Isnin, 13 April 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 21 - *** KULA CAKES by Lila Wadi ***


hiasan di bahagian luar yang berseni
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Baiklah ini adalah sambungan dari entry sebelum ini iaitu Tempat Makan Best Di Kuantan - Part 20 ** DE RHU ORIENTAL KUANTAN***


Maafkan saya hanya meringkaskan sahaja entry ini.Jika anda inginkan pilihan kek yang sedap dan kurang manis.. datanglah ke kedai kek yang paling popular di Kuantan iaitu Kula Cakes. Berhadapan benteng lama , kedai kek ini memang terkenal dengan rasanya dan hiasan keseniaan yang mempersonakan. 


pandangan hadapan kedai kek ini

Harga  kek dan minuman di kedai ini hanya kurang dari RM10 begitu juga dengan minuman yang terdapat disini. Anda boleh memilih untuk menikmati hidangan bertemankan penghawa dingin didalam kedai kek ini atau menikmatinya sambil menikmati kesenian dengan memilih kawasan diluar bertemankan cahaya matahari atau angin  dibahagian luar kedai kek ini.





saya dan kawan saya memilih makan disini


Dibawah ini pula gambar yang sempat saya ambil dan antara gambar kek yang sempat saya abadikan. Untuk pengetahuan anda, bukan semua kek dipamerkan disini. Cheese cake kebanyakannya diletakkan didalam peti sejuk. Dan kek paling popular disini ialah manggo cheese cake. Tetapi bagi saya semua kek disini memang sedap dan saya amat mengemarinya.


pemandangan didalam kedai

antara kek yang dijual disini

sila beli

ketika saya datang. .today's special antaranya ialah carrot cake, saya juga membeli carrot cake ii dan memang rasanya sedap sekali



pemandangan didalam kedai kek ini



saya memilih pavlova, carrot cake dan moist choc cake. Ketiga-tiga kek ini memang amat sedap sekali dan memenuhi citarasa saya.

gred A untuk kebersihan lagi



Di bawah ini pula adalah gambar bahagian luar kedai kek ini yang memaparkan kesenian. Saya memang suka kesenian.

sungguh berseni hiasan diluar ini

Kula Cakes by Lila wadi



sungguh artistik

masa untuk menikmati kek yang di pilih - semua sedap






fuh.. memang sedap sekali, kurang manis dan cukup rasa

pavlova ini kurang manis dan memang sedap

choc cake moist ini cukup rasa dan terasa coklatnya yang kurang manis

antara carrot cake yang sedap di Malaysia

jangan lupa cuba menu ini
Hiasan disini menggunakan basikal tua yang digantung sekaligus mengambit zaman-zaman 1990an dulu. Saya amat menyukai keunikan pemandangan dan hiasan disini.

basikal tua yang digantung juga lukisan menambah kesenian disini

tunggu apa lagi sila datang ke Kula Cakes ini segera dengan insan tersayang anda

Jika anda berada di Kuantan. Sila pastikan anda wajib datang kesini. Terutama jika anda peminat kek. Anda pasti berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan disini. Pekerja kaunter kedai kek ini juga peramah orangnya.

Baiklah , sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss..

Jumaat, 10 April 2015

Vitamin C Organik Pilihan Saya



Vitamin C @ Sodium Ascorbate pilihan saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. alhamdullillah saya masih mampu dan diberi peluang oleh tuhan untuk meneruskan penulisan saya diblog ini pada minggu ini dicelah pantasnya waktu yang berlalu...

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimanakah cara untuk anda memilih vitamin C terbaik untuk diri anda...  tahukah anda betapa banyak vitamin C di farmasi dan klinik yang kaya dengan aspartame (gula buatan yang membawa mudarat serta dikatakan boleh menyebabkan kanser?) dan  juga tinggi kandungan gula?... malah dari pembacaan saya banyak blog kesihatan menggalakkan mengambil vitamin C jenis serbuk berbanding kapsul @ pil ... dan semestinya organik.. 



Jadi sebagai pengguna yang rajin menggunakan carian google saya memilih Nutribiotic Sodium Ascorbate sebagai vitamin C untuk saya amalkan jika saya sibuk dan tidak punya masa untuk membeli buah-buahan yang kaya dengan vitamin ini.. Jika diikutkan hati tentu sahaja saya mahu segala vitamin itu datang dari "real food" atau makanan asli yang saya nikmati.. tetapi kekadang kerana kesuntukkan masa.. atau buah-buahan dipasaraya tidak segar dan tidak menepati minat saya, saya terpaksa menikmati sesudu sodium ascorbate @ vitamin C ini.. saya jarang mengamalkan vitamin ini. .seminggu sekali pun susah. Tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri jika saya mengamalkan vitamin C ini diwaktu pagi. .memang terus sistem pembuangan saya aktif.. dan saya semestinya tidak suka melihat perut saya "buncit" jika kurang "membuang".



Vitamin C @ sodium ascorbate ini adalah pharmaceutical grade dari sea salt atau garam laut dan insyaalah selamat. Ia amat sesuai diamalkan oleh mereka yang menjalani topical steroid withdraw (TSW) atau mereka yang menghadapi simptom "candida overgrowth". Mereka yang  menghadapi masalah parut pembedahan, kekurangan vitamin C dan pelbagai masalah kesihatan yang melibatkan kekurangan vitamin C juga digalakkan mengambil supplement ini. Vitamin C dikatakan amat mudah hilang dari tubuh terutama jika anda merokok atau pun terdedah kepada asap rokok atau asap dari kilang-kilang industri.



Produk ini juga adalah "gluten free" atau tanpa gluten juga  "GMO free" bukan genetic modified...  malah mereka yang alergik kepada susu, soya, telur, yeast, gandum dan sebagainya juga boleh mengambil suplement ini.  Untuk maklumat lanjut anda boleh google sahaja mengenai produk ini.

Baiklah ini sahaja yang saya dapat kongsikan dengan anda... terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..



Pengalaman Percutian Ke Swiss Garden Beach Resort , Damai Laut, Perak - Part 3

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca blog saya yang tersayang.. alhamdulillah ini adalah sambungan dari entry part 2 Percutian Di Swiss Garden Golf & Resort , Damai Laut Perak Part 2 sebelum ini..................

Betapa gembira dan puas hatinya kami dengan bilik ke 2 yang mempersonakan itu. .so kami decide untuk berjalan-jalan menikmati pemandangan resort ini.. lewat petang sekembali kami dari Jeti Pangkor..

pemandangan dalam bilik ke 2 kami...


view di luar balkoni bilik ke 2 kami

sambil lepak minum pun boleh lihat pemandangan laut dan sunset yang cantik



bergambar di balcony bilik sebelum melawat kawasan resort




menunggu sunset lagi disini...

Saya bejalan-jalan seorang diri melawat kawasan yang saya boleh jejaki diresort yang pernah mendapat pelbagai anugerah ini.. serius.. sepanjang berjalan memang mata ini tidak berkelip melihat suasana pantai yang mendamaikan dan hiasan taman diresort ini... melihat telatah kanak-kanak ketawa dan berlari-larian keliling pantai bersama kaum keluarga.. membuatkan saya rasa gelihati... sebelum turun melihat pasir pantai dan pemandangan ini saya harus melalui kawasan ke bilik pertama kami yang berdekatan beach bar disini... actually di resort ini juga para pelancong  @ pengunjung boleh menikmati seafood  @ makanan laut segar dari pantai remis... sambil menikmati pemandangan laut yang menakjubkan diwaktu malam...


melalui kawasan ke bilik pertama kami


pemandangan senja yang cantik


serius memang cantik dan mempersonakan pemandangan disni


pengunjung dan pelancong sibuk beriadah dengan aktiviti pilihan masing-masing


pengunjung menikmati pemandangan laut dan percutian masing-masin


saya suka sangat melihat pemandangan dan keleteh pelancong dan pengujung disini ... bahagia sahaja rasa..


kesibukkan setiap orang melakukan hal sendiri ...


saya sempat merakamkan aksi disini


tulis apa tu cik abang?...


ibu dan ayah melayan karenah anak-anak...



antara piihan aktiviti yang anda boleh pilih
Saya turut melawat kawasan lain yang popular di resort ini dikalangan pengunjung dan pelawat disini antaranya tempat mereka menikmati hidangan laut dengan berlatarkan kawasan laut.. dan ombak disini.. ketika  saya tiba waktu hampir senja dan pekerja-pekerja sibuk menyediakan kelengkapan makanan disini..


cantiknya...

ini pula beach bar

Saya sengaja melawati kawasan tempat pengunjung menikmati makanan laut buffet yang popular disini...

pengunjung mengambil kesempatan memancing


wah.. serius bestnya... 


pekerja sedang menyediakan makanan


bestnya berehat dan mengambil angin ditepi pantai yang indah dan mempersonakan





minum kopi bersama dengan yang tersayang disini mesti seronok..
Lihat sahaja gambar kesibukan pekerja dan pengunjung menikmati hidangan masig-masing dengan pemandagan pantai indah ini..







Saya mengambil kesempatan menikmati pemandangN indah ini seorang diri sambil mencari ilham menulis blog saya ini...

walau angin panas menyapu wajah sampai kulit sunburn.. tapi saya tetap puas hati dan gembira

cantik sungguh pemandangan disini

setelah puas berjemur dan menikmati pemandangan pantai dan laut yang indah itu.. saya terus berjalan dan naik keatas menuju pulang ke lobby.. untuk update my intagram.. actually saya jarang update aktiviti saya di intagram.. tapi saya suka untuk berkongsi pemandangan indah resort ini dengan folower saya..


tangga menuju ke destinasi seterusnya


tidak terasa kepenatan berjalan kerana pemandangan resort ini sungguh indah sekali..



cantik sekali resort ini


pemandangan dikawasan lobby diwaktu senja
Saya hanya melayari internet menggunakan wifi percuma yang disediakan oleh pihak resort dilobby kerana kesukaran mendapat line internet disini... jadi selesai menggunakan wifi dan bateri handphone saya pun hampir habis.. saya sempat mengambil beberapa keping gambar diruangan lobby ini.. untuk mereka yang bercadang bercuti disini..


pemandangan lobby ini diwaktu senja

antara anugerah yang didapati.. actually bilik kedua kami belakang tempat ini @ melalui lorong ini



cantikkan?



antara hiasa dilobby resort ini


Baiklah ini sahaja coretan yang boleh saya tuliskan untuk entry kali ini.. nantikan sambungan part 4 dalam waktu terdekat ini.. terima kasih kerana membaca entry ini. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss...

*** ini adalah sambungan entry ini Percutian Di Swiss Garden Golf & Resort , Damai Laut - Part 4 @ last


Isnin, 6 April 2015

Sejuta Kegunaan Baking Soda untuk Kecantikan & Kesihatan

Baking Soda yang digunakan oleh saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tesayang. Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang khasiat dan kegunaan lain baking soda selain untuk memasak ..
1. Pewangi badan @ deodorant asli & mencerahkan ketiak
Jika anda menghadapi masalah ketiak hitam @ berbau.. anda boleh cuba campurkan baking soda dengan sedikit air , ia akan membentuk satu pes lembap. Sapukan di bahagian bawah lengan. Biarkan seketika sehingga kering kemudian bilas... ia bukan sahaja membantu mengurangkan bau badan anda , malas membantu ia lebih cerah..
2. Mencegah Kelemumur 
Jika anda menghadapi masalah kelemumur anda boleh cuba mencampur sedikit baking soda dalam syampu dan gunakan seperti biasa. Kaedah ini jaga akan memberi volume pada rambut... kelemumur juga disebabkan oleh klorin didalam air paip kita.. baking soda dikatakan boleh mengurangkan efek klorin itu kepada rambut dan kulit kepala.
3.  Untuk kulit @ rambut berminyak
Jika rambut anda berminyak anda boleh cuba, taburkan sedikit baking soda pada akar rambut dan ratakan bagi mengurangkan pengeluaran minyak dikepala anda..
4. Jerawat
Ada masalah jerawat?.. cuba camprukan sedikit baking soda dengan madu dan letakkan pada jerawat selama 15 minit, kemudian bilas...
5. Sebagai ubat gigi @ pemutih gigi
Jika anda menghadapi masalah gigi kuning, anda boleh mencuba petua ini... 
i) Campurkan 1 sudu makan baking soda dan 5 titik hydrogen peroxide hingga menjadi satu pes. Tambah beberapa titik air jika perlu. Sapukan campuran ini ke gigi anda dengan rata menggunakan berus gigi dan biarkan selama 5 minit
ii) campurkan sedikit baking soda diatas ubat gigi kegemaran anda
ii)  Campurkan baking soda , strawberry, dan jus lemon . Gunakan campuran ini untuk menggosok gigi.
iii) anda juga boleh menggunakan campuran minyak kelapa dara dan baking soda sebagai ganti ubat gigi anda.
iv) baking soda juga boleh dicampur dengan lemon @ cuka epal untuk petua memutihkan kulit
*** walau bagaimana pun anda kena berhati-hati dengan penggunaan kerap baking soda kerana ia dikatakan boleh menghakis gigi dan gusi.. dan sebolehnya elakkan terkena bahagian gusi.

***Untuk cara dan bahan membuat ubat gigi sendiri dengan baking soda anda boleh membaca artikel ini BUAT UBAT GIGI SENDIRI
6. Pengelupasan kulit
Campurkan sedikit baking soda dengan sedikit air di tapak tangan anda dan gosok pada muka perlahan-lahan  untuk menanggalkan sel kulit mati. Boleh juga dicampur dengan pembersih muka anda.
7. Mengatasi nafas berbau
Masukkan 1 sudu kecil baking soda dalam setengah gelas air dan kumur perlahan-lahan.
8. Membersihkan alat kecantikan
Berus dan alatan kecantikan anda akan sentiasa dikotori oleh kuman.Sikat anda boleh juga dikotori dengan minyak pada rambut. Cuci sikat  dan peralatan kecantikan anda dengan air suam bercampur dengan 3 sudu baking soda. 
9. Untuk mengilatkan kuku dan kecantikan kuku (Manicure Pedicure)
Campurkan baking soda dengan peroxide dan skrub pada kuku. Untuk kaki, campur 2-3 sudu makan  baking soda dengan air untuk merendam kaki . Anda boleh tambah minyak pati (seperti minyak lavender) untuk haruman dan rendam selama 20 minit. Skrub kaki menggunakan pes pekat campuran baking soda dan air.
10 . Membantu Mencerahkan kulit
Campurkan baking soda dengan 1 sudu makan jus lemon dan beberapa titik minyak zaitun. Selepas membersihkan muka, Sapukan campuran ini pada muka dan biar selama 10 minit. Bilas.
 ***  walau bagaimanapun sila pastikan anda memilih baking soda tanpa aluminium (aluminium free) dan tanpa bahan kimia berbahaya

Ini sahaja yang dapat dicoretkan untuk kali ini ...terima kasih kerana membaca entry ini. .jumpa lagi di entry akan datang... salam sayang dari saya.. love, huge & kiss,,,



LIRIK LAGU : DAHSYAT - MOJO






Lirik Lagu Dahsyat - MOJO

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh.. Wohooohh…
Tetap cinta selama-lamanya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com



March 2015 - Teluk Chempedak ,Kuantan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...