Isnin, 17 April 2017

Cat Cafe Best Di Bangi : Restoran Cat Signature Cafe & Studio


bahagian hadapan cafe cat signature
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Berpeluang bermain-main dan bermanja serta menghilangkan stress bersama sekumpulan kucing comel, manja dan gebu gebas di CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO  yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru BANGI baru-baru ini adalah antara pengalaman bermain dan bergembira dengan kucing yang tidak boleh dilupakan.

Memang berbaloi harga masuk dan bermain dengan kucing untuk DEWASA RM10 dan Kanak-kanak RM7 seorang yang dibayar untuk 45 minit.

ketika kami sampai cat signature masih belum memulakan operasi
Untuk info, cafe dan studio kucing ini terletak di tingkat berlainan.

Tingkat bawah ialah cafe atau tempat makan yang cantik dan dihias cukup indah.

Pujian harus diberikan , cafe ini cukup cantik dan bersih dan studio kucing diatas amat bersih dan tersusun rapi. Tiada lansung bau najis kucing dan semua kucing manja bersih gebu dan dari jenis kucing mahal dan mewah bermula kucing ekor pendek si munchkin, kucing parsi, maincoon dan kucing hybrid termasuk kucing egypt. SUMPAH! ia sungguh berbaloi dan cafe ini dikategorikan cafe kucing mewah sebenar kerana setiap seekor kucing pasti anda tahu berharga ribuan ringgit.

Irfan duduk menunggu cafe dibuka
Cafe ini dibuka pada jam 11 am dan studio kucing di bahagian atas dibuka pada 11.30am.

Oleh kerana kekenyangan baru selesai menikmati sarapan pagi nasi lemak udang dan ayam di Kelisa Corner saya dan 2 orang anak saudara saya tidak menikmati sebarang makanan di cat cafe ini. Kami hanya menunggu bahagian atas cafe buka disamping sibuk mengambil gambar di cafe ini.

Ketika kami sampai di cafe ini hanya ada 2 jenis pilihan kek. Saya tidak ingat kek apa namun ia bukan kek kegemaran kami, maka kami tidak menikmati apa pun jenis makanan disini.

Anda boleh melihat gambar menu makanan cat Signature Cafe dan Studio ini di dalam instagram mereka untuk maklumat menu yang dihidangkan disini.

bahagian cafe makan
Tangga menuju ke tingkat atas dari cafe ini berada di dalam.

Sebelum ke tingkat atas , kami sempat mengambil gambar kenangan di cafe di bawah.

Dibawah ini adalah antara gambar yang sempat saya ambil untuk tatapan pembaca blog ini.

cat signature cafe & Studio Bangi 

duduk bergambar untuk kenangan hari ini

cafe ini memang cantik

terdapat cctv di atas dan anda boleh melihat dari tv yang di sediakan
Cat Cafe ini memang cantik . Susun atur kemas dan bersih.

Hiasan dan gambar kucing dan imej kucing serta dekorasi , patung , bantal segalanya berimej kucing.

Amat menepati rasa pengemar dan pencinta kucing.

anak saudara saya terpaksa melepak menunggu tingkat atas buka
Dihias cantik dengan sofa berwarna ceria dan meja kayu.

Cat Cafe ini nampak cukup eksklusif dan mewah amat sesuai dengan citarasa moden.

Ia adalah gabungan cafe hipster dan moden yang saya yakin digemari oleh semua golongan.

Ruang cafe disini juga luas dan saya pasti mereka yang suka bergambar akan gembira dan rasa berbaloi berada disini.

penat menunggu tingkat atas buka
Berada awal setengah jam sebelum tingkat atas dibuka, kami sampai disini sepuluh minit sebelum pukul 11 pagi.

Di cafe ini juga terdapat satu sudut bahagian novel popular yang saya percaya turut dijual disini.

Sudut ini berada betul betul di tepi tangga menuju ke Cat studio.

Ilham melihat barisan novel yang tersusun
Dari permulaan pintu masuk, anda boleh melihat dekorasi cafe moden berhias cantik ini.

dekorasi menarik
Sama ada anda pencinta kucing atau tidak.

Anda tidak perlu bimbang. Anda tetap boleh datang menikmati makanan disini.

Di cafe ini tiada seekor pun kucing kecuali di bahagian studio diatas.

Anda tidak perlu rasa risau dan gelisah jika diganggu kucing ketika menikmati hidangan.

Lebih-lebih lagi kucing disini kucing mewah yang saya sendiri jika menjadi pemilik kucing, berat untuk mengizinkan sesiapa bermain terlalu lama bimbang kucing kesayangan tercedera.

Maklumlah kucing yang bukan jenis kampung ini agak manja dan lemah berbanding kucing kampung yang jauh lebih kuat dan lasak.

Satu idea bernas dan menarik mengasingkan cafe dan studio di tingkat berlainan sama sekali.

berjalan dan bergambar di cafe ini
Anda boleh terus melihat gambar cantik yang sempat diambil di Cat Signature Cafe & Studio ini.

Irfan & Ilham sempat landing di sini
Di bawah ini sengaja saya cantumkan gambar untuk anda.

Cat Signature Cafe & Studio 1
Memang puas hati bergambar disini.

Jika anda seorang pencinta seni dan art. Anda pasti suka berada disini sambil menikmati hidangan dan bergosip perkara baik untuk hidup anda.
CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO
Lagi gambar yang sempat diambil disini.

sofa dan warna serta dekorasi menarik yang berlainan antara satu sama lain
Baik di bawah ini gambar menuju ke tingkat atas bahagian Cat Studio.

Bermula di kawasan novel, anda akan menaiki tangga ke atas.

Jangan lupa tanggalkan kasut anda. Sebelum naik ke Cat studio anda dikehendaki  membayar jumlah caj masuk di kaunter di bawah iaitu di cafe bawah di bahagian cashier.

cantik kan bahagian ini

Di bawah ini ialah antara gambar yang sempat diambil oleh saya.

Untuk info, setelah 45 minit baru saya dan anak saudara saya tahu bahawa bayaran yang dikenakan hanya untuk 45 minit.

Saya ingatkan ia untuk bayaran satu hari masuk.

Agak terkejut juga ketika membayar dengan harga murah namun tempat studio ini terlalu mewah dan murah jika difikirkan dengan lambakan kucing comel dan mahal itu.

Namun bagi saya harga yang dikenakan untuk 45 minit amat berbaloi dan berpatutan.

Anda dikehendaki memakai hand sanitizer sebelum menyentuh kucing-kucing comel, kacukan, mahal dan manja disini.

antara dekorasi disini
Agak terkejut kerana tiada lansung bau kucing dan bau najis disini.

Memang tempat ini amat selesa dan diuruskan dengan baik.

Kucing semuanya gebu manja dan baik serta comel sekali.

dekorasi disini
Agak terkilan saya tidak sempat mengambil banyak gambar kucing disini kerana sibuk dengan handphone.

Maklumlah selepas 45 minit saya dan anak saudara saya dikejutkan bahawa masa telah habis, oleh kerana kami sendiri kurang info tentang bayaran dan masa itu alasan mengapa gambar untuk cat studio dan kucing disini tidak banyak dalam handphone saya.

Namun anda jangan risau , anda lawati sahaja instagram CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO untuk lebih puas hati.

cantik kan

Saya sempat mengambil beberapa video disini.

Namun telah berulang kali dan lama saya menunggu video dari handphone saya ini diupload ke blog ini namun tidak berjaya.

Saya akan cuba belajar untuk mengupload video tersebut di youtube dalam waktu terdekat nanti dan memberikan link itu disini. Insyaallah.

Diharap anda berpuas hati dengan hasil gambar yang ada di tangan saya ini.

sumpah  cantik

kucing egypt atau mesir yang mahal

dekorasi atas cat studio

ilham seronok bermain



kucing parsi yang manja
Ini sahaja yang boleh saya kongsikan untuk artikel ini bersama anda.

Jika anda perhatikan dari awal lagi, setiap gambar dalam artikel ini melambangkan kenakalan dan kecomelan serta kemanjaan kucing-kucing disini.

lihat reaksi kucing mesir comel tiada bulu ini
Yang pasti saya masih merindui kemanjaan kucing ini dan  jika ada rezeki ke Bangi, insyaallah saya akan kesini lagi. Maklumlah tidak puas rasanya bermanja dan bermain dengan kumpulan kucing di sini.

Amat puas hati berbaloi dan hilang stress bermain dengan kucing-kucing ini.


Jika anda peminat dan pencinta kucing. Saya amat menggalakkan anda kesini.

Pasti anda gembira dan puas hati.

Dan yang pasti jika anda berada di Bangi pasti anda akan kerap kesini lagi.

Semoga artikel ini mengembirakan peminat kucing.

Terima kasih.

*** Akhirnya saya berjaya mengupload video CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO ini di link ini



Dan satu lagi video




Selamat menonton.

Mohon maaf , saya baru sahaja belajar mengambil video dan tidak terfikir untuk di kongsi di artikel ini.



KHASIAT DAN KEBAIKAN GARAM PINK HIMALAYAN


Salah satu jenama garam Pink himalaya 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Di dalam kebanyakan artikel diet dan pemakanan juga kesihatan. Berulang kali perkataan garam pink atau garam himalayan di tekankan untuk mengantikan garam putih atau garam komersial dipasaran.

Garam pink himalayan kini semakin kerap digunakan oleh mereka yang mementingkan diet dan kesihatan.

Mengenali khasiat dan kebaikan garam pink himalayan semenjak tahun 2014 atas alasan terkena serangan ekzema yang kini hampir pulih saya baru mengenali garam pink himalayan dan khasiatnya.

Berikut adalah antara khasiat garam pink himalayan untuk info kita bersama.

KHASIAT DAN KEBAIKAN GARAM PINK HIMALAYAN

1. Disebut garam pink Himalayan , garam ini berasal dari pergunungan himalaya. Terdapat 84 jenis mineral dan galian di dalam garam himalaya yang amat bagus untuk kesihatan tubuh anda.

2. Garam Himalaya terkenal untuk kebaikan kulit. Jika anda mempunyai alahan kulit , resdung atau lenguh badan. Anda boleh mandi atau berendam menggunakan garam himalaya. Jika anda kegatalan hidung dan mata guna sahaja air garam himalayan . Untuk hidung , hanya masukkan air garam himalaya dan untuk mata rendamkan sahaja mata anda didalam besen air yang berisi garam himalaya.

3. Garam Himalaya juga berfungsi menyedapkan lagi rasa makanan. Pengalaman saya sendiri menggunakan garam pink dan kadang kala garam putih jika kehabisan stok garam pink membuktikan kelainan rasa makanan yang dimasak menggunakan garam pink himalaya berbanding garam biasa.

4. Garam Pink Himalaya juga sering digunakan sebagai bahan utama untuk membuat sole atau sole water , salah satu teknik air garam untuk detoks yang amat popular untuk kesihatan. Saya akan menulis mengenai sole atau sole water dalam artikel seterusnya.

5. Garam pink himalaya juga terkenal sebagai bahan detoks tubuh dalam pemakanan untuk dalaman dan luaran.

6. Jika anda kekurangan tenaga anda boleh menambah garam himalayan didalam minuman panas anda untuk menambah tenaga anda.

7. Pengguna air bertapis RO atau reverse Osmosis juga digalakkan menggunakan garam pink himalayan didalam air minuman RO atau OSMOSIS Berbalik untuk menggantikan mineral yang telah hilang didalam air tersebut.

8. Garam pink himalayan adalah antara bahan yang disyorkan untuk merendam segala sayur-sayuran yang menggunakan semburan racun serangga bagi mengantikan penggunaan cuka yang lebih mahal.

9. Harga garam pink himalayan ini agak murah hanya RM2.90 sebungkus untuk 200 ke 250 gram dan ia juga senang di dapati di kedai organik dan kebanyakan pasaraya.

Di bawah ini pula antara 32 Khasiat Garam Pink Himalayan yang di ambil dari artikel indonesia di link http://garamgununghimalaya.blogspot.my/2013/04/garam-crystal-gunung-himalaya.html

MANFAAT GARAM KRISTAL HIMALAYA 
1.      Mengatur kadar air dalam tubuh
2. Menyeimbangkan tingkat kadar gula darah dan membantu mengatasi penuaan
3.   Berfungsi sebagai antihistamin alami yang kuat dan membantu mengatasi sinus
4.      Menyeimbangkan kelebihan acid/asam dlm tubuh dan otak
5.      Membantu regenerasi tenaga hydroelektrik dlm tubuh
6.      Membantu tidur nyenyak
7.      Mengatasi asma
8.      Mengatasi kram otot
9.      Mengatasi osteoporosis
10. Meningkatkan libido
11. Mengatasi varises
12.Menstabilkan detak jantung yg tidak normal dan tekanan darah jadi seimbang
13.  Mengatasi letih dan mengantuk
14.  Memudahkan pembuangan air kecil dan besar
15.  Mengatasi Jerawat (spray dan sabun)
16.  Mengatasi Rambut rontok (shampoo)
17.  Mengatasi sakit kepala atau migrain
18.  Sebagai obat tolak Angin
19.  Membuang toksin dalam badan
20.  Melancarkan peredaran darah
21.  Melapangkan saluran pernafasan
22.  Penyakit kulit atau kutil dan sejenisnya
23.  Menstabilkan Tekanan darah tinggi / rendah
24.  Sendi terkilir
25.  Menghilangkan bau badan dan kaki
26.  Meningkatkan kecerdasan otak
27.  Meningkatkan kebugaran badan
28. Melegakan sakit sendi,otot,dan kejang
29. Menyegarkan kaki capek.
30. Mengatasi masalah kaki berair, pecah tumit kaki dan kuku tumbuh tidak teratur (spray dan lotion)
31.  Mengurangkan masalah kaki berkeringat dan berbau
32.  Membantu menghilangkan kutu air
  

Semoga artikel ini membantu anda mengenali dan menyukai Garam Pink Himalaya.

Selamat Mencuba Garam Pink Himalaya.

Terima kasih.


Ahad, 16 April 2017

Jaga Anak Saudara..


Aktiviti dalam minggu yang sama
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Berstatus bujang belum tentu anda tidak perlu menjaga kanak-kanak.. 

Banyak pengalaman dan perkara yang di pelajari. 

Puas memujuk anak saudara berkongsi makanan bimbang membazir,  namun tetap di turut rasa hati ingin plate,  menu atau pinggan berbeza akhirnya membazir dan ibu saudara harus menghabiskan sisa makanan anak saudara seterusnya ibu saudara yang mengalami kenaikan berat badan.

Jika sebulan sekali itu di kira okey,  namun jika setiap minggu dan hampir 2-3 hari dalam seminggu akhirnya anda akan faham mengapa sesetengah ibu bapa setelah mempunyai anak mempunyai isu berat badan bertambah. 

Saya bernasib baik setiap kali berat bertambah saya akan cuba menyedarkan diri sendiri namun ada waktu saya terlupa. 

Ini alasan mengapa diet sihat saya sentiasa lari.  Untuk mendidik anak saudara menikmati makanan sihat agak sukar,  maklumlah lidah mereka telah biasa dengan cita rasa mereka sendiri. 

Pernah beberapa kali mengorder makanan lebih sihat di restoran atau kafe namun ia berakhir hampir tidak disentuh langsung makanan tersebut. 

Pelbagai lagi perkara dipelajari dalam menjaga 2 orang dan kadang kala 3-4 orang anak saudara sekaligus. 

Mohon lupakan kasut tinggi atau wedges tinggi.  Anda akan terpaksa memimpin atau mendukung anak saudara anda dan bermain kejar-kejar sekali sekala. 

Makeup mohon lupakan.  Di cuaca panas terik,  melayan perangai dari seorang ke seorang dan menjaga anak Saudara seorang diri.  Anda akan faham betapa kecantikan Semulajadi itu amat bererti.  Begitu. 

Pengalaman menjaga anak saudara mengajar anda hormat kepada tanggungjawab dan kepenatan ibu dan bapa.  Bersyukurlah anda masih bujang dan cukup tidur. 

Gembiralah ketika anda boleh berjalan seorang diri atau bersama rakan bersama HIGH heel atau ke shopping complex bersama anak saudara anda yang tidak berkejaran kesana ke mari.  Anda antara insan bertuah. 

Namun jika anda terpaksa berkasut dan berselipar nipis anda wajib berterima kasih kepada anak saudara anda atas perangai dan didikan mereka yang membolehkan kaki anda berehat dari memakai wedges tebal dan kasut tinggi. 

Belajar untuk reda membazir jika anak saudara anda tetap berdegil untuk memilih menu sendiri.  Maklumlah lain anak saudara, lain citarasa. 

Agak bahaya jika asyik anda yang harus menghabiskan menu yang dibazirkan oleh anak anda. Tidak sedar berapa banyak gula yang masuk ke tubuh anda. 

Pengalaman saya yang tidak menikmati jus yang ditambah gula namun jika bersama anak saudara segala jus mereka terpaksa saya habiskan atas alasan satu jus bernilai rm5-8.  Minumnya tidak sampai sesuku gelas akhirnya saya sendiri yang bertambah berat badan.  Belum kira segala kek dan dessert lain.  Memang lari diet terutama hampir setiap minggu kami keluar bersama- sama. 

Namun bonus untuk saya,  sekurang kurangnya ia ingatan untuk saya mengajar diri saya agar tidak lupa diri dan jangan terus makan dan minum hanya untuk mengelakkan pembaziran.  Kesihatan saya sendiri dan berat saya juga harus saya utamakan.

Selain risiko kenaikan berat badan,  risiko sunburn juga tinggi.  Realiti kanak-kanak memang suka bermain dan beraktiviti di luar. Maka bersuka ria lah dan tenang sahaja jika kulit anda sentiasa sunburn.  Percayalah sunburn itu seksi.

Tiada alasan untuk anda tidak menjaga dan membawa anak saudara anda berjalan jalan dan beraktiviti bersama anda. Namun pastikan kesihatan dan diet anda tidak terlajak jauh. Untuk mengelakkan kulit anda sunburn,  rajin kan diri memakai lidah buaya.  

Hari minggu bukan sahaja hari untuk bersosial,  juga hari untuk keluarga. 

Terima kasih. 




Jumaat, 14 April 2017

Tempat Makan Best Di Bangi - Part 2 Restoran FIZOMAWAR Kitchen


Restoran FizoMawar Kitchen 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel Part 1 Tempat Makan Best Di Bangi :- restoran Kelisa Corner di link di bawah

Tempat Sarapan Best Di Bangi.

Setelah bersarapan pagi di Restoran Kelisa Corner dan bermain main di Cat Signature and Studio Cafe.

Saya,  kakak saya dan anak saudara saya memutuskan untuk menikmati hidangan masakan Thailand di restoran pelakon dan pengacara terkenal Fizo Omar dan Mawar Fareeda yang terletak di seksyen 8.

Pintu masuk restoran FizoMawar Kitchen 

Restoran FizoMawar Kitchen yang terkenal ini amat mudah di jumpai.

Ia terletak di jalan utama di seksyen 8 Bandar Baru Bangi.

Dinding restoran FizoMawar Kitchen yang memaparkan wajah pemilik restoran 

Ini adalah kali pertama saya menikmati hidangan di restoran ini.

Kakak saya dan anak saudara saya sudah 2 kali menikmati makanan disini.

Kusyuk memilih hidangan 
Restoran FizoMawar Kitchen ini menghidangkan pelbagai menu masakan Thailand dan khabarnya ia juga dimasak oleh chef-chef yang dibawa khas dari Thailand.

Selain hidangan Thailand,  hidangan barat seperti burger dan oblong serta fun fries turut terdapat disini.

Berikut antara menu yang sempat saya snap dalam menu hidangan yang di tawarkan di restoran FizoMawar Kitchen ini.

Antara Menu pilihan di Restoran FizoMawar Kitchen 

Tom Yam Thailand 

Menu hidangan tengah hari menarik 

Antara Menu menarik di restoran FizoMawar Kitchen 

Maggi ketam turut terdapat di sini 

Menu hidangan Thailand menarik 

Antara Menu mesti cuba

Menu masakan barat 
Masih kenyang menikmati hidangan sarapan pagi nasi lemak udang dan ayam pagi tadi,  kami hanya memesan menu nasi putih dan daging bakar tom yam juga nasi putih dan ayam goreng bijan serta air minuman sahaja.


Minuman pilihan Irfan

Minuman pilihan kami

Air minuman disini dikategorikan okay dan boleh tahan.

Nasi ayam goreng bijan pilihan kakak saya dan Irfan

Nasi dan ayam goreng bijan disini digoreng enak dan rangup. Memang sedap.

Menu ini memang saya syorkan untuk anda selain harganya yang berpatutan.

Daging bakar serai
Pilihan saya tentunya daging bakar tom yam.

Memang sedap dan terasa halia dan limau purut nya.

Daging bakar disini di masak menggunakan daging tempatan segar dan dibakar menggunakan arang.

Istimewa sos daging yang sedap ini ia ialah sos beras bakar yang sungguh enak.

Saya menyukai masakan ini.

Harga daging bakar tom yam dan nasi putih di kira asing.
Berbanding ayam goreng bijan yang ditawarkan satu set.


Menikmati hidangan 

Puas menikmati hidangan disini. 

Perkhidmatan di restoran ini juga cepat dan pantas. 

Restoran ini juga bersih dan hiasan juga ringkas dan menawan. 

Ruang restoran di hias ala Thailand 

Suasana dan susun atur meja

Kaunter bayaran 

Masa untuk membayar 
Selesai menikmati hidangan,  kami terus pulang.


Ruang restoran yang luas

Masa untuk pulang setelah selesai menikmati hidangan 
Jika anda mencari masakan enak sesuai citarasa Melayu dan Thailand. 

Restoran FizoMawar Kitchen amat disyorkan. 


Terima kasih. 





Khamis, 13 April 2017

Tempat Makan Best Di Bangi Part 1 - Restoran Kelisa Corner


Restoran Kelisa Corner 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Berpeluang bercuti ke Bandar Baru Bangi semalam,  saya membawa anak saudara saya Irfan dan Ilham sarapan bagi di Restoran Kelisa Corner  yang terletak di Bandar Baru Bangi seksyen 8.

Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi dari nasi lemak,  lontong,  Mee goreng,  kuew Tiaw goreng,  bubur nasi,  nasi goreng,  kuih muih dan pelbagai hidangan lain. 


Restoran Kelisa Corner menawarkan nasi lemak sotong,  sizzling Mee dan soto jawa antara menu utama
Bertolak dari Kuantan seawal subuh dan terperangkap di dalam jem ketika majoriti penduduk  Kuala Lumpur dan Selangor menuju ke pejabat,  membuatkan kami masing-masing keletihan dan amat kelaparan. 

Kami tiba di restoran ini anggaran 10.30am ke atas. 

Alhamdulillah hidangan makan pagi masih ada,  ketika pekerja restoran ini sedang menyusun lauk pauk untuk hidangan menu tengah hari. 


Bekas hidangan mulai kosong 

Terdapat beberapa bekas hidangan mulai kosong dan licin.  Namun pilihan kami nasi lemak masih ada di samping pelbagai sambal berlainan termasuk sambal sotong,  sambal udang,  ayam goreng berempah,  bubur nasi dan sebagainya. 

Bubur nasi 
Ketika melihat menu pilihan saya terpaku kepada bubur nasi, namun akibat rasa yang amat lapar dan ingin kenyang lama saya memilih nasi lemak sambal udang. 

Antara Menu di tawarkan 

Menu disini memang nampak menarik dan banyak. 

Anda boleh memilih sosej atau nugget untuk dimakan bersama hidangan anda. 

Telur goreng biasa dan telur goreng sambal juga ada termasuk telur rebus. 

Deretan menu sarapan pagi menarik
Untuk menu sarapan pagi enak.  Harus diakui restoran ini punyai pelbagai pilihan. 

Restoran ini tentu sesuai jika anda mencari tempat Makan Best untuk sarapan pagi yang enak dan sedap di Bangi. 

Menu masakan melayu
Jika anda mencari menu sarapan pagi dan tempat sarapan pagi enak.  Anda tidak perlu pening kepala,  di seksyen 8 ini terdapat pelbagai pilihan tempat Makan sedap untuk breakfast dan sarapan pagi.

Pelbagai pilihan sambal
Jika anda inginkan sarapan pagi lontong,  Mee sup,  Mee jawa dan kuih muih Melayu. 

Restoran Kelisa Corner ini turut menyediakan menu ini untuk sarapan pagi. 

Ia nampak sungguh menyelerakan. 

Pilihan menu Mee, lontong dan kuih muih melayu
Saya,  Irfan dan Ilham memilih menu nasi lemak. 

Irfan nasi lemak telur goreng,  ilham nasi lemak ayam goreng berempah dan saya nasi lemak sambal udang. 

Nasi lemak sambal udang pilihan saya

Rasa nasi lemak sambal udang pilihan saya amat biasa. 

Bagi saya sambal udang ketika saya makan ini amat masin dan tidak menepati selera saya. 

Namun kedua-dua anak saudara saya amat menyukai sambal nasi lemak bilis di sini. 

Ilham siap mintak nasi saya kerana tidak cukup.  Maka saya berpendapat kebetulan saya memang seorang yang tidak kuat masin.  Maka sambal udang itu tidak kena selera saya. 


Irfan dan ilham khusyuk menikmati hidangan sambil menunggu minuman sampai
Kami menikmati hidangan sambil menunggu minuman pilihan kami sampai. 

Saya memilih jus tembikai,  Irfan teh o ice limau dan ilham Fresh Orange. 


Banting yang menunjukkan iklan nasi sempoi
Restoran Kelisa Corner ini juga menyediakan menu istimewa nasi sempoi serendah Rm5.  Nasi sempoi  lauk kambing pula hanya RM7. 


Ilham gembira menikmati makanan
Mungkin atas alasan kami tiba lewat hampir 11am maka kami mudah mendapat tempat parking betul-betul dihadapan restoran ini. 

Pokok yang di tanam di dalam pasu menyerikan suasana di luar restoran ini. 

Irfan dan Ilham khusyuk menikmati hidangan sambil main instagram 
Perkhidmatan restoran ini ketika kehadiran kami agak laju. 

Cepat sahaja menu minuman kami sampai. 

Makanan dan hidangan layan diri. 

Jus tembikai dan jus oren disini sedap dan saya sukakan nya. 


Kuih kopi Yang boleh tahan sedap
Saya dan Irfan berkongsi menikmati kuih koci sedap yang berharga RM2.50.

Jumlah semua hidangan kami untuk makanan dan minuman ialah Rm26.

Harga ini di Kira berpatutan di area Bangi dengan harga sebegitu.

Jika anda juga mencari tempat Makan pagi yang menghidangkan pelbagai pilihan.

Restoran Kelisa Corner ini boleh dijadikan antara pilihan.


Terima kasih.



**  link sambungan Tempat Makan Best Di Bangi Part 2 -  Restoran FizoMawar Kitchen

Di sini Restoran FizoMawar Kitchen





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...