Khamis, 17 Julai 2014

Khasiat Badam



Badam yang telah siap dibakar

Assalammualaikum wbt...

Selamat berpuasa untuk pembaca my blog tersayang.. tinggal tidak sampai 2 minggu lagi untuk bulan berkah ini berakhir.. dan saya rasa tentu ramai tidak sabar menunggu 10 terakhir Ramadhan untuk mencari malam terbaik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar... saya berdoa kita semua berpeluang berjumpa malam itu disamping beribadat dan berdoa banyak-banyak...

Baiklah diringkas entry ini.. kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog tersayang saya tentang khasiat badam kerana ketika hampir hari raya ini.. terlalu banyak kuih-kuih dan kek serta desert termasuk coklat yang hias, di tabur dan diisi dengan badam... saya actually adalah peminat badam terutama coklat yang berisi badam juga biskut almond london.. yup! siapa tidak minat coklat dan badam especially perempuan.... 

Sorry darlingz.. .sekali lagi saya terpaksa hanya copy paste sahaja khasiat ini daripada blog lain kerana saya agak 'busy' hari ini. .walau bagaimanapun segala maklumat dari blog tersebut sudah cukup membuatkan badam ini makin memukau...untuk segera dibeli.. heheheha.. so berikut antara khasiat badam :-


1. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain.

2. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain.

3. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum.

4. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu tumbuh besaran mereka, selain membina tulang dan gigi. 

5. Badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu dimana badan anda perlukan. Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi penawar bagi memerangi kolesterol LDL di dalam badan.
6. Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung .Bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. Memakan badam dapat menurunkan paras dua bio penanda bagi kesan tekanan oksidatif dalam sekumpulan sukarelawan 27 lelaki dan wanita yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Dalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ’statin’. Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan ateri.

7. Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. 

8. Badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang: Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese.

9. Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan): Di dalam satu kajian yang pernah disiarkan di dalam International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders, dilaporkan bahawa diet yang diperkaya dengan badam telah berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat kompleks.

10. Badam Meredakan Diabetes: Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2. Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan .Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.

11. Badam Membantu Menghalang Batu Karang: Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.

12. Badam Menghalang Osteoporosis: Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis. Diet kurang kalsium juga boleh mecetuskan risiko barah usus?

13. Badam bagus sekali untuk Wanita Hamil: Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

14. Badam Mengurangkan Risiko Berbagai Penyakit: Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.


Sumber rujukan dari : http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2011/07/badam-khasiat-dan-ubatan.html . Terima kasih kepada pemilik blog berinfomasi ini...


badam yang siap dibakar yang dibeli oleh saya di Pasar Kurma, Kuantan Pahang

So, lepas ini rajin-rajinlah makan badam dan bancuh susu isi serbuk badam. Terima kasih kerana membaca entry ini.. selamat berbuka puasa dan berterawih. .salam sayang dari saya.. luv!! muahhzz!!


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice sharing :D sebab tu Nabi SAW galakkan kita makan badam..

Deeja berkata...

betul tu ct... lepas ni nampaknya mcm kena copy plak entry makanan kegemaran nabi dari blog lain.. heheheh..sebelum tulis entry sendiri dari hati.. hahaha....sabor jer ler... ahaks!

Deeja berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
animal berkata...

Pasta Korma tu di mana?

Deeja berkata...

Pasar kurma berdekatan tunas manja jln beserah kuantan pahang. Sebaris dgn mercedes benz @ 7eleven.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...