Assalammualaikum wbt dan hai
kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. semoga semakin hari kita
semakin tabah dan matang dalam menghadapi segala ujian dan dugaan dalam hidup
ini… Alhamdulillah andai kita masih lagi
dipanjangkan umur untuk menghirup oksigen dan berpeluang untuk menjadi insan
yang lebih baik dari hari ke hari….
Alhamdulillah syukur sekali…
perniagaan flakes saya setakat ini semakin positif.. walau pun tidaklah
sebanyak mereka yang focus pada bidang perniagaan atau makanan semata-mata. ..saya
mula menyukai perniagaan flakes ini walau kekadang rasa agak bersalah kerana
saya tidak mampu menumpukan 100% pada bidang takaful saya.. walaubagaimana pun
saya akan belajar perlahan-lahan menyesuaikan jadual untuk segala aktiviti saya
agar masa saya betul-betul cukup dan terurus untuk menjalankan segala yang
telah saya rancangkan dan idamkan….
Pagi ini (7/9/2014 Ahad) saya kena menghantar flakes
saya begitu juga pagi esok.. seboleh-bolehnya hari ini saya akan cuba untuk
mengambil gambar segala pakaian dan barang pre-loved saya yang telah bertahun-tahun
saya tidak gunakan. ..sudah tidak cukup ruang untuk saya meletakkan semua
barang-barang saya …heheheheh..
Semalam (6/9/2014 SABTU) , dari
pagi selepas subuh lagi saya mula menanggal daun kari (yang cantik-cantik sahaja) dari rantingnya sebanyak mungkin untuk
membuat 46 botol Crunchy Flakes By Qisya Khadeeja. Semuanya saya buat seorang
diri.. termasuklah mengunting lada kering… Saya berhenti membuat kerja itu pada
pukul 10am dan keluar menguruskan hal lain dari 1030am dan pulang pada pukul
130ptg ..
Selepas solat zohor dan lunch
serta berborak sebentar dengan ahli keluarga, saya meneruskan masakan saya
seorang diri sehingga pukul 7ptg….segala pembungkusan , tampal sticker..
saletip semua dilakukan oleh saya seorang . Saya memang tidak suka mengharapkan
orang menolong saya kerana setiap orang ada pekerjaan dan tugas masing-masing
untuk dilakukan.. lagipun ini perniagaan yang saya pilih, selagi saya larat
saya akan buat sendiri, kecualilah jika saya tidak mampu melakukannya seorang
diri ..
Memasak bukanlah bidang saya
untuk jangka masa yang lama sebelum ini.. ialah tinggal bujang di kota
membuatkan saya lebih suka membeli sahaja dan makan diluar… dan apabila memilih
bidang ini… ia sesuatu yang telah berzaman saya tinggalkan.. walau bagaimanapun
, mungkin kerana perniagaan dan pemasaran sudah menjadi salah satu minat saya..
ia automatic menjadi kesukaan saya. .alhamdulillah… saya tiba-tiba merasa
hormat kepada mereka yang menjalankan perniagaan catering , makanan dan
sebagainya.. kerana saya memasak ketika cuaca panas sangat (dapur saya panas ye… jika buka kipas…
tertutup api.. heheheh)… ia.. sedangkan masak benda sekecil dan sesenang
ini pun saya sudah berpeluh.. apalagi anda yang telah bertahun dan berzaman
memasak didalam keadaan dapur yang panas dan terlibat dengan perkara-perkara
yang leceh.. sungguh kesabaran memang penting. .belum lagi rasa penat setelah
menyiapkannya….
Bidang takaful saya.. penat dan
kepuasannya lain… penat bidang sales lain.. recruiting lain. .sebagai leader
pun lain… semua kerja pun penat… semua kerja pun memerlukan berfikir.. tapi
berfikir pula banyak seginya… dalam segi takaful saya kena berfikir dimana
market client saya begitu juga bidang perniagaan flakes saya.. .saya kena berfikir
dari segi marketing untuk takaful dan flakes saya.. saya juga kena fikir
mengenai recruiting dalam bidang takaful saya juga , kena fikirkan agen-agen
untuk produk flakes saya… itu belum lagi dari segi promotion … persaingan dan
sebagainya… tetapi bagi saya setiap pekerjaan dan bidang semua ada persaing…
dan setiap orang telah ditentukan rezeki masing-masing….
Saya berdoa dan berharap semoga
apa yang saya pilih adalah yang terbaik dalam hidup saya… kekadang perniagaan
dan bidang pertama yang kita pilih akan membawa pilihan yang lebih baik untuk
kerjaya dan perniagaan seterusnya… ia adalah batu loncatan untuk kita terbang
ke tempat yang lebih tinggi lagi… jatuh bangun itu perkara biasa… itulah yang
kita kena hadapi.. berfikir juga memerlukan kesabaran dan mental yang kuat…
lebih-lebih lagi dalam dunia yang makin mencabar ini….
Saya berdoa dan berharap semoga
saya dan anda semua akan terus berjaya dan kuat dalam menghadapi hidup ini.
.insyaalah… dan jika ketika ini anda sedang jatuh.. jangan terus jatuh dan
kecewa… stop fikirkan problem kerana ia akan terlihat lebih besar.. .fikirkan
jalan penyelesaiannya….setiap masalah pasti ada jalan keluarnya.. Cuma kita
perlu melakukan pengorbananan sahaja .. samaada kecil atau besar..sanggup atau
tidak…. Untuk memberi kita peluang
lagi…. Bukan senang nak senang…
Baiklah, ini saja yang dapat saya
coretkan untuk pagi ini… terima kasih kerana membaca entry ini. salam sayang
dari saya… love , huge & kiss…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan