Khamis, 2 Julai 2015

Berbuka Puasa di Hotel Megaview , Kuantan

bergambar di lobi hotel
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah saya diberi kesempatan baru-baru ini berbuka puasa di Hotel Megaview , Kuantan bersama-sama rakan-rakan saya. Kami menikmati buffet Ramadhan di Hotel Megaview Kuantan yang dianjurkan oleh Darul Makmur Medical Centre. 

adik saya dan kak akma sempat bergambar di lobi hotel

Kami tiba dihotel Megaview, Kuantan hampir waktu berbuka dan bergegas bergambar dilobi hotel yang dihias khas sempena bulan Ramadhan (pihak hotel menyediakan photo booth untuk pelanggan hotel bergambar)

Kami terus menaiki lif ke tingkat satu hotel ini untuk menuju ke dewan makan yang menyediakan perkhidmatan buffet. Buffet Ramadan dihotel Megaview Kuantan ini berharga RM40 bagi minggu pertama dan kedua , bagi minggu ketiga dan keempat harga buffet ini naik menjadi RM50 seperti diiklankan dibanting berhadapan hotel.


rakan-rakan saya bergambar bersama makanan
Oleh kerana kami sampai hampir waktu berbuka puasa, saya tidak berkesempatan mengambil gambar disetiap meja yang dihias cantik dengan pelbagai pilihan menu makanan. Tetapi cukup saya katakan terlalu banyak pilihan makanan yang enak dari manisan, kek, lauk pauk melayu, malah pais patin serta patin masak tempoyak juga turut tersedia. Selain itu hidangan sushi juga turut terdapat dalam buffet ramadhan ini.


sempat bergambar sebelum berbuka

Disini juga terdapat hidangan kambing golek @ bakar . Saya beri 4 bintang kepada menu udang mentega (butter prawn), kari kambing , patin masak tempoyak, terung goreng nestum dan pelbagai menu lagi  Air kathira disini boleh tahan rasanya berbanding tempat lain.


antara menu yang sempat kami ambil
Tempat buffet Ramadhan ini dipamerkan juga dihias cantik dan berkelipan sesuai suasana seperti berhari raya. Maaf kerana mengejar waktu berbuka saya tidak sempat mengambil gambar. Pelbagai hidangan timur barat disediakan disini segala jenis puding, kek dan manisan serta kuih muih melayu yang pelbagai juga terdapat disini. Tart buah disini juga boleh tahan sedapnya begitu juga kek.


kambing golek atau kambing bakar juga terdapat disini

Disini juga terdapat pilihan menu kambing golek atau kambing bakar serta makanan laut bakar yang lain. Oleh kerana saya peminat kambing , saya juga tidak ketinggalan menikmati menu ini.

pekerja hotel kusyuk menyediakan kambing bakar kepada tetamu hotel
Saya hanya sempat mengambil gambar kambing golek atau bakar ini sahaja. Jadi saya mohon maaf kepada anda pembaca blog saya kerana ketiadaan gambar menarik dalam artikel kali ini.

4 bintang diberi kepada menu dan hidangan dalam buffet ramadhan atau berbuka puasa di Hotel Megaview, Kuantan ini

Keseluruhannya saya memberi 4 bintang kepada menu dan rasa bagi buffet Ramadan atau buffet berbuka puasa di Hotel Megaview, Kuantan ini. Bagi saya ini adalah antara buffet berbuka puasa yang enak untuk dijadi pilihan untuk anda membawa keluarga atau insan tersayang berbuka jika anda berada di Kuantan.


Ini sahaja yang boleh saya kongsikan untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Salam sayang dari saya. Assalammualaikum.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...