Selasa, 5 Disember 2017

Paksa Diri Makan Buah


Makan buah yang terdiri dari pelbagai warna adalah terbaik 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Musim hujan ialah musim sejuk di Malaysia yang menyebabkan anda sentiasa lapar dan ingin mengunyah.

Realitinya cahaya matahari membantu menerbitkan mood baik,  maka musim hujan dan kurangnya cahaya matahari akan menyebabkan kekurangan semangat dan rasa malas selain mood ingin mengunyah makanan sihat dan manis semakin berleluasa.

Ramai yang tidak sedar betapa pentingnya cahaya matahari dan vitamin D asli pada tubuh kerana bimbang kesan sunburn dan sebagainya.

Oleh kerana di musim hujan,  kira sudah kurang Vitamin D asli,  maka ia alasan lebih kukuh untuk anda menikmati buah-buahan pelbagai warna.

Ia apabila kerap menikmati buah dan makanan yang sama,  mood anda akan mudah berubah dan ingin sesuatu yang berlainan.  Malah di waktu ini ketika makan beramai-ramai,  anda lebih senang meletakkan hari dan minggu tersebut sebagai Cheat day.

Sayangnya,  cheat day atau cheat menu bukan sesuatu yang bagus dan tidak digalakkan.  Ia mengganggu fokus anda dan boleh mengakibatkan otak anda kembali menginginkan makanan yang tidak sihat,  ketagih dan semakin malas berjuang dan berfikir.

Sesiapa pun ada masanya bosan menikmati makanan sihat, Lebih-lebih lagi jika asyik di bawa dan dijamu makanan tidak enak dari KFC penuh Cheese,  pizza dan pelbagai kek yang berbau harum dan wangi.  Itu masalah utama jika kita dikelilingi ramai yang rajin membawa makanan dan manisan percuma. Bau wangi ketika anda lapar agak sukar ditolak walaupun anda berjaya menolak lebih setahun atau bertahun namun jika semakin kerap di pelawa dan di suakan,  tidak mustahil anda boleh tewas.

Menikmati buah atau vitamin sebenar,  detoks,  cuka epal atau apa sekali pun tidak semudah itu untuk membuang segala kesan sampingan dan toksid makanan yang telah kita nikmati.

Ada bayaran untuk makanan yang berbau enak dan wangi itu.  Antara bayarannya otak anda sendiri akan mudah ketagih dan terliur apabila terbau dan terbayang keenakannya.

Hanya satu cara untuk melawan nafsu anda,  anda beruntung jika tinggal seorang diri atau tidak berjumpa orang lain,  namun jika memang anda tinggal bersama keluarga,  selalu keluar,  perkara ini lambat laun akan menduga anda sendiri.

Maka untuk menampakkan makanan anda juga enak dan menarik. Pilih pelbagai jenis buah yang berwarna berlainan.  Selain untuk khasiat dan vitamin yang berlainan ia juga untuk mengelakkan anda jemu dan bosan dengan pilihan buah yang ada.  Makanan sihat yang tidak berbau kuat seperti makanan proses.  Itu yang menyebabkan ramai sukar mencapai buah berbanding mencapai makanan proses yang jauh lebih wangi.

Banyak perkara dan mindset yang perlu di perbetulkanlah untuk menambah kembali semangat kepada diet lebih sihat.

Paksa diri anda makan buah.  Jika anda rasa buah mahal.  Pilih buah tempatan murah seperti pisang dan betik. Pilihan lain ialah buah kurma merah.

Bukan anda sahaja,  ramai begitu termasuk penulis.

Namun,  apa yang penting kita sama-sama berubah kepada lebih baik walaupun pelbagai dugaan mendatang.

Terima kasih.





REVIEW BUKU: BERFIKIR GAYA TRUMP



Buku , BERFIKIR GAYA TRUMP , tulisan Nazri Kadir


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Untuk artikel kali ini saya memilih untuk berkongsi review buku yang telah lama ditulis oleh penulis terkemuka NAZRI KADIR iaitu BERIKIR GAYA TRUMP.

Buku Berfikir Gaya Trump tulisan Nazri Kadir ini di tulis dan diedarkan pada tahun 2010.

Apa yang paling jelas, segala yang ditulis didalam buku ini , semakin galak diajar dan diberi didikan kepada orang muda di facebook oleh pelbagai sifu dan coach pada tahun 2017.

7 tahun setelah buku ini diterbitkan dan dibaca.

Antara yang ditekankan dalam buku, BERFIKIR GAYA TRUMP tulisan Nazri Kadir ini ialah :-

1.       Bagaimana kita haruangs lakukan perkara yang kita cintai. Amat penting untuk kita sentiasa bermotivasi dan bijak mengawal kuasa minda sendiri.

2.       Sentiasa berfikiran positif baik ketika jatuh, ketika gawat, ketika sakit, ketika gagal dan ketika kecewa.

3.       Wajib berfikiran realistic. Tidak kira betapa positifnya diri kita , kita harus realistik dan sentiasa berkeyakinan tinggi.

4.       Tidak perlu membuktikan pada dunia atau orang lain. Paling utama anda harus membuktikan pada diri sendiri . Kita adalah apa yang kita fikirkan. Ini jelas menunjukkan betapa berfikiran positif amat ditekankan dalam buku, Berfikir Gaya Trump ini.

5.       Setiap manusia yang Berjaya, biasa gagal beberapa kali, termasuk Trump. Buku ini menjelaskan bagaimana Trump bangun dari kegagalan dan belajar dari kegagalan beliau untuk kejayaan besar seterusnya.

6.       Realitinya , zaman digital, perubahan akan sering berlaku. Maka kita wajib sedia berubah bila-bila masa supaya tidak ketinggalan. Trump adalah antara pemimpin dan usahawan yang sedia berubah walaupun mempunyai prinsip sendiri, beliau sanggup berubah mengikut keadaan semasa.

7.       BERFIKIR GAYA TRUMP, turut mengajak anda belajar mengikuti cara Trump yang menjadikan masalah sebagai latihan minda dan bagaimana kita haru menguruskan masalah dan tekanan.

8.       Dalam setiap apa yang dilakukan, ilmu adalah perkara paling penting dan menentukan perjalanan kejayaan seseorang sama ada cepat atau lambat. Trump tidak pernah berhenti mencari dan mendalami ilmu. Ilmu yang kerap beliau cari dan gali ialah ilmu Keusahawanan dan perniagaan.

9.       Antara tajuk paling menarik dalam buku, BERFIKIR CARA TRUMP, ialah Trump Dan Ciri-ciri Usahawan. Antara factor utama ialah kejayaan usahawan ialah mereka bijak memperoleh dan memproses maklumat. Pakar dalam membina pangkalan data dan memiliki data-data penting . Pada zaman digital kekuatan data dan maklumat amat berguna dalam perniagaan.

10.   Di dalam buku, Berfikir Cara Trump ini juga turut ditekankan betapa pentingnya perudingan dalam menjalankan perniagaan dan betapa perundingan itu adalah satu kesenian. Usahawan harus bijak berunding dan Trump amat bijak dalam hal ini.

11.   Perkara yang semakin kerap dibicarakan dalam dunia digital ini ialah, Penampilan dan Personaliti. Penampilan yang menarik dan personality tersendiri akan membuahkan rasa percaya dan membantu membina imej yang baik di mata masyarakat dan golongan sasaran. Personaliti Trump telah membina imej yang berkualiti dan dipercayai. Ini kerana Trump sendiri sentiasa mementingkan kualiti. Malah TRUMP sendiri merupakan sebuah jenama. Apabila menyebut nama TRUMP , bakal pembeli dan golongan sasaran sudah dapat membayangkan bagiamana ciri dan kualiti yang diberikan dari Jenama TRUMP tersebut.

Setelah merujuk sekali imbas, buku BERFIKIR GAYA TRUMP ini, penulis merasa sedikit sesal kerana lambat membaca buku yang telah dibeli oleh adik penulis semenjak tahun 2010 ini lagi.

Ini jelas menunjukkan bahawa, buku berbahasa Melayu dan penulis melayu sendiri bijak dalam penulisan mudah faham dan bermotivasi.

Kini penulis buku, Berfikir Gaya Trump turut menghasilkan 2 buah buku lagi mengenai Trump.

Jika anda mencari buku motivasi dan bercita-cita menjadi usahawan Berjaya anda boleh mendapatkan buku , BERFIKIR GAYA TRUMP tulisan Nazri Kadir ini di kedai buku berhampiran.


Terima kasih.








Ahad, 3 Disember 2017

Makan-makan Cuti Sekolah



Hari cuti sekolah kebiasaannya adalah cuti untuk keluarga berkumpul 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Cuti sekolah yang panjang,  kebiasaannya hari keluarga berkumpul dan makan besar.

Sama ada memasak di rumah makanan berat seperti masakan penuh lemak dan bergoreng.  Dari kuah kari,  nasi lemak dan pelbagai kuih muih.

Pelbagai buah tangan yang dibeli dari kuih dan kerepek yang dibeli dan coklat juga dibawa pulang ke kampung.

Berbeza rasa makanan dan keseronokan makan seorang,  beberapa orang dan ramai orang terutama jika semua bahagia menikmati makanan yang dibawa.

Ia,  hari cuti sekolah adalah hari ramai berkumpul dan bangun awal pagi.  Sama ada makan di rumah mahupun makan di luar.

Realitinya makanan ketika musim cuti sekolah agak kelaut dan agak sukar untuk anda menjaga pemakanan terutama jika keluarga anda dipenuhi dengan pelbagai jadual aktiviti.

Saya sendiri antara yang diet kelaut,  untuk beberapa minggu yang terjerumus dengan pelbagai makanan yang kononnya pantang, akhirnya di telan sampai habis juga.

Realitinya makanan sebegini menyebabkan mudah mengantuk dan brain fog.  Saya sendiri terpaksa memaksa diri untuk mengemaskini Blog.

Menikmati teh hijau dengan perahan limau kasturi dan madu untuk mencergaskan otak antara bantuan yang boleh diberikan untuk mencergaskan otak yang mengantuk.

Realitinya kafein dalam teh hijau membantu memberi semangat dan menjadikan otak lebih cergas.

Limau kasturi yang tinggi vitamin C,  membantu membuang segala toksin dari pelbagai makanan berminyak dan bergoreng serta manis yang puas ditelan sepanjang hari.

Ia,  ada waktunya di hari-hari begini sayur kurang dinikmati dan makanan manis dan lauk pauk memenuhi, anda sendiri mula malas keluar membeli dan hanya mengirim barang kepada mereka yang keluar membeli belah.

Agak sukar untuk menjaga pemakanan namun realitinya,  mood adalah perkara penting dalam kesihatan dan penyembuhan.

Maka jaga mood dan pemikiran anda.  Kajian menunjukkan pemikiran kita yang paling menentukan kesembuhan penyakit. Begitu juga mood kita di awal pagi.

Ketika cuti ini ambil waktu bersuka ria. Jika anda mampu menjaga diet teruskan sahaja. Jika anda sukar dan meraikan ahli keluarga anda dan masakan mereka,  teruskan sahaja.  Silaturahim juga harus dijaga.

Cuba sedaya upaya dalam sehari untuk menikmati buah-buahan walaupun hanya segelas air teh dengan perahan jus limau.

Selamat bercuti sekolah untuk semua.

Semoga cuti panjang ini membahagikan dan mengeratkan silaturahim.

Terima kasih.








Sabtu, 2 Disember 2017

Fight For This LOVE



Remember,  Love is Worth fighting for,  but not if you are the only one fighting. 

Pernahkah anda ingin fight untuk cinta anda,  tapi anda tidak tahu ingin 'fight'  untuk apa? 

Anda tidak tahu si dia apakah sama seperti anda? 

Atau anda sendiri tidak rela berkorban untuk si dia? 

Anda sendiri tidak tahu fight apa untuk cinta,  walaupun anda ingin menjadi fighter sekali pun. 

Membaca setiap artikel luahan cinta saya di Blog,  mahupun cetusan rasa di media sosial... 

Andai perjalanan cinta itu semudah menulis artikel cinta. Sepantas kemaskini status. 

Nasihat terbaik yang termampu, anda hanya perlu menurunkan ego dan menyelamatkan cinta anda. 

Walaupun penasihat cinta anda itu,  mungkin sendiri tidak mampu menurunkan ego dan menyelamatkan cintanya. 

Anda mungkin mampu mengucap I Love you berjuta kali untuk semua sahabat handai dan insan sekeliling, namun kini mengucapkan I Love you Dan rindu untuk insan yang anda rindu dan sayang,  anda langsung tidak berupaya.

Untuk menghubungi pun anda tidak mampu. Walaupun sepatah perkataan 'hai'  atau 'salam'  di whatapps. 

Untuk memberitahu hati siapa sebenarnya yang anda cinta dan rindu pun,  anda tidak mampu. 

Menunjukkan betapa anda memang di peringkat tidak memahami hati sendiri yang paling kritikal. 

Anda merujuk coach cinta,  mereka sendiri tidak mampu beri anda apa-apa nasihat mengenai cinta apa lagi bab perkahwinan. 

Mereka hanya boleh beritahu kahwin dulu.. Baru boleh cerita. 

Selagi anda belum kahwin saya tidak tahu,  dan jika anda berkahwin pun apa yang akan berlaku seterusnya saya tidak tahu. 

Bagi anda yang mempunyai masalah perkahwinan,  saya langsung tidak boleh memberikan nasihat apa-apa. 

Tapi sekurang kurangnya mencuba itu jauh lebih baik dari menyerah kalah. 

Ingatlah apabila seorang itu benar benar ingin bersama anda, dia tidak akan sama sekali meninggalkan anda, walau pun ada sejuta alasan kukuh bagi dia meninggalkan anda.

Tidak kiralah,  sahabat handai anda,  keluarga anda mengatakan betapa logik alasan dia meninggalkan anda,  dan jika anda di tempat dia sekalipun  anda akan melakukan perkara yang sama sekalipun,  kenyataan sebenar tiada langsung alasan jika ingin sesuatu yang diingini itu berjaya.

Anda berhak untuk menerima insan baru,  berkenalan dengan insan baru walaupun insan yang pernah anda cinta telah berubah sejuta kali lebih baik dari dulu.

Realitinya kebanyakan pujuk rayu hanya sebelum mendapatkan sesuatu yang diingini.

Anda hanya tahu realiti dan anda benar-benar diingini sehingga satu jangka masa panjang yang sukar di terjermahkan.

Jika anda benar-benar cintakan seseorang.

Apa yang anda sanggup lakukan dan korban kan untuk CINTA itu?

Sanggupkah anda BERJUANG untuk cinta yang anda sendiri tidak pasti?

What will you do for love?








Dancing In The Dark


Ada waktunya anda hanya ingin menghiburkan diri dalam kegelapan seorang diri

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Dunia ini ada siang,  ada malam. 

Ada matahari,  ada bulan. 

Ada kala cerah,  ada kala terang. 

Ada waktunya sinar matahari memancar,  ada waktunya hanya gelap malam menemani. 

Pujangga mengatakan,  di dunia ini,  bahagia lebih singkat dari sengsara. 

Susah lebih banyak dari senang. 

Waktu miskin lebih panjang dari kaya. 

Malah rasa sakit lebih panjang dari rasa sihat. 

Senyuman di wajah lebih pendek dari muka yang sedang berduka. 

Mata bersinar lebih sekejap dari mata yang berduka. 

Itulah hidup. Banyak yang kita mahukan jarang kita dapat. 

Apabila kita dapat ada perkara yang terpaksa di korbankan. 

Adakala kita rasakan itu yang perkara utama,
 benar-benar kita inginkan,  kemudian apabila kita sudah mendapat ia,  baru kita sedar apa yang kita korbankan sebelum itu jauh bermakna. 

Ada waktunya ketika insan lain menari di malam hari ditemani terang cahaya bulan, terang, namun anda terpaksa menari dalam gelap seorang diri. 

Pernah anda berjalan di tengah malam hitam pekat. Tiada cahaya bulan atau kerlipan bintang. 

Tiada sinar neon malam,  gelap gelita. 

Insan lain berpasangan menari,  anda seorang diri. 

Namun jika terpaksa menari untuk menghiburkan hati, menari sahaja.

Dalam tidak sedar,  kekal ada yang menemani.

Kepercayaan dan tawakal anda kepada Tuhan,  realitinya anda kekal ditemani malaikat dalam perjalanan gelap yang panjang itu dan sampai ke destinasi di tuju dengan selamat.


Dancing In The Dark.

Most day I'm keeping to my self
Living in my little buble
Throwing my weight and moving my body
Through the sea,
You could come join me
Moving like the weekend
I don't need nobody

If you ever want to join me baby
I'm dancing in the dark
If you ever want to joint me baby
I'm dancing in the dark

*** lirik lagu Dancing In The Dark

Ada beza mereka yang terus berjalan dalam gelap dari mereka yang berhenti berjalan menunggu hari terang.

Mereka sampai lebih lama dahulu dari mereka yang takut berjalan di dalam gelap gelita.

Ada beza mereka yang menunggu pasangan untuk menari dengan mereka yang terus menari dengan yakin seorang diri.

Seperti berbezanya mereka yang menunggu lampu dipasang dan petikan piano dengan mereka yang terus menari walau dalam hujan atau dalam gelap.

Ada waktu tidak perlu semuanya sempurna untuk melakukan sesuatu dan melepaskan rasa.  Peluang tidak selalunya ada.

Pernah ada waktu anda terpaksa menaip dalam gelap.  Menulis dalam gelap.

Mungkin nampak ia tidak sempurna,  namun ia kerja paling ikhlas anda lakukan.

Atas keterpaksaan dan semangat itu,  hasil kerja itu pasti anda akan ingat sampai mati.

Begitu juga dengan waktu.

Seabad berlalu,  waktu paling berharga dan bermakna itu akan anda hargai.

Kenangan itu paling kekal di lubuk hati.

Tidak kira walaupun itu adalah waktu sukar anda dengan si dia.

Itu waktu paling indah paling  anda ingat dan kenang selamanya.

Ia,  kadang kala kita tidak ingat tarian kita di dewan utama yang dihias segala kerlipan dan lampu piano.

Tarian yang paling diingati ialah tarian dalam gelap gelita,  kerana tiada syarat utama untuk merealisasikan tarian paling indah dalam hidup anda.

Siapa bilang menari dalam gelap tidak indah?
Tarian dalam gelap tidak sempurna?


If you even want to join me baby
I'm dancing in the dark  ðŸŽ¶
If you even want to join me baby
I'm dancing 🎶 in the dark
I'm dancing 🎶 in the dark


Terima kasih






Berhenti Ikut-ikutan


Jangan kerana melihat kawan anda asyik minum teh hijau, beliau semakin kurus,  anda juga ikutkan cara beliau tanpa menyesuaikannya dengan tubuh sendiri 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kini menulis bukan untuk saja-saja atau suka-suka. 

Blogging bukan untuk main-main. 

Cukuplah membuang masa tanpa fokus dan agenda.. 

Waktu yang semakin pantas berjalan.  Pengalaman yang semakin mengajar diri membuatkan bahawa,  ia bukan masa sekadar mengikut orang lain. 

Suatu waktu dahulu.  Kawan ada Blog,  minta Blogging terus ikut. 

Kawan melabur dalam saham,  lihat beliau untung,  juga ikut. Langsung tanpa ilmu. 

Kawan-kawan syarikat join pelaburan yang tidak tahu ialah skim cepat kaya,  pun ikut. 

Banyak sungguh yang diikuti namun tidak menjadi.. 

Terjun diri dalam bidang niaga Online dan off line. 

Jual Crunchy Flakes by QK. 

Beli bahan-bahan hantar di pelbagai restoran dan kedai. 

Bulan pertama hingga ketiga laku keras,  masuk bulan seterusnya semakin berbaki.

Stok tidak laku.  Bahan mentah tidak digunakan dan expired dibuang. 

Ia itulah berniaga ada untung rugi.  Dan sehingga kini anda akan tetap merasakan ia. 

Dari belajar dari resepi insan lain dan olah resepi berlainan sedikit ke arah lebih sihat. 

Semakin cerdik mengenali makanan proses dan tidak proses. 

Maka emping Jagung ialah bahan makanan proses dan apabila ia diproses bermaksud tinggi gula,  agak tidak sesuai dengan prinsip maka fokus diberikan kepada produk yang digunakan sendiri dan bahagia serta gembira menggunakan ia. 

Maka Original Body Scrub diperkenalkan. 

Ia seterusnya di iringi dengan produk seterusnya. 

Kajian dan eksperimen terus dijalankan hari demi hari. 

Ketika semakin meningkat lambakan produk dengan tagline Semulajadi dan organik. 

Tanpa melihat segala bahan-bahan yang digunakan. 

Apa yang paling penting,  jangan sesekali ikut orang lain. 

Ada pendapat yang boleh didengar.  Ada pendapat boleh diterima pakai. 

Namun yang membuat keputusan adalah diri sendiri. 

Pengalaman banyak mengajar kita. Namun hanya kita sahaja yang tahu realiti sebenar. 

Namun ada satu yang benar. 

Ada waktunya,  asal dari main-main dan suka-suka,  akhirnya jadi bersungguh minat dan yang membawa kita kepada kejayaan sebenar. Insyallah. 

Kita boleh mengikut, namun perlu dengan ilmu. 

Semoga kita akan kekal positif dan bersemangat setiap hari.

Terima kasih. 




Skrub Bibir Asli & Semulajadi



Skrub Bibir Red Lips 💋 hanya di perbuat dari bahan asli dan semulajadi 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bibir adalah antara anggota tubuh penting untuk menaikkan seri wajah selain sering ditumpukan ketika anda bercakap.

Kecantikan bibir sering dikaitkan dengan warna merah lembut Semulajadi dan lembab.

Baik lelaki mahu pun  perempuan,  kesihatan bibir semakin dipentingkan terutama mengelakkan ia dari lebam,  hitam,  kering dan mengelupas.

Ia bukan untuk menarik perhatian insan lain,  namun lebih untuk diri sendiri.

Bibir yang kering dan mengelupas menyebabkan ke tidak keselesaan sekaligus boleh menyebabkan ia berdarah dan luka.

Malah bibir yang sering kering dan mengelupas boleh menyebabkan warna bertukar lebam dan hitam sekaligus menyebabkan wajah menjadi seperti orang sakit.

Antara petua moden yang diberi ialah menyapu ubat gigi di bibir untuk bibir yang merah Semulajadi.

Sayang sekali jika anda tidak pernah tahu apa bahan-bahan yang terkandung dan digunakan  dalam ubat gigi.  Terlalu banyak bahan kimia dan kini anda ingin sapukan di bibir anda?.  Mohon Google dan fikirkan banyak kali.

Cara lain ialah Skrub Bibir anda dengan gula atau minyak zaitun asli.  Pastikan minyak zaitun asli dan gula yang tidak di bleach.

Pilihan lain,  anda boleh mencuba Lips Scrub atau Skrub bibir Red Lips 💋 ini.

Diperbuat dari campuran madu asli, raw atau mentah.

Di tambah bahan berkhasiat lain termasuk Roselle organik segar.  Diperap dan diadun untuk bibir merah sihat dan segar.

Anda digalakkan meletakkan atau menyimpan Lips Skrub atau Skrub Bibir ini didalam peti ais selepas digunakan..

Tiada bahan pengawet dan bahan penahan,  ia alasan kukuh untuk keselamatan dan kesihatan tubuh anda.

Gunakan 2x seminggu sahaja.

Untuk harga pengenalan,  Lips Scrub atau Skrub Bibir ini diperkenalkan dengan harga RM9.90 sahaja.

Untuk Pengenalan dan pemahaman produk,  anda boleh merujuk setiap artikel mengenai Red Lips 💋 di label dan kategori Red Lips 💋  di sini


Red Lips 💋


Bagi anda yang berminat dengan produk Lips Scrub atau Skrub Bibir Red Lips 💋 ini,  anda boleh terus menghubungi atau whatapps ke

016 276 2636 

Penerangan dan konsultasi percuma akan diberikan kepada pelanggan QK Products. 


Terima kasih. 




Mood Ketika Makan


Sekali sekala di temani kucing kesayangan ketika makan akan membantu menaikkan mood gembira 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Beberapa kali ditegaskan betapa pentingnya mood Ketika makan di jaga. 

Pernah anda dengar orang tua berpesan jangan bersedih ketika makan?. 

Depan makanan kena bersyukur,  dan pelbagai kata nasihat lagi?. 

Ketahuilah mood Ketika anda makan,  amat mempengaruhi kesihatan anda,  lebih-lebih lagi jika anda makan ketika marah. 

Rasullah tidak pernah mencela makanan.  Jika baginda tidak suka,  baginda hanya meninggalkan makanan itu dan membiarkan sahaja. 

Apa lagi jika anda makan dengan perasaan bersalah kemudian menyesal. 

Oh,  lebih baik anda fikirkan yang baik-baik baru anda makan,  atau tinggal sahaja jika ia hanya akan menyebabkan penyesalan setelah makan. 

Ramai yang ingin diet sihat atau menguruskan badan,  menyesal setelah menikmati makanan yang banyak. 

Untuk mengelakkan perasaan ini,  anda harus berusaha keras untuk mendapatkan makanan sihat sahaja. 

Namun,  ramai yang sukar melakukan perkara yang nampak mudah namun ada kesukaran masing-masing. 

Ia makanan sihat agak mahal,  ia juga agak jauh untuk didapati terutama jika anda tinggal jauh dari kampung dan tinggal di kawasan di mana pasaraya yang menjual makanan sihat agak jauh. 

Banyak faktor sampingan lain seperti tiada masa,  waktu yang sibuk dan kekangan Budget dan sebagainya. 

Jika anda punya modal anda ketiadaan masa.  Jika punya masa dan modal,  cara kerja anda yang asyik harus mengembara,  naik flight dari satu tempat ke tempat yang lain juga mencabar anda untuk terus fokus kepada makanan sihat idaman anda.  Maka anda terpaksa redha sahaja dengan rezeki yang diberikan tuhan. 

Setiap individu ada dugaan tersendiri yang diberikan tuhan dalam mengejar azam dan impian. 

Ada kala kita terfikir anda kita ada masa,  andai kita ada modal,  andai kerja anda bukan asyik perlu travel,  kita mudah melakukan apa yang kita impikan. 

Namun ketahuilah apa yang selalu kita inginkan,  itulah apa yang selalu banyak ujian diberikan. 

Tidak semua yang kita mahukan dan nampak senang,  mudah dicapai. 

Setiap perjalanan insan yang berjaya,  punya liku-liku tersendiri yang sukar diceritakan. 

Baik kejayaan dalam kerjaya,  rumah tangga mahupun diet dan kesihatan. 

Ada kisah yang tidak pernah diceritakan. 

Namun sebagai manusia biasa tentu anda sedar. 

Kejayaan hanya datang pada mereka yang benar berusaha dan bersungguh mendapatkan ia. 

Apabila anda sedar perkara ini,  tentu mood dan hati anda wajib dilatih untuk sentiasa bersemangat dan tidak mudah putus asa. 

Terima kasih. 





Jumaat, 1 Disember 2017

Bahaya Supplement & Minuman Kesihatan Moden


Cuka epal ialah antara bahan makanan dan merupakan Supplement Semulajadi 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa kali ditegaskan di kebanyakan artikel.

Kuasa dan pengaruh iklan,  yang mengelirukan sekaligus menyebabkan mereka yang mementingkan kesihatan terpedaya.

Terdapat pelbagai Supplement kesihatan dari vitamin dan minuman kesihatan yang lebih menyebabkan keburukan berbanding kebaikan kepada tubuh.

Realitinya terdapat banyak Supplement dan minuman kesihatan yang lebih memburukkan keadaan usus dan kesihatan malah menyebabkan pelbagai gangguan tubuh dan emosi.

Apa yang paling penting ketika anda memilih dan membeli Supplement pastikan anda lihat dan jelas setiap bahan-bahan yang digunakan.

Ketahuilah banyak bahan-bahan membahayakan digunakan untuk memastikan sesuatu produk itu tahan lama dan boleh dipasarkan serta diproses dalam jumlah yang banyak bagi memenuhi keperluan manusia yang inginkan kebaikan untuk kesihatan mereka.

Sayang sekali tidak ramai rajin dan aware mengenai bahaya setiap bahan digunakan kerana percaya dengan iklan dan suggestion pelbagai pegawai kesihatan dan mereka yang merujuk Agent produk serta testimonial pengguna yang ada masanya ia hanyalah rekaan semata-mata.

Jika anda memilih Supplement pastikan anda memilih Supplement yang diperbuat dari makanan dan bahan semula jadi.

Antara Supplement Semulajadi seperti cuka epal,  minyak zaitun, minyak kelapa dara organik, cold press juice Dan pelbagai lagi.

Teh-teh herba yang seratus peratus dari bahan herba seperti teh Bidadara,  teh bunga telang,  teh bunga raya dan teh hijau.

Paling penting sila lihat bahan-bahan hanya menggunakan bahan asli seperti teh bunga raya,  bahan-bahan hanya bunga raya kering dan tanpa pewarna atau pengawet serta bahan lain.

Terdapat banyak artikel tentang bahaya pelbagai Supplement dan minuman kesihatan. Antara artikel tersebut ialah

1. Bahaya beberapa susu jenama Ensure

http://www.organicandhealthy.org/2016/11/i-wouldnt-feed-this-stuff-to-dying.html?m=1

2. Bahaya bahan-bahan lain dalam Supplement

https://www.consumerreports.org/vitamins-supplements/15-supplement-ingredients-to-always-avoid/

3. Bahaya minuman protein atau protein powder

https://www.livestrong.com/article/540079-what-are-the-dangers-of-protein-powder-consumption/

4. Bahaya Supplement Keratin untuk kecantikan rambut,  kuku dan gigi

https://www.livestrong.com/article/332444-keratin-supplement-dangers/

Terdapat terlalu banyak bahan makanan dan bahan kecantikan serta Supplement yang amat bahaya untuk kesihatan anda.

Usah terpengaruh dengan iklan.  Belajar mendidik diri mengenai bahan-bahan dan anda pasti tidak mudah terpedaya lagi.


Terima kasih.




Khamis, 30 November 2017

Feta Cheese @ Keju Feta, Keju ENAK, Sihat, Terbaik dan Rendah Kalori


Feta Cheese ini berharga dalam RM13,  dan merupakan keju rendah kalori 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Dalam artikel sebelum ini,  Block Cheese atau keju blok, ialah antara Cheese pilihan terbaik untuk diet anda.  Block cheese ialah keju kurang proses berbanding keju lain. 

Anda boleh membaca penerangan lanjut mengenai keju blok ini di

Keju Blok antara Keju ENAK Terbaik.


Untuk artikel ini diperkenalkan Feta Cheese atau keju feta.

Ia juga berbentuk blok,  namun ada juga Feta Cheese yang direndam di dalam minyak zaitun dan campuran bawang putih yang telah dipotong kecil di dalam botol.

Keju Feta dikatakan berasal dari Greece.

Keju ini diperbuat dari susu kambing biri-biri dan susu kambing. Sama ada campuran kedua-duanya atau hanya susu biri-biri.

Di Amerika,  Keju Feta turut diperbuat dari susu lembu.

Namun pada 2002, Keju Feta atau Feta Cheese ini telah di paten kan.  Hanya keju atau Cheese yang di perbuat dari 30% susu kambing atau susu biri-biri atau campuran sahaja boleh di panggil Feta Cheese.  Ia telah di patent di Europe.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Feta Cheese ialah Rennet.  Terdapat beberapa isu mengenai Rennet.  Namun sebaiknya anda memilih Rennet yang diperbuat dari bukan binatang atau sayur-sayuran.

Feta Cheese atau keju Feta kebiasaannya berair atau direndam air atau minyak zaitun 

Jika anda ragu ragu, sila dapatkan keju Feta atau Feta Cheese yang mempunyai persijilan Kosher.

Keju Feta ialah keju yang rendah kalori berbanding keju Mozzarella.

Malah susu kambing atau susu biri-biri lebih selamat dan kurang alergi berbanding susu lembu.

Keju Feta atau Feta Cheese enak dimakan bersama salad atau roti.

Ia juga sedap dimakan begitu sahaja.

Untuk keju Feta Dodoni ini,  ia harus dihabiskan dalam masa 4 hari kerana Keju Feta ini bukanlah bahan makanan tahan lama setelah dibuka.

Keju Feta selain enak dimakan begitu sahaja ia juga enak dimakan bersama salad dan roti 

Harga keju Feta atau Feta Cheese jenama Dodoni ini dalam lingkungan RM13 untuk 150 gram.

Ia boleh didapatkan di pasaraya terpilih seperti Jaya Grocer dan sebagainya.

Jika anda sedang berdiet dan mengamalkan diet rendah kalori anda boleh mendapatkan keju Feta ini.

Keju Feta Arab kebiasaannya di rendam dalam minyak zaitun.  Keju Feta atau Feta Cheese Dodoni ini hanya direndam dalam air biasa.

Selamat Mencuba keju Feta atau Feta Cheese ini.

Terima kasih.







Ahad, 26 November 2017

TAHU NAMUN TIDAK MAMPU LAKUKAN


alangkah indahnya jika mampu diet sihat konsisten setiap hari

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Tahun 2017 tinggal hanya berbaki hamper sebulan sahaja lagi.


Maka pelbagai perancangan cuti dan azam baru dibuat.


Azam tahun 2017 masih berbaki belum tertunai maka ia dibawa ke tahun 2018.


Niat dihati tahun 2018 mampu Eat Clean dan semakin kuat dan tabah menahan nafsu.


Namun di musim hujan November ini, diet dan pemakanan semakin ke laut.


Rasa lapar oleh cuaca sejuk dan musim hujan menyebabkan , perut asyik berbunyi dan makan apa sahaja yang terhidang.


Semua jenis masakan mengandungi trans-fat dimakan, gluten diabaikan termasuk gula.


Sedangkan saya manusia yang sedar dan tahu keburukan setiap bahan-bahan makanan namun kekal menikmati tidak mampu melawan nafsu , apa lagi mereka yang lansung tidak tahu.


Ramai yang begini. Serupa saya. Ada yang masih bertekak mengatakan sakit itu tuhan bagi, makan sihat pun jika sakit akan sakit juga, walaupun mereka sedar dan tahu kajian demi kajian menunjukkan meraka yang sakit adalah disebabkan pemakanan, keturunan, factor sekitar, udara , gaya hidup dan stress.


Realitinya, ramai yang mengatakan makanan sihat mahal.
Ia itu hakikat. Anda boleh mendapatkan makanan sihat yang murah dan jauh lebih berkhasiat di pasar atau bercucuk tanam sendiri, namun apabila anda tidak cukup tanah atau tiada tempat bercucuk tanam, maka anda pasti akan terasa cabarannya terutama jika anda diuji dengan masalah kewangan.


Begitu juga mereka yang tidak menghadapi masalah budget, mereka ini menghadapi masalah tiada kesedaran dan tidak cukup ilmu selain tidak mampu sama sekali melawan nafsu.


Itu belum kira cara hidup atau life style yang memaksa menikmati makanan sihat diluar.


Realitinya , ramai antara ktia tahu kesan sampingan bahan makeup. Bahan kegunaan diri namun tiada kekuatan untuk berubah.


Berapa ramai antara kita selepas makan makanan tidak sihat rasa sesal , namun masih meneruskan lagi diet sebegitu kerana tidak cukup kuat.


Ia sukar sungguh melawan nafsu sendiri.


Maka sebelum berlawan dengan perkara lain sekeliling, nafsu dahulu harus dididik.


Dalam meniti sebulan lagi tahun baru 2018 memasuki , pelbagai semangat cuba dipupuk.


Puas memujuk dan memerah otak untuk menulis 365 artikel sebelum hujung tahun, namun menikmati makanan yang ntah  apa-apa menyebabkan ketandusan idea dan semangat terus menjunam.


Bayangkan untuk membaca info dan mencari ilmu juga sudah ketiadaan mood apa lagi memproses segala data.


Jelas ketara kesan makanan kepada otak dan mood yang semakin disedari kini.


Dalam memaksa diri dan memujuk diri belajar mengawal nafsu, beberapa minggu dan bulan diet yang semakin kelaut ada kalanya menimbulkan rasa sesal kerana ia membabitkan banyak perkara.


Maka seperti biasa, semangat dan matlamat serta azam baru mula di tetapkan.


Semoga Berjaya.


Insyaalah.


Semoga tuhan membantu.


Aamiin.


Terima kasih.





Jumaat, 24 November 2017

Tekanan


Makanan turut melibatkan emosi dan otak 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Tekanan.  Tanpa tekanan bukan hidup namanya. 

Tekanan juga penting untuk memotivasikan kita.

Malah tekanan juga bagus untuk tubuh dan otak untuk jumlah sedikit. 

Ia membantu anda lebih berfikir dan bermotivasi dengan cara yang betul jika anda pandai menguruskan tekanan. 

Perasaan ketika tertekan dan ingin makan benda mengarut selalu ada. 

Ada yang tertekan terus tiada selera untuk makan dan minum. 

Kebiasaannya ketika tertekanlah,  diet semakin ke laut. 

Malah mereka yang sakit semakin sakit. 

Mereka yang ingin berdiet sihat semakin ke laut. 

Mood memasak tiada. 

Mood ingin makan luar sahaja ada walaupun ketika hujung bulan,  bukan minggu gaji. 

Realitinya makanan tidak sihat akan menyebabkan emosi anda lebih tidak keruan. 

Sedangkan emosi yang tidak stabil,  memerlukan makanan sihat yang boleh membantu otak mengawal emosi. 

Sayangnya ramai ketika tertekanlah, akan makan yang bukan-bukan. 

Pengalaman mengajar,  jika menikmati makanan bukan-bukanlah,  emosi semakin tidak stabil, idea tidak kunjung tiba. Malah mood bekerja dan mencari idea juga semakin hilang dan kabur. 

Semangat yang membuak-buak hilang begitu sahaja. 

Semua makanan yang kita makan dan amal, melibatkan emosi dan otak juga semangat harian anda. 

Cuaca yang mendung juga ada waktunya akan menyebabkan anda malas dan tidak bersemangat. 

Ada kajian mengatakan cahaya matahari pagi yang kaya vitamin D amat bagus untuk menceriakan hari anda,  dan memberi semangat terutama ketika anda tertekan. 

Tidak hairanlah mengapa mereka yang menghadapi masalah dan sering murung digalakkan keluar dan menikmati cahaya matahari pagi, dan berjalan-jalan mengambil angin untuk menambah semangat dan membangkitkan emosi. 

Ketika anda tertekan cuba cari buah-buahan segar. 

Ia buah-buahan segar juga semakin mahal seiring kenaikan minyak dan kos sara hidup.

Pilih sahaja buah tempatan kampung yang lebih murah dan selamat. Pilih banyak warna buah-buahan. Setiap warna membantu anda dari pelbagai khasiat dan membantu memberi mood gembira. 

Jika anda terikat dengan Budget, hanya makan makanan sihat, jauhkan makanan proses. Lebih bagus anda berpuasa. 

Insyallah,  tekanan anda semakin berkurangan.

Rajin mendekatkan diri dengan Allah dan ilmu pengetahuan. 

Strategi dan ilmu amat penting. 

Mohon sentiasa dari Tuhan dan jangan lupa doa di jauhkan Stress dan di beri semangat dan kekuatan dalam setiap ujian. 

Hargailah tekanan. 

Tanpa tekanan,  anda tidak akan berubah menjadi lebih hebat. 


Terima kasih. 





Rabu, 22 November 2017

Better Slow Than Stop


Tahun 2016 setiap artikel yang ditulis setiap bulan,  kebanyakannya tidak sampai 10 buah,  sehingga tiba bulan December 2016

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Saya menulis artikel ini sambil menguap beberapa kali,  katil seperti sudah memanggil untuk tidur.  Namun tetap kuatkan pendirian untuk menulis satu lagi artikel sebelum melelapkan mata. 

Ada satu perkara yang harus dikongsi di Blog ini untuk rujukan dan motivasi pembaca dan diri sendiri. 

Semenjak 2013 bermula Blogging.  Anda sendiri boleh membaca artikel permulaan yang amat teruk dari segi ejaan dan penggunaan bahasa. 

Mengikuti Puan Ainon Mohd di Facebook dalam pertengahan tahun 2013, sifu besar ini sering menekankan ejaan penuh dan bahasa melayu tinggi,  maka perlahan-lahan cara pengolahan ayat di artikel Blog diperbaiki mengikut ajaran Puan Ainon Mohd. 

Saya wajib bersyukur dan berterima kasih kepada beliau. 

Setahun kemudian Puan Ainon Mohd mula menekankan mengenai pembinaan Personal Branding atau jenama diri.  Saya makin kerap membaca status facebook beliau. 

Beliau menggalakkan menulis.  Maka saya sekadar tulis sahaja untuk suka-suka. 

Puan Ainon Mohd mula memperkenalkan Seth Godin dalam pembinaan jenama dan tribe,  maka bermula ilmu baru sebagai Blogger dalam bidang Personal Branding. 

Dalam waktu yang sama di uji dengan penyakit ekzema akibat pemberhentian steroid yang mengakibatkan pengalaman yang sukar di ceritakan,  akhirnya pembinaan jenama dan tribe di bina sendiri dari setiap penulisan dan perkongsian. 

Tanpa ilmu dan tunjuk ajar status Puan Guru Ainon Mohd, pasti saya tiada idea untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang dicari itu. 

Saya mula belajar apa perlu ditulis dan apa yang tidak.

Mulai tahun 2015 ke tahun 2016, Puan Ainon Mohd makin kerap berkongsi mengenai keusahawanan. 

Dari tahun 2013 beliau selalu menggunakan ayat Khadijah dan Muhammad Muda.  Strategi Perang Badar. Kaum Ansar dan Muhajirin.  Beliau menggunakan pendekatan teknik nabi. Akhirnya sebagai follower beliau, perlahan demi perlahan minat keusahawanan itu timbul. 

Bulan December 2016,  setelah hampir 4 tahun berblogging akhirnya ketika Puan Ainon membicarakan tentang strategi untuk tahun 2017, pintu hati ini terbuka untuk fokus Blogging sebagai antara medan yang harus mula digunakan sepenuhnya. 

Maka hanya dari 6 artikel pada bulan November 2016 yang ditulis,  sebelumnya bulan Oktober juga 6 dan Ogos hanya 2 artikel. 

Atas kesedaran dan sasaran yang di gerakkan oleh Puan Ainon Mohd dan sahabat lingkungan beliau akhirnya tindakan drastik untuk Blogging di mulakan pada December 2016 untuk Target 2017,  365 artikel wajib di tulis dan di siarkan. 

Tidak perlu tunggu tahun 2017, terus mulakan pada bulan December 2016 dan 24 artikel berjaya di tulis pada bulan December 2016,  dan terus konsisten dan naik memasuki tahun 2017 sehingga kini. 

Bermula December 2016 blog ini mula meletakkan sasaran 

Sepanjang menulis dan berblogging di tahun 2017.

Usah sebut rasa down dan semangat yang makin lemah. 

Itu biasa.  Rasa putus asa,  ketiadaan idea.  Semua ada. 

Pening kepala,  sakit kepala,  hilang fokus,  pandang track rakan lain,  rasa sedih segalanya bercampur hampir setiap minggu atau bulan.

Menulis bukan sekadar memerlukan idea,  ia memerlukan anda kerap membaca,  menambah ilmu dan pengalaman dan mengekpresikan ke dalam tulisan untuk mudah faham. 

Selama anda menulis perasaan dan fokus itu wajib ada. 

Selagi belum selesai penulisan,  selagi sakit kepala itu ada.

Gangguan mohon dijauhkan. 

Bayangkan ketika ada idea.  Manusia lain mengganggu ketika itu yang mengakibatkan anda Stress dengan apa yang sedang dikatakan. 

Sebagai penulis saya mula faham bahawa Stress itu lain macam ketika diganggu dan di sepoi mood. 

Baru saya faham mengapa penulis itu sentiasa memerlukan ketenangan dan waktu sendiri dalam mencari idea. 

Dengan matlamat lain,  sasaran jangka panjang dan jangka pendek hanya anda sahaja yang tahu apabila anda perlu meletakkan strategi dan cara untuk merealisasikannya. 

Bagaimana saya boleh terus menulis dan tidak berhenti. 

Ketika saya rasa tewas dan bosan menulis,  ketika itu tuhan menjadikan wall Facebook saya dipenuhi dengan status dari Dr Wan Yusof Wan Jeffery yang asyik menekankan mengapa tulis dan tulis. 

Ketika saya bosan dan kecewa,  ketika itu tuhan lorong kan setiap artikel yang keluar di Linkedin mengenai Branding, dan artikel dan status dari Azleen Abd Rahim keluar di feed. 

Semuanya sekaligus, sehingga saya tidak mampu untuk tidak memaksa diri menulis. 

Malah menulis dalam perasaan yang tengah down,  dan tiada langsung semangat,  yang ada hanya paksaan wajib menulis. 

Hari ini,  atas asbab tabiat wajib menulis setiap hari. 

Tulis sahaja sedikit di mana sahaja seperti ajaran sifu Dr Wan Yusof Wan Jeffery,  sebelum tidur dan ketika hampir terlelap saya masih berusaha menulis. 

Sekurang-kurangnya saya patut sujud syukur kerana dalam segala dugaan yang Tuhan berikan terdapat banyak hikmah yang tidak pernah dijangka. 

Menulis sesuatu,  yang akhirnya merupakan bidang yang menjadi 'kegilaan'  saya.  Semuanya mengenai perkara Semulajadi. 

Ada perkara yang saya belajar.  Semulajadi bukan sahaja pada makanan, pada tumbuhan malah Semulajadi juga akan datang pada sikap dan minat. 

Akhirnya dengan sendiri dan semulajadi nya,  saya menerima apa yang terjadi dan menulis dengan Semulajadi,  setiap hari tanpa perlu diingatkan lagi. 

Benar sekali,  lebih baik perlahan dari anda terus berhenti. 

Biar lewat dari langsung tidak bermula. 

Saya lewat bermula menanam 'Passion'  dalam Blogging,  alam dan sumber semula jadi. 

Saya lambat sedar apa yang harus saya tulis dan kongsikan di Blog ini. 

Saya terlewat ada matlamat dan apa yang perlu saya tulis dan hasilkan dari Blog ini. 

Namun dalam kelewatan ini saya kekal bersyukur. Walau pun keletihan,  saya boleh menggunakan otak saya ini untuk terus membaca,  mengkaji dan bereksperimen. 

Blogging memaksa saya menjaga otak. 

Sekaligus menjaga diet. 

Sebagai manusia yang kuat makan dan tidak menghadapi masalah berat badan,  saya sering terbabas. 

Walaupun pernah diuji ekzema kerana tidak menjaga pemakanan,  kesembuhan yang diberi Tuhan membuatkan saya mudah lupa. 

Namun atas asbab Blogging dan matlamat lain, akhirnya saya akan sentiasa,  terpaksa mengingatkan diri sendiri agar tidak alpa. 

Ia alarm saya ialah Blogging.

Dan tidur saya lebih nyenyak apabila saya tahu. 

Ada beberapa artikel yang telah saya tulis dan siarkan hari ini. 

Suatu hari nanti apabila 'Passion'  itu datang dalam diri anda,  pasti anda faham maksud ini. 

Selamat Malam. 

Terima kasih. 




Produk Perawatan BIBIR Terbaru :- RED LIPS 💋 LIPS TINT


LIPS TINT produk Semulajadi @ natural terbaru untuk merawat bibir dan memberi warna kepada bibir 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Beberapa kali membuat eksperimen untuk kegunaan diri sendiri terlebih dahulu. 

Dengan memilih jenis madu paling sesuai sebagai bahan asas produk bibir terbaru dari set RED LIPS. 

RED LIPS ialah rangkaian produk khas untuk PERAWATAN BIBIR

Ia diilhamkan untuk mereka yang mengalami masalah BIBIR.

Dari masalah bibir kering, bibir gelap,  bibir asyik mengelupas dan bibir hitam.  Insyallah produk dari rangkaian RED LIPS mampu membantu anda dalam penyelesaian masalah bibir.

Atas matlamat menyelesaikan masalah bibir yang dihadapi ramai golongan.

Maka untuk produk pertama RED LIPS,  LIPS TINT diperkenalkan kepada anda. 

Menggunakannya bahan asli sebagai campuran bagi mendapatkan warna dan khasiat terbaik untuk bibir,  produk ini diperbuat 100% dari bahan makanan asli dan semulajadi. 

Bahan pewarna hanya dipilih dari makanan organik terpilih. 

Dicampur dan diadun untuk satu jangka masa. 

Setelah eksperimen dibuat dalam beberapa tempoh waktu. 

Lips Tint  ini akhirnya terhasil. 

Berikut ialah antara kegunaan dan Kebaikan Lips Tint. 


KEBAIKAN DAN KEGUNAAN LIPS TINT 

1. Sebagai lips treatment untuk bibir anda.  Madu berkhasiat melembapkan dan ml lembut bibir. 

2. Mengembalikan warna Semulajadi bibir anda. 

3. Sesuai digunakan sebelum tidur dan dipakai ketika tidur untuk memulihkan dan merawat bibir anda. 

4. Dijadikan Lips Tint.  Anda tidak perlu lagi lips balm atau Lips gloss.  Lips Tint ini cukup memberi warna kepada bibir anda.  Anda hanya wajib rajin menyapu Lips Tint ini di bibir anda. 

5. Tiada kerisauan tentang bahan kimia lagi di bibir anda. 

6. Anda juga akan bersyukur kerana bibir anda kurang gelap dan kurang mengelupas.  Paling penting jauh lembab dan tidak kering. 

7. Produk ini boleh dibawa kemana sahaja,  paling penting apabila anda sampai di rumah,  sila pastikan anda simpan di dalam peti ais. 

8. Jika anda tertidur dan terlupa simpan di dalam peti ais Lips Tint anda,  esoknya anda boleh melihat keadaan Lips Tint ini.  Jika ada buih kecil sedikit,  dan pejabat anda berpenghawa dingin kuat dan sejuk anda boleh membawa Lips Tint anda ke pejabat.  Namun jika anda sering berada di kawasan panas,  maka tidak sesuai Lips Tint yang mempunyai sedikit buih kecil ini dibawa ke kawasan panas.  Cuaca panas akan membuatkan bahan dalam Lips Tint meruap dan membuatkan botol mudah pecah.

9. Pengalaman sendiri,  Lips Tint yang tidak diletakkan dalam peti ais selama 3 hari berturut,  selamat digunakan asalkan Lips Tint berada dalam  cuaca sejuk atau dingin.  Jauhkan dari cuaca dan suhu panas. 

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Lips Tint seterusnya. 

Ini ditegaskan disini beberapa faktor mengenai Lips Tint ini. 

1. Diperbuat dari bahan asas madu asli. Di tambah ekstrak tumbuhan untuk warna dan khasiat maka produk ini bukan produk tahan lama seperti produk bibir lain. 

2. Produk Semulajadi lebih kerap digunakan di bibir atau bersentuh dengan anggota tubuh akan lebih mudah rosak,  maka atas asbab ini bukan produk penapaian dan tanpa bahan kimia 100% baik kimia lembut atau keras ia wajib di simpan di dalam peti ais selepas digunakan. 

3.  Anda kekal boleh membawa produk ini ke mana-mana,  ke pejabat atau berjalan-jalan.  Anda hanya perlu pastikan,  pulang ke rumah anda menyimpan Lips Tint ini di dalam peti ais. 

4. Lips Tint ini diisi di dalam botol 10 ml sahaja. Namun isipadu kandungan Lips Tint lebih kurang separuh dari botol ini.  Dalam 5ml. Sila ambil perhatian,  ruang yang luas diperlukan untuk udara diambil oleh bahan Lips TInt ini.  Itu alasan kuat kenapa Lips Tint ini menggambarkan botol lebih besar dari isipadu sebenar. 

5. Belajar dari pengalaman dan pembacaan. Lips Tint ini akan berbuih jika cuaca terlalu panas atau sudah lama berada di luar.  Ia tidak akan berbuih jika usia produk baru seminggu dua.  Namun semakin lama semakin mudah berbuih.  Itu alasan mengapa kali pertama anda membeli produk ini anda wajib menyimpan ia di dalam peti ais.  

6. Sila beri masa 1 -  2 minggu untuk pemprosesan pembelian produk Lips Tint ini.

7.  Produk ini hanya tahan selama 2-3 bulan sahaja.  Selepas 3 bulan,  produk ini tidak boleh digunakan lagi. 

8. Menggunakan produk semulajadi memerlukan ketabahan dan semangat yang tinggi.  Anda harus banyak bersabar menunggu kesan baik dari penggunaan jangka panjang produk Semulajadi. 

9. Anda harus tahu bahawa produk Semulajadi sering berwarna berlainan dan tidak tetap.  Ini terpulang dengan keadaan campuran makanan yang digunakan. Ada waktu warna produk lebih gelap dan ada waktu lebuh terang. Produk Semulajadi ialah produk tanpa penstabil,  penyatu mahu pun pengawet.

Menggunakan botol kaca bermutu tinggi dan roll Ball dari stainless steel ia jauh selamat dari botol plastik. 


Untuk harga pengenalan Lips Tint ini diperkenalkan dengan harga RM9.90. 

Pembelian dan pertanyaan produk beserta konsultasi sila whatapps ke

016 276 2636 


Setiap pengguna produk di bawah label By QK akan diberi konsultasi dan di monitor secara peribadi. 


Terima kasih. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...