Sabtu, 7 Oktober 2017

Bahan Dapur Untuk Kecantikan Wajah Dan Seluruh Tubuh


Lidah Buaya dan Kunyit antara tanaman yang mudah di tanam di dalam pasu

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Terdapat banyak bahan murah dan hanya di berada di dapur untuk kecantikan wajah dan seluruh tubuh termasuk rambut. 

Sama ada anda rajin atau pun tidak. 

Antara bahan dapur yang murah dan senang didapati paling popular ialah 


1. MADU

Madu terkenal untuk pelbagai rawatan termasuk batuk dan sakit tekak serta Supplement utama untuk kekuatan antibodi selain Habbatus Sauda. 

Madu boleh di sapu di wajah untuk pelbagai masalah kulit dari jerawat,  kekeringan,  panau dan sebagainya. 

Malah madu juga amat bagus sebagai pengganti pelembap asli kulit. 

Selain itu madu juga sesuai untuk rawatan bibir dan lulur @ skrub badan. 

2. KUNYIT 

Selain terkenal sebagai bahan antiseptik untuk kurap atau penyakit kulit. 

Kunyit juga amat bagus untuk menanggalkan parut di wajah dan di tubuh. 

Malah kunyit terkenal untuk mencantikkan warna kulit. 

Dikalangan actress bolywood,  mereka mencampurkan kunyit dan minyak zaitun untuk rambut yang cantik dan menghilangkan kelemumur. 

Anda boleh mencampurkan kunyit dalam lulur badan anda. 

Dan menyapu pest kunyit di wajah (sikit sahaja)  pada waktu malam dalam 2-3 minit kemudian cuci bimbang warna kuning melekat di wajah kecuali anda memakai ia pada hari cuti. 

Kunyit termasuk tumbuhan yang mudah di tanam di dalam pasu. 

3. BAWANG PUTIH 

Selain kunyit,  bawang putih juga turut bagus untuk mematikan Fungus dan mengubati penyakit kulit seperti kurap. 

Untuk jerawat anda perlu berhati-hati jika ingin memakainya di wajah bimbang kulit terbakar. 

Jerawat yang degil boleh dihapuskan dengan bawang putih. 

Cincang bawang putih dan ambil seketul kecil sahaja dari yang di Cincang. 

Perlahan-lahan tekap di jerawat. Jangan gonyoh bimbang kulit melepuh,  jika anda tidak pandai mohon elakkan cara ini. 

Pilihan lain,  anda hanya perlu makan bawang putih mentah. 

Tentu masalah kulit seperti jerawat, kurap dan panas insyallah mudah hilang. 

4. LIDAH BUAYA 

Mudah di tanam dalam pasu dan dikatakan antara tumbuhan mudah hidup. 

Aloe Vera bukan sahaja boleh disapu di wajah,  tubuh dan rambut malah sesetengah jenis boleh di minum sebagai Supplement kecantikan dan kesihatan. 

Malah kulit yang terkena air panas juga,  boleh terus diisi lidah buaya dan ia tidak akan meninggalkan parut,  insyallah. 

Selain untuk masalah jerawat,  kedutan,  Fungus,  kurap dan parut. 

Aloe Vera terkenal sebagai masker kulit asli. 

Gel atau isi lidah buaya juga boleh diminum dan dimakan untuk di buat jeli dan Supplement kesihatan. 

5. TELUR

Terkenal sebagai lauk kecemasan. 

Sebiji telur cukup untuk basuhan dan perapan rambut sihat dan kuat serta berkilau. 

Dikatakan petua untuk menguatkan akar rambut dan memberi kilauan,  sebiji telur cukup digunakan untuk memberikan rambut sihat dan kuat. 

Tidak cukup itu,  putih telur juga amat terkenal sebagai masker dan bahan kecantikan kulit.
Sapu putih telur di wajah.  Tekapkan kapas muka,  tunggu kering dan cabut. 

Segala bintik putih di wajah akan ditanggalkan termasuk sel kulit mati dan habuk-habuk yang terperap di pori wajah. 

Tunggu apa lagi,  jika anda punya waktu dan barang ini di dapur anda.
Mulakan dari sekarang menggunakan bahan makanan semulajadi yang lebih selamat ini. 

Selamat Mencuba. 

Terima kasih 



Resepi Mudah :- Nasi Goreng Daun Kari Enak


Nasi Goreng Daun Kari yang kaya kalsium 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi pengamal diet Gluten free atau tanpa gluten.  Nasi adalah antara bahan utama dalam masakan.

Malah,  mereka yang Eat Clean juga memilih nasi sebagai menu dalam pemakanan mereka.

Nasi goreng adalah antara makanan kegemaran rakyat Malaysia dan merupakan masakan paling mudah dimasak.

Untuk kali ini saya berkongsi dengan anda nasi goreng Daun kari.

Daun kari terkenal dengan khasiatnya yang kaya kalsium dan amat digemari kaum India.

Agak sukar menikmati daun kari kecuali anda jadikan ia sebagai ulam selain pucuk daun kari.

Antara resepi olahan paling mudah menggunakan daun kari ialah nasi goreng.

Berikut disertakan resepi ringkas dan mudah Nasi Goreng Daun Kari.


Nasi Goreng Daun Kari

Bahan-bahan

Nasi (digalakkan masak dengan daun pandan)
Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Daun limau purut
Sehiris nipis halia
Sehiris nipis kunyit
Daun kari
Ikan bilis
Minyak untuk menumis
Garam Pink himalayan

Cara-cara memasak
1. Semua bahan di tumbuk bersama kecuali daun kari dan nasi. (Digalakkan menggunakan lesung batu,  dikatakan menumbuk dengan lesung batu menerbitkan aura dari batu ke makanan)
2. Seperti biasa panaskan minyak.
4. Goreng sebenar daun kari dan ikan bilis.  Angkat.
5. Goreng bahan-bahan yang ditumbuk tadi sampai garing.
6. Masukkan daun kari dan ikan bilis yang digoreng tadi.
7. Masukkan nasi.  Tunggu garing.  Tutup api. Isi sedikit garam Pink himalayan sebagai penambah rasa.
8. Siap dan hidangkan bersama ikan goreng atau ikan bakar.

Daun kari selain pucuk kari amat sesuai dijadikan ulam di makan bersama nasi.

Selain itu hirisan halia dan kunyit yang bagus sebagai anti radang dan membuang angin dah toksin dalam tubuh.

Halia dan kunyit lebih digalakkan dimasukkan ke dalam masakan dari menikmatinya mentah terutama kunyit yang dikatakan jika kerap dimakan mentah akan mengeringkan darah.

Tunggu apa lagi,  cuba nasi goreng daun kari hari ini.

Terima kasih.




Khamis, 5 Oktober 2017

Blogger :- Hentikan Copy Paste


Lebih 4 tahun,  penulisan kini mengikut rentak jari menaip
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Tahun pertama menulis Blog. 

Kebanyakan artikel bersandarkan fakta khasiat dan Kebaikan sesuatu perkara yang wajib dibaca melalui pembacaan. 

Hanya Tempat Makan Best sahaja paling mudah ditulis kerana ia menggunakan rasa dari pengalaman peribadi.  Namun cara penulisan semakin matang seiring waktu dan pengalaman menulis. 

Ketika Mula-mula menulis Blog.  Tajuk skema lebih mudah di pilih. 

Seiring masa dan yakin wujudnya folower setia,  maka tajuk semakin hari semakin 'ringan'  dan 'relax'.  Terbuka agar tidak dirasakan penat oleh pembaca ketika mereka mula membaca .. 

Tajuk berat seperti fakta,  tidak seringan tajuk suka-suka yang lebih mudah dibaca dalam keadaan tenang dan hanya ingin sesuatu artikel ringan untuk mengisi masa yang singkat dan kebosanan yang melanda. 

Mula menulis,  apabila melihat Blog lain copy and paste 100% artikel Blog. Rasa sedikit kecewa dan marah. 

Namun makan tahun apabila melihat keadaan itu termasuk coach dan sifu diet yang menyalin 100% fakta dari Blog ini dan di copy paste pada status dan instagram mereka tanpa memberi kredit, perkara itu langsung tidak memberi apa-apa rasa. 

Ketahuilah berbeza ilmu yang masuk di otak jika disalin 100% dengan ilmu yang dikarang sendiri untuk lebih faham dan mudah diingati. 

Penulisan dari pengalaman sendiri,  akan lebih mencergaskan otak,  mengurangkan risiko alzhemeir berbanding penulisan Copy paste. 

Otak perlu diajar berfikir,  anda boleh baca fakta namun olah dari ayat dan pemahaman anda.  Pasti ia jauh berguna dan lebih diingati oleh anda sendiri berbanding Copy paste. 

Menulis jika diamalkan setiap hari.  Dijadikan satu habit dan kebiasaan,  tanpa meniru sesiapa pasti akan memudahkan anda terus menulis tanpa pening kepala mencari idea dan tajuk. 

Ada waktu saya menulis dahulu artikel yang saya ingin tulis mengikut kata hati,  barulah tajuk akan difikir setelah artikel siap ditulis habis. 

Hentikan copy paste.  Untuk permulaan menulis boleh diterima kerana masih mencari arah.  Namun apabila masuk tahun kedua,  ia perkara yang sungguh mengecewakan jika anda masih tidak tahu rentak penceritaan Blog anda sendiri dan masih bergantung harap pada Blog lain. 

Apa guna menulis jika anda tidak dapat sepenuhnya nikmat dari penulisan anda. 

Menulis mencerdikkan otak,  menajamkan minda, membuat otak berfikir. 

Sayang jika anda mengsia-siakan masa anda dengan tidak belajar melatih diri dan otak melahirkan karya sendiri. 

Hentikan copy paste. 

Ia pasti berbaloi apabila ia adalah hasil karya 100% diri sendiri. 

Kini Blog ini hanya menulis artikel mengikut rentak. 

Ada masa ia menulis mengenai Info dan khasiat. 

Ada masa ia menulis sesuatu yang ringan dan berat mengikut pengalaman penulis sendiri. 

Apa yang pasti,  apa yang sering anda lakukan akan terus menjadi mudah jika diamalkan setiap hari termasuk menulis. 

Idea akan datang sendiri jika anda rajin menulis dan menggunakan pakai otak anda sendiri untuk melihat,  berfikir dan membaca. 

Luangkan masa anda mencari ilmu melalui pembacaan. 

Jangan hanya tahu melayari Blog Blogger lain,  membaca dan copy paste. 

Sampai bila-bila agak sukar untuk anda berubah dan ada rentak serta personaliti persembahan Blog sendiri. 

Ingatan ini untuk saya dan semua. 



Terima kasih. 



Menu Sihat ENAK Ringkas Dan Mudah


Keledek antara kegemaran ramai untuk sarapan dan minum petang juga snacking,  gambar keledek kuning dengan sapuan keju arab
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Setuju,  memang bosan jika menikmati makanan yang sama sentiasa. 

Makanan sihat kini terdapat pelbagai pilihan,  namun untuk makanan dari luar negara dan organik ia memang mahal untuk kebanyakan individu. 

Untuk sehari dua,  anda boleh mengeluarkan duit untuk makanan dari negara luar ini dalam versi organik dan sihat,  namun untuk makan bulan atau tahun kos yang besar perlu dikeluarkan. 

Asia kekal kaya dengan segala nikmat makanan dan tumbuhan.  Malas khasiat makanan dan tumbuhan di Asia tidak kurang hebat dan berkhasiat seperti tumbuhan dan makanan di negara luar termasuk Eropah. 

Keledek misalnya tetap punya khasiat yang tinggi malah dikatakan lebih baik dari kentang putih yang kebanyakannya hasil GMO.

Harus ditegaskan dan ditekankan berkali-kali,  organik tidak semestinya non-GMO. 
Maka anda harus bijak memilih yang terbaik untuk kesihatan anda dan insan tersayang. 

Makanan sihat terutama salad harus bijak di pelbagaikan dengan sayur-sayuran berlainan dan campuran berlainan. 

Ini termasuk Smoothie kegemaran anda.  Ada waktu anda minum Smoothie buah-buahan,  ada waktu anda pilih Smoothie sayur-sayuran atau Green Smoothie,  dan ada masanya anda tetap boleh menikmati Smoothie coklat sama ada coklat sahaja atau bersama badam. 

Pilihan di tangan anda asalkan ia Smoothie yang sihat dan berkhasiat. 

Sesekali selain merebus dan menggoreng telur anda juga boleh Steam atau mengukus telur kegemaran anda.  Atau membakarnya di dalam Oven.  Hanya pecahkan telur dan isi dalam acuan,  anda boleh membakarnya atau mengukus.  Anda boleh tabur apa sahaja atas telur anda sebelum di bakar dan di kukus seperti daun herba kegemaran anda seperti daun bawang,  Rosemary atau sebagainya. 

Keledek manis Jepun dilenyek dan dicampur kelapa muda kemudian di goreng tanpa minyak dalam kuali Non stick kemudian di cicah keju Arab juga Smoothie hijau (Green Smoothie). 



Sesetengah individu suka menabur oat di dalam telur kegemaran mereka dan membakarnya untuk sarapan dan snek yang lebih mengenyangkan. 

Bosan menikmati keledek rebus atau bakar.  Masa untuk anda menikmati keledek bakar atau rebus anda bersama sapuan Mentega Kacang atau Mentega dan tambahan bahan lain termasuk daun herba seperti pudina atau Rosemary. 

Keledek juga sungguh enak dimakan dengan salad.  Pilihan lain anda boleh tambahkan keju sihat dan nikmati keledek anda dengan rasa lebih lemak dan enak. 

Malah anda juga boleh nikmati salad seperti saderi bersama Mentega Kacang termasuk buah epal hijau dan pisang yang boleh di cicah Mentega Kacang. 

Salad segar juga enak ditabur keju sihat. Anda boleh mencubanya untuk sarapan lebih enak dan hidangan lebih menyelerakan. 

Banyak lagi menu mudah yang anda boleh cuba. 

Anda boleh nikmati ia sesuai citarasa anda. 

Dapatkan semua bahan mudah dan senang disediakan supaya anda tidak berlengah dan merasa malas menyediakan menu sihat ini. 

Tanpa alasan 'susah dan cerewet atau tidak masa'  insyallah anda akan lebih bersemangat untuk menjalani diet yang lebih sihat. 

Insyallah.  Sama-sama kita berusaha. 

Terima kasih. 



Rabu, 4 Oktober 2017

Kurang Rasa Bersalah DENGAN Menu Cheat Day Anda


Balance kan menu cheat anda dengan sayur-sayuran dan buah-buahan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Manusia biasa punya nafsu makan sendiri. 

Ada yang mampu menolak makanan kegemaran atas faktor makanan itu kurang sihat,  ada yang belum cukup kuat untuk menolak ia 100%.

Tahniah untuk anda yang kekal berjaya mengamalkan diet 100% sihat dan Eat Clean. 

Namun bagi anda yang masih tidak mampu,  masa untuk anda pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran mendapat tempat sama banyak dan jauh lebih banyak jika boleh dari menu Cheat day anda. 

Contohnya menu bihun goreng yang dibeli di luar,  seeloknya di sertakan dengan salad.  Coklat dan manisan lain seeloknya di tambah buah yang banyak. 

Pilih coklat dalam porsi kecil atau bungkusan kecil sudah cukup. 

Makan Halwa lebih sihat seperti Halwa durian dan pilih cookies lebih sihat seperti biscotti durian yang hanya menggunakan bahan jauh lebih selamat berbanding cookies komersial lain. 

Burger yang anda pilih pastikan diberikan dengan salad yang banyak atau sayur yang banyak. 

Elakkan kentang goreng pilih kentang putar. 

Selain kentang goreng mungkin anda juga boleh fikirkan keledek goreng yang lebih sihat dan berwarna oren sebagai ganti kentang goreng yang kini semakin banyak dijual di kebanyakan restoran moden. 

Pilih Pizza hanya punyai keji sahaja dan jika anda mampu pilih Pizza vegetarian. 

Spaghetti juga pilih vegetarian. 

Desert anda pastikan kek buah sama ada Banana Chocolate,  macadamia nut,  kek buah dan sebagainya. 

Chips anda juga pilih Banana Chips,  Jack fruit chips,  durian chips dan sebagai.  

Jika terpaksa menikmati kopi di Starbucks atau Coffee Bean pilih sahaja long black coffee tanpa tambahan gula atau creamer juga whips Cream. 

Pilih biscotti berbanding kek, atau pilih salad quinoa jika anda sedang menikmati makan tengah hari. 

Masakan di luar seeloknya dipilih panggang dan rebus. 

Jauhkan sama sekali masakan bergoreng. 

Pisang goreng seeloknya di buat dan dimasak sendiri di rumah.  Kecuali anda terlalu malas dan hanya inginkan sekeping dua keping sahaja. 

Kurangkan pengguna tepung gandum. Tukarkan kepada tepung pulut atau tepung kelapa dalam menu anda. 

Pilih kuih tradisional seperti buah melaka berbanding kuih moden seperti apam balik. 

Ajar diri anda memilih menu Cheat yang lebih sihat. 

Insyallah perjalanan diet anda untuk lebih sihat akan lebih cepat berjaya. 

Belajar perlahan-lahan.  

Jangan memaksa diri.  Buat perkara yang anda mampu buat tanpa rasa tertekan. 

Terima kasih. 




Tempat Makan Best Di Kuantan Part 48 :- Cendol Air Putih


Bahagian hadapan restoran Cendol Air Putih 
 Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 47 :- Salon De Chocolate

Di Kuantan selain Cendol Mustafa yang popular dan digemari ramai turun temurun.

CENDOL AIR PUTIH juga antara cendol popular semenjak tahun 1978 lagi,  39 tahun yang lalu sehingga kini.

Terletak di Air Putih,  berhadapan pasaraya Nirwana,  (belakang Nasi Lemak Place),  gerai atau restoran ini sentiasa dikunjungi ramai peminat cendol dan masakan Malaysia.


Bahagian dapur tempat penyediaan cendol
Dengan harga serendah RM2,  cendol enak dari santan segar ini memang sedap dan memikat selera.

Terdapat beberapa pilihan cendol disini termasuk cendol pulut dan ABC.

Selain cendol pulut panggang,  karipap,  kuih dal,  nasi lemak dan pau goreng sambal turut dijual.

Ketika saya menikmati makanan Di sini bersama sahabat saya,  seorang lelaki Melayu bertopi keledar menghantar dan meletakkan nasi lemak di tempat yang di sediakan.

Terdapat 3 pilihan pulut panggang disini dari pulut kosong,  pulut ikan dan pulut udang.  Kesemuanya berharga RM0.50 setiap satu.

Nasi lemak enak disini pula sebungkus RM2 yang dibungkus dengan daun pisang.

Cendol Air Putih turut menjual pulut panggang dan karipap 
Saya mencuba semua makanan disini kecuali pau goreng.

Cendol biasa menjadi pilihan saya dan sahabat saya.

Puas menghabiskan semangkuk cendol,  kami berdua memesan 2 cendol lagi kerana keenakan cendol disini yang di perbuat dari santan asli pekat.

Cendol Air Putih Biasa berharga RM2 

Rasa nasi lemak disini juga boleh tahan dengan sambal yang banyak di samping dibalut daun pisang. 

Pulut panggang disini juga amat sedap.  Sahabat saya menggemari pulut panggang ikan dan saya lebih suka pulut panggang udang yang kaya inti dan enak.

Pulut panggang disini disyorkan untuk dicuba oleh pengemar masakan Terengganu. 

Pulut panggang enak dan nasi lemak enak di Cendol Air Putih 
Dengan harga yang berpatutan dan mengenyangkan.

Cendol Air Putih adalah antara tempat Makan Best Di Kuantan yang amat disyorkan untuk anda.

Sila bawa insan tersayang dan keluarga anda menikmati makanan ringkas enak ini.

Restoran ini buka dalam area pukul 12 ke pukul 6 petang.


Setelah habis menikmati makanan kami memesan lagi 2 cendol biasa
Ini alamat Cendol Air Putih 

CENDOL Air Putih 
Jalan Air Putih 
Taman Beserah 
25300 Kuantan 
Pahang Malaysia 
Telefon :-  016 9333 111

Selamat Mencuba dan menikmati cendol Air Putih ini. 

Terima kasih. 


Ini sambungan artikel seterusnya 





Selasa, 3 Oktober 2017

18 Alasan Kukuh Anda Perlu Minum Smoothie


Smoothie sawi putih dan hijau (3 batang),  sehiris halia,  1/2 biji jambu batu,  1/4 biji buah naga merah
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sering membancuh Smoothie sendiri. 

Itu gambar yang sering dipaparkan di instagram Qisya Khadeeja. 

Banyak khasiat dan kepentingan serta kebaikan Smoothie dalam pemakanan dan cara hidup harian kita. 

Ini antara alasan dan sebab harus anda mengamalkan Smoothie bermula hari ini. 

Kenapa Smoothie? 

1. Amat bagus bagi kesihatan sebagai Supplement asli untuk tubuh. 

2. Memudahkan mereka yang kekurangan masa untuk menikmati buah dan sayur mencukupi untuk keperluan harian. 

3. Menyenangkan mereka yang tidak mengemari buah atau sayur. 

4. Mengenyangkan lebih lama dengan ketinggian kandungan serat. 

5. Pilihan Smoothie tahan lapar lebih lama,  tambah pisang atau Avocado. 

6. Mudah menikmati sayur-sayuran melalui Green Smoothie dengan campuran pelbagai sayur-sayuran hijau. 

7. Mengurangkan pembaziran stok sayur dan buah. 

8. Satu cara yang amat bagus dalam mendidik anak menikmati sayur-sayuran dan buah-buahan. 

9. Senang dibuat di rumah.  Hanya menggunakan blender biasa. 

10. Mudah dibawa ke mana-mana, isi dalam botol. Dan pergi. 

11. Cara paling mudah mendidik diri mengamalkan pemakanan sihat. 

12. Supplement kecantikan kulit dan melangsingkan tubuh di samping mengenyangkan.  Umpama produk 10 dalam 1.

13. Makanan paling senang disesuaikan dengan fungsi tubuh sama ada untuk mata,  lebihkan vitamin A seperti lobak. Untuk tenaga tambah ubi bit dan sebagainya. 

14. Cara paling mudah untuk tambah air dalam badan bagi mereka yang jarang minum air. 

15. Penghadaman cepat tanpa perlu mengunyah lama terutama bagi mereka yang jenis kunyah sekejap dan telan. 

16. Menjadi pelawas utama untuk pembuangan air kecil dan besar tanpa bergantung kepada Supplement atau ubat lawas lain.

17. Sebagai minuman detoks mudah dan sedap.

18. Membantu mengurangkan ketagihan gula dengan menikmati Smoothie buah-buahan khasnya. 

Tak perlu tunggu lama.  Sila dapatkan bahan-bahan kegemaran Smoothie anda. 

Kemudian bancuh dan amalkan Smoothie segera. 

Untuk artikel lain mengenai Smoothie,  anda boleh melawat Blog ke 3 QISYA KHADEEJA di 


Terima kasih. 




Isnin, 2 Oktober 2017

Motivator Diet


Diet Sihat dan Cheat Diet itu biasa
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sebagai individu biasa. 

Kita memerlukan sokongan dan motivator. 

Pembimbing dan mentor. 

Rakan-rakan untuk memberi semangat. 

Dalam apa sahaja baik kerjaya,  hidup,  perniagaan mahu pun dalam pemakanan atau diet. 

Mengikuti diet kemudian terbabas. 

Merasa sedih kerana terbabas namun di teruskan kerana merasa tewas dengan godaan untuk selamanya adalah sesuatu yang merugikan. 

Tidak perlu terlalu mengikut mereka yang terlalu straight dalam diet jika itu membuat anda rasa tertekan sekaligus kecewa kerana tidak mampu menjadi seperti mereka. 

Ada waktu instagram dan Facebook juga Blog yang anda ikuti fokus semata-mata betul-betul untuk ajaran dan ilmu kesihatan sebenar. 

Maka tidak sesuai yang tidak baik ditulis dan kongsikan di situ. 

Ia mungkin menggalakkan follower untuk kurang serius menjaga pemakanan. 

Namun itu bukan bermaksud anda harus sentiasa tertekan apabila melihat isu ini. 

Realitinya ramai sahaja mereka yang berusaha menjaga pemakanan kerap terbabas dan kembali ke pangkal jalan sedikit demi sedikit. 

Seperti seorang wira ada masa rasa lemah kemudian bangkit. 

Begitu juga manusia ada waktu diet ke laut kemudian kembali ke landasan kembali. 

Paling utama jangan jatuh dan berehat terlalu lama. 

Gagahkan diri untuk bangkit. 

Buat juga sesuatu yang lebih sihat dan cuba untuk cari makanan lebih sihat sikit demi sedikit. 

Insyallah anda akan berjaya. 

Jauhkan tekanan wajib mencari yang sihat ketika Budget anda membuat anda tertekan. 

Juga jangan terlalu stress jika anda tidak mampu masak sendiri kerana terlalu penat. 

Sesungguhnya stress juga merupakan toksid yang bahaya kepada tubuh. 

Pemakanan sihat membantu mengurangkan stress. 

Namun jika mencari dan mendapatkan makanan sihat membuatkan punca stress yang lebih menekan pada diri anda. 

Sudah masanya untuk anda perlahan-lahan mendidik diri bahawa setiap proses mengambil masa dan akan tiba masa anda akan bijak mengawal keadaan dan menjadikannya sebagai perkara mudah untuk mendapatkan dan menyediakan sesuatu yang lebih sihat. 

Makanan sihat ada murah (ulam dan sebagainya). 

Exercise juga ada yang langsung tidak mengeluarkan Budget dan mendatangkan hasil seperti Bercucuk tanam. 

Jika anda tinggal di apartmen atau condominium belajar Bercucuk tanam dalam pasu. 

Selain itu aktiviti Bercucuk tanam selain memberi anda sayur-sayuran segar organik percuma,  ia turut membantu otak anda berfikir dan lebih cergas. 

Pemakanan sihat juga turut membantu otak menjadi cergas dan menguruskan stress dan lebih memberi idea yang banyak untuk anda. 

Memudahkan anda berfikir dan menjadikan mood anda jauh ceria dan positif. 

Tahukah anda faktor pemakanan juga melibatkan emosi. 

Makanan yang baik akan membantu anda menjadi kurang sensitif dan emosi sekaligus berpersonaliti lebih menarik. 

Badan yang sihat dan cergas akan membuka minda untuk menerima pelbagai benda baru dengan mudah. 

Malah dari awal anda menjaga pemakanan,  insyallah keturunan anda juga akan lebih sihat. 

Cari individu yang memberi anda semangat dalam apa yang anda ingin lakukan. 

Insyallah anda tak akan merasa berjuang seorang diri dan ia lebih mudah untuk anda melakukannya. 

Terima kasih. 



Sarapan Lebih Berkhasiat


Antara pilihan sarapan lebih berkhasiat 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Tahukah anda,  banyak Blog terkemuka dan doktor berpengaruh kini menggalakkan anda mengamalkan sarapan buah-buahan juga salad campuran buah. 

Jika selama ini anda kerap menikmati nasi lemak ayam dan Mee goreng,  mungkin tiba masa anda mengajar diri anda menikmati buah-buahan sebagai menu sarapan anda sebelum ke kolej atau pejabat juga bagi memulakan pagi anda. 

Tahukah anda bijirin sarapan segera berproses itu tinggi gula?.  Emping jagung yang di war-warkan berkhasiat rupa-rupanya tinggi gula. 

Ramai tertipu termasuk saya.  Melihat iklan SLIM fit pelbagai bijirin sarapan yang menunjukkan model sihat cantik di samping patah perkataan vitamin galian itu ini menyebabkan bukan sahaja golongan dewasa,  intelek dan profesional terpedaya.Termasuk golongan muda dan kanak-kanak. 

Sesungguhnya nasi lemak yang di masak sendiri menggunakan santan segar dan telur tanpa antibiotik jauh berkhasiat berbanding bijirin sarapan yang di war-warkan terlalu sihat dan berkhasiat itu. 

Maka antara pilihan sarapan yang boleh anda nikmati menggantikan sarapan bijirin anda itu ialah roti,  salad Buah dan buah-buahan. 

Pilihan roti yang lebih popular selain roti Sourdough ialah roti Sprouted yang dibuat dari bijian terpilih dan tanpa tepung gandum. 

Antara pengeluar popular roti berkhasiat ini ialah NHF.  Peneraju produk kesian dan barangan organik yang cukup popular dan senang didapati. 

Buah paling cepat kenyang tentu buah pisang.  Pilihan lain buah Avocado,  jambu,  naga merah,  mempelam juga sayur salad dan tomato.  Timun Jepun juga mengenyangkan untuk sarapan dan snek. 

Apa sekalipun alasan,  belajarlah untuk berubah dalam pemakanan. 

Anda bukan semakin muda.  Malah otak anda juga memerlukan makanan berkhasiat jika anda masih remaja apalagi lebih berusia dari itu. 

Permulaan hari bermula dengan sarapan. 

Pilih yang berkhasiat dalam memberi energi dan makanan kepada sel tubuh anda.

Anda anda tidak habis menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran anda.  Anda boleh simpan ia dan menjadikan ia sebagai Smoothie.

Sila rujuk artikel ini

Sisa Buah-buahan Dan Sayur-sayuran sebagai Smoothie

Terima kasih. 



Memilih Makanan Komersial Yang Lebih Sihat


Antara Pilihan Makanan Komersial Yang Popular 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ada waktunya individu inginkan 'me time'. 

Datang mood tidak ingin memasak,  hanya mahukan yang segera. 

Ada waktunya sibuk sekali,  terasa malas dan inginkan makanan terhidang sendiri. 

Ketika ini pilihan makanan tentu sahaja yang di beli di luar. 

Faktor jarak terutama makanan sihat yang dijual kebanyakannya di bandar dan agak jauh dari perumahan dan andai dekat sekali pun faktor jalan jem diambil kira,  menyebabkan pilihan makanan komersial biasa akan menjadi pilihan paling mudah. 

Roti komersial yang mudah di dapati di mana-mana kedai runcit mahu pun 7 eleven,  spread roti yang senang di makan bersama dan produk mudah didapati seperti serunding dan kerepek menjadi pilihan yang pastinya amat mudah didapati dan di jual di stesen-stesen minyak. 

Jika terpaksa out station bercuti atau pulang ke kampung.  Ingin membawa Mentega asli Anchor bimbang cair maka spread roti jenama yang gah seperti Nutella dan Cadbury menjadi pilihan ramai. 

Mudah jika individu tersebut siap sedia menyapu dahulu Mentega di roti namun,  ada waktunya baki roti yang telah disapu Mentega lebih banyak dibuang ke dalam tong sampah atas alasan tidak habis dimakan. 

Buah yang turut dipotong sebagai bekal,  kekacang tidak cukup.  Itu jika berjalan. 

Andai berada di rumah,  ada waktunya kebosanan melanda menikmati makanan yang sama. 

Maka sesetengah individu menamakan hari cuti sebagai Cheat Day dan menikmati apa sahaja untuk mengembirakan hati dan sebagai hadiah untuk diri sendiri. 

Seiring usia,  pemakanan komersial juga harus dipilih yang paling sesuai dengan diri dan usia. 

Jika anda berusia 20an masih boleh diterima untuk anda menyapu spread Nutella atau cadbury di roti komersial anda. 

Namun jika usia anda 30an masanya untuk anda memilih serunding berbanding spread yang lebih kaya bahan proses. 

Serunding komersial tetap digoreng menggunakan minyak peket,  punyai gula Putih namun melihat senarai bahan ia tidak menakutkan seperti spread komersial lain yang lebih moden dan enak. 

Kerepek pisang tidak seenaknya waffle dan coklat import namun,  insyallah lebih sihat berbanding biskut komersial lain. 

Kerepek masih digoreng dengan minyak peket.  Namun jika anda kekal inginkan rasa enak coklat kegemaran,  pilih jenama coklat,  biskut dan wafer dari Eropah berbanding Amerika atau negara lain yang lebih terkenal menjaga bahan makanan dan mengharamkan lebih banyak produk dan bahan berbanding Amerika dan negara lain. 

Pokok pangkal,  apa yang utama masih kekal membaca dan melihat kandungan bahan-bahan yang digunakan. 

Bersih,  sihat dan selamat. Halal walaupun tidak punyai cop Halal (pastikan anda bijak memilih). 

Tahu apa maksud persijilan Kosher,  apa maksud kod E dan sebagainya. 

Ramai individu bijak membaca bahan-bahan. 

Namun ada masanya tetap malas membaca, dan melihat sekali imbas terutama ketika mengejar masa. 

Jika anda boleh elakkan perangai (sifat) terburu-buru dan tergopoh gapah sila elakkan.  Terutama jika anda tahu masa anda telah terlewat atau parking tiada. 

Banyak perkara yang tidak elok dan merugikan atas asbab terburu-buru dan tergopoh-gapah ini. 

Sebagai manusia biasa,  ingat mengingati dan pesan memesan amatlah digalakkan. 

Selamat memulakan kerja di Isnin minggu utama Oktober 2017 ini. 

Terima kasih. 



Ahad, 1 Oktober 2017

Ini Fakta Penting Makanan yang Anda Perlu Ambil Tahu


Lemak baik seperti buah Avocado amat bagus untuk kesihatan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Terlalu banyak berita kesihatan yang akan membuat anda terkejut,  tergamam dan seperti ditipu. 

Itu fakta konkrit yang mengharuskan anda kerap rajin mengemaskini Info terkini dan rajin membaca. 

Selain tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran dari China yang dikatakan bertoksid atas asbab penggunaan tinggi racun serangga,  sayur-sayuran dari Cameron Highlands tidak terkecuali. 

Tidak cukup dengan sebab diatas,  sayur-sayuran dan produk dari negara China juga dikatakan ada dihantar ke negara lain dahulu sebelum di hantar ke negara import dan di tulis dari negara lain seperti Amerika dan lain lain. 

Paling sedih,  kini semakin banyak Blog kesihatan terkemuka meragui persijilan organik khasnya dari Amerika dan lebih mempertahankan persijilan organik lebih telus terutama dari Jepun dan Australia. 

Tahukah anda,  buah lemon kegemaran ramai itu juga dikatakan buah Hybrid.  Digalakkan anda mengamalkan limau purut atau limau nipis sahaja sebagai pengganti. 

Pilihan lain lebih murah limau kasturi. 

Tidak cukup dari itu,  Baby carrot kegemaran kanak-kanak dan antara ramuan utama salad kegemaran ramai juga di pasaran semakin diragui dan ditakuti kerana ia sebenarnya adalah dari lobak lama yang mempunyai kecacatan dipotong,  di bleach dan di warnakan semula kepada warna menarik yang boleh mengakibatkan kesan sampingan tidak elok kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. 

Bukankah sesuatu yang menyedihkan,  niat untuk menikmati makanan sihat,  akhirnya diperdaya dan diperbodohkan oleh pengusaha dan perniagaan yang tidak punya etika. 

Sumber asal gambar dari Google -  gambar sebelah kanan Baby carrot sebenar dan sebelah kiri Baby carrot komersial yang dijual di kebanyakan pasaraya 
Seiring penekanan diet sihat,  semakin di war-warkan mengenai kepentingan lemak baik seperti minyak zaitun,  minyak kelapa dara,  minyak sapi tulen dan pelbagai minyak berkhasiat lain. 

Sayangnya bukan setakat madu tiruan yang berlambak di kebanyakan negara.  Malah minyak zaitun tiruan juga bermaharajalela. 

Anda boleh membaca artikel mengenai minyak zaitun tiruan di seluruh dunia di link



Atau Google sahaja Fake olive oil pasti berpuluh artikel akan keluar di Blog terkemuka mengenai realiti penipuan dalam bidang jualan pemakanan di zaman milenium ini. 

Untuk mendapatkan kepastian minyak zaitun asli pastikan ia mendapat persijilan organik dan dari badan minyak zaitun dunia. 

Antara yang digalakkan ialah minyak zaitun organik Palestin jenama Al Ard yang kini semakin berkembang di Malaysia. 

Ini antara ciri-ciri minyak zaitun yang perlu anda ambil tahu,  untuk mendapatkan yang terbaik


Tidak cukup dengan itu,  lambakan bawang merah dan bawang putih dari negara China yang murah dan menjadi pilihan ramai juga harus ditakuti. 

Pilih bawang merah dan bawang putih dari negara India yang mungkin sedikit mahal namun tidak sama dengan harga bayaran kesihatan anda. 

Jika anda mencari lemak sihat dari minyak sapi,  pilih minyak sapi tulen dari bahan tenusu 100%.

Pilihan lemak baik seterusnya ialah buah Avocado. 

Jangan bimbang mengenai racun serangga. 

Dikatakan bahawa walaupun buah Avocado bukan buah organik ia kekal selamat kerana Avocado antara buah Yang sikit sahaja penggunaan bahan kimia. 

Untuk khasiat buah Avocado,  anda boleh membacanya di


Hanya ini perkongsian buat anda kali ini. 

Saya akan cuba menulis fakta seterusnya pada hari ini dalam artikel seterusnya. 

Terima kasih. 






Sabtu, 30 September 2017

Berusaha Keras Untuk Diet Sihat


Antara menu yang dinikmati 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Benar kata pakar,  3 bulan anda menjaga pemakanan sihat,  namun satu hari anda mencuba makanan tidak sihat yang penuh perasa yang enak,  amat sukar untuk anda kembali ke rentak diet sihat kembali. 

Sekali anda Cheat day atau cheat menu, ia akan berulang.  Begitulah kuasa pemakanan proses yang diletakkan bahan untuk menjadikan otak sukar menolak makanan ini. 

Anda perlu punyai kesedaran cukup tinggi,  jangka masa yang lama untuk tidak menikmati hidangan proses ini,  barulah anda akan betul-betul berubah dengan syarat anda menjauhi daripada segala makanan ini langsung. 

Itu perkara yang agak sukar dilakukan terutama persekitaran anda penuh dengan golongan yang suka makan dan suka membeli makanan proses ini. 

30 kali ditawarkan makan,  anda boleh menolak. 

Masuk 100 kali ditawarkan dan dibelanja,  tentu anda termakan juga maklumlah makanan ada cop Halal. 

Begitu hidup.  Walaupun anda mula merasakan makanan proses kegemaran anda dulu tidak sesedap dulu akibat lidah yang jarang menikmati makanan itu,  namun makanan lain anda masih mampu masukkan ke mulut. 

Jika satu waktu dulu biskut oreo sebungkus anda boleh nikmatnya seorang,  hari ini 2 keping anda sudah rasa terlalu manis. 

Jika dulu Mee sup gerai kegemaran terlalu enak,  hari ini anda rasa terus sakit kepala akibat MSG yang di masukkan ke dalam resepi. 

Namun anda tetap menikmati makanan lain yang juga berproses dan tidak berkhasiat. 

Ada waktu kesedaran datang dalam sehari dua dalam seminggu. 

Ada masanya hanya sebulan sekali kesedaran itu datang. 

Sukar untuk melawan jika anda tidak kuat memotivasikan diri sendiri. 

Pilih kawan yang ingin mengamalkan hidup dan pemakanan sihat. 

Di media sosial ikuti mereka yang kuat dan bersemangat diet dan mengamalkan Life Style atau cara hidup sihat. 

Jauhkan dari mereka yang asyik mengajak anda makan percuma terutama makanan proses. 

Untuk aktiviti keluarga agak sukar menolak,  namun ia pasti jarang berlaku, sebulan sekali belum tentu.   

Saya seperti insan lain,  semangat masih ada.  

Namun ada waktu melihat coklat percuma saya lemah. 

Dapat tart Nutella percuma berpuluh ketul saya nikmati. 

Belum kira pelbagai coklat lagi. 

Namun alhamdulillah saya makan namun berjaya mengawal dari makan berpuluh ketul seperti dulu. 

Biar Ada progres,  sikit pun cukup dari langsung tiada. 

Saya dan anda harus terus kuat untuk kesihatan sendiri. 

Hari ini masih berazam untuk cuba Eat Clean dan di harapnya akan berterusan dalam jangka masa panjang insyallah. 

Maka mula tanam semangat ingin membeli stok makanan sihat. 

Semoga berjaya. 

Mari kita doa sama-sama. 

Terima kasih. 




Wanita, Fibroid dan Cyst


Pemakanan sering dikaitkan dengan penyakit 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ketika melayari Facebook,  sering saya melawati status yang menunjukkan carta kenaikan penyakit di dunia.

Bukan itu sahaja,  penyakit kanser dan gout serta kencing manis juga sering di kemaskini di status memberitahu kaum kerabat sahabat di Facebook mengalaminya termasuk golongan muda.

Lupakan sebentar penyakit 3 serangkai yang popular di Malaysia itu.

Kini setiap kali Dato Dr.  Hamid Arshat mengemaskini status tentu ia mengenai pembedahan pesakit wanita yang dirawat beliau.

Melihat komen yang beratus hampir beribu.

Ramai pesakit yang menghadapi masalah ketidaksuburan,  hormon tidak stabil,  cyst,  Fibroid,  kanser rahim dan kanser payudara serta pelbagai jenis penyakit berkaitan wanita.

Sehingga kini tidak diketahui apa punca penyakit ini.

Terlalu banyak faktor di bangkitkan termasuk faktor persekitaran,  stress,  pemakanan,  baka,  penggunaan bahan kosmetik dan dandanan diri termasuk ubat dan pil perancang.

Namun meneliti segala nasihat pelbagai doktor,  dan perkongsian Dato Dr Hamid Arshat di Facebook dan dikongsi oleh Doctor Zubaidi ini jelas menunjukkan betapa penyakit ini semakin kronik di kalangan wanita dan semakin bertambah dan menjadi-jadi.

Malah saya pernah melihat status facebook rakan-rakan saya yang memaklumkan anak mereka semuda 12 tahun ada yang telah mempunyai cyst di rahim dan di bedah.

Belum kira wanita muda yang menghadapi Fibroid ketika mengandung juga semakin menunjukkan kenaikan kes dan semakin kerap dijumpai.

Berikut saya sertakan nasihat dari Dato Dr Hamid Arshat yang turut di kongsikan oleh Doctor Zubaidi di Facebook beliau.

Amalkan buah-buahan segar dan sayur-sayuran segar dalam pemakanan dan kurangkan makanan proses
Saya ingin kongsikan tip-tip dari Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan dan Perbidanan yg terkenal.

"LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGARUH HORMON ESTROGEN PADA WANITA

Punca sebenar bagi penyakit2 yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .

Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut

Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi2 edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat2 kewanitaan, kecantikkan,  fungsi2 seks, bentuk badan dan lain2..

Tindakan2 estrogen terhadap tisyu2 biasanya diesimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita  tidak mengalami penetasan telur / ovulation.

Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.

 Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.

Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang.  Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.

Oleh itu, saya cadangkan  beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.

Langkah2 mengawal estrogen.

1, Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.

2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

3.Mengawal stress.  Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita.  Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress  seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.

Pengambilan makanan yang berkhasiat.

 Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:

4.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah  mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.

5.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang  bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.

6.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen)  di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan

7. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.

8. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia.  Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.

9.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita.  Begitu juga flexseed.  Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.

10. Oats
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.

11. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan,  ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.

12. Bawang- bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung.  Ia juga mengandungi  bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.

13. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.  Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

14. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.

15. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah  dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti - Estrogen

16.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen

17. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.

18. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.

19. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan  tubuh badan wanita.  Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen

Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit  seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut."

Semoga bermanfaat.

Dalam status perkongsian Doctor Zubaidi di Facebook yang di ambil dari perkongsian status dan nasihat Dato Dr Hamid Arshat jelas menunjukkan keprihatinan kedua-dua doktor ini bagaimana isu ini menjadi semakin biasa dan kebimbangan mereka mengenai isu ini.

Sebagai wanita mahupun lelaki kesihatan amatlah penting,  lebih-lebih lagi wanita menjadi tempat lahirnya zuriat dan keturunan keluarga seterusnya.

Melihat gaya pemakanan zaman moden yang penuh perisa dan hipster serta pewarna menakutkan ia pasti sesuatu yang menimbulkan kebimbangan.

Dalam menuju arus kemodenan sama-sama kita saling mengingati satu sama lain agar tidak terus terbabas dalam gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat.

Sama-sama kita semua berusaha ke arah hidup dan pemakanan lebih sihat.

Jauhi stress,  hindari persekitaran yang membebankan,  nikmati makanan sihat dan halal.

Rajin melakukan aktiviti,  tanam sendiri walaupun anda terpaksa Bercucuk tanam di dalam pasu sebagai langkah mudah untuk anda menikmati herba dan sayur bebas racun yang senang didapati.

Semoga kita semakin kuat dan gagah untuk perkasakan semangat untuk menjaga kesihatan sesama kita.

Terima kasih.




Jumaat, 29 September 2017

Resepi Mudah :- Lempeng Pisang Gandum Penuh


Lempeng pisang gandum penuh
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ia bukan mudah untuk kekal dalam menjalani pemakanan sihat atau Eat Clean.

Terlalu banyak halangan,  jika punya Budget dan stok makanan,  masa menjadi punca untuk memasak dan menyediakan menu sihat.

Punyai masa,  Budget pula menjadi isu.

Punyai semangat memasak dan Budget bekalan bahan mentah tiada di pasaraya dan pelbagai lagi isu yang tidak mampu dielakkan.

Untuk kali ini,  perkongsian artikel resepi kali ini adalah menu sihat paling mudah.

Tinggi serat dan gula asli serta mudah dimasak.

Hanya dapatkan pisang dan sebiji telur sahaja.

Di syorkan telur selenium atau telur organik sahaja.

Berikut bahan-bahan dan cara mudah untuk membuar Lempeng Pisang Gandum Penuh

Resepi Lempeng Pisang Gandum Penuh 

Bahan-bahan 

1. Pisang pilihan digalakkan berangan atau emas
2. Sebiji telur 
3. Setengah sudu kecil minyak sapi tulen (optional untuk tambahan lemak sihat) 
4. Tepung gandum penuh (jika anda mengamalkan diet tanpa gluten sila tukarkan ke tepung kelapa atau tepung badam) 
5. Kelapa muda parut (optional @resepi diatas tiada kelapa parut) 
6. Garam Pink himalayan 

Cara Membuatnya 

1.  Lenyek pisang sehingga hancur. 
2. Masukkan sebiji telur.  Kacau sehingga sebati.  Masukkan garam,  kacau lagi. 
3. Masukkan sedikit minyak sapi tulen. Kacau lagi. 
4. Masukkan sedikit tepung demi sedikit. 
5. Pastikan bancuhan sederhana cair (tidak pekat sangat atau keras). 
6. Masak atas Non stick pan dengan api perlahan. Ambik sesenduk bancuhan dan buat bulatan dalam kuali. 
8. Paling-palingkan dengan cermat. 
9. Angkat hidangkan panas. 
10. Hias dengan buah-buahan dan sos kegemaran anda yang sihat. 

Di hidang dan di makan panas. 

Nikmati ia dengan menu sihat lain
Menu Lempeng Pisang Gandum Penuh ini sesuai dijadikan sarapan pagi atau petang.

Sebagai snek sebelum anda melakukan aktiviti sukan dan aktiviti lasak atau post work out.

Pisang yang manis Semulajadi akan mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis lain.

Malah pisang adalah dari gula asli yang bukan diproses.

Menikmati Lempeng Pisang Gandum Penuh membuatkan anda lebih kenyang dan tahan lapar lebih lama.

Pastikan anda menikmati Lempeng Pisang Gandum Penuh ini bersama buah-buahan sihat atau salad untuk menu sihat yang jauh lebih baik.

Selamat Mencuba dan menjalani diet dan pemakanan yang jauh lebih sihat.

Terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...