Isnin, 7 Julai 2014

Khasiat Gum Arabic @ MANNA



 
Gum Arabic Asli yang dibeli oleh saya 200gram RM40

Assalammualaikum wbt…

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa untuk semua umat islam khasnya dan teristimewa untuk semua pembaca my blog tersayang…. Pernahkah anda mendengar tentang gum arabic @ manna??.. Hari ini saya ingin berkongsi khasiat Gum Arabic atau Manna dengan anda semua…Gum Arabic @ manna ini biasanya dijual dalam bentuk asli atau serbuk dipasaran dengan harga serendah rm20 100gram dan sekarang ini banyak terdapat diinternet atau kedai makanan sunnah… berikut adalah sedikit sebanyak info mengenai gum Arabic ini…


Gum Arabic @ Manna dikenali dan diakui oleh 3 kitab iaitu Al-Quran, Injil dan Taurat adalah anugerah Allah SWT kepada Nabi Musa A.S. Para ulama telah mengakui air zam-zam adalah “air minuman dari Syurga”, Saffron adalah “bau wangian di Syurga” dan Manna adalah “makanan dari Syurga”.

Arabic Gum atau Manna ini ada disebut di dalam Al Quran

“ DAN KAMI TELAH MENAUNGI KAMU DENGAN AWAN (PANAS MATAHARI DI PADANG PASIR) DAN KAMI TURUNKAN KEPADA KAMU “MANNA DAN SALWA”, (SERTA KAMI BERFIRMAN):, MAKANLAH DARI MAKANAN MAKANAN YANG BAIK YANG KAMI TELAH KURNIAKAN KEPADA KAMU”, DAN TIDAKLAH MEREKA MENGANIAYA KAMI (SEBAB MEREKA KUFURKAN NIKMAT ITU) TETAPI SEBENARNYA MEREKA ADALAH MENGANIAYA DIRI SENDIRI ”.  -Surah Al Baqarah ayat 57.

Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah “as- Samghu”. As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud Getah Arab atau bahasa Inggerisnya Gum Arabic. Ia dikatakan menjadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat.

Dibawah ini adalah antara khasiat Gum Arabic @ Manna ini yang diambil dari Google

1) Manna merupakan hanya satu bentuk Fibre 100% serat yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.

ANTARA ALASAN KUKUH anda perlu segera membeli dan mengamal Gum Arabic @ Manna ini:-

Epal telah diwar-warkan mempunyai serat pemakanan terlarut tertinggi dikalangan semua tumbuhan semulajadi, tetapi kajian telah membuktikan dengan kuantiti berat yang sama, didapati:
Epal – 2.3% serat terlarut
Manna – 86.6% serat terlarut.

100g susu lembu segar mempunyai 125mg Kalsium
100g Manna mempunyai 1117mg Kalsium.

* Di mana susu lembu segar MEMPUNYAI lemak dan kolestrol serta TIADA serat terlarut.
Manna (Buah penghidupan) MEMPUNYAI serat terlarut yang tinggi serta TIADA kolestrol dan lemak.


2) Khasiat dan kelebihan Gam Arab:

  •  Dapat pulihkan dan menjaga buah pinggang daripada terus rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi.
  • Kaya dengan FIBER DIET, bukan sahaja memudahkan sistem pencernaan malah berikan rasa kenyang yang berpanjangan dan memang bagus untuk yang sedang berdiet.
  • Membantu pembiakan bakteria sihat dalam perut dan dapat mencegah kanser kolon serta memastikan keadaan usus yang sihat
  • Mengandungi SERAT yang membantu mengurangkan gas dalam badan serta dapat membantu proses gastrointestinal dalam perut dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dalam perut
  • Dapat mengatasi masalah senak perut malah ia boleh mengubati buasir, sembelit dan juga cirit birit
  • Membuang toksin dalam badan
  •  Mengawal sakit gout
  • Merupakan antioksidan (antioxidant) dan juga  Anti radang (anti-inflammatory)
  • Dapat tingkatkan sistem imunisasi dan kuatkan tenaga
  • Mengawal kandungan gula dalam darah
  • Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.
  • Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).
  • Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
  • Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.
  • Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.
  • Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .
  • Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.
  • berkesan dalam penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease)
  • Juga sesuai untuk pesakit kulit seperti ekzema

3)  Mengambil 3 sudu Arabic Gum mengandungi lebih fiber dari makan 10 mangkuk oatmeal, 13 lobak merah, 15 biji epal, 44 biji prune.

4)  Gum Arabic amat berkesan untuk buasir; minum 2 kali sehari dan sapu pada tempat yang bengkak. Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal gout (lebih berkesan jika diminum dengan bancuhan air rebusan daun pandan atau roselle), sembelit, dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dan lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izi Allah Ta'ala.

5) Arabic Gum atau Manna ini selain dari sesuai dijadikan amalan harian sebagai minuman tambahan  ia juga dapat membantu untuk mereka yang mempunyai masalah Diebetis, Darah Tinggi, Kolesterol Tinggi, Stroke, Asthma, Masalah kurang Kalsium, Buah Pinggang, Sembelit, Gastrik dan beberapa masalah lain lagi. 


Asal Gum Arabic @ Manna

Kelebihan getah Arab dari Sudan ini ialah lebih 90 peratus daripadanya adalah jenis terbaik dan diperolehi secara semula jadi dari dua jenis pohon acasia yang hanya boleh di tanam di Sudan. Usaha menanamnya di negara jiran Sudan seperti Chad dan juga di Amerika telah gagal.

Getahnya diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah.


gambar dari google -getah dari pokok manna yang ditoreh dan keluar menjadi gum arabic


Getah Arab ini dikatakan mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu and 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.

Banyak kajian saintifik keatas Arabic Gum mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.
Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Arabic  Gum dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Arabic Gum 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Arabic Gum berbanding Inulin. Ini bermakna Arabic Gum adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.


Berikut antara Kajian yang menunjukkan kebaikan Arabic Gum  :

1) Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology 2004). Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).

2) Satu kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Arabic Gum selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).

3)Kajian lain pula (Hyderabad India) mendapati penggunaan 20gm Arabic Gum pengurangan paras gula dalam darah.

4) Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Manna dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Manna 10gm dan Inulin 10gm setiap hari selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Manna berbanding Inulin. Ini bermaknaManna adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.


Cara Makan Gum Arabic @ Manna


Actually anda boleh membeli Gum Arabic @ Manna ini didalam bentuk asli atau serbuk. .. terpulang kepada anda.. tetapi saya lebih suka bentuk asli… dari serbuk..walaubagaimana pun bentuk serbuk lebih senang dibancuh dengan minuman dan mudah cair… berbanding bentuk asli… yang terpaksa dibiarkan lebih lama didalam air antara setengah ke 40minit…


Cara makan gum arabic ini… ia hanya perlu dikunyah atau dimakan begitu sahaja tetapii ketika dikunyah.. rasanya agak melekit atau melekat digigi dan kurang selesa @sedap.. so saya lebih suka merendam gum Arabic atau manna ini didalam botol air minuman… dan mengoncangkannya supaya sebati… oleh kerana saya memang mengisi gum Arabic ini dalam jumlah yang banyak didalam botol minuman saya.(yang berisi air mineral @ air alkali). so kebiasaanya air minuman saya akan berbuih …. Dan rasanya jauh lebih sedap dari dikunyah begitu sahaja…anda juga boleh mengisi gum Arabic ini didalam sebarang minuman kegemaran anda.

Dikatakan lebih lama anda merendam manna atau gam arabic didalam air, lebih bagus lagi dari segi khasiat kerana probiotik telah terbentuk. Digalakkan anda merendamnya semalaman dan amalkan secara berterusan.

*** bagi mereka yang sedang memakan ubat klinik @ hospital… Jangan risau anda dibenarkan mengambil gam Arabic ini selepas @ sebelum 1-2jam  mengambil ubat.

P/s: jeli yang terbentuk selepas rendaman Manna atau Gam Arab ketul itu,  anda boleh makan atau sapukan di wajah sebagai masker.  Selamat mencuba. 


Sekian sahaja untuk entry kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. luv! Muahzzz!!!

Untuk perbezaan antara Manna dan Luban di dalam artikel di link di bawah

Perbezaan antara Manna (Gam Arab) dan Luban (Kemenyan Arab)


**** Terima kasih kepada google atas segala maklumat ini.. actually jika anda google "gum arabic @ manna" ini kebanyakan blog menulis info yang sama.. heheheheh


1 ulasan:

Ameer Al Manna berkata...

untuk mendapatkan harga borong arabic gum, boleh hubungi saya

WhatsApp +60194951082 :)

Semoga bermanfaat untuk semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...