Isnin, 30 Jun 2014

Khasiat SAFFRON @ ZA'FARAN - Rempah termahal didunia


Assalammualaikum wbt….

Selamat  Menyambut Bulan Ramadhan yang berkah ...kepada semua penganut agama islam dan paling istimewa kepada pembaca my blog tersayang… Hari ini saya ingin berkongsi mengenai khasiat Za’faran @ Saffron…Actually saffron ini memang banyak sekali keistimewaannya.. dan ia antara bahan yang digunakan untuk membuat air musoffa.. yang glamour itu… (Air dari dakwat saffron ditulis ayat al-quran diatas piring dan biasa diguna untuk tujuan perubatan islam).

Inilah rupa saffron @ za'faran rempah termahal didunia



Actually anda boleh membeli saffron dalam pek seperti diatas ini dengan harga hanya RM15 sahaja.. 1st time I beli saffron ini di Gerai jualan barangan sunnah arab di Giant Batu Caves.. penjual disitu mengajar saya menggunakan saffron ini dengan dicampur kedalam air botol mineral 1.5liter dengan 3 helai saffron ini… biarkan selama 30minit barulah diminum (air akan bertukar kuning)… dan sila pastikan air dihabiskan dalam masa 24jam… kerana khasiatnya akan berkurangan dan habis selepas masa itu… pastikan juga air itu tidak terkena matahari. .dan tidak digalakkan menggunakan air suam.. just air biasa sahaja… kata penjual itu.. saffron ini tahan selama sebulan.. .tetapi kerana I jarang menggunakan saffron ini… Ia tahan selama 6 bulan.. heheheheh ..actually ketika itu I menemani my best frenz , norly untuk mencari ubat untuk anaknya yang ada hepatitis b ke c.. I tidak ingat ye.. tapi yang pasti penyakit keturunan… so… penjual itu suggest  produk terbaik untuk anaknya ialah memberi minum air yang diisi saffron @ za’faran ini…

Walau bagaimana pun dari pembacaan saya dari internet dan sebagainya adalah digalakkan za’faran @ saffron ini diminum bersama madu… Dan amat sesuai untuk wanita hamil kerana ia membantu bayi mempunyai kulit yang sihat dan cantik..

Bagi penduduk di Kuantan. .anda juga boleh mendapatkan saffron @ za'faran ini. .di kedai PASAR KURMA , di Jalan Beserah Kuantan.. sebelum Tunas Manja, Beserah jika dari Kuantan.. ia sebaris dengan Mercedes benz.. atau 7eleven.. juga berharga rm15… sila pergi beli segera…

Ok.. dibawah ini adalah keterangan lanjut mengenai saffron @ za’faran ini. .semua sumber ini I dapat dari google dan dari pelbagai blog.. .dan banyak blog menggunakan ayat dan info yang sama… so I just copy paste sahaja… dari 2-4 blog yang I jumpa… so sila baca untuk pengetahuan dan info….

Za'faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri. Stigma bunga Za'faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ia juga dianggap ramuan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, dan bahan pewarna.  Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.



gambar bunga saffron - imej dari google


Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Bagi menghasilkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ia memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal didunia. Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya. Za’faran kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin. Ia merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.
Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Saffron sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Saffron tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."
 
Saffron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Selain digunakan di dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya wanita menggunakan saffron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah. Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan saffron sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan saffron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.


Antara keistimewaannya, saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan (fertility), menambah selera makan untuk kanak-kanak (increase appetite) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tebaga batin dan penenang (sedative).


Dengan kandungan saffron yang mempunyai kuasa penenang semulajadi, maka di Timur Tengah saffron telah dijadikan sebagai minyak wangi yang dipanggil Zaafran Attar. Ianya juga turut digunakan sebagai pewangi di dalam jenama minyak wangi (perfume) antarabangsa yang lain. Pada masa ini saffron turut dijadikan bahan asas dalam pembuatan bahan dalam pembuatan bahan penjagaan tubuh seperti sabun, losyen dan sebagainya.


Antara khasiat Saffron @ Za’faran berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam :-

- Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
 
- Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.

- Sakit kepala atau migrane dan asma, muntah-muntah serta penyakit buah pinggang.

- Gila babi atau sawan dan sukar tidur malam (insomnia).

- Demam, masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser dan lumpuh.

- Bengkak hati atau hipatitis A dan B.

- Memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut.

- Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.

- Menambahkan tenaga zahir dan batin.

- Masalah mati pucuk dan sembelit.

- Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.

- Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.

- Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing.

- Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.

- Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.

- Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.

- Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.

*walau bagaimana pun dikatakan pengambilan saffron atau za'faran dalam kadar yang tinggi atau kuning pekat boleh menyebabkan toksid atau bertukar menjadi toksid. Pastikan anda hanya mengambil saffron atau za'faran ini dalam kadar sederhana.


Sekian sahaja untuk entry kali ini …terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. luv! Muaahhzz!!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...