Assalammualaikum wbt....
Teringat
kata-kata ramai antara sahabat , teman dan kawan rapat… …“sya… aku pun bila balik kg, bila tahu kakak aku tidak jadi balik pun
sedih, apa lagi seorang ibu…”…. Itu kata-kata teman yang boleh dikatakan
“close” dengan ku…. Suatu masa dulu…
Kini aku
merasainya pula.... di musim cuti sekolah ini.. apabila adik lelakiku pulang
kembali ke muar ...bersama isteri dan anaknya setelah bercuti di kampong kami
hampir seminggu …aku sendiri rasa sayu… ohhh!!! Aku sudah makin dewasa agaknya…
sudah mula sensitive…
Teringat
kata-kata temanku yang lain… “nikmatilah
hidup ini sekarang kawan bersama family dan adik beradik, kerana masa kini
berlalu pantas sekali… sedar-sedar masing-masing sudah punya cucu… kita sudah
tidak punya masa “sharing” segala rahsia seperti zaman adik beradik remaja,
muda , belia dan baru berkahwin dan punya anak kecil dahulu…. Nikmatilah..dan
hargailah memori itu… kerana apabila masing-masing punyai cucu .. punyai
masalah anak sendiri dari kahwin hingga kerja dan kewangan… masa kita bersama
makin singkat..dan terus singkat…. Hargailah….. usah terlalu bz mengejar
duniawi kerana satu waktu kau akan sedari.. betapa banyak perkara bernilai yang
kau terlepas…” itu kata-kata kawan ku.. yang aku sendiri tidak tahu..
kemana perginya dia sekarang ini… ia .. masa pantas sungguh berlalu….
Hidup
kita sudah ditentukan oleh illahi.. qada dan qadar.. takdir kita… nampaknya aku
kena akur… semakin dewasa … semakin hati ini sensitive.. semakin aku kena
mengalah pada kehidupan… aku tidak boleh berkeras lagi mengikut kata hati….
Ketika aku mengenali dan berkawan dengan insan yang hidup merantau lama di New
York, belajar dan bekerja.. aku sendiri bersetuju sepenuh hati… ketika muda
kita patut berjuang untuk hidup sendiri… semua berjuang untuk hidup sendiri ,
masa depan sendiri… kejar segala impian.. berhijrah dan migrate
bersungguh-sungguh untuk mendapat satu lagi hak kerakyatan selain Malaysia..
jadi Permanent Resident di Negara luar… Negara lain….
Aku selalu berfikir…
lambat laun kita tetap hidup sendiri… berapa ramai orang tua-tua yang akhirnya
ditinggal di rumah sendiri menunggu anak pulang ketika raya dan cuti sekolah….
Atleast ada anak pulang ye… dan berapa ramai orang tua yang tinggal dirumah
orang tua… serta berapa ramai.. insan yang berkorban kehendak jiwa impian diri
hanya kerana orang tua tidak merestui.. tidak memahami.. dan akhirnya setelah
orang tua mereka meninggal dunia… mereka pun terpaksa melupakan impian lama
mereka… ia insyallah.. kerana pengorbanan mereka… Allah swt membalas diakhirat
nanti.. kerana hidup yang hakiki adalah diakhirat.. sedangkan dunia ini
sementara….
Ia
memang akhirnya aku fahami.. .pendapat kita akan berubah seiring dengan siapa
kita berkawan.. .. apabila kita berpeluang mengenali dan berkawan dengan insan
lain.. yang punya pendapat lain… baru aku faham kenapa berkawan kena beribu…
Bila
berkawan dengan insan lain..yang bekerja diluar Negara dan bersungguh-sungguh
ingin pulang ke Malaysia dan kerja diMalaysia.. aku sering tidak bersetuju…
bagi aku, berapa ramai yang ingin berhijrah.. bekerja dinegara luar… merasai
pengalaman baru.. tetapi tidak diberi peluang…sedangkan mereka yang diberi
peluang.. bersungguh-sungguh ingin pulang berkerja dinegara sendiri walau gaji
dan pendapatan jauh kurang dari pendapatan diluar Negara.. tetapi kini aku
faham… ia seiring usia….kita akan lebih menghargai kekeluargaan… kita tidak
pasti umur ahli keluarga kita… dan kita juga tidak pasti umur kita bila
dijemputNYA…. Lebih-lebih lagi bila kita tahu.. insan yang kita sayangi dan
cintai… menghidapi penyakit… tentulah lagi sedih…. (teringat pengalaman .anak kucing kesayangan sakit di Kampung. .setiap
hari call my mum dan balik kg every week, demi memastikan anak kucing masih
hidup dan bertambah sembuh..takutnya jika ada apa-apa malapetaka menimpa.. itu
baru anak kucing..oh!!!) sampai bila kita hanya ingin mengejar duniawi…
pesan kawan saya satu waktu dahulu…. “Jangan
kejar dunia… pasti dunia akan lari tapi kejarlah akhirat,, ,nescaya dunia akan
mengikutimu…”…. Sungguh berguna kata-kata) itu…
Banyak
lagi kata-kata teman, kawan dan sahabat lain yang masih aku ingati…yang
nampaknya aku kena setujui… teringat kata kawanku yang pernah tinggal
sebumbung… “dulu.. cikgu aku selalu cakap
ketika aku bersekolah, sekarang ye lah.. kamu rasa, masa berlalu lambat… tunggu
selepas kamu umur 25 tahun.. kamu akan rasa masa berjalan pantas sekali… ... “…
nampaknya aku kena bersetuju sekali dengan kata-kata cikgu kawan ku itu..tapi
aku ingin tambah.. lepas umur 30 lagi rasa pantas sesungguh-sunguhnya….35 tahun
lagilah.. 40 tahun lagi lah pula… (itu
pun jika masih diberi kesempatan untuk hidup)….oh!! tuhan jadilah aku
hambamu yang bertambah beriman dari hari ke hari.. usia ke usia..dan mati dalam
keadaan beriman. .aaaminnn…
Kata temanku
yang lain lagi….”sejauh mana kau berlari.
.sepelusuk mana kau pergi… akhirnya kau akan tahu..apa yang kau ingin hanya
orang yang ikhlas terima kau seadanya…yang akan setia sudah dan senang.. akan
sampai waktu… kau tidak mengharapkan rupa dan harta orang lain…kau akan menolak
semua tu.. ..kau sendiri pun tidak akan sanggup “dia” menanggung susah kerana
kau… kau akan belajar melepaskan… dan belajar mencintai dan menerima cinta..
bila kau yakin kau tidak akan sanggup melukakan insan yang kau pilih.. walau
asalnya dia bukan “taste” kau.. seperti aku…” .. kata kawanku yang lain …”kau akan sedar dan tahu kau benar-benar
jatuh cinta.. bila kau rasa diri kau
langsung tidak layak baginya… sedangkan kau memang rindu dan sayangkan dia..kau
sendiri akan mengelakkan diri darinya… dan berlawan dengan perasaan sendiri,
walau kau sendiri dapat rasa… kau pasti akan dapat cintanya jika mencuba
bersungguh.. tapi kau sanggup undur diri untuk dia bersama insan yang lebih
baik”…oh!!!!!! ..bila teringat kata-kata itu… aku terfikir…. Tuhan..
layakkah aku????..... oh!!! Memang aku makin sensitive…… jika tidak aku tidak
akan teringat semua kata-kata ini….
Terima
kasih atas setiap kata-kata… aku akan ingatinya selalu…teman , sahabat dan
rakan… terima kasih atas segala kata-kata itu…..
Banyak
lagi kata-kata yang aku ingati.. .terutama kata-kata ibu dan ayahku… arwah
nenek ku… semuanya kusimpan rapi… aku percaya kini semua kata-kata mereka….
Terima
kasih kerana membaca entry ini… salam sayang dari saya… luvvvvvv!!!!luvvv!! luvvv!!
Muahhhhzzzz!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan