihat.
3. Nasi Goreng Kailan dan Smoothie Nenas kelapa muda serta goji berry |
3. Nasi Goreng Kailan dan Smoothie Nenas kelapa muda serta goji berry
Nasi goreng di goreng bersama minyak zaitun dan dipenuhi sayur hijau seperti kailan adalah makanan yang mengenyangkan anda sehingga waktu makan petang.
Tukar minuman anda kepada lebih sihat seperti Smoothie buah dan kelapa muda juga goji berry yang terkenal sebagai SUPER Fruits.
4. Bihun sup perang dan ceylon tea |
4. Bihun Sup ayam dan Ceylon Tea
Bihun sup adalah pilihan yang lebih mengenyangkan berbanding sup semata-mata. Pilih bihun perang berbanding bihun putih. Seperti biasa sayur segar seperti kale dan daun sup adalah wajib untuk tambahan khasiat dalam menu anda. Tomato lebih berkhasiat jika dimasuk ketika memasak sup agar lycopene didalam tomato lebih tinggi dan mudah diserap tubuh.
Pilihan minuman panas, anda boleh cuba ceylon tea untuk pilihan lebih sihat.
Menu Cha Soba |
5. Dried Cha Soba dan potongan buah segar |
5. Cha Soba Goreng dan potongan buah segar
Bosan menikmati bihun atau mee kuning?. Anda boleh mencuba soba sebagai ganti. Pilihan Cha Soba atau dari macha yang terkenal tinggi antioksidan adalah pilihan yang bagus. Hanya panaskan sebentar sahaja minyak zaitun, masukkan bawang dan cili kemudian terus masukkan sayudan r-saryuran cha soba, tambah garam pink. Hidangkan dengan telur mata yang telah dicincang. Nikmati Cha soba ini bersama daun sup dan kale.
Sebagai permulaan jangan lupa nikmati buah potong segar sebagai pemanis mulut atau appetizer baru kemudian barulah nikmati Cha Soba ini.
6. Bubur Kacang Hijau dan ais kacang hijau juga buah-buahan segar |
6. Bubur kacang hijau dan ais kacang hijau juga hiasan buah-buahan segar
Bubur kacang hijau yang dimasak sendiri dengan santan segar kemudian diasingkan separuh dan disimpan keras menjadi ais kacang.
Siap potong ais kacang , tambahkan ais kacang ini kedalam mangkuk berisi bubur kacang dan hias ia dengan potongan buah segar pilihan anda. Siap dessert sihat lagi enak untuk anda.
Sila simpan di minda. Santan segar dari perahan kelapa segar adalah lemak yang baik dan bagus untuk proses ketosis. Ia antara bahan makanan popular dalam diet keto atau ketogenic diet.
7. Bubur bulgur bersama santan segar |
7. Bubur Bulgur bersama santan segar
Selain bubur kacang atau bubur jagung anda boleh mencuba masakan timur tengah iaitu bubur bulgur. Bulgur merupakan antara 'ancient grain' yang amat digalakkan diamalkan untuk menguatkan badan. Makanan terkenal masyarakat arab ini boleh didapati di kedai arab yang menjual produk arab seperti gam arabic, manna dan pelbagai lagi. Anda hanya perlu masak dengan santan segar, garam pink dan gula secukup rasa. Rendam dahulu semalaman bulgur anda sebelum mula merebus ia diatas dapur sehingga kembang.
8. Lempeng Kelapa muda bersama minyak zaitun |
Cicah kari ayam pun sedap |
8. Lempeng kelapa muda bersama minyak zaitun
Memang enak lempeng kelapa muda dicicah kari ayam atau daging. Lempeng kelapa di cicah gula perang mengimbau kenangan waktu muda. Masak lempeng kelapa muda anda menggunakan minyak kelapa tanak atau minyak zaitun. Untuk resepi lempeng kelapa muda enak, anda boleh mencampurkan air kelapa terus kedalam adunan untuk rasa lemak manis enak. Itu petua lempeng kelapa enak. Pastikan bancuhan anda, nisbah kelapa 2:1 dengan tepung gandum. Lebih sikit tepung gandum lebih bagus. Kelapa muda kukur lebih enak berbanding kelapa muda yang dimesin, ia lebih lembab dan enak. Jika anda punyai kukur kelapa, jangan lupa mencuba.

9. Roti Sourdough homemade dari Sue Bleza |
9. Roti Sourdough homemade dari Sue Bleza
Antara roti sourdough terkenal homemade ialah dari Sue Bleza. Roti coklat sourdough dan loaf hasil air tangan beliau adalah antara roti sourdough paling enak pernah dicuba. Tidak seperti kebanyakan roti dipasaran yang menggunakan minyak sayuran, roti sourdough dari Sue Bleza ini menggunakan mentega asli. Satu keistimewaan yang sukar ditolak.
10. Smoothie Mangga dan kelapa muda juga goji berry |
10. Smoothie Mangga dan Kelapa Muda juga goji berry
Smoothie memang enak. Jika selama ini anda biasa membancuh smoothie menggunakan susu atau santan kelapa atau air kelapa. Masa untuk anda belajar mengisar buah-buahan anda bersama isi kelapa muda. Memang sedap. Hias goji berry, super fruit terkenal untuk antioksidan untuk rasa lebih nikmat dan khasiat yang lebih banyak. Lebih berbaloi jika anda mempunyai kelapa tanam sendiri yang baru petik dipokok. Jangan buang tempurung kelapa tersebut, cuci bersih dan jadikan ia mangkuk smoothie anda. Sekurang-kurangnya , mangkuk tempurung kelapa anda ini, dijamin selamat dari bahan toksid.

11. Shake & Take Smoothie |
11. Shake & Take Smoothie
Penuh dengan alasan, blender berbau lada kering, bawang dan sebagainya sehingga menyebabkan rasa smoothie sukar ditelan?. Anda boleh membeli terus shake & take yang kini jauh lebih murah dari harga ia mula-mula diperkenalkan.
Potong buah kegemaran anda dalam bentuk kecil, kisar dan siap diminum. Lupakan alasan, belajar didik selera tekak anda mulai sekarang.

12. Nasi lemak tanpa ikan bilis dan kacang goreng diganti limpahan ulam dan potongan kecil ayam goreng kunyit |
Selamat mencuba segala menu diatas. Semoga ia membantu anda.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan