Mohon abaikan pasangan romantik di belakang saya itu |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sungguh bukan mudah buang perasaan malu.
Sama ada menulis atau mempromosikan sesuatu.
Amat kagum dengan mereka yang berjaya yang pada asalnya membuang rasa malu dan ego diri.
Pernah terbaca seorang usahawan berjawatan tinggi di sebuah badan atau syarikat terkemuka yang berhenti kerja memulakan perniagaan sendiri.
Beliau sanggup belajar menjadi penghantar Pizza bagi membuang ego didalam diri.
Itu cara beliau buang ego beliau dan kini beliau muncul sebagai usahawan berjaya dan dihormati.
Saya amat kagum melihat mereka yang sanggup berkorban sehingga begitu untuk mengajar diri susah dan membuang ego.
Teringat kisah permulaan ketika perkongsian menu ringkas ketika mengharungi pemberhentian krim steroid, menu makanan saya ketika itu amat teruk.
Ditambah keadaan sakit, demi mengikut diet ekzema dalam keadaan sakit dan tidak selesa terpaksa untuk menikmati dan memasak menu yang langsung tidak sedap dan tidak punya rasa.
Maklum bahawa follower instagram saya juga di kalangan mereka yang ketika itu menghadapi masalah ekzema dan mengharungi Proses Topical Steroid Withdrawal, saya terpaksa membuang rasa malu dan berkongsi gambar makanan yang langsung tidak menyelerakan itu di instagram dan Blog.
Percayalah jika saya sendiri bukan pemilik gambar itu, saya sendiri akan mengkritik gambar makanan itu sendiri.
Hari ini, rasa malu itu masih ada.
Ada waktu makanan yang menyelerakan dikongsikan, yang dihias cantik.
Ada masanya hanya gambar makanan yang asal tanpa kerajinan menghias pinggan atau masakan 'cepat' yang langsung tidak sempurna.
Namun ketidaksempurnaan itu melambangkan betapa setiap manusia itu ialah manusia biasa.
Tentu sahaja sebagai Blogger saya ingin mendekati mereka dari pelbagai golongan dan tidak mahu mereka yang melayari Blog ini merasa tertekan dan mewajibkan setiap menu cantik dan sempurna dari resepi untuk menjalani diet yang lebih sihat.
Begitu juga, setiap perkongsian tempat Makan yang saya sendiri faham agak tidak berkhasiat atau mungkin langsung tidak berkhasiat dan tidak bagus untuk kesihatan.
Namun itu cara untuk saya memberi tahu semua yang mengikuti kisah saya, tiada paksaan dalam terus meneruskan diet eat clean selamanya.
Ada masa jika anda ingin bersosial dan menikmati makanan, nikmati sahaja.
Namun jangan keterlaluan.
Jika anda sedang menharung Topical Steroid Withdrawal dan menjalani diet ekzema yang ketat percayalah ia insyaaAllah bukan selamanya.
Saya amat memahami penderitaan anda yang baru berada di stage pertama.
Jangan risau, jika anda suatu waktu dahulu bergembira menikmati segala hidangan dan kini memilih mengharungi Topical Withdrawal mahupun yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
Ketahuilah, tidak sepanjang hidup anda harus stress untuk mengikuti diet ketat selamanya.
Segala kesembuhan dan azam kita adalah dari Allah jua dan Allah jua yang memakbulkan.
Mohon pada Allah semoga segala dipermudahkan.
Dan lalui diet sihat anda untuk masa 6 bulan pertama kemudian perlahan lahan anda boleh kembali menikmati diet yang lebih longgar.
Namun pastikan anda tidak melampaui batas.
Saya sendiri semakin tidak berdisiplin dalam pemakanan.
Sedang berusaha untuk diet sihat kembali.
Doakan saya.
Saya perlukan doa setiap manusia dan makhluk di muka bumi ini.
Dan pastinya setiap doa dari insan lain untuk insan lain akan kembali pada kita.
Untuk anda.
Selamat Mencuba.
Dan bagi anda yang sedang berdiet, terus niat dan semangat anda.
Terima kasih.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan