Jumaat, 8 Julai 2016

Chicken Soup for the Soul - Berfikir Positif


Bergambar bersama buku milik saya CHICKEN SOUP FOR THE SOUL - Berfikir Positif
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Telah lama saya tidak membeli buku, kerana sejujurnya saya lebih kerap membaca info-info di blog atau di facebook.

Tetapi saya akui, bukulah tempat rujukan paling tepat dan penuh maklumat. Saya bersyukur kerana saya diberi peluang berkongsi rezeki baucer buku dari sahabat saya Ika, dan saya memilih buku ini kerana kerap melihat ia dibaca oleh ramai orang semenjak zaman remaja saya lagi.


terima kasih Ika untuk buku menarik ini, tidak sia-sia pilihan saya untuk buku ini

Istimewa tentang buku dalam rangkaian CHICKEN SOUP FOR THE SOUL yang amat popular dan laris diseluruh dunia dan kini dicetak didalam Bahasa Melayu oleh PTS Group, pilihan saya ini , buku ini menceritakan pelbagai kisah motivasi dari insan-insan yang pernah jatuh dan tewas serta mereka yang pernah diserang penyakit serta kehilangan orang tersayang.

sambil menunggu waktu berbuka puasa, sambil berkongsi cerita buku menarik ini

Setiap kisah didalam buku ini ditulis ringkas dan menusuk hati. Sungguh tidak sia-sia saya memilih buku ini sebagai hadiah dari Ika untuk saya.

Pelbagai perkara yang saya belajar dari kisah dari buku ini tentang hidup, tentang mengharungi pahit getir, tentang jatuh bangun, tentang mereka yang jatuh sakit dan sembuh serta tentang mereka yang kehilangan orang tersayang dan tentang mereka yang terus bangun dari jatuh dan menjadi popular.

Saya kongsikan buku ini dengan anda yang mencari sebuah kisah motivasi bagi mengharung penyakit yang sedang anda harungi termasuk bagi mereka yang mencari motivasi bagi mengharung TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) / EKZEMA agar ia menambah semangat dan kecekalan anda dalam mengharung apa yang telah anda putuskan dari awal anda mengambil keputusan menghentikan penggunaan krim steroid atau bahan steroid lain.

memang seronok berbuka puasa di Padang di hadapan Dataran Pahlawan ini bersama Ika( kiri) dan Shida (kanan).

Alhamdulillah , kini saya makin pulih dalam mengharung proses TSW ini yang saya kira hampir 95% pulih , dan apa yang saya pelajari saya semakin kurang memasukkan benda-benda 'asing' kedalam tubuh saya walau tentu amat sukar untuk mengelakkannya sama sekali.

Untuk anda yang menghantar email kepada saya berkenaan masalah ekzema dan memerlukan motivasi, ini adalah antara buku wajib anda baca. Saya pasti anda akan berterima kasih kepada penulisnya yang sanggup menterjemah ke dalam bahasa melayu sekaligus membuatkan harga buku ini lebih mampu milik. 

Saya mendapatkan buku ini di kedai buku POPULAR dan harganya dalam RM20 lebih sahaja. Sila dapatkan buku ini sebelum ia kehabisan stok.

Terima kasih.


2 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

bagus buku tu.. banyak perkara positif =)

Deeja berkata...

Betul tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...