Khamis, 29 Oktober 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 24- SARA BOAT NOODLE

pandangan hadapan restoran ini

Ini adalah artikel sambungan link ini TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN : WARUNG AJA

Jika di Kuala Lumpur terkenal dengan NOODLE BOAT , di kuantan juga terdapat restoran berunsur NOODLE BOAT iaitu SARA BOAT NOODLE.

Ia terletak bersebelahan restoran SARA THAI , berhadapan dengan HOTEL GRAND CONTINENTAL. 

Atau dengan kata mudah berdekatan KUANTAN MEGAMALL atau TNB Kuantan.



Beroperasi bermula jam 12.30 pm anda boleh datang beramai-ramai bersama rakan pejabat dan keluarga pada hari bekerja atau hari cuti.




Bermula serendah harga RM1.90 semangkuk kecil anda boleh memilih menu atau set yang disediakan di restoran SARA BOAT NOODLE ini dari serendah RM7.90 satu set atau set termurah.


Perhatikan cara membuat pesanan yang di tampal diluar restoran ini bagi memastikan pelanggan baru memahami prosedur dan memudahkan masa dan perancangan budget dan hidangan pilihan.


Berikut adalah gambaran hiasan dalaman dan antara pemandangan yang terdapat di restoran SARA BOAT NOODLE , KUANTAN yang sempat saya nikmati bersama kawan saya tempoh hari. 










Memang meriah suasana di sini terutama ketika makan tengah hari, saya tiba lewat hampir waktu makan tengah hari tamat iaitu dalam pukul 1.50 tengah hari. 

Tetapi masih kelihatan ramai pelanggan di restoran ini.


Antara minuman popular disini ialah green tea milk atau teh susu teh hijau ais dan panas. Harga teh green tea ice ini ialah RM2.50 segelas.


Disini juga di sediakan masakan panas untuk makanan tengah hari iaitu nasi goreng sahaja. Saya memesan nasi goreng vegetarian yang berharga RM7. Rasa nasi goreng ini bagi saya biasa sahaja.


Terdapat 4 jenis sos pilihan untuk di nikmati bersama boat noodle pilihan anda.


Kawan saya memilih minuman teh hijau susu panas yang berharga RM2 sahaja.

Set yang dipilih oleh kawan saya yang berharga RM7.90 . 4 mangkuk hidangan mee.

Rakan saya mencuba set hidangan paling basic untuk seorang yang berharga RM7.90 . Menurut citarasa kawan saya, rasa boat noodle disini ok dan boleh tahan. Tetapi melihat kepada kelicinan mangkuk setiap pelanggan disini cukup mengatakan betapa mereka mengemarinya.

kawan saya kusyuk menikmati hidangan dan saya hanya menikmati nasi goreng
Saya memcuba merasa 2 jenis mee di sini, rasa kuah boat noodles ini lain dari sup-sup resepi original di MALAYSIA , ada rasa masam-masam manis sedikit. Okey not bad.


Sebelum itu adik ipar dan kakak saya serta anak-anak saudara saya telah datang singgah dan menikmati makanan tengah hari disini. 

Disini juga turut di hidangkan pulut mangga yang berharga RM8 DAN PULUT DURIAN yang berharga RM10. Anda boleh menambah hidangan ini sebagai hidangan sampingan.



adik ipar saya, Intan dan anak saudara saya, Ilham


Jika anda tidak tahu ingin menikmati masakan ringkas atau sup atau mee anda boleh memilih restoran ini sebagai salah satu pilihan untuk menikmati hidangan tengah hari anda.

Selamat mencuba.

Terima kasih.


*** artikel seterusnya Tempat Makan Best Di KUANTAN : 90 DEGRESS CAFE & ART


Rabu, 28 Oktober 2015

TOPICAL STEROID WITHDRAWAL @ EKZEMA : APA YANG PERLU DI ELAKKAN ?

Ini adalah artikel dari sambungan artikel sebelumnya di link ini BARANGAN PENCUCI UNTUK MEREKA YANG MENGHIDAPI EKZEMA

selepas fasa pertama TSW, boleh minum kopi tenum ye
Lama saya tidak menulis mengenai EKZEMA atau TOPICAL STREROID WITHDRAWAL (TSW). Mood menulis dan idea kadang-kadang datang, kadang-kadang hilang membuatkan saya kadang-kadang agak sukar mengatur ayat agar anda mudah memahami pengalaman saya dan ilmu yang ingin saya kongsikan.

Baiklah jika anda kini menghidapi EKZEMA atau sedang melalui TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW). 

Ini antara nota yang perlu anda hafal dan elakkan. Ingat satu perkara , setiap tubuh manusia berbeza. Ada yang alergik bahan-bahan berlainan. Itu sebabnya kenapa anda kena melakukan patch test dahulu sama ada sesuai dengan tubuh anda atau tidak.

Saya ringkaskan perkara yang perlu anda elakkan  hanya untuk sementara waktu 6 bulan atau jika rajin 9 bulan atau berterusan selama mungkin:-

1.Elakkan makan daging berproses termasuk sosej, nugget tempura dan sebagainya.

2. Elakkan makan biskut sama ada biskut kering atau biskut manis apa lagi coklat, gula-gula, kek dan ais krim.

3. Berhenti seketika menikmati makanan yang diperbuat dari tepung putih walau pun tepung "unbleach" seperti jenama faiza mahupun tepung bidara.

4. Faham. Roti paling mudah dinikmati ketika lapar sama ada waktu pagi atau malam, tetapi sila hentikan tabiat ini untuk sementara waktu dan jika terpaksa anda cuba dapatkan roti sourdough yang menggunakan proses penapaian.

5. Elakkan makanan bergoreng apa lagi jika menggunakan minyak yang sama berulang kali.

6. Kurangkan menikmati makanan tinggi GMO terutama jagung , kentang dan pelbagai lagi.

7. Elakkan binatang berhormon seperti ayam komersial dan daging lembu. Daging lembu korban di benarkan.

8. Pelik tapi benar. Ikan belaan yang konon terkenal seperti keli, haruan, tilapia atau apa sahaja yang dibela penuh dengan toksid dan boleh menyebabkan keradangan. Elakkan ikan ini.

9. Sedih tapi anda terpaksa berkorban terutama jika anda di fasa pertama topical steroid withdrawal, ikan kembung dan ikan kerisi juga boleh menyebabkan keradangan dan kegatalan. Fokus kepada sejenis ikan yang insyaallah selamat seperti ikan selar. Digalakkan rebus atau buat singgang.

10. Sila lupakan kopi dan teh berkafein buat sementara waktu kerana kafein mengeringkan kulit. Ganti teh tanpa kafein seperti rooibos dan teh herba lain.

11. Makan sayur-sayuran hijau atau buat juicing semua sayuran mentah berwarna hijau. Amal minum lemon dan cuka epal.

12. Lupakan sebentar buah yang tinggi kandungan gula atau ubi-ubian seperti buah mangga yang manis, buah rambutan dan ubi keledek oren yang amat manis.

13. Makan beras perang untuk sementara waktu dan bihun perang.

14. Buat kuih rebus-rebus dan steam sahaja.

15. Amal minum rooibos tea jika anda tidak alergik pada rooibos tea.

16. Jangan tinggal menikmati bawang putih mentah yang telah di cincang dan dibiarkan selama sepuluh minit baru telan. Sila hadapi bau badan yang teruk kerana pengeluaran toksin dari badan.

17. Jangan stress. Jaga emosi anda.

18. Elakkan sebarang pewangi sama ada bedak , perfume , deodorant dan sebagainya.

19. Elakkan penggunaan sabun kimia ganti organik.

20. Elakkan mandi menggunakan sabun , cari jenama tanpa kimia seperti moogo atau buds. Jika tidak cukup budget.. mandi sahaja tepung beras pulut atau lebih bagus cuka epal yang di tambah air.

21. Anda juga boleh mandi menggunakan daun semambu.

22. Pastikan sarung tilam dan bantal di basuh cuci-cuci dengan baking soda (boleh di beli di kedai bakery sekilogram hanya RM4.80) dan jadikannya sebagai bahan cucian baju dan cadar anda.

23. Minum air mineral yang banyak setiap hari.

24. Makan makanan yang anti radang seperti nenas muda yang kaya bromelin di ulu nenas, bawang putih mentah, sayuran hijau, gum arabic @ manna , lidah buaya segar , minyak kelapa dara dan cuka epal. Jika mampu anda boleh tambah supplement seperti olivenol dan lactogg atau probiotik dan prebiotik lain yang boleh di dapati di farmasi.

25. Dapatkan minuman probiotik semulajadi seperti kefir dan kambucha yang di beri percuma di kebanyakan group facebook.

26. Sila join kumpulan sokongan ekzema (KSE) atau naae (ekzema malaysia) di facebook untuk sokongan rakan-rakan lain yang mengharungi EKZEMA ini.

27. Tukar garam biasa anda gunakan dengan garam pink himalayan dalam masakan. Anda juga boleh mandi menggunakan epsom salt atau garam epsom.

28. Berhenti menikmati semua produk tenusu termasuk susu, keju dan pelbagai produk tenusu lain untuk sementara waktu. 

29. Pastikan tidur yang cukup walau tidur anda tentu akan terganggu dengan keradangan kulit dan proses yang berlaku.

30. Pastikan kulit anda sentiasa lembab dengan sapuan minyak kelapa dara ( jika anda tidak alergik / actually jarang terdapat individu yang alergik minyak kelapa dara).

31. Elak makanan mengandungi transfat, majerin, gula proses, ragi , soya dan pelbagai lagi makanan yang boleh mencetuskan keradangan. (Sila google maklumat ini).

32. Elakkan juga kacang tanah kerana ia mempunyai fungus dan tidak berapa bagus untuk kesihatan hati.

33. Juga elakkan kacang soya dan segala makanan yang melibatkan soya untuk sementara waktu.

34. Elakkan juga minum minuman seperti milo, horlics, susu kambing serbuk kerana ia adalah makanan terproses.

35. Lupakan jua jus-jus sunnah terproses seperti jus delima gulsan atau jus-jus sunnah campuran kurma dan sebagainya. Jika anda inginkan makanan sunnah sebenar buat jus delima dan kurma sendiri. Minum susu kambing asli.

Pada fasa pertama topical steroid withdrawal adalah normal jika anda tidak sesuai menggunakan produk seperti minyak kelapa dara sebagai sapuan atau produk-produk lain kerana ketika fasa pertama ini tubuh memang menolak segala-galanya. Walaupun anda menjaga dan mengamal diet yang keras dan straight.

Fasa pertama TSW ialah fasa kulit anda sedang "mengamuk" dan tidak makan di pujuk. Tetapi teruskan sahaja advice diatas kerana ia akan "heal" atau sembuh sendiri seiring anda menjaga pemakanan dan diet anda serta produk harian anda gunakan.

Jangan risau atau tertekan dengan saranan di atas.

Atas pengalaman saya dan rakan-rakan perkara di atas hanya di lalui 6 ke 9 bulan sahaja. 

Anda sudah boleh menikmati makanan kegemaran anda perlahan-lahan peringkat demi peringkat seiring kesembuhan.

Tetapi pantang selama 6 bulan itu mengajar anda diet yang lebih sihat untuk anda terus jalani.

Harus diingatkan proses Topical Steroid Withdrawal ini di lalui dalam 1 sehingga ke 3 tahun mengikut fasa-fasa tertentu. 

Belum tentu anda sembuh sepenuhnya dari Ekzema ia boleh datang kembali jika anda tidak menjaga diet dan produk harian anda serta emosi anda.

Setakat ini perkongsian untuk kali ini, semoga bermanfaat.


Terima kasih.

*** ini sambungan artikel seterusnya DIARI MAKANAN @ FOOD DIARY UNTUK EKZEMA . Anda boleh membaca segala artikel mengenai EKZEMA DAN TSW DI BAWAH KATEGORI EKZEMA / TSW di blog ini. Sila pastikan anda menggunakan desktop atau menukar paparan desktop jika anda menggunakan telefon bimbit. Terima kasih.






Selasa, 27 Oktober 2015

12 KHASIAT KULIT KAYU MANIS, KHASNYA UNTUK KAUM LELAKI


kulit kayu manis ceylon yang dibeli oleh saya dan sering dijadikan tambahan dalam minuman kopi panas

KULIT KAYU MANIS adalah antara herba paling popular dalam masakan kaum di Malaysia. Saya adalah antara yang menyukai kulit kayu manis terutama jika di isi di dalam sup kegemaran saya. 

Terkini meletakkan Kulit Kayu Manis di dalam minuman panas kegemaran seperti kopi dan koko adalah antara kegemaran saya. 

Memang jauh lebih sedap rasa minuman kopi dan koko panas dengan tambahan KULIT KAYU MANIS (saya menggunakan ceylon bukan cassia) berkali ganda dengan kopi atau koko tanpa campuran herba yang di panggil cinnamon di dalam bahasa inggeris ini.


PERBEZAAN KULIT KAYU MANIS CASSIA DAN CEYLON - imej dari google dan di edit oleh saya
Jika anda kerap menggunakan kulit kayu manis di dalam masakan atau minuman seperti saya.  Di nasihatkan agar anda memilih kulit kayu manis CEYLON kerana CEYLON lebih rendah kadar COUMARIN yang dikatakan boleh menyebabkan kerosakan hati.

Tetapi jika anda jarang menggunakan Kulit Kayu Manis. Cukup sekadar menggunakan KULIT KAYU MANIS yang biasa terdapat dalam pasaran iaitu kulit kayu manis jenis CASSIA yang jauh lebih murah.

Kulit Kayu Manis jenis CEYLON berharga RM16 untuk 100 gram. Amat mahal berbanding kulit kayu manis biasa yang terdapat di kedai runcit. Sila pastikan anda menggunakan kulit kayu manis CASSIA ini dengan kadar yang sedikit atau sesuai. 


Berikut adalah antara KHASIAT KULIT KAYU MANIS untuk perkongsian kita bersama:-

1. Herba nombor 2 yang terkenal di Amerika Syarikat dan di Eropah Barat selepas lada hitam atau black pepper ini  di katakan amat bagus mengubati batuk. Anda boleh menambah madu dengan serbuk kulit kayu manis ini untuk mengubati batuk yang di alami.

2. Seperti batuk, Kulit Kayu manis juga jika dibuat teh dan di campur lemon dan madu turut membantu melegakan sakit tekak dan selsema.

3, Air Kulit Kayu Manis dan campuran sedikit halia juga membantu melegakan sakit arthritis.

4. Paling istimewa KULIT KAYU MANIS ini juga dikatakan boleh mengurangkan risiko mati pucuk  (erectile dysfunction) di kalangan kaum lelaki. 

5. Pengambilan kulit kayu manis juga membantu mengurangkan kesejukan badan, kurang selera makan, kekejangan otot , muntah-muntah, cirit birit juga dehidrasi tubuh.

6. Dikatakan juga bahawa KULIT KAYU MANIS juga membantu dalam mengurangkan risiko dan kesembuhan Kencing Manis jenis 1 dan kencing manis jenis 2.

7. Kulit kayu manis juga dikatakan turut membantu mengurangkan jangkitan  fungus dan kulat kerana kandungan bahan kimia yang terdapat di dalamnya.

8. Bahan CEppt yang terdapat di dalam kulit kayu manis di katakan turut membantu mengurangkan risiko ALZHEIMER.

9. Hasil kajian di INDIA , dikatakan bahawa kulit kayu manis mungkin berpotensi membunuh kuman yang bersangkut paut dengan HIV.

10. Kulit kayu manis juga dikatakan membantu mengurangkan kesan lemak jahat makanan yang di makan. 

11. Campuran kayu manis dan pepermint di katakan turut membantu dam penyembuhan dan rawatan luka.

Segala info diatas saya pelajari dan rumuskan dari artikel dari link ini http://www.medicalnewstoday.com/articles/266069.php

Tunggu apa lagi, sila tambah kulit kayu manis dalam menu masakan dan minuman anda dalam kadar yang sederhana dan sesuai.

Dan sila pilih jenis kulit kayu manis yang sesuai dengan keperluan anda. Pastikan jangan berlebihan kandungan coumarin kerana bahaya untuk kesihatan hati.


Terima kasih.



Ahad, 25 Oktober 2015

9 KHASIAT BUAH BELIMBING UNTUK INFO ANDA


BUAH BELIMBING atau STAR FRUIT ini amat terkenal satu masa dahulu di kalangan kanak-kanak kerana bentuk bintang setelah di potong.

BUAH BELIMBING tinggi dengan nutrisi seperti karbohidrat, serat, protein , vitamin c , vitamin B6, vitamin E, Kalsium, Potassium dan zat besi.

Berikut adalah antara KHASIAT BUAH BELIMBING untuk info anda :-

1. 100 gram buah belimbing hanya mempunyai 30 kalori.

2. Buah belimbing termasuk kulit amat kaya dengan serat sekaligus membantu mengurangkan kolesterol tubuh dan membantu pencernaan yang lebih sihat.

3. Vitamin C didalam buah belimbing turut membantu mencegah kanser. Dalam 100 gram buah belimbing terdapat 34,7 vitamin C, iaitu satu jumlah yang tinggi bersamaan dengan 57% peratus keperluan harian vitamin C untuk tubuh.

4. Belimbing Besi juga kaya dengan antioksidan penting seperti flavonoid polifenol. Bahan ini membantu dan melindungi tubuh dari kerosakan radikal bebas.

5. VITAMIN B kompleks seperti folat, riboflavin dan pridoksin (vitamin B6) didalam buah belimbing membantu sebagai co-faktor enzim dalam metabolisme badan dan membantu fungsi sintesis enzim tubuh.

6. Bahan mineral dan elektrolit seperti kalium, fosfor, seng dan besi turut terdapat dalam buah belimbing. Kalium yang merupakan komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu prestasi denyutan jantung dan tekanan darah.

7. Mengurangkan kolesterol jahat dan membantu kesihatan ginjal yang lebih bagus.

8. Buah belimbing yang kaya vitamin c juga bagus untuk mengurangkan jerawat di wajah dengan rajin menikmatinya.

9. Vitamin B kompleks didalam belimbing juga membantu mengurangkan kerosakan rambut dan rambut gugur serta masalah kelemumur.

Tunggu apa lagi, belilah buah belimbing yang banyak terdapat di pasaraya dan pasar dengan harga yang murah.

Buah tempatan ini jauh lebih segar dan kaya khasiat serta kurang racun.

Bantulah ekonomi petani di negara sendiri.

Terima kasih.

Jumaat, 23 Oktober 2015

DIET: KOS ATAU BUDGET BUAH-BUAHAN MURAH

Kini makin ramai menyedari kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari. Bayangkan 2 bulan lalu saya mampu mendapatkan sepeket Lobak Merah dari Australia dengan harga RM1.55 dan sekarang harga Lobak Merah Australia kini berharga RM3.99.  Perbezaan yang ketara bukan?. Bukan sahaja kerana perbezaan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang semakin menurun tapi juga kerana harga petrol yang meningkat pada tahun ini.

Walau bagaimanapun ini bukan alasan untuk mengelakkan mengamalkan diet yang lebih sihat. Ia diakui harga buah epal dari USA semakin meningkat begitu juga produk-produk import yang lain.

Masa untuk anda menukar pilihan buah dan sayur anda kepada barangan atau buah tempatan. Gambar diatas adalah antara buah-buahan tempatan atau import dari negara Thailand yang lebih murah dari buah import dari negara lain. Ia, matawang Thailand juga semakin meningkat, dan ia tidak dapat dielakkan kerana diluar bidang kuasa kita sebagai rakyat biasa.

Buah nenas tempatan yang menurut penjual pasar yang biasa saya beli, di ambil dari Johor HANYA BERHARGA RM2.50 sebiji. Cukup untuk anda menyediakan jus buah nenas yang kaya bromelin dan vitamin C. Anda boleh menggunakan blender atau mesin kisar biasa untuk membuat jus. Dan ia jauh lebih jimat dari anda membeli 10 biji oren valencia import. Jangan memandang rendah khasiat buah nenas ini. 

Sebiji pisang tanduk ini berharga RM3. Sekilogram pisang tanduk adalah RM6. Kenapa pisang tanduk? kerana ia kurang manis dan sedap di buat gorengan atau pun pengat. Jika dikerat dan dipotong kecil, cukup untuk 2-3 kali goreng. Sebenarnya cukup lengkap untuk anda yang mempunyai bilangan keluarga yang kecil.

Buah delima dari Thailand HANYA RM5 UNTUK 3 BIJI. 1 biji tidak sampai RM2. Buah delima adalah superfruit. Lebih berbaloi anda membeli buah delima ini pada musimnya dari membeli buah-buahan lain kerana kos penjimatan yang amat tinggi dari segi khasiat super food itu sendiri. Jangan pandang rendah kelebihan buah delima yang terpapar namanya dalam Al-Quran ini.

Buah belimbing besi 3 biji hanya RM1.50. Buah belimbing yang berwarna kuning terang ini juga merupakan buah tempatan yang kaya dengan vitamin C. Alangkah murah harga belimbing besi ini dibanding dengan buah import yang lain?

Seterusnya, jangan dilupakan buah jambu batu yang jauh lebih murah dari buah oren import. Sekilo hanya RM4 dan dengan 2 biji buah jambu batu yang saya beli ini harga tidak sampai RM4. Buah jambu batu lebih tinggi kandungan vitamin c dari oren. Baca lebih lanjut khasiat buah jambu batu di link ini KHASIAT BUAH JAMBU BATU.

Jumlah keseluruhan buah-buahan ini hanya RM11. Budget yang cukup untuk 3 hari jika anda pandai berjimat cermat. Jauh beza jika dibandingkan jika anda memilih buah-buahan import yang lebih banyak racun dari buah-buahan ini.

Semoga artikel ini membantu anda dalam menambah semangat untuk menambah buah-buahan dalam diet anda.

Terima kasih.


Khamis, 22 Oktober 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 23 - WARUNG AJA


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Ini adalah Tempat Makan Best di Kuantan yang seterusnya iaitu Warung AJA dan sambungan dari link ini Tempat Makan Best Di Kuantan : Qasar Saba.

Di ringkaskan sahaja artikel ini. WARUNG AJA ini berhadapan dengan MASJID BUKIT SETONGKOL.  Di tepi jalan sahaja. Berurusniaga untuk masakan tengah hari bermula jam 12 tengah hari. Juga menyediakan sarapan pagi dan masakan panas untuk hidangan petang.

WARUNG AJA ini istimewa kerana menyediakan 80 menu hidangan (anda boleh menggunakan carian google dan terdapat artikel paparan dari akhbar HARIAN METRO tentang keistimewaan warung ini).

Di bawah ini adalah antara hidangan yang terdapat di WARUNG AJA ini yang sempat saya ambil.

sotong








Dibawah ini pula antara hidangan atau makanan ringan yang boleh di bawa pulang.

harga jagung kelapa muda ini RM5
BUBUR CHA CHA RM4



Selain pelbagai snek dan makanan lain disini juga turut di jual potongan buah-buahan dan air kelapa muda.



Terdapat pelbagai pilihan cecahan ulam disini termasuk tempoyak, budu, cencaluk, kicap lada, bawang putih jeruk, petai jeruk dan sebagainya. Ubi kayu rebus juga terdapat disini selain buah dan ulam segar yang pelbagai pilihan.





Saya dan rakan saya menikmati menu sup ikan merah di kongsi berdua. Masing-masing mengambil sambal udang segar 3 ekor dan sayur pilihan saya ialah cendawan butang  dan sahabat saya sayur campur. Kos menu ini ialah RM25 (sup ikan merah RM10). Harga air kelapa muda segar pula RM3.50 tanpa ais atau tambahan air. Maaf gambar makanan kami telah dipadamkan secara tidak sengaja oleh saya.

Hidangan kambing bakar pula masih lagi tidak siap di masak kerana kami tiba ke warung ini awal untuk mengelakkan kena beratur panjang.

bubur lambuk yang diberi percuma
Warung AJA juga turut menyediakan bubur percuma kepada pelanggan pada hari RABU dan JUMAAT. Pada hari RABU tempoh hari kami mendapat bubur lambuk sea food percuma yang kaya dengan hidangan udang dan sotong. Menarik bukan?. Rasa bubur lambuk ini sungguh sedap dan kaya santan. Anda patut mencubanya.

Anda boleh memilih sama ada menikmatinya di WARUNG AJA atau membawa pulang. Bekas plastik percuma diberi jika anda ingin membawa BUBUR LAMBUK percuma ini pulang.


Pada hari JUMAAT, WARUNG AJA ini memberi bubur kacang  hijau percuma kepada semua pelanggan di sini. Bubur kacang hijau di sini juga sedap dan pekat.

Pujian harus diberikan kepada pemilik WARUNG AJA ini kerana beliau juga seorang yang cukup peramah dan pemurah . Ini tidak hairan kerana dalam seminggu , terdapat 2 hari makanan percuma yang diberikan disini. Semoga pemilik warung ini sentiasa dimurahkan rezeki.

Tunggu apa lagi, jika anda berada di Kuantan, jangan lupa singgah di warung ini dan support warung yang sentiasa memberi sedekah dan makanan percuma seperti warung aja ini.

Terima kasih.

*** ini adalah artikel sambungan seterusnya TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN : SARA BOAT NOODLE


BISNES CRUNCHY FLAKES SAYA

Crunchy Flakes By QK juga sungguh sesuai diletakkan di meja pejabat dan dinikmati pada bila-bila masa bersama minuman panas kegemaran anda


CRUNCHY FLAKES BY QK adalah produk pertama yang dihasilkan oleh saya sendiri. Hampir setahun saya menjual produk ini secara sampingan untuk belajar berniaga produk sendiri. Ia sampai bila saya harus fokus menjual produk syarikat lain semata-mata.

Produk CRUNCHY FLAKES BY QK ini saya hasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan bermutu :

1. Hanya emping jagung asli yang digunakan
Saya tidak menggunakan jenama emping jagung popular tapi tidak ranggup dan besar. Malah saya juga tidak membeli emping jagung di kedai bakery bagi memastikan hanya kualiti emping jagung terbaik dan terpilih sahaja yang digunakan.

2. Rempah ratus segar
Rempah ratus yang digunakan ialah rempah ratus segar yang tahan lama serta dari rempah terpilih

3. Lada kering segar
Saya hanya memilih lada kering merah berkilat dan bukan jenis berkedut. Harga lada kering sekilogram sekarang lebih dari RM20 sekilo. Saya memastikan hanya kualiti lada kering terbaik untuk mengelakkan bau tengik juga kerana saya menggalakkan pelanggan saya menikmati lada kering ini bagi tujuan membantu menguruskan berat badan dari menikmati makanan proses lain.

4. Kacang-kacang terpilih
Saya hanya menggunakan jenama kacang yang terpilih dan sedap. Jika anda merasai setiap kacang yang saya pilih semua kacang ini sungguh sedap , enak dan bermutu tinggi.

5. Pilihan 3 jenis kacang
Saya memasukkan 3 jenis kacang berkhasiat dalam resepi CRUNCHY FLAKES BY QK ini. Ini termasuk kacang tanah shandong (yang paling enak dan kos paling tinggi), kacang parang dan kacang pis hijau. Setiap kacang-kacang ini mempunyai khasiat sendiri dan pengemar kacang itu sendiri. Sekaligus mencukupkan keperluan menu jenis kacang itu sendiri. Warna hijau kacang pis, coklat kacang shandong dan kuning kacang parang. Bukankah warna pelbagai mempunyai khasiat yang pelbagai.

6. Daun kari segar
Saya menggunakan hanya daun kari yang dipetik segar dari pokok dan digoreng garing dengan minyak SAJI baru. Daun kari amat kaya khasiat. Menikmati 6-7 helai daun kari amat bagus untuk kesihatan tulang dan gigi anda. Banyak sekali khasiat daun kari ini. Ini kenapa alasan anda kena menikmati dan habiskan daun kari dalam resepi saya ini dengan menikmatinya dengan emping jagung atau kacang-kacang yang terdapat dalam resepi SNEK PREMIUM , CRUNCHY FLAKES BY QK ini. Saya ada menulis tentang khasiat daun kari di entry ini KHASIAT DAUN KARI

7. Jintan manis terpilih
Jintan manis digoreng garing bagi memudahkan anda menikmatinya. Khasiat dan kegunaan jintan manis dalam masakan bagi menyedapkan rasa masakan antara sebab saya meletakkan jintan manis antara ramuan utama resepi CRUNCHY FLAKES BY QK ini.

8. Menggunakan MINYAK GORENG jenama SAJI
Saya tidak menggunakan minyak peket atau minyak lama untuk mengoreng segala bahan-bahan yang terdapat dalam resepi istimewa CRUNCHY FLAKES BY QK ini. Semuanya menggunakan minyak kelapa sawit SAJI yang baru atau belum pernah digunakan. Ini bagi memastikan kesedapan juga agar kandungan toksid penggunaan minyak peket atau minyak lama di elakkan dalam menghasilkan ramuan dan SNEK PREMIUM BERMUTU TINGGI.

9. FRESHLY MADE/ DIBUAT ATAS PERMINTAAN
CRUNCHY FLAKES BY QK , kebiasaannya adalah di masak atau di buat bersandarkan atas permintaan untuk memastikan KESEGARAN SNEK PREMIUM ini. Rasa yang baru dibuat dan segar membezakan CRUNCHY FLAKES BY QK dengan produk snek lain. Ini bagi menjamin kualiti dan kepuasan mereka yang menjadi pelanggan dan pelanggan tetap  yang setia kepada produk ini.

10. Harga yang Berpatutan
Dengan kos bahan-bahan yang semakin meningkat naik. Saya sedaya upaya memastikan harga CRUNCHY FLAKES BY QK mampu dimiliki oleh semua pihak dan golongan termasuk pelajar. Sehingga hari ini, dengan kenaikan kos bahan-bahan , hanya sekali sahaja saya menaikkan harga produk ini iaitu dari RM10 ke RM11 walaupun kos kenaikan bahan-bahan sentiasa meningkat. Ini adalah bagi mengalakkan anda menikmati CRUNCHY FLAKES BY QK dan memperkenalkannya di pasaran.

Seiring masa saya berharap semoga produk CRUNCHY FLAKES BY QK akan terus maju, semakin bertambah pelanggan dan peminat dan terus disukai dan diminati  oleh semua golongan. Insyaallah.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini atau berminat ingin menjadi pengedar. Hubungi saya atau wassap dan telegram ke nombor berikut


KHADEEJA 016-276 2636

HARGA : RM11 SEBALANG

MINIMUN ORDER : 4 BALANG

KOS POS UNTUK 4 BALANG : RM10


Terima kasih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...