Jumaat, 8 Ogos 2014

Rezeki Menjadi Famous Blogger : BEN ASHAARI




ada iraskan ben ashaari dan aaron ? -imej ini diambil dari link ini http://wancikgumuzik.blogspot.com/2011/06/iisshhhkkk-ben-ashaari-vs-aaron-aziz.html





Assalammualaikum wbt... dan hai untuk semua pembaca blog saya  yang tesayang...

Salam Jumaat yang berkah... hari ini walaupun saya tiada mood dan idea untuk menulis blog.. tetapi memikirkan saya masih punyai masa untuk menulis.. jadi saya ingin 'sharing' tentang famous blogger yang saya ikuti membaca blognya.. iaitu Ben Ashaari.

Walaupun kebanyakan entry blog yang saya ikuti saya 'skip'... Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, saya bukan peminat blog.. blogger pun tidak ramai saya kenali.. tetapi entah bagaimana.. saya boleh 'terfolow' Ben Ashaari ini pun saya tidak pasti.. heheheh... yang saya ingat ialah saya ternampak namanya ketika membuat carian google 'tempat makan best di Kuantan'.. begitu juga ketika membuat carian  google 'buat duit dengan Nuffnang' .ini link entrynya.. cara-dapat-menjana-duit-dari-nuffnang , dan seriusly amat menarik cara penceritaannya. Entry nuffnang ini pun ditulis oleh beliau pada tahun 2010 lagi.. .4 tahun lepas ok... .

For info saya baru follow Ben Ashaari ini tidak sampai 2 bulan ye... reason saya follow beliau adalah kerana saya terbaca pesanan beliau bila menulis blog..' tulislah dari hati.'.. heheheh... saya memang suka statment itu. .kerana setiap kali saya menulis blog... memang saya menulis dari hati.. hahahaha... oleh kerana saya memang jenis kuat 'perasan'.. kerana pesanan Ben Ashaari ini adalah ayat yang saya pakai untuk diri saya ... so .. teruslah saya tekan butang 'follow' Ben Ashaari di google... (actually , dulu saya pelik kerana yang follow Ben Ashaari ni digoogle setakat 1k lebih sahaja.. sedangkan kadang-kadang blogger yang tidak famous pun lebih 3k atau 4k lebih ye follower tetapi viewer blog Ben Ashaari lebih dari 16 juta.. sedangkan blogger yang ramai follower tu pun kadang-kadang 1 juta pun tidak sampai blog viewernya... so ramai follower tidak bermaksud blog anda itu tinggi viewernya ... harap maklum)

Istimewa tentang blog Ben Ashaari , beliau tidak kedekut berkongsi ilmu walaupun beliau semakin famous... Ben Ashaari memang banyak dijemput oleh majalah, rancangan television dan sebagainya... antara entry beliau yang bagus untuk dibaca terutama untuk mereka-mereka yang berminat berniaga mengikut blog ialah entry ini kesilapan-bila-berniaga-online , banyak yang anda boleh pelajari dari entry ini..sebelum memulakan perniagaan online anda... dan bila ingin memulakan menulis blog berkaitan perniagaan online...




selalu terrpilih menghiasi majalah



Apabila saya follow sahaja blogger , latest entry mereka akan dipaparkan di dashboard blogger saya... so, ... jika tajuk entry itu menarik minat saya...saya akan bacanya.. jika tidak, saya memang 'skip' sahaja.. tetapi .. kebanyakan entry Ben Ashaari memang ber'inspirasi' ...dan saya memang jarang 'skip' membaca penulisan entry beliau... murah betul rezeki beliau sebagai famous blogger.. bayangkan.. tidak sampai 2 bulan saya mengikuti beliau... entry beliau kebanyakannya menceritakan betapa murahnya rezeki beliau.. antaranya :-

Dapat peluang pergi Perancis  dan disponsor http://www.benashaari.com/2014/08/akhirnya-aku-ada-passport.html

Wau! stroller rm2999-rm3999 dan disponsor tu  http://www.benashaari.com/2014/08/awas-jangan-biarkan-anak-anda-kelaparan.html

Menulis entry dan buat review dan sponsor entry serta dapat smartband sony free http://www.benashaari.com/2014/07/logkan-aktiviti-anda-dengan-sony.html


Itu antara entry yang saya sempat 'terbaca'... bayangkan entry-entry lepas dan entry terbaru yang saya terlepas baca?... fuhhh!! murah betul rezeki beliau.. 

Saya mendoakan semoga beliau terus berjaya... yelah.. sebagai blogger yang tidak kedekut ilmu dan rajin.. memang patut dia dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.. .actually ramai lagi blogger-blogger berjaya dan kaya serta membeli banyak asset hanya dengan menulis blog.. malah ada blogger yang siap jadi model dan celebriti lagi... "Tuah ayam nampak di kaki. .tuah manusia siapa yang tahu"... 

By the way untuk mereka yang ingin meniaga 'online' .. walaupun maybe perancangan dimasa akan datang.. rasanya anda boleh menulis blog dari sekarang.. kerana ramai sangat blogger yang famous sekarang ini ramai yang berniaga online dan siap buka butik fizikal dan produk kecantikan sendiri lagi... walaupun asalnya bermula dari blog sahaja.... saya pun berharap dan berdoa.. semoga saya juga ada rezeki berniaga online dan perniagaan sendiri suatu hari nanti..insyaalah.. & aaminnn....so, sama-samalah kita semua berusaha dan mengejar impian ye...

Terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya... love , huge & kiss... 




Rabu, 6 Ogos 2014

Buat Duit Dengan Blog : NUFFNANG PART 2






Assalammualaikum wbt.. dan hai.. kepada semua pembaca blog yang saya sayangi...


Baiklah diringkaskan seringkas-ringkasnya... mengenai Nuffnang . Untuk memastikan blog anda diminati oleh Pihak Pengiklan... anda kena baca info berikut yang terdapat dalam Nuffnang.





"Pihak pengiklan yang memilih blog untuk kempen CPUV berdasarkan beberapa kriteria seperti sasaran audiens blog, genre blog dan pengaruh kuat. Misalnya, syarikat kosmetik akan cenderung memilih untuk mengiklan di blog yang kandungannya lebih kepada fesyen dan kecantikan dengan pembaca wanita.

Blogger dengan status Glitterati juga akan diberi keutamaan dalam pemilihan. How?

Pastikan iklan-iklan anda diletakkan secara optimum, mengemaskinikan profil blogger dan survei akan meningkatkan peluang pihak pengiklan memberi perhatian kepada blog anda lalu meningkatkan peluang blog anda dipilih untuk Kempen CPUV."





Anda digalakkan untuk menjawab survey mengenai blog anda.. .antara soalannya ialah  berapa kerap anda update blog anda ,kategori blog anda... isi kandungan dan sebagainya.. so, sila jawab survey ini jika berkesempatan ye... dan anda juga boleh mengemaskini survey ini bila-bila masa...


Selain CPUV , ada satu lagi graph untuk bayaran Nuffnang iaitu CPC (Cost Per Click) Campaingn...



Kempen CPC (Cost-per-click)

"Ini merupakan pendapatan daripada kempen iklan banner berdasarkan jumlah klik yang dibeli oleh pengiklan daripada blog anda pada hujung tempoh kempen.

Kempen CPC merupakan keistimewaan dapat dinikmati setiap Nuffnanger. Sama ada anda blog tentang teknologi atau makan, iklan CPC akan menjana keuntungan selagi pembaca anda klik pada iklan-iklan anda. Pantau Click-Through-Ratio anda untuk ketahui prestasi iklan-iklan anda.
Kempen "


Baiklah... saya akan sambungkan lagi entry. .untuk part seterusnya...  terima kasih kerana membaca entry ini... love, huge & kiss...




Isnin, 4 Ogos 2014

JOB DI RUMAH betul atau Tipu ?



indahnya berkerja dari rumah , sambil buat kerja sambil tengok tv,.. heheheh - terima kasih kepada google atas imej ini


Assalammualaikum wbt....dan hai...untuk pembaca blog saya yang tersayang...

Kali ini saya ingin sharing sedikit tentang job di rumah.. saya percaya tentu ramai antara anda pernah mendapat flyer.. tengah melayari internet , tiba-tiba muncul iklan job di rumah dan sebagainya yang berkaitan job di rumah...

Actually saya dan rakan-rakan saya.. dah lama mendengar tentang job di rumah ini, tetapi serius tidak berminat lansung.. tetapi entahlah... mungkin kerana dalam 2-3 bulan ini, adik perempuan saya asyik 'bising' mengenai job di rumah kepada saya.. .so banyak kali dia suruh saya mencubanya as a part time dan side income kerana adik saya tahu saya suka menulis...(sejak ada blog)..dan selalu berkata kepadanya ingin menambah pelbagai jenis side income.. .kerana seboleh-bolehnya kini.. jika ia membabitkan masa saya.. saya inginkan sesuatu yang berharga atau tidak sia-sia.. that mean .. jika saya aktif intagram saya ingin mengiklankan produk saya disamping menambah kenalan dan pelanggan malah facebook saya yang telah lama 'dinyah aktif' turut diaktifkan kembali baru-baru ini untuk menjadi platform 'pengenalan' produk yang saya jual dan bakal dijual...selain menjalinkan kembali hubungan dengan kawan-kawan lama yang terputus hubungan... oh! ya.. selepas ini blog dan segala media social saya juga akan digunakan untuk memperkenalkan produk Takaful yang bagi saya amat bagus untuk mereka yang mencari pelan perlindungan yang berharga rendah dan berpatutan...

Kembali kepada job di rumah yang hangat diperkatakan sekarang ini.. dari pembacaan yang saya google  , kebanyakan blog menceritakan bahawa, job di rumah ini adalah betul @ benar walaupun jika anda google "job di rumah tipu atau betul ?'... 95% blog menulis bahawa ia adalah betul.. malah blogger tersebut juga telah mencubanya dan mendapat bayaran dari kerja yang mereka lakukan. .. ini antara entry menarik tentang job di rumah yang saya jumpa dari salah seorang blogger http://inialolo.blogspot.com/2013/05/duit-oh-duit-job-di-rumah-betul-ke.html .

Setakat ini apa yang saya tahu dari adik perempuan saya, anda perlu membayar RM50 untuk mendapatkan ebook dan user id dan password... selepas itu anda boleh melayari laman web job di rumah dan mula mencari kerja yang sesuai dengan anda... (saya belum habis mengtelaah dan mengkaji ye... .banyak pula jenis-jenisnya job di rumah ini rupanya... ada ifreelancer , Elance, oDesk dan sebagainya)

Bagi anda yang kebosanan, tetapi mempunyai skill tertentu especially menaip dan ingin mencari pendapatan ektra atau sampingan bolehlah mencuba.. Harus diingatkan ... cara untuk mendapatkan kerja atau projek adalah bergantung kepada andadiri  sendiri.. .sila buat 'resume' anda cantik-cantik... jika anda tidak pandai menaip.. anda boleh belajar menaip disini (portal job di rumah) untuk menguji kepantasan anda menaip...

Istimewanya tentang job di rumah anda boleh bekerja dimana-mana sahaja.. samaada dirumah, ketika bercuti , dimana-mana negara asalkan anda ada akses internet.. dan pakar dalam bidang anda atau kerja yang anda mohon... Harus diingatkan.. job di rumah tidak menjamin anda mendapat kerja atau projek. ini terpulang dengan kerajinan anda dan kepakaran anda.. .sila berusaha lebih sikit ye.... Majikan akan pilih anda layak atau tidak mengikut resume anda... Dont worry, job di rumah ada memberi tip-tip menarik untuk dikongsi kepada anda bagaimana resume anda boleh menarik perhatian majikan diseluruh dunia... (anda boleh bekerja dari mana-mana negara & bekerja untuk syarikat di seluruh dunia- kerja dirumah memang amat popular sekarang terutama di luar negara khususnya..)

Baiklah, saya akan sharing lagi info job di rumah ini lagi dengan anda.. .saya pun akan mencuba job di rumah ini juga menggunakan user dan password adik perempuan saya untuk melihat hasilnya dalam masa terdekat ini. .insyaalah... tetapi dengan banyaknya perancangan saya yang tersusun dalam waktu terdekat ini. .saya akan cuba merealisasikan agar job di rumah termasuk dalam jadual mingguan saya... insyaalah saya akan study lebih lanjut mengenai job di rumah sebelum mencubanya dan aktif dengannya ... dan akan berkongsi step by step serta progressnya dengan anda...

Sekian sahaja entry untuk kali ini... Jutaan terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya... love, huge & kiss....



**** update**** hari ini 7/8/2013 - heheheh i selamat mendaftar Agen Affiliate untuk job di rumah hari ini...  jika anda berminat untuk bekerja dari rumah.. sila pergi ke link ini untuk mendaftar ye..  http://jobdirumah.com/qisyakhadeeja

Lirik Lagu : Let It Go (Disney's Frozen)




image from google



The snow glows white on the mountain tonight,
not a footprint to be seen.
A kingdom of isolation and it looks like I'm the queen.
The wind is howling like this swirling storm inside.
Couldn't keep it in, Heaven knows I tried.
Don't let them in, don't let them see.
Be the good girl you always have to be.
Conceal, don't feel, don't let them know.
Well, now they know!


Let it go, let it go!
Can't hold it back any more.
Let it go, let it go!
Turn away and slam the door.
I don't care what they're going to say.
Let the storm rage on.
The cold never bothered me anyway.


It's funny how some distance,
makes everything seem small.
And the fears that once controlled me, can't get to me at all
It's time to see what I can do,
to test the limits and break through.
No right, no wrong, no rules for me.
I'm free!


Let it go, let it go.
I am one with the wind and sky.
Let it go, let it go.
You'll never see me cry.
Here I'll stand, and here I'll stay.
Let the storm rage on.


My power flurries through the air into the ground.
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I'm never going back; the past is in the past!
Let it go, let it go.
And I'll rise like the break of dawn.
 

Let it go, let it go
That perfect girl is gone
Here I stand, in the light of day.


Let the storm rage on!
The cold never bothered me anyway...




Fly Me To Polaris




bintang polaris - bintang yang cantik dan terang serta senang dicari (terutama di bulan June - Sept) - tqvm utk google ats image ini



Assalammualaikum wbt….dan hai…

Aidilfitri bakal berakhir…Pantas sekali masa berlalu… sehingga kadang-kadang walau kenangan lepas datang menjelma.. kenangan itu hanya tinggal ‘kabur-kabur’.. wajah mereka yang pernah menghiasi hati… tidak lagi ‘meracuni’ perasaan dan menghadirkan rindu….

Alangkah indah hati bila tidak merindui sesiapa.. tidak mengharapkan sesiapa.. tidak menunggu sesiapa… tidak meng’skodeng’ wechat. Whatapp , facebook atau ‘life’ sesiapa….indahnya… apabila bangun tidak membayangkan sesiapa… sungguh indah…..paling indah bila tidak merindui, mengharapkan sesiapa… makan rasa semua sedap… mandi pun rasa bahagia.. ingin hidup bagaimana pun ikut suka.. segala ikut hati… tapi soalnya berapa lama hati kita boleh ‘sendiri’?....

Wahai insan-insan yang istimewa… boleh tak jangan ketuk pintu hati kami lagi?... jangan bagi kami mengharap.. jangan bagi rindu datang dihati kami lagi… jangan biar kami berteman sunyi.. .ketika kami tidak mengenali kalian.. ketika kami tidak merindui sesiapa.. hati kami tidak sesunyi ini… tapi apabila rindu dan sayang telah ada untuk kalian.. mengapa sunyi itu sering …memayungi hati kami yang serius.. tidak ingin terbabit dengan sebarang mainan dan jalinan perasaan lagi...

Aku ingin ‘terbang’ pergi jauh dari sesiapa pun yang aku takut bakal meracuni hati.. bakal membuat aku terluka… tak sanggup lagi jatuh hati.. merindu insan yang hanya pandai memberi harapan.. apalagi bertepuk sebelah tangan… .disaat dan ketika ini.. sungguh aku tidak ingin terlibat dalam permainan perasaan lagi.. rasanya seperti sungguh aku tidak bersedia.. sedih sekali untuk menolak perasaan ini. .tetapi aku terpaksa… mungkin aku sendiri terlalu lemah. .sehingga tidak sanggup ‘fight’ untuk hati sendiri… berubah dan menjadi lebih baik untuk kebahagiaan sendiri…

Maaflah.. aku tidak sanggup bercinta lagi.. tidak sanggup simpan rasa hati lagi…aku ingin terbang jauh.. jauh dari sesiapa yang aku takut akan ‘terhinggap’ lagi… aku ingin jauh dari segala media social... tetapi hidup sekarang memaksa aku tetap mengikutinya… aku ingin pergi jauh… tapi sungguh aku tidak tahu kemana…memang benar kata orang yang hilang akan berganti.. tetapi.. jika hilang.. asyik berganti.. aku sendiri pun penat sendiri…serius penat sekali…..

Aku ingin terbang.. terbang tinggi…  membelah awan..tinggi sekali… ketika malam sunyi kesejukan dengan angin malam lembut menyapa dingin  menemani aku.. bukan air mata… atau kesedihan yang aku bawa dalam mimpi-mimpiku… aku ingin terbang tanpa perlu takut kepada petir kilat dalam cuaca sejuk nyaman ditemani bintang-bintang dan bulan…. Aku ingin memandang kebawah tanpa rasa ketakutan… memandang kebawah dengan rasa bahagia.. dan memandang keatas dengan perasaan kagum dan penuh semangat untuk terbang tinggi dan terus tinggi menuju ke bintang-bintang yang bergemerlapan.. yang meng’jauh’ kan aku. .dari mereka yang ‘bakal’ menyakiti aku.. atau mereka yang tidak menghargai aku atau mereka yang aku sendiri tidak’ berani berkorban’ untuknya…. Maafkan aku…. Sungguh aku ingin terbang…..

" semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku "

Lirik Lagu  Nyanyian Keris Patih 
Tajuk : - Tapi Bukan Aku


Salam sayang dari saya… terima kasih kerana membaca entry ini… luv , hug & kiss… muahzzz….




Sabtu, 2 Ogos 2014

My New Blog Tagline




pic from google



Assalammualaikum wbt.. .dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.....

Setelah satu tahun setengah menulis blog, akhirnya saya menukar tagline my blog dari ‘Journey of Fear & Joy’ kepada ‘Walk in My Stilettos’.. Actually, dulu saya sengaja memilih ‘Journey of Fear & Joy’ , konon-kononnya untuk merakamkan kenangan ‘my journey’ didalam blog ini. .heheheh.. so entry-entry saya banyak menceritakan tentang perkara yang berlaku dalam perjalanan hidup saya….

Bermula dalam anggaran 2 minggu lepas, saya telah pun ‘selamat’ menukar tagline blog saya ini kepada tagline baru  ‘Walk In My Stilettos’…saya memilih  tagline ini kerana saya merasakan, semakin dekat dengan pembaca blog saya ketika saya menulis blog….heheeheh… well, walau asalnya saya menulis blog untuk suka-suka sahaja…. Kerana my bff , kak su nak sangat saya join dan  jual product Hai-o beliau iaitu Beautiful Premium… dan kebetulan group kak su memang semua jual melalui blog dan facebook .. .tapi blog umpama satu kemestian.. jadi saya pun buatlah blog.. dekat rumah kak su.. hahahaha… husband kak su yang mula-mula ajar buka akaun gmail dan buat blog..dan seterusnya saya design segalanya sendiri dan belajar melalui google.

Honestly, saya tidak pernah terfikir untuk buat blog untuk ‘make money’. Saya hanya fikir untuk menjaga hati dan perasaan kawan yang rapat dan banyak menolong saya ketika saya bekerja di salah sebuah bank terkemuka satu waktu dulu.  Dan semestinya saya meng’target’ my blog untuk jadi platform saya perkenalkan product Beautiful Premium yang bakal saya jual…Tetapi, saya kan jenis kuat ‘mengelat’, so saya berkata kepada kak su, my bff, jika viewer blog saya sampai 200k, saya akan start jual product hai-o kerana saya memang malas pakai PB (Premium Beautiful), so saya tidak sesuai untuk menjual product itu kepada orang lain, walau telah bertahun saya membelinya… now, tidak tahulah mana saya letak PB saya itu…

Akhirnya , 200K viewer blog saya telah sampai target semenjak bulan lepas lagi…actually saya serius target pada awal menulis blog.. maybe dalam 3-5yr lagi kot baru sampai viewer banyak itu.. .jika ikut perkiraan saya.. asalnya saya target blog saya ini dalam setahun akan capai 3k viewer… tu pun paling banyak… tak tertarget rasanya boleh sampai 200k viewer coz itu hanya alasan saya untuk ‘mengelat’… sememangnya saya tidak menyangka.. dalam 1yr.. blog saya ini mencapai viewer lebih dari 120k viewer.. tqvm kepada mereka yang menjadikan blog saya sebagai rujukan dan kepada google yang selalu memaparkan blog saya dalam search engine…. Alhamdullillah….

Ketika menulis blog, honestly…saya tidak punya seorang kawan pun yang support penulisan blog saya… rasanya hanya kak su seorang yang support dari segi technical (hanya untuk 1st month).. ….tetapi still ada kawan-kawan saya yang membaca dan menjengah my blog….pada waktu mula-mula diperkenalkan… walau bagaimana pun kata-kata negative tetap ada… teringat kisah saya memberitahu salah seorang my bff.. yang baik hati dan bersama saya ketika susah….

Saya : wei.. pelik, blog aku hari ini ada 100 lebih orang viewer la… datang dari mana ye?

My bff : sya… tu kau yang view sendiri tu kot sya…. Hah..pak cik ‘nuffnang’ ko bagi ko berapa duit sekarang dah 2 bulan kau menulis blog?

Saya: 20 sen ye… harap maklum

My bff: 20 sen???? Dah ko stop tulis blog… kalau macam ni kau nak makan apa?  Kalau buat sale kita dah masuk berapa dah…

Saya: wei.. blog tu tulis long term la …. Tu orang panggil ‘passive income’ bukan 2 bulan sahaja ye.. kena sabar ye… 

My bff : sekarang ramai blogger la… lebih baik kita ‘lepak’ ajak group kita kat old town ke.. coffee bean ke… chat time ke… wangsa walk ke.. dari kau duduk tulis blog tapi kau sorang yang baca…. Motifffff???

Saya: betul jugak kanz.. aku pun rasa macam tu.. jom!!!



pic from google



Dan betul… saya pun meninggalkan penulisan blog saya.. walaupun dari asalnya saya target untuk menulis blog setiap hari satu entry untuk 3 bulan berturut-turut.. kerana itu yang saya pelajari ketika sempat mengikuti forum (dalam sebulan sahaja ye masuk forum, lepas itu tidak masuk2 dah)…saya hanya menulis blog bila saya rasa ingin menulis.. lepas itu saya biarkan sahaja blog saya itu… saya menulis ketika saya boring atau ketika saya rasa.. .ada benda ingin di tulis dan dikongsi didalam blog saya ini dan saya memang anggap blog saya ini ‘mini diary’ untuk rujukan saya dimasa akan datang… hehehheheh

Sehingga satu waktu saya realize… saya sibuk bercerita kisah hidup, beli product sunnah apa, makanan apa,  problem , kekurangan diri. .kelemahan diri.. kesedihan… masalah saya hadapi dengan mereka yang akhirnya saya tahu ada ‘life’ sendiri… mengapa saya mesti bercerita dengan orang yang saya tahu kadang-kadang pun sebenarnya tidak mahu mendengar kerana mereka sebenarnya kadang-kadang ada masalah yang jauh lebih besar untuk diceritakan dari kisah ‘boring @ mudah’ saya itu….ialah silap saya juga… maybe kerana asyik sibuk hal saya sendiri.. saya lupa orang lain pun ada kisah masing-masing yang perlu saya dengar.. ahahahhah.. actually saya juga mendengar problem kawan-kawan yang lain.. tapi biasalah… kebetulan ada blog… lebih baik kita bercerita didalam blog.. .puas hati… betul tak?

Ini tidak.. bila saya bercerita orang dari Negara perancis baca blog saya .. no response… nuffnang dapat 20 sen.. .kena kutuk…. (walau saja je nak kongsi info)… hantar whatap blog viewer hari ini 1160 orang… pun no response…. Cerita beli khasiat gum Arabic bagus dan murah… no response… jadi lebih baik saya post didalam blog.. yang saya tahu , insyaalah akan ada orang membacanya… jika bukan hari ini atau masa ini.. .masa akan datang… kadang-kadang entry itu tetap dibaca walau sepuluh tahun akan datang… jika tiada yang baca pun tidak apa…atleast.. saya tidak menyusahkan orang untuk membaca dan mendengar cerita saya.. samaada dalam telefon, whatapp atau mesej… dan palling best.. bila saya membaca setiap coretan saya… ia memberi saya semangat untuk ‘bangun’.. I luv that feeling… especially bila saya rasa ‘down’….

Jika ketika menulis blog dahulu.. follower saya hanya 3 orang sahaja iaitu rakan saya (saya follow mereka, meraka follow back saya..itu normal untuk new blogger)… kini follower saya terus meningkat… dan meningkat…Alhamdulillah…

Jika dulu saya memang tidak suka langsung baca blog.. seorang blogger pun saya tidak kenal.. sekarang saya mengenali beberapa orang blogger… jika dulu saya lah yang asyik ‘kutuk’ orang yang menulis blog.. siap cakap lagi.. “sorrylah aku nak tulis blog-blog ini”.. akhirnya saya sendiri terjebak dengan penulisan blog ini….. jika dulu blog saya ini hanya setakat menjaga hati kawan sendiri… sekarang saya merasakan blog saya ini.. seperti sebahagian dari diri saya.. ia sure kena ada rahsia hidup yang kena simpan sendiri dari menulis semua dalam ‘diary’ tapi atleast.. saya tahu.. saya melepaskan segala kemarahan, kesedihan, keboringan didalam blog selain diatas tikar sembahyang dan didalam doa…. Tanpa perlu  ‘memaksa’ orang lain membaca mesej atau mendengar luahan hati saya… 

Saya berharap.. blog saya ini akan menjadi inspirasi kepada orang seperti saya.. ketika sedih.. ketika terluka.. ketika mencari info tertentu..dan menjadi rujukan juga untuk diri saya serta orang lain.. yang mungkin memerlukan sedikit informasi ataupun meluang masa dari menganggu ‘masa dan hidup’ orang lain… dengan ‘masalah kecil’ anda…

Salam sayang dari saya… terima kasih kerana membaca entry ini… insyalah kita akan berjumpa lagi dalam entry akan datang…. love, huge & kiss… muahhhzzz!!!!





Jumaat, 1 Ogos 2014

Buat Duit Dengan Blog : NUFFNANG


Assalammualaikum wbt...

Salam Jumaat yang berkah kepada semua pembaca blog tersayang saya...antara 'passive income' yang famous sekarang ini adalah menulis blog...so,  entry ini saya tujukan khas kepada kawan-kawan saya yang baru ingin belajar menulis blog (walaupun saya hari ini baru genap 1 tahun 6 bulan menulis blog..still baru tapi tetap 'perasan' nak sharing ilmu ye)... dengan harapan semoga entry ini memberi semangat kepada anda untuk menulis blog dan menjana pendapatan melalui blog... (actually saya dan kawan-kawan saya mulai berimpian untuk meniaga dan mempromosikan barangan kami melalui blog..insyaalah akan bermula dalam waktu terdekat)... walaubagaimana pun entry ini tetap sesuai dibaca oleh mereka yang belum mempunyai blog dan mereka yang terasa berminat membacanya.. hehehehhehe....

 1) Nuffnang

Sedikit perkara ringkas mengenai nuffnang... actually saya bukan pakar nuffnang dan tidak pernah cashout pun nuffnang.. even, baru la bulan lepas saya tahu yang nuffang ni rupa-rupanya ada setting untuk 'mobile add'.. dan selama setahun saya bersama nuffnang saya tidak pernah memasukkan 'mobile add' didalam blog saya... (mobile add ini.. jika anda membaca blog menggunakan mobile view.. so, iklan nuffnang tetap terpampang dekat blog anda..).. paling sedih saya tidak pandai untuk meng'setting' mobile add ini walau saya dah berkali-kali buatnya bulan lepas.. hehehehe... oleh kerana saya bukan mengharap sangat duit dari nuffnang jadi saya abaikan sajalah..(kerana saya bukan jenis rajin update blog, kalau rajin ... 20sen dari nuffang pun duit jugak ye..). walaubagaimana pun jika anda rajin.. dan CELIK IT.. sila buat.. alang-alang dah join nuffnangkan.. rugi ok... jangan tiru saya yang 'pemalas' mencari cara untuk format nuffnang 'mobile add' dekat my blog..


Ok, diringkaskan seringkas-ringkasnya...dibawah ini adalah graph CPUV (Cost -Per- Unique-Visit) Campaigns - anda boleh besarkan imej ini ye.. untuk melihat amount...

jika anda perasan amount ini makin meningkat.. dari rm2 lebih utk satu campaign menjadi kepada rm3 kepada rm5 dan seterusnya rm7 lebih dan still on-going, jumlah rm19.52 itu masih tidak ditambah dengan amount campaign 'on-going'.... malah jika dulu 1 bulan hanya ada 1 campaign sahaj diblog saya, tetapi makin meningkat 2-3 campaign didalam satu bulan...

pic ni i bagi 'jelas' sikit... -actually sama sahaja penerangan seperti pic diatas.. hehehehe - pic dalam blog saya ini boleh dibesarkan ye.. just click sahaja pada gambar... hehehe


ini juga gambar rajah untuk CPUV diatas..untuk tahun 2013... tetapi ketika ini blog saya masih baru dan tidak banyak unique visit.. so asyik 0.00sen sahaja ye.... zero amount


Selain CPUV, Nuffnang juga membayar utk CPC (cost-per-click) campaign...setakat ini. .amountnya hanya sen-sen sahaja untuk my blog ye.. .its ok.. kena bersyukur ye.... kalau setakat menulis blog main-main macam saya ini... heheheheh

ini pula graph kedua untuk CPC - yang diatas graph pertama.. kedua-dua graph ada bayaran dari nuffnang untuk blogger mereka

CPUV itu diambil dari jumlah unit visit.. .saya sendiri pun tidak tahu bagaimana pengiraan unit visit itu kerana kadang-kadang , jumlah itu dari suku sahaja dari total blog viewer

anda akan tahu dari graph nuffnang anda unique visitor itu dari negara mana


jika anda hanya mempunyai iklan nuffnang sahaja diblog anda dan tidak ada iklan lain, so anda akan dilantik secara automatik sebagai gliterati dan anda mempunyai keisitimewaan sendiri sebagai gliterati


berminat menjadi evangelist ?... anda boleh pilih brand yang anda minati...

selain itu anda juga boleh memjadi evangelist untuk mana-mana brand yang ada didalam nuffnang ini... anda akan diberi keutamaan atau dijemput jika brand-brand ini ada membuat apa-apa program atau promosi jika terpilih

Actually sehingga kini saya masih tidak 'add' mana-mana brand untuk menjadi evangelist mereka.. tetapi rasa-rasanya maybe next time saya akan add brand Samsung dan menjadi Samsung Angel.. hehehehheh


antara samsung angels - nanti jika saya berminat saya pun ingin join.. insyalah

Actually jika anda google "cara buat duit dengan nuffnang" . Anda akan berjumpa banyak article dari mereka yang berjaya mendapat beribu-ribu dari nuffnang , malah ada famous blogger yang mendapat iklan nuffnang dari big company... yang sekali iklan sahaja mencecah beribu-ribu...

Saya tidak ambil contoh entry dari famous blogger terkenal seperti ben asshari, cik epal , beautifulnara dan famous blogger lain.. tetapi saya hanya ambil dari salah seorang blogger yang meningkat naik iaitu dari entry ini untuk salah satu rujukan anda http://hazanis.blogspot.com/2013/11/cashout-nuffnang-rm127267.html .. harus diingatkan disini bahawa beliau start menulis blog pada tahun 2010... famous blogger yang lain.. ada yang lebih dari 6 tahun menulis blog.. even keretamayat pun menulis blog hampir 10 tahun...

Selain dari nuffnang , anda juga boleh membuat duit @ passive income dengan churp churp .. just google sahaja 'buat duit dengan churp churp'..banyak entry yang anda boleh rujuk.. churp churp ini juga boleh dilink dengan nuffnang (dari pembacaan saya melalui blog-blog yang saya sempat singgah)...dan jika blog anda ramai pengunjung.. anda juga boleh menyewakan space untuk sebarang iklan dengan harga berpatutan , malah jika bernasib baik , mungkin anda juga akan mendapat 'sponsor entry' dari brand-brand terkemuka dan baru di pasaran...

Oleh kerana masa amat memcemburui saya.. heheheh... saya terpaksa sambung entry ini di part 2... banyak lagi yang ingin saya kongsikan dengan anda.... terima kasih kerana membaca entry ini..salam sayang dari saya.. luv!! muahhzzzz!!!


 ******lari tajuk sikit.. alhamdulillah pagi semalam ketika saya buka my blog.. melihat my audiance ..alhamdulillah ada dari Netherlands ...tetiba rasa macam saya jenis yang kuat 'perasan sangat' atas entry saya before this iaitu luahan hati blogger maybe mh17 . Walaubagaimana pun hati saya tetap sedih diatas malang yang menimpa MH17.. semoga semua keluarga dan sanak saudara yang terlibat bersabar atas malang yang menimpa ahli keluarga dan insan tersayang mereka.






**** ini adalah link sambungan bagi entry ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/08/buat-duit-dengan-blog-nuffnang-part-2.html



Aidilfitri 2014




Assalammualaikum wbt...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog tersayang saya yang beragama islam .. dan kepada yang bukan muslim.. semoga hari anda indah sepanjang minggu ini...

Raya tahun ini saya tidak kemana-mana , hanya beraya dikampung saya sahaja... rumah saya non stop dikunjungi sehingga raya ke-4 oleh saudara mara... dan sahabat handai... 

Actually saya just ingin abadikan sahaja gambar saya pada Aidilfitri 2014 ini didalam blog saya... kerana tahun lepas saya tidak berkesempatan untuk mengambil sekeping gambar pun kerana kesibukkan.. konon-kononnya..heheheheh




Actually semua gambar-gambar ini diambil oleh adik lelaki saya dan hanya dihantar ke whatapp group.. saya sekarang kurang gemar bergambar berbanding dulu.. maybe kerana saya makin 'matured' dan kerana setiap kali buka facebook.. feed yang keluar kebanyakannya status-status 'islamik' baik dari wanita atau lelaki... (semenjak berkawan dengan golongan ala 'ustaz & ustazah' ..so jika saya ternampak status yang dishare menarik hati.. saya akan folow orang yang menulis status itu.. dan kebiasaannya ia adalah status keagamaan).. sekaligus menyebabkan saya akan berfikir 2-3x untuk upload pic sendiri.. .saya tidak tahu.. sampai bila perangai ini akan kekal.. kerana ia bukan perangai semulajadi saya... hehehehe... saya seorang yang suka bergaya dan bergambar.. even, gambar pada hari raya ke3 , masih berada di handphone saya... dan rasa macam nak post sesangat dalam facebook sendiri... tetapi memikirkan,... jika saya post kan gambar saya pada hari raya ke3.. .for sure saya juga akan post gambar saya pada hari raya ke 4 dan seterusnya.... btw, tengoklah sampai bila saya boleh bertahan dengan perangai 'bukan semulajadi' saya ini... hhhmmmm....




Alhamdullillah.... Aidilfitri kali ini tetap indah. .walaupun adik beradik saya yang sudah berkahwin ada yang beraya dirumah mertua masing-masing...

Pelik tetapi benar.. keluarga dan saudara mara saya bukanlah golongan yang akan bertanya kepada saya atau adik beradik saya soalan "bila nak kahwin" ketika raya atau pun kenduri kendara... Hampir 3 tahun saya tidak mendengar soalan tersebut... ia berlainan dengan jiran sekeliling... mungkin.. kerana ahli keluarga dan saudara mara saya lebih mengenali saya dari orang lain .. so perkara tersebut langsung tidak mereka ambil peduli ...hehehe.. Actually saya tidak kisah dengan apa sahaja soalan yang ditanya... bagi saya .. sekiranya kita positif dan bersangka baik.. soalan itu bukanlah apa-apa, sekadar untuk mengambil tahu perkembangan kita dan mendoakan yang baik-baik untuk kita....



Sekian sahaja entry untuk kali ini. . terima kasih kerana membaca entry ini..salam sayang dari saya.. luv, hug & kiss!!.. muahhhzzzz!!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...