Rabu, 9 Julai 2014

CINTA TANPA RESTU








Pernahkah anda melalui pengalaman cinta tidak direstui?... jika anda adalah antara kalangan ini.. tentu anda seorang yang cukup tabah menghadapi dugaan hebat cinta ini… ada pasangan akhirnya Berjaya mendirikan rumah tangga setelah bersusah payah mengharungi pancaroba memujuk anggota keluarga terutama ayah dan ibu… ada juga pasangan hingga akhir hayat.. tetap tidak Berjaya memujuk keluarga @ ahli keluarga merestui… sehinggakan ada parent sebelum menutup mata pun sempat berwasiat “walau kami menutup mata… restu kami tetap tidak mengiringi.. jika tidak mahu menderhaka.. jangan ingkari” dek kerana ‘wasiat’ itu membujanglah anak sehingga keakhir hayat…

Wahai ibu bapa sekalian… jika kamu punyai anak pada ketika ini.. yang sedang hangat bercinta dan kamu tidak restui… hanya kerana kamu rasa dia tidak mungkin membahagiakan…. Berdoalah untuk kami.. agar kami bahagia… andai insan yang kami pilih itu tidak baik dipandangan kamu… tolong doakan.. ketika dia selamat diakad menjadi pasangan hidup kami.. agar dia tergolong dalam golongan beriman dan pasangan terbaik buat kami.. .jika insan yang kami cintai itu masih ‘mengangur’ tolonglah beri pasangan kami itu peluang lebih lama sedikit untuk mencari kerjaya yang lebih stable… jika ada calon lain bagi kalian yang jauh lebih baik dari kekasih kami… pilihan hati kalian.. tolonglah hormati pilihan kami… kebahagiaan bagi kami ialah dapat hidup susah senang bersama insan yang dicintai….

Tetapi jika benar… apa yang kalian sebagai ibu bapa tercinta fikirkan adalah benar belaka… yang tidak mungkin akan berubah walau dengan sejuta doa dan harapan yang kami letakkan…. Kami rela… ditakdirkan tuhan agar kamu berkeras… tidak merestui cinta kami… Jika insan yang kami cintai itu tidak ikhlas mencintai kami seperti kami cintai… berlakon dalam mencintai kami… tidak apalah… kami redha Tuhan pisahkan kami… walau hakikatnya kami pasti terluka teruk yang amat.. .walau hakikatnya kami pasti merajuk dan terasa yang amat dengan kalian… walalu hakikatnya kami tidak mungkin akan jatuh cinta lagi untuk kesekian kali … tidak apalah…. Asal kami tidak digelar menderhaka.. asal hati kalian tidak risau dan tidak redha… tidak apalah…. Biar kami yang terluka.. biar kami yang mengalir air mata.. .setiap hari setiap saat dalam hati… asal kami tidak lebih disakiti jika mengahwini mereka…agar kami tidak melalui perkara tidak baik yang kalian Nampak akan kami lalui dengan teruk…. Ya.. kami percaya…. Tuhan dan kamu ingin menyelamatkan kami..tidak mahu kami kecewa… tidak mahu kami sakit.. tidak mahu kami merana….. biar kami merana sekarang… jangan kami merana seumur hidup.. walau sebenarnya.. ketika kalian memutuskan hubungan kami… kami sendiri sudah cukup merana…. Tidak apalah.. kerana kami percaya… jika kami mengikut kata hati kami sendiri… kami lebih merana….

Wahai kekasih hati yang kami tinggalkan.. yang kami kecewakan…maafkan kami jika meninggalkan kalian, mengecewakan kalian.. memungkiri janji-janji kami…. Maafkan kami yang telah membuatkan kalian berkorban jiwa raga.. yang mengambil bertahun-tahun masa kalian menunggu kami… yang telah menghabiskan segala jiwa tenaga dan wang  kalian untuk kami… tetapi akhirnya kami memilih insan lain… bukannya kami menyintai penganti kalian lebih dari mencintai kalian.. tetapi kerana tanggungjawab kami kepada keluarga lebih besar dari  cinta kami kepada kalian… bukan kerana kalian tidak sempurna dan kekurangan dari pengganti kami.. tetapi kerana kami faham hidup ini bukan untuk diri kami sendiri semata-mata…. Ampun dan maafkanlah kami…janganlah kerana kami.. .anda menolak segala cinta baru yang hadir.. melarikan diri.. .atau pergi jauh dari sini.. .apalagi membujang hingga ke akhir hayat…. Bukan kami pembohong , penipu, ‘player’ dan bermulut manis… bukannya kami tidak cuba pertahan dan bersungguh-sungguh bertekak melawan segala kata-kata tentangan.. tetapi kerana kami tidak mahu menderhaka… dan sesungguhnya kami percaya… kalian lebih bahagia dengan insan pengganti kami nanti….

Jika telah berbelas tahun kalian masih menunggu kami. .walau telah berpisah berbelas tahun lampau dahulu.. usah tunggu lagi… kerana kami tidak mungkin menerima kalian sebagai pasangan hidup kami… bangun dan terbanglah… carilah cinta sejati yang jauh lebih hebat dan kuat dari kami… bangunlah dari kecewa… dan lupakan kami…..

Untuk ibu bapa dan keluarga kami.. yang tidak henti-henti menanya kami. .dan mahukan kami mendirkan rumah tangga setelah berbelas tahun kisah ‘cinta tidak direstui’ itu terjadi… berhentilah menanya… lupakah kalian… ketika kami sendiri bersungguh-sunguh untuk mendirikan rumah tangga dahulu?. .lupakah kalian yang anak kamu ini bukan mudah untuk jatuh cinta?.... lupakah kalian macam mana kata-kata dan perasaan cinta kami yang dulu tidak didengari lansung oleh kalian… tidak nampakkah kalian raut wajah derita kami yang ketara sekali???....kami tidak mahu menjawab untuk tidak mengungkit kisah silam yang menyakitkan dan penuh derita itu.. tetapi kami harap … seperti mana kami sanggup berkorban jiwa raga kami dan cinta kami dahulu… berkorbanlah untuk kami untuk mendengar pertanyaan insan sekeliling mengenai jodoh kami…dan berkorbanlah untuk sabar menunggu hati kami terbuka untuk jatuh cinta lagi….. maafkan kekerasan hati kami… tetapi…apalah daya kami…. Mungkin kerana 99% hati kami telah diberikan pada cinta sejati kami yang lepas… yang tinggal hanya 1%.. hati yang tidak punya cinta lagi….

Kami mendoakan untuk anda yang membaca entry ini.. agar tidak akan melalui kisah cinta yang sama seperti kami.. .semoga cinta anda semua direstui….

TERIMA KASIH kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. .luv! muahhhhzzz!!!

"Ku Membayangi…Jiwa Hatimu
Tapi Perpisahan Menunggu
Ku Ingin Membelaimu
Namun Kasihku Tiada Restu

Diri Begini…Kerna Selama
Ditinggalkan Marah Sengsara
Hingga Hilang Terlupa
Siapa Aku Sebenarnya Sayang…

Oh..Dengarlah Sayu Tangisanku
Mengapa Degupanmu Ku Seru
Kerna Kesepian nan Terlalu
Kembalikan Hidup Yang Ku Rindu

Oh..Dengarlah Sunyi Tangisanku
Kau Tahu Ku Amat Menyayangimu
Oh Pergilah Kau Bukan Milikku
Pulang Pada Yang Mengasihi… Dirimu…
( Kau Ku Seru…Kesepian Berlalu…Maafkan Daku )

Sampai Disini
Ku Lepas Kau Pergi
Biar Ku Damai Bersemadi
Lukamu Ku Mengerti
Kan Ku Hilangkan Derita…Ini…"

LIRIK LAGU : KU SERU 
PENYANYI : MISHA OMAR






2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sungguh la perit huuurm.. bila mak ayah tak restu ni alahai beratnya rasa dada. nak lawan pun itu mak ayah yang kasi lahir yang jaga yang bela.. tp soal hati lain pulak cerita kan.. smoga kita semua mendapat jodoh yang baik membawa ke syurga. amin.

Deeja berkata...

Aaminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...