untuk imej yang lebih jelas. Sila klik imej |
Jika saya malas menaip blog saya biasanya sekadar melihat jumlah pengunjung blog saya ketika itu (di waktu jam tersebut).
Contohnya seperti imej di atas. Hanya tekan klik pada kolum 'now' maka terpapar jumlah pengunjung yang sedang melayari blog saya ketika saya melihat dashboard blog milik sendiri.
Perasaan saya?
Ada waktunya saya akan bersemangat mencari idea menulis dan ada masanya saya tetap tidak punyai mood untuk terus menaip.
Mungkin kerana saya terlalu kenyang sehingga tidak timbul idea. Dan kadang kala kerana terlalu lapar sehingga tiada mood untuk berfikir.
Dan ada masanya ketika lapar tidak , kenyang pun tidak saya tetap kehabisan idea untuk menulis.
Berulang kali saya catatkan di setiap artikel blog, terutama mengenai pengalaman saya sebagai blogger.
Menulis bukan mudah.
Untuk mendapat mood juga bukan mudah.
Di dashboard milik saya ini terdapat beratus-ratus draft yang dari tahun 2013 masih tidak di siapkan sehingga kini.
Sesungguhnya saya cukup KAGUMI, penulis buku HARRY POTTER, yang terkenal itu iaitu J,K ROWLING kerana mampu menulis berbuah buku cerita hebat dan bersiri dan kini baru sahaja menyambung cerpen ringkas mengenai sambungan kisah HARRY POTTER yang terbaru.
Tidak sabar untuk menonton Filem terbaru sambungan HARRY POTTER yang di ilhamkan dari cerpen terbaru beliau itu, yang khabarnya mengisahkan mengenai anak HARRY POTTER pula.
Terdapat banyak kisah fantasi dari penulis-penulis barat. Idea sama 'fantasi' tetapi adaptasi novel, cara penceritaan menyebabkan kisah itu tetap berbeza antara satu kisah fantasi dengan fantasi yang lain walau kadang kala kita lihat unsur ia tetap sama. Yang baik melawan yang jahat. Kebaikan melawan kebatilan.
Tetapi setiap naskah cerita dan novel tersebut tentu mempunyai pengorbanan bukan sedikit untuk menghasilkan penceritaan yang mampu memikat bukan sedikit peminat setia.
Ia bukan mudah menjadi penulis, sama ada menulis novel, cerpen mahu pun blog.
Kembali semula kepada penulisan artikel blog.
Bukan mudah mencari idea dan mencari kekuatan untuk terus menghasilkan karya atau artikel yang bagus untuk sebuah blog.
Walau anda mungkin melihat tajuk artikel itu amat mudah dan pernah muncul di blog-blog lain, tetapi artikel yang di tulis dari pengalaman dan pembacaan tentu berbeza sekali.
Walau sifat bosan menulis dan menaip itu sentiasa muncul tetapi saya harap saya akan terus rajin berkongsi ilmu di setiap blog milik saya dan blog dimana saya adalah penulis tetapnya.
Melihat semakin ramai blogger yang dulu aktif kini makin menyepi, saya kira tentu masing-masing sibuk dengan kerjaya dan dunia baru mereka sendiri.
Semoga saya dan anda tetap punya masa, tenaga dan idea yang bernas, untuk terus menulis.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan