Khamis, 23 Februari 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 36 : AZAM ROASTERS


Pandangan hadapan Azam Roasters

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini Tempat Makan Best Di Kuantan Part 35

Berada di sebelah stesen minyak Petronas Bandar Baru Balok
Jika anda mencari makanan western atau barat yang enak dan berpatutan harganya.
Anda boleh singgah menikmati makanan di Azam Roasters yang terletak Di Bandar Baru Balok dan cawangan restoran Azam Roasters ini juga terdapat di Indera Mahkota Kuantan.

Pandangan dari luar restoran ini
Saya berkesempatan 4-5 kali menikmati makanan di restoran ini ini adalah antara restoran terbaik yang terletak di Bandar Baru Balok.

Hiasan dalaman yang cantik
Istimewa mengenai restoran Azam Roasters ini,  chef Azam pernah berkhidmat sebagai chef di hotel terkenal Swiss Garden Beach Resort & Spa Kuantan.

Tentu sekali makanan disini setanding masakan hotel yang enak lagi sedap.

Anda boleh menikmati makanan disini untuk Lunch atau makan tengah hari,  hi-tea atau makan malam.

Bahagian dalam dihias indah
Restoran ini mengamalkan sistem seperti Cafe dan restoran laksana di hotel.  Memakai pakaian seragam umpama anda menikmati dan dilayan di restoran barat terkenal.

Pandangan dari pintu hadapan
Berikut adalah antara gambar yang sempat di ambil ketika saya datang ke restoran ini untuk membungkus makanan untuk di bawa ke rumah kakak saya.

Add caption



Di dinding restoran ini juga turut di tampal gambar gambar chef Azam ketika memasak dan keratan akhbar mengenai beliau.


Dinding hiasan restoran ini yang di tampal gambar chef Azam

Antara gambar dan keratan akhbar mengenai chef Azam

Di bawah ini,  adalah antara senarai menu yang di tawarkan di restoran ini. 

Sandwich dan dessert 

Jika anda mencari Lunch set atau set makan tengah hari yang enak dan murah,  anda boleh mendapatkan ia di Azam Roasters Balok ini yang ditawarkan pada pukul 12-3pm setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Restoran ini juga menawarkan Lunch set dengan harga yang murah

Aneka pasta

Lamb adalah antara menu utama restoran ini

Untuk menu lebih jelas
Di restoran ini juga kek paling popular iaitu Mangga Cheese Cake dari Kula Cakes turut di jual.  Memang enak kek ini.

Manggo Cheese Cake dari Kula Cakes

Sayangnya gambar makanan yang pernah di ambil oleh saya ketika menikmati makanan disini telah terpadam tanpa di sengajakan.

Maka untuk sementara saya hanya boleh memaparkan gambar makanan di restoran ini yang di bungkus pulang.

Untuk info makanan disini dihidangkan dalam pinggan dengan cara paling menawan umpama di hotel.

Jangan risau insyallah saya akan menikmati makanan di restoran ini lagi bersama keluarga saya dalam waktu terdekat dan akan memaparkan ia di artikel ini.

**gambar makan bersama keluarga ini diambil pada 17 Mac 2017

Jus nenas

Grilled chicken cheese

Honey dew jus

Ayah saya khusyuk menikmati makanan

Mango smoothie 

Lamb chop

Lamb chop

Kusyuk menikmati hidangan 

Aglio olio seafood spaghetti 

Manggo cheese cake dari Kula Cakes 
Dibawa gambar makanan yang di tempah dan di bungkus pulang. 

Makanan yang di bungkus di letakkan di dalam kotak yang cantik 

Seperti restoran lain,  makanan di sini juga boleh di bungkus pulang.

Ia diletakkan didalam kotak cantik dan dihias indah umpama makanan yang di bungkus di hotel.

Reka bentuk kotak yang menarik
Antara menu yang menarik dan amat sesuai di bawa pulang ialah Lamb Chop dan chicken chop.

Lamb Chop dan chicken chop yang di bungkus pulang
Anda boleh melihat betapa profesional cara bungkusan makanan restoran ini yang di letakkan secara menarik dan tersusun di dalam kotak.


Pandangan chicken chop dan lamb Chop yang lebih jelas
Even telah lama di bungkus makanan ini tetap enak dan lembut ketika di makan.

di bawah chicken chop ini terletak kentang goreng dan sos lada hitam enak

Ketika anda meletakkan makanan ini ke dalam pinggan makan,  anda pasti akan perasan cara susun profesional makanan ini disusun sebagai bungkus di dalam kotak

Lamb Chop yang sungguh enak
Lamb Chop disini amat lembut dan sedap.  Saya amat mengesyorkan anda mencuba menu enak ini.

Ini sahaja perkongsian tempat Makan Best untuk artikel kali ini.

Terima kasih.


** ini sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best Di Kuantan Part 37







Selasa, 21 Februari 2017

Adakah Produk Rendah Lemak (Low Fat) Bagus untuk kesihatan?


Minuman Yogurt adalah antara produk rendah lemak yang popular 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Di tanam dalam fikiran semenjak kecil bahawa lemak itu tidak sihat,  boleh meninggikan kolesterol dan membuat jantung tersumbat,  ramai antara kita yang mengelakkan makanan berminyak dan berlemak.

Mereka yang berdiet dan mementingkan kesihatan pasti akan memilih produk rendah lemak yang terkenal di pasaran.

Antara produk rendah lemak di pasaran yang sering menjadi pilihan pengguna ialah susu rendah lemak dan Yogurt rendah lemak serta keju dan Mentega rendah lemak.

Saya juga begitu.  Pilihan utama sejak dulu ialah susu segar Marigold rendah lemak perasa Vanilla juga susu coklat rendah lemak.

Itu tidak termasuk Yogurt rendah lemak dan segala makanan yang tertulis rendah lemak atau low fat itu.

Namun seiring zaman teknologi dan media sosial.  Maklumat di hujung jari.  Maka semakin ramai sedar maksud  di sebalik label rendah lemak itu.

Realiti,  terdapat lemak baik dan lemak sihat di dalam setiap menu dan bahan makanan.

Isu ketakutan kepada lemak ini timbul bertahun dulu akibat salah faham kebaikan lemak kepada tubuh khususnya lemak baik.

Antara lemak baik untuk tubuh ialah lemak susu segar dan lemak yang terdapat di dalam Yogurt.

Ada kajian mengatakan kebanyakan makanan dan produk berlabel rendah lemak mempunyai kadar gula yang lebih tinggi sebanyak 20% berbanding makanan sama tanpa label rendah lemak.

Adalah merugikan untuk produk rendah lemak yang tinggi kandungan gula itu adalah susu atau Yogurt yang terkenal sebagai bahan kandungan lemak yang baik untuk tubuh.

Tubuh memerlukan lemak yang baik untuk mengurangkan lemak tidak perlu di dalam badan.

Selain tinggi kandungan gula berbanding produk asal tanpa label rendah lemak,  proses mengurangkan lemak terutama pada biskut atau kraker atau produk lain turut menggunakan proses hidrogen yang mengakibatkan kewujudan trans fat atau lemak terhidrogen yang tidak bagus untuk kesihatan.

Anda harus bijak mengenali lemak baik dan lemak jahat.

Minyak zaitun adalah antara minyak yang mengandungi lemak baik.  Tidak perlu terlalu mencari produk berlabel 'fat reduced',  'low fat'  atau 'less fat'  Jika ia melibatkan makanan yang mempunyai lemak baik.

Ada artikel yang mengatakan terdapat sesetengah produk rendah lemak yang tidak mengandungi tambahan gula,  namun adalah satu kerugian jika lemak yang baik dibuang dan tidak digunakan untuk tubuh.

Makanan sihat yang mengandungi lemak yang sihat tidak akan mendapat tujuannya jika tidak digunakan oleh tubuh sepenuhnya untuk mengoptimumkan penggunaan lemak baik untuk pemulihan tubuh.

Semoga artikel ini mengubah anda dalam membaca setiap label dan memahami kandungan label sebenar.

Rajin-rajinlah menggunakan carian Google dan membaca mengenai info kesihatan terbaru di hujung jari anda.

Semoga artikel ini disukai dan berguna untuk semua.

Terima kasih.



Isnin, 20 Februari 2017

10 KHASIAT dan Kebaikan Bunga Cengkih


Bunga Cengkih yang sering digunakan dalam masakan sup
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Di serang sakit gigi berlubang baru baru ini,  bunga cengkih adalah antara bahan utama paling cepat mengurangkan sakit gigi.

Terdapat banyak khasiat dan Kebaikan Bunga Cengkih hasil carian Google dan maklumat di bawah adalah antara hasil yang dijumpai oleh saya.

Berikut KHASIAT dan Kebaikan Bunga Cengkih

1. Mengurangkan sakit gigi

Terkenal sebagai anti septik asli,  bunga cengkih pantas mengurangkan sakit gigi dan Gusi anda.

Hanya kunyah dan gigit bunga cengkih,  kemudian letak di tempat gigi anda yang sakit.

Jika anda malas,  anda boleh sapu sahaja minyak bunga cengkih di tempat gigi sakit.


2. Mengurangkan bau mulut dan nafas.

Cara paling mudah hanya kunyah dan buang hampas bunga cengkih itu.

Cara kedua,  rebus bunga cengkih didalam air.  Kemudian berkumur.

Amalan kedua turut membantu menguruskan sakit gigi dan Gusi bengkak.


3. Menghitamkan alis mata

Campuran bunga cengkih yang dibakar hangus kemudian di tumbuk  halus bersama minyak kemiri (buah keras) amat bagus untuk rawatan menghitamkan alis mata.


4. Biji cengkih yang ditumbuk dan dicampur madu amat bagus dalam mengurangkan rasa loya,  mual dan membantu melegakan sistem pencernaan.

5.  Cengkih yang dibakar dan dikunyah juga bagus dalam mengurangkan batuk.  Cara kedua anda boleh kunyah sahaja bunga cengkih dengan campuran garam Pink himalayan.

6. Bunga Cengkih dengan campuran daun kemangi dan daun pudina,  jika diminum bersama teh hitam Sabah dan di campur madu amat bagus untuk mengurangkan stress dan tekanan.

7. Cengkih di percayai mampu membunuh parasit di dalam usus dan bertindak sebagai agen anti kulat dan bakteria dan bagus untuk kekuatan seks.

8.  Cengkih juga turut digunakan dalam perawatan masalah kulit seperti kurap dan jerawat.

9. Cengkih juga dipercayai mampu membersihkan darah dan mengurangkan gula didalam darah dan mengurangkan risiko ejakulasi pra matang.

10.  Minyak cengkih juga bagus untuk mengurangkan angin dan membantu mereka yang menghadapi masalah pernafasan termasuk resdung dan paru paru.

Walaupun mempunyai sejuta manfaat,  pastikan amalan mengambil cengkih berpada-pada.

Ada pendapat mengatakan ketika mengunyah bunga cengkih pastikan anda tidak makan atau menelan hampas bunga cengkih bimbang ia boleh menyebabkan kemandulan.

Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.

Terima kasih.





Ahad, 19 Februari 2017

PETUA SAKIT PINGGANG


Halba yang kaya manfaat 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Telah lama saya tidak berkongsi petua di Blog ini.

Alhamdulillah saya terbaca petua berguna yang di kongsi oleh Puan Muna binti Muhammad, salah seorang sahabat saya di Facebook.

Saya telah meminta izin beliau untuk berkongsi petua mudah untuk kaum wanita ini khususnya.

Amalan ini sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah sakit pinggang,  rahim Lemah dan banyak angin di dalam badan.

Paling penting ia terlalu mudah untuk di sediakan.

Bahan-bahan yang di perlukan

1.  1 kg Garam Kasar
2. 2 sudu makan lada hitam
3. 2 sudu makan halba

Cara-cara Membuatnya

Goreng semua bahan diatas tanpa minyak dalam kuali.

Goreng agak-agak panas 2-3 minit.

Masuk bahan-bahan yang siap digoreng ke dalam kain.

Bunjutkan ia.

Tuamkan bunjut ini di belikat,  pinggang,  belakang badan, perut,  betis,  peha,  kedua-dua belah peha,  celah kelangkang dan mana-mana bahagian anda rasa perlu termasuk betis dan tapak kaki.

Petua atau bunjut ini juga boleh digunakan oleh wanita dalam pantang atau selepas pantang.

Wanita hamil atau mengandung di larang menggunakan petua atau bunjut ini.

Petua ini membantu melegakan sakit badan,  sakit pinggang,  melawaskan dan membantu membuang angin.

Selepas rawatan bunjut ini anda di galakkan menikmati teh halia suam atau air halia suam. Kosong untuk pembuangan angin dan toksid lebih lancar.

Petua ini tidak digalakkan di gunakan secara kerap kerana ia panas.

Maka anda hanya di galakkan mengamalkannya seminggu sekali atau 2 kali sahaja.

Semoga petua ini membantu anda.

Terima kasih.



Khamis, 16 Februari 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 35 - Popia Basah Paling Sedap


Popia enak yang di buat sendiri

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link di bawah 

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 34

Jika anda pengemar masakan sihat berasaskan sayur-sayuran,  anda tentu mengemari popia basah.

Jika anda bercuti atau berada sekitar area Kuantan,  anda boleh singgah di area Sungai Karang berhadapan Swiss Garden Residents Kuantan untuk menikmati popia enak ini. 

Kulit popia yang di buat di rumah 
Istimewa mengenai popia basah enak ini,  semua bahan di buat sendiri. 

Kulit popia dibuat di rumah di bawa ke kedai

Isi sayuran juga tentunya di buat sendiri. 

Sayuran menggunakan lobak dan kobis
Sayuran yang di gunakan tidak seperti popia basah lain yang kerap menggunakan tauge. 

Sayur yang digunakan di dalam penyediaan popia ini ialah kobis dan lobak merah. 

Kacang tanah dan bawang goreng juga dibuat sendiri
Paling istimewa kacang tumbuk dan bawang goreng juga di buat sendiri di rumah. 

Saya bukan peminat sos,  maka awal-awal lagi saya sudah memesan untuk kurangkan sos dalam popia saya. 

Sos di buat sendiri. Saya hanya meminta sedikit sos sahaja 
Harga popia basah ini hanya RM5 untuk 4 popia basah yang enak.  Ia dibuka dari pukul 12 tengah hari. 


Sos dan kulit popia 
Rasa sos dan kulit popia ini sedap,  dan sos ia kurang manis. 

Anda boleh melihat penyediaan popia basah ini di hadapan mata anda sendiri 
Popia basah yang di buat 'fresh'  atau segar ini,  di sediakan di hadapan mata anda.  

Cara penyediaan juga bersih dan tersusun. 

Popia basah sedang di sediakan
Di sini juga turut dijual keropok lekor lebih ikan dan tanpa msg. 

Hanya RM1 sebatang.  Bagi anda yang alah pada ajinomoto,  keropok lekor ini tidak menggunakan ajinomoto sebagai bahan penambah rasa. 

Keropok lekor ori
Anda boleh mencuba keropok lekor ori dengan isi ikan lebih ini. 
Keropok lekor tanpa ajinomoto 
Saya berkesempatan membeli keropok lekor ikan lebih tanpa ajinomoto atau MSG ini semalam dan rasanya amat sedap sekali. 

Keropok lekor 
Di sini juga ada di jual keropok keping dan juga makanan lain.

Keropok keping juga di jual di sini 
Selain itu di sini juga turut menjual laksa Penang,  nasi lemak dan laksam.

Sayang sekali ketika saya datang,  kawasan sekitar menghadapi masalah air,  maka hidangan ini tidak dijual pada hari tersebut.

Berada di hadapan Swiss Garden Residences Kuantan sebelah Al BAyt
Saya tidak sempat mengambil gambar keropok lekor yang telah di goreng kerana ia habis di makan.

Gambar popia juga saya terlupa ambil, sehingga ia telah selamat di makan sekeping.

Saya minta sos sikit dan kacang serta bawang goreng sikit sahaja sebenarnya jauh banyak dari ini.  Satu telah selamat di makan. 
Tunggu apa lagi jika anda berada di kawasan sekitar Balok dan Sungai Karang atau area Kuantan.

Ini adalah tempat Makan wajib singgah anda.

Pasti anda akan datang berkali kali ke sini nanti.

Semoga artikel ini membantu anda.

Terima kasih

**di update 18hb February 2017

Semalam saya berkesempatan menikmati hidangan laksam di sini.

Laksam disini antara yang terbaik di area Kuantan.

Kuah laksam disini sedap dan laksam pun lembut.

Anda di galakkan mencuba menu ini

Berikut gambar yang sempat diambil oleh saya semalam.

Laksam yang enak
Kuah laksam. Yang pekat dan sedap 
Laksam dan laksa
Antara menu di sini 
Selamat mencuba

** ini adalah Sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best Di Kuantan Part 36


Selasa, 14 Februari 2017

Manfaatkan Sisa Makanan


Original Body Scrub dan campuran hampas kopi dan teh hijau
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Menonton iklan pembuangan sisa makanan rakyat Malaysia yang tidak habis dimakan berjuta Tan sehari,  dan perbandingan dengan negara miskin dan berperang lain membenihkan kesedaran betapa kita sebenarnya amat kaya rezeki kurniaan tuhan. 

Diberi peluang dan rezeki mencintai dan mengamalkan sesetengah produk organik membuatkan saya sendiri lebih menghargai setiap makanan yang saya yakin bukan mudah dihasilkan. 

Lihat sahaja pokok kari di rumah saya yang tumbuh subur kemudian diganggu ulat bulu sehinggalah satu pohon tidak boleh dimakan lagi.  Betapa sebenarnya rezeki ini diberi oleh Tuhan walaupun kita telah berusaha menanam nya.  Bukan mudah menanam pokok organik. 

Seiring kesedaran dan kepentingan bahan-bahan Semulajadi saya amat jarang membuang sisa-sisa makanan kecuali dijadikan baja di tanah atau diberi makan kepada burung-burung,  monyet dan kumpulan kucing yang sering melawat halaman rumah ibu di kampung. 

Kopi atau sebarang teh organik yang saya nikmati saya akan simpan hampasnya didalam peti dan gunakan sebagai bahan Lulur atau Skrub Semulajadi. 

Untuk lebih mudah saya suka mencampurkan Skrub keluaran saya sendiri iaitu Original Body Scrub bersama setiap hampas bahan minuman kegemarannya saya sama ada kopi atau teh. 

Original Body Scrub hanya dihasilkan dari bahan Semulajadi dan boleh di makan.  Bahan asas utama ialah beras pulut. 


Original Body Scrub dan hampas teh hijau, campur sedikit air.  Tutup dan simpan dalam peti ais.  Anda boleh menggunakan ia bila-bila masa. 

Istimewa mengenai original Body Scrub, ia boleh diubah suai untuk digunakan oleh anda.  Anda boleh menambah kopi jika anda inginkan Skrub Kopi dan anda juga boleh menambah hampas teh jika anda inginkan Skrub Teh. 

Anda ada banyak pilihan sama ada campuran teh hijau,  teh hitam,  teh Rooibos, teh bunga atau teh herba pilihan anda. 

Original Body Scrub direka cipta sesuai keperluan mereka yang inginkan kelainan setiap kali berlulur atau menggunakan Skrub. 

Kulit anda boleh bertukar nutrien Skrub setiap minggu tanpa harus mengamalkan Skrub yang sama berbulan bulan. 

Anda tidak perlu risau mengenai kesan sampingan tidak baik untuk kesihatan.  Bahan-bahan yang digunakan hanya bahan makanan yang boleh dimakan. 

Anda juga tidak perlu pening kepala untuk memilih antara Skrub Kopi,  skrub teh,  skrub bunga,  skrub herba atau sebagainya kerana anda sendiri boleh menambah semua itu dari dapur anda sendiri. 

Paling penting anda tidak perlu mencari alasan lain untuk menyimpan hampas teh dan kopi anda. 

Hanya simpan dalam satu bekas bertutup yang kecil dan gunakan pada bila-bila masa dengan mencampurkan original Body Scrub kedalam Campuran hampas teh dan kopi anda itu. 

Simpan sahaja bekas ini dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama. 

Jika anda ingin membuat pembelian original Body Scrub yang memudahkan ini. 

Sila hubungi dan what apps nombor di bawah 

Khadeeja 016 276 2636 

Original Body Scrub ialah produk Homemade dan Semulajadi. 

Anda juga boleh menggunakan hampas kopi atau teh sebagai Skrub mandian tanpa campuran Original Body Scrub.  

Namun kepuasan dan rasa penggunaan tanpa original Body Scrub amat berlainan sekali. 

Untuk kesan lebih baik anda di galakkan menambah campuran Original Body Scrub. 

Terima kasih. 




Diet dan Kesihatan


Teh kambucha atau teh cendawan mekah, minuman probiotik murah dan sihat
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Semakin berusia,  semakin manusia mula menghargai kesihatan. 

Jika anda pernah merasai sakit,  anda akan memahami kesihatan jauh berharga berbanding harta benda.

Benar,  apabila melihat berapa ramai jutawan dunia termasuk Steve Jobs yang mempunyai harta,  kemasyhuran dan wang bergunung tidak mampu menyembuhkan dan menghilangkan kesakitan walaupun dirawat doktor pakar paling mahal di dunia. 

Zaman moden ini,  manusia terkenal inginkan kesan yang cepat.  

Ingin pokok pokok yang ditanam tumbuh cepat,  hidup subur tanpa mengira jenis racun dan baja,  malah jenis benih asal pokok,  sama ada hybrid,  GMO atau sebagai.

Memasak sendiri di rumah,  namun dengan bahan yang kekal mengandungi Monosodium Glutamate,  ajinamoto,  bahan-bahan proses beku,  bahan proses di dalam tin, sayur beku,  sardin didalam tin,  yang mengandungi segala bahan pewarna dan pengawet mungkin jauh lebih baik berbanding membeli makanan segera di luar.

Satu bonus besar jika anda memasak sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan alami seperti nugget atau sosej yang dibuat sendiri,  jejari kentang yang menggunakan kentang segar yang dipotong sendiri dan digoreng dan paling penting masakan yang langsung tidak menggunakan bahan pengawet dan bahan pewarna kecuali pewarna asli.

Jika anda tidak punya waktu untuk memasak,  kini terdapat ramai suri rumah yang mula berniaga online yang menjual dari rumah menggunakan bahan semula jadi yang jauh lebih selamat.

Harus ditekankan disini Homemade  tidak bermakna makanan itu menggunakan segala bahan sihat dan berkhasiat.

Sebelum membeli seeloknya tanya penjual jenis bahan bagaimana yang digunakan.

Jika anda mendapat penjual yang jujur mereka akan berterus terang,  jika sebaliknya dan anda merasa ragu-ragu,  buatlah keputusan terbaik.

Makanan Homemade  yang dijual agak mahal berbanding makanan yang dijual di luar atau secara komersial.

Makanan sejuk beku yang boleh dipanaskan terus yang dijual di kebanyakan pasaraya dan kedai 24 jam juga mungkin memudahkan hidup anda yang sibuk dan menjimatkan masa. Namun cara hidup dan diet ini ada 'harga' yang harus dibayar di kemudian hari.

Dalam mencapai azam menurunkan berat badan ia lebih indah di sertakan azam untuk mencapai diet lebih sihat.

Pelbagai saranan di dalam media sosial dan media massa menunjukkan cara-cara mudah menyediakan hidangan ringkas yang menjimatkan masa dan kos.

Anda tentu boleh menjadikan hari cuti anda untuk memproses dan memasak makanan sihat dan membekukan ia di dalam peti ais dan hanya memanaskan kembali sebelum ke tempat kerja.

Teknik ini bukan sahaja menjimatkan kos malah masa untuk anda membeli makanan dan ia tentu lebih sedap dan menjimatkan budget perbelanjaan anda.

Semoga artikel ini menambah azam baru dalam hidup anda untuk tahun baru 2017 ini.

Terima kasih.



Isnin, 13 Februari 2017

BUFFER perisian mudah untuk Menguruskan Akaun Media Sosial


BUFFER perisian yang semakin popular 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Lupakan sebentar mengenai artikel kesihatan dan pemakanan. 

Sekali lagi saya berkongsi dengan anda maklumat terkini dalam dunia pengaruh Media Sosial. 

Kini untuk mereka yang aktif bermain dan mengemaskini akaun media sosial anda,  berita baik untuk anda,  kini BUFFER muncul bagi memudahkan anda menguruskan semua akaun media sosial anda. 

Ramai individu dan peniaga online juga media social leader serta influencer agak sukar mengemaskini akaun media sosial atas kesibukan kerja dan aktiviti harian. 

Ini tentu menyukarkan untuk anda berkomunikasi di Media sosial untuk memastikan follower dan rakan terus menyedari kehadiran anda dan juga mewujudkan 'engagement'. 

BUFFER muncul dalam menyelesaikan isu ini sekaligus, menunjukkan taring di mana perisian ini telah di upload lebih 1 juta pengguna yang mengetahui kewujudannya. 

Saya juga akan belajar menggunakan perisian BUFFER ini untuk memudahkan pengurusan  kemaskini segala akaun media sosial saya. 

BUFFER boleh membantu anda menguruskan akaun media sosial anda seperti Facebook,  instagram,  blog,  twitter,  LinkedIn dan pinterest. 

Mudah untuk anda kekal aktif dan menjadualkan aktiviti pengeposan maklumat dan informasi di semua saluran media sosial kegemaran anda. 

Sekaligus menyelesaikan isu anda perlu set jam anda untuk mengemaskini akaun media sosial anda.

Tunggu apa lagi.  Mula mendaftar di BUFFER dan mengurus akaun media sosial anda dengan lebih sistematik. 

Saya kini bersyukur kerana menemui cara untuk saya mengemas kini semua akaun media sosial saya dengan lebih tersusun dan automatik.

Jimat masa,  tenaga dan tidak meletihkan pemikiran.

Untuk mendaftar akaun BUFFER sila ke link di bawah


Semoga info ini bermanfaat. 

Terima kasih. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...