Sabtu, 7 Jun 2014

TAFSIRAN MIMPI ISLAM


Assalammualaikum wbt....

Berbicara tentang tafsir mimpi,... saya teringat tentang kenangan menunaikan umrah bersama group Yaskin Kota Bharu ,dibawah kelolaan Tuan Haji Ir Shamsuddin... saya tidak ingat bagaimana akhirnya group kami berborak tentang tafsir mimpi... dan saya mendapat ilmu yang amat berguna pada hari itu mengenai tafsiran mimpi...diringkaskan kata-kata Tuan Haji Ir.Shamsudin mengikut pemahaman saya.. beliau berkata, jika bertanya tentang tafsir mimpi.. tanyalah orang berilmu.. kerana orang pertama yang memberi tafsir mimpi tersebut.. itulah yang berlaku... jika tidak bertemu orang berilmu (biasanya berhati mulia), simpan sahaja mimpi itu.. .dan berdoalah agar ia memberi makna baik agar terhindar dari perkara buruk... itu yang saya ingati dan pegang sejak hari tersebut....

Tiba-tiba minggu ini, ketika saya merasa ingin melihat buku-buku agama di rak buku dirumah saya.. .saya terpandang ini yang telah bertahun saya beli tetapi tidak pernah diberi peluang membacanya.. (actually berpuluh buku yang i beli tetapi tidak pernah dibaca)... kebetulan.. ada tajuk mengenai tadbir mimpi didalamnya... so, saya sharing sedikit tentang entry mimpi yang terdapat didalam buku ini dengan anda pembaca my blog yang amat saya hargai... mungkin anda juga berminat untuk membeli buku ini selepas membaca entry ini...

Buku yang mengingatkan saya tentang kata-kata tn.hj Ir Shamsudin

Ini antara petikan kata-kata didalam entry bertajuk "memberi dan tadbir mimpi".. saya hanya mengambilnya sebahagian dari petikan tajuk ini ....


Memberi Erti Dan Tadbir Mimpi

Nabi SAW sebagai manusia biasa sering juga bermimpi dalam tidur. Baginda mengetahui mana mimpi yang ada tadbirnya dan yang mana tidak. Permulaan ketentuan baginda akan menjadi Nabi SAW  ialah datangnya mimpi benar. Apa yang diisyaratkan oleh mimpi itu terjadi pada keesokan harinya. Mimpi seperti itu disbeut Ru’ya dan banyak sekali dialami oleh baginda SAW.

Sahabat-sahabat baginda juga sering bermimpi dan mana-mana mimpi yang ada maksudnya akan baginda huraikan tadbirnya. Umpamanya kalimat azan sekarang ini asal mulanya dari mimpi seorang sahabat. Sewaktu disampaikan kepada baginda, lalu Nabi SAW tetapkan sebagai kalimat azan dalam islam.

Bila baginda SAW selesai melakukan solat subuh berjemaah, maka baginda akan bertanya kepada para sahabat.

“Siapakah diantara kamu yang bermimpi malam tadi? Ceritakan kepadaku!”

Sesiapa yang bermimpi segera menyampaikan kepada Nabi SAW dan baginda akan tadbirkan apa maksud mimpi itu.

Pada suatu hari seorang wanita datang menemui Nabi SAW. Beliau ingin bertanyakan maksud mimpi yang dialaminya.

“Suami sedang pergi dan tinggalkannya aku dalam mengandung. Semasa aku tidur, aku telah bermimpi dirasakan tiang rumahku pecah. Dan aku melahirkan anak lelaki yang buta sebelah matanya.” Demikian wanita itu menceritakan mimpinya kepada Nabi SAW.

“Bagus,” jawab baginda. “Insyaalah, suami engkau akan selamat kembali dengan sihat dan engkau akan melahirkan anak yang baik”.

Wanita itu berasa lega mendengarnya.

Tetapi pada suatu masa yang lain, wanita itu datang ke rumah Nabi SAW. Baginda tiada dirumah dan beliau disambut isteri baginda Aisyah. Wanita itu bertujuan menceritakan mimpinya, oleh kerana Nabi tidak ada maka disampaikan kepada Aisyah, begitu juga tentang mimpinya yang dahulu diterangkan kepada Nabi SAW.

“Jika benar mimpi engkau itu, bahawa ternyatalah iaitu suami engkau akan mati dan engkau melahirkan anak yang jahat”. Demikian Aisyah mentadbirkan mimpi wanita itu.

Mendengar keterangan Aisyah wanita itu terkejut lalu terduduk dan menangis. Tiba-tiba wanita Nabi SAW kembali ke rumah. Setelah diketahui punca wanita itu menangis, maka baginda menegur Aisyah.

“Aisyah berhentilah! Bila engkau mentadbirkan mimpi seseorang muslim, tadbirkan kearah yang baik. Sebab mimpi akan terjadi dengan melihat pula bagaimana orang mentadbirkannya.” Kata Nabi SAW.

Nabi memperingatkan demikian itu agar orang bermimpi jangan sampai mendapat kesulitan dengan mimpinya. Sama ada baik atau buruk hendaklah ditenteramkan sedapat mungkin. Lebih lagi kalau mentadbirkan mimpi secara duga-dugaan sahaja sangatlah berbahaya.

 
******Rujukan dari buku “Kisah RIngkas Kehidupan Rasullah SAW”.. penulis Nawawi Dusuki.  Diterbitkan  oleh wholesale-mart business point sdn bhd , berharga rm12 sahaja.****


So, sila beli cepat ye... kerana banyak lagi ilmu yang pasti anda semua suka yang terdapat dialam buku yang bagi saya amat murah berbanding ilmu yang terdapat didalamnya.

Terima kasih kerana membaca entry ini..  Salam sayang dari saya... luv! luv! muahhhhzz!!!




Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...