Rabu, 22 November 2017

PERLU SEMANGAT



Anda harus meninggalkan perkara lepas dan memandang apa yang ada di hadapan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Realitinya down,  putus asa,  kecewa,  rasa lemah,  tidak nampak masa depan dengan apa yang baru kita bermula adalah biasa. 

Ketika ini anda mula memikirkan apakah apa yang anda sedang buat ini tidak betul. 

Anda kena tukar strategi dan bidang. 

Follow kawan-kawan anda yang berjaya. 

Namun instinct dan hati anda berkata lain. 

Anda tahu apa anda buat,  dan anda rasa anda nampak masa depan mengenainya. 

Anda teruskan lagi usaha anda. 

Berbulan kemudian,  anda rasa kecewa melihat hasil kejap ada, kejap tiada. 

Anda melihat media social rakan anda. 

Oh!  Dia semakin berjaya dan aku masih tidak Nampak masa depan. 

Sekali lagi anda kecewa dan berasa ingin mengikuti bidang rakan anda itu. 

Namun anda kuatkan hati,  merenung kembali. 

Anda tidak sampai setahun fokus dengan apa yang anda lakukan. 

Selama ini 4 tahun anda main-main dan tidak tahu arah tuju. 

Tahun ini baru anda nampak,  namun anda sudah putus asa. 

Bagaimana anda pujuk diri sendiri. 

Berkawan dan folow mereka yang sama seperti anda. 

Lebih lama dari anda. 

Ada waktu anda kecewa dengan ketiadaan modal berbanding syarikat dan individu lain. 

Namun anda ada otak dan tenaga yang sukar di jatuh kan. 

Itu beza manusia yang cepat lemah dan putus asa dengan mereka yang terus berjuang. 

Realitinya lebih ramai yang cepat putus asa dan berhenti. 

Ada yang putus asa tukar kepada bidang lain dan berjaya. 

Ada yang tidak putus asa, namun masih tidak Nampak bayang masa hadapan. 

Ada yang tidak putus asa akhirnya berjaya. 

Nasib dan perjuangan seseorang ada waktu tersendiri yang telah di tetapkan. 

Sedangkan ada Nabi yang memerlukan beratus tahun untuk berdakwah,  namun umat yang mengikuti hanya beberapa orang. 

Begitu juga kita sebagai insan. 

Yang pasti setiap kejayaan itu akan datang sendiri tepat pada waktunya. 

Selagi kita hidup di dunia ini,  selagi itulah ada harapan untuk kita terus berjaya. 

Jika anda masih tidak nampak bayang dengan apa yang anda lakukan. 

Sila susun dan lihat betul-betul apakah betul cara anda selama ini. 

Jika anda mampu Berkolaborasi lebih baik. 

Jika anda ada niat,  namun tidak berjumpa dengan mereka yang sesuai,  tiba masa ia akan datang sendiri. 

Buat sahaja apa yang anda mampu perbuat sekarang. 

Jangan putus asa. 

4 tahun berblogging suka-suka. 

Hampir memasuki tahun kelima,  baru penulis sedar,  betapa satu Blog itu harus ada fokus dan impian serta sasaran. 

Mengikuti Puan Ainon Mohd selama 3 tahun membuka mata bahawa,  Blogging juga boleh menjadi medan Branding. 

Terpukul dengan setiap motivasi yang di post di setiap wall sahabat handai Puan Ainon dan lingkungan usahawan berjaya. 

Akhirnya tahun ke 4 memasuki tahun kelima baru Blog ini mula fokus dari Blogger separuh masa untuk suka-suka untuk menjadi Blogpreneur. 

Mungkin memerlukan masa hampir 4 tahun untuk sedar,  namun sekurang-kurangnya matlamat berblogging akhirnya nampak dan kesungguhan itu bermula akhirnya. 

Memasuki hampir 1 tahun,  Blog ini cuba memperjuangkan produk Semulajadi dan bahan Semulajadi maka ia akan diteruskan untuk tahun seterusnya. 

Ia kesedaran hanya datang setelah 4 tahun berblogging. 

Dan atas kesedaran itu juga minat kepada produk natural semakin meningkat. 

Jika anda sendiri tidak tahu apa yang anda tulis dan perjuangkan ketika ini. 

Akan tiba waktunya,  anda akan tahu apa yang ingin anda perjuangkan. 

Sama ada untuk terus suka-suka selamanya,  atau tukarkan ia sebagai medan dan senjata lain. 

Sebagai cabaran,  medan penulisan dan mencari ilmu adalah semangat kuat untuk terus berblogging dan menimba ilmu. 

Malah Blogging ini memaksa untuk mengetahui apa yang terjadi dalam dunia digital dan perkembangan dunia digital hari demi hari. 

Kategori Era Digital akan diperkenalkan dalam Blog ke 2 nanti. 

Blog ke 2 


Ini adalah Blog perkongsian maklumat yang lebih ke depan. 

Blog pertama ini kekal sebagai Blog Perkongsian pengalaman peribadi dan perjuangan dalam mengagahkan diri menggunakan bahan semula jadi. 

Saya hanya mampu berdoa agar follower dan pembaca yang sering membaca setiap artikel di Blog ini tidak bosan dan bersemangat bersama-sama saya dalam mempertahankan pendirian masing-masing asalkan pendirian itu bermanfaat untuk semua. 

Hormat kekal ada untuk mereka yang memilih cara lain.  Setiap manusia ada pandangan dan pendapat serta pengalaman tersendiri. 

Sedangkan dalam satu daerah berdekatan, ada tempat sedang hujan, ada tempat sedang panas terik. Maka siapa kita untuk berbahas. Mengatakan itu betul dan ini salah. 

Ketika anda ingin menegakkan pendapat anda. 

Bayangkan anda sedang memandu dalam hujan lebat dan petir,  kemudian tiba-tiba di depan anda awan bertukar panas terik. 

Anda melihat kereta di belakang anda masih mengharungi hujan lebat dan petir tadi. 

Begitulah hidup,  tidak sama setiap orang. 

Anda kata sekarang panas ,  rakan di belakang kereta anda kata sekarang hujan. 

Semakin anda dewasa semakin anda sedar. 

Semua teknik dan ilmu walau berlainan namun tetap betul dengan caranya. 

Semoga kita akan terus bersemangat dan berusaha tanpa mempedulikan kata negatif. 

Lemah dan down itu biasa. 

Namun cepat bangun dan buat sesuatu. 

Makan makanan sihat.  Otak dan mood memerlukan makanan sihat. 

Exercise dan berjalan kaki di halaman rumah. 

Anda akan bersemangat kembali. 

Jika anda masih lemah. 

Buat sesuatu agar anda sedar. 

Mula Google ' motivasi'. 

Baca dan insaf serta bangun kembali. 


Terima kasih. 







Selasa, 21 November 2017

APABILA MOOD @ RASA DOWN DATANG


sedangkan cuaca dan bentuk muka bumi boleh berubah, apa lagi rasa hati

 Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Menulis adalah sama dengan apa sahaja.

Seperti mana pelukis yang rasa down dan lemah apabila lukisan tidak menjadi, mereka yang kecewa asyik ke gym dan bersenam tetap tidak Nampak kurus dan menawan, mereka yang menjaga diet namun tetap sakit, perasaan itu juga di alami apabila menulis,  ada waktu perasaan down dan kecewa itu menjengah diri.

Pernah anda tidak Nampak hasil dengan apa yang sedang anda lakukan atau jalankan?

Idea dan eksperimen yang tidak menjadi?.

Perancangan yang sentiasa kelaut.

Lain yang dirancang , lain yang jadi.

Belum masuk lagi perkara yang anda nampak semakin berhasil namun mula menurun dan menunjukkan tiada perkembangan.

Anda mula rasa lemah dan hilang focus.

Dalam menulis atau apa sahaja bidang.

Baik melukis atau berniaga sekalipun , idea terbaru wajib ada.

Perkembangan terkini harus diikuti.

Ilmu dan pengalaman wajib ditambah.

Bagaimana anda ingin menulis jika anda tiada ilmu dan perkara serta pengalaman baru ingin dikongsikan?.

Ketika ini rasa kecewa mula timbul.

Di tambah lagi jika alat kerja anda mengalami kerosakan atau kesukaran.

Laptop yang semakin lembab, handphone yang mula buat perangai, internet yang semakin slow namun kuota tetap laju habis.

Ini menambahkan rasa kecewa dan anda mula rasa sedikit tewas untuk meneruskan.

Anda mula memarahi diri dan merasakan apa yang anda buat membuang masa dan waktu.

Anda mula melihat media social insan lain.

Mula membandingkan dengan diri sendiri.

Maka anda lebih kecewa lagi.

Membandingkan apa yang sedang anda lakukan dengan individu lain adalah satu perkara paling tidak logik dilakukan kecuali mereka melakukan perkara yang sama dengan anda pada waktu lebih kurang sama.

Ketika anda kecewa, pastikan anda segera mencari tempat untuk menambah semangat anda.

Membaca motivasi di facebook mentor dan sifu popular amat penting.

Sila lihat track anda dan jangan lihat track insan lain.

Jika apa yang anda lakukan bertahun lansung tidak memberi apa-apa efek yang bagus.

Mungkin anda patut ubah cara anda dan belajar dengan sifu sebenar.

Sayangnya ramai antara kita hanya belajar namun tidak mengikut apa yang diajar.

Blog ini contohnya, walaupun setiap hari membaca mengenai SEO , namun sehingga hari ini masih belum menggunakan teknik-teknik yang diajar.

Tahun 2017 , blog ini hanya focus kepada konten semata-mata. Tulis dan tulis.

Ia, realitinya penulis blog ini juga ada masa otak tepu dan tidak mampu focus semua perkara.

Perlu cari ilmu dan idea ingin dikongsikan, perlu bereksperimen produk, perlu fikir apa yang ingin ditaip dan kini perlu tahu teknik SEO yang penting.

Cuma untuk memujuk hati, Alhamdulillah blog dan carta di dashboard menunjukkan peningkatan hari demi hari,  dari seluruh dunia pembaca yang singgah dan membaca di blog ini.

Sayang seribu kali sayang,  sehingga hari ini penulis blog ini tidak tahu membaca google analytic,  dan tidak tahu apa pun bounch rate dan pelbagai perkara lain mengenai keistimewaan blog ini, sekaligus tidak tahu apa yang patut difokus untuk ditulis.

Namun atas asbab dan tujuan baru mulai tahun 2017 maka focus diberikan untuk branding dan produk yang akan dilancarkan peringkat demi peringkat.

Blog ini adalah sekadar pengenalan untuk memberi awareness beberapa perkara yang amat jarang ditekankan dalam media social dan diperjuangkan ramai blogger kecuali blogger yang betul-betul kearah kesihatan semulajadi dari real food.

Begitulah manusia, setiap dari kita pasti ada kelebihan dan kelemahan.

Mana mungkin selama setahun anda lansung tiada rasa down atau kecewa.

Apa yang membezakan sama ada anda cepat bangun atau lambat sahaja.

Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kecuali diri anda sendiri.

Ketika memaksa diri menulis, antara yang sering ditegaskan dikepala bahawa, dari anda tidak membuat apa-apa yang membolehkan 100 tahun akan datang anda tidak perlu mengulang benda yang sama tiap hari, maka tulislah sekarang.

Anda telah lewat banyak dan jangan lewat lagi.

Hari ini anda boleh berjumpa 5 orang satu hari.

Tahun depan dengan waktu yang akan terus berlalu pantas mungkin 2 orang sehari pun agak sukar. Kecuali anda sewa dewan atau kumpulkan ramai orang untuk sekali bercakap.

Kumpulkan satu keluarga untuk majlis malam pun  pada masa kini semakin sukar apatah lagi orang luar.

Apa yang tidak pasti, mohon jangan di harap.

Maka anda wajib tulis sekarang.

Itu cara penulis memujuk dan memaksa diri menulis.

Anda bagaimana?.

Ketika kecewa dan tidak tahu membuat apa juga adalah ketika pelbagai artikel akan dipaksa tulis.

Ini kerana kecewa hanya akan membuat kita lebih lemah.

Apabila kecewa dan anda memaksa diri melawan, anda dalam waktu yang sama memotivasikan diri anda ketika menulis.

Tiada manusia yang sudi memotivasikan diri kita jika bukan diri sendiri.

Jika anda ingin individu lain memotivasikan anda , anda harus membayarnya dengan nilai yang tinggi, namun ia kekal berbalik pada diri sendiri.

Sahabat, rakan dan keluarga hanya mampu menasihati, mereka tiada masa 24 jam untuk pujuk dan memotivasikan anda.

Maka ketika anda kecewa lakukan sesuatu yang bukan sahaja memberi manfaat kepada anda malah kepada individu lain.

Mungkin kekecewaan kita hari ini adalah harga untuk kejayaan kita pada waktu akan datang.

Artikel yang anda taip ketika kecewa, adalah motivasi untuk mereka yang juga kecewa dan bangkit bangun.

Ada beza meratap dalam hati dan menulis sesuatu yang akan memberi anda semangat diri.

Sekurang-kurangnya satu atau beberapa artikel siap ditaip.

Dalam satu hari sebelum tidur,  tanya diri sendiri,

Apa yang telah anda lakukan hari ini?.

Kemudian esok anda tukar pertanyaan sebelum tidur,

Apa yang belum anda lakukan hari ini?.

Jika anda rasa lebih tertekan dan kecewa.

Percayalah anda tidak melakukan apa-apa.

Namun jika ada perubahan baik yang anda lakukan.

Anda pasti akan tidur lena.

Tulislah sebelum tidur.

Sekurang-kurangnya anda akan tidur lebih tenang.

Jika anda malas menulis untuk insan lain.

Tulis untuk diri sendiri.


Terima Kasih.






BERKENALAN DENGAN MINYAK PATI SEBENAR YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL



Minyak pati sebenar YOUNG  LIVING Essential Oils 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah menulis dan berkongsi mengenai pengalaman menggunakan minyak pati 100% jenama YOUNG LIVING atau YL.

Anda yang mengikuti blog ini mengenai suka duka perjalanan TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) tentu tahu bagaimana sengsaranya perjalanan pengalaman itu.

Pelbagai perkongsian pengalaman dan info telah dikongsikan di blog ini di bawah label atau kategori TSW / EKZEMA.

Mengenali PATI MINYAK YL pertama kali hanya untuk tambahan minyak yang berbau wangi ke dalam minyak kelapa dara yang agak berbau kurang enak antara alasan pertama mengapa minyak YL LAVENDER di pilih dan digunakan.

Tiada sangka apabila pertama kali digunakan ia bukan sahaja meredakan mood dan stress malah memberi kelegaan kepada tubuh dan lebih mempercepatkan lagi pemulihan dan parut kesan eczema.

Tiada sangka asal hanya mahu mengurangkan bau ‘kurang selesa’ minyak yang melekat di baju dan tubuh akhirnya memberi lebih makna dan kesukaan kepada minyak pati YL ini.

Anda sendiri akan tahu apabila anda menggunakannya. Malah sahabat yang turut disyorkan membeli pati minyak lavender turut bersetuju.

Bulan ketiga beliau terus membeli pati minyak lemon, dan saya hampir 6 bulan seterusnya pati minyak lemon pula dipilih untuk ditambah kedalam minyak kelapa dara yang kerap disapu ke kulit ketika menghadapi eczema beberapa tahun dahulu.

Anda boleh berjumpa dengan pelbagai minyak pati didunia ini.
Boleh berjumpa dengan puluhan minyak pati yang dijual online dan difarmasi.

Malah perkataan pure essential oil, 100% essential oil amat biasa digunakan.

Sayangnya, tidak semua minyak pati adalah sama.

Beberapa kali telah ditegaskan disetiap artikel tentang bahan-bahan kandungan dalam setiap produk.

Jika anda minum susu sekalipun anda harus lihat dari bahan-bahan apa ia digunakan.
Bahan pepejal susu kah? Atau susu asli 100%.

Agak sukar menyedarkan para pengguna tentang bahan-bahan.
Bahawa setiap makhluk didunia ini mempunyai frekuensi tertentu termasuk tumbuh-tumbuhan.


Bagaimana Ilmu falak, tarikh dan keadaan pembesaran bulan juga memberi makna kepada setiap makhluk didunia ini.


Pada malam dan bulan mengambang dan hari-hari tertentu ada bunga-bunga berkembang pada tahap paling maksima untuk mengambil ekstrak dan dipetik untuk dihasilkan pati paling terbaik.

Setiap tumbuhan ada sifat-sifat tersendiri yang hanya pencinta dan penyelidik tumbuhan-tumbuhan yang mempunyai jiwa cinta pada alam semulajadi sahaja yang tahu.

Dalam menghasilkan getaran dan cinta serta ekstrak terbaik. Kasih sayang kepada setiap tumbuhan ini dicurahkan dan dipetik pada hari dan waktu terbaik, hanya pakar yang belajar dan bereksperimen mengenainya sahaja yang tahu.

Bayangkan jika anda menyintai dan mempunyai passion pada sesuatu perkara. Pasti anda akan asyik belajar dan memberikan sepenuh perhatian dan jiwa raga kepada perkara tersebut.

Itulah yang berlaku kepada pengasas minyak Pati YL. Kecintaan beliau menjadikan hanya yang terbaik sahaja dipilih untuk menghasilkan minyak pati YL ini.

Mungkin bagi sesetengah individu perkara ini tidak penting.

Realitinya setiap perkara diatas dunia ini ada gelombang dan frekuensi tersendiri.

Mengapa anda harus memilih buah yang dipetik semalam gred C jika anda boleh mendapatkan buah gred A yang boleh dipetik dihadapan mata dan anda tahu ia dari gred terbaik.

Sedangkan halia juga mempunyai jenis dan gred tertentu. Anda pasti ingin makan halia terbaik untuk hasil terbaik, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan lain.

Realitinya pencinta alam semulajadi, akan faham bahawa alam semulajadi sendiri boleh bercakap dengan pencintanya dalam bahasa tiada manusia didunia ini faham.

Pernahkah anda bau harum bunga mawar segar tanpa racun? Dan dipetik dihadapan mata?

Minyak pati Young Living adalah hasil petik dihadapan mata yang segar tanpa racun . Atas tanah yang turut membantu hidup petani.

Malah pengasas YL sendiri memilih untuk bekerja diladang dan memberi kuasa kepada isteri beliau dalam menguruskan perniagaan YL.

Itu jelas menunjukkan kecintaan beliau kepada tumbuh-tumbuhan sendiri.

Pengasas YL sendiri bercucuk tanam dan berladang tanpa mengharapkan insan lain memerhati dan menjaga kualiti.

Pernah anda memasak sendiri hasil tanaman kebun anda yang anda tahu tidak menggunakan air sabun sebagai baja atau baja kimia sembarangan?. Hanya air beras atau air biasa sahaja.

Tentu anda rasa amat selamat berbanding melihat jiran sebelah membubuh ajinomoto sebagai baja disetiap tanaman sendiri.

Siapa kata tanam sendiri lebih selamat tanpa ilmu?.

Pengasas YL ialah insan terkenal dengan ilmu alam sekitar dan perkara semulajadi.

Tanpa ilmu dan kesedaran yang tinggi, anda tentu tidak akan puas hati.

Setiap perkara bermula dari asas.

Pokok bermula dari benih.

Setiap benih tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam proses minyak pati Young Living dipilih dari asas dan ditanam serta dijaga piawaian oleh pengasas YL sendiri.


Tentu kerisauan ini terubat jika anda tahu mereka yang anda boleh percaya dan begitu teliti menyediakan bahan untuk anda gunakan nanti.


Bayangkan jika orang tersayang anda, jenis tidak peka kepada maklumat.

8 juta kali anda ingatkan bahawa MSG tidak bagus, gula tidak bagus namun mereka masih gunakan walaupun gula perang yang anda sedar dan tahu di pasaran kebanyakannya hanya dicampur dengan gula putih dan diwarnakan sahaja.

Apakah perasaan anda ketika makan masakan itu?

Ada bezakah perasaan anda ketika menikmati masakan sendiri yang anda tahu anda amat peka dengan apa yang anda isi. Malah gula semulajadi pun anda tidak tambah apa lagi bahan perasa seperti MSG?.

Begitulah apabila anda menggunakan sesuatu yang anda sendiri tidak tahu dimana ilmu dan kearifan mereka serta kecintaan mereka kepada alam dan bahan semulajadi.

Agak panjang untuk menerangkan produk MINYAK PATI @ Essential Oil Young Living, namun sebagai pengguna dan mula mencintai minyak dan bau yang memberikan semangat dan rasa indah ini maka pelbagai artikel mengenai minyak pati ini akan dikongsikan di blog ke 3


Realitinya minyak pati telah lama digunakan berkurun lampau sebagai remedy dalam perubatan dan ketenangan jiwa juga emosi.

Anda pasti terkejut melihat kuasa keajaiban yang tuhan ciptakan dari minyak pati ini untuk kesihatan tubuh , kulit , jiwa dan emosi anda.

Nantikan segala perkongsian mengenai minyak pati ini di blog ke 3



Dipersilakan simpan dan bookmark alamat blog ini .


Untuk tahun hadapan info minyak pati, smoothie dan pelbagai kategori menarik dan bermanfaat akan mula dikemaskini untuk info dan manfaat bersama.


Terima kasih.




Isnin, 20 November 2017

Makan Untuk Otak


Apabila kita makan,  ia bukan sahaja untuk kesihatan tubuh namun juga kesihatan otak.  Untuk Info ada sebahagian pendapat mengatakan nasi tidak bagus untuk otak. Namun semenjak pembacaan dan kajian penulis,  gandum moden mempunyai Gluten dan diubah suai genetik nya turut mengakibatkan pelbagaikan penyakit auto imun lain dan masalah mental. Nasi ialah makanan tanpa Gluten. 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Realitinya semakin kita berusia. 

Semakin otak mudah penat. 

Bukan sahaja tubuh,  ini termasuk otak. 

Malah apa yang  dinikmati tubuh tetap memberi kesan kepada usus dan otak. 

Otak yang digunakan untuk pelbagai perkara itu jua mengawal emosi. 

Maka tidak hairanlah,  makanan dalam tumbesaran bayi atau fetus dalam rahim juga mempengaruhi otak janin. 

Betapa pentingnya anda menjaga diet dan emosi serta tahap Stress anda. 

Maka sebagai suami,  amatlah penting anda menjaga emosi isteri kerana ia akan memberi kesan kepada janin dan pembesarannya. 

Sebagai bakal ibu,  jagalah diet dan emosi anda serta persekitaran anda. 

Realitinya wanita amat penting menjaga diet dan emosi kerana ia bukan sahaja membabitkan emosi anda sebagai ibu juga ia akan memberi kesan kepada bayi yang anda kandung. 

Ramai tidak faham bahawa terlalu banyak kesan pada bayi yang anda tidak akan nampak sehingga mereka dewasa. 

Apa yang kita gunakan pasti akan memberi kesan kepada anak-anak,  cepat atau lambat. 

Kajian kini makin menunjukkan bahawa penyakit kita ketika dewasa ada kena mengena dengan sewaktu kita masih dalam janin ibu bapa kita lagi.

Sebut mengenai makanan,  ia bukan sahaja mengenai diet dan pemakan ibu mengandung.  Ia merangkumi diet kita sebagai manusia baik kita adalah lelaki mahu pun wanita. 

Diet untuk otak dan emosi. 

Pernah tiba-tiba anda rasa kurang semangat dan kecewa? 

Sila lihat menu anda pada hari tersebut atau beberapa hari ini? 

Cukup kah Khasiat? 

Kajian terbaru menunjukkan apa kita makan membabitkan otak dan emosi kita. 

Malah jika anda menikmati atau bau busuk yang tidak mententeramkan hati,  anda sendiri akan Stress dan kehilangan idea. 

Seiring usia otak mudah penat.  Anda mudah lupa.  Idea yang baru singgah jika tidak dicatat akan terbang begitu sahaja. 

Lebih-lebih lagi jika anda tidak menjaga pemakanan. 

Lagi cepat anda lupa dan kering idea. 

Ingin menulis juga anda lupa dan kekurangan idea. 

Bau yang menenangkan. 

Bunyi yang mententeramkan hati akan memberi kedamaian dan lautan idea untuk pelbagai perkara. 

Jika anda kecewa jauhkan menikmati makanan proses yang lagi merosakkan mood dan semangat anda. 

Cari makanan yang menambah semangat dan emosi dan membantu menguatkan otak anda. 

Antara makanan yang bagus untuk otak -  imej diambil dari Google 
Antara makanan yang bagus untuk otak ialah telur.  Cari telur kampung organik seboleh-bolehnya.  Jauhkan telur tinggi hormon.  Makanan tinggi hormon akan menyebabkan emosi anda bercelaru dan anda kehilangan fokus.  Sekali sekala boleh jika anda terpaksa makan masakan luar yang menggunakan telur komersial.  Namun jika anda ada task atau projek yang memerlukan anda menggunakan otak dan idea yang banyak,  lebih baik anda mula menjaga diet. 

Kekacang kering dan buah berunsur beri juga bagus untuk otak.  Pilih Kekacang mentah dan bakar sendiri. Bimbang kekacang yang telah siap dibakar dicampur bahan lain untuk nampak enak dan lebih sedap dimakan. 

Avocado adalah lemak baik dan sihat yang amat bagus untuk otak. Ia juga bagus untuk hormon dan diet wanita.  Sila amalkan Avocado yang semakin murah dan mudah didapati ini. Jika anda sukar memberikan konsentrasi,  Avocado amat bagus menyelesaikan isu ini. 

Tomato bukan sahaja bagus untuk kulit malah amat bagus untuk otak. Selain tinggi anti oksidan ia juga membantu meningkat fungsi otak. 


Teh hijau juga antara yang membantu meningkatkan memori dan konsentrasi otak selain bagus untuk kulit dan kesihatan.  Teh hijau adalah minuman tradisi masyarakat
 Jepun dan terkenal dengan antioksidan.  Sila amal teh ini walaupun ia ada isu mengenai kafein.  Kafein dalam jumlah yang berpatutan akan membantu anda dalam banyak perkara jika anda melihat ia dari sudut kebaikan kafein pada tubuh dan otak. 

Telah beberapa kali saya sering membicarakan khasiat pisang.  Buah murah yang mengenyangkan.  Membantu untuk diet dan tinggi fiber sekaligus amat bagus untuk mood anda sekaligus makanan yang bagus untuk otak. 

Pelbagaikan lagi makanan yang bagus untuk otak. 

Alang-alang anda makan,  biar ia makanan untuk sihat dan otak. 

Makanan Yang membantu mood anda gembira dan bahagia. 

Tentu anda inginkan otak yang sentiasa mudah menerima segala pembacaan dan cepat pickup. 

Selepas ini apabila anda ingin makan,  fikirkan apakah makanan ini bagus untuk otak anda. 

Apa program anda untuk hari ini?  Banyakkah idea yang perlu dikeluarkan atau bahan bacaan yang banyak untuk di khatam atau hadam? 

Jika jawapannya iya,  maka sila jaga diet anda. 

Begitu juga untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.  Hidangkan menu berkhasiat untuk sarapan dan diet seharian mereka. 

Amalkan makanan yang baik-baik.  

Sebagai ibu bapa tentu anda akan berjuang untuk Yang terbaik untuk peperiksaan penting anak anda. 

Dengan menjaga pemakanan anak-anak dan keluarga anda.  Diet anda sekali akan terjaga. Sekaligus emosi anda juga akan lebih tenang dan bahagia. 

Mungkin ada perkara yang sukar untuk berubah dari segi lain,  namun ada perkara positif yang anda sendiri akan nampak dan rasai.

Anda akan berterima kasih untuk perubahan itu. 

Cuba dahulu. 

Pasti anda akan mengakuinya nanti. 

Terima kasih.






Ahad, 19 November 2017

Apabila Mood Malas Datang


Menu pemalas 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sebut tentang diet sihat.  Maka rajinlah anda membuat motivasi untuk diet sihat esok hari.

Selepas seminggu dua,  anda kembali mula ke asal.

Kembali ke diet asal yang tunggang langgang. 

Kononnya anda beli air fryer untuk kurangkan minyak dan menikmati makanan sihat.  Namun lain jadinya,  anda tetap teringin pisang goreng panas.  Maka anda beli sahaja dan malas menggoreng bimbang jika anda masak sedap pasti bersikat sikat pisang digoreng dan dimakan

Maka lebih 10 keping pisang goreng anda telan. 

Esoknya alang-alang sudah tercheat diet anda hanya mengukus pau Frozen untuk sarapan pagi.  Lusa anda berjanji akan makan sarapan pagi sihat.  Tidak boleh lebih 3 hari nanti jadi tabiat.. 

Begitulah hidup,  kita wajib pujuk diri dan monitor diri sendiri. 

Tahun baru kononnya ingin makan ikan panggang dan rebus sahaja.  Namun nampaknya ikan goreng yang paling banyak dalam menu. 

Paling mudah dan senang juga enak.  

Konon ingin makan sandwich telur rebus lebih kerap namun sandwic telur goreng paling banyak yang dimasuki perut.  Ia lebih mudah dan cepat disediakan.  Oklah dari membeli di luar,  pujuk hati sendiri lagi. 

Realitinya begitulah. 

Motivator diet sekalipun ada waktu terbabas. 

Apa lagi kita sebagai orang biasa. 

Duduk dan makan pula ramai-ramai.  Fuhhh sukar diceritakan. 

Ada waktu rasanya duduk seorang diri lagi baik.  Boleh kawal makan dan fokus impian sendiri. 

Realitinya dunia tidak begitu.  Kehidupan sosial kadang kala harus diikutkan rentak. Sesekali mampu membawa bekal ketika keluar dan mereka nikmati makanan di luar.  Lama-lama anda akan turut serta sekali sekala. 

Memasuki tahun 2018,  azam harus lagi kuat. 

Mental wajib dijaga dan lebih kukuh dengan prinsip dan azam sendiri. 

Mungkin azam tahun lepas tidak tercapai penuh.  Sekurang-kurangnya banyak progress lebih baik berlaku. Alhamdulillah. 

Maka marilah kita pujuk diri,  sama-sama kuat untuk hari dan tahun seterusnya. 

Umur semakin meningkat dan dunia makin tenat. 

Jauhkan kita dari ikut tenat sekali. 

Terima kasih. 



Awareness


Eksperimen ke 2 untuk produk seterusnya 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Apabila anda menulis dan cuba mempromosikan kesihatan terutama untuk bahan kegunaan harian. 

Ia antara perkara sukar diterima. 

Lebih-lebih lagi jika anda dari kumpulan pertama yang memperjuangkan perkara ini. 

Awareness adalah perkara paling sukar dan memakan masa yang lama. 

Iklan dan promosi untuk awareness lebih banyak berakhir dengan 'burn'  atau hangus. 

Itulah bayaran apabila anda tidak mengikut keperluan market dan dunia yang mengejar keputusan @ ' results'  cepat. 

Manusia zaman Milenia ini,  ingin kurus cepat,  putih cepat,  tanned cepat,  besar cepat dan semuanya cepat. 

Lebih hebat lagi segala iklan berbentuk ia dari bahan Semulajadi dan selamat semakin memenuhi ruang media sosial dan pengiklanan.

Paling sedih,  ada pelbagai produk yang menggunakannya iklan produk organik walaupun bahan-bahan yang digunakan amat mengecewakan. 

Ini termasuk produk organik keluaran farmasi popular. 

Agak sedih jika anda terpedaya tanpa membaca dan merujuk dengan jelas apa bahan-bahan yang digunakan.

Ketahuilah kebanyakan produk dipasaran hanya mengaburi mata pembeli dengan perkataan produk organik namun kebiasaannya hanya satu bahan organik di gunakan 90% bahan-bahan lain ialah bahan kimia yang kadang kala amat keras dan antara bahan karsinogen. 

Anda boleh mendapatkan arang yang berharga RM2, tumbuk sendiri. Namun anda tidak pernah tahu bagaimana arang itu dihasilkan. 

Anda boleh mendapat kapur makan dan percaya ia kapur dari bahan tradisional namun apabila anda membaca bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kapur makan itu rupanya amat mengecewakan. 

Pelbagai tipu daya dalam bidang makanan dan produk kegunaan diri semakin sukar dipercayai berlaku dalam zaman serba pantas ini. 

Malah gula perang juga kini semakin banyak asalnya dari gula Putih namun hanya diperangkan demi mengaburi mata pembeli. 

Banyak perkara di dunia ini harus dengan ilmu dan dicari. 

Wajib rajin membaca dan tidak boleh memberi alasan. 

Santan di pasaran juga dikatakan ditambah bahan lain Untuk tahan lebih lama. 

Sungguh mengecewakan. 

Namun hidup tidak mengajar manusia terus kecewa tanpa mengambil tindakan. 

Ada perkara yang tidak boleh dielakkan,  kita harus terima. 

Namun kata cendekiawan selagi anda boleh elak.  Maka cuba elakkan dan lakukan yang terbaik. 

Dalam mempertahankan apa yang anda perjuangkan.  Passion amatlah penting. 

Anda perlu bersiap sedia dengan saluran lain untuk meneruskan hidup dalam memperjuangkan apa yang anda perjuangkan. 

Teruskan membaca dan menimba ilmu. 

Anda akan jumpa banyak perkara yang anda tak pernah terbayangkan sehingga untuk bercerita dan menerangkan anda tidak mampu. 

Hanya cukup untuk anda seorang yang faham. 

Untuk seterusnya,  akan ada beberapa produk terbaru akan diperkenalkan. 

Eksperimen terus dijalankan. 

Eksperimen pertama kurang menjadi. 

Beberapa produk baru juga akan diperkenal dalam minggu ini,  insyallah. 

Harapnya ia mendapat sambutan hebat dan memberi anda kepuasan dalam menggunakan ia dengan selamat dan insyallah berkesan. 

DOA dan fikir hanya yang baik-baik dan terbaik. 

Terima kasih. 




Rabu, 15 November 2017

BAGAIMANA MAHU FOKUS MENULIS?


Bermula Januari 2017 Blog ini meletakkan sasaran setiap hari 1 artikel -  gambar menunjukkan melalui carian Google artikel ini berada di tangga pertama. Gambar seterusnya bukti artikel pada tahun 2016 hanya 111 artikel berbanding tahun 2017 sehingga November yang menghampiri 260 artikel dan insyallah akan terus naik 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bagaimana anda ingin pastikan anda kekal dan fokus menulis? 


1. TARGET itu Penting 

Blog ini mula meletakkan Target untuk tahun 2017,  satu artikel setiap hari.  Bersamaan 365 artikel setahun.  Sehingga hari ini artikel untuk tahun 2017 (November)  telah mencapai 260 artikel berbanding tahun 2016 hanya 111 artikel. Lebih 2 kali ganda artikel berbanding tahun lepas. 

2. SIFU @ MENTOR 

Dalam ingin mencapai sesuatu. SIFU dan mentor amatlah penting.

Setia menekuni Facebook Puan Ainon Mohd semenjak 2013, kalangan sahabat Puan Ainon Mohd adalah yang kerap diikuti.

Salah seorang yang membina kredibiliti dalam penulisan Blog dan pakar strategi SEO ialah Dr Wan Yusof Wan Jeffery.

Semenjak mengikuti beliau dalam hujung tahun 2016, Blog ini mula meletakkan sasaran.

Tidak mengamalkan Teknik SEO yang di ajarkan oleh sifu Wan Yusof Wan Jeffery namun cerita beliau mengenai kehebatan Blog oleh kebanyakan mereka yang berpengaruh menyebarkan semangat dan sasaran menulis artikel dan Blog setiap hari semakin bersemangat sehingga meletakkan sasaran.

Personal Branding yang diajar oleh Puan Ainon Mohd juga antara yang diaplikasikan di Blog ini.

Mengikuti Azleen Abd Rahim di Linkedin juga menyebabkan semangat berblogging dan mengetahui kuasa Branding menyebabkan setiap artikel yang bakal di tulis ada kena mengena dengan Branding hari ini dan akan datang.

Anda wajib mencari sifu dan mentor untuk diikuti dan memberi semangat serta tunjuk ajar untuk anda walaupun secara Online dan percuma di Facebook dan Blog.


3. MATLAMAT & TUJUAN

Apabila anda tahu kenapa anda menulis.  Tujuan dan sasaran.  Anda akan tahu apa yang perlu ditulis dan apa yang tidak perlu.

Idea akan mudah datang untuk fokus bidang dan sasaran anda.


4. SEO Kekal Penting 

Apabila anda melihat Dashboard anda.

Jumlah bilangan pembaca bagi setiap artikel akan menambahkan semangat anda.

Malah jika artikel anda berada di Pages pertama Google untuk carian itu pasti akan memberi motivasi berganda untuk anda.

Dalam menulis apa yang paling penting ialah konten dan info bermanfaat untuk pembaca.

Namun tajuk yang menarik dan artikel yang 'kena'  dengan SEO lebih memudahkan untuk carian dan artikel anda disebarkan.

Untuk bermula menulis semangat biasanya datang dari perkongsian dan kedudukan artikel maka pastikan  anda tulis artikel yang menarik pembaca.

Artikel yang menarik pembaca kebanyakan lahir dari pengalaman dan pembacaan.  Cari minat anda dan tulis mengenai minat dan pengalaman anda.

Artikel pengalaman dan yang kita minati amatlah mudah ditulis. Ia seperti anda bercerita perkara yang menjadi minat anda. Terlalu banyak sehingga tidak cukup hari.

Begitu juga dengan Blog,  cari kategori artikel yang anda boleh bercakap dan cerita tanpa henti dan tulis dengan gembira serta bersemangat.


5. Bermula dengan satu

Perkara paling mudah ialah bermula sedikit.  Satu artikel untuk seminggu kemudian 2 artikel untuk seminggu sehingga satu artikel untuk sehari.

Anda wajib tahu dari mula, Blog memakan masa yang lama.

Ikuti guru Blogger sebenar yang bermula dari bawah dan memakan tahun.

Personal Branding bukan semudah disangka.

Realitinya mereka yang berjaya dalam Blog mengambil masa sekitar 6 tahun untuk mula dikenali.

Pastikan anda dikenali hanya dengan benda baik dan memberi manfaat kepada masyarakat dan dunia.


6. SASARAN

Apa sasaran anda dalam Blogging?

Sasaran Blog ini adalah makanan.

Semua mengenai makanan.

Sebut makanan ia mengenai diet dan kesihatan juga bahan kegunaan diri.

Penulis percaya makanan adalah satu-satunya benda yang boleh diletakkan di tubuh seperti ditulis dalam buku terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Minat dan cinta penulis tinggi untuk makanan dan fesyen.

Untuk masa ini makanan adalah sasaran utama penulis selain digunakan untuk produk keluaran dibawah label QK.

Blog ini ada sasaran tersendiri.

Maka itu yang mula disasarkan semenjak awal tahun 2017.

Tetapkan sasaran anda dan pastikan anda tahu tiada waktu singkat untuk berjaya terutama melalui Blog.

Namun yang penting anda tahu bahawa penulisan amat 'Berkuasa'  pada masa ini,  lebih-lebih lagi masa akan datang.

Lihat sahaja pelbagai medan penulisan yang semakin muncul di era digital ini.

Kepandaian menulis terutama untuk ilmu dan artikel mudah faham dan hadam adalah antara kepandaian penulisan sosial yang mahal.

Untuk mencapai tahap ini tambah ilmu,  hadiri bengkel penulisan.

Belajar dari sekarang pelbagai ilmu.

Kemudian,

Belajar menulis dan selalulah menulis.

Terima kasih.




Info Ini Pasti Menceriakan Hari Anda


Avocado buah yang dikatakan kurang penggunaan racun serangga 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ada banyak Info ringkas,  yang mudah namun amat berguna dalam kehidupan seharian kita.

Ini 8 Info ringkas yang boleh membantu menceriakan hari anda.

1. Secawan kopi di pagi hari bukan sahaja mampu membuat anda bersemangat dan bertenaga.  Malah kopi amat bagus untuk anda yang ingin memulakan 'work out'.  Pastikan ia kopi asli 100% tanpa trans fat.  Tambah minyak kelapa dara jika anda inginkan lemak sihat menggantikan gula.

2. Buah Avocado adalah antara buah paling sihat.  Ia tinggi lemak baik yang bagus untuk kesihatan tubuh,  kulit dan otak.  Avocado dikatakan antara buah paling kurang penggunaan bahan kimia.  Kulitnya juga tebal. Maka anda tidak perlu risau jika anda beli Avocado bukan organik.

3. Zoo adalah tempat yang sering dilawati keluarga jika membawa kanak-kanak.  Untuk mendapatkan reaksi 'baik'  dari binatang-binatang di zoo anda digalakkan memakai pakaian berwarna tanah dan semulajadi.  Contohnya blaus berwarna hijau seperti daun dan seluar berwarna tanah atau biru gelap. Tentu anda ingin bergembira bersama binatang-binatang ketika melawat zoo.

4. Tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan dan otak.  Namun tidur lebih dari 9 jam akan menyebabkan kesan negatif pada kesihatan.

5. Minum teh hijau untuk meningkatkan metabolisme dan semangat anda jika anda bosan dengan kopi.  Teh hijau bagus untuk otak.  Jangan lupa tambah madu atau gula asli untuk mengoptimumkan khasiat yang terdapat dalam teh hijau sehingga 10x ganda.

6. Jika anda setia kepada produk sihat yang terkenal dengan bahan-bahan yang selamat. Jangan terlalu leka.  Produk dari trusted brand sekalipun  akan berubah bahan-bahan.  Pastikan sentiasa membaca bahan-bahan kandungan walaupun anda mungkin membeli produk itu hampir setiap hari.

7. Jika anda menikmati makanan berkeju.  Nikmati ia dengan teh bukan kopi.  Dikatakan kopi tidak sesuai dinikmati dengan keju dan mengurangkan penyerapan khasiat. Pilih teh berbanding kopi. Sebolehnya teh tanpa kafein.

8. Selain epal dan pisang.  Jika anda bosan dan inginkan snek sihat.  Anda boleh belajar mengunyah saderi.  Saderi hanya mempunyai 6% kalori dan 95% air. Saderi juga kaya vitamin K sebanyak 30%. Saderi ialah makanan anti alergi,  antiseptik  dan bagus untuk pembuangan toksid.  Anda tidak perlu risau jika termakan saderi banyak ketika Stress.

Dalam kehidupan seharian,  cari satu perkara kecil yang boleh menceriakan hari anda.

Gembirakan hati anda dan pasti akan terlihat sentiasa berseri.

Terima kasih.






BLACK SCRUB, 4 IN 1 SCRUB



BLACK SCRUB, 4 IN 1 SCRUB.  Untuk mandi, merawat,  membuang toksin dan berubat

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Setelah melakukan pelbagai eksperimen.  Akhirnya lahirlah satu lagi produk Skrub iaitu BLACK SCRUB. 

BLACK SCRUB 4 IN 1,  ini dihasilkan dari campuran bahan asas kopi asli 100%, biji kurma ajwa, Habbatus sauda asli,  pati Habbatus sauda,  minyak kelapa dara organik,  kayu manis ceylon dan pelbagai bahan lain untuk kecantikan dan kesihatan kulit. 

Kopi terkenal untuk memanaskan badan dan mengurangkan selulit.

Minyak Habbatus sauda dan Habbatus sauda juga amat bagus untuk kulit dan tubuh.  Fungsi minyak ini memanaskan badan sekaligus membantu memecahkan lemak dan angin dalam tubuh. 

Anda akan terasa kehangatannya ketika mengurut secara membulat di tubuh anda sambil melakukan urutan lembut.. 

Minyak kelapa dara amat terkenal untuk kecantikan kulit dalam menyelesaikan pelbagai masalah kulit. 

Biji kurma ajwa turut membantu dalam membuang sel kulit mati dan merawat kulit. 

Kulit manis ceylon membantu mencerahkan kulit dan menanggalkan sel kulit mati dan memudahkan khasiat dari bahan lain masuk ke kulit. 

BLACK SCRUB ketika eksperimen masih dijalankan 

BLACK SCRUB dihasilkan bagi mereka yang inginkan tubuh yang hangat selepas mandi. 

Anda yang ingin mengurangkan selulit dan membantu mengurangkan lemak di pinggul dan perut. Malah insyallah turut membantu membuang toksid melalui peluh ketika anda memakai BLACK SCRUB ini. 

Harus ditegaskan diet yang sihat jauh membantu anda kurus berbanding hanya menggunakan BLACK SCRUB semata-mata. 

Jika anda telah sedia kurus usah bimbang,  guna sahaja sedikit dan utamakan bahagian yang anda rasakan perlu untuk membantu memecahkan lemak (lemak tidak boleh dihilangkan begitu sahaja tanpa diet sihat yang teratur). Ada perbezaan membantu memecahkan lemak,  mengurangkan lemak dan menghilangkan lemak. Kebanyakan mereka yang kurus masih menghadapi masalah lemak di perut dan punggung. 

Selepas penggunaan Black Scrub anda akan terus merasakan perbezaan di tubuh anda atas kehangatan Habbatus sauda dan serbuk kopi asli 100%. 

BLACK SCRUB disyorkan hanya digunakan sekali seminggu sahaja. 


Cara penggunaan BLACK SCRUB 

A. 2 Sudu Besar BLACK SCRUB untuk anda yang ingin membantu mengurangkan lemak di tubuh anda untuk sekali mandi. 

B. 1 sudu besar untuk anda yang hanya ingin menggunakan BLACK SCRUB sebagai rawatan kulit dan tubuh. 

Buat masa ini harga pengenalan BLACK SCRUB ialah Rm29.90. 

Ini adalah Skrub edisi terhad. 

Anda  boleh mengetahui maklumat lanjut BLACK SCRUB,  4 IN 1 ini dengan 

Menghubungi atau whatapps ke

016 276 2636 


Terima kasih.





Selasa, 14 November 2017

Kesan Sampingan Arang Kepada Gigi


Arang membantu memutihkan gigi

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Arang terkenal zaman berzaman sebagai pemutih gigi. 

Oleh kerana kuasa arang memutihkan gigi ia sekaligus jika digunakan secara kerap boleh menipiskan gigi atau memberi kesan kepada enamel gigi.

Tidak seperti baking soda yang terus terasa ngilu ketika di gosok pada gigi dan terkena Gusi,  arang lebih lembut pada gigi dan Gusi.  Namun penggunaan yang kerap akan menghakis dan menipiskan gigi.

Maka pastikan anda hanya menggunakan arang ini 2x seminggu sahaja.  Jika gigi anda adalah jenis gigi yang nipis cukup seminggu sekali anda gunakan arang ini.

Benda asli sekali pun pasti akan ada kesan sampingan jika kerap digunakan.

Maka adalah digalakkan anda menjaga diet dan pemakanan anda.

Kurangkan kopi terutama kopi segera,  makanan manis dan makanan yang mudah melekat di gigi.

Rajinkan diri terus memberus gigi selepas makan.

Sila berus gigi anda dengan berus gigi lembut.  Berus gigi keras dan memberus gigi secara kasar hanya akan menyebabkan gigi lebih nipis dan sensitif.

Carboness Powder adalah arang yang diperbuat dari kayu tualang organik yang dibakar.

Ia ditumbuk dan digiling untuk mendapatkan aura positif dari batu.

Batu-batuan memberi aura sama ada kepada air mahu pun kepada bahan makanan.

Selain membantu memutihkan gigi arang juga terkenal sebagai bahan dalam penapis air dan juga bahan untuk menyahkan bau badan.

Malah mereka yang keracunan juga digalakkan berkumur atau minum sedikit air di campur Arang aktif.

Jika anda menghadapi masalah badan berbau.

Campur sedikit arang dengan Air buat sedikit paste dan sapukan bawah ketiak anda.  Biar kering dan basuh.

Ia membantu mengurangkan peluh dan menghilangkan bau ketiak atau badan yang tidak enak.

Carboness Powder ialah bahan semula jadi 100% dari arang untuk kegunaan pemutih gigi dan boleh digunakan sebagai bahan membantu mengurangkan Bau badan dan ketiak berpeluh.

Maklumat lanjut dan artikel mengenai Carboness Powder di link ini

Segala Info Mengenai Carboness Powder

Sebarang pertanyaan dan pembelian Carboness Powder ini sila whatapps  ke

016 276 2636 


Setiap produk yang dibeli akan mendapat konsultasi percuma. 

Selamat Mencuba. 

Terima kasih. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...