Rabu, 8 Januari 2020

BAGAIMANA WUJUD TEKNOLOGI DAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (KECERDIKAN BUATAN)






Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sebelum kita teruskan tajuk lebih mendalam mengenai wang kripto atau cryptocurrency (contoh popular BITCOIN, ETHEREUM, litecoin, XRP (Ripple), tether). 

Kita soroti bagaimana kehidupan di zaman nenek moyang kita sehingga memasuki zaman teknologi, bermula dari teknologi mesin, ke teknologi robotik dan kini kearah teknologi ARTIFICIAL INTELLIGENCE (KECERDIKAN BUATAN).

Kita imbas kembali bagaimana zaman nenek moyang kita dahulu, membasuh baju di sungai. Terpaksa berjalan jauh membawa besin basuh baju dan membasuh baju beramai-ramai.

Kemudian dari membasuh baju di sungai, membasuh baju di rumah dengan menggunakan air kolah. Rendam lama di dalam besen dan guna timba untuk mengambil air kolah.

Kemudian teknologi mesin datang iaitu mesin basuh. Ketika ini tidak perlu lagi ke sungai atau membasuh tangan, semua menggunakan mesin baju untuk membasuh baju. Selepas spin baju terus jemur di ampaian.


Teknologi mesin basuh bertukar lagi, kali ini dengan adanya mesin pengering dan dobi. Baju tidak perlu dijemur terus dikeringkan dan dilipat. Jika suatu masa dahulu tiada manusia terfikir di Malaysia yang bercuaca panas mesin pengering baju di perlukan, kini mesin pengering baju tidak asing lagi di rumah urban Malaysia dan di dobi-dobi seluruh Negara.

Bagaimana mesin basuh, pengering baju segera dan dobi ini di terima?.

Ia adalah kerana ia diterima pakai dengan senang hati oleh setiap individu yang menggunakannya. Pengalaman menggunakan yang menyenangkan kerja dan mengembirakan akhirnya diterima seluruh dunia. Inilah yang di panggil User Experience dalam bahasa dunia teknologi korporat. 

Apabila user experience itu bagus, ia akan menggantikan cara penggunaan sesuatu barang dengan yang lebih baik. Mesin basuh separa automatic bagus, namun mesin automatic lebih bagus. Maka mesin basuh automatic lebih digemari dan laku kerana menjimatkan masa dan tak perlu di monitor seperti mesin basuh separa automatic.

Dari zaman teknologi mesin dan robot akhirnnya kita sampai ke zaman ARTIFICIAL INTELLIGENCE (KECERDIKAN BUATAN).

Antara teknologi paling popular dalam penggunaan AI (ARTIFICIAL INTELLIGENCE / TEKNOLOGI BUATAN) ialah penggunaan AI dalam teknologi pembuatan telefon pintar.

Seperti lahirnya mesin basuh dari basuh baju di sungai. Telefon pintar juga asalnya bermula dari telefon awam dimana anda harus berjalan jauh dan mencari telefon awam jika ingin menghubungi seseorang, kemudian wujud telefon rumah atau pejabat , datang pengenalan ke telefon bimbit yang hanya boleh telefon dan mesej, kemudian wujud telefon pintar yang jauh lebih canggih. Telefon pintar yang boleh whatapps, main media sosial, camera dengan mega pixel yang bagus sekaligus boleh terus disambung dengan internet yang memudahkan gaya hidup.

Pengalaman penggunaan telefon pintar yang semakin menyeronokkan dan meluas akhirnya menenggelamkan telefon bimbit biasa jenama nokia yang cukup kukuh dan popular suatu masa dahulu. Siapa sangka NOKIA akhirnya dikalahkan oleh perubahan teknologi yang ketika itu di ambil alih oleh Android dan Ios.


Jenis dan model telefon pintar juga bertukar pantas seiring zaman dan antara paling popular ialah perisian ios dan teknologi Artificial Inteligience / kecerdikan buatan

Bagaimana perubahan teknologi perisian Android dan IOS yang diterima pakai oleh User Experience dan user interface ini yang mengembirakan ramai masyarakat, akhirnya dunia menerimanya. Tenggelamlah telefon bimbit jenama Nokia dan Motorola menjadi sejarah.

Kesimpulan yang boleh di terjemahkan dalam bahasa ringkas disini. Apa sahaja teknologi dan perubahan itu diterima apabila ia melahirkan perasaan gembira dan menyenangkan. Itulah yang terjadi pada teknologi ARTIFICIAL INTELLIGENCE / KECERDIKAN BUATAN, pengguna gembira dan berbangga dengan kehadiran teknologi AI ini sekaligus teknologi AI digambarkan akan terus berkembang menjadi teknologi masa hadapan.

Apakah kaitan antara Artificial Intelligence (kecerdikan buatan) dengan blockchain juga cryptocurrency / mata wang digital seperti bitcoin, ethereum, XRP, tether dan sebagainya?.

Semua ini akan diterangkan satu persatu dalam artikel seterusnya.

Diharapkan artikel ini boleh menjelaskan dengan terang bagaimana perjalanan sesuatu teknologi atau perubahan berkembang. Apabila pengalaman itu menyeronokkan dan mengembirakan, automatic teknologi itu diterima dan diguna pakai seluruh dunia. Begitulah yang diramalkan untuk teknologi AI, Blockchain dan penggunaan crypto currency / mata wang digital.

Terima kasih.


Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.







Ahad, 5 Januari 2020

CERITA CRYPTO CURRENCY ( Mata wang Digital) Bitcoin dan Ethereum





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.


Tahun 2019 hanya 3 artikel ditulis di blog ini, tahun 2020 insyaallah blog ini akan kembali aktif.

Mengenangkan bermulanya abad 2020, untuk artikel pertama tahun ini blog ini akan membicarakan mengenai crypto currency, yang lebih dikenali sebagai mata wang digital.

Pernahkah anda mendengar mengenai bitcoin?.

Dua, tiga tahun kebelakangan ini, kisah bitcoin, crypto currency, mata wang digital, Ethereum di bincang hebat oleh kalangan pemain crypto. Ada yang lebih senang memanggil crypto sebagai bitcoin sedangkan bitcoin dan crypto adalah sesuatu yang berbeza. Bitcoin adalah crypto, namun crypto bukan bitcoin.

Crypto terdiri dari pelbagai digital currency atau crypto currency itu sendiri. Antara crypto currency yang paling popular didunia ketika ini ialah bitcoin, Ethereum, XRP yang dikeluarkan oleh Ripple dan lite coin.

Malah facebook ketika ini juga sedang dalam perancangan mengeluarkan crypto currency sendiri yang bakal di panggil LIBRA. Tiada maklumat tepat bila pelancaran LIBRA namun kini ura-ura pelbagai kerjasama antara LIBRA dan syarikat besar mengenai digital sedang diusahakan.

Terdapat 2 pendapat terkuat mengenai pendapat berbeza mengenai crypto currency.

Pendapat pertama golongan kuat yang mengelarkan crypto currency sebagai mata wang digital.

Pendapat kedua golongan pemain crypto currency yang mengelarkan crypto currency sebagai asset digital.

Namun di tengah kedua-dua pendapat ini, tentu sahaja semua harus akui mata wang atau wang juga adalah di bawah asset semasa atau asset cair yang juga turut boleh di panggil asset.

Apa sahaja gelaran dan pendapat, adalah dipercayai crypto currency atau mata wang digital ini akan mula diguna pakai seluruh dunia dalam tahun 2022. Pakar pelaburan Warren Buffet menulis (tweet) di twitter pada 26/6/2018, yang bermaksud mereka yang mempunyai bitcoin akan menjadi jutawan pada tahun 2022. Sama ada ramalan ini benar atau tidak, kita hanya akan tahu apabila masa itu tiba nanti.

Pada ketika ini crypto currency atau mata wang digital ini telah di guna pakai dalam pelbagai urusniaga. Kini terdapat kad VISA Bitcoin dan Ethereum yang boleh digunakan di atm, pelbagai Ewallet, juga exchanger yang melakukan urusniaga dalam traksaksi jual beli bitcoin atau Ethereum tanpa menggunakan tunai.

Buat masa ini ramai yang keliru mengapa harus di tukarkan crypto currency seperti bitcoin atau Ethereum ke bentuk tunai ketika berurus niaga. Harus ditekankan disini, ini hanya untuk sementara kerana kegunaan crypto currency masih belum menyeluruh. Seperti anda harus menukarkan saham dan emas kepada tunai begitu juga crypto (asset).

Pada pemikiran pemain crypto ketika ini adalah antara waktu paling tepat untuk mempelajari mengenai crypto currency dan mula menyimpan crypto currency sebagai asset masa hadapan.

Sebagai salah satu cabang instrument pelaburan, crypto currency ( mata wang digital) turut mengalami harga turun dan naik. Seperti pelaburan lain, crypto currency juga mempunyai risiko. Ketika anda melakukan pelaburan pastikan anda sanggup menghadapi risiko turun naik nilai pelaburan anda. Tiada jaminan harga crypto currency ( mata wang digital ) akan terus naik dan kekal tinggi.

Dalam keghairahan dunia crypto currency atau mata wang digital ini, wujud golongan scammer yang memburukkan crypto currency dalam nama bitcoin dan Ethereum ini. Terlalu ramai golongan scammer ini, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.


Untuk mengelakkan terjebak dalam golongan scammer ini ada pelbagai butiran yang harus diambil kira bagi memastikan sama ada golongan ini adalah golongan pemain crypto currency atau mata wang digital yang genuine (sah) atau tidak. Butiran penting ini akan diterangkan secara terperinci dalam artikel seterusnya selepas ini.



Terima kasih.



Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.








Khamis, 13 Jun 2019

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 57 :- COASTAL STORE



Bahagian hadapan CAFE ANTIK COASTAL STORE ini

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel seterusnya dari artikel sebelum ini Tempat Makan Best di Kuantan :- AL DANTE , PASTA PLACE.

Istimewa Jalan Besar, Kuantan, terdapat pelbagai KAFE ANTIK dan hipster muncul di JALAN BESAR ini.

Dari Kula Cakes, Pagi Daisy, Kayu Woods, Coastal Store antara tempat wajib anda pergi terutama jika anda adalah peminat cafe hipster.

makanan enak dan hiasan yang cantik
Kafe Coastal Store ini menghidangkan hidangan ringkas untuk di nikmati antaranya termasuk beef noddles dan nasi ayam. Terdapat pilihan kek seperti kek coklat oren untuk dinikmati sebagai dessert disini.

bersama hidangan ringkas dessert kek coklat oren dan air lemon suam

Bergambar di bahagian hujung rak buku di cafe ini
Cafe Coastal Store ini dihiasi pelbagai barisan buku yang turut dijual disini. Ada yang kelihatan seperti novel lama dan antik. Sebuah piano besar turut diletakkan di cafe ini sebagai hiasan yang cukup menawan.

beef noddles atau mee rebus daging
Di bawah ini sempat dikongsikan gambar-gambar yang sempat saya ambil di cafe hipster ini. Tentu sekali ia amat berbaloi terutama bagi mereka yang gemar bermain instagram kerana cafe ini amatlah instagramable.

berlakon bermain piano..hehe

longgokan buku yang kemas tersusun

air kosong turut disediakan di sebelah piano

bahagian pintu belakang

bahagian hadapan cafe ini yang dihiasi pokok

cafe ini betul-betul terletak di Jalan Besar, kawasan kereta lalu lalang


antara menu yang kami cuba , beef noodles, nasi ayam, kek coklat oren

cafe unik dan cantik

amat sesuai untuk mereka yang meminati photography

menunggu makanan yang di pesan sampai

staff mengambil pesanan makanan dan menu

cafe yang cantik tersusun

memang betul-betul cafe hipster

Disini turut dijual kaset dan cakera padat pelbagai artis, jika anda berminat anda boleh membelinya sebagai kenangan.

kaunter makanan dan pembayaran

suasana di dalam cafe

dari hiasan lampu sehingga hiasan meja semuanya ala hipster
Cafe hipster dan antik ini juga menawarkan harga makanan yang berpatutan, tidak mahal dan tidak murah. Harga makanan disini anggaran dalam RM10 .

Tunggu apa lagi jika anda berada di Kuantan, anda patut cuba singgah menikmati dan merasai suasana di cafe antik ini.

Terima kasih.





Selasa, 11 Jun 2019

Tempat Makan Best di Kuantan Part 56 :- Al Dante Pasta Place


Bersama hidangan buffet Sarapan Pagi di Al Dante
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Berbulan tidak mengemaskinikan blog ini, namun terdapat ratusan draft artikel yang tidak berkesempatan di sudahkan untuk di paparkan di blog.

Hari ini saya cuba menyudahkan draft artikel ini yang telah berbulan tersimpan.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link ini TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 55.

meja yang selesa dan pillihan makanan yang enak
Bagi orang Kuantan yang biasa menikmati hidangan barat di Azam Rooster Balok atau Azam Rooster Indera Mahkota.

Satu lagi restoran dari pemilik yang sama Al Dante Pasta Place menawarkan pelbagai menu menarik untuk sarapan pagi, tengah hari, petang dan malam.

Terletak betul-betul di tengah bandar Kuantan, berhadapan pasaraya MEGAMALL KUANTAN, dan berhampiran Kuantan City Mall, restoran ini adalah pilihan menarik untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Malah, Al Dante juga sesuai untuk meraikan keraian penting termasuk majlis hari jadi dan majlis istimewa lain.

Salad turut termasuk dalam menu bufet sarapan pagi di sini
Al Dante menawarkan menu ala carte dari pasta dan pelbagai pilihan makanan barat lain. Selain itu AL DANTE menawarkan buffet sarapan pagi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada harga promosi RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Harga biasa bufet ini ialah RM15 untuk dewasa.

bergambar bersama Kak Akma di Al Dante
Restoran yang luas serta cantik, di temani penghawa dingin dan tatahias yang ringkas berlatarkan warna putih, membuatkan anda merasa selesa ditemani muzik di restoran ini.

Saya berkesempatan menikmati hidangan bufet sarapan di sini bersama sahabat saya. Terdapat pelbagai jenis hidangan sarapan pagi disini antaranya nasi lemak, mee goreng, puding roti, cornflakes, koko krunch, salad, mee sup dan pelbagai hidangan lain lagi.

Al Dante Pasta Place
Kebetulan pada waktu yang sama kami menikmati sarapan pagi, sekumpulan pelanggan lain meraikan harijadi sahabat mereka disini.

Ruang makan yang luas
Sesuai dengan tempat dan hiasan dalaman yang menarik, tempat ini antara restoran terpilih yang anda boleh senaraikan dalam pilihan anda seterusnya untuk sambutan hari jadi di Kuantan.

berlatarkan hiasan sambutan hari jadi yang diadakan pada waktu yang sama kami sedang menikmati hidangan
sempat bergambar dengan hidangan buffet sarapan pagi disin

Jika anda seorang yang mengemari pelbagai pilihan sarapan pagi. Anda boleh memasukkan Al Dante Pasta Place diantara senarai restoran wajib cuba anda di Kuantan.




Alamat penuh dan lokasi Al Dante Pasta Place ini ialah :-


Al Dante Pasta Place Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang

Lokasinya berdekatan CIMB BANK di hadapan Megamall Kuantan.  Selamat mencuba hidangan di Restoran Al Dante.

Ini link sambungan artikel seterusnya TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN : COASTAL STORE

Terima kasih.




Khamis, 10 Januari 2019

Tempat Makan Best di Kuantan Part 55 :- Kuantan Picker & Coffee ( KAFE ANTIK DAN HIPSTER)




bergambar di ruangan hadapan cafe antik, Kuantan Picker & Coffee

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelumnya TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 54 :- CEKUR MANIS CAFE.

Jika anda mencari tempat makan hipster, antik dan menyediakan makanan enak dengan harga berpatutan, anda boleh mencuba kafe atau restoran antik , KUANTAN PICKER & COFFEE.


bergambar di hadapan Kuantan Picker & Coffee

Mari kita cari sarapan pagi
Menyediakan menu sarapan pagi enak seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi lauk ikan, roti dan kacang pool serta sajian jenis kopi enak termasuk kopi vietnam untuk sarapan pagi, CAFE Kuantan Picker & Coffee adalah antara tempat wajib singgah jika anda berada di Kuantan.

bergambar 'garang' di cafe antik ini
Menu Kacang Pool dan roti enak beserta kek markisa


Cafe ini popular untuk sarapan pagi dan petang, antara menu paling popular untuk sarapan pagi disini ialah KACANG POOL dan ROTI yang hanya berharga RM6, disini di turut dihidangkan hidangan kopi VIETNAM yang sunggup enak dan digemari ramai pengunjung cafe ini.

kopi vietnam kegemaran ramai pengunjung disini
Dihiasi denggan pelbagai hiasan antik zaman 70an dan 80an , cafe ini menjadi kegemaran mereka yang gemar mengimbas kembali zaman lampau dan anak muda yang suka bergambar dan melepak di cafe antik ini.

Anda boleh melihat antara ruang sudut yang sempat saya bergambar dan berposing di sini.

hiasan antik dan berbaloi untuk mereka yang sukakan suasana cafe 'instaworthy'

bergambar di sebelah freezer kek

cafe antik yang menawan

CD antik Jamal Abdillah

Typewriter yang popular digunakan pada tahun 1990an
Saya mencuba kek markisa yang sering mendapat permintaan disini, namun ia amat manis di tekak saya, kacang pool dan roti seperti yang diperkatakan memang enak dan lembut, ia menu wajib cuba anda disini.


kek yang dipilih kali ini amat manis rasanya 

sila lihat signboard di belakang, 'please come again'.
Tunggu apa lagi jika anda berada di Kuantan, sila menjengah, menikmati makanan dan mencuba makanan di CAFE ANTIK, KUANTAN PICKER & COFFEE yang terletak di Jalan Besar, Kuantan berhadapan restoran Pagi & Daisy ini.

ok, jom kita balik lepas kenyang perut, suka hati.

Dibawah ini dikongsi kan video ringkas yang sempat di ambil di Kuantan Picker &  Coffee ini



Ini adalah sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best di Kuantan :- AL DANTE PASTA PLACE

Terima kasih.



Selasa, 4 Disember 2018

BAHAYA BAHAN KIMIA DALAM PRODUK BEDAK MUKA, KOSMETIK DAN KEGUNAAN HARIAN


masih dalam proses trial dan error

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Produk kegunaan diri termasuk produk kosmetik sering diwar-warkan antara bahan karsinogenik atau karsinogen yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan sama ada penyakit auto imun, kanser, asma, depressi dan pelbagai lagi.

Isunya masyarakat hari ini tidak mampu hidup tanpa sabun, bedak, gincu dan produk keperluan diri lain.  Maka semakin banyak produk natural dan organic muncul di pasaran. Malangnya produk yang dilabelkan organic namun bahan-bahannya amat mendukacitakan bercampur bahan kimia lain, nano partikel yang juga alah bagi sesetengah individu dan pelbagai bahan campuran lain yang sebenarnya turut tergolong dalam bahan karsinogen dan membahayakan kesihatan.

Dari isu talc dan pelbagai bahan lagi, penggunaan bedak baik bedak bayi, padat atau serbuk, ia tetap meninggalkan kesan bahaya pada kulit kerana bahan-bahan dalam bedak mahu pun produk kosmetik lain ini boleh memasuki salur darah melalui pori-pori dalam kulit.

Bayangkan jika setiap hari seorang individu memakai bedak waktu pagi dan tengah hari sahaja, berapa banyakkah bahan karsinogen ini memasuki salur darah di kulit dalam sebulan apa lagi setahun atau seumur hidup?.

Cuba bayangkan jika bayi memakai bedak talcum semenjak hari pertama lahir? Berapa banyakkah bahan karsinogen ini telah berkumpul dalam badan jika bayi itu membesar menjadi dewasa.

Antara bahan kimia popular yang dikatakan berbahaya dan karsinogen yang sering terdapat dalam produk produk kosmetik dan kegunaan harian ialah :-

1.       sulfates
2.       parabens
3.       phthalate
4.       BHA (hidroxianisol butilado)
5.       AHA (alpha hydroxy acid)
6.       Poloxamer
7.       Lead
8.       coal nego
9.       Octinoxato
10.   Triclosan

Anda boleh melihat sama ada senarai bahan ini terdapat dalam produk kosmetik dan kegunaan harian anda.

Pada zaman teknologi dan sosial media ini, kerajinan mencari dan melakukan research mengenai produk semulajadi yang sesuai dengan kulit tanpa sebarang penggunaan bahan kimia hanya dihujung jari.

Pastikan anda tidak tertipu dengan iklan produk ‘natural’, ‘semulajadi’, ‘homemade’ mahu pun produk yang menggunakan tagline ‘organik’.

Pemerhatian yang dilakukan di pasaran terlalu banyak produk kosmetik yang claim natural dan organic yang dijual di pasaraya mahu pun farmasi turut mengandungi bahan kimia yang dikaitkan dengan punca kanser dan membahayakan kesihatan.

Anda harus membaca semua ingredient bahan-bahan yang terpapar di produk anda, jika anda kelliru anda hanya perlu mengoogle kesan-kesan dan bahaya bahan yang terkandung itu.

Sebagai contoh jika anda melihat di kandungan bahan nama bahan triclosan, anda google sahaja triclosan, pasti akan keluar fakta mengenai bahan ini di paparan telefon bimbit anda. Paling istimewa banyak perkara yang akan anda belajar jika anda mencuba melakukan kajian dan pemerhatian sendiri dengan pelbagai bacaan dan artikel yang dipaparkan oleh website yang dipercayai.

Malah pada hari ini wujud di pasaran , produk Bedak sejuk yang tertulis sebagai bedak sejuk traditional tetapi bahan-bahannya terdiri dari ‘talc’ yang amat terkenal bahaya untuk kesihatan. Pastikan anda membeli produk bedak sejuk asli yang kandungannya ialah beras atau beras pulut asli 100%.


Ketika ini bedak serbuk untuk wajah yang diperbuat dari bahan semulajadi mula diperkenal secara kecil-kecilan oleh pencinta produk semulajadi. Anda hanya perlu menyesuaikan dengan wajah anda dan membaca dengan jelas bahan-bahan yang digunakan. Anda harus ingat tidak semua individu mempunyai kulit yang sama. Tidak semestinya bahan semulajadi yang digunakan dalam membuat bedak serbuk sesuai untuk kulit anda walaupun ia 100% dari bahan semulajadi. Kenali kulit anda dan kenali apa yang kulit anda alah.

Dalam proses mengeluarkan bedak wajah berbentuk serbuk, trial dan error dilakukan beberapa kali. Ia juga mengambil masa berbulan untuk mencuba dan melihat tindak balas. Tidak kira ia dibuat dari 100% bahan tumbuh-tumbuhan dan dari produk makanan sekali pun, pengalaman menggunakan setiap produk harus diambil kira termasuk kesesuain kulit.

Insyaalah jika masa mengizinkan dan rezeki di berikan, produk bedak serbuk wajah akan diperkenalkan untuk produk homemade natural dalam waktu terdekat ini. Ketika ini proses mengenal pasti bahan-bahan sesuai dengan pelbagai jenis dan masalah kulit masih berjalan.

Selamat belajar membaca dan mengenali bahan-bahan yang terdapat dalam produk kosmetik harian anda.


Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...