Khamis, 4 September 2014

JODOH








Assalammualaikum wbt... dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... semoga hari anda dipenuhi dengan perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap semua makhluk dimuka bumi ini.. insyaallah...

Baiklah .. hari ini saya ingin bercerita tentang jodoh... heheheheheh .. actually orang selalu bertanya kepada saya tentang jodoh saya.. honestly saya memang tiada jawapan.. usah tanya tentang kisah cinta saya kerana saya jenis 'penat' untuk bercerita kisah cinta saya dan bagi saya , ia lebih sesuai sebagai rahsia hidup saya sendiri.. kecuali jika sekadar untuk pengalaman dan pengajaran orang lain.. mungkin saya akan berkongsi sedikit.....

Berbicara tentang jodoh. .saya pernah terbaca bahawa jodoh ini.. bukan soal siapa paling banyak berkorban untuk kita... siapa yang paling mencintai kita.. siapa paling sekufu dengan kita... siapa paling serasi dengan kita.. atau siapa paling memahami kita atau siapa yang paling lama kenal kita atau yang paling baik dengan kita dan ahli keluarga kita... tetapi jodoh adalah insan terpilih yang paling berhak yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t semenjak beribu tahun.. ketika kita belum dilahirkan lagi...






Jodoh yang ditetapkan itu. .bukan kerana soal sama keturunan dengan kita.. sama kulit dengan kita.. sama hebat dengan kita.. sama rajin dengan kita... saling 'mahal'. .saling ego.. saling beriman.. saling ingin berubah.. tetapi jodoh itu adalah insan yang terbaik yang terpilih untuk bersama kita.. yang kita sendiri pun tidak tahu hikmahnya sehingga kita sendiri bersama dengannya untuk tempoh yang ditetapkan oleh - NYA didunia atau sehingga syurga...

Ramai yang berkata jodoh itu kita dapat rasa.. yang kita mimpi....yang kita istikharah dan dia sahaja setiap hari muncul dalam mimpi.. yang menunggu kita berpuluh tahun.. terlalu lama... tapi tabah menunggu... tapi hakikatnya.... kekadang... jodoh itu yang jauh dari jangkaun kita.. yang kita sendiri tidak pernah jangka.. .walau kadang-kadang jodoh kita itu adalah orang yang paling kita benci dan dendam.. yang pernah menjatuhkan kita dahulu.. yang pernah mengkhianati kita... atau yang kita sendiri tidak mahu berjumpa lagi apatah lagi ingin hidup bersama....

Berapa ramai insan didunia ini yang menginginkan jodoh yang lebih cantik, hensem, romantik, muda dan berpendidikan malah dari keturunan dan keluarga terhormat... berapa ramai yang ketika diberi pilihan yang jauh lebih baik dari pilihan didepan mata.. tetapi hati tetap terpaut kepada insan yang jauh serba kekurangan..... jodoh pilihan hati.. bukan semestinya anda berijazah dan berpendidikan PHD.. mesti berkahwin dengan atleast ada ijazah atau master... atau anda berpangkat atleast kena kahwin dengan doctor...atau insan yang atleast ada rumah mewah sebijik atau berkereta audi.... jodoh adalah pilihan hati... yang belum tentu direstui-NYA untuk menjadi jodoh kita... itulah rumitnya jodoh.....





Jika anda berasa ingin bercakap pasal jodoh... anda atau saya sendiri pun tidak tahu jodoh kita dengan siapa.. atau sampai bila... atau mungkin juga jodoh kita hari ini hanya untuk seketika atau pinjaman.. atau mungkin.. kita adalah antara insan yang ditakdirkan bertemu jodoh berkali-kali... berbicara soal jodoh sama seperti anda bicara soal rezeki dan ajal... tiada siapa pun tahu mengenainya... kekadang anda akan lihat manusia yang bertungkus lumus mencari rezeki, produknya sedap dan hebat.. tetapi tetap rezeki susah masuk.... atau sedikit... kekadang anda melihat insan yang menjaga kesihatan sungguh-sungguh.. pantang makan itu makan ini. .exercise itu ..exercise ini.. tetapi tetap menghidapi pelbagai penyakit.... tetap ajalnya awal walau pun muda lagi... siapalah kita untuk mempersoal dan membincangkan hukum tuhan....

Jika anda lebih sukakan kari dari sup... anda kena faham ada juga insan yang tidak suka kedua-duanya sekali kari dan sup... hanya suka western sahaja...jadi fahamilah.. tidak semua insan sama kesukaan dan impian seperti anda. .. tidak semua insan yang perlu semuanya untuk merasakan hidup sempurna....yang penting sebagai hamba kita seharusnya bersyukur atas apa sahaja kurniaan-NYA kepada kita.. kerana ketentuan dan takdir-NYA memang tidak terjangkau diakal fikiran kita.... hormatilah hidup insan lain.. jika anda ingin hidup anda jua dihormati...


If you love me, like you tell me
Please be careful with my heart
You can take it just don't break it
Or my world will fall apart

Lagu : Please Be Careful With My Heart
Nyanyian Christian Bautisca & Sarah Geronimo



Sekian sahaja entry untuk kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. love.. huge & kiss..





4 ulasan:

sue berkata...

menarik..tertarik..hihihi

Deeja berkata...

Sekali aku menulis dgn pnuh emosi... Hehehe

Pokok berkata...

Good article Pah! Well written..

Deeja berkata...

Hehehe... Tqvm pokok... Article dr hati sempena hampir 250k viewer... Lps ni akn lbh byk article 'pure' me... Ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...