Buku yang menarik untuk dibaca |
Assalammualaikum
wbt…
Tidak tahu
kenapa, sekarang saya tiba-tiba suka pula membaca buku.. yang seriously terlalu
banyak terdapat dialmari rumah i.. hahaha..actually I dulu memang every month
suka membeli buku dan my mum juga rajin membeli buku agama… even, kawan-kawan I
juga ramai suka meminjam buku-buku i.. dan ramai juga yang tidak pulangkan
semula.. maybe I pun jenis tidak kisah.. kerana I suka membeli buku-buku
pelbagai jenis dari agama, ilmiah dan sebagainya… tetapi I bukan jenis yang
suka membaca.. suka membeli sahaja ye.. dan suka hadiahkan buku kepada
rakan-rakan…
Hari ini I ingin
berkongsi tentang buku yang I baru baca…"Kisah & Pengajaran Daripada Al-Quran & Al - Hadis & Hayatus sahabah - Ustaz Zahazan Mohamed", buku ini kisahnya ditulis
seringkas-ringkasnya.. so bagi anda yang suka mengetahui lebih lanjut tentang
sesuatu kisah maybe rasa “tidak puas”.. btw itu bukan strong reason untuk anda
tidak menyukai buku ini kerana kisah ringkas itulah yang akan menyebabkan anda
lagi ingin mengetahui kisah didalam buku ini dan mengkaji dengan lebih lanjut…
special tentang buku ini.. disetiap kisah akan diceritakan pengajaran-pengajarannya…
maybe kebetulan I kurang mood membaca entry panjang-panjang..so I rasa I suka
juga buku ini…
So, kali ini I ingin
sharing 1 entry ringkas dari buku ini untuk anda pembaca my blog yang budiman… so..tajuk
yang ingin I sharing dari buku ini adalah tajuk “ Keras Kepala , Lupa dan
berbuat salah merupakan tabiat manusia”
Keras Kepala ,Lupa dan berbuat salah merupakan
tabiat manusia
Abd bin Humaid menceritakan kepada kami, Abu Nu’aim
menceritakan kepada kami Hisyam bin Saad menceritakan kepada kami daripada
Zaid bin Aslam daripada Abu Shalih daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasullah
SAW bersabda , “ Ketika Allah menciptakan Adam, Dia mengusap belakangnya,
kemudian dari situ keluar makhluk-makhluk keturunan Adam yang diciptakan-Nya
hingga hari Kiamat. Dan Allah membiarkan tanda berkilau daripada cahaya yang
terletak di antara kedua-dua matanya pada setiap orang.
Kemudian Allah memperlihatkan kepada Adam. Adam
bertanya, “Wahai Tuhanku, siapakah mereka itu?” Allah menjawab, “ Mereka ialah
anak keturunanmu”.
Lelaki itu Daud
Kemudian Nabi Adam melihat seorang lelaki yang membuatnya
kagum kerana tanda berkilau diantara kedua matanya. Lalu Adam beranya, “Wahai
Tuhanku, siapakah orang ini?” Allah menjawab, “Orang ini termasuk umat yang
hidup pada akhir zaman, meraka biasa memanggilnya Daud.”
Adam bertanya, “ Wahai Tuhanku, Engkau memberi jangka
usia kepadanya berapa tahun?” Allah menjawab .” 60 tahun.” Adam berkata,
“Tambahkan usianya daripada usiaku 40 tahun.”
Adam lupa
Ketika umur Adam telah dipenuhi dan malaikat maut
menjemputnya, Adam berkata , “Bukankah umurku masih berbaki 40 tahun lagi?”
Allah menjawab, “Bukankah umur itu telah Engkau berikan kepada Daud”.
Adam ingkar, begitu juga anak keturunannya. Adam lupa
begitu juga anak keturunannya. Adam berbuat salah, begitu juga anak
keturunannya.
PENGAJARAN
1. Kekuasaan Allah berlaku untuk setiap sesuatu.
2. Adam ialah Datuk Seluruh Umat Mansuia
3. Adam tidak mengetahui apa yang akan terjadi dan apa
yang akan keluar daripada tulang rusuknya.
4. Nabi Daud a.s diberi kelebihan oleh Allah rupa yang
elok yang diletakkan diatas matanya, sehinga Nabi Adam merasakan kelebihannya.
5. Amal dan ajal telah ditentukan, tidak bertambah
atau berkurang.
6. Usia Kaum bani israil sama dengan usia umat ini,
yakni pendek usianya.
7. Umat Bani Israil termasuk Umat yang hidup pada
akhir zaman
Actually ada 11
pengajaran yang ditulis dalam buku ini mengenai tajuk ini…tetapi saya hanya
menaip 7 daripadanya sahaja… so jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang.. tajuk-tajuk dah pengajaran yang boleh didapati dari buku ini.. anda boleh cari
buku ini dikedai buku berdekatan… harga buku ini juga dikira murah dengan ilmu yang ada didalamnya.. hanya rm29.90 di semenanjung Malaysia...
Salam Sayang
dari saya.. terima kasih kerana sudi membaca entry ini… luv!! Luv!! Muaahhz…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan