Sabtu, 27 Mei 2017

Bahaya Pad Wanita dan Pantyliner Komersial


Kain kapas tebal dan kain velvet 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sering membaca kesan sampingan tuala wanita dan Panty Liner,  sekali lagi saya terpegun membaca dan mengetahui kesan buruk pemakaian pad wanita dan tampon di wall Facebook milik Dr Hafiz Sulaiman selaku doktor yang kian popular di Facebook.

Antara perkongsian beliau di Facebook berbunyi

" KESAN TAMPON & PAD SINTETIK KEPADA KESIHATAN
-------------------------------------------------------------------------------

      Tahukah anda apa isu pad pakai buang kepada kesihatan badan?

.
     Tahukah anda tampon ini dikelaskan FDA sebagai peralatan perubatan? Sesuatu bahan itu dikira peralatan perubatan sekiranganya alat itu mampu mengubah aktiviti biokimia badan. Maka pengeluar tidak perlu mengisytiharkan kandungan bahan yang mereka letak pada label produk ini. Sudah berpuluh tahun, aktivis kesihatan alam sekitar gagal mendesak pengeluar tampon dan pad menyenaraikan pencemaran, pewangi, pewarna, peluntur dan pengawet di dalam produk tersebut kerana pengkelasan FDA ini.

.
        Tampon dan pad pakai buang ini biasanya diperbuat daripada campuran kapas dan rayon. Pad pakai buang dan tampon sintetik ini biasanya dilunturkan supaya warnanya menjadi putih bersih menggunakan peluntur seperi klorin. Peluntur klorin ini menghasilkan toksin DIOXIN. WHO mengelaskan dioxin ini sebagai SANGAT TOKSIK dan BERPOTENSI MENYEBABKAN KANSER. Dioxin ini mendatangkan mudarat yang sangat serius pada kuantiti pendedahan yang tersangat rendah, kuantiti parts per trillion. Kajian mengaitkan dioxin dengan:

1) Risiko kanser
2) Gangguan hormon (xenoestrogen) – menyebabkan endometriosis dan ketumbuhan pada organ dan tisu “kewanitaan”.
3) Kerosakan pembiakan seperti pengurangan sperma
4) Kerosakan saraf kanak-kanak terutamanya
5) Gangguan imuniti
6) Obesiti
7) Masalah kulit.

 Walaupun kebanyakan pad dan tampon masa kini banyak yang sudah tidak menggunakan peluntur klorin lagi, toksikan dioxin ini masih dikesan di dalam pad bebas klorin ini.

Mengapa dioxin ini sangat berbahaya?

 DeVito and Schecter pada tahun 2002 menerbitkan satu kajian dan merumuskan penggunaan pad dan tampon adalah seribu kali lebih kurang pendedahan terhadap dioxin berbanding makanan dan fokus sepatutnya pada mengurangkan pendedahannya dalam makanan.

Namun, “pakar tampon” terkemuka yang merupakan pengarah klinikal mikrobiologi New York University medical Centre, Dr Philip M Tierno (PHD) merumuskan walaupun tersangat sedikit pendedahan dioksin juga perlu diambil kira. Ini kerana permukaan kulit dan mukosa vagina sangat telap dan pendedahan pad yang mengandungi dioxin ini adalah secara langsung melekap atau dekat kepada organ pembiakan wanita. Berdasarkan kitaran haid wanita, penggunaan sehingga berbelas ribu tampon adalah biasa. Apa yang membimbangkan ialah keupayaan dioxin ini berkumpul di dalam lemak badan dan sukar disingkirkan maka memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.


**Pandangan saya pula: Mungkin toksin yang dimakan itu kebiasaannya dilihat lebih bahaya daripada yang disapu. Tetapi saya berpandangan sama konsep seperti penyerapan toksikan paraben, apa yang dimakan akan melalui sistem detoksifikasi di hati (first pass effect) dahulu, namun jika melalui kulit toksikan ini terus meresap dan berkeliaran di dalam kitaran darah merosakkan sel dan berkumpul dalam lemak badan. Risiko mungkin lebih tinggi melalui resapan kulit.Boleh rujuk artikel paraben di sini untuk lebih memahami konsep ini.

https://www.facebook.com/muiz.h.sulaiman/posts/1612534692106671

RISIKO SINDROM RENJATAN TOKSIK (TSS)
---------------------------------------------------------------

Penggunaan pad dan tampon tinggi penyerapan (high absorbency) dikaitkan dengan "Toxic Shock Syndrome (TSS) yang walaupun jarang berlaku tetapi boleh membawa maut. Sindrom jangkitan kuman darah ini menjadi epidemik pada tahun 1980 dengan aduan kepada CDC sebanyak 814 kes, yang mana 38 daripadanya maut. Sejak daripada itu, pelbagai kawalan dan regulasi dikenakan terhadap pad dan tampon tinggi penyerapan namun ia masih digunakan sehingga ke hari ini.

.
Jangan pula fikir kes seperti sindrom TSS disebabkan tampon ini tidak berlaku lagi di alaf baru ini. Model California Lauren Wasser merupakan bintang model yang menyerlah pada usia 24 tahun. Pada suatu hari  di bulan oktober 2012, beliau mengalami flu dan demam yang teruk ketika sedang dalam kitaran haid. Beliau dijumpai tidak sedarkan diri di rumahnya dan diselamatkan nyawanya setelah mengalami serangan jantung besar-besaran dan kegagalan organ-organ dalamannya. Semua perawat bingung sumber kumannya itu sehinggalah tiba pakar penyakit berjangkit yang serta merta bertanyakan  soalan cepu emas ini:

 “ Adakah pesakit memakai tampon”?

Kajian makmal membuktikan beliau dijangkiti jangkitan kerana tampon yang dipakainya hari itu walaupun ditukar sebanyak 3 kali. Kaki beliau malangnya tidak dapat diselamatkan kerana jangkitan di tampon itu merebak ke bahagian kakinya. Kakinya  yang memburuk dan busuk dan terpaksa dipotong manakala pad lemak tapak kaki sebelah lagi mengeras sehingga beliau merasakan kesakitan seperti memijak batu ketika berjalan. Beliau menjalani beberapa lagi pembedahan untuk memulihkan kerosakan namun kesakitan masih terasa walaupun sudah 3 tahun selepas itu. Beliau juga dimaklumkan doktor  bahawa kakinya yang sebelah lagi mungkin perlu dipotong menjelang umur 50an.

.
Beliau mengalami tekananan perasaan dan hampir membunuh diri namun berjanji untuk tidak putus asa kepada adiknya yang berumur 14 tahun dan kawan baiknya seorang jurukamera yang membantunya kembali ke dalam karier modelingnya. Sepanjang “photo shooting” di sekitar bandar, beliau bertanya dan memberi kesedaran kepada pejalan kaki berkenaan risiko sindrom TSS disebabkan pemakaian tampon.

,
Beliau bukan mahu penggunaan tampon dan pad diharamkan, tetapi pengeluar lebih telus mengenai risiko penggunaan tampon. Iklan dan label tampon sepatutnya menyatakan dengan jelas risiko penggunaannya sama seperti label risiko merokok yang jelas. Beliau jelek dengan iklan tampon yang memaparkan gadis bersuka ria aktif di tepi pantai tanpa menyebut langsung risiko penggunaannya.

.
Sebagai seorang pengguna yang bijak, kita seharusnya cakna dengan pendedahan kepada toksin persekitaran ini biarpun sedikit kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Usahlah dibuang pad dan tampon sintetik ini, tapi masih makan makanan rapu dan penuh toksik juga. Ingat toksik pada pad dan tampon sajakah? Banyak lagi toksin persekitaran yang mempunyai ciri unik mampu berkumpul di dalam badan dan mungkin memberi kesan kepada kesihatan walaupun dikatakan tiada bukti saintifik yang kukuh. Apa yang jelas, penyakit autoimuniti, penyakit kronik dan kanser kian berleluasa  dengan tiada bukti saintifik yang kukuh akan punca sebenarnya. (?)

.
Amaran: Usah dibiarkan menjejes ya darah itu dek kerana risaunya selepas baca artikel ni terus bakar tampon dan pad. Saya takmboh bertanggungjawab huhu..

SOLUSINYA
--------------------
.
Antara langkah bijak yang boleh diambil bagi pengguna pad dan tampon:

• “Pakar tampon” Dr Philip M Tierno mengatakan pad dan tampon  kapas 100% jauh lebih selamat berbanding pad dan tampon sintetik. Tampon sintetik menyediakan kondisi yang sesuai bagi penggandaan strain toksik bakteria staphylococcus yang mungkin hidupan flora biasa di faraj wanita.

• Pengunaan 100% kapas juga mungkin mengurangkan risiko keputihan. Dioxin di dalam serat sintetik pad dan tampon ini merupakan pengganggu hormone atau xenoestrogen (mimik hormon estrogen wanita). Hormon estrogen yang tinggi merupakan medium yang sangat menggalakkan perkembangan Candida Albicans, kulat yang biasa menyebabkan keputihan.

• Jika tidak pilihan dan kemampuan, pilih tampon dan pad rendah penyerapan. Bahan kimia dalam “pad super absorbent” ini  dikaitkan dengan sindrom TSS di dalam kajian.

• Elakkan mengguris atau mencalarkan permukaan kulit ketika memasukkan tampon.

• Elakkan tidur sambil menggunakan tampon
sepanjangan malam. Menggunakan pad adalah lebih selamat.

• Tukarkan tampon setiap 4-6jam sekali.

• Dioxin berkumpul di kawasan berlemak jadi bayi yang masih menyusu terdedah dengan dioxin melalui susu badan. Namun penyusuan ibu amatlah penting melebihi risiko dioxin menurut pakar. Apa yang boleh dilakukan ialah ibu perlu elakkan pendedahan dioxin dan toksin persekitaran lainnya.

Semoga dengan memahami risiko dan bahaya pendedahan kepada toksin persekitaran ini walaupun sangat sedikit, kita mampu untuk melambatkan pembentukan bukit-bukit toksin yang berkumpul di dalam badan kita. Kita harapkan dapat mendesak pengeluar produk kesihatan dan penjagaan badan agar lebih telus memaparkan risiko produk mereka. Dengan kesedaran masyarakat juga, diharapkan permintaan terhadap produk dari bahan organik dan semulajadi menjadikan ia lebih mudah didapati dan kosnya lebih mampu dimiliki.  Semoga taraf kesihatan masyarakat kita menjadi lebih baik insha Allah..


Ikhlas,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

Jangan buang pad/tampon merata-rata. Dioxin ni dikelaskan sebagai "persistent organic pollutant" (POP). Ia memerlukan berkurun lamanya untuk bahan toksik ini terurai.

Anda boleh terus melawat dan membaca setiap komen pembaca di wall beliau di link ini

https://m.facebook.com/?hrc=1&refsrc=http%3A%2F%2Fh.facebook.com%2Fhr%2Fr&_rdr#!/messages/?refid=8.

Kembali kepada tajuk di atas.

Jika anda ingin selamat gunakan pada kapas 100% tanpa campuran bahan lain.

Tidak perlu teknologi 'mengarut'  di atas pad atau Gel herba sebagainya.

Pakai sesuatu yang betul betul asli seperti pad kapas 100%.

Jangan terpengaruh dengan teknologi nano dan sebagainya untuk pad anda.

Untuk lebih penjimatan dan jauh selamat,  pilih sahaja pad yang boleh dibasuh dan di pakai berulang kali.

Pad dari kain kapas dan boleh dicuci dan diguna semula semakin banyak di pasaran sekarang.

Bukan itu sahaja,  malas Pantyliner yang boleh di basuh dan dipakai kembali juga semakin banyak di perkenalkan.

Ia di perbuat dari kain yang jauh lebih selamat.

Malah paling penting ia jauh menjimatkan.

Kesihatan adalah benda yang tidak boleh di jual beli terutama rahim.

Bayangkan penjimatan yang anda boleh dapat dengan menggunakan pad dan Pantyliner yang boleh di cuci dan di gunakan semula. Paling penting lebih selamat.

Cara paling mudah jika anda ingin lebih jimat beli sahaja kain kapas dan jahit sendiri.

Alternatif lain untuk pad gunakan sahaja tuala morning dan pakai seluar dalam ketat untuk mengelakkan ia longgar atau jatuh.

Alternatif lain,  alaskan sahaja kain di atas pad komersial anda,  sekurang-kurangnya ia jauh lebih selamat berbanding pad komersial itu terlekat terus ke bahagian vagina anda.

Dengan cara mengalaskan kain yang agak tebal diatas pad anda tak perlu bimbang jika pad anda tembus.

Namun harus diingatkan jauh berkali ganda lebih baik anda langsung berhenti menggunakan pad walaupun mengalaskan kain di atasnya.

Kesan dioxin bukan perkara kecil.

Saya juga baru ingin belajar menjahit sendiri pad dan Pantyliner.

Doakan saya berjaya membuat pad yang selesa dan ekonomi termasuk Panty Liner.

Saya berazam untuk menjadikan ia antara produk saya yang seterusnya m

Cubalah bayangkan penjimatan dan kesihatan yang anda dapat.

Kos pad untuk sebulan boleh mencapai sehingga Rm20 belum lagi Pantyliner.

Harus diingatkan pad komersial harus ditukar kurang 4 jam sekali penggunaan.

Lebih sekejap digunakan lebih baik dan bergantung pada tahan pengaliran haid.

Dikatakan pad dan Pantyliner komersial juga antara punca terjadinya keputihan dan ketidakstabilan hormon.

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk anda.

Terima kasih.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...