Khamis, 1 Februari 2018

GANDAKAN KHASIAT MAKANAN ANDA SAMBIL GEMBIRA MENIKMATI MENU ANDA



Nikmati makanan enak dan gandakan khasiatnya
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Siapa didunia tidak suka makan? . 

Makan bukan sahaja menggembirakan, malah mengeratkan siratulrahim.

Mereka yang sedang berbahagia bercinta, semakin berselera menikmati makanan terutama bersama insan tersayang.

Namun, setiap apa yang kita makan pasti akan ada kesannya. Sama ada kesan baik atau kesan buruk.

Sama ada mengembirakan hanya sebentar atau mengembirakan untuk jangka masa lama.

Seiring kesedaran dalam pemakanan sihat, info dibawah akan membantu anda membuat perancangan makanan apa yang ingin dinikmati untuk mendapatkan keseronokan berganda ketika makan.

1. Anda peminat kopi?. Pastikan anda memilih kopi asli 100% tanpa campuran krimer atau marjerin. Jauhkan tambahan gula walaupun gula asli. Kopi mempunyai pelbagai khasiat dan anti oksidan. Namun kafein yang terdapat dalam kopi mempunyai unsur diuretic yang sentias membuatkan anda kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Pastkan anda menikmati lebih air kosong jika anda menikmati kopi untuk mengelakkan dehidrasi dan kulit kering.


2. Bayam, Kale, Ubi bit, daun moringga sering dimakan mentah kerana khasiatnya yang banyak dan terkenal untuk kesihatan. Namun makanan yang terlalu tinggi khasiat ini kebiasaanya mengandungi oxilate yang tinggi. Sebaik-baiknya celur atau rebus sebelum menikmati jenis sayur-sayuran tingi oxilate bagi mengelakkan kesan sampingan kepada buah pinggang. Malah sesetengah individu jika kerap menikmati makanan ini boleh menyebabkan sakit kepala atau 'gelap mata'. Amalkan rotation atau giliran sayur-sayuran yang berlainan dan pelbagai warna dalam menu dan pemakanan anda bagi megelakkan jenis nutrien dan galian yang sama. Setiap makanan walaupun sihat namun harus diambil berpada-pada.


3. Bijirin sarapan segera yang sentiasa diiklankan sihat, mengandungi kadar gula yang amat tinggi kerana diproses. Selain itu minuman tenaga juga mengandungi gula yang tinggi. Bijirin 3 in 1 segera yang dibancuh terus juga mengandungi gula yang tinggi. Jika anda sedang berdiet dan inginkan menguruskan badan serta sihat, jauhkan bijirin sarapan segera seperti emping jagung, emping coklat dan segala emping komersial. Pilih makanan lebih sihat untuk sarapan seperti chia seed, serbuk beras perang, biskut beras, cracker beras yang jauh lebih kurang gula dan proses berbanding bijirin sarapan.

4. Realitinya , protein bar dan energy bar kaya bahan proses dan tinggi gula. Jangan terus terpedaya dengan pelbagai iklan yang memperdayakan. Adalah lebih sihat jika anda bancuh sendiri minuman protein anda seperti tambahan pisang dan avocado atau makan sahaja pisang untuk protein berbanding protein bar. Pilihan lain ialah kekacang seperti badam, gajus, pistachio. Adalah digalakkan anda membeli kekacang mentah dan panggang sendiri bagi mengelakkan tambahan bahan lain jika anda beli produk kekacang siap panggang dan dimasak.

5. Minyak pati mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan dalam perubatan dan kecantikan. Sayangnya banyak minyak pati tidak asli dan mempunyai kesan sampingan lain. Malah minyak pati asli sekali pun ada kesan sampingan jika anda tidak cukup ilmu mengenai penggunaan minyak pati. Ada beberapa pantang larang minyak pati termasuk terhadap binatang peliharaan seperti kucing dan anjing. Maka sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan minyak pati, anda perlu mencari ilmu mengenai apa yang perlu diketahui mengenai minyak pati terlebih dahulu. Ia tidak sukar kerana minyak pati lebih banyak memberikan kebaikan berbanding keburukan kepada kesihatan dan kesembuhan asalkan anda menggunakannya dengan ilmu. Kini minyak pati turut digunakan dalam masakan dan ditambah didalam beberapa jenis makanan. Anda harus berhati-hati menambah minyak pati didalam minuman anda. Minyak pati adalah bahan 'potent'. Adalah tidak digalakkan sama sekali anda menambah minyak pati dalam minuman anda dan menjadikan ia supplement harian terutama untuk amalan setiap hari. Malah amalan dalam pemakanan juga tidak digalakkan untuk penggunaan kerap minyak pati. Adalah disyorkan minyak pati digunakan bersama carrier oil sebagai kegunaan luaran berbanding amalan pemakanan.

Dengan pelbagai info mengenai pemakanan. Diharapkan kita semua akan lebih bijak memilih dan menyesuaikan amalan pemakanan dan masakan dalam setiap menu yang dinikmati. Ingat tidak semestinya sayur mentah lebih sihat dari sayur yang dimasak. Malah sayur mentah yang kerap dinikmati dalam kuantiti yang banyak akan meninggalkan kesan sampingan pada tubuh.

Setiap makanan yang diwar-warkan sebagai makanan sihat, bukan sahaja makanan proses malah tinggi gula. Tidak semestinya hanya ia menggunakan duta terkenal dalam bidang 'menguruskan badan' ia bermaksud ia bagus untuk kesihatan dan membantu untuk kurus.

Minuman tenaga sama ada untuk dewasa atau minuman tenaga untuk kanak-kanak tidak semestinya dari bahan sihat hanya kerana dikatakan mengandungi pelbagai vitamin sintetik. Belajar bahasa kandungan bahan-bahan setiap makanan walaupun ia kerap diiklankan sihat di majalah kesihatan mahu pun di blog kesihatan.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda yang membaca dan mengamalkannya .

Terima kasih.





Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...