Rabu, 21 Disember 2016

2016 Tahun yang penuh Nikmat



Menikmati kek kegemaran 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiba di penghujung bulan terakhir tahun 2016. Alhamdulillah masih di panjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik serta kesempatan untuk diberikan ilham dan ilmu untuk dicurahkan di blog kesayangan saya ini.

Untuk anda pembaca yang sering mengikuti perjalanan dan perkembangan blog ini terutama perjalanan tahun 2014 ketika saya mengharungi proses topical steroid withdraw (TSW) dan menjadikan saya sebagai salah seorang inspirasi saya berdoa anda akan segera sembuh dan bersemangat.

Alhamdulillah saya sembuh sepenuhnya   boleh menikmati apa sahaja.  Segala parut telah licin licau paling penting tubuh saya kini makin mengenali real food dan tentunya saya semakin bijak mengawal nafsu serta mengenali pemakanan sihat.

Tidak sia-sia saya nekad mempertahankan prinsip saya ketika saya dihidangkan dengan pelbagai ubatan moden,  steroid dan krim krim mudah sembuh yang lain.

Ketika ini saya akhirnya faham kenapa pada tahun 2007, saya nekad untuk menggunakan produk Zai beauty formula walaupun ada waktu waktunya saya rasa agak tertekan dan ingin menukar produk lain kerana harga produk tersebut.

Tidak sia-sia saya sering berdoa diberi petunjuk sama ada terus setia pada produk zai beauty formula ketika lambakan produk di pasaran yang menjual status Semulajadi dan organik. Sesungguhnya semua dengan izin Allah dan saya tidak nafikan beauticians Zai beauty dan ilmu pengetahuan sepanjang saya mengharungi TSW banyak membantu saya.

Mengenali penapaian semenjak mengenali produk zai beauty formula akhirnya saya semakin faham kenapa penapaian itu penting.  Mengenali ilmu falak dalam proses pembuatan zai beauty juga memudahkan saya menerima ilmu yang jarang diketahui dan di ketengahkan ramai orang.

Atas prinsip ilmu yang diajar oleh beautician Zai beauty secara asas,  saya amat bersyukur kerana pegangan saya dahulu akhirnya berguna dan amat banyak membantu saya.

Terima kasih untuk segala yang dihadiahkan oleh Allah untuk saya.  Jika satu waktu dulu rezeki sepanjang tahun untuk saya ialah kewangan,  kemudian kerjaya,  kemudian berjalan jalan dan kini rezeki ilmu yang sebenarnya telah lama Allah berikan kepada saya semenjak 2007 lagi tetapi hanya pada tahun ini saya semakin meminatinya.

Benar kata cendekiawan selepas kesulitan akan ada kemudahan dan segala ayat Allah.

Semoga tahun ini terus memberi kenikmatan kepada saya dan semoga tahun 2017 akan lebih indah.

Pengalaman lalu dan keseksaan menanggung proses TSW dahulu menjadi saya lebih bijak mengawal emosi dan menyelidik pelbagai perkara.

Lalui satu pengalaman paling tidak ingin anda lalui tetapi rupanya itu adalah pengalaman berguna dan membawa anda kepada pelbagai punca rezeki dan ilham lain.  Terima kasih Tuhan kerana terus memberi cara untuk saya terus rajin berfikir dan terus berfikir.  Terima kasih.

Untuk anda yang terus menyokong saya dan terus menjadikan blog ini sebagai rujukan terima kasih.

Semoga tahun 2017 yang bakal menjelma memberi lebih banyak rezeki yang halal dan melimpah ruah serta ilmu yang bermanfaat serta penawar bagi segala penyakit serta keimanan yang lebih kuat..

Terima kasih.


PELBAGAI KHASIAT BUAH - BUAHAN


Harris,  anak saudara saya memilih buah delima kegemaran nya. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Buah buahan terkenal dengan pelbagai khasiat. 

Kata orang,  ada buah bersifat sejuk dan buah bersifat panas. 

Ada yang sesuai di makan ketika demam dan ada yang harus di elakkan ketika demam. 

Ada jenis buah yang tajam dan ada jenis buah yang membantu menyuburkan rahim. 

Buah  buahan sebenarnya lebih banyak mendatangkan kebaikan berbanding keburukan kepada mereka yang mengamalkan buah buahan di dalam pemakanan seharian. 

Berikut di ringkaskan antara KHASIAT buah buahan yang tidak harus di pandang sebelah mata :-

1. Buah  Nenas 
Kaya dengan potassium & phosphorus.  Amat bagus untuk kesihatan tulang.  Sesuai sebagai remedies pesakit artritis atau sakit sendi. 
Bromelain yang kaya di dalam buah Nenas bagus untuk rawatan keradangan dan anti kanser serta tinggi vitamin C.  Remedies utama batuk. 

Tidak sesuai dimakan oleh wanita hamil yang rahimnya lemah atau wanita di awal kehamilan. 

2.  Buah pear dan buah epal
Mengurangkan tekanan darah.  Tinggi dengan kandungan air.  Menyejukkan badan mengurangkan hidapi tubuh.  Bagus untuk mereka yang demam dan tiada selera makan. 

Amat sesuai dimasukkan dalam menu mereka yang sedang menurunkan berat badan. 

3.  Buah oren
Kaya dengan vitamin C.  Bagus untuk sistem pencernaan.  Terkenal untuk kecantikan kulit. 

Sesuai diambil segar sebagai jus di pagi hari untuk mereka yang sedang menurunkan berat badan dan disukai kanak- kanak kerana rasanya yang enak. 

4. Buah kiwi
Mengandungi serat yang tinggi.  Bagus untuk mata serta sistem pernafasan. 

Buah kiwi juga dipercayai boleh membantu meningkatkan platet darah dan sesuai untuk mereka yang menghadapi demam denggi. 

5. Buah anggur
Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.  Bagus untuk perkembangan otak. Turut mengurangkan risiko penyakit alzhemeir. 

Jus buah anggur segar amat bagus untuk rawatan migrain.  

6. Pisang kaki
Tinggi glukosa.  Bagus untuk sistem pernafasan.  Membantu menambah tenaga. 

7. Buah mangga
Kaya kandungan vitamin A yang bagus untuk kulit kelihatan muda. Membantu mengurangkan risiko cahaya matahari kepada kulit. 

8. Buah delima
Buah SUPER fruits yang terkenal sebagai buah yang tinggi anti oksida. Mengurangkan risiko salur darah tersumbat.  Buah anti kanser.  Bagus untuk wanita hamil. 

9. Buah tembikai 
Buah yang mempunyai PH alkali paling tinggi.  Tinggi kandungan air.  Mengurangkan darah tinggi,  risiko sakit jantung dan membantu mengurangkan gula dalam darah. Membantu mencuci buah pinggang. 

Sesuai diamalkan dalam menu mereka yang sedang menurunkan berat badan.

Didik anak anda menyukai buah-buahan semenjak kecil. 

Semoga info di atas membantu anda membuat keputusan dalam perancangan diet harian anda. 

Terima kasih. 






Selasa, 20 Disember 2016

KHASIAT DAN KEBAIKAN GULA MOLASSES


Gula molasses yang boleh di dapati di kedai organik pilihan saya. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai mengatakan bahawa gula berbahaya kepada tubuh.

Gula sebenarnya tetap diperlukan tubuh dan merupakan nutrisi yang baik untuk tubuh. Kekurangan gula akan menyebabkan tubuh badan lemah dan kondisi tubuh menjadi 'senget' serta mudah diserang penyakit.

Pastikan anda memilih gula yang tidak diproses dan yang sihat untuk tubuh anda.

Antara gula yang bagus ialah gula molasses. Gula molasses adalah antara gula yang jauh lebih selamat dari gula putih atau gula berproses lain.

Pengambilan gula molasses haruslah dalam jumlah sederhana kerana ia tetap gula yang jika diambil didalam kadar keterlaluan akan menyebabkan penyakit.

Berbeza berbanding gula putih atau gula perang. Gula molasses warnanya lebih gelap dan pekat.

Terdapat pelbagai jenis gula molasses mengikut gred, serbuk dan juga cecair.

Molasses juga dikenali sebagai sirap tebal yang diproses dari tebu atau gula ubi bit yang telah dihancurkan.

Terdapat juga molasses yang diperbuat dari kurma dan delima.

Gula Molasses dipercayai mengandungi lebih banyak garam galian dan zat besi yang tinggi berbanding gula lain.

Terdapat 3 jenis molasses, light molasses, dark molasses dan blackstrap molasses

Black Molasses kebiasaanya yang jenis cecair amat popular bagi mereka yang mementingkan kesihatan khususnya kerana kandungan zat mineral dan galian dan zat besi didalamnya.


antara kandungan didalam gula molasses

Gula molasses tetap mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara kandungan yang terdapat didalam gula molasess ialah Vitamin B6, Kalsium, Potassium, Tembaga, Zat besi, Magnesium, Manggan dan selenium.

Ibu hamil digalakkan mengambil gula molasses yang tinggi kandungan zat besi berbanding gula berproses yang lain.

Antara Khasiat gula molasses ialah :-

1. Kandungan kalsium, zat besi dan selenium membantu dalam pembentukan tulang yang sihat dan kuat.

2. Potassium didalam gula molasses membantu dalam mengurangkan tekanan darah dan menjaga kesihatan jantung sekaligus menjauhi stroke.

3. Dalam satu kajian, menikmati gula molasses didalam makanan bersifat karbohidrat ia dapat menurunkan tekanan gula didalam darah dan tahap insulin berbanding hanya mengambil makanan sahaja.

4. Blackstrap molasses dikatakan kaya antioksidan. Kajian menunjukkkan anti oksidan bagus dalam mengurangkan stress.

5. Gula molases juga dikatakan boleh menyebabkan cirit birit bagi mereka yang menghadapi masalah pencernaan.

6. Jika anda menghadapi masalah pencernaan berkaitan Irritable bowel syndrom  (IBS) anda dilarang mengambil sirap blackstrap molasses.

Anda boleh memilih gula molases berdasarkan pada warna gula itu sendiri. Semakin gelap warna gula molasses pilihan anda maka semakin tinggi kandungan nutrisi didalamnya.

Gula molasses enak ditambah didalam apa sahaja makanan dan minuman dan sedap dicicah roti canai atau capati.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Terima kasih.


17 KHASIAT DAN KEBAIKAN HALIA UNTUK KESIHATAN


Halia organik pilihan saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Halia di katakan adalah 'minuman syurga'.  Malah ada hadis mengatakan halia ialah zanjabil yang diriwayatkan dalam sebuah hadis berbunyi " Dan mereka dalam syurga itu,  diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil." -  Surah Al-Insan :-17.

Mari kita lihat antara KHASIAT dan Kebaikan Halia untuk kesihatan :-

1. Nutrien didalam halia ialah air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus , kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C , lemak baik dan asid organik.

2. Halia paling terkenal kebaikannya untuk membuang angin dan melegakan sakit-sakit badan.

3. Ia juga digunakan sebagai herba merawat sakit kepala, sistem pencernaan yang bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, memanaskan badan, disentri, asma, ekzema, sakit perut, lemah tenaga batin, batuk kering, membuang lendir didalam badan dan menghilangkan bau hamis haid atau nifas.

4. Untuk anda yang sering kesejukan dan berhawa dingin halia adalah antara herba yang paling mujarab untuk melawan kesejukkan. Malah campuran halia dan madu adalah antara herba yang sesuai untuk mengelakkan sakit tekak dan batuk.

5. Halia dipercaya mempertingkatkan tenaga syahwat atau batin dan mengelakkan berlaku angin 'uluran' terutama dikalangan kaum lelaki

6. Halia juga merupakan ramuan utama untuk ibu-ibu yang berpantang atau kaum wanita yang menghadapi masalah senggugut.

7. Halia mengekalkan peredaran darah normal . Ia mengandungi kromonium, magnesium dan zink. Darah yang normal mengalir mengelakkan berlakunya kesejukan didalam tubuh dan menyebabkan tubuh lemah dan senang diserang penyakit.

8. Kajian menunjukkan menikmati teh halia segar panas mampu mengurangkan risiko terkena demam dan selsema. Malah sup ayam panas yang ditambah halia yang banyak adalah antara remedi untuk mereka yang kurang sihat dan sakit.

9. Halia juga ialah makanan anti radang yang turut membantu mengelakkan beberapa kanser yang merbahaya. Malah ia juga dipercayai boleh mematikan sel kanser ovari.

10. Bagi anda yang menghadapi masalah pernafasan berkaitan paru-paru, halia dipercayai mampu melegakannya kerana fungsi halia yang boleh mencairkan kahak.

11. Halia juga dipercayai mampu meningkatkan imuniti dan melegakan alahan dikalangan wanita mengandung.

12. Halia juga boleh digunakan mengantikan gincu bibir untuk memerahkan bibir. Hanya tumbuk halia dan sapu airnya dibibir untuk menjadikan bibir anda kemerah-merahan.

13. Halia juga dipercayai mampu menguruskan badan dengan memasukkan halia didalam minuman teh atau masakan. Sifat halia yang memanaskan badan itu membantu membuang toksin dan peluh sekaligus melangsingkan badan. Tidak hairanlah wanita didalam pantang digalakkan menambah banyak halia didalam setiap masakan.

14. Halia juga dipercayai turut membantu membuang bau badan. Rebus halia dan daun pandan serta tambahkan sedikit madu dan minum minuman ini setiap pagi. Jika anda tidak mampu meminum minuman ini sahaja tambahkan sahaja minuman ini didalam air teh kegemaran anda.

15. Dengan menikmati secangkir teh halia, ia memanaskan badan serta memberi kelegaan kepada tubuh sekaligus menaikkan seri wajah oleh kerana fungsinya yang melancarkan perjalanan darah sekaligus ia akan membuatkan wajah anda lebih awet muda.

16. Ramai percaya menikmati teh halia dan menambah ia dalam pelbagai masakan kukus khususnya mampu mengurangkan tekanan dan mengatasi stress terutama bau dan rasa aroma halia yang memikat itu membuatkan badan terasa ringan.

17. Air rebusan halia dan serai dipercayai membantu menguruskan badan dan membuang toksin serta mencegah kanser. Serai dipercayai adalah antara agen pencegah semulajadi kanser. Dengan gabungan kedua-dua herba hebat ini, ia dipercayai antara ramuan anti kanser yang kuat.

Sesetengah individu tidak menyukai masakan yang ditambah halia kerana baunya. Jika anda atau keluarga anda tidak menyukai halia pastikan anda hanya masukkan beberapa hiris sahaja halia didalam masakan anda kerana terlalu banyak halia kadang kala menyebabkan rasa masakan tidak enak.

Halia adalah antara ramuan utama kebanyakan masakan cina.

Ayam goreng yang diperap halia dan bawang putih adalah lebih enak berbanding ayam goreng yang hanya ditambah serbuk kunyit dan garam.

Anda juga boleh memasukkan sehiris halia didalam air barli rebusan anda.


Selamat mencuba segala info dan resepi mudah tambahan halia diatas.

Terima kasih.




Ahad, 18 Disember 2016

Khasiat Daun Salad



daun salad organik hanya RM2.70 untuk 3 salad mini
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Seiring dengan peredaran zaman dan sains yang semakin menitik beratkan pemakanan. 

Kini semakin ramai saintis dan dietien yang menggalakkan pemakanan sihat dan sayuran hijau tanpa dimasak di dalam diet seharian. 

Salad telah lama diperkenalkan dalam pelbagai menu  Mediterranean dan Eropah.  Malah ia kini antara menu paling mudah didapati di Cafe mahupun pasaraya. 

Ramai individu yang berdiet memilih salad sebagai antara menu wajib untuk menguruskan badan. 

Ini antara KHASIAT dan Kebaikan salad untuk info anda:-

1.  Daun salad kaya dengan kebaikan nutrisi terbaik untuk tubuh seperti zat besi,  kalsium,  fosforus,  sodium,  potassium,  vitamin A, vitamin C,  magnesium  dan zink.

2. Sayuran hijau terkenal sebagai makanan alkali yang boleh mengurangkan asid dalam tubuh.  Pemakanan moden hari ini menjadikan tubuh lebih berasid.

3. Ia sesuai untuk individu yang mengalami masalah insomnia atau susah tidur.

4. Daun salad mengandungi lactucarium sejenis kompaun sejati.

5. Daun salad dipercayai mengandungi kandungan air,  karotin,  dan serat yang dapat menghilangkan dahaga dan melancarkan sistem pernafasan.

6. Daun salad juga dipercayai boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah,  mencegah kanser,  mengurangkan risiko kencing manis,  gout,  penyakit jantung  dan sistem penghadaman.

7. Daun salad kebiasaan dimakan mentah sekaligus mengandungi enzim hidup yang bagus untuk tubuh dan kesihatan.

8. Daun salad yang tinggi nutrien ini mampu membuat perut lebih kenyang sekaligus membantu mengurangkan berat badan.

9. Kandungan beta karotin bagus untuk sistem imunisasi.

10. Daun salad enak dimakan begitu sahaja atau ditambah ke dalam apa sahaja makanan dan untuk hasil maksimum anda boleh menikmati daun salad dengan campuran sayuran lain dan buah buahan.

Pastikan anda tidak membuang daun salad yang kebiasaannya dijadikan hiasan di dalam pinggan hidangan.

Jadikan salad antara menu harian mudah anda.  Ia tidak perlu dimasak.. Hanya tambah minyak zaitun atau perahan lemon dan madu untuk rasa lebih enak.

Ada pendapat mengatakan daun salad boleh melemahkan mata,  tidak sesuai dimakan bersama ikan dan membuat badan lemah dan sejuk serta mengembangkan rahim wanita.  Wallahualam.

Sila sesuaikan daun salad dengan diet dan jenis tubuh anda.

Terima kasih.


Sabtu, 17 Disember 2016

9 KHASIAT GULA KELAPA



Gula kelapa organik
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Pernahkah  anda mendengar mengenai gula kelapa?. 

Tahukah anda bahawa gula kelapa ialah gula paling sesuai di amalkan dalam diet seharian kerana  kandungan glycemik indeks yang rendah di dalam gula kelapa. 

Gula kelapa dikatakan paling selamat diamalkan oleh penghidap kencing manis atau diabetes kerana tidak seperti gula lain,  gula kelapa tidak meningkatkan kandungan gula di dalam darah serta merta. 

Malah ada pendapat mengatakan gula kelapa boleh menyembuhkan penyakit diabetes atau kencing manis jika diambil dalam sukatan yang sesuai. 

Disahkan halal
Ini antara khasiat dan kebaikan gula kelapa

1.  Gula kelapa tinggi zat besi sekaligus mengurangkan dan mencegah anemia. 

2.  Tidak seperti gula terproses,  gula kelapa tidak menyebabkan keradangan,  malah ia boleh mengatasi masalah kulit seperti jerawat. 

3.  Gula kelapa juga dikatakan boleh membantu membersihkan darah sekaligus racun yang terdapat di dalam tubuh. 

4. Selain membersihkan  darah,  gula kelapa dipercayai bagus dalam mengatasi masalah pencernaan. 

5. Jika anda menghadapi masalah dari awan anda hanya perlu membancuh sedikit jus kunyit,  sedikit asam jawa dan tambahan gula melaka.  Gula merah membantu menyejukkan suhu tubuh. 

6. Ketika anda mengalami batuk berkahak.  Berhenti menikmati gula terproses dan tukarkan kepada gula kelapa.  Gula kelapa membantu melancarkan kahak dan mendinginkan tubuh. 

7.  Gula kelapa memiliki sifat anti alahan,  untuk anda yang menghadapi masalah asma atau  eczema serta alergi,  ganti gula anda dengan gula kelapa. 

8. Gula kelapa adalah gula paling sesuai ditambah ke dalam minuman seperti jamu atau herba lain sebagai penyedap rasa.

9. Gula paling selamat dengan kandungan Glysemik indeks yang rendah. 

Kini terdapat ramai penjual yang mula mempopularkan gula kelapa ini. 

Anda boleh mendapatkan gula kelapa secara belian online atau off line. 

Semoga artikel ini bermanfaat. 

Terima kasih. 




15 Khasiat & KEBAIKAN Chiaseed


chia seed organik yang diamalkan oleh adik saya


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Beberapa tahun ini kita dikejutkan dengan pelbagai khasiat biji tumbuh-tumbuhan dan buah seperti biji aprikot, biji bunga matahari, biji betik , biji flax dan terbaru biji chia atau chia seed.

Chia seed adalah berbeza dengan biji selasih.  Biji Chia adalah berwarna hitam, coklat,  kelabu dan putih.  Biji selasih hanya berwarna hitam.

Biji Chia dikatakan dari kalangan keluarga pudina dan dikatakan berasal dari Mexico dan Guatemala.

Biji selasih telah lama terkenal di kalangan masyarakat Melayu.  Biji Chia hanya popular kebelakangan ini di kalangan masyarakat kita.

Biji selasih perlu di rendam terlebih dahulu,  biji Chia hanya perlu di tabur untuk di nikmati atau dijadikan tambahan di dalam minuman atau makanan.  Ia juga boleh di tambah dalam ramuan biskut atau roti.

Anda kini boleh mendapatkan biji Chia di pelbagai pasaraya secara on line atau off line,  malah biji Chia juga mudah di dapati di kedai organik khususnya.

Ini antara khasiat biji Chia atau Chia seed untuk info kita bersama.

1. Chia seed dikatakan mengandungi 2 kali ganda potasium berbanding pisang.

2. Biji Chia di katakan mengandungi  6 kali ganda kalsium berbanding susu.

3. 15 kali ganda magnesium terdapat di dalam biji Chia berbanding brokoli.

4. 9 kali ganda kandungan fosforus berbanding susu.

5. 6 kali ganda protein berbanding kacang parang.

6. Chia seed  juga mengandungi asid  lemak perlu alpha linolenik   asid linolenik,  mucin,  strontium, vitamin A,  B, E dan D,  dan mineral termasuk sulfur,  besi  iodin,  magnesium,  mangan,  niasin,  tiamin  dan kaya anti  oksida.

7. Sesuai untuk kecantikan kulit dan awet muda kerana mengandungi anti oksida yang tinggi sehingga mampu menghentikan  70% daripada aktiviti radikal bebas.

8.  Kandungan setat dan lemak yang sihat di dalam Chia seed menggalakkan pembuangan najis dan menghasilkan sistem pencernaan dan penghadaman yang sihat.

9. Chia seed juga bagus untuk kesihatan jantung kerana ia melawan keradangan,  mengawal kolesterol dan menurunkan tekanan darah.

10.chia seed juga bagus untuk mengelakkan diabetes dan mengurangkan risiko diabetes.

11. Chia seed membantu menambahkan tenaga dan metabolisme tubuh.

12. Kandungan kalsium,  magnesium,  mangan,  fosforus  adalah penting untuk kesihatan tulang yang kuat dan gigi yang sihat.

13. Protein di dalam Chia seed bagus untuk binaan otot.

14. Kaya dengan asid alpha  lineic yang mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara dan rahim.

15. Dipercayai sesuai sebagai supplement penambah susu badan ibu.

Pastikan anda kerap minum air kosong kerana Chia seed dipercayai akan menyebabkan dehidrasi atau sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi.

Kekurangan air kosong ketika mengamalkan Chia seed boleh menyebabkan terjadinya dehidrasi,  sembelit, kulit kering,  kegatalan kulit dan sebagainya.

Disyorkan anda merendam biji Chia semalaman berbanding hanya terus tabur atau dicampur ke dalam minuman kegemaran untuk memastikan biji Chia kembang dan selamat dinikmati.

Setiap makanan seeloknya diambil secara sederhana. 

Dengan info ini tidak rugi jika anda mencuba Chia seed di dalam diet anda.

Terima kasih.




Ahad, 11 Disember 2016

PROBIOTIK MURAH


Tempe dan teh cendawan antara probiotik murah
Assalamualaikum  dan salam sejahtera.

Seiring peredaran zaman dan teknologi sains. Akhirnya ramai doktor dan saintis berpendapat usus yang sihat amat penting untuk kesihatan tubuh, kulit dan otak.

Untuk mendapatkan usus yang sihat,  bukan hanya anda perlu sentiasa berfikiran positif,  jauhi stress,  pemakanan yang sihat dan bantuan probiotik amat diperlukan untuk persekitaran usus yang sihat.

Kini terdapat banyak probiotik yang terkenal seperti lactogg dan pelbagai probiotik yang dijual di farmasi dengan harga puluhan dan ratusan ringgit.

Untuk probiotik murah anda boleh membeli yogurt, tempe,   tempoyak,  sayur jeruk tanpa bahan pengawet, pelbagai produk hasilan Sourdough,  Kimchi, budu tempoyak, kambucha teh atau kefir.

hirisan buah mangga di dalam teh kambucha yang dijadikan jeruk.  Buah boleh dimakan bersama airnya yang boleh diminum. Amat enak dan berkhasiat. 


Produk murah tersebut bukan sahaja boleh dibeli malah boleh dibuat sendiri di rumah dengan kos yang murah.

Jika anda bukan pengemar sayur atau buah.  Anda boleh menikmati sayur jeruk atau jeruk buah buahan yang dihasilkan dari proses penapaian.

Untuk asas penapaian paling mudah dan murah,  hanya pilih sayur yang sesuai dan rendam ia di dalam air botol yang berisi garam atau gula dan biarkan 3-4 hari untuk memastikan pembiakan bakteria baik.  Anda boleh merujuk YouTube atau artikel seterusnya tulisan saya untuk cara menghasilkan jeruk buah dan sayur ini untuk artikel akan datang.

Andai jeruk sayur atau buah anda masih tidak gemari.  Anda boleh mencuba menikmati tapai,  sama ada tapai  ubi, pulut atau nasi yang manis.  Ia hasil penapaian dari ragi.  Amat bagus untuk usus atas kandungan probiotik yang tinggi.  Amat Mudah dibuat dan murah jika dibeli.

Delima sebagai prebiotik makanan untuk probiotik seperti kambucha teh.. Satu gandingan mudah untuk supplement asli yang sihat. 
Untuk memaksimumkan hasil probiotik digalakkan anda menikmati probiotik bersama prebiotik.  Prebiotik adalah makanan kepada probiotik.

Gandingan yang paling mudah ialah buah dan yogurt.  Kambucha tea dan buah juga sesuai.  Anda boleh merendam beberapa jenis buah kegemaran di dalam kambucha tea anda dan nikmatnya. Sungguh sedap.  Anda juga boleh menikmati  buah atau sayur secara asing bersama teh kambucha anda.  Jika anda tidak mempunyai kambucha,  kefir buah juga satu alternatif yang bagus untuk kesihatan usus anda.

Maklumat ini cukup membantu anda yang kekurangan budget terutama dengan isu mata wang yang jatuh di masa ini sekaligus meningkatkan harga probiotik yang diimport dari luar negara.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Terima kasih.




Sabtu, 10 Disember 2016

Apa itu SOURDOUGH?



Donut sourdough coklat yang dibeli oleh saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Mengenali Sourdough ketika menjalani proses Topical Steroid Withdrawal (TSW) adalah antara ilmu baru mengenai pemakanan yang saya saya pelajari. 

Sourdough atau yis liar melalui penapaian adalah yis yang digunakan oleh masyarakat purbakala zaman dahulu sebelum kehadiran yis komersial yang banyak digunakan di pasaran dan pemakanan zaman moden ini. 

Sourdough ialah ragi masam,  ia terhasil dari Sourdough starter yang di beri 'makan'  dan di 'bela'. 

Anda boleh menghasilkan yis starter sendiri dari Strach atau hampas tertentu sama ada dari gandum,  sayur sayuran atau buah buahan  (ia akan dibincangkan dalam artikel seterusnya). 

Tahukah anda,  dengan pemakanan moden kini,  usus masyarakat moden kebanyakan bermasalah. 

Ada ramai penduduk dunia zaman moden ini mengalami masalah 'gluten intolerance'  atau masalah penguraian gluten terutama mereka yang mengalami masalah usus bocor. 

Sourdough adalah yis liar atau bahan utama dalam penguraian gluten di dalam makanan yang menggunakan bahan tinggi gluten seperti gandum dan bahan-bahan lain. 

Sourdough dipercayai telah digunakan oleh masyarakat Mesir purbakala 4000 tahun dahulu.  Ia digunakan dalam. Pembuatan roti khususnya. 

Di Itali Sourdough dikenali sebagai 'levain'  dalam pembuatan roti. 

Kini seiring zaman Sourdough juga digunakan untuk membuat cookies, biskut,  cucur,  kraken,   roti,  donut dan bun. 

Kini semakin ramai yang mengetahui keistimewaan Sourdough dan membelanya. 

Saya masih belum berkesempatan untuk membela dan belajar menggunakan Sourdough dan lebih selesa membelinya buat masa ini. 

Untuk mereka yang menghadapi masalah usus bocor atau masalah auto imun seperti asma,  eczema,  gout,  arthritis atau masalah penyakit lain yang berkaitan dengan penghadaman anda boleh mencuba resipi Sourdough atau membeli makanan dari Sourdough ini yang kini banyak dijual di kedai organik dan Facebook. 

Insyallah jika punyai masa dan kesempatan saya sendiri akan membela Sourdough dan menghasilkan produk dari Sourdough ini termasuk biskut dan cookies gluten free untuk dipasarkan.

Saya memerlukan masa untuk mengkaji resipi dan cara terbaik untuk membela dan menghasilkan produk yang lebih sihat. 

Doakan. 

Terima kasih. 





Khamis, 8 Disember 2016

12 KHASIAT & KEBAIKAN TEMPE



Sambal tempe enak air tangan saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Bagi peminat tempe.  Ini artikel istimewa untuk anda. 

Tempe adalah dari soya yang ditapai (melalui proses penapaian). 

Ia adalah makanan probiotik yang sihat dan amat bagus untuk kesihatan usus dan mereka yang mengalami masalah usus bocor atau sistem penghadaman yang lemah. 

Untuk anda peminat tempe ini antara khasiat dan kebaikan tempe untuk info anda:-

1. Memperkuatkan usus. 

2. Mencantikkan kulit. 

3. Mengenyangkan dalam waktu yang lama dan bagus untuk mereka yang sedang berdiet. 

4. Tinggi protein. 

5. Kandungan probiotik yang tinggi jika dimakan mentah. 

6.  Tempe mengandungi protein,  vitamin,  zat galian yang tinggi serta anti oksida yang tinggi. 

7. Tempe mentah turut mengandungi enzim dan bakteria baik yang amat bagus untuk kesihatan dan melawan radikal bebas. 

8. Tempe juga mengandungi vitamin B2 dan vitamin B12 serta ni asing yang baik untuk tubuh. 

9.  Tempe kaya zat besi dan baik untuk wanita serta mencegah anemia.  Tempe juga dipercayai boleh mencegah osteoporosis. 

10.  Isofalvon di dalam tempe dipercayai dapat membantu mengurangkan reaksi pembentukan radikal bebas di dalam tubuh. 

11. Phytoestrogen yang terdapat di dalam tempe dipercayai boleh mengurangkan risiko barah payu dara. 

12.  Menikmati tempe juga dipercayai mengurangkan perasaan marah serta hipertensi sekaligus membantu mengurangkan tekanan darah dan mengelakkan perasaan mudah marah kepada individu yang mengamalkan tempe dalam diet seharian. 

Anda digalakkan membeli atau menggunakan tempe yang dijual di dalam daun pisang berbanding tempe yang di bungkus di dalam plastik. 

Adalah satu bonus jika anda dapat membeli atau membuat sendiri tempe dari soya non-gmo untuk mendapatkan sepenuhnya khasiat tempe. 

Tempe digalakkan dimakan mentah atau dibuat kerabu (tidak sesuai untuk mereka yang mengandung) untuk mengekalkan khasiat enzim dan prebiotic di dalam tempe. 

Jika anda menggoreng tempe pastikan menggoreng dalam waktu yang sekejap untuk memastikan khasiat tempe terpelihara ketika dinikmati. 

Ini sahaja perkongsian artikel untuk kali ini. 

Semoga bermanfaat. 

Terima kasih. 


Rabu, 7 Disember 2016

Pilihan Mee Penganti Mee Segera

Antara pilihan perisa yang dijual disini
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Sebagai individu yang pernah menggemari Mee segera tentu sekali teringin untuk menikmatinya lagi terutama jika anda sering terbau Mee Maggi kari yang sering dimasak oleh anak anak muda pengemarnya.


Kini terdapat pelbagai pilihan Mee yang siap  dan lebih bagus untuk kesihatan selain bihun perang atau Mee kering lain kini terdapat pelbagai Mee berasaskan perisa tumbuhan yang menarik dari segi warna persembahan dan rasa. 



Bahan-bahan yang digunakan di dalam pemprosesan Mee ini juga adalah bahan yang hampir Semulajadi dan organik.  Kurang bahan untuk menjadikannya sedap seperti Mee komersial lain tetapi dengan kepakaran anda memasak,  rasa enak Mee jenis ini tidak kurang hebatnya. 



Saya berpeluang mencuba Mee curly perisa teh hijau yang terasa seperti teh hijau asli. 

Saya menikmati Mee ini bersama sup tomato homemade dan pernah juga menggunakan Mee ini sebagai bahan asas Mee goreng Penganti Mee kuning yang tinggi kandungan kapur atau asid borik.

Harga Mee ini RM7.30 sebungkus dan terdapat 4 keping curly Mee di dalam satu bungkusan. 

Hanya sekeping Mee curly cukup untuk membuat 2 orang kenyang kerana kandungan bahan berkhasiat yang digunakan. 

Mee jenis ini juga sedap dimakan dengan sup dan kari serta pengganti kepada nasi jika anda ingin kan menu lain selain nasi. 

Ia juga boleh mengurangkan kerinduan anda kepada Mee segera atau ramen yang kini viral di media sosial. 

Anda boleh mendapatkan Mee ini di kedai organik atau di pasaran aeon atau tesco serta pasaraya berdekatan anda. 

Country farm adalah antara produk organik jenama popular.  Anda juga boleh mencuba minyak kelapa dara jenama ini yang turut popular. 

Selamat mencuba. 

Terima kasih. 





Selasa, 6 Disember 2016

KOKO @ CACAO ORGANIK YANG ENAK


Kakao jenama DAGOBA yang terkenal dan organik

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya pernah menulis artikel :-



di link diatas.

Untuk artikel kali ini saya mempersembahkan salah satu jenama KAKAO atau CACAO organik yang sering disebut-sebut sebagai lebih baik dari COCOA atau KOKO.


di bungkus cantik dari atas kebawah dengan label yang menawan mengingatkan anda kepada  jenama coklat Belgium popular GODIVA

Koko asli jenama ini kebiasaanya boleh dibeli di website beli belah terkemuka iherbs.com yang sentiasa dilayari peminat barangan organik untuk membeli barang import terutama barangan kesihatan.

Untuk anda yang aktif facebook anda boleh membeli dengan beberapa orang pemilik facebook yang menjualnya secara online , borong atau group buy dengan harga mampu milik.

Harga koko ini mengikut nilai USD dan terpulang pada kedudukan matawang negara masing-masing.

rupa serbuk koko ini setelah dibuka

Terdapat pelbagai pendapat mengenai CACAO dan COCOA. 

Ada pendapat mengatakan bahawa cacao ialah koko yang belum diproses dan mempunyai pelbagai khasiat, COCOA pula ialah koko yang telah diproses dan kurang khasiat berbanding CACAO.

Pendapat kedua pula mengatakan COCOA ialah dari buah koko sedangkan CACAO ialah hasilan dari pohon koko. 

Saya berpeluang merasa jenama DAGOBA dari hasilan CACAO ini dan bagi saya rasanya lebih kurang sama rasa serbuk koko Radiant organik malah, serbuk koko RADIANT bagi saya lebih pekat dan sedap. 

Cuma koko jenama DAGOBA ini menang dari segi pembungkusan dan tentu sahaja harga DAGOBA ini jauh lebih mahal berbanding koko jenama RADIANT.

Rasa koko yang berbeza jelas menunjukan bahawa RADIANT dihasilkan dari buah koko dan DAGOBA kemungkinan benar dihasilkan dari pokok koko.

bahagian belakang koko ini
 Koko jenama DAGOBA ini terbukti tanpa glute atau gluten free dan amat sesuai bagi anda yang mengikuti diet tanpa gluten dan sesuai untuk mereka yang menghadapi isu penyakit autoimun.


sesuai dibuat minuman dan untuk masakan

Untuk anda yang ingin mencuba kelainan, dan ingin merasai sendiri rasa CACAO atau KAKAO ini, anda boleh cuba mendapatkan koko jenama DAGOBA ini.


Terima kasih.

14 INFORMASI PENTING MENGENAI AIR REVERSE OSMOSIS (RO)


gambar sekadar hiasan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Untuk artikel kali ini saya berkongsi dengan anda informasi mengenai air Reverse Osmosis (Osmosis Berbalik) atau singkatannya air RO.

Air RO ini secara ringkasnya ialah air yang menggunakan water filter JENIS berteknologi RO, ia berbeza dengan water filter menggunakan teknik alkali atau sewaktu dengannya.

Berikut antara info dan maklumat yang saya dapati dari sumber google dan blog-blog mengenai air RO.

1. Dikatakan WHO pernah membuat kajian mengenai bahaya RO. Ada link disertakan disesetengah blog tetapi link itu telah dipadam atau dialihkan ketika saya membukanya. Dikatakan laporan tersebut mempunyai 22 muka surat dan tebal.

2. Air RO bukan sahaja air yang menggunakan penapis air berteknologi di Rumah. Malah air RO juga turut dijual dikedai-kedai atau pasaraya. Malah ia juga mudah didapati di kedai RM2. Mesin-mesin air ditepi jalan yang dijual 20 sen seliter air itu juga dikatakan menggunakan teknologi RO.

3. Air RO dikatakan bersifat diuretik , dimana jika anda kerap minum air RO menyebabkan badan kekeringan dan kekurangan lebih banyak air sekaligus menyebabkan dehidrasi dan kulit kering.

4. Air RO dikatakan bersifat asid, sekaligus boleh menjadi punca menyebabkan darah berasid. Memakan makanan yang tinggi asid terutama dalam kadar yang banyak setiap hari akan membahayakan tubuh terutama diet moden masa kini kebanyakan makanan yang dimakan juga berasid. Tubuh yang sihat mestilah neutral balance antara asid dan alkali.

5. Air RO ialah air yang bersih sebersih-bersihnya sehingga mencuci segala bahan asing juga bahan mineral baik yang terdapat dalam air itu sendiri. Sekaligus meletakkan air RO sebagai Air yang tiada zat.

6. Air RO yang ‘kosong’ atau tidak mengandungi mineral mengakibatkan ia tidak stabil sekaligus menyebabkan logam berbahaya mudah masuk ke dalam air sekaligus menyebabkan logam yang bertoksid masuk pula ke tubuh manusia. Atau dengan penerangan paling mudah , Air RO tidak berelektrolit mineral sekaligus ia amat cepat menyerap radikal bebas. Radikal bebas yang terdapat dalam pelbagai makanan terutama makanan zaman moden ini akan diserap masuk kedalam tubuh. Radikal bebas (penyebab terjadinya penyakit dan cepat tua) akan diserap oleh air dan dibawa ke seluruh anggota tubuh ke otak, kaki, badan,usus yang pasti menggunakan air tersebut, andaikan air diserap radikal bebas itu sampai ke otak dan disitu juga air yang menyerap toksid (radikal bebas) itu berfungsi. Tentu banyak kesan sampingan tidak bagus terhadap ‘otak’ manusia itu . Bayangkan bahagian tubuh lain pula.

7.  Air semulajadi yang tidak ditapis mengandungi mineral yang bagus untuk tubuh, tetapi ia ditambah klorin oleh manusia untuk mengelakkan bakteria e-coli. Air yang menggunakan teknologi RO haruslah diminum terus kerana ia tidak mengandungi klorin. Tanpa klorin air itu jika disimpan lama mempunyai risiko bakteria e-coli.

8. Dikatakan sebilangan doktor menyarankan untuk minum air RO untuk pesakit buah pinggang kerana dikatakan air itu lebih mudah diproses oleh pesakit yang mempunyai risiko penyakit buah pinggang. Malah kebanyakan hospital juga menggunakan air ini. Wallahualam.

9. Sistem penapis air RO juga menapis bahan tercemar yang bahaya untuk kesihatan seperti logam berat, raksa, arsenik dan nitrat yang bahaya pada tubuh.

10. Air RO juga jauh lebih murah dari air Mineral yang harganya hampir 2x ganda dipasaraya dan kerai runcit sekaligus sesuai bagi mereka yang kesuntukkan budget.

11. Kesan sampingan yang bahaya untuk tubuh jika kerap menikmati air RO (kerana ia membuang kalsium, magnesium, zat besi, sodium dan lain-lain) ialah ia boleh mengakibatkan masalah perut usus, ketumpatan tulang, masalah lutut ,sendi dan masalah jantung

12.  Untuk mengurangkan risiko air RO ini, digalakkan anda menambah garam mineral himalaya atau garam pink himalayan untuk mengantikan mineral yang telah hilang didalam air RO ini.

13. Air RO dikatakan adalah air terbaik untuk membuat KOPI ENEMA iaitu kopi bagi tujuan detoks yang mula popular beberapa tahun ini.

14. Air RO juga dikatakan melemahkan tubuh badan kerana ia mencuri zat-zat didalam makanan lain dan juga didalam tubuh manusia. Dikatakan bahawa mereka yang sakit tidak sesuai minum air RO dalam tempoh yang lama.


Ini sahaja perkongsian info mengenai air RO untuk anda. Dikatakan air RO tidak digalakkan untuk diminum untuk jangka masa panjang dan harus diselang seli kan dengan air mineral atau air alkali.


Terima kasih.

Jumaat, 25 November 2016

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN Part 33 :- RODONG MELETOP


Lempeng Kelapa disini sedap

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sempena cuti sekolah yang bakal menjelang saya kongsikan dengan anda Tempat Makan Best di Kuantan dan sambungan artikel Tempat Makan Best dari link sebelum ini di sini JAMAN TORY RESEPI.

kedai makan ini sentiasa dikunjungi ramai pelanggan
 Nama kedai makan ini ialah RODONG MELETOP.

Kedai makan Rodong Meletop ini terletak berhampiran tempat cuci kereta atau berhadapan TNB Kuantan. Berhampiran Megamall Kuantan.


pemandangan disini

Kedai makan ini dibuka dari pagi sampai malam. Sebelah malam kedai makan ini turut menyajikan satay sebagai menu yang popular disini.

antara barisan menu dan harga

Terdapat pelbagai jenis masakan pagi disini. Semuanya enak-enak sekali. Dari kuew tiaw goreng, bihun sup, mee kari, nasi kerabu, nasi dagang, lempeng kelapa, kuih muih dan sebagainya.

bahagian jualan roti dan lempeng serta sup dan kari.
Jika anda berada atau bercuti di tengah-tengah bandar Kuantan anda tidak perlu risau lagi kerana tempat makan ini adalah antara tempat makan paling strategik di bandar ini.

Malah jika anda peminat telur kampung disini juga dihidangkan telur kampung separuh masak sebagai antara menu utama. 


antara menu dan harga yang dipaparkan jelas disini.
 Harga menu di sini juga berpatutan , harga bihun sup dan mee kari hanya RM4, Lempeng kelapa RM2.50, Telur ayam kampung sebiji RM1 dan pelbagai menu yang menambat rasa.


air suam atau air masak disini menggunakan mesin filter lebih selamat
 Ketika saya berada disini saya memerhatikan bahawa pekerja dikedai makan ini menggunakan mesin air filter untuk minuman suam atau sejuk yang diminta oleh pelanggan sekaligus baik untuk kesihatan, maka tidak hairanlah jika air suam atau air biasa dicaj.


kuih kering yang turut dijual disini
 Disini juga terdapat pelbagai kuih kering yang turut dijual termasuk madu kampung.

tulang untuk sup tulang

Jika anda teringin sup tulang ketika awal pagi sebagai sarapan juga anda boleh menikmatinya disini.

kuah nasi dagang ikan tongkol
 Nasi dagang ikan aya atau tongkol serta cekodok pisang juga dijual disini.










mee kari, bihun sup dan horlics panas


saya menikmati bihun sup dan mee kari

lempeng kelapa yang enak serta telur kampung
Tunggu apa lagi, jika anda berada di Kuantan, sila cuba menikmati makanan di kedai makan Rodong Meletop ini.


Terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...