Ada waktu berjaya diet sihat di pagi hari |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Memang benar, kita hanya merancang tuhan yang menentukan.
Sudah bagus mengamalkan diet sihat dari pagi, tiba-tiba diajak keluar menikmati makanan di luar.
Sedang Kusyuk memikirkan makanan sihat untuk dimakan petang, tiba-tiba tersedia cekodok pisang panas baru siap digoreng diatas meja.
Belum kira saudara mara menghantar pelbagai manisan dan kerepek lain.
Tidak termasuk kerajinan ibu yang sering membuat masakan manis.
Belum lagi adik ipar yang sekali pulang ke rumah ibu bapa membawa segala buah tangan.
Makanan yang dihidangkan di depan mata |
Kata orang rezeki jangan ditolak.
Setakat merasa sedikit tidak apa.
Itu sewajarnya, namun jika yang dikunyah itu muruku enak, memang tidak boleh berhenti untuk mengunyah.
Maka segera otak berfikir bagaimana ingin mengurangkan minyak di dalam tubuh ini.
Di samping mengsasarkan diet lebih sihat di minggu hadapan.
Telah berjaya dikawal pagi menikmati masakan rebus seperti pisang nangka rebus.
Waktu petang tiba-tiba, goreng pisang nangka panas-panas terhidang.
Bau pisang nangka yang manis masam menusuk kalbu.
Untung jika anda berjaya mengelakkan nafsu, namun jika tidak berjaya, mau 2 atau 3 keping yang masuk perut.
Ramai yang bertanya saya bagaimana ingin mengurangkan minyak dan makanan berlemak di dalam tubuh seiring masyarakat Malaysia ini tidak lari dari makanan yang bergoreng.
Selain cuka epal, air limau atau air lemon, benda paling mudah di beli di luar adalah yang dicari.
Maklumlah sesetengah dari pembaca atau individu itu sendiri kadang kala tidak punya masa dan agak kurang berminat membela kambucha atau cendawan mekah sendiri.
Hasil melawat kedai singseh atau kedai herba yang terletak bersebelahan kedai organik kegemaran saya (actually kedai organik ini juga menjual herba dan owner yang sama).
Maka saya menjumpai herba murah yang membantu mengurangkan lemak.
Herba itu dari tumbuhan popular masyarakat Cina iaitu bunga teratai.
Beberapa kali menikmati bubur nasi di restoran cina di Ms Garden dan Swiss Garden Beach Resort Kuantan, kebanyakan bubur dan pau ditambah akar teratai dan biji teratai.
Teratai amat terkenal sebagai tumbuhan yang bagus untuk kesihatan dan awet muda.
Saya baru sahaja belajar mereneh herba daun teratai dan akar teratai ini semalam.
Maklumlah di bungkusan daun teratai dan biji teratai itu tertulis ia bagus untuk mengurangkan lemak.
Terlalu banyak lemak yang saya makan kebelakangan ini.
Berminggu dan berbulan saya asyik menikmati makanan di luar.
Agak hancur diet sihat yang saya rancangkan dari awal minggu setiap hari.
Mungkin ada antara anda yang agak menyesal apabila diet yang dirancang tidak menjadi.
Tidak perlu rasa menyesal jika anda selamat menikmati makanan.
Selepas ini belajar untuk kurangkan lagi jika anda tidak mampu mengawal nafsu dan keinginan.
Kekesalan anda langsung tidak membantu apa-apa.
Teruskan fokus untuk diet seterusnya yang lebih sihat.
Jika masih perlu makan luar pilih yang paling sihat.
Saya sendiri ada masanya terpaksa menikmati nasi lemak bungkus yang dibeli di luar sebagai makan malam bersama keluarga.
Makan sahaja dan bergembiralah.
Esok masih ada untuk mula berdiet.
Jika gagal juga cuba lagi sehingga berjaya.
Paling mudah paksa kan diri berpuasa.
Jangan untuk kurus tapi untuk kesihatan dan pahala yang didapati.

Saya akan berkongsi dengan anda Khasiat Daun Teratai dan Akar teratai yang dibeli di kedai herba cina di artikel seterusnya.
Ini artikel KHASIAT DAUN Teratai untuk anda.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan