Sabtu, 10 September 2016

Tempat MENARIK DI MELAKA - EMILY TRAVELLERS HOME Part 1



gambar diambil ketika hari kedua berada di Melaka setelah seharian berpanas dan sunburn dek cuaca panas membahang disini..

Assalamuaaikum wbt & salam sejahtera.

Artikel Kali INI saya ingin berkongsi dengan anda antara Rumah Pengembara @ persinggahan yang wajar anda menginap Dan tidur ketika anda bercuti di MELAKA , bandaraya yang paling bersejarah di Malaysia INI.

Hotel Equotarial antara mercu tanda bandar hilir ini dan berdekatan Emily Travellers Home
Anda bujang? atau baru berkahwin atau pasangan yang sudah mempunyai anak yang besar serta sukakan keunikan? serta sejarah tersendiri di MELAKA?

Saya syorkan anda untuk menetap dan tinggal disini untuk beberapa hari.

Emily Traveller Home adalah satu-satunya Rumah Pengembara Unik yang berada di Bandar Hilir Melaka, tidak sampai 5 minit ke Dataran Pahlawan mahupun Mahkota Parade sekaligus menjimatkan kos masa anda, parking dan sekaligus minyak dan duit anda untuk anda menikmati keindahan bandar ini dengan tenang tanpa terkejar-kejar dan tanpa alasan stress terperangkap dalam jem dan tension mencari parking dikawasan yang cukup terkenal dengan limpahan pelancong dari seluruh dunia ini.

pemandangan dari dalam pintu pagar Emily's

Berada berdekatan hotel equatorial berdekatan Dataran Pahlawan, berhampiran hotel Hatten yang mewah, anda akan melihat pemandangan jelas kedua-dua hotel popular INI jika anda berada di Emily's.

sebaris bangunan lama anda boleh melihat pintu pagar Emily's dan pepohon yang menghijau dari jauh
Dari Hotel Equatorial anda hanya perlu berjalan terus melalui bangunan yang agak lama dan dari jauh anda sudah boleh melihat pintu pagar klasik Emily's dan pohon menghijau.

Hotel Hatten yang jelas kelihatan
Dari Jalan Besar atau Jalan Parameswara, anda boleh melihat dengan jelas kelibat hotel Hatten, melalui barisan bangunan seperti gambar rajah diatas dan rumah batu 2 tingkat berkembar, anda akan bertemu pintu pagar Emily's.

berhadapan rumah batu 2 tingkat rekabentuk lama, anda akan bertemu pintu pagar Emily

Baik sila lihat dengan jelas, bentuk rumah pengembara ini dari hadapan. Pohon pokok tinggi yang menghijau, lukisan yang menawan dan pelbagai keunikan lagi.

Emily Travellers Home yang unik berada di Jalan Parameswara
Berhadapan dengan bangunan tempat tinggal unik dan mempersonakan ini, dari luar sahaja jika anda adalah peminat antik dan sejarah tentu anda boleh teka apa yang akan berlaku jika anda mula masuk dan menginap disini. Pasti Menarik!.


bernombor 71 di Jalan Parameswara
Terletak di no 71 Jalan Parameswara, paling hampir dengan 7 Eleven dan Hotel Equotorial. Paling strategik di Tengah-tengah Bandar Hilir untuk anda ke Jonker Walk berjalan kaki atau menyewa basikal yang sewanya tidak sampai RM15 sehari yang turut disediakan di EMILY'S,

pemandangan dari luar pintu pagar EMILYs yang mempersonakan
Pertama kali anda melihat dari luar pintu pagar Emily Travellers Home ini anda pasti tidak sabar untuk masuk kedalam rumah pengembara ini.

pemandangan di tepi pagar - kolam yang dipenuhi pelbagai tumbuhan disekeliling dan didalammnya
Masuk sahaja kedalam, anda akan melihat kolam yang dipenuhi tumbuhan menghijau, bunga teratai yang sedang kembang (jika anda bernasib baik) dan tumbuhan istimewa lain.

kolam dipenuhi pokok bunga teratai dan lukisan didinding serta bangku menunggu yang diambil gambar dari bahagian belakang
Lihat sahaja antara gambar yang sempat saya ambil ketika disini.

Anda pasti akan merasa cukup beruntung jika melihat bunga teratai yang kembang mekar disini pada waktu pagi.

bunga teratai sedang berkembang mekar diwaktu pagi akan menceriakan terus hari dan pagi anda 

Di pagari pagar besi, masuk sahaja ke dalam Jalan menuju pintu anda 'disambut' dekorasi kolam indah yang dihiasi bunga teratai Dan pelbagai bunggaan cantik. Juga batu-batu kecil berwarna warni yang mempersonakan seterusnya membawa anda ke 'kaunter pertanyaan' Emily Travellers Home ini.


gambar hadapan kaunter pertanyaan Emily Travellers Home

Emily Travellers Home INI terletak di Jalan Parameswara, Bandar Hilir Dan merupakan satu-satunya 'traveller home' yang saya jumpa atau mungkin terdapat di bandar INI. 

Dari luar sahaja anda sudah boleh melihat betapa unik lukisan terukir di rumah pengembara INI.

Apabila anda melangkah ke satu-satunya Ruma Pengembara di Bandar Hilir ini anda akan dijemput dengan alas tapak kaki merah 'welcome' yang mempersilakan anda untuk bermalam disini.

Saya beri anda lihat dengan jelas kawasan yang anda lalui sebelum sampai di 'kaunter pertanyaan'diatas.

pandangan sebelah kanan dari perjalanan pintu pagar yang terpampang lukisan tulisan 'Emiy Travellers Home'

pandangan sebelah kanan, lukisan dan kerusi untuk berehat 



Di sebelah kanan anda akan melihat lukisan bertulis 'Emily Traveller home' & disebelah kiri ialah bangku tempat rehat Dan lukisan simbolik di tepi kolam.

pemandangan yang lebih jelas


pemandangan yang dilihat dari dalam

Anda akan di sambut dengan alas kaki 'welcome' & dari dalam 'penyambut Emily' akan menjemput anda. Anda hanya perlu tekan loceng yang disediakan.

ruang tamu dan menonton television

sofa untuk berehat
pemandangan dari dalam

gambar ini diambil ketika senja



Lihat, gambar diatas adalah gambar ruang tamu disini.

basikal yang boleh disewa jika anda menginap disini- lihat luskisan cina yang tergantung didinding menuju tangga


gambaran lebih jelas lukisan cina istimewa zaman berzaman yang digantung berhampiran tangga diruang tamu

antara pemandangan diruang tamu


pemandangan di ruang tamu yang lebih jelas

penuh hiasan dan lukisan

lihat dengan jelas keunikan disini

gambaran berdekatan tangga yang lebih jelas


antara hiasan dan lukisan diruang tamu

kolam hiasan di ruang tamu

Terdapat tangga menuju ke bilik atas & ia tangga yang kerap saya gunakan untuk kemana-mana dari bilik saya yang berada diatas ketika Musim hujan selama 5 bulan saya menginap di rumah pengembara INI.

Selain itu lukisan antik 'cina' kolam istimewa berpayung hijau 'cina', Serta lukisan Dan ukiran lain mencantikkan lagi ruang tamu INI.

gambaran lebih jelas

Istimewanya ruang tamu INI anda boleh melihat paku pakis menghijau diluar Dan APA yang berlaku di bandar hilir Dan Jalan utama bandar INI terutama di waktu malam tanpa perlu keluar.


Dari pintu ruang tamu yang berhias kartun arnab Dan lukisan menarik tinggalan coretan setiap pengembara yang pernah singgah disini anda akan dibawa melalui setiap bilik yang berada ditingkat bawah rumah pengembara INI.


Lihat ruang untuk anda berjalan menuju destinasi bilik yang berada ditingkat bawah Dan seterusnya tempat Dan kawasan menarik di rumah INI.

Saya akan menulis Dan menyambung artikel INI di bahagian 2 selepas INI. Insyaallah.

Terima Kasih.

**** Artikel mengenai EMILY'S di tajuk atau link di bawah :-





Ahad, 4 September 2016

Khasiat Asam Gelugor

           

Semenjak kecil, ketika balik Kampung di Temerluh, saya sering melihat arwah nenek saya mengupas Buah Asam gelugur Yang seakan Buah labu kecil untuk dijemur.

Ke kadang saya menikmati Buah Asam gelugur mentah-mentah, rasanya masam tetapi sedap.

Kini di Melaka ini , saya berkesempatan bertemu lagi dengan ramai penjual yang menjual Asam gelugur yang Segar dan cantik yang masih Baru dijemur kering dengan harga yang murah. Alhamdulillah.

Terdapat pelbagai KHASIAT ASAM GELUGUR antara yang terkenal ialah untuk 

1. Sebagai amalan wanita dalam pantang Dan mereka yang ingin menguruskan badan.

2. Asam gelugur juga dikatakan membantu mengecutkan rahim.

3. Kandungan Asid utama asid hydroxycitric atau HCA di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. 

4.HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak. Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan. 

5. Penggunaan asam gelugur juga telah lama mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

9. Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

10. Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. 

11. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. 

12.Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan airdaun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

13. Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadisedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

14. Cara Paling mudah untuk mengamalkan Asam gelugur ialah menambahkan asam gelugur sebagai bahan penyedap masakan seperti singgang, sup Ayam atau sup Kambing yang bukan sahaja membantu menghuraikan khasiat yang berada dalam tulang-tulang binatang Dan ikan tersebut malah ia turut menambah kesedapan rasa makanan.

Saya kini makin kerap menambah Asam gelugur didalam sup Dan singgang hampir 3-4 keping sekali masak.

Dari pengalaman saya, bukan sahaja masakan makin enak malah pembuangan najis Dan toksin dalam tubuh juga lebih mudah Dan puas.

Dengan harga yang murah, Asam gelugur jauh lebih selamat berbanding supplement terproses diluar yang dijual jauh lebih mahal.

Untuk anda yang ingin menurunkan badan atau menambah lagi khasiat Dan rasa enak dalam masakan anda. Amalkan Asam gelugur mulai Sekarang.

Ini sahaja perkongsian untuk Kali INI, semoga mendapat manfaat.

Terima Kasih. 










Menu Ringkas




saya sering mengupload setiap menu yang dimasak didalam instagram saya-  menu sup kambing

ais krim potong dari bubur kacang merah organik

Assalamuaaikum wbt & salam sejahtera.

Hari INI saya ingin berkongsi dengan anda menu-menu ringkas bujang saya yang hanya menggunakan periuk nasi sahaja untuk memasak.

Gambar pertama ialah sup Kambing tempatan Dan Yang kedua ialah ais krim kacang merah potong Yang diperbuat Dari bubur kacang merah Dan dibekukan bakinya dalam bekas ice cube sahaja.

Saya hanya menggunakan gula molasses untuk bubur kacang merah saya.


sup ayam kampung atau mee sup ayam kampung
Di bandar Alor Gajah ini saya berpeluang membeli mee kuning tanpa boric asid yang tidak tahan lama dan harus segera dimasak. Saya membelinya di Pasar Alor Gajah, Melaka.

antara herba mediteranean yang saya gunakan
Disini juga saya berpeluang meng'explore' atau bereksperimen dengan pelbagai herba yang saya beli di Tesco, Cheng Melaka dalam setiap masakan saya. Ini termasuklah herba tyme, rosemarry dan peppermint.


salad dan telur goreng adalah antara menu ringkas yang paling mudah untuk disediakan


oleh kerana di Alor Gajah ini sukar mendapat jenama coklat tinggi kandungan koko, saya hanya memilih cadbury choclate yang tanpa trans fat sahaja
cocktail avocado yang mudah disediakan dan jika ada lebihan hanya kisarkan ia menjadi jus avocado lazat lagi enak

Selain sup Kambing, saya berpeluang memasak sup Ayam Kampung Dan mula belajar menggunakan herba-herba daun Segar popular masakan barat dan mediteranean seperti daun pudina, tyme Dan rosemarry.

Sesekali saya membuat jus alpukat atau avocado menggunakan susu farm fresh Dan cadbury almond chocolate atau hanya menjadikannya cocktail avocado sahaja Dan baki cocktail tersebut saya kisar menjadi jus avocado yang enak.

Untuk sarapan pagi mudah saya rajin menikmati roti termasuk roti gardenia bersama mentega atau keju Dan salad ringkas.

antara pilihan sarapan saya sebagai orang bujang
sup kambing antara menu wajib disini

antara menu paling mudah dan ringkas, saya memang sukakan nasi keras dan berketul walau ia agak tidak bagus untuk penghadaman untuk dimakan dengan sup.

Ketika saya malas saya hanya menggoreng sayur kobis atau memasak ikan singgang yang saya ubah resepinya dengan tambahan Herba lain untuk lebih khasiat. Abaikan nasi keras berketul ITU sebab ITU kegemaran saya Dan ikan singgang hodoh ITU kerana saya kesuntukan masa.
air barli dan campuran kurma merah cina adalah antara remedi penyejuk badan yang kerap saya amalkan
antara pilihan pengat dan bubur paling mudah disediakan

avocado yang tinggi khasiat amat enak dinikati bersama mentega asli dan roti

antara menu saya untuk satu hari

jus nenas tanpa campuran gula amat bagus untuk batuk dan sakit tekak serta tinggi bromelain dan vitamin C

Jus nenas antara yang kekal menjadi antara minuman yang saya gemari jika saya punyai masa membuat Dan membelinya.

Salad adalah menu paling mudah untuk orang bujang seperti saya. Telur goreng adalah menu sihat yang paling sedap untuk sarapan pagi bujang.

antara menu seharian saya ketika malas melanda

Saya lebih suka memasak pengat atau bubur sahaja menggunakan santan Segar. Jangan risau, kajian terkini telah terbukti bahawa santan amat bagus untuk kesihatan Dan digunakan lebih kerap Dan mulai popular di negara-negara barat. Rugi jika anda tidak belajar mengunakan santan mulai Sekarang dalam setiap masakan anda.

Sesekali untuk sarapan saya hanya memasak tomato ditabur keju Dan Herba sahaja untuk menu ringkas saya.
sarapan pagi paling mudah- tomato dan hirisan cheese yang di letak atas api dapur sebentar serta dihidang atas salad
biskut kacang hijau organik kekal sebagai kegemaran saya

Semenjak sembuh Dari TSW atau ekzema 100%, alhamdulillah. Saya telah mula menikmati makanan luar lebih kerap. Biskut tiger & biskut jaacob making kerap saya nikmati termasuk KFC Dan McDonald's (rakan belanja, terpaksa makan).

Kuih kacang hijau Organik terus kekal sebagai kuih kegemaran saya.

Malah saya pernah menikmati makanan luar 3bulan berturut-turut termasuk menghabiskan stock biskut-biskut raya. Alhamdulillah , ekzema saya tidak kembali Dan sembuh sepenuhnya.

Semoga untuk anda yang Baru berpindah Dan masih tidak mempunyai dapur terutama pelajar-pelajar (ketika ini saya menghadapi isu mengenai keadaan dapur saya), boleh menggunakan imej Dan menu ringkas ini sebagai ilham untuk masakan paling mudah Dan menjimatkan masa.

Insyaallah saya akan berkongsi lagi kisah pengalaman ekzema saya dengan anda selepas artikel INI.

Terima kasih atas sokongan anda.

Terima Kasih.


Sabtu, 27 Ogos 2016

Kisah Emily's

Emily's dari pandangan luar



Assalamuaaikum wbt & salam sejahtera.

 Alhamdulillah setelah 5 bulan berada di Emily Travellers Home, Bandar Hilir Melaka , saya akhirnya berhijrah ke tempat Baru iaitu Bandar Alor Gajah Melaka .


Emily terletak di no. 71

 Sebagai menghargai keunikan dan keistimewaan Emily's, dan rezeki saya menginap disini selama 5 bulan, saya akan menulis mengenainya dalam beberapa bahagian artikel khas , insyaallah.

salah satu pemandangan Emily di waktu malam

rumah kampung unik tinggalan zaman berzaman

Sebelum ITU saya berikan anda lihat beberapa gambar indah untuk tatapan sebelum artikel-artikel khas saya mengenainya selepas INI.

lorong berjalan kaki dari reka bentuk kolam istimewa yang amat saya sukai


antara ribuan tanaman yang tumbuh subur disini

tangga yang sering saya dan pengembara lalui untuk turun dari bilik kami

Tuah sikucing gemuk sedang tidur di Ruang tamu Emily di waktu malam

sempat mengambil gambar Skrub asli keluaran saya disini

antara tulisan tinggalan disini
lorong atau kolam istimewa yang kaya dengan segala tulisan istimewa

antara barisan bilik di bahagian bawah berdekatan ruang tamu

bahagian tempat makan untuk sarapan pagi dan seterusnya. Lihat puluhan lambakan buku pengembara disini.
Ruang istimewa dari tempat mandi (open shower) , dapur, tempat makan dan sebagainya. Lihat beruang panda comel sebagai hiasan di atas pokok disini.

antara lukisan pintu bilik dan tinggalan coretan pengembara disini

salah sebuah bilik istimewa di Emily

inilah tangga yang akan saya naiki setiap hari kebilik saya dan imej yang sering saya lihat 24 jam disini.

Lihat sahaja setiap gambar Dan tulisan yang penuh 'makna'.

Emily's Traveller home adalah tempat tinggal.pertama saya di Melaka selama 5 bulan.

Keistimewaan tempat INI akan saya kongsikan dengan anda dalam waktu terdekat INI. insyaallah.

Ketika INI laptop saya mengalami sedikit masalah sekaligus menyebabkan saya hanya boleh mengemaskini setiap artikel Baru hanya melalui hand phone sahaja.

INI antara punca mengapa artikel saya sebelum ini amat ringkas & kurang 'penceritaan'.

Semoga isu laptop saya akan selesai dalam waktu terdekat ini.

Doakan. Terima Kasih.




Sabtu, 20 Ogos 2016

Keju Pilihan Terbaik

lihat segala kandungan dilabel produk

Assalamuaaikum wbt & salam sejahtera.

Ketika anda memilih produk makanan atau minuman. Pastikan anda membaca segala kandungan di label produk.


selain cop halal , kandungan bahan selamat juga penting

Ia, mungkin ia mengambil masa yang agak lama. Selain cop halal yang wajib ada, atau sekurang-kurangnya tiada bahan yang menerbitkan rasa was-was.

Untuk Kali INI saya ingin berkongsi dengan anda antara pilihan keju terbaik yang sempat says amati kandungannya iaitu keju jenama BEQA.

Tertulis di bahan kandungan ia mengandungi 95.5% susu sapi atau susu. Sekurang-kurangnya jelas menunjukkan bahan diperbuat Dari susu berbanding keju jenama lain.

BEQA jenama keju antara yang boleh dipercayai, dan ini adalah jenis keju blok.

Sila lihat isi keju didalam kandungan ini. Masih belum dihiris cantik. Saya menghirisnya halus-halus untuk dimakan bersama roti. Ia untuk masa INI sesekali saya memang menikmati roti gardenia yang saya kira jauh lebih sihat dari roti jenama lain.


kini menjadi antara jenama keju kegemaran saya

Berbeza berbanding keju lain, keju Jenis INI kurang proses Dan mungkin lebih sesuai dengan mereka yang mengalami alergi susu.

Harga keju INI dibeli oleh saya kurang Dari Rm16 Dan ia juga ialah keju Jenis 'block cheese'.

Anda boleh mendapatkannya di pasaraya Tesco atau Giant atau pasaraya besar lain berhampiran anda.

Selamat mencuba & terima kasih.








Sabtu, 30 Julai 2016

JOM BUAT JAMU ASLI SENDIRI

gambar hiasan
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah artikel sambungan link ini 3 RESEPI JAMU MUDAH

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda RESEPI JAMU ASLI ATAU HOME MADE yang saya ambil dari facebook Suzy Honey Herbs dan saya lihat banyak lagi pages facebook lain menyiarkan resepi yang sama.

Berikut antara bahan jamu mudah yang anda boleh buat sendiri.

1.  Jamu Air Rebusan  Serai dan Halia.
      - 3 batang serai segar.
      - 4cm halia  atau 2 ketul halia bara atau bentong

Diketuk kedua-dua bahan tersebut kemudian direbus  dengan 3 gelas air  sehingga menjadi 1gelas air . Tunggu air menjadi suam kemudian diminum. 

Jamu ini sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa  letih dan mengalami lenguh-lenguh badan,  kolestrol  tinggi  dan sakit urat saraf.   Disyorkan minum selepas makan di siang hari. Dan diamalkan 2-3 kali seminggu.

2.  Jamu Air Rebusan Daun Sireh 
      - Daun  sireh 3 ke 5 helai. 
Di rebuskan  dengan 3 gelas air dan biarkanhingga ia menjadi 1 gelas. Biarkan suam dan di minum.
**Tambahan : boleh dicampurkan dgn bunga  cengkih 3 kuntum.

Jamu ini sesuai untuk menghilangkan bau badan dan memulihkan segala penyakit  berkaitan urat dan sengal-sengal badan. 

Jamu Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu  ke 10 hari sekali. 

3 . Jamu Air Rebusan Daun Sireh dan Daun Inai
       - Sediakan 3 ke 5 helai daun sireh.
       -  Dan Segenggam  daun Inai.
 Kedua-dua bahan direbus  bersama 3 gelas air dan sehingga menjadi 1 gelas air. Tunggu hingga suam dan minum.

**Air Rebusan  ini spaling sesuai digunakan  bagi perempuan  yang mengalami  keputihan dan lendiran yang banyak.  Juga berbau. Daun inai bersifat tajam. Amalkan sekali sebulan sahaja.

Jamu rebusan ini sesuai di amalkan  selepas haid. 

4. Jamu Air Rebusan Halia Serai cengkih dan kunyit
     -  2 /  3 batang serai di ketuk
     -  3cm halia  (tua/muda).di ketuk
     -  2cm kunyit di ketuk
     -  sedikit  kulit kayu manis / bunga  
        cengkih /bunga lawang
      - daun pandan sehelai
      - sedikit  gula batu.
        *** gula batu lebih bagus digantikan dengan
        madu jika suka.

****Rebusan  ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid. 
Cukup sekali sebulan sahaja diamalkan dan diminum.
Bagi mewangikan kewanitaan  anda dan menyegarkan badan. 

Segala resepi  dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut  kepada keperluan dan kesesuaian badan anda.

Segala ramuan jamu-jamu ini tidak disyorkan diamalkan setiap hari. Sila pastikan amalan dan aturan mengikut  keperluan badan sendiri dan kesesuaian tubuh.

Ini adalah amalan untuk  penjagaan  kesihatan  terutama  bagi menjaga  dalaman badan dan menyegarkan  urat saraf. Membuang toksid dan lemak serta 1001 khasiat.

Untuk tambahan ilmu dari Ice atau Siti Aishah Nona Roguy, bagi wanita yang bergelar isteri, anda harus rajin-rajin meruang faraj.

Buat rendaman faraj dengan air sireh 2kali seminggu. Juga digalakkan bertanggas padah hari ke 6-13 period atau HAID.

Digalakkan rajin-rajin menikmati herba dan jamu.

TERIMA KASIH ATAS MEREKA YANG BERKONGSI INFO ASAL INI.

Terima kasih.


Rabu, 27 Julai 2016

KHASIAT MINYAK ZAITUN

Minyak Zaitun Palestin Pilihan Saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Antara minyak paling popular didunia ialah Minyak Zaitun. Terdapat pelbagai pilihan minyak zaitun yang anda boleh pilih dan antara yang paling popular ialah VIRGIN OLIVE OIL atau minyak zaitun dara.

Dikatakan bahawa Virgin Olive Oil (minyak zaitun dara) ialah dari Ekstrak Pertama buah zaitun dan tinggi khasiat.

Buah Zaitun atau minyak Zaitun paling terkenal didunia ialah dari negeri SYAM atau Palestin kerana dikatakan pokok zaitun yang berusia beribu-ribu tahun ditanam dan berada di Palestin selain itu kandungan asid dalam minyak zaitun palestin adalah yang paling rendah.

Ini antara khasiat minyak Zaitun untuk anda :-

1.Baik untuk kulit terutama mereka yang menghadapi masalah Ekzema DAN alahan serta penyakit kulit yang lain termasuk psoriasis.

2. Untuk melembabkan kulit wajah dan awet muda, boleh disapu diwajah sebagai pelembab dan krim malam.

3. Sesuai sebagai sapuan untuk strechmark dan menghilangkan parut-parut degil.

4. Mengurangkan kedutan dan berfungsi sebagai 'krim anti penuaan'.

5.Juga sesuai untuk sakit lutut dan sendi, arthritis , terkehel dan sebagainya, hanya sapu dibahagian yang sakit sebelum tidur.

6. Untuk pesakit kanser dan leukimia, baca ayat-ayat RUQYAH dan amalkan minum sesudu besar minyak zaitun setiap pagi dan malam.

7. Sesuai untuk mereka yang gastrik, amalkan menikmati sesudu minyak zaitun sebelum sarapan atau makan apa-apa makanan.

8. Mereka yang menghadapi masalah penghadaman, usus bocor, buasir, sembelit digalakkan mengamalkannya termasuk mereka yang menghadapi masalah angin dalam badan.

9. Minyak zaitun Palestin juga adalah antara minyak sapuan bagi anda yang sedang mengharung proses Topical Steroid Withdrawal atau Ekzema yang teruk. Ia antara supplement wajib untuk kanak-kanak dan golongan dewasa yang menghadapi masalah ini.

10. Turut digunakan untuk rawatan gangguan jin dan saka serta sihir. Dengan amalan-amalan dan bacaan-bacaan tertentu dan disapu dianggota sujud dan tempat sakit.

11. Jika anda menghadapi sakit gigi dan gusi, anda hanya perlu campurkan minyak zaitun ini dengan sedikit garam (lebih elok garam pink himalayan), dan isi ditempat sakit.

12. Paling terkenal melebatkan rambut dan sebagai minyak rambut sekaligus melebatkan dan menghitamkan rambut.

13. Juga digunakan untuk memanaskan badan serta menguatkan tenaga batin. Boleh disapu dianggota sulit untuk menguatkan dan sebelum hubungan seks. Sesuai untuk lelaki dan wanita.

14. Bagi anda yang sensitif dengan minyak zaitun terutama dibahagian wajah atau minum terus, anda boleh mengamalkan menikmati minyak zaitun didalam masakan dan salad atau menjadi cicahan roti dan makanan lain, sungguh sedap.

15. Antara fungsi paling terkenal minyak zaitun ialah menurunkan kadar kolesterol. Dikatakan jika anda menambahkan minyak zaitun kedalam masakan berminyak dan berkolesterol, kesemua minyak akan menjadi sisa dan tidak diserap oleh tubuh. Wallahualam.


16. Campuran limau nipis tua dan minyak zaitun juga dikatakan boleh mengubati batu karang. Hanya perah jus limau nipis dan campur sesudu minyak zaitun dan campurkan dengan segelas air. Minum dan amalkan sehingga batu karang itu keluar atau pecah.

17. Jadikan minyak zaitun ini sebagai lotion atau bahan urutan untuk bayi anda berbanding lotion biasa yang terdapat dipasaran.

Dinasihatkan dan digalakkan anda membeli minyak zaitun keluaran Palestin, Turki atau Turnisia atau negara Arab lain untuk keberkahan minyak zaitun itu sendiri.


Semoga info ini bermanfaat untuk anda.

Terima kasih.

KEREPEK JAGUNG SEDAP !!!

Kerepek jagung dan kudapan enak untuk sekeluarga
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sudahkah anda membeli dan merasai KESEDAPAN & KEENAKKAN 

KEREPEK JAGUNG

CRUNCHY FLAKES BY QISYA KHADEEJA?

Ia dimasak dan diperbuat oleh saya.

Ada yang panggilnya kerepek curry, KEREPEK JAGUNG KARI,
CRUNCHY FLAKES, SNEK JAGUNG dan sebagainya.

Paling penting memang ramai memuji kerepek jagung enak, lagi sedap ini.


hanya RM12 sebalang

Kerepek emping jagung ini sesuai sebagai KUNYAH-KUNYAH, KUDAP-KUDAPAN seisi keluarga.

Anda boleh menikmatinya dimana-mana sahaja.

Amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet atau yang sedang mengamal DIET KURANG GULA.

Sekurang-kurangnya jagung adalah makanan tanpa gluten atau GLUTEN FREE.

Namun sayangnya,  emping jagung ini tetap dikira bahan proses dan masih punyai Gluten. 


Maaf jika anda sedang menghadapi TOPICAL STEROID WITHDRAWAL FASA 1-2 , makanan ini masih tidak sesuai dengan condition atau situasi tubuh anda.

Tunggu sehingga usus anda telah sihat dan kuat , masa untuk anda yang telah mengharungi TSW untuk menikmati snek ini sekali-sekala.

Sekurang-kurangnya snek ini jauh lebih sihat dari snek-snek diluar atau makanan manis yang jauh disukai candida.

Anda harus cuba snek ini jika anda mencari alternatif makanan ringan dan snek yang lebih sihat.

Jika anda mahu yang lebih sihat dari KEREPEK JAGUNG ini, rebus sendiri jagung segar anda dan makan.


WHATAPPS 016 - 276 2636  untuk pembelian CRUNCHY FLAKES BY QK

sekarang.


Terima kasih.

BLOGGER: PENGUNJUNG DARI RUSIA

*** untuk paparan imej yang lebih besar & jelas, sila klik imej

jumlah pengunjung yang hampir 2400 paparan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. 
Telah lama saya tidak mengemaskini blog ini dengan info-info bermanfaat dan khasiat-khasiat untuk dikongsikan bersama anda.

Alhamdulillah blog ini terus dibaca dan dikunjungi oleh pengunjung seluruh pelusuk dunia dan minggu-minggu kebelakangan ini ia kerap dikunjungi oleh pengunjung dari negara RUSIA.

jumlah pengujung dari Rusia yang lebih dari 1500 paparan
Paparan blog ini pada hari semalam menunjukkan hampir 2400 paparan dan lebih dari 1500 paparan datang dari negera RUSIA.

Saya tidak tahu apa yang menarik minat setiap pembaca dari luar negara (sama ada rakyat Malaysia yang menetap disana atau penduduk peribumi negara itu sendiri), saya hanya bersyukur dan berterima kasih diatas sokongan anda memilih blog ini sebagai bahan bacaan.

Menulis blog memerlukan idea dan 'ruang persendirian' untuk mendapatkan mood agar tulisan yang diluahkan seiring apa yang cuba disampaikan kepada pembaca supaya pembaca mudah memahaminya sehingga terdorong untuk sama-sama mengamalkan apa yang dikongsi oleh saya di blog ini terutama dalam pengalaman saya menggunakan produk-produk asli dan pahit manis yang dilalui.

Jujur saya katakan, tidak semua ditulis adalah sesuai dengan semua golongan dan cara hidup, ambil sahaja yang sesuai dengan anda dan tidak semua yang tidak sesuai dengan saya , tidak sesuai dengan anda. 

Terima kasih untuk anda yang terus menyokong blog ini. Jika anda masih belum menulis, masa untuk belajar menulis dari sekarang.

Terima kasih.




Jumaat, 22 Julai 2016

EKZEMA / TSW: ULANGKAJI

Gambar yang diambil awal pagi di Traveller home tempat saya menginap
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya sering menerima soalan yang sama dan berulang-ulang tetapi dari orang yang berlainan di email dan whatapps mengenai ekzema dan TSW.

Sejujurnya saya memang agak sukar menjawab email dan whatapps kerana ia memerlukan penerangan yang amat panjang dan saya lebih suka anda merujuk blog ini atau join mana-mana group Ekzema dan kumpulan sokongan ekzema di facebook.

Soalan yang ditanya kebanyakkan telah dijawab dan ada didalam blog ini Sesungguhnya saya sendiri ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman dan banyak lagi tetapi semua itu memerlukan mood, daya tahan dan otak yang tenang untuk berkongsi dan menulis. Bukan senang menulis artikel blog terutama jika anda berada dikawasan bising seperti sedang menggunakan wifi percuma di mcdonalds (saya tidak makan mcdonalds hanya menumpang wifi sahaja).

Baiklah mari saya buat ulangkaji benda yang telah saya tulis diblog ini bersama-sama :-

1. Jika anda sehingga peringkat setiap bulan atau 3 bulan mengambil suntikan steroid untuk menghentikan ekzema anda, saya mohon anda jangan terus stop steroid takut badan dan organ badan anda sendiri terkejut. Mohon rujuk kepada yang pakar. Untuk setakat ini pakar yang paling pakar saya jumpa untuk permasalah ekzema ialah DATO DR SURIYAKHATUN , anda boleh buka facebook dan search fb beliau dan terus pm beliau direct untuk membuat konsultansi dan temujanji. Ia memang ada bayaran yang dikenakan dan bayarannya tidak begitu mahal berbanding klinik lain.

2. Jika anda setakat menyapu krim dan jarang menggunakannya walau semenjak dari zaman sekolah, dan berusia bawah 30 tahun bagi saya, anda boleh stop terus jika ketika ini anda sedang menggunakan krim steroid bahaya itu dan bersiap sedia untuk TSW FASA PERTAMA yang panas dan sengsara seterusnya diet yang lebih sihat insyaallah.

3. Jika anda kini mengharung proses TSW FASA PERTAMA, mohon stop guna sabun. Saya menggunakan cuka epal untuk mandi. Saya sapu cuka epal pure atau asli di ekzema saya, kemudian saya mandi cuka epal. Saya isi satu penutup cuka epal didalam jug plastik. (tak apa tak bleachnya) cari jug plastik yang kualiti sikit, dan tambah air sampai penuh jug. Sapu air yang bercampur cuka epal itu diseluruh badan kemudian bilas. Semudah itu. Mandi pun sebentar sahaja. Saya menggunakan cuka jenama BRAGG. Gambar cuka epal ini ada dilink ini KHASIAT CUKA EPAL

4. Saya bukan sahaja stop menggunakan sabun untuk mandi juga sabun untuk membasuh pakaian dan pinggan mangkuk atau apa-apa jenis sabun cucian. Saya tukarkannya kepada sabun lerak atau soap nut. Untuk info buah lerak anda boleh baca artikel saya disini Pengganti Sabun Kimia.

5. Setelah saya sembuh hampir 90% baru saya kembali menggunakan sabun iaitu sabun organik untuk basuh pinggan dan pakaian saya  , untuk mandi saya kekal menggunakan cuka epal dan skrub badan buatan saya sendiri. Untuk gambar sabun organik pilihan saya ada saya paparkan dalam salah sebuah artikel saya di link ini RUTIN BARU

6. Saya seperti insan lain yang mengharung TSW/EKZEMA ketika fasa pertama sejujurnya saya sentiasa terbabas dengan diet saya. Saya masih menikmati makanan bertoksid dan tinggi gula serta bergoreng. Untuk cover kesilapan saya itu, saya kerap minum air cuka epal. Satu penutup cuka epal saya tambahkan dalam segelas air. Air cuka epal itu saya minum 3-4 kali sehari. Kini setelah sembuh jika saya tersilap menikmati makanan saya hanya mengamalkannya pada waktu malam dan 3x seminggu sahaja.

7. Ketika mengharung TSW fasa pertama, saya cuba menikmati hanya air mineral atau air gau. Saya menjauhi minum air paip, ini kerana air paip membunuh bakteria-bakteria baik didalam usus dek kandungan klorin dan bahan logam lain yang terdapat dalam air paip. Air mineral dikatakan lebih sihat kerana ia adalah air hidup yang memberi makan kepada sel-sel tubuh sekaligus menjadikan tubuh lebih sihat. Jika anda dalam fasa TSW yang teruk elakkan minum air paip dan tumpukan pada air mineral, jika tempat anda tiada air gau, beli sahaja air mineral spritzer. Air Spritzer terkenal kerana mengandungi silica yang berguna untuk membuang logam berat dan bahaya didalam tubuh. Pilihan lain air mineral beralkali yang bagus ialah air mineral blue.

8. Telah lama saya berhenti juicing lebih 5 bulan, ketika fasa TSW dahulu saya rajin berjuicing. Saya hanya menggunakan blender biasa sahaja membuat jus sawi, jus epal hijau dan peria katak. Kemudian saya mula menikmati jus sayur organik dikedai organik, sebelum membeli slow juicer murah di lazada dan rajin membuat jus lobak merah dan ubi bit untuk sebulan dua . Dan seperti manusia normal lain, selepas 2 bulan slow juicer saya hanya disimpan didalam stor lebih-lebih lagi saya kini berada di traveller home di Melaka.

9. Di Kuantan, ketika lunch , rezeki saya amat murah. Saya selalu mendapat stok tempoyak segar yang murah di Akob Patin House. Hampir setiap hari saya menikmati makanan disitu, semua lauk yang dipilih saya hanya sayur dan ulam-ulaman masak lemak atau direbus sahaja. Tempoyak adalah salah satu makanan probiotik yang amat bagus untuk usus dan membantu penyembuhan TSW atau ekzema lebih cepat. Amalkan menikmat tempoyak ini jika tempat anda mudah untuk mendapatkannya.


10. Gula dan makanan bergoreng akan mengakibatkan ekzema anda lebih teruk. Termasuk ayam berhormon dan ikan yang dibela. Ikan yang dibela termasuk siakap, keli , patin dan pelbagai ikan lain termasuk udang ternak dan pelbagai lagi. Saya walau sukar menolak 100% gula putih dan makanan bergoreng kerana saya sesekali menikmati makanan diluar tetapi saya sendiri sudah berhenti membeli gula putih. Keluarga saya masih menggunakan gula putih didalam masakan dan kedai-kedai luar apatah lagi. Apa yang diluar bidang kuasa saya, saya abaikan. Ada waktu saya tidak mampu mengelak dan saya akan cuba melakukan detoks. Ingin saya ingatkan detoks dan berpantang makan, jauh baik anda berpantang makan. 

Ini sahaja perkongsian dari saya untuk anda. Semoga ia membantu.

Terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...