Greek Yogurt Jenama Sunglo yang menggunakan milk solid atau pepejal susu sebagai bahan utama penghasilan Greek Yogurt ini. Lihat betapa kentalnya Greek Yogurt ini. |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Yogurt ialah makanan kesihatan yang terus popular dari hari kehari. Yogurt ialah makanan zaman silam yang diamalkan berkurun dan beribu tahun lamanya oleh pelbagai kaum. Terdapat pelbagai jenis yogurt, yogurt arab adalah berlainan dari yogurt yang diamalkan oleh masyarakat India, malah Greek Yogurt juga berbeza dengan yogurt sejuk biasa yang kerap dijual di pasaran.
Yogurt terkenal bukan sahaja untuk kesihatan tubuh dan usus, malah untuk kecantikan kulit sebagai masker yang juga turut boleh dicampur bersama madu.
Yogurt juga ialah bahan utama selain jus cranberry untuk masalah kencing kotor terutama dikalangan kaum wanita.
Malah mereka yang mengalami masalah keputihan juga digalakkan mengamalkan yogurt dalam diet seharian, malah sebahagian dari mereka yang mengalami isu ini turut meletakkan yogurt dikawasan intim dan mengatakan ia membantu dalam menangani isu masalah keputihan.
Yogurt Greek atau Greek Yogurt amat kental. Ia amat berbeza dengan yogurt biasa.Yogurt Greek diproses sehingga kental, malah beberapa kaum dan penduduk dunia mengantikan mentega dengan Yogurt Greek ini.
Greek Yogurt yang lebih kental ini juga turut digunakan sebagai pengganti keju untuk dimakan bersama kek, brownies dan roti kegemaran.
Rasa greek Yogurt ini lebih pekat, pejal dan masam. Kebiasaannya bagi golongan yang mengalami isu alahan produk tenusu, mereka memilih greek yogurt atau yogurt greek bagi mengantikan mentega dalam masakan atau menu mereka.
Greek Yogurt dimasak dan diproses hampir seperti yogurt biasa. Namun dalam proses pembuatan Yogurt Greek ini cairan dibuang bagi menghasilkan testur yang lebih kental.
Yogurt Greek dikatakan lebih mengenyangkan berbanding yogurt biasa, maka jika anda sedang berdiet anda boleh mengantikan yogurt biasa anda dengan Greek Yogurt. Gantikan susu anda dengan greek yogurt atau sapuan roti anda dengan greek yogurt . Pilihan lain tambah salad anda dengan greek yogurt untuk khasiat yogurt yang lebih baik.
Malah dikatakan bahawa kandungan karbohidrat dan protein juga lebih tinggi dalam yogurt greek berbanding yogurt biasa. Protein yang tinggi dalam Yogurt Greek memanjangkan rasa kenyang dan ia amat bagus bagi anda yang alah kepada produk daging. Protein dari daging yang menyebabkan alahan itu boleh digantikan dari protein dari yogurt Greek yang lebih tinggi.
Selain itu bagi mereka yang menanam azam mengurangkan gula dalam pemakanan anda, Greek Yogurt dikatakan lebih rendah gula dari yogurt biasa. Itu alasan kukuh mengapa Greek Yogurt rasanya lebih masam dan pekat berbanding yogurt biasa.
Malah mereka yang alah laktosa menunjukkan perkembangan yang baik dalam mengkonsumi Greek Yogurt berbanding yogurt biasa.
Natrium didalam kandungan yogurt Greek juga hampir separuh dari kandungan natrium dalam yogurt biasa. Dikatakan bahawa kandungan natrium yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah dan masalah jantung.
Bagi anda yang mengalami kekurangan kalsium, Greek Yogurt mengandungi kurang kalsium berbanding Yogurt Biasa. Yogurt biasa dikatakan mengandungi 2x ganda kandungan kalsium berbanding Greek Yogurt.
Dalam isu kebaikan kedua-dua yogurt ini, apa yang paling penting ialah kandungan probiotik yang terdapat dalam yogurt pilihan anda.
Sila lihat bahan yang digunakan dalam membuat yogurt anda. Paling penting pilih yogurt yang dibuat dari susu segar sebenar bukan susu proses.
Selamat menambah Greek Yogurt dalam diet sihat anda.
Terima kasih.
1 ulasan:
Awak.. Saya lebih prefer klau tulis dlm bentuk point, drpd karangan, btw terima kasih atas info yang di berikan❤️❤️❤️
Catat Ulasan