Jumaat, 3 Februari 2017

Perbezaan Manna ( Gam Arab) dan Luban (Kemenyan Arab)



Manna dan luban

Assalammualaikum dan salam sejahtera .

Salam Jumaat yang berkah.

Seiring ditanya adakah Luban dan Manna benda yang sama,  oleh mereka yang masih keliru,  saya simpulkan perbezaan antara Manna dan Luban di dalam artikel ini. 

Sila lihat perbezaan bentuk Manna dan Luban dalam gambar di atas dan di bawah. 

Luban juga dikenali sebagai kemenyan Arab dan Manna yang lebih dikenali sebagai gam Arab 
Luban turut dikenali sebagai kemenyan Arab.  Ia juga dikenali sebagai gula-gula getah Arab. 

Jika anda pegang Luban ia terasa seperti kenyal-kenyal.  Rasanya pahit bila dikunyah dan seperti gula-gula getah ketika dikunyah. 

Manna  yang lebih dikenali sebagai gam Arab berwarna putih jernih ke coklat gelap bergantung kepada gred.  Gred yang lebih bagus mestilah berwarna putih pucat atau jernih. 

Lebih cerah warna gam Arab atau Manna dikatakan lebih tinggi gred dan bagus. 

Manna diperbuat dari getah pokok dan berbentuk kristal.  Anda perlu merendam gam Arab ini dahulu sebelum menikmatinya.  Jika anda gigit ketulan gam Arab ini agak tidak sesuai kerana gam Arab ini keras dan boleh melekat di gigi anda. 

Luban di sebelah kiri.  Manna di sebelah kanan. 
Luban lebih berbentuk seperti getah dan Manna lebih berbentuk kepada kristal

Manna terkenal untuk kesihatan usus.  Ia adalah antara sumber prebiotik terbaik yang tinggi serat.

Manna amat bagus untuk kesihatan usus dan kulit.

Luban amat terkenal untuk kesihatan minda dan saraf.

Seperti Manna,  anda juga boleh merendam Luban jika anda malas mengunyah Luban seperti gula-gula getah.

Manna lebih bagus dan tinggi khasiat jika direndam kerana terbentuk probiotik jika ia direndam semalaman.

Luban lebih digalakkan dikunyah berbanding direndam dan diminum.

Untuk khasiat Luban dan Manna sila rujuk artikel dan link di bawah :-

Khasiat Manna atau Gam Arab

Khasiat dan Kebaikan Luban atau Kemenyan Arab

Semoga artikel ini membantu anda.


Terima kasih







Biarlah..


Semakin dewasa.. Semakin anda malas untuk berbahas

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Suatu waktu dahulu,  saya seorang 'fighter'.  Suka menegakkan pendapat saya yang saya yakin betul. 

Berada di zaman persekolahan sebagai wakil sekolah untuk syarahan dan perbahasan,  saya kerap muncul sebagai johan. 

Itulah perangai yang saya bawa sehingga masuk usia 20an. Sentiasa berbalah untuk membuktikan pendapat saya adalah betul. 

Seiring usia saya faham,  berbalah itu tidak ke mana. 
Raikan pendapat,  walau mungkin terang-terang anda yang betul. 
Suatu waktu dulu,  saya amat mengagumi cara sayidina Umar Al Khatab yang agak keras. 
Maklumlah perwatakan saya agak keras. 
Saya ingin selalu menang dan amat sukar untuk mengalah. 

Seiring usia dan pengalaman hidup. 
Melihat setiap hujah, komen,  status di Facebook dan media sosial,  saya semakin sedar manusia tidak akan menerima sesuatu itu dengan mudah sehingga mereka sendiri berlapang dada dan mencarinya. 

Tidak semestinya kita rasa kita betul semua dan condem mereka yang tidak sealiran dengan kita. 

Pendekatan keras atau memaksa adalah cara paling salah dan tidak relevan lagi digunakan. 

Baru saya faham,  mengapa Rasulullah SAW terkenal dengan akhlak dan peribadi yang indah sehingga melayan orang kafir dengan baik sehingga kematian baginda dan bagaimana orang kafir tersebut akhirnya memeluk islam. 

Keindahan menjadi pengikut tetap seseorang dan Blog mahu pun Facebook akan terencat apabila ada ayat dan status negatif yang seolah menyalahkan insan lain dan memaksa insan lain menerima hanya anda yang betul. 

Amat berbeza cara mendidik dan cara menyampaikan ilmu dengan cara paksaan dan tekanan. 

Suatu waktu dulu banyak perkara asas saya terlepas pandang. 

Mengapa digalakkan anda menanam sendiri. 
Mengapa digalakkan menikmati real food. 
Kenapa anda harus membaca label?. 
Kenapa Allah mendatangkan dugaan? 
Mengapa jangan tolak sesuatu itu bulat bulat? 
Kenapa kena Raikan perbezaan pendapat? 
Mengapa ke kadang tidak perlu cakap apa apa,  dan lebih baik diam dari memberi pendapat sendiri? 

Saya belajar satu perkara bahawa apabila saya tidak terjerumus dengan perbalahan pendapat,  emosi saya tenang dan saya gembira. 

Saya belajar dengan tidak mengomen apa-apa produk orang lain gunakan dan apa-apa yang orang lain makan saya jauh lagi gembira. 

Saya belajar kekal dengan pendirian saya dan saya langsung tidak berbalah dan pendirian itu kekal kuat pada diri saya. 

Saya juga belajar masa yang lama akan memberi jawapan apa yang anda pilih itu adalah yang terbaik atau tidak. 

Berhenti berbalah.  Manusia hanya ingin baca dan suka apa yang mereka suka dan tahu. 

Saya juga begitu suatu waktu dahulu. 

Cakaplah apa sahaja saya tidak akan terima. 

Banyak perkara yang perlu dipelajari dari asas. 

Ia memerlukan masa yang lama untuk mengkaji,  membaca dan fokus. 

Mereka yang sibuk dengan pekerjaan dan aktiviti harian tidak punya waktu membelek beribu artikel dan Blog,  kajian demi kajian kecuali mereka benar benar berminat dengannya. 

Tulis sahaja apa yang anda ingin tulis,  jangan mengutuk atau mengkaji sesiapa. 

Sama ada pasangan pilihan,  kehidupan pilihan,  makanan pilihan,  produk pilihan dan sebagainya. 

Hanya tulis Info berkaitan yang baik baik bukan yang mengeji dan negatif. 

Iklan hari ini bukan memburuk-burukkan sesiapa atau pesaing. 

Berubahlah dan hormati pilihan insan lain yang mungkin masih belum diberi hidayah dalam sesetengah ilmu. 

Ingatlah kita dahulu mungkin lebih teruk dari mereka dan mungkin akan datang mereka jauh lebih baik dari kita. 

Hidayah dari Allah bukan dari orang seperti kita. 

Jangan memaksa individu lain menerima apa yang tidak ingin mereka terima.


Terima kasih. 




Khamis, 2 Februari 2017

SALAM ULANG TAHUN KE 4


Imej Google pertama saya juga berusia 4 tahun selari usia Blog pertama penulisan saya ini
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Mula mengatur jari jemari menaip dan menulis di Blog ini pada 2 Februari 2013, empat tahun dahulu,  alhamdulillah Blog ini kekal aktif sehingga kini. 

Bukan mudah mencari idea untuk ditulis,  lebih lebih lagi saya agak sukar mendapatkan gambar yang cantik dan menarik. 

Tiada support atau sokongan yang boleh diharapkan melainkan diri sendiri dan ilmu serta izin dari Allah SWT. 

Bermula dengan tulisan perkongsian tempat Makan Best,  perkongsian tentang cinta,  khasiat dan pelbagai lagi artikel termasuk motivasi,  akhirnya Allah memberikan hadiah istimewa untuk saya dalam menjalani proses topical steroid withdrawal sekaligus menambahkan lagi sumber idea untuk penulisan pengalaman di Blog tercinta ini. 

Seiring usia dan kemajuan Internet dan dunia teknologi media sosial,  saya insyallah akan terus menulis perkongsian ilmu dan pengalaman hidup serta informasi yang lebih terkini dan terbuka untuk di kongsi bersama. 

 Blog pertama saya ini lebih bersifat peribadi,  sekaligus memudahkan urusan menulis artikel mengikut isi hati dan asas asal penulisan Blog ini. 

Bermula hanya tagline 'Journey Of Fear &  Joy'  kemudian bertukar kepada 'walk in my stilettos',  kini tagline 'Keep Walking'  menjadi tagline blog ini seiring segala artikel info, kuasa media sosial,  ilmu bermanfaat dan motivasi yang bakal di kongsi bersama. 

Tagline 'keep walking'  bermaksud teruskan berjalan atau jalan terus. 

Ada beberapa perkara yang perlu anda abaikan,  atau lupakan juga belajar darinya tetapi anda harus terus berjalan untuk sampai ke arah tujuan anda. 

Semoga dari hari ke hari Blog ini akan terus memberi manfaat dan dilawati serta di gemari oleh ramai pembaca dan peminat di seluruh dunia. 

Semoga saya juga diberi kesihatan dan idea menarik yang bagus dan bermanfaat untuk di kongsi di Blog ini.

Doakan.

Di kesempatan ini,  saya mengucapkan jutaan taan terima kasih atas segala sokongan dan minat anda melayari Blog ini,  akhirnya Satu Juta paparan telah dilepasi oleh Blog ini sebelum Blog ini berusia 4 tahun. 

Sejujurnya saya sendiri agak kurang yakin Blog ini boleh melepasi angka 1 juta paparan sebelum ia genap berusia 4 tahun.  Terima kasih berjuta kali lagi. 


Terima kasih. 


Rabu, 1 Februari 2017

Skrub Teh Rooibos


Original Body Scrub dan campuran teh rooibos
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Jika anda menghadapi masalah kulit sama ada ekzema,  psoriasis,  panau,  jerawat,  alahan dan sebagainya,  mengurangkan atau menjauhi penggunaan bahan kimia amatlah di syorkan. 

Teh Rooibos adalah antara bahan yang sering digunakan sebagai mandian untuk pesakit dan penghidap ekzema atau yang masih mengharungi proses pemberhentian krim steroid atau topical steroid withdraw (TSW). 

Saya ada menulis kebaikan dan khasiat teh rooibos khususnya untuk kulit dan detoks di artikel di link di bawah 


Teh Rooibos kebiasaannya di rebus dahulu kemudian air rebusan akan digunakan sebagai mandian bagi pesakit ekzema sama ada untuk golongan dewasa mahupun  kanak-kanak. 

Hampas teh Rooibos juga sesuai sebagai rawatan Skrub dalam mandian pesakit ekzema dan pesakit kulit lain. 

Teh Rooibos turut diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah kulit,  juga bagi mereka yang menjaga kesihatan. 

Teh Rooibos tidak mengandungi kafein ia adalah pengganti yang bagus untuk teh hitam berkafein dan mereka yang menghadapi masalah toleransi kepada kafein. 

Jika anda peminum dan pengemar teh Rooibos,  anda kini boleh menambah hampas teh Rooibos yang telah digunakan itu kedalam bancuhan Original Body Scrub anda.

Jika anda tidak mempunyai teh Rooibos ini,  jangan risau,  anda boleh dapatkan teh Rooibos ini di farmasi berdekatan dan juga pasaraya berhampiran anda.

Original Body Scrub untuk Pelbagai Masalah kulit
Jika menikmati teh Rooibos,  kebiasaannya saya tidak akan membuang hampas teh ini.

Sebaliknya saya menjadikan teh Rooibos sebagai Skrub mandian saya.

Ada waktunya saya menambahkan hampas teh Rooibos ini kedalam bancuhan Original Body Scrub keluaran saya sendiri.

Tidak perlu risau,  anda boleh menggunakan bancuhan ini pada bila-bila masa.

Hanya simpan bancuhan ini didalam peti sejuk selama mana anda kehendaki.

Untuk anda yang tidak punyai peti sejuk.

Bancuhan ini tahan 2-3 hari di luar.

Skrub dengan tambahan teh Rooibos ini berfungsi mengurangkan toksin didalam tubuh,  berfungsi untuk detoks luaran dengan syarat anda harus belajar mengurangkan bahan kimia dalam produk penjagaan tubuh anda selain menjaga pemakanan yang lebih sihat.

Sepanjang berurusan dengan mereka yang menghadapi masalah kulit Skrub ini dan campuran teh Rooibos amat bagus dalam mengurangkan kegatalan dan parut serta masalah kulit ekzema dan masalah kulit lain.

Malah Skrub ini juga turut membantu mengurangkan bau badan.

Untuk maklumat lanjut mengenai original Body Skrub ini anda boleh membaca pelbagai maklumat dan cara guna skrub ini di bawah label Skrub di Blog ini (pastikan anda menggunakan paparan desktop).

Pembelian sila what app

KHADEEJA di 016 276 2636

Original Body Scrub ialah produk home made dan 100% Dari Bahan Semulajadi.

Terima kasih.






Berubah atau PUPUS?


Realiti yang semakin ketara
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Realiti yang terus menghantui.  Seiring zaman dan teknologi,  saya mahu pun anda dalam usia saya atau mereka yang lebih muda harus akui,  di zaman akan datang 10 ke 20 tahun lagi teknologi akan mengambil alih 80% perniagaan dan perhubungan sosial. 

Malah ketika ini jika anda adalah selepas gen Z yang berusia awal 20an, pasaran perniagaan melalui Internet dan media sosial juga syarikat start up akan menggunakan teknologi Internet sebagai capaian untuk perniagaan masing-masing.

Lihat ia dari sudut positif 


Untuk masa ini kaedah veteran F2F (face to face)  masih berdaya saing di kalangan golongan 30an dan 40an serta golongan lebih awal. 

Golongan 30an dan ke atas masih mengamalkan cara membeli belah face to face,  sibuk menjalani kehidupan kerjaya dan masih suka membeli belah atau melabur secara offline iaitu face to face.  Berdepan dan minum kopi serta berbincang sesama sendiri. 

Google yang masih mendominasi
Malah golongan usia 30an ke atas ini masih terus ke klinik dan ke hospital untuk berjumpa doktor walaupun mengalami demam sedikit atau suhu badan naik sedikit. 

Berbeza bagi golongan yang dibesarkan zaman teknologi.  

Golongan seusia Mark Zuckerberg. 

Golongan dari generasi geng Z dan ke bawah. 

Dikatakan pada masa akan datang bersiap sedia untuk Pelbagai jawatan dan pekerjaan di dunia yang bakal luput. 

Ia akan di dominasi oleh media sosial dan teknologi Internet. 

Status Facebook beliau harus diakui

Terima hakikat.  Berubah sebelum terlewat. 

Kuasa media sosial dan Internet bukan lagi perkara main main. 

Hanya satu klik banyak perkara yang anda akan dapati. 

Bermain Facebook hari ini bukan lagi untuk suka--suka untuk anda hanya memaparkan aktiviti harian atau tempat meluah perasaan. 

Hanya mereka yang bijak menggunakan teknologi ini akan ke depan dengan membawa berjuta folower bersama sekaligus mencipta jenama diri sendiri. 

Realiti yang bakal diterima. 

Pelbagai jawatan pekerjaan pada masa akan datang yang bakal tidak lagi wujud bukan perkara enteng untuk mereka yang berada dalam pekerjaan ini mengambil ringan. 

Selain perunding kewangan,  doktor,  peguam dan pelbagai kerjaya profesional yang tergugat anda tetap mampu mengatasi masalah yang mungkin timbul dari cara anda melihat masa depan pada hari ini. 

Mengimbau pengalaman saya sendiri,  saya amat percaya dengan kajian ini. 

Pelanggan elit dan berilmu yang saya jumpa malah ada yang lebih arif mengenai pelaburan dan kewangan berbanding mereka dalam bidang kewangan sendiri. 

Sahabat saya yang merupakan peguam syariah pernah mengajar saya bagaimana seorang ibu yang menghadapi cabaran tidak cukup budget untuk mengupah peguam untuk mewakili beliau berlawan kes hak penjagaan anak. 

Ibu itu sendiri menjadi 'peguam'  atau wakil peguam di hadapan hakim untuk berlawan dalam kes hak penjagaan anak itu sendiri. (kes ini juga terpakai untuk si bapa jika si bapa juga tidak cukup budget). 

Borang-borang dan filing atau proses buka fail dilakukan oleh sahabat saya iaitu peguam syariah untuk kes ibu tersebut dengan bayaran hanya untuk proses itu sahaja. 

Maklumlah ada beberapa borang yang lebih sesuai diuruskan oleh peguam yang lebih tahu selok belok mengisi borang dan dokumen yang lebih lengkap. 

Untuk info,  saya punyai kawan ibu tunggal yang mengisi borang segala sendiri kerana kekurangan budget tapi jika anda punyai lebih budget saya lebih galakkan anda gunakan perkhidmatan peguam dalam proses ini. 

Percayalah banyak benda yang anda boleh lakukan jika kaya ilmu.. Kaya pengalaman dan berani berhadapan dengan risiko. 

Pastikan risiko itu boleh dikira dan diserap jika anda ingin mengambil risiko yang tinggi. 

Keberanian akan datang jika anda cukup ilmu. 

Jangan berani hanya kerana ego tetapi banyak perkara baik dan buruk anda tidak pernah membuat kajian dan meminta pendapat. 

Saya serahkan artikel ini untuk anda berfikir sendiri. 

Usah buang masa dengan perkara tidak berfaedah yang lebih kepada menunjuk-nunjuk dan menarik perhatian. 

Tukarkan niat mencari perhatian kepada memberi lebih perhatian dan lebih masa pada perkara yang akan membantu anda ketika anda susah dan menghadapi masalah.

Iaitu Ilmu dan kemudian anda boleh bertawakal. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. 

Kongsi kan maklumat ini untuk mereka yang memerlukan info ini terutama mereka yang sedang menghadapi masalah hak penjagaan anak anak dan masih pening kepala mengenai budget dan sebagainya. 


Terima kasih. 





Isnin, 30 Januari 2017

Diari..


Ada perkara yang perlu ikut kata hati

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Mereka yang tidak berada dalam tapak kasut kita,  tidak akan faham apa kita rasa dan lalui. 

Saya pernah menulis beribu nota dan motivasi didalam pelbagai buku catatan. 

Pelbagai salinan petua, azam dan segala tapi kini saya tidak tahu buku buku catatan itu di mana. 

Blog kini telah mengambil alih segala buku catatan saya. 

Ketika sekolah saya suka menulis diari. 

Malah ketika belajar di IPT dan berpisah dengan sahabat karib saya Suriyati.  Saya berutus surat dengan siap tarikh selama seminggu tertulis apa yang saya buat dan terjadi dalam hidup. 

Bayangkan betapa penting tarikh tarikh walaupun ia ditulis dalam surat untuk memberitahu sahabat saya apa yang saya lakukan tiap hari selama seminggu itu. 

Kata sahabat saya,  surat itu melambangkan keikhlasan saya dalam menulis. 

Saya tidak pernah bermimpi untuk menjadi penulis Blog.
Tidak pernah bermimpi untuk pembaca Blog ini bermesej,  berwhatapps,  menghantar email apa lagi sanggup menelefon saya menanyakan pendapat,  bercerita masalah dan pelbagai lagi. 

Malah dalam satu hari pelbagai What apps dan panggilan telefon yang saya terima. 

Ada yang saya balas,  dan ada yang saya terpaksa biarkan dan akhirnya menjawab dalam setiap artikel dalam Blog ini. 

Saya mungkin tidak mampu memberi sedekah dalam bentuk wang kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. 

Tapi sekurang-kurangnya saya diberi kesempatan dan keizinan untuk berkongsi info dan pengalaman yang saya harap amat berguna dan menyelesaikan pelbagai masalah bagi pembaca yang saya faham terpaksa mengorbankan masa untuk mencari cara penyelesaian masalah masing masing. 

Percayalah sehingga kini saya masih menerima teguran dari sahabat terdekat saya supaya saya mengfokuskan Facebook dan medan media sosial lain untuk promosi segala produk dan perkhidmatan serta perniagaan yang saya jalankan. 

Ayat "sekarang orang dah tidak baca blog".. Segala macam kritikan dan pandangan saya hormati dan sejujur nya diakui oleh saya sendiri. 

Mengapa ingin menegakkan benang yang basah sedangkan saya tahu dan sedar apa yang dikatakan oleh sahabat saya benar sekali. 

Saya tidak berminat untuk berlawan kerana saya tahu sayang sebenar sahabat saya untuk saya. Nasihat beliau untuk saya.  Saya cukup kenal siapa sahabat yang ikhlas terhadap saya walau mungkin kata-katanya tidak memberi semangat untuk sesuatu yang saya sukai. 

Percayalah saya ada sebab tersendiri menulis Blog ini. 

Blog pertama saya ini lebih kepada Blog peribadi.

Sebuah perkongsian untuk mereka yang mungkin mengalami peristiwa dan pengalaman seperti saya yang inginkan nasihat dan cebisan maklumat dalam setiap perjalanan sebuah pengalaman. 

Saya tidak kisah jika semakin ramai tidak membaca Blog.
Blog saya mungkin bukan untuk mereka. 

Blog saya ini untuk mereka yang tinggal yang masih rajin membaca dan mencari maklumat yang diperlukan. 

Dalam 6 billion penduduk di muka bumi.  Saya melihat sendiri statistik pembaca Blog saya ini sehingga sehari hampir 2500 paparan walau Blog ini baru menghampiri usia 4 tahun dan tidak sampai 520 artikel. 

Melihat statistik ini saya faham bahawa setiap manusia itu berbeza minat dan cinta. 

Berbeza pegangan dan tujuan. 

Saya pasti akan aktif Facebook, instagram, twitter, LinkedIn dan pelbagai medan media sosial dalam waktu terdekat.  Saya masih belajar untuk itu.  

Saya tahu betapa perlunya pandai menggunakan media sosial zaman ini.

Beri saya masa,  saya perlukan tunjuk ajar dan insyallah saya akan lebih bijak menggunakan ia. 

Untuk mereka yang merasa malas berkongsi dan menulis di Blog. 

Jika tiada siapa yang sudi baca ia tidak apa,  janji anda baca dan ingat segala pengalaman,  kebodohan dan siapa anda sebelum dan selama ini,  anda boleh kutuk diri anda dalam waktu yang sama perbaiki apa yang perlu diperbaiki. 

Melihat dari setiap artikel Blog ini,  saya sedar banyak perkara perlu saya belajar dan banyak pengalaman hidup yang belum saya tempuhi. 

Ketika bosan,  sedih dan kurang bersemangat saya akan membaca Blog saya sendiri dan mengimbas setiap perjalanan dan cabaran yang berjaya saya tempuhi dan kembali beraksi. 

Tiada yang lebih jujur pada diri anda jika bukan anda sendiri. 

Menghitung usia 4 tahun Blog ini beberapa hari lagi,  saya amat bersyukur kerana saya telah melepasi masa 4 tahun dan insyallah akan terus diberi rezeki dan kesempatan untuk blogging dan memberi manfaat kepada insan lain. 

Semoga saya terus diberi pelbagai bentuk rezeki yang halal lagi banyak untuk dikongsi bersama. 


Terima kasih. 


Ahad, 29 Januari 2017

Skrub Untuk Pelbagai Masalah Kulit


Skrub tubuh diperbuat dari bahan asli 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Beras pulut telah lama digunakan sebagai bahan utama lulur untuk Pelbagai Masalah Kulit.

Ia turut dipercayai membantu membuang toksin melalui sel-sel kulit mati dan urutan lulur di seluruh tubuh anda.

Original Body Scrub Diperbuat 100% Dari Bahan Semulajadi yang boleh dimakan.

Bahan asas utama ialah beras pulut yang terkenal mencantikkan kulit beribu tahun lampau.

Menjadikan tepung pulut sebagai mandian telah di amal bertahun dulu,  kini original Body Scrub adalah antara mandian Skrub tubuh wajib saya untuk 2-3 kali seminggu.

Untuk info anda tidak boleh terlalu kerap atau setiap hari melulur atau menggunakan Skrub,  bimbang ia mengeringkan kulit.

ORIGINAL BODY SCRUB harus dibancuh lembut atau sedikit sahaja jika anda ingin menggunakan ia dengan lebih kerap.

Simpan sahaja bancuhan Skrub anda didalam bekas bertutup didalam peti ais.  Ia boleh digunakan bila-bila sahaja

Hanya gosok  tubuh anda secara lembut dan pastikan lulur ini mempunyai kandungan air dan tidak terlampau kering.

Berbeza dengan penggunaan seminggu sekali.

Lulur atau original Body Skrub ini wajib digunakan lebih banyak dan kurang kandungan air tetapi diharuskan direndam semalaman.

Untuk masa ini saya belum mengeluarkan produk Skrub tubuh dari bahan kopi dan teh tetapi anda digalakkan sekali sekala menambah hampas kopi atau hampas teh atau kedua-duanya sekali dalam. Bancuhan lulur atau Skrub tubuh anda.

Kopi terkenal mengurangkan selulit ditubuhkan dan membantu membuang toksin.

Anda pasti akan berpeluh akibat kandungan kafein yang terdapat dalam kopi yang di lumur ke tubuh anda.

Khasiat hampas teh menyegarkan tubuh anda,  menutup liang pori tubuh anda yang terbuka dan pasti tinggi anti oksidan.

Cukup sempurna untuk pakej Skrub tubuh asli anda.

Bancuhan yang telah di tambah air

Usah risau simpan sahaja segala hampas teh dan kopi anda dalam satu bekas bersama hanya 1 sudu besar original Body Scrub ini didalam bekas bertutup bersama sedikit kandungan air didalam peti ais dan anda boleh menggunakan Body Skrub ini bila-bila masa.

Untuk anda yang tidak mempunyai peti ais,  simpan sahaja bancuhan ini semalaman dan anda boleh terus gunakan.

Untuk lebih wangi dan berkhasiat anda boleh tambahkan daun pandan segar yang ditumbuk halus ke dalam bancuhan Skrub ini.

Original Body Scrub menyelesaikan pelbagai masalah kulit 

Original Body Scrub  menyelesaikan pelbagai masalah kulit.

Masalah kulit seperti ekzema,  psoriasis,  kurap,  jerawat,  stretch mark,  selulit,  parut malah Skrub ini turut membantu  mencerahkan dan menghaluskan kulit anda.

Alahan kulit juga semakin kurang malah bagi tubuh yang selalu ditumbuhi bisul atau bintik halus juga semakin kurang insyallah.

Untuk pembelian  Original Body Scrub ini sila what app dan hubungi

KHADEEJA 016 276 2636

Sekarang.


Terima kasih.



Sabtu, 28 Januari 2017

Kamu..


Gambar langsung tanpa Makeup 2017
Mengenali kamu kawan 10 tahun dahulu,  membuka sekali lagi pintu hati untuk aku bercinta dan memikirkan untuk sebuah pertalian yang serius. 

Setelah 10 tahun aku mengenali cinta pertama, kau hadir sebagai insan yang aku telah tanamkan untuk yang terakhir aku cintai. 

Putus dengan mu adalah perkara paling aku tidak pernah bayangkan.  Tiada ku sangka itulah kali pertama aku tidak berhenti menangis walaupun pada pagi hari raya. 

Aku tidak pernah berkongsi kisah duka cinta ku selama aku hidup dengan sesiapa pun ahli keluargaku kecuali dengan kamu.  Betapa aku ikhlas mencintaimu satu waktu dulu sehingga kau insan pertama yang membuatkan aku benar benar merasakan kau paling terbaik untuk aku. 

Kawan.. Kau sungguh istimewa.  Kau paling mengambil berat mengenai aku.  Paling pemurah terhadap ku dan kurasa paling mencintai dan menghargai aku. 

Aku sering mempersalahkan diri sendiri setelah kau pergi memulakan hidup baru dengan insan yang sumpah tidak pernah aku sangka akan menggantikan tempat aku. 

Tahukah kau kawan,  kerana tidak terjadinya ikatan antara kita akhirnya aku jatuh cinta pada insan yang juga aku sama sekali tidak sangka akan menggantikan tempatmu. 

Banyak sungguh perkara yang aku tidak sangka. 

Kau telah meninggalkan aku kepercayaan bahawa insan yang memiliki pelbagai benda tidak mudah aku percayai dan gantung harapan. 

Oleh sebab itu aku jatuh cinta pada insan yang langsung tidak punya apa apa. 

Tapi benar,  jika Allah tidak mentakdirkan dia untuk aku,  maka selamanya ia bukan milik aku. 

Aku tewas lagi untuk ke sekian kali dalam kisah cinta terakhir aku itu untuk setakat ini. 

Bertahun berlalu,  kau menghubungi aku. 

Bercerita tentang betapa sukar mencari aku. 

Memberitahu perpisahan kau dengan dia. 

Aku amat pelik sekali kerana aku tidak merasa langsung sedikit pun perasaan terhadap mu. 

Suatu waktu dulu kau lah insan yang sentiasa setiap
Saat dan waktu berada dalam doa-doa aku. 

Sehingga hari ini aku berterima kasih padamu kawan. 

Tanpamu yang meninggal akan aku.  Aku tidak akan kenali insan yang memberi kan kedewasaan sebenar untuk aku.

Kecewa mendalam itu telah membawa aku mengenal insan lain yang akhirnya banyak memberikan pengajaran paling berguna untuk aku. 

Dulu aku ingatkan kau yang paling aku cinta. 

Tapi aku silap,  aku mencintai insan lain selepas kau dengan 10x lebih mendalam. 

Kau pernah tidak merestui kerjaya aku. 

Dan pernah tidak menyukai pilihanku.
Ketika kau menghubungi aku kembali, kau akhirnya memilih untuk menjadi ahli perniagaan,  satu kerjaya yang amat aku kagumi. 

Kau semakin matang dan dewasa.
Aku jua. 

Mencintaimu satu waktu dulu,  hikmahnya untuk membawa aku mengenali insan lain dan pelakon- pelakon yang tercipta di dunia ini. 


Kau telah membawa aku mengenali insan - insan dan membawa aku mengharung pengembaraan yang mencabar dan menggembirakan. 

Aku tak akan pernah menyesal pernah mengenali dan mencintaimu. 

Untuk 10 tahun perkenalan kita aku ingin kau tahu,  kau adalah antara tapak yang memulakan perjalanan aku hari ini.

Untuk 9 bulan lagi perpisahan kita 10 tahun dulu,  andai kau masih setia membaca Blog aku ini,  percayalah kau amat aku cintai satu waktu dulu. 

Terima kasih kerana pernah mencintaiku.  Percayalah kau insan pertama yang memberikan aku pengalaman percintaan romantik pertama dalam hidupku. 

Untuk kau aku doakan untuk bertemu jodoh yang membahagiakan kau selamanya. 

Doa aku benar benar ikhlas untukmu dan aku harap dan berdoa jodohmu bukan aku.. Insyallah. 

Selamat ulang tahun perkenalan yang ke 10 tahun. 


Terima kasih untuk segalanya.

Halalkan makan minumku,  segala hadiah dan pemberian mu untuk aku,  pengorbanan masa tidur dan rehat mu untuk aku.

Aku ucapkan dari hati..  Benar-benar

Jutaan terima kasih.

Semoga kau sentiasa di dalam lindunganNYA.






Khamis, 26 Januari 2017

Ubat Gigi Natural


Ubat gigi jenama Dentiste

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Akhirnya setelah hampir setahun mengfokuskan penggunaan kayu sugi semata-mata akhirnya saya membeli ubat gigi baru jenama Dentiste di kedai organik kegemaran saya. 

Untuk info,  sebelum proses TSW saya menggunakan ubat gigi jenama sensodyne atas isu gigi sensitif yang saya hadapi. 

Dalam proses mengharungi TSW saya terpaksa berhenti menggunakan ubat gigi sensodyne bagi mengurangkan jumlah penggunaan bahan kimia dalam aktiviti seharian saya dan saya hanya mengfokuskan pengguna kayu sugi semata-mata. 

Seiring kesembuhan dan TSW yang semakin sembuh saya kini kembali belajar menggunakan ubat gigi natural dan ini adalah jenama ubat gigi yang baru saya ingin gunakan. 

100% SLS Free
Ubat gigi ini tidak mengandungi SLS (sodium laureth sulfate)  yang terkenal sebagai bahan karsinogen. 

Ia amat sesuai untuk gigi dan Gusi sensitif dan saya juga menghadapi isu gigi dan Gusi yang sensitif. 


Xylitol juga antara bahan kandungan ubat gigi ini

Terdapat isu kebaikan dan keburukan xylitol dalam kajian yang dilakukan.  Namun xylitol dipercayai amat bagus untuk kesihatan gigi dalam mengurangkan pembentukan plak dan Kaviti. 

Xylitol juga antara kandungan ubat gigi jenama Dentiste ini. 

Antara bahan kandungan ubat gigi ini
Terdapat pelbagai ekstrak tumbuhan asli dalam ubat gigi ini yang mengurangkan bau nafas dan memberi kesegaran kepada bau mulut. 

SLS Free dan nighttime protection

Juga mengurangkan pembentukan pelbagai masalah gigi dan fungsi selain

Ubat gigi tanpa SLS,  melindungi pembentukan plak,  Kaviti dan masalah karies Gusi dan gigi,  perlindungan di waktu malam dan pelbagai fungsi lagi.

Namun ubat gigi Dentiste ini tetap mengandungi xylitol dan sorbitol yang turut menjadi isu dan perdebatan.

Namun sepanjang pencarian saya 98% ubat gigi natural tetap mempunyai bahan ini. 

Pakej lengkap penjagaan gigi saya
Melengkapkan penjagaan gigi saya,  saya harus menggunakan berus gigi ekstra soft atau ekstra lembut.  Jenama pilihan saya dari dahulu untuk berus gigi kekal Oral-B. 

Kayu sugi tetap menjadi kegemaran. 

Saya kekal menggunakan kayu sugi selepas saya selesai memberus gigi dengan ubat gigi. 

Untuk makluman ketika bangun tidur saya hanya menggunakan kayu sugi sahaja,  setelah bersarapan pagi,  baru saya menggunakan ubat gigi kemudian kayu sugi kembali. 

Ini sahaja perkongsian pengalaman untuk kali ini.

Jika anda mahukan ubat gigi natural yang lebih murah anda boleh membaca ia di sini UBAT GIGI NATURAL YANG LEBIH MURAH

Pengalaman seterusnya akan saya ceritakan di masa akan datang.  Insyallah. 

Terima kasih.



Isnin, 23 Januari 2017

Cobaan..


Perempuan dan makanan enak sukar dipisahkan 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Wanita terkenal dengan kecintaan terhadap makanan terutama makanan manis seperti kek,  cookies,  Brownies,  cream puff dan sebagainya.

Saya percaya kebanyakan wanita memang begitu.
Terutama ketika PMS,  sebelum PMS atau selepas PMS (bergantung pada individu) perasaan ingin menikmati makanan begini agak tinggi dan juga ketika stress menghampiri.

Saya juga seperti anda.  Ada kala ketika ingin 'eat clean'  ketika itulah pelbagai juadah yang banyak disediakan.

Malah lebih hebat saya selalu diberi makanan percuma oleh insan sekeliling. Dalam jumlah yang banyak.

Mengetahui saya gemar menikmati makanan,  ramai sahabat saya tidak pernah tahu saya mula menjaga diet saya semenjak saya melalui pengalaman TSW.

Mungkin saya jarang bercerita kesusahan saya ketika saya sakit satu waktu dahulu dan saya masih menikmati makanan luar sehingga habis walaupun makanan itu tidak sesuai untuk mereka yang pernah mempunyai sejarah ekzema.

Sukar untuk mengekalkan diet sihat terutama jika anda sering berada di luar dan mendapatkan makanan sebegini semakin mudah dengan hanya perlu memesan secara online atau panggilan telefon.

Malah kasih sayang sentiasa di paparkan melalui pemberian makanan enak dan manis untuk mengeratkan hubungan turut membuatkan sesiapa sahaja ahli keluarga atau suami sering membawa pulang makanan enak enak untuk dinikmati bersama.

Saya masih menikmati makanan bergoreng,  makanan manis asalkan ia di masak oleh saya sendiri.

Malah saya masih menikmati kerepek pisang kegemaran yang sering dibeli oleh kakak saya setiap kali saya ke rumahnya.

Masalah besar jika makanan kegemaran sering dihidangkan di hadapan mata dan saya sebagai insan yang kuat makan jarang mengingati diet yang saya harus ikuti dan jenis manusia yang menikmati makanan tidak ingat dunia.

Alhamdulillah saya dikurniakan tubuh yang sukar naik berat badan. Mungkin saya jenis yang tinggi kadar metabolisme atau saya jenis insan yang kuat berfikir antara alasan ini.

Saya tetap bersyukur atas anugerah tuhan ini.

Pernah melalui proses topical steroid withdraw menyebabkan saya sesekali kesal terlebih makan dan tidak menjaga pemakanan saya.

Bukan senang untuk anda menjaga pemakanan terutama jika anda berada di orang sekeliling yang menikmati makanan apa sahaja tanpa mengira baik atau buruk.

Sukar untuk mengingatkan dan memotivasikan diri untuk kekalkan pemakanan sihat,  tapi cabaran ini tentu berbaloi jika anda dapat mengatasinya.

Awal bulan tahun 2017, ini saya agak terbabas dalam pemakanan yang tidak terjaga ini.  Saya berdoa semoga saya kembali ke track pemakanan sihat ketika saya mula mula mengharungi TSW dahulu.

Insyallah.  Bagi anda yang telah sembuh dari penyakit ekzema dan terbabas diet.  Mohon kita sama-sama menjaga ia kembali.

Doakan.

Terima kasih.







Ahad, 22 Januari 2017

Ekzema Dan Steroid


Delima adalah antara makanan SUPER anti oksidan untuk pesakit ekzema dan mereka yang mengharungi proses topical steroid withdraw (tsw) 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dihubungi sahabat saya, Rima  2-3 kali minggu ini.

Sahabat saya manager RHB Bank itu menceritakan salah seorang staff sales beliau mengalami masalah ekzema yang teruk akibat penggunaan steroid berpanjangan dan seiring usia staff beliau yang kini hampir 30 tahun.

Cerita Rima,  staff itu terpaksa berhenti kerja untuk proses penyembuhan penyakit ekzema beliau dan kini mengamalkan diet yang di suggest oleh pakar nutrien yang di upah oleh beliau sendiri.

Keseksaan pemberhentian penggunaan steroid itu akhirnya memaksa staff sales di sayangi Rima itu membuat keputusan berhenti dan tidak meneruskan kerjaya sales beliau di RHB Bank itu. 

Mana mungkin beliau meneruskan kerja dengan keadaan kulit yang teruk akibat proses detoks itu.

Segala yang diceritakan oleh Rima sahabat saya mengenai keadaan staff beliau membuatkan saya setuju 100% dengan keputusan staff itu walaupun Rima amat berat melepaskan staff sales itu. 

Amalkan delima setiap hari jika anda masih melalui proses awal TSW

Cerita Rima,  anggota tubuh yang diserang Ekzema di tubuh staff beliau agak teruk.  Beliau tidak boleh terkena air cond (penghawa dingin)  kerana ia akan menyebabkan kesakitan kepada bahagian ekzema kerana penghawa dingin mengeringkan lagi ekzema dan membuatkan ia lebih merekah dan berdarah.  Saya bersetuju dengan staff itu.

Bukan sahaja ekzema tidak boleh berada dalam keadaan terlalu sejuk atau sejuk,  mereka yang menghadapi masalah ini juga tidak boleh menghadapi cuaca panas kerana ia akan menyebabkan kegatalan yang amat dahsyat.

Ekzema juga dikatakan antara penyakit "pendaman perasaan".

Ia adalah sejenis penyakit yang tidak boleh stress.

Ketika mengharungi proses topical. Steroid withdrawal (tsw), anda seharusnya mengelakkan stress.  Jika stress menganggu anda,  proses ini agak sukar untuk sembuh.

Maka tentu sahaja keputusan staff Rima untuk berhenti kerja adalah terbaik lebih- lebih lagi bidang kewangan & perbankan berhadapan dengan sasaran target yang tinggi dalam semua perkara.

Bagaimana pula ketidak keselesaan berjumpa pelanggan dengan keadaan tubuh yang sakit.  Pemakanan diet yang perlu dijaga dan  agak tidak manis jika anda tergaru-garu dan berasa stress dan tertekan dengan situasi tidak selesa tersebut.

Mengetahui mengenai kisah dan luahan staff beliau,  saya mengakuinya bahawa itu juga masalah yang pernah saya hadapi.

Maka Rima akhirnya bersetuju dan dengan rela hati melepaskan staff beliau itu.

Untuk anda yang masih menggunakan steroid.  Mohon jangan mudah putus asa untuk berhenti menggunakan steroid.

Tidak semua mereka yang mengharungi proses TSW terpaksa berhenti kerja.  Ada yang mengambil cuti panjang dan ada yang masih meneruskan kerjaya.

Selain perubahan diet pemakanan dan pemberhentian kebanyakan produk kimia termasuk alat kosmetik,  amalkan sebiji buah delima setiap hari sebagai supplement wajib amat membantu.

Pastikan anda menghabiskan sebiji buah delima bersama sama biji delima itu.

Biji delima dipercayai amat mujarab membunuh parasit dan amat tinggi anti oksida.

Ia adalah buah wajib bagi anda yang mampu mengamalkan ia setiap hari sebagai supplemen asli.

Ia bukan sahaja mengenyangkan malah membantu dalam proses penyembuhan.

Selain biji dan buah delima,  biji betik dan Nenas muda terutama bahagian uluran Nenas amat bagus untuk mereka yang mengharungi TSW.

Jika anda mengandung agak tidak sesuai untuk anda menikmati buah Nenas,  maka buah delima kekal sebagai supplemen terbaik.

Saya berkongsi pelbagai pengalaman dan informasi bagi mereka yang sedang memikirkan pemberhentian krim steroid untuk masalah ekzema.

Untuk info steroid bukan sahaja digunakan dalam krim ekzema semata-mata,  malah dalam. Pil jerawat,  pil masalah kulit,  krim kecantikan,  jamu,  hormon,  injection,  pil kecantikan,  pil pembesaran anggota badan dan pelbagai lagi.

Berhati hati dengan steroid,  kerana anda tidak pernah tahu ada sesetengah jamu,  herba, ubatan dan  minuman protein yang terkandung steroid.  Malah ubat resdung juga yang berunsur herba turut mengandungi steroid.

Ini sahaja perkongsian untuk anda.

Kenali apa ubat,  jamu,  supplement yang anda amalkan.

Nikmati lah real food bukan supplement yang diwar-warkan asli.

Rajin-rajinlah membaca perkembangan dunia kesihatan terkini.

Terima kasih.






Jumaat, 20 Januari 2017

Pengguna Zai's Beauty Formula




Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Menulis pengalaman menggunakan produk Zai's Beauty Formula,  saya kerap di hubungi oleh mereka yang pernah menggunakan produk ini dan mereka yang masih setia ingin menggunakan produk Zai's Beauty Formula ini.

Terdapat beberapa bekas pengguna memohon tunjuk ajar tentang produk untuk menggantikan Produk Zai's  Beauty Formula yang tidak lagi berada di pasaran. 

Untuk asas pertama bagi mereka yang merupakan bekas pengguna Zai's Beauty Formula. 

1. Anda kena pastikan produk yang anda gunakan langsung tiada bahan kimia. 

2. Produk itu boleh atau selamat dimakan barulah anda sapu dan gunakan pada tubuh,  jika tidak boleh dimakan cuba elakkan. 

3. Tidak berbuih.  Tiada SLS, SLES dan bahan karsinogen bahaya.  Anda perlu merujuk bahan-bahan dalam kosmetik yang menyebabkan kanser dalam buku yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang turut di jual di kedai buku Popular. 

4. Untuk pengganti pencuci muka gunakan susu tepung asli.  Cara bancuhan susu tepung sebagai pencuci wajah terdapat di link di bawah :-


Pencuci Muka Semulajadi

**untuk info anda juga boleh menggunakan tepung pulut atau tepung beras sebagai ganti susu tepung.

Tepung beras lebih sesuai untuk kulit berminyak. 

5. Wajah yang terlalu kerap menggunakan bahan kimia,  jika dihentikan pemakaiannya akan melalui proses nyah toksik.  Di mana segala jerawat dan masalah kulit akan berlaku.  Ini adalah normal.  Ia adalah proses detoks kulit wajah anda. 

Berhenti menggunakan produk wajah di pasaran.  Dan gunakan sahaja pencuci wajah Semulajadi dari susu tepung ini. 

Lalui sahaja dengan tenang proses detoks wajah anda ini. 

Tidak perlu menyapu sebarang minyak bayi atau minyak tidak asli ke wajah anda. 

Lebih bagus anda buat bedak sejuk sendiri sahaja. 

6. Saya kerap mendapat mesej dan what apps bekas pengguna Zai's  Beauty Formula yang kembali bermasalah setelah menukar pelbagai produk wajah lain. 

Untuk info,  apabila kulit anda telah dipulihkan menggunakan Zai's Beauty Formula,  kulit anda telah bersih. 

Apabila anda mula menggunakan produk kimia lain,  kulit yang dahulunya sudah sembuh semakin mudah terkena kesan sampingan dan rosak. 

Seiring kemasukan bahan kimia dan kulit anda kembali biasa dengan bahan kimia. Kulit anda akan kembali ok dan kebal pada bahan kimia. 

Untuk jangka masa panjang setelah terkumpul pelbagai bahan kimia kulit anda pasti akan kembali bermasalah. 

7. Untuk info jika kulit anda langsung tidak ditumbuhi jerawat atau alahan,  kemungkinan kulit anda telah mati kerana penggunaan merkuri dan bahan-bahan kimia lain. 

Kulit yang hidup, sesekali jika tersilap menikmati makanan kurang sihat dan kaya toksin ia akan keluar mengikut kulit wajah. 

Jika kulit anda bertahun tahun langsung tidak ditumbuhi jerawat. Anda harus mula melihat kandungan produk wajah anda. 

8. Untuk produk tubuh pengganti mandian anda juga boleh menggunakan susu tepung,  tepung pulut atau tepung beras. 

Susu tepung berfungsi untuk mencerahkan dan melembutkan kulit serta paling melembapkan. 

Tepung pulut menghaluskan dan melembapkan kulit. 

Tepung beras agak mengeringkan kulit.  

9. Kurangkan menikmati makanan tinggi gula,  tepung dan makanan terproses dan kurangkan makanan bergoreng untuk kulit yang sihat. 


Semoga info ini bermanfaat untuk anda. 

Terima kasih.



Rabu, 18 Januari 2017

Petua Untuk Rahim Lemah & Sukar Mengandung



Kulit dalam buah delima yang melindungi isi buah delima

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Musim delima Mesir dan Turki kini melanda Negara. 

Tentu ramai antara anda menyukai buah delima yang terkenal sebagai 'SUPER fruit'  dan buah sunnah ini. 

Delima amat popular sebagai buah yang amat bagus untuk kaum wanita. 

Ia membunuh parasit dan candida serta tinggi anti oksida. 

Bagus untuk kesuburan rahim dan kewanitaan. 

Sebiji buah delima kaya dengan pelbagai khasiat dari biji,  isi sehingga ke kulit buah delima. 

Tiada satu pun dari Pokok delima tidak dibuat ubat. 

Pokok delima,  dahan,  daun, pucuk delima semuanya mempunyai kelebihan tertentu dalam perubatan. 

Untuk artikel ini saya berkongsi khasiat dan keistimewaan kulit dalam buah delima. 

Bahagian dalam yang berwarna putih dan seolah berbentuk sarang lebah. 

Tahukah anda bahawa bahagian ini juga boleh di makan dan di buat ubat atau jamu? 

JAMU ramuan untuk menguatkan dan menyuburkan rahim ini diberitahu oleh ibu saya yang pernah menonton tanyalah ustaz tv9 bertahun tahun dahulu.  Sebelum tahun 2012 ibu saya telah berkongsi ramuan ini. 

Amat mudah caranya. 

Bahan-bahan yang di perlukan :-

Sebiji kulit dalam buah delima
2 cawan air bertapis tapi bukan air RO (mineral boleh) 
2 sudu madu asli tanpa tambahan gula


Cara-cara membuat :-

1. Rebus kulit dalam buah delima bersama 2 cawan air dalam periuk tanah (seeloknya)  atau periuk biasa. 

2. Gunakan api kecil,  sehingga air bertukar secawan. 

3. Tunggu sejuk dan tambah madu asli sebelum diminum. 

Jangan lupa selawat dan baca ayat AlQuran yang patut seperti Al-Fatihah,  ayat kursi ,  bismillah 5 dan ayat nabi zakaria. 


Amalkan diet yang sihat. 

Dari penceritaan ibu saya.  

Perempuan yang disahkan mandul oleh doktor,  ada yang boleh mengandung bila konsisten mengamalkan ramuan ini setelah sekian lama. 


Semoga ilmu ini bermanfaat bagi anda yang membacanya. 

Terima kasih. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...