Selasa, 6 Februari 2018

CARA MEMILIH MADU TERBAIK. PERBEZAAN MADU MENTAH DAN MADU ASLI.


pilih madu mentah asli yang selamat berbanding madu yang dipasteur dan dipanaskan dalam suhu yang tinggi


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dunia hari ini semakin menyedari bahaya gula.  Maka ketakutan kepada gula membawa pemilihan madu dan stevia sebagai ganti gula selain gula kabung asli atau gula Melaka asli.

Sayang sekali, gula kabung asli juga sukar didapati termasuk gula Melaka asli. Ini kerana  kebanyakan gula kabung dan gula Melaka kini ditambah gula putih.

Stevia pula lebih banyak bahan proses berbanding stevia asli dari daun segar atau daun yang dikeringkan.
                                 
Golongan hari ini sentiasa dihadapkan dengan makanan manis, tidak seperti golongan zaman lampau yang menikmati manis dalam bentuk asli dan mereka tentu sahaja terlalu banyak menggunakan tenaga berbeza golongan manusia di dunia pada hari ini.

Kesedaran demi kesedaran, bacaan demi bacaan, semakin ramai menggantikan gula kepada madu asli. Namun anda yang rajin membaca dan sentiasa dikemaskini info kesihatan pasti tahu hampir 90% madu dipasaran dikatakan ialah madu campuran atau madu tiruan.

Niat dan semangat untuk mengamalkan diet dan hidup sihat dihancurkan dengan madu campuran yang diiklankan natural atau semulajadi 100% ini dilabel tanpa mengetahui isi kandungan sebenar.

Malah saya sendiri pernah melihat video dimana madu dari UAE ditambah diesel dan minyak dan dieksport ke Negara lain, dimana madu itu dicop dan ditulis madu asli. Nauzubillah.

Pilihan Pelbagai Madu

Terdapat pelbagai pilihan madu dipasaran. Semua dilabel asli. Namun ramai pencinta makanan kini memilih untuk membeli madu yang mempunyai certification atau sijil asli.

Untuk mendapatkan persijilan tentu sekali kos akan bertambah dan harga madu menjadi lebih mahal. Bagi pengeluar yang mampu dan syarikat yang stabil ia adalah bonus. Tentu sekali ia memudahkan kepercayaan pembeli untuk membeli.
Realitinya masih ramai tidak mengetahui apa itu lebah bela atau lebah ternak. Hasil madu yang terbaik ialah apa yang dimakan dan dicerna oleh lebah. Cara hidup lebah tersebut sama ada mengikut fitrah atau tidak.

Ini tidak terpakai kepada lebah sahaja, ia terpakai kepada binatang lain sama ada lembu, kambing, ikan, ayam dan pelbagai makhluk muka bumi ini. Apabila ia membelakangkan fitrah, ia akan melibatkan stress dalaman yang akan memberi kesan negative. Perkara ini akan berlarutan dalam kitaran kehidupan itu sendiri.

Ketika ini anda akan melihat pelbagai ladang dan sarang lebah. Anda boleh terus pergi ke ladang tersebut untuk membeli madu asli yang dihasilkan oleh lebah dihadapan mata. Anda tidak kisah jika lebah itu diberi makan gula atau apa sahaja.

Ia, ia memang lebih selamat berbanding anda membeli madu yang  dikatakan natural namun ditambah gula putih dan bahan proses lain.

Pencinta makanan semulajadi kebanyakannya ialah mereka yang mencintai alam dan binatang lain. Mereka peka pada cara hidup binatang sebenar. Mereka tahu lebah sebenarnya tinggal dimana. Di padang rumput bunga. Lebah hutan tinggal dihutan. Mereka yang rajin masuk hutan akan berjumpa lebah hutan yang membuat sarang mereka diatas pokok tinggi. Ia bukan senang memanjat pokok yang tinggi dan mengambil sarang madu lebah asli ini.

Seiring kebijaksanaan para pelajar di kebanyakan university yang menghasilkan pelbagai kajian mengenai tumbuh-tumbuhan. Maka sesetengah university mula membuat projek bersama syarikat madu dalam menghasilkan madu asli dari hutan liar atau rainforest. Jika anda berpeluang berjumpa produk madu seperti ini, sila jangan lepaskan peluang. Insyaallah produk madu anda ialah madu tulen dan dipercayai.

Apa lagi yang perlu anda pertimbangkan ketika membeli madu. Ia terdapat perbezaan antara madu berlabel semulajadi atau natural dengan madu berlabel Raw Honey atau madu Mentah.

Jika anda menghadapi masalah kesihatan seperti ‘Candida Overgrowth’ atau eczema yang kronik anda boleh memilih madu mentah untuk supplement kesihatan anda.

Bagi sesetengah individu mereka alah kepada bahan aktif dalam madu mentah dan bimbang tentang bakteria tertentu sehingga memilih madu yang telah siap dipanaskan dahulu untuk diamalkan. Kebanyakan madu dijual ialah madu yang telah dipasteurkan pada suhu tertentu.

Madu mentah menjadi pilihan mereka yang amat mementingkan kesihatan dan rajin membaca selain hidup berdasarkan pengalaman ‘orang lama’. Mereka memilih madu mentah yang belum dipanaskan. Bimbang suhu tertentu membunuh enzim madu itu sendiri. Malah bahan yang digunakan untuk memanaskan madu umpama periuk besi juga memain peranan dan kematian pelbagai enzim baik.

Madu mentah yang tidak dipanaskan atau dimasak memastikan khasiat dan enzim serta antioksidan tidak dihancurkan semasa proses pemanasan berbanding madu asli yang dipanaskan dan dibotolkan kemudian dijual sebagai madu 100% asli.

Sila ambil perhatian, proses memasak atau memanaskan madu ini menyebabkan kebanyakan vitamin, mineral dan enzim didalam madu yang penuh kebaikan hancur, pecah atau mati.

Jika anda ingin membeli setiap produk makanan asli, anda harus rajin membaca, rajin mengkaji dan harus diingatkan keadaan dan persekitaran tempat tersebut turut memain peranan dalam penghasilan produk berkualiti.

Ketika anda memilih bahan makanan untuk menjadi supplement anda anda kena mula fikirkan dari pada mana mula proses itu, mereka yang amat kuat menyelidik akan melakukan research dari permulaan untuk mendapatkan kepuasan dalam pembelian mereka sendiri.

Semoga artikel ini membantu anda dalam memilih madu sebagai supplement kesihatan anda.

Jangan lupa amalkan menghisap madu dari jari manis anda. Celup jari manis anda kedalam madu, kemudian celup jari yang bersalut madu itu kedalam bekas botol berisi jintan hitam, hisap dan kunyah.

Selamat mencuba cara ini yang terbukti amat bagus dalam kesihatan.

Terima kasih.


_______________________________________________________________



LIPS TREATMENT VS LIPS TINT ialah produk rawatan bibir asli menggunakan madu liar mentah. 

Maklumat lanjut mengenai produk dibawah label QK di link ini PRODUK HOMEMADE DAN SELAMAT



2 ulasan:

Farrah MF berkata...

Betullah,..sekarang ini susah nak cari gula kabung asli. Kebanyakannya dah dicampur dengan gula.

Deeja berkata...

Yup gula kabung ke. Air nira kem. Gula melaka banyak yang di campur gula Putih.. Maklumlah nak jimat kos. Pokok nira pun bukan banyak sekarang nak produce banyak banyak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...