Selasa, 17 November 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 25 :- *** 90 DEGRESS CAFE & ART***


Ilham bergembira di cafe ini


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Ini adalah sambungan dari artikel sebelum ini di link ini TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN - WARUNG AJA .

menunggu makanan di hidangkan


Baru-baru ini kakak saya dan anak saudara saya Ilham, telah menyambut hari jadi Kakak saya di sebuah cafe yang terkenal di Air Putih, Kuantan iaitu 90 Degress Cafe & Art.


muka Ilham Kegembiraan

Irfan iaitu abang kepada Ilham tidak turut serta kerana ingin menonton POLIS EVO bersama rakannya di rumah.

Maka bersuka ria lah Ilham seorang di Cafe Makanan yang menarik ini.


Ilham kegembiraan bermain gitar

Dekorasi 90 DEGRESS CAFE & ART ini amat menarik. 

Jika anda peminat seni dan art anda boleh datang ke sini untuk menikmati makanan dan bergambar bersama insan tersayang anda.


antara senarai menu dan harga

Tentu sekali cafe ini menghidangkan masakan western seperti salad dan waffle serta masakan western terkenal yang lain.

Harga di sini sederhana. Mahal tidak murah pun tidak. Berbelas-belas dan paling penting masakan di sini di kategorikan enak. 

Hiasan cafe ini amat sesuai untuk merayakan sambutan hari jadi atau tempat romantik untuk pasangan sedang bercinta menikmati makanan.


antara senarai harga makanan dan minuman di sini

Harga makanan dan minuman di sini adalah dalam RM10 dan keatas.

Anda boleh memilih makanan yang lebih ringan seperti sandwich dan pelbagai pilihan kek yang di tawarkan di sini,



Menu pilihan kakak saya dan teman beliau

Kakak saya dan Ilham juga teman beliau memilih menu sandwich dan kopi. Rasa ke 2-2 menu ini boleh tahan sedapnya. Begitu juga minuman di sini.


waffle disini juga boleh tahan sedapnya

Untuk pencuci mulut mereka memilih waffle yang di hias ais krim dan pisang. Siapa tidak suka ais krim atau pisang. Tentu sekali sedap sekali.


Ilham bergambar dengan ibu dan teman ibu nya.

Dekorasi cafe yang menawan ini menghidupkan suasana malam yang indah dan romantik bagi meraikan apa sahaja sambutan.

Jika anda berada di Kuantan , Cafe ini amat sesuai untuk meraikan keraian atau apa sahaja sambutan.


Tempat yang luas amat sesuai untuk chit chat dan menikmati makanan bersama keluarga dan insan tersayang.

Jika anda berminat untuk datang ke sini dan ingin melihat lebih banyak lagi gambar menarik anda boleh melihat instagram milik 90 Degress Cafe & Art ini.




Semua gambar dalam artikel ini di kirim oleh kakak saya melalui whatapps dan adalah milik teman atau rakan beliau dan di edit oleh saya.


Sehingga kini saya belum berkesempatan ke cafe ini, tetapi kerana terlalu banyak draft artikel tentang tempat makan best yang sehingga kini saya tidak sempat kemaskini , maka saya berpendapat lebih baik saya berkongsi terus antara tempat makan best di Kuantan bersama anda walaupun saya masih belum berkesempatan merasainya.


Anda boleh melihat segala komen pengunjung di instagram milik cafe ini.

Terima kasih.


*** Ini adalah sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best Di Kuantan :- SUPER KITCHEN



TIDAK GUNA BAJA KIMIA

pisang emas yang lemak dan manis , hasil tanaman belakang rumah oleh ibu saya

Alhamdulillah 3 minggu lepas, saya berpeluang menikmati hasil tanaman ibu saya di kampung iaitu pisang emas yang cukup lemak dan manis.

Sungguh beruntung mereka yang mempunyai tanah walau sekangkang kera, lebih -lebih lagi jika tanah itu tidak dibiarkan terbiar dan di tanam walau hanya sebatang pokok.

Zaman moden dan mencabar ini, terlalu sukar untuk mendapatkan tanaman atau buah-buahan yang tidak mengandungi racun atau karbait.

Saya adalah penggemar buah pisang. Sama ada di makan sahaja, di buat pengat, goreng pisang atau cekodok. Dalam seminggu 2 hingga 3 kali saya akan membeli pisang sama ada di buat sebagai masakan atau di nikmati mentah.

Ayah saya juga penggemar buah pisang semenjak muda sehingga kini. Setiap hari buah pisang adalah buah wajib beliau untuk di nikmati.

Alhamdulillah sehingga kini ayah saya masih sihat dan tidak punya sebarang penyakit walau tentu sekali kebanyakan buah pisang itu di beli oleh ayah saya di gerai buah dan di pasaraya.

Berbalik kepada hobi atau kelebihan menanam buah-buahan atau tanaman sendiri.

Walau jiran-jiran atau satu waktu dulu ibu saya pernah menanam dan rajin membeli baja kimia yang di jual merata-rata di pasar malam atau nursery.

Tetapi dengan wujudnya saya sebagai anak pertama yang tidak menyokong penggunaan baja kimia dengan penanaman sendiri.

Saya sama sekali tidak membenarkan ibu saya menggunakan baja kimia lagi pada setiap tanaman beliau.

Mana mungkin sebuah pokok atau tanaman itu menjadi tanaman organik jika baja kimia yang di gunakan.

Ia, memang satu bonus menanam sendiri tanpa semburan racun, tetapi baja kimia tetap bagi saya adalah kimia.

Ia adalah bonus sebenar jika tanaman itu tanpa baja kimia dan hanya menggunakan baja organik, sama ada dari bancuhan roti atau makanan terbuang mahu pun air teh atau air basuhan beras janji ia bukan baja kimia.

Bukan murah untuk saya mendapatkan sayur organik di kedai organik. Malah saya kini amat jarang sekali menikmati sayur organik kerana kos budget yang semakin meningkat. Selain saya kini berjimat cermat tanpa perlu memandu kereta ke pejabat dengan menumpang adik saya sahaja, kecuali jika saya memerlukan kereta untuk temujanji atau sebagainya.

Seiring zaman yang memerlukan penjimatan yang tinggi, saya kini meletakkan sayuran dalam diet saya hanya di restoran yang menghidangkan pelbagai masakan sayuran kampung sama ada pucuk paku, lemak nangka , lemak labu atau sebagainya. 

Ia sayuran jenis ini jauh lebih murah dari sayur campur seperti brokoli, lobak merah dan sebagainya yang bagi saya jauh lebih tinggi racun dari sayuran seperti pucuk paku, ulam-ulaman, nangka muda atau pun sayur labu.

Walau ia sebenarnya bukan menu kegemaran saya, tetapi , seiring belajar mengenai diet yang lebih sihat saya mewajibkan diri sendiri memilih menu yang kaya sayuran dan tentu sekali bukan sayur-sayuran yang terdiri dari "dirty dozen".

Ia, tidak punyai budget untuk sayur organik bukan alasan untuk anda tidak mencari alternatif lain yang juga baik untuk tubuh anda.

Mujur restoran atau kedai makanan kegemaran saya menghidangkan pelbagai menu sehingga ia menjadi tempat dan restoran kegemaran nombor satu saya untuk makan tengah hari.

Paling penting mungkin kerana saya kini pelanggan tetap restoran ini, caj untuk makanan yang saya ambil kekal murah dan amat berbaloi.

Cukup setakat ini perkongsian saya. Jika anda juga bercucuk tanam, cuba elakkan menggunakan baja kimia. 

Tentu anda akan lebih berbangga jika hasil tanaman anda adalah organik 100%. Cubalah. Cabar diri anda untuk membuat sesuatu yang tidak pernah anda buat.

Tentu anda akan tahu, siapa paling anda cintai dalam hidup anda.

Cintai diri anda dulu sebelum anda belajar mencintai insan lain terutama jika anda seorang yang masih single.

Salam sayang dari saya.

Terima kasih.






Jumaat, 13 November 2015

BLOGGER : IKLAN BERTERUSAN NUFFNANG DI BLOG


dari jumlah sen-sen bertukar sekelip mata menjadi puluhan RM  - untuk imej yang lebih jelas dan besar , sila klik imej

Alhamdulillah, ada lebih dari 10 iklan nuffnang yang sedang 'on-going' di blog pertama saya ini.

Sudah melalui 2x pengalaman CASH OUT dari NUFFNANG, ia sesuatu benda yang bagi saya adalah rezeki percuma walau hanya dari bermain-main dan suka-suka menulis.

Harus saya akui nilai iklan NUFFNANG jauh rendah berbanding platform iklan seperti EXABYTES apalagi ADSENSE.

Mungkin itu antara sebab mengapa semakin ramai blogger telah bertukar kepada platform pengiklanan yang lebih memberi pulangan.

Mungkin saya juga akan begitu selepas cash out NUFFNANG kali ketiga nanti.

Sudah mula 'mengintai-ngintai' platform pengiklanan yang lebih memberi pendapatan lebih tinggi dari segala pembacaan saya mengenai buat duit dari blog.

Berbanding bayaran dari EXABYTES , NUFFNANG amat ketinggalan dari segi betapa perlahan bayaran atau cheque diterima oleh blogger seperti saya.

Kebetulan pula kini NUFFNANG telah tiada lagi status GLITERRATI sekaligus menyebabkan pembayaran atau cheque akan mengambil masa selama 2 bulan bukan lagi sebulan seperti sebelumnya.

Ia bukan soal pembayaran lewat atau tidak.

Ia juga soal perkhidmatan dan bayaran yang lebih menarik yang ditawarkan oleh platform pengiklanan yang lain.

Walau bagaimanapun saya tetap berpuas hati dan bersyukur serta berterima kasih kepada NUFFNANG kerana ia adalah platform pengiklanan pertama di blog yang mula-mula saya terima sebagai pendapatan pasif sebagai blogger.

Terdapat banyak lagi platform pengiklanan selain NUFFNANG yang akan saya explore selepas ini dan akan saya kongsikan dengan anda.

Terima kasih NUFFNANG dan blogger atas peluang , pendapatan pasif ini.

Terima kasih.






Rabu, 11 November 2015

BLOGGER : PENGUNJUNG BLOG



untuk imej yang lebih jelas. Sila klik imej

Jika saya malas menaip blog saya biasanya sekadar melihat jumlah pengunjung blog saya ketika itu (di waktu jam tersebut).

Contohnya seperti imej di atas. Hanya tekan klik pada kolum 'now' maka terpapar jumlah pengunjung yang sedang melayari blog saya ketika saya melihat dashboard blog milik sendiri.


Perasaan saya?

Ada waktunya saya akan bersemangat mencari idea menulis dan ada masanya saya tetap tidak punyai mood untuk terus menaip.

Mungkin kerana saya terlalu kenyang sehingga tidak timbul idea. Dan kadang kala kerana terlalu lapar sehingga tiada mood untuk berfikir.

Dan ada masanya ketika lapar tidak , kenyang pun tidak saya tetap kehabisan idea untuk menulis.

Berulang kali saya catatkan di setiap artikel blog, terutama mengenai pengalaman saya sebagai blogger.

Menulis bukan mudah.

Untuk mendapat mood juga bukan mudah.

Di dashboard milik saya ini terdapat beratus-ratus draft yang dari tahun 2013 masih tidak di siapkan sehingga kini.

Sesungguhnya saya cukup KAGUMI, penulis buku HARRY POTTER, yang terkenal itu iaitu J,K ROWLING kerana mampu menulis berbuah buku cerita hebat dan bersiri dan kini baru sahaja menyambung cerpen ringkas mengenai sambungan kisah HARRY POTTER yang terbaru.

Tidak sabar untuk menonton Filem terbaru sambungan HARRY POTTER yang di ilhamkan dari cerpen terbaru beliau itu, yang khabarnya mengisahkan mengenai anak HARRY POTTER  pula.

Terdapat banyak kisah fantasi dari penulis-penulis barat. Idea sama 'fantasi' tetapi adaptasi novel, cara penceritaan menyebabkan kisah itu tetap berbeza antara satu kisah fantasi dengan fantasi yang lain walau kadang kala kita lihat unsur ia tetap sama. Yang baik melawan yang jahat. Kebaikan melawan kebatilan.

Tetapi setiap naskah cerita dan novel tersebut tentu mempunyai pengorbanan bukan sedikit untuk menghasilkan penceritaan yang mampu memikat bukan sedikit peminat setia. 

Ia bukan mudah menjadi penulis, sama ada menulis novel, cerpen mahu pun blog.

Kembali semula kepada penulisan artikel blog.

Bukan mudah mencari idea dan mencari kekuatan untuk terus menghasilkan karya atau artikel yang bagus untuk sebuah blog.

Walau anda mungkin melihat tajuk artikel itu amat mudah dan pernah muncul di blog-blog lain, tetapi artikel yang di tulis dari pengalaman dan pembacaan tentu berbeza sekali.

Walau sifat bosan menulis dan menaip itu sentiasa muncul tetapi saya harap saya akan terus rajin berkongsi ilmu di setiap blog milik saya dan blog dimana saya adalah penulis tetapnya.

Melihat semakin ramai blogger yang dulu aktif kini makin menyepi, saya kira tentu masing-masing sibuk dengan kerjaya dan dunia baru mereka sendiri.

Semoga saya dan anda tetap punya masa, tenaga dan idea yang bernas, untuk terus menulis.


Terima kasih.








Ahad, 8 November 2015

Sudah amalkan DIET YANG KETAT , tetapi MASIH GEMUK? . INI ANTARA PENYEBAB GEMUK yang tidak anda SANGKA.


Perhatikan setiap bahan kimia yang anda gunakan di rumah

Lihat sekeliling anda. Berapa ramai dari rakan atau kenalan anda atau anda sendiri yang terdiri dari golongan ini?

Sudah mengamalkan DIET YANG SIHAT lagi berkhasiat, tetapi masih GEMUK?.

Sudah melakukan pelbagai senaman dan diet , tetapi berat hanya turun sedikit sahaja.

Sudah mengamalkan DIET yang sihat berkurun lama termasuk senaman, malah berjaya turun 20 kilogram ke 30 kilogram tetapi selepas 4 tahun berat naik mendadak walau diet sihat, yang sama masih diteruskan termasuk pelbagai senaman?

Jika anda tergolong dalam golongan ini, mungkin sudah tiba masanya untuk anda melihat segala senarai barang-barang kegunaan harian anda termasuk pewangi udara, semburan rambut, syampu, kuali tidak melekat dan pelbagai barangan yang anda gunakan setiap hari.

Pelik tapi inilah hakikat sebenar, dunia hari ini dipenuhi dengan segala bahan kimia baik dalam udara, persekitaran dan apa sahaja yang anda pegang dan sentuh.



Satu lagi fakta yang harus anda telan. Terdapat beberapa ubat dan supplement yang anda amalkan juga menyebabkan kegemukan.

Sila semak segala makanan penambah tenaga anda , ubat-ubatan, supplement walau dikatakan campuran makanan sunnah kerana terdapat bahan kimia berbahaya untuk menjadikan makanan , ubat dan supplement tersebut tahan lama dan tidak rosak.

Selain itu emosi juga turut memberi kesan kepada kenaikan berat badan.

Belajar kawal emosi dan perasaan serta stress anda. Hormon yang tidak stabil di dalam tubuh juga boleh menyebabkan kegemukan.

Jika individu tersebut pernah melakukan pembedahan juga dikatakan sebab mengapa seseorang itu tiba-tiba gemuk atau susah untuk kurus, terutama jika ia melibatkan kemasukan air yang banyak di dalam tubuh ketika rawatan. 

Ramai mengatakan kegemukan adalah sebab genetik, tetapi terdapat juga mereka dari genetik dan sejarah kurus yang menjadi gemuk.

Malah ada juga individu dari genetik GEMUK ,tetapi berjaya kurus dengan diet dan barangan semulajadi sebagai bahan kegunaan harian.

Terdapat banyak lagi sebab kenapa seseorang itu boleh gemuk dan mengapa kegemukan tetap terjadi.

Anda boleh cuba melakukan carian google untuk pelbagai info lain.

Semoga artikel ini membantu anda dalam memilih produk kegunaan harian yang lebih selamat.

Terima kasih.




Jumaat, 6 November 2015

PETUA & REMEDI UNTUK MENGECUTKAN @ MENYEMBUHKAN TONSIL




Assalammualaikum wbt dan salam  Jumaat yang berkah.

Ini adalah petua dan remedi perkongsian dari sahabat saya di group TELEGRAM kesihatan yang saya sertai iaitu PUAN LIZA.

Menurut perkongsian pengalaman beliau ,anak beliau sering mengalami masalah tonsil dan REMEDI atau PETUA MENGECUTKAN TONSIL ini di beri oleh suami beliau untuk di amalkan.

Dan alhamdulillah, setelah mencuba pelbagai petua, ubat dan remedi, ALLAH memberikan kesembuhan dengan rawatan mudah ini.


Bahan-bahan yang di perlukan ialah :-

1. Isi lidah buaya (kisar sehingga benar-benar halus dan cair)
2. Bedak sejuk

Cara-cara

Lidah buaya yang telah di kisar di campurkan dengan bedak sejuk.

Jadikan seperti pes.

Sapukan di bahagian sakit tonsil sama ada di tekak atau kerongkong.

Insyaalah ramuan remedi dan petua ini akan membantu tonsil yang bengkak untuk menjadi kecut dan menjadikan demam tonsil tersebut lebih terkawal dan mudah sembuh.

Sapuan ini juga boleh digunakan untuk sakit kelenjar lain sebagai rawatan alternatif.

Malah rawatan petua dan remedi ini juga amat sesuai untuk masalah jerawat dan kulit yang lain.

Sila lakukan patch test dahulu sebelum memulakan rawatan atau remedi atau petua tradisional mengikut kesesuaian kulit dan tubuh.

Selamat mencuba.





Khamis, 5 November 2015

JAMU UNTUK MENGHILANGKAN MASALAH PERUT BUNCIT DAN ANGIN DALAM BADAN


antara bahan yang digunakan ialah bawang putih
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini satu lagi resepi JAMU HOME MADE atau buatan sendiri yang mudah dan saya temui dalam facebook.

Maaf saya sendiri tidak tahu resepi asal jamu ini milik siapa.

Ini antara bahan-bahan untuk JAMU HILANGKAN PERUT BUNCIT

Bahan-bahan Jamu

1. 15 Biji Lada Hitam
2. 4 Ulas Bawang Putih
3. 3 inci Halia Muda
4. 3 Sudu Halba

Cara Membuat  Jamu 

Kisar semua bahan di atas atau tumbuk halus.

Isi dalam mangkuk dan bulat-bulatkan seperti jamu yang di jual.

Lebih elok jika anda gumpal-gumpal atau buat sebesar guli.

Makan sebiji sehari.

Lebihan jamu boleh simpan di dalam bekas dan simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Selamat mencuba bagi mereka yang menghadapi masalah perut buncit .

Jamu ini juga sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah angin dalam badan berdasarkan bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati dan terkenal dengan khasiat ini amat sesuai untuk anda amalkan dan lebih menjimatkan kos serta selamat.

Terima kasih atas resepi jamu hebat ini.

Terima kasih.


Selasa, 3 November 2015

KERJAYA SEBAGAI PERUNDING TAKAFUL DAN INSURANS





Buat masa ini saya adalah PERUNDING TAKAFUL DAN INSURANS bagi syarikat HONG LEONG MSIG TAKAFUL dan HONG LEONG ASSURANCE BERHAD.

Menyentuh mengenai semua BLOG penulisan saya yang jarang saya bangkitkan mengenai bidang kerjaya saya, dan perkongsian saya mengenai DIET YANG LEBIH SIHAT serta perniagaan CRUNCHY FLAKES by QK yang baru diperkenalkan, saya akui saya jarang mendapat pertanyaan mengenai bidang kerjaya saya sebagai PERUNDING TAKAFUL DAN INSURANS.

Cuma beberapa minggu ini , wassap dan mesej di FACEBOOK mula menjengah mengenai pertanyaan tentang INSURANS dan TAKAFUL.

Jika anda adalah antara mereka yang pernah atau mula meminta pendapat saya mengenai PRODUK TAKAFUL DAN INSURANS yang HONG LEONG MSIG TAKAFUL dan HONG LEONG ASSURANCE tawarkan, saya mengucapkan jutaan terima kasih walau mungkin anda akhirnya bukan menjadi pelanggan saya.

Sebagai tempat rujukan walau saya bukan pakar mengenai bidang insurans dan takaful, saya hanya berkongsi apa yang saya tahu juga mengenai produk saya.

Harus di akui saya mempunyai beberapa permintaan quotation dan pertanyaan ikhlas dari pembaca-pembaca blog saya dan juga sahabat facebook yang saya sendiri tidak kenali tetapi mengikuti setiap status dan perkongsian pages milik saya atau status insan lain di facebook yang kini saya semakin aktif berkongsi.

Secara ikhlas pertanyaan mengenai produk takaful dan insurans saya bermula tahun ini dan bulan ini. Bulan ini sahaja 2-3 pertanyaan diajukan kepada saya di FACEBOOK dan di WASSAP.

Dari perkongsian mereka yang berminat mengetahui tentang produk yang HONG LEONG tawarkan,


Mereka menjumpai saya melalui google dari forum cari juga dari butang carian di facebook.

Seterusnya membawa kepada facebook milik saya.

Sejujurnya saya cukup susah menulis mengenai insurans dan takaful di wall facebook milik saya.

Setahun rasanya tidak sampai 5 kali saya menulis status mengenai produk atau kerjaya takaful dan insurans saya. Itu di facebook apa lagi di BLOG milik saya sendiri.

Melihat senario ini, sudah masanya saya akan aktif untuk mewar-warkan mengenai status dan kerjaya saya kepada pembaca, sahabat facebook dan follower saya juga di google.

Menulis mengenai produk INSURANS DAN TAKAFUL serta pengalaman dalam bidang insurans dalam blog kerjasama terbaru yang akan bergerak aktif dalam tahun 2016 nanti, saya akan berkongsi dengan anda tentang segala pengalaman suka duka saya di bidang insurans dan takaful

Setiap insan ada pengalaman masing-masing.

Saya tidak pernah menyesal dengan setiap yang pernah terjadi dalam hidup ini, yang penting ia adalah pengajaran dan pengalaman paling berharga dalam hidup.

Jika anda berminat mengetahui mengenai produk TAKAFUL & INSURANS, anda boleh menghubungi saya melalui email, mesej di facebook atau wassap saya.

Pertanyaan mengenai produk sahaja akan di layan.

TERIMA KASIH.







BLOGGER: PERKEMBANGAN ADSENSE DI BLOG KETIGA MILIK SAYA

*** untuk paparan imej yang lebih jelas. Sila klik imej atau gambar.

paparan pendapatan dari AKAUN ADSENSE, lihat alamat blog ke  3 saya. www.qk99.blogspot.my tetap mendatangkan pendapatan walau dalam jumlah yang rendah.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang juga kepada semua follower blog saya ini.

Telah lama saya tidak berkongsi mengenai perkembangan Akaun ADSENSE saya.

Alhamudulillah, memiliki AKAUN ADSENSE membolehkan blogger meletakkan IKLAN ADSENSE dimana-mana sahaja blog blog milik mereka.

Walau blog itu baru dibina dalam sehari dan hanya mempunyai satu artikel.


blog ke 3 milik saya - www.qk99.blogspot.my

Walau memiliki akaun adsense adalah satu bonus dan rezeki yang tidak ternilai.

Pemilik atau blogger yang memiliki AKAUN ADSENSE haruslah mengikut segala tema yang di tetapkan bagi mengelakkan AKAUN ADSENSE di batalkan.

Pengalaman saya meletakkan iklan adsense di blog ketiga saya GIRL ON FIRE (anda boleh melihat alamat blog ke 3 milik saya di akaun google saya, Qisya Khadeeja, untuk maklumat lanjut blog ke 3 milik saya ini), ia tetap menghasilkan pendapatan walau pengunjung blog ini baru sahaja mencapai 1457 paparan.

Ia, memang jumlah yang sedikit jika anda lihat di paparan AKAUN ADSENSE saya , dan pada jam saya meng"print screen" jumlah paparan ini, pendapatan dari blog ke 3 saya ini terlihat mendahului blog pertama saya yang mempunyai beratus kali ganda ramai pengunjung harian berbanding blog ke 3 saya ini.

Tetapi jumlah ini di "print screen" oleh saya di awal pagi dan ia bukan paparan jumlah pendapatan melalui AKAUN ADSENSE untuk satu hari.

Saya kongsikan "print screen" ini untuk motivasi diri saya dan anda sebagai blogger. Jangan pandang rendah rezeki yang kita sendiri susah untuk ramal dan kawal.

Walau pengunjung blog ke 3 saya memang jauh sedikit dari blog pertama. Tetapi tiada apa yang mustahil di muka bumi ini jika ALLAH berkehendak.

Jangan risau dan jangan mengalah. Lakukan apa sahaja yang anda mampu tulis dan lakukan.

Yang penting jangan menulis untuk menyakiti atau menjatuhkan pihak lain atau merendahkan pihak yang anda sendiri tidak bersetuju dengan pendirian mereka.

Ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu, dan tahun 2016 YANG DI RAMAL MAKIN MENCABAR dari tahun in, melakukan sesuatu yang mendatangkan pendapatan pasif amatlah di galakkan.

Lebih-lebih lagi blog yang bagus kebiasaannya di kunjungi oleh ramai penduduk di seluruh dunia.

Bayaran iklan adsense di bayar berdasarkan matawang dari negara pengunjung blog anda.

Pastikan sasaran anda andalah tepat jika anda telah memiliki akaun adsense.

Saya menulis segala pengalaman dalam blogging di blog pertama saya ini iaitu WALK IN MY STILETTOS.

Perkongsian tips blogging dan cara-cara membuat blog dan panduan untuk blogger baru saya kongsikan dengan ayat yang lebih mudah dan ringkas di blog ke 2 milik saya WAKE UP & BE AWESOME (anda boleh milih alamat blog ke 2 saya ini akaun google milik saya di bahagian 'perihal').

Terima kasih kerana menjadikan blog saya antara blog rujukan bagi mereka yang rajin membaca segala penulisan saya.

Dan terima kasih atas rezeki dan peluang yang ALLAH berikan kepada saya.

Semoga segala pengalaman saya dalam bidang penulisan dan blogging menjadi motivasi kepada anda yang bercita-cita menjadi penulis dan mempunyai blog sendiri satu hari nanti atau motivasi kepada anda yang kini sudah bergelar blogger.


Terima kasih.



Ahad, 1 November 2015

BLOGGER: TIDAK MAMPU MENULIS? MASA UNTUK MEMBACA

gerai kegemaran saya suatu waktu dulu dan antara sebab kenapa saya mampu menulis artikel mengenai cinta ketika mula-mula menulis blog pertama ini dahulu

Walau mood anda ingin menulis membara, idea di kepala melompat-lompat tetapi bila menekan papan kekunci anda tidak tahu apa ingin di tulis, walau segala gambar, tajuk dan mungkin draft yang terbit di kepala telah di hafal tetapi anda tidak mampu mengawal keadaan bahawa "ANDA TIDAK MAMPU UNTUK MENULIS".


Pernahkah anda merasai perasaan "Tidak mampu menulis?", walau ketika itu anak anda mungkin sudah tidur nyenyak, otak anda berkeadaan segar, perut sudah cukup kenyang terisi, tetapi bila sudah membuka laptop sambil muka tersenyum.. anda tetap tidak mampu menulis.

Nak menaip tiba-tiba tidak ada idea. Berpuluh kali memadamkan ayat-ayat yang tersusun di depan mata?. Kadang kala lebih 300 patah perkataan ditaip, tapi entah ayat apa-apa , entah artikel apa yang ingin di sampaikan, anda sendiri tidak berpuas hati dengan artikel separuh jalan itu dan memadamkan semua sekali?.

Jika anda menghadapi masalah "TIDAK MAMPU MENULIS"  dan merasa kecewa tulisan anda tidak menjadi, tidak memuaskan hati.

Ia masa untuk anda menambah ilmu dan membaca terutama jika selepas anda solat dan berdoa anda tetap tidak dikurniakan idea.

Apa istimewa membaca di saat anda kehausan SENJATA UNTUK MENULIS.

Kerana membaca tentu sekali akan terus menambah ilmu anda walau anda yakin anda cukup pakar dalam bidang-bidang tertentu.

Mungkin apa yang telah anda tulis sudah terlalu banyak dan apa yang anda sendiri ingin sampaikan dari pengalaman dan ilmu yang anda belajar anda sendiri sudah mula melupakan dan terpaksa di ingatkan kembali dengan kembali membaca untuk menambah ilmu.

Mengharap motivasi orang sekeliling untuk terus menulis tidak semestinya akan membantu, lebih-lebih lagi jika pengunjung blog anda semakin menunjukkan angka penurunan dan orang sekeliling anda semakin sibuk dengan tugas dan tidak mampu memberi sebarang komen tentang progress atau prestasi setiap artikel blog anda.

Teruskan menulis dan pastikan terus membaca untuk menambah ilmu. Perbaiki ilmu penulisan dan penambahan manfaat untuk semua pembaca anda dengan menambah ilmu sekaligus motivasi anda.

Tiada apa yang mudah di dunia ini walau sekadar menulis, dan tiada manusia yang tidak di datangi perasaan lemah dan malas , juga perasaan tidak mampu menulis walau anda sedang bersemangat tinggi menulis 10 artikel dengan beribu idea di dalam kepala.

Selamat menulis. Semoga anda akan terus mengasah pena jari jemari anda dengan lebih sumber yang mampu menjadikan catatan anda sebagai antara catatan paling di ingati dan memberi manfaat kepada semua.

Sungguh indah jika pembaca anda mendapat info dari artikel dan blog anda dan berkongsi walau dari mulut ke mulut segala kebaikan yang anda tulis di artikel dan blog anda.

Tidak apa jika anda tidak terkenal dan tidak dikenali. Cukup malaikat di sebelah kanan anda menulis pahala percuma untuk anda. Ingin sedekah duit setiap hari, agak sukar, sedekahkan ilmu juga tidak jauh hebatnya. Pedulikan kata-kata orang , yang penting anda tahu apa yang anda tulis dan kongsikan.

Teruskan dengan matlamat anda, teruskan menulis selepas anda menambah ilmu anda dengan membaca. Sekurang-kurangnya menulis blog menambah semangat anda untuk membaca dari membuang masa bercerita hal orang lain atau perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Selamat mencuba.

Terima kasih.




Jumaat, 30 Oktober 2015

EKZEMA / TSW : 10 SEBAB KENAPA ANDA PERLU ADA DIARI PEMAKANAN @ FOOD DIARY?

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Salam Jumaat yang berkah.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini DIARI PEMAKANAN @ FOOD DIARY UNTUK EKZEMA / TSW.

kadang kala anda terlupa yang anda menikmati 2-3x makanan kegemaran anda yang tinggi gula


Banyak artikel mengenai TSW / EKZEMA yang menekankan tentang pentingnya diet sihat atau holistik dengan makanan yang kurang berproses untuk mempercepatkan "healing process" atau proses penyembuhan.


Ini antara 10 sebab penting kenapa anda di galakkan mempunyai DIARI PEMAKANAN :-

1. Mudah untuk anda memastikan anda mengikut diet yang anda ingini.

2. Memastikan rules 3 hari untuk jenis makanan anda makan sama ada menyebabkan keradangan atau tidak kepada EKZEMA atau kulit anda.

3.  Melihat kembali menu yang anda makan untuk 3 hari sama ada cukup sayur-sayuran, kurangkan karbohidrat , protein, supplement dan sebagainya.

4.  Mudah untuk anda mengatur menu makanan anda untuk hari ini atau akan datang.

5.  Anda juga boleh menulis nota di dalam diari pemakanan anda perubahan kulit dan emosi serta keradangan jika terlibat.

6.  Turut memudahkan anda mengenal pasti perubahan ekzema dan tsw anda jika makanan tersebut membantu proses kesembuhan.

7. Sebagai manusia biasa, kadang kala anda terlepas menikmati gula-gula atau kek atau desert kegemaran anda, sekurang-kurangnya anda akan ada target @ impian untuk tidak menikmatinya di hari lain.

8. Membantu kepelbagaian minuman dan jus. Mungkin minggu ini anda terlebih minum teh rooibos dan minggu depan anda ingin menukarkannya dengan teh chamomile.

9. Boleh membantu anda mengingatkan diri sendiri tarikh terakhir anda menikmati kefir, kambucha atau air kelapa muda.

10. Sebagai alat motivasi anda sebenarnya dalam mengejar diet yang lebih sihat dan mengawasi diri sendiri untuk lebih komited dalam proses penyembuhan TSW / Ekzema dengan diet yang lebih ketat.


Jadi tunggu apa lagi, guna sahaja buku buruk atau nota baru sebagai diari pemakanan anda. 

Ia insyaallah akan menjadi guide atau alat untuk membantu anda lebih berdisplin.

Cubalah. Tulis semua perubahan yang berlaku pada kulit dan ekzema anda dan rekodkan setiap perubahan kulit dan pemakanan anda.

Ia pasti banyak membantu.

Terima kasih.

** sambungan artikel seterusnya di link ini TSW/ EKZEMA: SILA PELAJARI ILMU-ILMU INI





DIARI MAKANAN ATAU FOOD DIARY UNTUK PENGHIDAP EKZEMA / TSW

Assalammualaikum  wbt dan salam sejahtera, ini artikel dari sambungan artikel sebelum ini EKZEMA? APA YANG PERLU ANDA ELAKKAN?


Mungkin jika anda membaca semua artikel sebelum ini mengenai kepentingan diet jika anda ingin cepat berakhirnya penderitaan TOPICAL STEROID WITHDRAWAL yang anda alami anda akan rasa amat tertekan.

Tetapi bagi maklumat anda ketika fasa pertama TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) , saya sendiri sentiasa terlepas menjaga diet atau melepasi pantang.

Ia adalah fakta kerana saya asalnya seorang pengemar makanan.

Seingat saya 6 bulan pertama fasa TSW ini saya tetap menikmati coklat kegemaran saya, ais krim baskin robbin , magnum dan sebagainya, juga barisan kek kegemaran saya.

Cara untuk saya cuba meneutralkan makanan-makanan ini, saya cuba menikmati lebih banyak cuka epal yang di tambah ke dalam minuman saya iaitu 3x sehari. (Cuka epal boleh menyebabkan kesejukan)

Walau bagaimana pun, flare up kadang-kadang tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi jika anda menikmati dalam makanan tersebut dalam jumlah yang banyak. Jadi itu sudah cukup memberi pengajaran kepada anda.

Jangan risau, selepas 6-9 bulan insyallah, flare up jarang berlaku walau anda jarang menepati diet.

Saya suka mengingatkan anda yang berhasrat mengharungi Topical Steroid Withdrawal (TSW) ini agar menyediakan food diary atau diari pemakanan harian untuk memastikan makanan apa yang menimbulkan reaksi alahan kepada EKZEMA anda.

Untuk mereka yang ingin mengetahui diet saya dahulu ketika mengharungi EKZEMA.  Di bawah ini adalah antara menu yang saya amalkan. Menu ini saya amalkan dalam 3 bulan sahaja kemudian saya lebih banyak membeli makanan di luar.

1. Pagi untuk sarapan saya biasa menikmati chapati (menggunakan tepung allagapas dan tepung atta organik) bersama minyak sapi tulen bukan diperbuat dari minyak kelapa sawit. Harus di ingatkan disini jika ekzema anda adalah kerana candida overgrowth atau candida terlebih biak anda tidak digalakkan menikmati makanan berunsur tepung. 

2. Bihun Perang dengan sup bebola ikan yang di buat sendiri. Bebola ikan itu diperbuat dari isi ikan selar. Tetapi saya tetap menikmati bihun biasa yang ibu saya masak.

3. Nasi lemak adalah makanan dan menu kegemaran saya sama ada di buat di rumah atau di beli.

4. Idli yang merupakan antara makanan yang di jual di kedai mamak bersama kuah dhal.

5. Tempoyak adalah menu wajib setiap kali menikmati makanan tengah hari kerana ia adalah sumber probiotik.

6. Air kelapa juga adalah antara minuman utama saya tetapi untuk 3 bulan pertama tidak digalakkan kerana tinggi kandungan gula.

7. Buah nenas dan jus nenas adalah antara jus kegemaran utama saya. Pada 2 bulan pertama saya kerap menikmati jus hijau iaitu campuran sawi dan buah epal hijau yang menggunakan blender atau mesin kisar sahaja.

8. Buah delima dan jus delima asli juga adalah menu kegemaran utama saya.

9. Jus epal hijau dan buah epal hijau adalah buah yang kerap saya nikmati jika kelaparan termasuk buah oren. Buah oren saya beli berpuluh biji untuk sebulan.

10. Ia menu yang seakan sama untuk setiap hari adalah biasa. Ulam-ulam biasa diambil dalam makanan tengah hari saya walaupun di restoran. Saya lebih suka ke restoran yang menghidang masakan kampung. Pastikan sayur di pinggan anda jauh lebih banyak dari nasi yang anda ambil.

11. Snek untuk menghilangkan lapar dan bagus untuk merawat ekzema ialah biji labu, biji bunga matahari dan kacang badam mentah organik yang asli. Kadang kala saya nikmati semua ini dengan RAW HONEY jenama biogreen.

12. Realiti saya tidak dapat mengelakkan dari menikmati masakan luar dan fast food, sesekali saya terlepas menikmati pizza hut dan domino's pizza. Sila ambil perhatian bahawa masakan ini amat tidak bagus untuk pengidap ekzema terutama yang mengharungi TSW.

13. Saya juga terlepas menikmati subway tapi saya amil subway vegetarian dan juga saya terlepas menikmati THE MANHATTAN FISH MARKET. Jika saya mampu mengawal nafsu saya hanya memilih vegetarian spagheti sahaja sebagai menu saya.

14. Makanan kegemaran saya adalah daging, ia selama fasa pertama TSW, saya tetap terlepas menikmati masak lemak daging salai tetapi saya tetap menambah banyak tempoyak sebagai probiotik kerana rasa kesalan menikmati daging salai. Juga diingatkan daging adalah makanan yang tidak bagus untuk mereka yang mengalami masalah ekzema.

15. Vitamin C amat penting untuk menyembuhkan luka dan menghilangkan parut, jadi anda digalakkan menikmati makanan yang tinggi kandungan vitamin c atau beli sahaja vitamin c organik seperti pilihan saya ini VITAMIN C ORGANIK

16. Pastikan juga minyak kelapa dara anda sentiasa ada bersama, ekzema kebiasaannya akan menyebabkan kekeringan dan kegatalan, bagi mengelakkan kegatalan dan anda menggaru sila pastikan ia sentiasa lembab dengan menyapu minyak kelapa dara organik pilihan anda.

17. Setelah melepasi 9 bulan pengalaman TSW, biasanya parut-parut anda sudah mulai hilang dan kesembuhan sudah mula berlaku walau bagaimana pun ini terpulang kepada keadaan badan dan tubuh individu.

18. Sila ambil perhatian, ada pesakit EKZEMA yang mengharung TSW , ia mengalami penderitaan yang teruk pada fasa pertama tapi semakin perlahan untuk fasa seterusnya. Ada pula yang mengalami fasa pertama yang slow & steady atau tidak teruk pada peringkat pertama tapi peringkat seterusnya yang datang pada tahun-tahun kemudian ia jauh lebih teruk dari fasa pertama, jadi jangan bandingkan anda dengan insan lain.

19. Pastikan tidur yang cukup untuk sistem tubuh dan usus yang lebih baik.

20. Berhenti menikmati minuman berkarbonat dan makanan yang tinggi kandungan gula dan berproses.

21. Pastikan anda menulis semua makanan yang anda makan dan pilih kerana dari situ anda akan dapat melihat apa yang menyebabkan ekzema anda flare up atau semakin teruk atau mengalami alahan.

22. Saya hanya menulis food diary atau diari pemakanan kurang dari 2 bulan dan saya sudah dapat mengetahui apa yang sesuai atau tidak dengan tubuh saya. Beli buku nota murah sebagai diari pemakanan anda.

23. Santan amat bagus untuk pesakit ekzema atau yang mengharung TSW. Jangan risau tentang penambahan berat badan. Saya percaya santan bukan penyebab kenaikan berat badan kerana santan adalah  menu wajib harian saya semenjak saya mengharungi TSW.

24. Saya jarang menikmati ikan sehingga hari ini. Walau bagaimana pun jika anda teringin menikmati hidangan ikan anda boleh membuat ikan singgang atau ikan bakar. Tetapi ikan bakar tidak digalakkan ketika anda mengharungi fasa pertama TSW kerana khasiat ikan itu sendiri kurang jika di bakar.

25. Saya adalah peminat pisang goreng dan keledek goreng dan saya akui saya kerap menikmatinya. Saya juga pengemar buah pisang.

26. Minuman panas kegemaran saya teh rooibos dan teh bunga ros serta teh chamomile. Setelah 6 bulan TSW minuman kopi kegemaran saya ialah kopi tenum, sabah.

27. Untuk 2 bulan pertama TSW biji betik dan bawang putih mentah adalah menu wajib saya. Bawang putih yang di hiris halus di biarkan selama sepuluh minit untuk pengeluaran alicin dan di makan dengan nasi atau di telan dengan air. Biji betik juga begitu. Ini kerana biji betik membunuh candida yang boleh menyebabkan kebocoran usus lebih teruk.

Selamat mengharungi TSW dengan jayanya. Semoga artikel ini bermanfaat dan menambah motivasi untuk anda.

Terima kasih.

*** ini sambungan artikel seterusnya 10 SEBAB KENAPA ANDA PERLU ADA DIARI PEMAKANAN @ FOOD DIARY





Khamis, 29 Oktober 2015

KHAS UNTUK WANITA : 3 RESEPI JAMU BUATAN SENDIRI

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini khas untuk Kaum wanita PETUA UNTUK WANITA DI DALAM PANTANG .

Bagi kaum wanita yang risau untuk mengamalkan jamu di dalam pantang sama ada takut anak terkena penyakit kuning, risaukan kandungan steroid atau bahan bahaya, atau sedang menyusukan anak, anda boleh mengamalkan membancuh atau membuat jamu sendiri.

Jamu home made ini amat mudah untuk di buat , hanya perlukan bahan yang mudah didapati dan murah. Sila cuba.


1. Jamu Untuk Mereka yang sedang menyusu bayi.

Bahan- bahan

1. Kunyit
2. Halia
3, Manjakani
4. Asam jawa
5. Madu

Cara Membuatnya :-

Rebus manjakani , kunyit dan halia.

Kemudian blend ketiga-tiga bahan yang telah di rebus tadi.

Campurkan dengan asam jawa dan madu.

Siap untuk di minum.

Baki boleh di simpan di dalam peti.

Amalkan selama 3 hari berturut.

Sesuai juga diamalkan oleh ibu yang menyusukan bayi.

***Resepi jamu ini dari Puan El Zarim.


2.  Jamu Dara untuk Kaum Wanita 

Bahan-bahan diperlukan 

1. Daun sireh 30helai
2. 1 cawan isi cekur
3. 1 cawan kunyit hidup
4. 4 cm halia
5. Asam jawa secukup rasa
6. Air masak bertapis atau air mineral 1.5liter
7. Gula Organik (jika suka untuk menambah rasa) atau gantikan dengan madu

Cara Membuatnya 

Kisar semua bahan di atas.

Tapis dan minum.

Lebihan boleh disimpan di dalam peti dan di minum setiap pagi.

Selamat mencuba.

** Resepi Jamu Khas untuk wanita ini adalah dari Puan Zam Zariah

3.   JAMU UNTUK MENAMBAH TENAGA DAN DARAH (amat baik untuk tubuh dan kulit)

Bahan-bahan diperlukan

1. 1 biji ubi bit merah sederhana besar
2. 1 biji lobak sederhana besar
3. 1 biji tomato
4. Sebatang daun saderi

Cara membuatnya :-

Kisar semua bahan.

Tapis dan boleh di minum.

Juga boleh di simpan di dalam peti dan di minum tiap hari.

** Resepi  Jamu atau Jus di atas adalah dari YM Dr. Tunku Zaidar

Ini sahaja antara perkongsian resepi atau bahan MEMBUAT JAMU ASLI KHAS UNTUK WANITA.

Semoga artikel ini berguna untuk mereka yang tercari-cari bahan-bahan untuk membuat jamu sendiri khasnya kaum ibu dan wanita.

Terima kasih.

*** INI SAMBUNGAN SETERUSNYA JOM BUAT JAMU SENDIRI

Anda boleh melawati satu lagi Blog khas untuk Panduan Wanita dan penyusuan termasuk resepi pelbagai jenis jamu Homemade dan mudah di bancuh dan dibuat sendiri di Blog ini LIFE 'S AMAZING.

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 24- SARA BOAT NOODLE

pandangan hadapan restoran ini

Ini adalah artikel sambungan link ini TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN : WARUNG AJA

Jika di Kuala Lumpur terkenal dengan NOODLE BOAT , di kuantan juga terdapat restoran berunsur NOODLE BOAT iaitu SARA BOAT NOODLE.

Ia terletak bersebelahan restoran SARA THAI , berhadapan dengan HOTEL GRAND CONTINENTAL. 

Atau dengan kata mudah berdekatan KUANTAN MEGAMALL atau TNB Kuantan.



Beroperasi bermula jam 12.30 pm anda boleh datang beramai-ramai bersama rakan pejabat dan keluarga pada hari bekerja atau hari cuti.




Bermula serendah harga RM1.90 semangkuk kecil anda boleh memilih menu atau set yang disediakan di restoran SARA BOAT NOODLE ini dari serendah RM7.90 satu set atau set termurah.


Perhatikan cara membuat pesanan yang di tampal diluar restoran ini bagi memastikan pelanggan baru memahami prosedur dan memudahkan masa dan perancangan budget dan hidangan pilihan.


Berikut adalah gambaran hiasan dalaman dan antara pemandangan yang terdapat di restoran SARA BOAT NOODLE , KUANTAN yang sempat saya nikmati bersama kawan saya tempoh hari. 










Memang meriah suasana di sini terutama ketika makan tengah hari, saya tiba lewat hampir waktu makan tengah hari tamat iaitu dalam pukul 1.50 tengah hari. 

Tetapi masih kelihatan ramai pelanggan di restoran ini.


Antara minuman popular disini ialah green tea milk atau teh susu teh hijau ais dan panas. Harga teh green tea ice ini ialah RM2.50 segelas.


Disini juga di sediakan masakan panas untuk makanan tengah hari iaitu nasi goreng sahaja. Saya memesan nasi goreng vegetarian yang berharga RM7. Rasa nasi goreng ini bagi saya biasa sahaja.


Terdapat 4 jenis sos pilihan untuk di nikmati bersama boat noodle pilihan anda.


Kawan saya memilih minuman teh hijau susu panas yang berharga RM2 sahaja.

Set yang dipilih oleh kawan saya yang berharga RM7.90 . 4 mangkuk hidangan mee.

Rakan saya mencuba set hidangan paling basic untuk seorang yang berharga RM7.90 . Menurut citarasa kawan saya, rasa boat noodle disini ok dan boleh tahan. Tetapi melihat kepada kelicinan mangkuk setiap pelanggan disini cukup mengatakan betapa mereka mengemarinya.

kawan saya kusyuk menikmati hidangan dan saya hanya menikmati nasi goreng
Saya memcuba merasa 2 jenis mee di sini, rasa kuah boat noodles ini lain dari sup-sup resepi original di MALAYSIA , ada rasa masam-masam manis sedikit. Okey not bad.


Sebelum itu adik ipar dan kakak saya serta anak-anak saudara saya telah datang singgah dan menikmati makanan tengah hari disini. 

Disini juga turut di hidangkan pulut mangga yang berharga RM8 DAN PULUT DURIAN yang berharga RM10. Anda boleh menambah hidangan ini sebagai hidangan sampingan.



adik ipar saya, Intan dan anak saudara saya, Ilham


Jika anda tidak tahu ingin menikmati masakan ringkas atau sup atau mee anda boleh memilih restoran ini sebagai salah satu pilihan untuk menikmati hidangan tengah hari anda.

Selamat mencuba.

Terima kasih.


*** artikel seterusnya Tempat Makan Best Di KUANTAN : 90 DEGRESS CAFE & ART


Rabu, 28 Oktober 2015

TOPICAL STEROID WITHDRAWAL @ EKZEMA : APA YANG PERLU DI ELAKKAN ?

Ini adalah artikel dari sambungan artikel sebelumnya di link ini BARANGAN PENCUCI UNTUK MEREKA YANG MENGHIDAPI EKZEMA

selepas fasa pertama TSW, boleh minum kopi tenum ye
Lama saya tidak menulis mengenai EKZEMA atau TOPICAL STREROID WITHDRAWAL (TSW). Mood menulis dan idea kadang-kadang datang, kadang-kadang hilang membuatkan saya kadang-kadang agak sukar mengatur ayat agar anda mudah memahami pengalaman saya dan ilmu yang ingin saya kongsikan.

Baiklah jika anda kini menghidapi EKZEMA atau sedang melalui TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW). 

Ini antara nota yang perlu anda hafal dan elakkan. Ingat satu perkara , setiap tubuh manusia berbeza. Ada yang alergik bahan-bahan berlainan. Itu sebabnya kenapa anda kena melakukan patch test dahulu sama ada sesuai dengan tubuh anda atau tidak.

Saya ringkaskan perkara yang perlu anda elakkan  hanya untuk sementara waktu 6 bulan atau jika rajin 9 bulan atau berterusan selama mungkin:-

1.Elakkan makan daging berproses termasuk sosej, nugget tempura dan sebagainya.

2. Elakkan makan biskut sama ada biskut kering atau biskut manis apa lagi coklat, gula-gula, kek dan ais krim.

3. Berhenti seketika menikmati makanan yang diperbuat dari tepung putih walau pun tepung "unbleach" seperti jenama faiza mahupun tepung bidara.

4. Faham. Roti paling mudah dinikmati ketika lapar sama ada waktu pagi atau malam, tetapi sila hentikan tabiat ini untuk sementara waktu dan jika terpaksa anda cuba dapatkan roti sourdough yang menggunakan proses penapaian.

5. Elakkan makanan bergoreng apa lagi jika menggunakan minyak yang sama berulang kali.

6. Kurangkan menikmati makanan tinggi GMO terutama jagung , kentang dan pelbagai lagi.

7. Elakkan binatang berhormon seperti ayam komersial dan daging lembu. Daging lembu korban di benarkan.

8. Pelik tapi benar. Ikan belaan yang konon terkenal seperti keli, haruan, tilapia atau apa sahaja yang dibela penuh dengan toksid dan boleh menyebabkan keradangan. Elakkan ikan ini.

9. Sedih tapi anda terpaksa berkorban terutama jika anda di fasa pertama topical steroid withdrawal, ikan kembung dan ikan kerisi juga boleh menyebabkan keradangan dan kegatalan. Fokus kepada sejenis ikan yang insyaallah selamat seperti ikan selar. Digalakkan rebus atau buat singgang.

10. Sila lupakan kopi dan teh berkafein buat sementara waktu kerana kafein mengeringkan kulit. Ganti teh tanpa kafein seperti rooibos dan teh herba lain.

11. Makan sayur-sayuran hijau atau buat juicing semua sayuran mentah berwarna hijau. Amal minum lemon dan cuka epal.

12. Lupakan sebentar buah yang tinggi kandungan gula atau ubi-ubian seperti buah mangga yang manis, buah rambutan dan ubi keledek oren yang amat manis.

13. Makan beras perang untuk sementara waktu dan bihun perang.

14. Buat kuih rebus-rebus dan steam sahaja.

15. Amal minum rooibos tea jika anda tidak alergik pada rooibos tea.

16. Jangan tinggal menikmati bawang putih mentah yang telah di cincang dan dibiarkan selama sepuluh minit baru telan. Sila hadapi bau badan yang teruk kerana pengeluaran toksin dari badan.

17. Jangan stress. Jaga emosi anda.

18. Elakkan sebarang pewangi sama ada bedak , perfume , deodorant dan sebagainya.

19. Elakkan penggunaan sabun kimia ganti organik.

20. Elakkan mandi menggunakan sabun , cari jenama tanpa kimia seperti moogo atau buds. Jika tidak cukup budget.. mandi sahaja tepung beras pulut atau lebih bagus cuka epal yang di tambah air.

21. Anda juga boleh mandi menggunakan daun semambu.

22. Pastikan sarung tilam dan bantal di basuh cuci-cuci dengan baking soda (boleh di beli di kedai bakery sekilogram hanya RM4.80) dan jadikannya sebagai bahan cucian baju dan cadar anda.

23. Minum air mineral yang banyak setiap hari.

24. Makan makanan yang anti radang seperti nenas muda yang kaya bromelin di ulu nenas, bawang putih mentah, sayuran hijau, gum arabic @ manna , lidah buaya segar , minyak kelapa dara dan cuka epal. Jika mampu anda boleh tambah supplement seperti olivenol dan lactogg atau probiotik dan prebiotik lain yang boleh di dapati di farmasi.

25. Dapatkan minuman probiotik semulajadi seperti kefir dan kambucha yang di beri percuma di kebanyakan group facebook.

26. Sila join kumpulan sokongan ekzema (KSE) atau naae (ekzema malaysia) di facebook untuk sokongan rakan-rakan lain yang mengharungi EKZEMA ini.

27. Tukar garam biasa anda gunakan dengan garam pink himalayan dalam masakan. Anda juga boleh mandi menggunakan epsom salt atau garam epsom.

28. Berhenti menikmati semua produk tenusu termasuk susu, keju dan pelbagai produk tenusu lain untuk sementara waktu. 

29. Pastikan tidur yang cukup walau tidur anda tentu akan terganggu dengan keradangan kulit dan proses yang berlaku.

30. Pastikan kulit anda sentiasa lembab dengan sapuan minyak kelapa dara ( jika anda tidak alergik / actually jarang terdapat individu yang alergik minyak kelapa dara).

31. Elak makanan mengandungi transfat, majerin, gula proses, ragi , soya dan pelbagai lagi makanan yang boleh mencetuskan keradangan. (Sila google maklumat ini).

32. Elakkan juga kacang tanah kerana ia mempunyai fungus dan tidak berapa bagus untuk kesihatan hati.

33. Juga elakkan kacang soya dan segala makanan yang melibatkan soya untuk sementara waktu.

34. Elakkan juga minum minuman seperti milo, horlics, susu kambing serbuk kerana ia adalah makanan terproses.

35. Lupakan jua jus-jus sunnah terproses seperti jus delima gulsan atau jus-jus sunnah campuran kurma dan sebagainya. Jika anda inginkan makanan sunnah sebenar buat jus delima dan kurma sendiri. Minum susu kambing asli.

Pada fasa pertama topical steroid withdrawal adalah normal jika anda tidak sesuai menggunakan produk seperti minyak kelapa dara sebagai sapuan atau produk-produk lain kerana ketika fasa pertama ini tubuh memang menolak segala-galanya. Walaupun anda menjaga dan mengamal diet yang keras dan straight.

Fasa pertama TSW ialah fasa kulit anda sedang "mengamuk" dan tidak makan di pujuk. Tetapi teruskan sahaja advice diatas kerana ia akan "heal" atau sembuh sendiri seiring anda menjaga pemakanan dan diet anda serta produk harian anda gunakan.

Jangan risau atau tertekan dengan saranan di atas.

Atas pengalaman saya dan rakan-rakan perkara di atas hanya di lalui 6 ke 9 bulan sahaja. 

Anda sudah boleh menikmati makanan kegemaran anda perlahan-lahan peringkat demi peringkat seiring kesembuhan.

Tetapi pantang selama 6 bulan itu mengajar anda diet yang lebih sihat untuk anda terus jalani.

Harus diingatkan proses Topical Steroid Withdrawal ini di lalui dalam 1 sehingga ke 3 tahun mengikut fasa-fasa tertentu. 

Belum tentu anda sembuh sepenuhnya dari Ekzema ia boleh datang kembali jika anda tidak menjaga diet dan produk harian anda serta emosi anda.

Setakat ini perkongsian untuk kali ini, semoga bermanfaat.


Terima kasih.

*** ini sambungan artikel seterusnya DIARI MAKANAN @ FOOD DIARY UNTUK EKZEMA . Anda boleh membaca segala artikel mengenai EKZEMA DAN TSW DI BAWAH KATEGORI EKZEMA / TSW di blog ini. Sila pastikan anda menggunakan desktop atau menukar paparan desktop jika anda menggunakan telefon bimbit. Terima kasih.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...