Isnin, 24 April 2017

Lihat Bahan-bahan Produk


Lihat kandungan bahan-bahan
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Jika selama ini anda di ajar melihat kalori di belakang bahan makanan. 

Kini belajar melihat bahan-bahan di setiap apa sahaja bahan anda beli. 

Sama ada makanan atau bahan kegunaan harian. 

Jika anda membeli bahan kering sekali pun lihat teknik pengeringan menggunakan cahaya matahari asli atau bahan lain. 

Semakin anda rajin membaca semakin anda cerewet. 

Namun tidak rugi untuk anda rajin membaca dan menambah ilmu. 

Pengalaman akan mengajar anda banyak perkara. 

Ingat pesanan ini,  jangan percaya kepada brand atau jenama. 

Tetap kekal melihat bahan-bahan kandungan,  jika boleh juga bagaimana ia di proses. 

Pengalaman ramai,  brand dan jenama dipercayai baik dalam bidang kesihatan,  makanan mahu pun herba. 

Walaupun jenama itu berpuluh tahun berada di pasaran. 

Di asaskan oleh mereka yang kaya ilmu tetap tidak seindah yang anda bayangkan. 

Itu alasan mengapa sifat rajin membaca dan menyelidik itu penting. 

Ia,  apabila kita menjadi peminat setia seseorang dan automatik jenama yang berputus tahun di percayai ramai. 

Dihidangkan dengan cerita indah indah di dalam Blog dan status dan perkongsian Facebook dan status Twitter. 

Akhirnya sifat percaya itu datang dan banyak kita terlepas pandang. 

Percayalah banyak perkara yang akan anda akui satu hari nanti berkat kerajinan anda. 

Usah harapkan pada sesiapa dan jangan terlalu mempercayai apa anda baca. 

Lakukan risikan demi risikan. 

Ini termasuk produk yang telah berpuluh tahun anda guna dan menunjukkan kesan yang baik berpanjangan. 

Semoga artikel ini membantu mengingatkan saya dan anda juga. 


Terima kasih. 




Fakta Penting Crunchy Flakes by QK


CRUNCHY FLAKES by QK 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Saya kerap menerima pertanyaan mengenali Crunchy Flakes by QK. 

Ini fakta Penting yang perlu anda tahu sebelum membeli Crunchy Flakes by QK. 

1. CRUNCHY FLAKES by QK tidak sesuai untuk mereka yang sedang mengharungi proses Topical Steroid Withdrawal (TSW)  juga mereka yang sedang menghadapi masalah ekzema. 

2. Kerepek jagung ialah bahan makanan proses.  Di ulang sekali lagi bahan makanan proses.  Saya faham ia sering diiklankan di di war-warkan sihat namun ia bukan sihat seperti yang anda fikirkan.  Ia cuma lebih sihat berbanding snek lain atau dessert lain yang dilapis pelbagai bahan manis,  trans fat demi trans fat.

Contoh snek lain di salut coklat tinggi gula proses,  tambah lagi krimer pekat manis juga transfat,  tambah lagi Nutella dan sebagainya. 

Dengan kata lain snek Crunchy Flakes by QK bukan snek sihat namun snek ke arah lebih sihat sebelum anda berubah ke 100% pemakanan sihat dan terus meninggalkan biskut,  cookies dan snek perisa lain. 

3. Harus diingatkan jika anda mengamalkan eat clean bukan sahaja Crunchy Flakes by QK Anda harus tinggalkan ini termasuk Corn Flakes atau bijirin sarapan lain.  Namun jika anda masih kekal menikmati wafer,  biskut,  kek dan sebagai,  Crunchy Flakes by QK mungkin jauh lebih baik berbanding pilihan yang ada. 

4. CRUNCHY FLAKES by QK Sesuai untuk kunyah-kunyah.  Ia boleh dinikmati pada bila-bila masa di mana jua. 

Jika anda mahukan snek sihat sebenar anda boleh menikmati jagung rebus atau buah-buahan sahaja. 

5. Untuk pesanan produk Crunchy Flakes by QK Anda boleh terus whatapps 

016 276 2636 

6. Anda juga boleh menjadi agen jualan dan dropship Crunchy Flakes by QK.  
Pilihan lain,  beli sahaja Crunchy Flakes by QK dalam peket besar dan gunakan sahaja bungkusan atau peket anda sendiri untuk jualan anda sendiri. 

7. CRUNCHY FLAKES by QK Amat sesuai sebagai makanan untuk sahur dan berbuka puasa juga untuk hidangan kerepek hari raya. 


Sila what apps segera. 


Terima kasih 







Sabtu, 22 April 2017

10 Aktiviti Sihat Hari Cuti


Lulur @ Skrub Original Body Scrub dan campuran kopi tenum sabah
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alangkah indah hidup jika anda boleh mengamalkan diet sihat 100%, setiap hari bertahun tahun sehingga berpuluh tahun.

Meninggalkan segala alat kecantikan yang punyai bahan kimia walaupun di labelkan natural namun tetap punyai bahan titanium dioksid dan pelbagai lagi bahan yang membahayakan kesihatan dan karsinogen.

Tidak termasuk barang rumah seperti sabun,  Perfume dan sebagainya

Bukan mudah untuk membuangnya dari kehidupan harian.

Untuk sehari dua mungkin mudah,  bertahun agak sukar,  berpuluh tahun juga lagi sukar.

Namun kata orang jika kita bersungguh dan di sekeliling kita ialah orang yang sama berprinsip untuk sihat kita lebih mudah berjaya.

Sebelum memulakan azam baru,  mulakan sikit sikit perkara mudah.

Anda boleh memulakan untuk sehari dalam seminggu dan cuba konsisten perlahan-lahan untuk di amalkan setiap hari atau sekurang-kurangnya selang sehari sehingga mampu lebih lama untuk Konsisten.

Ini terletak pada hati dan motivasi harian anda sendiri.

Berikut perkara paling mudah untuk dilakukan di hari Minggu untuk lebih sihat.

1. Seawal bangun pagi, bersyukur dan berbicara pada tuhan.

2. Lakukan Oil pulling.  Untuk maklumat cara  melakukan Oil pulling anda boleh merujuk artikel ini Oil Pulling Untuk Lebih Sihat.

3. Makan sarapan pagi makanan yang tidak terkena api seperti buah-buahan segar,  salad,  Smoothie campuran buah tempatan dan sayur-sayuran atau ulaman.

4. Bergerak aktif,  bercucuk tanam atau menyiram pokok di halaman rumah.  Jika anda tinggal di rumah flat anda juga boleh bercucuk tanam di dalam pasu.

Alternatif lain,  buat sahaja aktiviti naik tangga dan turun tangga di kediaman anda itu terutama jika anda tinggal di flat atau rumah 2 tingkat.

5. Membeli belah di pasar untuk sayuran kampung.  Simpan semua stok makanan anda. Lebih mudah sediakan terus stok makanan 1 minggu.  Masak sup dan bekukan di dalam peti anda.  Siap sedia rempah ayam bakar anda yang telah di perap di dalam peti sejuk.

6. Lebih awal anda siapkan stok dan rancang menu untuk satu minggu. Lebih mudah diet anda di susun atur.  Pastikan anda sudah menyiapkan stok Smoothie,  snek sihat anda dan segala keperluan mengikut jadual diet anda sendiri. Belajar membuat jadual diet jika anda dalam proses mengurangkan berat badan.

7. Hari minggu juga adalah hari untuk anda menambah ilmu baru.  Cuba untuk rajin membaca.  Jika setiap hari anda membaca rehatkan fikiran dan mata anda dengan berzikir atau bertafakur.  Terlalu kerap membaca juga tidak bagus untuk kesihatan mata dan postur tubuh.  Bagi anda yang malas membaca ini bukan alasan untuk anda.  Cari waktu tertentu untuk membaca.  Ia bagus untuk kesihatan mental anda.

8. Bermain dengan binatang dan kanak-kanak kecil juga adalah hari yang cukup sesuai.  Bermanja dengan kucing peliharaan anda dan bermain bersama mereka.  Jika anda punyai anak atau anak saudara masa untuk berbual mesra dan melayani karenah mereka.

9. Wujudkan satu hobi yang membina pada hari minggu.  Antaranya menulis Blog.  Jika anda terlalu banyak alasan untuk bercucuk tanam atau belajar menjahit,  tambah satu bonus lain untuk resume peribadi anda dengan menulis atau belajar memasak terutama makanan sihat.

10. Hari minggu adalah hari paling sesuai untuk memanjakan tubuh.  Buat dry Brush atau berlulur dengan lulur asli.  Anda boleh buat atau bancuh sendiri lulur anda atau beli sahaja Skrub atau lulur asli di pasaran.  Untuk mendapatkan lulur Homemade dari beras pulut anda boleh dapatkan Original Body Scrub keluaran QK.  Email sahaja ke qisyakhadeeja@gmail.com.
Setelah berlulur anda boleh menyapu minyak di tubuh anda.  Lebih bagus jika minyak asli anda itu di tambah minyak pati yang menyegarkan tubuh anda dan mengurangkan tekanan anda.  Contohnya minyak zaitun di tambah minyak aromatherapi atau minyak pati lavender.  Pilih hanya yang asli 100% tanpa bahan lain.

Lupakan alasan.  Bina motivasi baru dalam diri untuk lebih bersemangat.

Selamat Mencuba.

Terima kasih.



Belajar Membalas Komen Di Blog


Semalam baru saya perasan komen ini di balas dengan cara yang salah oleh saya.. 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Menulis Blog terlihat senang, termasuk membalas komen. 

Namun perkara yang nampak mudah itu,  memang di ambil mudah oleh saya,  sehingga saya tidak sedar satu waktu dahulu cara saya menjawab komen adalah salah. 

Bayangkan,  dahulu saya hanya membalas komen pembaca dengan hanya menaip di kotak kosong sahaja tanpa menekan butang balas yang disediakan. 

Maklumlah ketika itu saya tidak perasan butang balasan itu yang hanya boleh dilihat jika saya menggunakan paparan telefon bimbit. 

Itulah saya yang asalnya hanya suka-suka menulis Blog. 


Lihat komen ini pada tahun 2015 dan Saya hanya perasan ia pada tahun 2017 ini
Ada sedikit rasa kesal seolah-olah saya tidak mengambil berat komen Pembaca Blog ini. 

Sedangkan tanpa pembaca,  apalah yang Ada pada Blog. 

Pembacaan saya juga penting untuk seorang Blogger membalas setiap komen dan berinteraksi bersama pembaca Blog.


Satu komen bukan mudah di dapati okey. 

Maka bersyukur jika artikel anda sanggup pembaca singgah dan komen. 


Segera saya membalas komen pembaca dengan cara yang betul 
Maka saya terus membalas komen pembaca yang baru semalam saya sedari tersalah cara balasan.

Istimewa artikel ini

Pendinding Sihir Dan Kesembuhan Penyakit Karangan Ustaz Harus Din

Di sinilah pertama kali saya tersentak membaca komen pembaca di atas yang menyedarkan saya betapa penting menulis menggunakan ejaan yang mudah di fahami.

Agak sayang tulisan saya langsung tidak di fahami pembaca.

Bermula dari komen di atas saya mula menulis setiap artikel dengan ejaan yang tidak terlalu singkat dan mudah faham.

Kemudian apabila rajin membaca status Puan Ainon Mohd di Facebook,  baru saya menggunakan bahasa melayu tinggi dan ejaan penuh di dalam setiap artikel saya.

Begitu perjalanan menjadi Blogger.

Banyak perkara terlepas pandang.

Dan perkara mudah sering tidak di ambil berat.

Belajar dari kesilapan saya.

Dan percayalah biar silap dari anda tidak pernah belajar apa-apa.


Terima kasih.






Khamis, 20 April 2017

PROJEK RAYA 2017


CRUNCHY FLAKES by QK siap di masak dan Freshly Made 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Untuk anda yang mencari peluang menambah pendapatan di bulan Ramadan dan Aidilfitri ini,  Crunchy Flakes by QK Kini dibuka untuk tempahan jualan di bazar-bazar,  pejabat, online,  dropship dan belian terus.

Untuk PROJEK RAYA AIDILFITRI 2017 ini,  anda boleh membeli Crunchy Flakes by QK Ini secara kilo atau pukal.

Ia terus dibungkus didalam plastik besar dan di hantar terus kepada anda.   

Terpulang kepada anda untuk menikmati Crunchy Flakes by QK sebagai menu sahur atau berbuka puasa anda sekeluarga atau jadikan ia sebagai hidangan hari raya anda.

Alternatif lain anda juga boleh menjual Crunchy Flakes by QK Ini secara dropship atau membeli di dalam pek besar dan bungkuskan ia sendiri.

Anda boleh meletakkan Crunchy Flakes by QK sebagai salah satu hadiah di dalam hamper untuk insan tersayang anda,  sebagai buah tangan kepada bakal mertua atau hadiah kepada pelanggan anda di dalam bekas yang cantik dan menarik.

Anda boleh memohon dari pihak Crunchy Flakes by QK sendiri Untuk botol hiasan pilihan anda.

Alternatif anda boleh mereka bentuk dan membuat packaging sendiri. 

Botol kecil 100gram RM7,  botol biasa 200 gram RM12
Harga Crunchy Flakes by QK dijual di dalam botol 100 gram dengan harga RM7. 

Botol biasa 200  gram dengan harga RM12. 

CRUNCHY FLAKES by QK Ini ialah emping jagung bermutu tinggi yang dilimpahi kacang pis hijau dan kacang shandong. 

Di tabur rempah kari kaw dan herba terpilih serta lada kering dan daun kari segar yang di goreng menggunakan minyak jenama Saji yang masih baru. 


CRUNCHY FLAKES by QK 
CRUNCHY FLAKES by QK boleh di nikmati ketika bercuti,  di dalam kenderaan awam,  terperangkap di dalam jem di tengah jalan raya ketika anda berpuasa atau ketika anda kelaparan.

Ia juga boleh dinikmati sebagai snek di waktu malam atau ketika di pejabat mahu pun menonton televisyen juga perbincangan bersama rakan-rakan.

Bagi anda yang suka kunyah-kunyah dan ingin snek yang kurang manis,  ini antara snek pilihan yang lebih sihat berbanding snek komersial lain.

Jika anda inginkan snek sihat pilih snek dari bahan asli bukan proses dan sebolehnya organik. Emping jagung masih bahan makanan yang di proses.

CRUNCHY FLAKES by QK Kini dibuka untuk tempahan bulan puasa ( Ramadan)  dan untuk PROJEK Kuih Raya Aidilfitri 2017.

Untuk maklumat lanjut sebagai Dropshipper atau ingin menjadi penjual Dan pemasaran Crunchy Flakes by QK  Anda boleh terus whatapps ke

016 276 2636 


Tawaran di buka sekarang. 


Terima kasih.





Pendapatan ADSENSE turun dan naik


Paparan dashboard Adsense yang di gabungkan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Syukur alhamdulillah saya masih diberi rezeki untuk menulis dan mendapat pendapatan pasif dari Blog. 

Ada beberapa pembaca yang keliru mengenai pendapatan dari saluran YouTube dan Adsense. 

Maka saya cuba untuk jelaskan dengan mudah. 

Anda sebagai Blogger harus punyai iklan di Blog atau YouTube untuk mendapatkan pendapatan pasif. 

Iklan ini dibayar berdasarkan jenis iklan dan harga bayaran juga berdasarkan klik iklan. 

Dengan ringkasnya ada iklan mahal. Ada iklan murah. 

Iklan yang dipaparkan berdasarkan artikel yang dibaca oleh pelayar Blog. 

Jika anda bernasib baik pelayar Blog akan klik iklan itu dan iklan yang di klik akan dibayar lebih mahal. 

Itu terpakai di saluran YouTube dan Blog. 


Paparan jumlah pengunjung semalam 19/4/2017

Untuk info,  jumlah pendapatan harian Adsense berlainan setiap hari. 

Ada waktu ia turun ada masanya ia naik. 

Untuk info pendapatan pertama pendapatan pasif dari Blog ini pada bulan pertama memegang akaun Adsense dalam USD3. 

Kini hampir 2 tahun menjadi pemegang akaun Adsense pendapatan bulanan dari Blog ini mencecah USD20 sebulan kurang dan lebih berdasarkan jumlah pengunjung iklan dan klik. 

Ada pembaca bertanya adakah bayaran iklan Adsense di Blog lebih murah berbanding di video YouTube. 

Saya tidak pasti.  Namun apa yang pasti Adsense membayar berdasarkan jenis iklan dan klik. 

Ia pasti bergantung kepada berapa jumlah paparan dan pengunjung. 

Untuk info saluran YouTube saya masih tidak punyai pengunjung yang ramai. 

Ia masih berusia 2 hari dan masih banyak yang belum dikongsi kan. 

Anda boleh melihat paparan dashboard akaun Adsense saya yang di printscreen pada pagi ini dan tengah malam tadi diatas. 

Sengaja saya gabungkan keduanya. 

Anda boleh lihat perbezaan naik turun yang ditunjukkan. 

Di bawah ialah dashboard Blog ini. 

Jumlah paparan pengunjung Blog ini semalam 1 ribu lebih dan pendapatan akaun Adsense ini semalam hanya USD1.11.  Ia adalah satu jumlah yang banyak untuk Blog ini yang hanya mempunyai berapa ratus artikel. (Blog ini pernah mencapai jumlah pengunjung 2500 paparan sehari). 

Ada waktunya pendapatan harian Blog ini kurang USD0.50. Ada waktu ia mencanak naik. 

Untuk info pemilik akaun Adsense yang aktif dan Blogger  atau vlogger sepenuh masa ada yang mendapat pendapatan Adsense sehari melebihi USD100 malah USD1000 sehari terutama jika Blog itu Blog yang punyai jutaan pengunjung,  viral dan musimnya.  Contoh saluran YouTube bola sepak atau Blog bola sepak. 

Ia kerap di tonton dan dibaca ketika musim bola sepak dunia. 

Anda boleh memilih untuk menjadi Blog atau saluran viral mahupun Blog atau saluran organik yang berinformasi tinggi. 

Terpulang pada tujuan dan sasaran anda. 

Nasib dan rezeki serah sahaja pada tuhan. 

Semoga artikel ini menjawab kekeliruan anda. 


Terima kasih. 







Mesej Security Warning @ Amaran Keselamatan Muncul Di Blog


Mesej security Warning atau amaran keselamatan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Tiada perkara yang sentiasa mudah dalam hidup ini. 

Ujian dan pengalaman akan mematangkan anda dan menambah ilmu dalam perkara yang terjadi dalam hidup. 

Dalam pengalaman dunia blogging juga begitu. 

Pelbagai isu kecil atau besar dalam Blogging akan anda hadapi dan pastinya seiring masa dan tekad ia insyallah berjaya di uruskan. 

Pagi semalam ketika melayari Blog ini tiba tiba mesej Security Warning @Amaran Keselamatan Muncul Di Blog ini beberapa kali. 

Tentu sekali saya merasakan amat takut jika mesej amaran keselamatan ini terus muncul terutama bagi pembaca yang melayari Blog ini. 

Teringat status yang di kongsi oleh salah seorang sifu Blogger dan SEO tuan Dr Wan Yusof Wan Jeffery,  saya terus cuba menukarkan setting http: blog Ini kepada https: yang lebih selamat. 

Untuk info,  atas status facebook Dr Wan Yusof Wan Jeffery itulah baru saya tahu bahawa https atau huruf 's'  itu mewakili perkataan Security (keselamatan).  Ia tentu sekali disukai Google atau SEO. 

Saya tidak perlu membayar untuk perkhidmatan ini kerana saya ialah pengguna Blogspot.  Ada sesetengah domain anda perlu membayar untuk menggunakan perkataan 's'  atau security ini untuk muncul di alamat Blog anda. 

sijil amaran atau Security Certificate itu datang dari Nuffnang 
Setelah menukar setting (tetapan)  blog dari http ke https.  Blog ini kembali kepada sediakala.  Tentu sekali saya bersyukur. 

Ketika waktu petang saya kembali melayari Blog ini,  saya terkejut. 
Mesej amaran keselamatan masih di terima. 

Saya melihat paparan sijil amaran (view Certificate). 
Info di sijil amaran itu ia datang dari Nuffnang. 

Segera saya membuka dashboard Nuffnang dan membuang Blog ini dari dashboard Nuffnang itu. 

Saya turut membuang kod atau coding nuffnang di Blog saya di bahagian html dan bahagian theme html. 

Mesej amaran keselamatan masih muncul. 

Saya menghubungi beberapa orang sifu Blogger di Facebook. 

Antara nasihat dan balasan mesej yang diterima termasuklah dari Tuan Hasrul Hassan yang memberitahu isu itu ada kaitan dengan Nuffnang dan saya perlu menghantar tiket ke Nuffnang. 

Pagi ini saya melawat kembali Blog saya. 

Alhamdulillah ia kembali kepada sedia kala. 

Paparan dan pengunjung Blog ini semalam lebih seribu pengunjung. 
Syukur alhamdulillah,  sekurang-kurangnya ia kekal ramai. 

Saya tentu sekali akan menambahkan kembali nuffnang di Blog ini. 

Saya akui nuffnang membayar terlalu sedikit seperti bumi dan langit berbanding bayaran Adsense. 

Namun baki dalam akaun nuffnang saya berjumlah RM46+ membuatkan saya terpaksa mencukupkan jumlah RM50 untuk di Cash out.. 

Tentu sekali saya perlu meletakkan kembali iklan nuffnang ini sehingga bayaran RM50 boleh dikeluarkan.

Namun hampir tengah hari,  masalah sijil amaran ini timbul semula.

Saya mengikut ajaran sifu Blogger di Facebook, dan mula menghantar tiket ke Nuffnang.

Isu ini harus di tangani oleh pihak nuffnang. 

Untuk anda yang masih baru berhadapan dengan isu ini,  di harap artikel ini membantu. 

Doakan yang baik-baik untuk semua. 

Terima kasih. 




Rabu, 19 April 2017

Pengalaman Menggunakan Kurier @ Courier NINJA VAN


Order status
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman saya membeli barang di Lazada menggunakan perkhidmatan kurier atau Courier NINJA VAN.

Untuk info,  ini kali kedua saya membeli barang yang sama di Lazada iaitu Kitchen scale yang di jual dengan harga RM9.90 sahaja dan kos pengeposan atau penghantaran adalah percuma. 

Kali pertama membeli hanya satu barang yang berharga RM9.90 saya agak terkejut melihat kos pengeposan percuma. 

Al maklum,  sebagai seorang penjual Online,  kos pengeposan ini merupakan satu isu hangat. 

Maka saya menyelidik kurier apa yang diguna pakai oleh penjual Lazada itu,  ketika menerima email dari Lazada,  ia memaklumkan bahawa NINJA VAN ialah syarikat kurier yang digunakan. 

Maka saya mula memasukkan nombor rujukan consignment atau barang pesanan saya di bahagian track Order,  sayangnya saya mendapat mesej reference invalid atau tiada.

Sabar menunggu dan berfikir positif,  3 hari berikutnya juga sama.  

Mesej yang sama di paparkan bahawa No reference saya itu invalid. 

(sebelum terlupa Order saya dibuat pada hari Sabtu di Lazada). 

Pada hari Rabu tiba-tiba saya menerima email dari Lazada,  barang saya tidak dapat di hantar. 

Hanya tuhan yang tahu betapa kecewa hati saya. 

Dan saya memulakan refund. 

Dapat sahaja refund,  hati pun tenang dan sekali lagi saya membeli barang yang sama dengan penjual yang sama. 

Maklumlah sebagai penjual Online saya sendiri ingin mengetahui bagaimana perkhidmatan  kurier NINJA VAN dan berapakah kos perkhidmatan ini. 


Website NINJA VAN mengikut paparan telefon bimbit 
Jika untuk kali pertama tempoh hari saya membeli Online pada hari Sabtu.

Untuk kali kedua saya membeli secara Online di Lazada pada hari Selasa (18/4/2017)

Order kali kedua ini saya mendapat email seperti biasa dari Lazada yang memaklumkan No consignment atau reference saya untuk di rujuk di Website NINJA VAN.

Kali ini semuanya mudah.  Website NINJA VAN terus menunjuk paparan bahawa barang saya telah di bawa keluar dari Lazada store.

Paling istimewa saya turut menerima mesej dari NINJA VAN bahawa barang saya telah dihantar keluar dari stor Lazada.

Di bawah ialah mesej yang di hantar pada hari ini Rabu (19/4/2017).

RM0.00 Hi QISYA KHADEEJA  a Ninja is delivering your order from Lazada Warehse today!

Pada kali pertama pembelian saya sebelumnya,  saya tidak menerima mesej ini.

Ketika melawat website NINJA VAN dan melihat reference barang pembelian saya,  barang pesanan saya masih dalam transit atau perjalanan.

Saya membuat carian Google pengalaman pembeli lain menggunakan NINJA VAN.

Ada sesetengah memaklumkan jika anda berada di rumah,  namun tidak angkat telefon bimbit anda ketika mereka menelefon.  Pihak NINJA VAN akan menganggap anda tiada di rumah.

Maka pastikan anda sentiasa bersama telefon bimbit.

Pengalaman lain penulis Blog.  Operasi NINJA VAN bukan seperti waktu pejabat biasa,  ada waktu selepas waktu pejabat penghantaran tetap dibuat.

Penghantaran pada hari Sabtu juga dilakukan,  dan pekerja NINJA VAN akan menelefon dahulu untuk memastikan penerima berada di rumah.

Paling istimewa ada pembeli Lazada dan Zalora menerima barang yang dibeli tidak sampai 24 jam apabila ia menggunakan perkhidmatan dan kurier NINJA VAN.  

Hebat bukan?. 

Moralnya jika anda menggunakan perkhidmatan ini,  pastikan anda sentiasa dikemaskini dengan perjalanan barangan anda berdasarkan reference consignment yang diberi dan pastikan pada hari sepatutnya barang anda tiba, telefon bimbit anda sentiasa berada di tangan anda.

Saya baru sahaja mendaftar di NINJA VAN untuk mengetahuinya perkhidmatan untuk penjual Online yang ingin menggunakan perkhidmatan ini.

Saya masih tidak mendapat maklum balas dari Pihak NINJA VAN.

Saya tentunya ingin tahu berapa caj yang dikenakan dan selanjutnya mengganggu perkhidmatan NINJA VAN jika kos penghantaran jauh lebih murah dan berpatutan berbanding kurier komersial lain.

Maka ketika ini tentu sahaja saya sedang menunggu barang pembelian saya di Lazada sampai menggunakan kurier NINJA VAN.

Telefon bimbit harus sentiasa berada di sisi.

Maklumat lanjut perkhidmatan NINJA VAN ini akan saya kongsikan dalam artikel akan datang.  Insyallah.

Terima kasih.


*** barang belian saya dari Lazada menggunakan perkhidmatan NINJA VAN selamat diterima hari ini dalam jam 6.20 petang di bawa oleh perkhidmatannya ala-ala Uber atau Grab.




Selasa, 18 April 2017

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 38 :- RESTORAN ZAM ZAM


Restoran Zam Zam yang terkenal
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link di bawah.
TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 37

Telah lama mengetahui mengenai restoran Arab,  Restoran ZAM ZAM namun saya tidak berminat untuk menikmati makanan disini kerana mempercayai komen-komen yang didengar.

Maklumlah bukan calang-calang orang yang pandai memberi komen mengenai makanan di Kuantan ini.

Akhirnya setelah mendapat komen terbaru mengenai rasa enak Restoran ZAM ZAM Kuantan yang terkini dan semakin sedap dan enak mengatasi saingannya di Kuantan, akhirnya saya pergi menikmati masakan Arab di Restoran ZAM ZAM kuantan semalam atau hari Ahad baru-baru ini bersama anak saudara saya.

bahagian hadapan restoran ZAM ZAM
RESTORAN ZAM ZAM atau restoran arab yang paling mewah di Kuantan ini terletak berhadapan Megamall Kuantan berdekatan East Coast Mall.

Restoran arab ini adalah yang paling terbesar setakat ini di Kuantan. Di katakan bahawa Restoran ZAM ZAM turut terdapat di Lembah Klang atau Selangor. Anda boleh sahaja menggunakan carian Google untuk maklumat lanjut cawangan Restoran Zam Zam ini di tempat lain.

Irfan dan Ilham menunggu makanan sampai
Dalam jam 3.30pm saya dan 2 anak saudara saya,  Irfan dan Ilham tiba di Restoran Zam Zam ini. 

Memilih meja berdekatan cermin untuk melihat kawasan luar 
Kami memilih meja berdekatan cermin yang boleh tembus melihat kawasan di luar restoran.

Ketika kami tiba ramai pelanggan restoran ini beransur pulang selepas menikmati makanan tengah hari di sini.

Pelanggan beransur pulang selepas makan tengah hari 
Berikut antara gambar yang sempat diambil oleh saya ketika berada di dalam restoran ini.

Ruang restoran yang luas
Ketika ini tingkat atas ditutup untuk di kemaskan ketika saya bertanya pelayan adakah tingkat atas dibuka,  kerana saya ingin melihat dan mengambil gambar di bahagian atas.

Pekerja Nepal itu memberitahu seksyen itu closed.

Kerusi ala dekorasi Arab dan butang untuk memanggil servant atau staff restoran 
Istimewa restoran Arab yang agak eksklusif ini,  anda tidak  perlu melambai tangan untuk memanggil pekerja restoran atau mengeluarkan suara agak kuat untuk memanggil pekerja bagi memesan makanan atau perkara lain. 

Hanya tekan butang yang disediakan di tepi meja ala restoran mewah,  pekerja restoran akan terus datang ke meja anda. 

Ilham kepelikan melihat kuah sup untuk di makan dengan nasi mandy 
Berbeza kuah di restoran Dallah Kuantan dan restoran Qasar Saba yang menghidangkan nasi mandy dan kuah ala kari.


Di Restoran Zam Zam ini kuah ala sup menggantikan kuah kari untuk di makan bersama nasi mandy.

Irfan dan Ilham memilih nasi mandy.

Agak lama menunggu nasi disiapkan kerana baru habis untuk makan tengah hari.  Kami menunggu hampir setengah jam bagi menikmati hidangan ini
Irfan dan Ilham bergurau senda setelah mendapat nasi mandy
Bayangkan saya telah selesai menikmati hidangan dan menu Irfan dan Ilham masih tidak sampai lagi sehingga saya mengambil keputusan untuk membatalkan pesanan dan mencari makanan lain untuk mereka berdua.

Namun Irfan tetap bertegas ingin menikmati nasi Arab Mandy itu juga.

Maka saya sabar menunggu.

Ilham dan Irfan gembira akhirnya setelah setengah jam menu nasi mandy tiba
Kegembiraan jelas kelihatan di wajah mereka berdua. 

Maklumlah suasana restoran ini dihias cantik ala Arab mewah berbanding restoran Arab lain di Kuantan. 

Pastikan kedua-duanya ingin menikmati hidangan disini. 

Selain mandy chicken terdapat pelbagai lagi pilihan menu masakan arab di sini. 

Berbeza restoran Arab lain di Kuantan,  Restoran Zam Zam menyediakan pelbagai menu tersendiri yang tidak terdapat di restoran Arab lain di Kuantan ini. 

Kepelbagaian menu ini adalah satu bonus untuk restoran ini. 

Berikut antara menu yang sempat di ambil oleh saya

Menu sup di Restoran Zam Zam Kuantan 

Menu appetiser di restoran zam zam Kuantan 

Pilihan menu nasi di restoran zam zam Kuantan 

Pilihan menu masakan panggang di restoran Arab zam zam Kuantan 

Menu pilihan makanan laut di restoran Arab zam zam Kuantan 

Pilihan minuman dan kek juga pencuci mulut 
Irfan memilih air teh Ice dan Ilham Milo Ice.

Saya memilih menikmati pencuci mulut Arab iaitu mahalabiya.

Air pilihan dan dessert arab
Sejujurnya saya merasakan lamb kebab disini agak kecil berbanding lamb kebab di restoran Arab lain di Kuantan.

Namun oleh kerana di masak kecil rasa daging kambing disini lebih lembut,  manis dan sedap.

Roti mulawwah di restoran zam zam ini lembut dan tidak keras atau kering seperti restoran Arab lain.

Malah roti Arab yang diletakkan khas atas lamb kebab ini terdapat sos dan rempah di dalamnya.

Satu kelainan berbanding lamb kebab di restoran Arab lain.

Saya menyukai rasa lamb kebab ini namun seperti tidak puas makan oleh kerana portion atau porsi lamb kebab yang agak kecil berbanding restoran Arab lain.

Lamb kebab porsi yang agak kecil salad pun agak sedikit
Untuk imej lebih jelas di bawah.

Roti mulawwah yang dipotong kecil dan diletakkan rempah di dalamnya dan sos 

Roti mulawwah di restoran ini memang lembut.

Malah anak saudara saya Irfan juga menyukainya.

Sedap walaupun dimakan tanpa kuah.


Makan sahaja roti mullawah dan kebab menggunakan tangan 
Di bawah ini i pula gambar mandy chicken yang di ambil untuk lebih jelas.

Mandy chicken
Saya bukan peminat mandy chicken.

Nasi Arab pilihan saya ialah kabshah.

Maka saya tidak boleh komen rasa mandy chicken di sini.

Cukup sahaja saya katakan ia sedap.

Ayam mandy disini bagi saya biasa sahaja.

Saya tidak tahu citarasa pelanggan lain kerana saya bukan penggemar ayam kecuali ayam organik.  Maka ketika saya menikmati rasa ayam ia agak tidak sesuai dengan selera saya.

Anda boleh datang ke restoran ini untuk merasa kelainan menu masakan arab disini.

Hiasan dan dekorasi restoran juga menarik dan agak mewah.

Jumlah semua makanan kami termasuk servis segala ialah RM67.85.

Restoran Zam Zam ini juga kebiasaannya menawarkan buffet Ramadan dan berbuka puasa.

Selamat Mencuba.


Terima kasih.

** ini sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best Di Kuantan Part 39:- Rimbunan Oriental Cafe





Cari Kelebihan Anda


Setiap insan dilahirkan dengan pelbagai keistimewaan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Setiap apa yang diciptakan pasti ada kelebihan masing-masing. 

Setiap bunga,  individu,  binatang atau apa sahaja ada fungsi dan kelebihan yang jika digunakan pasti akan membawa keuntungan. 

Sebagai Blogger anda beruntung jika bijak menulis dan bermain emosi. 

Sebagai photographer anda beruntung dianugerahkan bakat mengambil gambar dan mewujudkan ekspresi yang tidak memerlukan patah perkataan untuk menjelaskan apa yang ingin di sampaikan. 

Kini dunia media sosial dan Internet yang berkembang mengakui setiap bakat manusia. 

Jika anda bijak menulis anda boleh menggunakan bakat anda untuk iklan,  penulisan dan sebagainya. 

Anda berbakat mengambil gambar kini juru kamera juga mulai di bayar mahal,  malah boleh menjual gambar mereka di website tertentu mengikut harga yang ditawarkan. 

Mereka yang bijak mereka cipta juga jika pandai menggunakan bakat tersedia boleh mereka bentuk design atau apa sahaja untuk dijual hasil idea masing - masing. 

Mereka  yang berbakat berlakon atau menyanyi juga kini boleh menunjukkan bakat mereka di YouTube atau media sosial lain. 

Tidak termasuk mereka yang punyai bakat besar dalam bermakeup juga kini boleh menjual bakat mereka itu di instagram melalui gambar atau video di YouTube. 

Jika anda seorang yang berupa hensem dan cantik anda juga boleh bergelar model atau usahawan. 

Malah jika anda rasa tidak punyai bakat apa sekalipun,  anda kekal boleh menggunakan Facebook,  instagram dan media sosial anda untuk menjual produk anda sekaligus memasarkan barangan anda dan mendapat hasil dari usaha anda. 

Itulah adilnya dunia,  jika anda bijak berkraftangan,  memasak semuanya boleh mendatangkan hasil.  Bezanya anda berusaha atau tidak.  Fokus atau tidak sahaja.

Manakan mendapat hasil jika satu apa pun anda tidak pernah fokus melakukan ia.

Jangan asyik mengatakan anda tidak berbakat dan tidak tahu apa ingin dilakukan.

Tidak punya idea apa yang ingin dilakukan.

Lakukan sahaja dan fokus.

Insyallah rezeki akhirnya datang sendiri.

Doa dan fikir yang baik-baik sahaja.

Terima kasih.




Miliki Channel @ Saluran YouTube Sendiri


Channel @ Saluran YouTube sendiri 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Percaya pada kata kata,  buat sahaja sikit demi sikit asalkan ada progress atau pembaharuan,  itu antara kata semangat yang digunakan dalam bidang Blogging. 

Bermula hanya menulis suka-suka tanpa ejaan penuh dan ayat tunggang langgang serta terbalik.  Bahasa budak muda 4 tahun lepas akhirnya kini saya kekal menulis dalam bahasa Melayu Tinggi ejaan penuh. 

Dari tahun ke tahun,  seperti kata setiap sifu dan mentor anda sendiri akan pelajari dan jumpa rentak sendiri. 

Itu perjalanan yang berlaku di Blog ini,  dari bahasa tunggang langgang,  ke bahasa Melayu namun ejaan tidak penuh,  seterusnya perlahan lahan dan kekal menggunakan ejaan penuh sehingga kini dan doanya hingga ke akhir hayat insyallah. 


Artikel cat Cafe yang di link atau disambungkan ke video YouTube qisya khadeeja 
Pernah menulis di artikel di Blog ini bahawa,  impian saya satu hari nanti punyai saluran YouTube sendiri dan dihubungkan ke Blog dan artikel yang bersangkut paut untuk rujukan pembaca Blog saya yang TERSAYANG,  akhirnya semalam saya berjaya mendapatkan saluran YouTube sendiri. 

Amat mudah rupa-rupanya,  jauh dari sangkaan saya yang menyangkakan ia sukar. Ia semudah ABC.  Andai saya tahu bertahun dulu ketika mula menulis artikel mengenai wanita berpantang saya pasti telah mulakan.  Mohon jangan jadi seperti saya. 

Untuk info,  jika anda pemilik akaun Adsense,  untuk 1000 tontonan atau viewer video anda USD1.70 akan dibayar ke akaun anda berdasarkan iklan yang di klik.  Ada juga sehingga USD2. 

Ia, bukan mudah untuk mendapatkan tontonan 10 sehari jika video anda tidak sepopular dan viral seperti utuber lain,  lebih-lebih lagi jutaan video di upload hampir setiap hari. 

Setiap dari anda punyai Target golongan sasaran masing-masing. 

Saya sendiri sebagai Blogger menggunakan saluran YouTube saya yang dihubungkan dalam setiap artikel saya untuk rujukan para pembaca yang bersangkut paut dengan tajuk artikel. 

Untuk penonton menggunakan carian di YouTube untuk video saya agak sukar kecuali ia betul-betul kena dengan carian,  namun untuk pembaca Blog saya singgah dan klik video di artikel yang disertakan,  potensi amatlah tinggi. 

Satu waktu dahulu saya percaya setiap kata-kata buat dan mulakan. 

Anda tulis dan seiring waktu orang akan mencari anda. 

Tulis dan tulis fikirkan apa lagi perkembangan dan kemajuan yang anda boleh lakukan untuk Blog dan diri anda juga seiring era teknologi sosial. 

Baru belajar mengambil video.  Maka 3 video pertama di saluran YouTube saya amat banyak kekurangan. 

Namun itu harga yang perlu dibayar dalam proses baru memulakan dan belajar. 

Saya ingin setiap pembaca dan follower saya sendiri melihat dan rasa kesukaran dan kekurangan saya dalam memulakan penulisan Blog,  mencari idea dan kini melihat kekurangan saya dalam memulakan video di YouTube dan setiap perkembangan atau progress yang dimulakan. 

Percayalah tiada benda yang terus sempurna serta merta. 

Usah bezakan saya dengan mereka yang telah lama dalam bidang vlogger atau YouTube. 

Juga usah bezakan Blogger setahun jagung dengan Blogger yang telah lama. 

Jarak kami bagai langit dan bumi. 

Antara kritikan dan pujian. 

Semua akan diterima dan disukai. 

Tidak adil untuk membenci salah satu darinya. 

Doakan saya makin bijak,  pandai dan cerdik mencari idea untuk Blog dan vlog saya. 

Saya percaya doa dari mereka dalam diam untuk saya cepat dikabulkan,  lebih lebih lagi dari pembaca yang lansung saya tidak tahu sedang membaca dan melihat Blog dan vlog saya.

Bukankah doa untuk insan lain dalam diam lebih kabul juga kembali kepada kita sendiri. 

Terima kasih untuk semuanya. 

Dan syukur kepada Tuhan memudahkan saya dalam banyak rancangan yang diaturkan oleh NYA untuk saya. 

Dalam perancangan jangka pendek dan panjang ini,  saya akan mula mengupload video dan menyambungkan di setiap artikel di Blog ini termasuk artikel lama terutama yang berada di carian tangga teratas Google. 

Doakan hanya yang baik-baik  dan percaya semua yang datang hanya baik-baik sahaja. 

Abaikan kata kata orang sekeliling yang tidak membantu. Hanya anda sahaja yang faham dan tahu apa kehendak dan idea anda. Sukar untuk terjemahkan idea dan perancangan anda kepada mereka yang berbeza dunia,  minat dan pandangan. 

Terima kasih 






Isnin, 17 April 2017

Cat Cafe Best Di Bangi : Restoran Cat Signature Cafe & Studio


bahagian hadapan cafe cat signature
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Berpeluang bermain-main dan bermanja serta menghilangkan stress bersama sekumpulan kucing comel, manja dan gebu gebas di CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO  yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru BANGI baru-baru ini adalah antara pengalaman bermain dan bergembira dengan kucing yang tidak boleh dilupakan.

Memang berbaloi harga masuk dan bermain dengan kucing untuk DEWASA RM10 dan Kanak-kanak RM7 seorang yang dibayar untuk 45 minit.

ketika kami sampai cat signature masih belum memulakan operasi
Untuk info, cafe dan studio kucing ini terletak di tingkat berlainan.

Tingkat bawah ialah cafe atau tempat makan yang cantik dan dihias cukup indah.

Pujian harus diberikan , cafe ini cukup cantik dan bersih dan studio kucing diatas amat bersih dan tersusun rapi. Tiada lansung bau najis kucing dan semua kucing manja bersih gebu dan dari jenis kucing mahal dan mewah bermula kucing ekor pendek si munchkin, kucing parsi, maincoon dan kucing hybrid termasuk kucing egypt. SUMPAH! ia sungguh berbaloi dan cafe ini dikategorikan cafe kucing mewah sebenar kerana setiap seekor kucing pasti anda tahu berharga ribuan ringgit.

Irfan duduk menunggu cafe dibuka
Cafe ini dibuka pada jam 11 am dan studio kucing di bahagian atas dibuka pada 11.30am.

Oleh kerana kekenyangan baru selesai menikmati sarapan pagi nasi lemak udang dan ayam di Kelisa Corner saya dan 2 orang anak saudara saya tidak menikmati sebarang makanan di cat cafe ini. Kami hanya menunggu bahagian atas cafe buka disamping sibuk mengambil gambar di cafe ini.

Ketika kami sampai di cafe ini hanya ada 2 jenis pilihan kek. Saya tidak ingat kek apa namun ia bukan kek kegemaran kami, maka kami tidak menikmati apa pun jenis makanan disini.

Anda boleh melihat gambar menu makanan cat Signature Cafe dan Studio ini di dalam instagram mereka untuk maklumat menu yang dihidangkan disini.

bahagian cafe makan
Tangga menuju ke tingkat atas dari cafe ini berada di dalam.

Sebelum ke tingkat atas , kami sempat mengambil gambar kenangan di cafe di bawah.

Dibawah ini adalah antara gambar yang sempat saya ambil untuk tatapan pembaca blog ini.

cat signature cafe & Studio Bangi 

duduk bergambar untuk kenangan hari ini

cafe ini memang cantik

terdapat cctv di atas dan anda boleh melihat dari tv yang di sediakan
Cat Cafe ini memang cantik . Susun atur kemas dan bersih.

Hiasan dan gambar kucing dan imej kucing serta dekorasi , patung , bantal segalanya berimej kucing.

Amat menepati rasa pengemar dan pencinta kucing.

anak saudara saya terpaksa melepak menunggu tingkat atas buka
Dihias cantik dengan sofa berwarna ceria dan meja kayu.

Cat Cafe ini nampak cukup eksklusif dan mewah amat sesuai dengan citarasa moden.

Ia adalah gabungan cafe hipster dan moden yang saya yakin digemari oleh semua golongan.

Ruang cafe disini juga luas dan saya pasti mereka yang suka bergambar akan gembira dan rasa berbaloi berada disini.

penat menunggu tingkat atas buka
Berada awal setengah jam sebelum tingkat atas dibuka, kami sampai disini sepuluh minit sebelum pukul 11 pagi.

Di cafe ini juga terdapat satu sudut bahagian novel popular yang saya percaya turut dijual disini.

Sudut ini berada betul betul di tepi tangga menuju ke Cat studio.

Ilham melihat barisan novel yang tersusun
Dari permulaan pintu masuk, anda boleh melihat dekorasi cafe moden berhias cantik ini.

dekorasi menarik
Sama ada anda pencinta kucing atau tidak.

Anda tidak perlu bimbang. Anda tetap boleh datang menikmati makanan disini.

Di cafe ini tiada seekor pun kucing kecuali di bahagian studio diatas.

Anda tidak perlu rasa risau dan gelisah jika diganggu kucing ketika menikmati hidangan.

Lebih-lebih lagi kucing disini kucing mewah yang saya sendiri jika menjadi pemilik kucing, berat untuk mengizinkan sesiapa bermain terlalu lama bimbang kucing kesayangan tercedera.

Maklumlah kucing yang bukan jenis kampung ini agak manja dan lemah berbanding kucing kampung yang jauh lebih kuat dan lasak.

Satu idea bernas dan menarik mengasingkan cafe dan studio di tingkat berlainan sama sekali.

berjalan dan bergambar di cafe ini
Anda boleh terus melihat gambar cantik yang sempat diambil di Cat Signature Cafe & Studio ini.

Irfan & Ilham sempat landing di sini
Di bawah ini sengaja saya cantumkan gambar untuk anda.

Cat Signature Cafe & Studio 1
Memang puas hati bergambar disini.

Jika anda seorang pencinta seni dan art. Anda pasti suka berada disini sambil menikmati hidangan dan bergosip perkara baik untuk hidup anda.
CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO
Lagi gambar yang sempat diambil disini.

sofa dan warna serta dekorasi menarik yang berlainan antara satu sama lain
Baik di bawah ini gambar menuju ke tingkat atas bahagian Cat Studio.

Bermula di kawasan novel, anda akan menaiki tangga ke atas.

Jangan lupa tanggalkan kasut anda. Sebelum naik ke Cat studio anda dikehendaki  membayar jumlah caj masuk di kaunter di bawah iaitu di cafe bawah di bahagian cashier.

cantik kan bahagian ini

Di bawah ini ialah antara gambar yang sempat diambil oleh saya.

Untuk info, setelah 45 minit baru saya dan anak saudara saya tahu bahawa bayaran yang dikenakan hanya untuk 45 minit.

Saya ingatkan ia untuk bayaran satu hari masuk.

Agak terkejut juga ketika membayar dengan harga murah namun tempat studio ini terlalu mewah dan murah jika difikirkan dengan lambakan kucing comel dan mahal itu.

Namun bagi saya harga yang dikenakan untuk 45 minit amat berbaloi dan berpatutan.

Anda dikehendaki memakai hand sanitizer sebelum menyentuh kucing-kucing comel, kacukan, mahal dan manja disini.

antara dekorasi disini
Agak terkejut kerana tiada lansung bau kucing dan bau najis disini.

Memang tempat ini amat selesa dan diuruskan dengan baik.

Kucing semuanya gebu manja dan baik serta comel sekali.

dekorasi disini
Agak terkilan saya tidak sempat mengambil banyak gambar kucing disini kerana sibuk dengan handphone.

Maklumlah selepas 45 minit saya dan anak saudara saya dikejutkan bahawa masa telah habis, oleh kerana kami sendiri kurang info tentang bayaran dan masa itu alasan mengapa gambar untuk cat studio dan kucing disini tidak banyak dalam handphone saya.

Namun anda jangan risau , anda lawati sahaja instagram CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO untuk lebih puas hati.

cantik kan

Saya sempat mengambil beberapa video disini.

Namun telah berulang kali dan lama saya menunggu video dari handphone saya ini diupload ke blog ini namun tidak berjaya.

Saya akan cuba belajar untuk mengupload video tersebut di youtube dalam waktu terdekat nanti dan memberikan link itu disini. Insyaallah.

Diharap anda berpuas hati dengan hasil gambar yang ada di tangan saya ini.

sumpah  cantik

kucing egypt atau mesir yang mahal

dekorasi atas cat studio

ilham seronok bermain



kucing parsi yang manja
Ini sahaja yang boleh saya kongsikan untuk artikel ini bersama anda.

Jika anda perhatikan dari awal lagi, setiap gambar dalam artikel ini melambangkan kenakalan dan kecomelan serta kemanjaan kucing-kucing disini.

lihat reaksi kucing mesir comel tiada bulu ini
Yang pasti saya masih merindui kemanjaan kucing ini dan  jika ada rezeki ke Bangi, insyaallah saya akan kesini lagi. Maklumlah tidak puas rasanya bermanja dan bermain dengan kumpulan kucing di sini.

Amat puas hati berbaloi dan hilang stress bermain dengan kucing-kucing ini.


Jika anda peminat dan pencinta kucing. Saya amat menggalakkan anda kesini.

Pasti anda gembira dan puas hati.

Dan yang pasti jika anda berada di Bangi pasti anda akan kerap kesini lagi.

Semoga artikel ini mengembirakan peminat kucing.

Terima kasih.

*** Akhirnya saya berjaya mengupload video CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO ini di link ini



Dan satu lagi video




Selamat menonton.

Mohon maaf , saya baru sahaja belajar mengambil video dan tidak terfikir untuk di kongsi di artikel ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...