Rabu, 4 Julai 2018

Zai's Beauty Formula dan Proses Penapaian serta Probiotik dalam produk Rawatan Wajah



antara kandungan brochure Produk Zai's Beauty Formula yang diperkenalkan semenjak lebih 20 tahun lalu

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan entri sebelum ini di link ini Produk Zai's Beauty Formula dalam Kenangan

Jika anda mencari produk kecantikan semulajadi, pilih produk tanpa pewarna, pengawet, penyatu dan pewangi juga semestinya tanpa bahan kimia merbahaya dan bahan asli.

Terdapat pelbagai senarai bahan berbahaya dalam kandungan produk kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki, anda hanya perlu rajin membaca dan mengoogle kandungan bahan yang terdapat  dan tertulis dibelakang setiap produk.

Selain Paraben, antara bahan penyebab kanser lain termasuk DMDM hydantoin, imidazolidinyl urea, allantoin, diazolidinyl Urea, Paraben termasuk menthylparaben, ehylparaben, propylparaben, PEG, paraffin, petroleum jelly dan pelbagai lagi.

antara bahan kandungan dalam produk Zais Beauty Formula termasuk saffron atau zaffron
Ramai yang masih bellum celik mengenai bahaya pelbagai bahan ini yang boleh menyerap melalui kulit dan masuk kedalam tubuh melalui salur darah.

Selain itu, bahan-bahan ini juga beoleh mengakibatkan keradangan kulit, ekzema, kedut dan sensitif juga boleh menyebabkan kanser, kecacatan bayi dan kerosakan pada hati, jantung dan buah pinggang.

produk Zai's Beauty Formula dalam kenangan, produk ini mempunyai kilang dan makmal sendiri

Apabila anda memilih produk kecantikan pilih produk berkualiti tinggi yang mengandungi kurang bahan kimia kuat dan berbahaya.

Kini dengan kecerdikan pelbagai golongan di barat, semakin ramai golongan yang semakin celik dan mula membuat produk semulajadi dari bahan selamat. Namun apa sekali pun anda tetap perlu menyemak setiap bahan yang digunakan dalam produk tersebut.


setelah beroperasi lebih 20 tahun, Pengurusan Zai's Beauty Formula mengambil keputusan menamatkan ia

Kebiasaanya produk organik dan selamat kurang mengandungi pelbagai bahan, jika anda membaca senarai bahan yang sukar disebut dan dieja serta bukan bahan yang anda kenali, elakkan membeli produk tersebut.

Selain boleh melakukan pemeriksaan bahan merbahaya di google anda juga boleh merujuk laman web Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan membeli pelbagai buku yang disyorkan untuk anda bagi mendalami antara bahan-bahan penyebab kanser yang terdapat dalam bahan-bahan kosmetik dan bahan kegunaan harian kita setiap hari.

Rajin-rajinlah membaca dan membuat kajian sendiri dengan mengoogle dan google.

Terima kasih.


Ahad, 1 Julai 2018

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 53 :- EAST GRILL STEAK HOUSE



bahagian hadapan restoran East Grill Steak House

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link Tempat Makan Best di Kuantan Part 52 :- Loft by Loteng.

Peminat masakan barat jika anda berada di Kuantan anda boleh mencuba menu masakan barat East Grill Steak House.

Eastt Grill Steak House ini telah wujud di Kuantan semenjak tahun 1997 lagi.

antara ruang tempat menikmati hidangan di restoran ini
Berada di Jalan Beserah, lokasi restoran ini berada di belakang KFC Jalan Beserah sahaja.

Tempat ini menjadi kunjungan pelbagai kaum dari melayu, cina dan india.

ruang menikmati hidangan
Luas dan penuh privasi, restoran ini antara restoran masakan barat yang amat sesuai untuk sambutan dan majlis tertentu termasuk majlis keramaian dan perpisahan.

Anda boleh menikmati hidangan bersama keluarga tersayang atau mengadakan sambutan hari jadi disini disamping menikmati hidangan malam bersama yang tersayang disini.

gambar antara mereka yang pernah menikmati hidangan disini termasul Sultan dan Sultanah Pahang
East Grill Steak House ini juga menjadi tempat kunjungan Sultan dan Sultanah Pahang, sekaligus menyaksikan betapa hidangan steak disini antara hidangan steak yang popular dan diakui keenakkannya di Kuantan.

Ruang Restoran yang cantik dan menarik
Harus diakui restoran ini menggunakan konsep ringkas dan bersifat peribadi terutama pada mereka yang sukakan privasi.

ruang makan yang cantik sesuai untuk pelbagai majlis
Saya dan keluarga saya berkesempatan menikmati hidangan makan malam disini ketika berbuka puasa tempoh hari.

Anda pasti sukakan suasana privasi dan dekorasi malap seperti ini.


Berikut beberapa menu yang dicuba oleh keluarga kami di restoran East Grill Steak House ini.

ayam panggang dan sosej

lamb shark

ayam dan sosej

ayam panggang dan fish chip

antara gambar makanan yang sempat diambil

spaghetti dan daging lembu berkeju berserta salad
Dibawah ini gambar saya dan keluarga saya menikmati hidangan disini.

Rayyan kegembiraan menikmati hidangan di luar

Zara dan Harris memilih menu

Firdaus dan Harris menunggu hidangan tiba

amboi Rayyan

kakak saya mengambil gambar untuk instagram

saya kusyuk menikmati hidangan tak pandang apa dah

pencuci mulut banana split

licin licau menikmati hidangan disini



jumlah bil keseluruhan
Kali kedua menikmati masakan disini,  saya harus akui,  restoran ini adalah antara restoran terbaik untuk masakan barat di Kuantan.   Menu masakan barat disini memang enak. Jika kali pertama saya tidak dapat merasai betul keenakannya kerana menikmati masakan di sini pada bulan puasa. Kali ini bukan sahaja jus oren disini enak malah dessert banana pizza juga sedap. 

Berikut antara gambar yang sempat diambil oleh saya di sini ketika menikmati menu disini untuk kali ke 2 bersama keluarga. 














Untuk penjimatan hebat,  adalah disyorkan anda memilih menu mix &  match. Contohnya lamb shank dan lamb chop,  lamb chop dan chicken chop dan pelbagai menu yang terdiri dari 2 masakan berlainan. 

Sos di restoran ini tersedia dari 3 jenis, black pepper,  mushroom dan bbq. Black pepper sos bagi saya agak masin,  mushroom biasa sahaja dan bbq terbaik.  Maka untuk akan datang kemungkinan untuk sos bbq menjadi pilihan saya kerana anda hanya boleh memilih satu sos sahaja. 



Untuk kali ini lebih 11 orang menikmati makanan di restoran ini,  jumlah harga keseluruhan bil tidak sampai rm500. Sebelum terlupa,  bagi kami sekeluarga menu masakan tempatan di sini adalah amat biasa. 

Tempat ini yang lebih 'privacy'  amat disyorkan untuk majlis istimewa keluarga anda atau untuk pasangan yang ingin 'privacy'. 

Untuk video pemandangan dan hiasan di dalam restoran East Grill Steak House ini anda boleh menonton video ini




Jika anda berada di Kuantan, tunggu apa lagi, anda boleh mencuba menikmati hidangan barat di restoran ini.

Artikel tempat makan best seterusnya di link ini TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 54 :- CEKUR MANIS CAFE

Terima kasih.



Sabtu, 30 Jun 2018

Aidilfitri 2018


1 Syawal 1438h 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Syawal 1438h berkunjung tiba,  alhamdulillah masih di panjangkan umur untuk meraikan kemenangan Ramadhan tahun ini. 

Kemeriahan tahun ini disambut ringkas,  seiring usia yang bertambah. Jika di zaman kanak-kanak inilah hari paling di nantikan. 


Raya Aidilfitri pertama di 2018


Agak lama blog tidak dikemaskini,  termasuk semakin berkurangan masa di beri kepada Blog menyebabkan Blog ini terlihat tidak aktif. 

Malah di instagram Qisya Khadeeja sendiri gambar makanan jarang dikongsikan. 

Ia bukan sahaja ketika Aidilfitri,  malah ketika bulan Ramadhan dan berbulan sebelum itu diet yang konon Eat Clean dan ingin dijaga semakin jauh ditinggalkan.  Jika dikira hampir setahun azam konon ingin Eat Clean makin kelaut.  Sukar untuk mempertahankan diet eat Clean ketika anda sering dihadap makanan enak,  malah lebih teruk jika penyakit malas memasak anda datang. 

Lebih-lebih lagi harus diakui masakan bukan Eat Clean jauh enak berbanding masakan Eat Clean yang sukar untuk dihabiskan dan dipaksa makan. 

Dari pelbagai makanan di bazar Ramadhan, makanan segera termasuk Pizza dan sebagainya turut dinikmati walaupun realiti makanan ini bukan makanan sihat malah penyebab pelbagai masalah kesihatan. 

Sedangkan saya yang mengetahui hakikat dan Info ini sekali pun tetap tewas dari menolak,  apatah lagi individu yang tidak pernah mengambil tahu Info ini. 


Syawal ke 10 tahun 2018 dan majlis akikah anak saudara ke 11

Hari raya Aidilfitri ke 10 pada tahun ini,  di adakan majlis akikah anak saudara saya ke 11, Syed Hassan iaitu anak pertama adik lelaki saya Imran yang berkahwin pada Syawal tahun lalu.

Semakin bertambah umur dan semakin bertambah ahli keluarga, sekaligus menambah keceriaan sambutan hari raya Aidilfitri bagi mereka yang berkahwin juga yang mempunyai keluarga. 

Tidak tahu bila akan bermula menjaga kembali diet dan pemakanan harian,  tentu sekali saya ada impian untuk itu. 

Insyallah saya akan kembali aktif menulis Blog dan mohon doa dari anda semua yang baik-baik. 

Selamat hari raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin untuk semua. 


Terima kasih. 

Sabtu, 5 Mei 2018

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 52 :- Loft By Loteng


kafe Loft By Loteng
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini Tempat Makan Best Di Kuantan Part 51

Seiring perkembangan sosial media, pelbagai kafe moden kini dibuka malah mendapat sambutan hebat jika sesuai lokasi dan sasaran pelanggan disamping menu dan perkhidmatan yang cepat.

Kafe Loft By Loteng antara kafe yang mendapat pujian ramai. Menghidangkan menu yang enak dan perkhidmatan yang pantas serta harga yang berpatutan meletakkan kafe ini antara kafe popular di Kuantan sebagai tempat sambutan hari jadi dan menikmati santapan bersama keluarga, rakan dan insan tersayang.


Pintu masuk Loft By Loteng
Terletak berhampiran Pasaraya Tunas Manja Transit Point. Di tengah-tengah bandar Kuantan berhampiran East Coast Mall, kafe ini amat mudah dijumpai lokasinya dan ia amat strategik.

Terdapat 2 bahagian tempat makan di atas dan dibawah
Masuk sahaja ke dalam kafe ini anda boleh memilih sama ada meja di bahagian atas atau meja di bahagian bawah.

Selain menyediakan masakan panas melayu, cina dan barat. Kafe Loft by Loteng ini amat terkenal dengan keenakan kek keju yang ditawarkan.

Antara kek keju ais krim popular disini termasuk kek keju mangga, durian, blueberry dan strawberry yang dibentuk dan dihias cantik.

antara menu kek yang di jual disini
Anda boleh memilih barisan kek yang cantik tersusun ditingkat bawah. Terdapat pelbagai pilihan kek yang kesemuanya memang dikatakan amat sedap.

nampak sedap sangat kek inni

Kek disini wajib dicuba kerana rasa kek yang enak ini amat kena dengan bentuk kek yang cantik.

barisan kek yang cantik
Untuk masa ini tawaran harga serendah RM7.90 untuk set makan tengah hari ditawarkan di kafe ini. Anda boleh melayari facebook Loft by Loteng untuk barisan menu yang menarik dan gambar makanan menarik disini.

gambar diambil dari tingkat atas
Kafe Loft by Loteng ini  dikira besar dan luas. Antara kafe menarik di Kuantan untuk apa-apa sambutan dan tempat yang sesuai untuk menikmati menu dengan lebih tenang terutama di musim panas membahang ini.

antara gambar meja di bahagian atas kafe ini
Meja kafe ini dihias indah dan ringkas begitu juga dengan susun atur yang tidak merimaskan. Kafe ini juga sesuai untuk pertemuan dan perbincangan bersama pelanggan atau rakan.

ais krim percuma untuk set menu makan tengah hari
Untuk ketika ini, set hidangan menu makanan tengah hari di beri percuma ais krim dan minuman percuma terpilih. Antara minuman percuma termasuk teh hijau dan teh ais.


Thai Style Kuew Tiaw Goreng
Saya mencuba set menu makanan tengah hari set kuew tiaw goreng ala Thai yang berharga RM11.90 . Ia percuma ais krim dan teh hijau. 

Porsi yang agak besar berbanding restoran dan gerai biasa dan ia amat enak. Ini antara menu anda harus cuba jika menikmati makanan disini.

mee tom yang udang enak rm14.90 satu set

Set menu mee tom yam udang juga enak. Ini juga set menu yang harus anda cuba jika anda peminat tom yam. Harga set ini hanya RM14.90.

Oreo Ice Cream Cheese Cake
Tidak lengkap jika anda tidak mencuba kek keju ais krim disini. Saya sudah mencuba kek durian dan kek mangga disini. Sungguh sedap. Sila cuba.

Jika anda peminat oreo anda boleh mencuba kek keju ais krim oreo.

chicken chop

Peminat chicken chop, disini turut ditawarkan menu chicken chop. Anda boleh mencuba menu chicken chop disini. Ayam disini juga dalam potongan yang agak besar berbanding restoran lain.

Tunggu apa lagi jika anda berada di Kuantan, sila singgah kafe ini. 

Untuk video ringkas suasana dalam Loft by Loteng ini anda boleh melihat video pendek dibawah ini .




Terima kasih.




Jumaat, 4 Mei 2018

11 SENAMAN MATA MUDAH UNTUK DICUBA







Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Penglihatan adalah satu anugerah tidak ternilai dari tuhan namun seiring usia, jarak penglihatan mulai kabur, malah kanak-kanak yang mengalami isu penglihatan juga semakin meningkat tahun demi tahun. Mereka yang memakai cermin mata semakin menambah ‘power’ kanta cermin mata kerana isu ini.

Antara yang disyorkan untuk penjagaan dan kesihatan mata ialah senaman untuk mata. Terdapat pebagai senaman mata direka khas untuk isu mata. Antara senaman mata yang disyorkan ialah seperti berikut :-


1. Mengelipkan Mata

Lakukan senaman mengelipkan mata anda beberapa kali secara perlahan-lahan. Lakukan sehingga 10 kali dan berhenti berehat sebentar kemudian lakukan lagi. Senaman ini dikatakan membantu melembabkan mata yang kering dan letih.


2. Melihat pemandangan jauh

Belajar melihat pemandangan yang jauh. Lebih jauh lebih bagus, kurangkan melihat benda yang terlalu berdekatan mata anda. Lebih jauh anda melihat pemandangan lebih baik untuk kesihatan mata anda.


3. Melihat warna hijau semulajadi atau pemandangan semulajadi yang hijau

Melihat pokok menghijau terutama pemandangan hutan menghijau yang jauh adalah antara senaman mata yang bagus. Adalah lebih baik dan menyegarkan mata jika diwaktu pagi anda melihat pokok dan pemandangan menghijau. Malah pemandangan alam semulajadi seperti gunung ganang, laut yang terbentang biru dan bersih merehatkan mata dan menguatkan mata anda.


4. Menggerakkan Kepala ke Pelbagai Arah

Dengan mata memandang kearah hadapan. Gerakkan kepala ke kanan, kiri, atas dan bawah secara perlahan-lahan sambil mata hanya fokus memandang ke hadapan. Gerakkan kepala ke kanan, berhenti sebentar, kemudian ke kiri, berhenti sebentar, kemudian ke atas, berhenti sebentar dan kemudian kebawah. Berhenti sebentar dan ulang lagi gerakan ini beberapa beberapa kali.


5. Menggerakkan Mata Ke Kanan dan Ke Kiri

Senaman mata mudah lain yang anda boleh lakukan bila-bila masa ialah melakukan senaman mengalihkan pandangan mata ke kanan dan ke kiri, sebentar anda pandang ke kanan kemudian  secara perlahan-lahan alih pandangan anda ke bahagian kiri pula. Pejamkan mata sebentar , kemudian ulang beberapa kali senaman ini.


6. Pejam Mata Dan Tenangkan Diri

Pejamkan mata anda secara perlahan-lahan. Tenangkan diri dan sandarkan badan anda ke sofa lembut. Relax atau tenangkan tubuh anda. Bayangkan pemandangan hijau yang indah, pantai yang memukau yang mengembirakan hati anda, hanya bayangkan perkara indah. Pejam mata dengan tenang ini selama 30 saat. Kemudian anda boleh ulang lagi sehingga anda puas hati.


7. Tutup Dan Buka Mata Anda

Tutup mata anda secara perlahan-lahan selama 5 saat kemudian buka selama 5 saat. Lakukan senaman tutup dan buka mata ini 7 kali.


8. Letakkan 2 Jari Anda di Tepi Kanan Dan Kiri Mata Anda

Secara perlahan-lahan letakkan 2 jari jemari anda di tepi hujung mata kanan dan kiri anda. Letak secara perlahan. Tutup dan buka mata anda. Anda akan merasa tenang. Ulang beberapa kali.


9. Senaman Melukis Pelbagai Bentuk Dengan Bola Mata

Secara perlahan-lahan lukiskan bentuk bulat dengan menggerakkan bola mata anda seolah-olah melukis bulatan. Kemudian Bentuk 3 segi, kemudian segi empat, kemudian hexagon. Lakukan secara perlahan-lahan, dari bentuk paling mudah kepada bentuk yang lebih sukar dan sukar lagi. Senaman melukis pelbagai bentuk dengan anak mata ini antara senaman yang boleh anda lakukan.


10. Senaman Mata Tertutup Namun Bebola Mata Bergerak ke Atas Dan Bawah

Secara perlahan-lahan pejamkan mata anda. Kemudian ketika anda pejamkan mata, gerakkan secara perlahan-lahan bola mata ke atas secara perlahan-lahan, kemudian ke bawah secara perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali.


11. Letakkan Jari Dihadapan Mata Anda

Letakkan satu jari di depan anda, jari telunjuk contohnya. Fokuskan mata anda pada jari telunjuk anda. Kemudian fokus kepada objek di belakang jari anda, kemudian di belakang lagi, tukar kepada objek lebih belakang.

Senaman ini ialah mengenai fokus kepada apa yang ada paling hadapan, dan berubah kepada yang belakang dan lebih belakang lagi.

Kemudian kembali secara perlahan-lahan fokus kepada ke hadapan kembali iaitu jari anda.

Selamat mencuba 11 senaman mata mudah ini.

Anda juga perlu menikmati makanan berkhasiat mata sihat dan kuat. Kurangkan terlalu lama mengadap skrin computer, telefon bimbit atau gadjet anda.

Terima kasih.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...