Jumaat, 3 April 2015

Pengalaman Percutian Ke Swiss Garden Golf Resort & SPA , Damai Laut, Perak - Part 2

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yag tersayang.. Salam Jumaat yang berkah.. baiklah saya hanya meringkaskan sahaja entry sambungan dari part 1 sebelum ini Percutian di Swiss Garden Golf Resort & SPA , Damai Laut Perak..


Dibawah ini adalah pandangan dari lobby menuju kebilik pertama kami yang menghadap separuh pemandangan laut dan separuh pemandangan taman itu...




Disepanjang perjalanan ke bilik kami, saya melihat pelbagai award dan anugerah yang telah diterima oleh resort ini dan senarai-senarai aktiviti  menarik yang diadakan untuk semua pengunjung samaada kanak-kanak atau dewasa.
papan kenyataan aktiviti
antara award yang diterima dan juga spa nya yang popular


Esoknya selepas subuh, saya terus melihat peta yang tersedia dalam Resort ini yang ditampal dari perjalanan lobby ke bilik pertama kami.. ini kerana saya sukar mendapat talian internet  dari bilik saya ,dan alhamdulillah pihak resort menyediakan wifi percuma dilobby..  walau bagaimanapun map yang terpampang besar, sepanjang perjalanan kebilik kami memudahkan saya merancang tempat dan aktiviti kami yang seterusnya..



besarkan map disini.. so kami decide untuk ke pulau pangkor


perjalanan ke bilik pertama kami yang melalui  lukisan map resort  yang besar 



Dibawah ini pula pilihan restoran yang terdapat di resort ini dan aktiviti-aktiviti yang disediakan yang telah diletakkan dalam setiap bilik untuk rujukan.







Tepat Jam 11 pagi kami terus keluar dari resort untuk brunch (breakfast cum lunch) di Restoran Briyani berdekatan. ..sebenarnya restoran ini disuggestkan oleh staff resort kami sendiri.. rasa makanan direstoran ini not bad dan harganya juga murah dan berpatutan. Kami memilih nasi putih 2, dengan ayam goreng, sayur kobis dan kari kambing juga jus buah naga  . harganya tidak sampai RM13 untuk 2 orang makan.. so memang murah dan restoran ini hanya berhadapan dengan stesen minyak CALTEX sahaja.

restoran biriyani yang kami singgah
Seterusnya dengan cuaca yang panas kerana kebetulan musim panas ketika ini, kami meneruskan perjalanan kami ke Jeti Marina.


cuaca yang amat panas sekali.. sempat selfie dalama perjalanan ke jeti marina


Kami memilih jeti marina kerana setelah mengoogle.. .saya mendapati perjalanan dari Jeti Marina ke Jeti Pangkor tidak sampai 10minit .. dan lebih mudah mendapat parking. Setiba kami di Jeti Marina, pemandangan kami masih dihiasi tanglung-tanglung merah yang memukau pandangan .. masih terasa kemeriahan tahun baru cina disini..


pemandangan di Jeti Marina

Disini juga seperti biasa terdapat kedai jualan souvenier dan makanan laut untuk dijadikan souvenier oleh para pengunjung yang datang kesini..
antara barangan yang dijual di Jeti Marina

Setelah membeli tiket yang berharga RM10 untuk pergi dan balik untuk seorang penumpang .. kami terus berlari menuju ke bot yang disediakan. .alhamdulillah. .amat mudah kami mendapat bot ketika datang disinii.. parking semuanya mudah.. malah parking Jeti Marina ini kami hanya menggunakan parking awam yang hanya dikenakan caj 50sen sejam. Alhamdulillah.. Tidak sampai 5minit perjalanan kami dari jeti marina, kami selamat tiba di Jeti Pangkor.


pemandangan didalam bot. .memang selesa

pemandangan dari tingkap bot kami



Pemandangan di Jeti Pangkor.. oleh kerana pada hari kami pergi itu adalah hari Jumaat, dan cuti sekolah, Jeti Pangkor ini agak ramai pengunjung.. tetapi kami bersyukur kerana kami tetap cepat sampai dan jdapat menjimatkan banyak masa berbanding jika kami memilih jeti lumut.

adik perempuan saya tidak sabar untuk berjalan-jalan mengelilingi Pulau Pangkor

saya berjalan laju menuju ke destinasi

pemandangan di Jeti Pangkor. .disini juga terdapat kopitiam jika anda mencari tempat makan

ketika sampai ramai pengunjung yang menunggu bot ke jeti lumut .. memang beratur panjang

Setelah kami sampai di Jeti Pangkor , kami pun mencari taxi untuk mengelilingi Pulau Pangkor dan melawat kawasan sejarah disini. .tetapi harga disini adalah tetap sebanyak RM80 untuk satu taxi @ van.. that why kenapa digalakkan anda untuk datang kesini ramai-ramai.. oleh kerana kami hanya berdua dan rasanya tidak berbaloi untuk membayar harga itu  malah kami berdua juga tidak pandai membawa motor. .(juga terdapat perkhidmatan sewa motor disini), kami hanya singgah membeli belah sahaja disini.. Untuk maklumat disini ditawarkan perkhidmatan untuk membawa anda sekeluarga mengelilingi  semua tempat bersejarah disini selama 2 jam perjalanan dengan bayaran RM80 sahaja. .bagi saya harga ini berbaloi jika anda pergi bersama keluarga @ jumlah yang ramai.


antara gerai-gerai jualan disini

Oleh kerana kami membatalkan niat kami mengelilingi tempat bersejarah disini jadi kami hanya membeli belah sahaja... hanya adik saya yang membeli belah dan saya hanya menemani..

adik saya membeli souvenier untuk keluarga dan rakan-rakan.. ketam dan udang galah ini adalah fridge magnet yang boleh tahan besarnya dan berharga rm4 sahaja

bergambar kenangan di jeti pangkor sebelum pulang

Dalam 2 jam kami disini membeli belah, kami terus menuju ke jeti pangkor untuk kembali ke Jeti Marina, Alhamdullilah , tuhan mempermudahkan urusan kami.. kami tidak perlu beratur panjang untuk menaiki bot.. sedangkan mereka yang menunggu bot ke Jeti Lumut. .memang beratur panjang di tengah-tengah cuaca yang panas membara...saya berharap mereka tidak menunggu lama. walau barisan panjangnya boleh tahan panjang....

antara mereka yang beratur pulang ke Jeti Lumut

Tidak sampai 5 minit perjalanan bot, kami sampai di Jeti Marina... adik saya dan saya mengambil kesempatan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke hotel..penat terasa berdiri membeli-belah selama 2 jam di tengah panas.. ..sehingga berpeluh-peluh seluruh tubuh kerana kepanasan dan bahang laut...
pemandangan di jeti marina

Berikut adalah antara souvenier yang dibeli oleh adik saya.. dan saya merasa mendapat sehelai baju batik yang saya pakai keesokkan harinya...










Sampai sahaja diresort kami.. kami terus bergegas untuk mencari makanan untuk dimakan... kerana.. kepenatan yang teramat dalam musim panas membuatkan kami sentiasa kelaparan...


adik saya bergegas mencari restoran untuk kami 
Pada mulanya kami memilih restoran Thai yang terdapat didalam resort ini, tetapi restoran Thai ini tutup pada waktu itu... kerana kelaparan kami memilih restoran garden terrace sahaja...

restoran Thai ini tidak dibuka waktu tengah hari

Lastly kami hanya makan di sini sahaja.. garden terrace.. yang menghadap  pemandangan laut ini...

pemandangan restoran ini menghadap laut.. bayangkan ketika tengah hari anda makan dalam restoran berhawa dingin dan menghadap laut?...indahnya...


kami hanya memilih air suam sahaja, jimat duit ok


buku menu

antara menu disini dan harganya - standard harga hotel

pemandangan di restoran ini ketika tengahhari @ petang


saya memilih vegetarian fried rice tapi ayam saya gantikan dengan kambing - special request yang berharga rm22++


adik saya memilih nasi goreng kampung jika tidak silap saya. .maaf terlupa ye... pun berharga rm22++


serius sedap nasi goreng vegetarian dengan lamb saya ini. .sila cuba
nasi goreng pilihan adik saya.. jika tidak silap saya nasi goreng kampung

Selesai sahaja menikmati makanan kami terus bersiap-siap menukar bilik baru. .iaitu bilik yang menghadap sea view yang sungguh cantik. .saya amat menyukai bilik ini.. bilik baru ini selain sinkinya tidak mudah terpercik air seperti sinki bilik pertama kami.. lalat juga tiada.. walau kami membuka pintu bilik balkoni kami berjam-jam lamanya... serius amat cantik view disini..


pemandangan dari balcony.. cantiknya lihat sunset dari sini.. bangun pagi pun . wahhhh!! cantiknya...


serius cantik dan mempersonakan



seperti biasa saya sempat bergambar .. berselfie banyak kali di balcony yang dihiasi dengan pemandangan yang amat indah ini..




Bilik kami yang kedua ini juga berdekatan dengan lobby.. jadi ia memudahkan saya menggunakan perkhidmatan wifi kerana internet disini memang sukar untuk mendapatkan line... selain itu bilik kami yang kedua ini juga berdekatan swimming pool dan Damai Club Lounge .. juga kids club... (gambar-gambar dalam entry yang akan datang)




Damai Club Lounge ini untuk special club member.. 

Baiklah oleh kerana masa amat mencemburui.. saya hanya mampu menulis entry ini setakat ini .. sila nanti kan sambungan part 3 yang akan saya update , insyaallah dalam waktu terdekat nanti.. . .saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih. .kerana sudi membaca blog saya ini.. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..

*** ini adalah link sambungan seterusnya Percutian di Swiss Garden Golf & Resort Damai Laut - Part 3

Khamis, 2 April 2015

Khasiat Asam Jawa


Asam Jawa segar ini hanya berharga RM3 sahaja sebungkus

 
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. alhamdullillah saya masih punya masa dan kesempatan untuk menulis walau dalam waktu terhad yang ketandusan idea ini… mujurlah blog saya ini lebih kepada “sharing” my info on my life so, saya punya idea untuk berkongsi dengan anda mengenai khasiat dan kebaikan asam jawa ini. Diringkaskan sahaja entry ini.. oleh kerana saya kini lebih kepada mengamalkan Paleo Diet.. ia ini adalah my 1st diet yang diperkenalkan kepada tubuh saya sendiri. .seiring usia yang meningkat ini.. jadi antara buah yang digalakkan adalah buah tempatan... Jika golongan lain mungkin mengemari buah beri yang kaya vitamin C... saya pula sebagai pengamal Malay Paleo Diet.. saya menukarkan buah beri yang berkhasiat itu kepada buah asam jawa dan mungkin sesekali buah anggur yang juga ditanam di Cameron Highlands itu... sebagai insan yang support buah-buahan tempatan dan paleo diet.. dibawah ini adalah maklumat asam jawa untuk anda pertimbangkan agar memasukkannya sebagai salah satu menu wajib harian anda...

Asam jawa secara ringkasnya mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi, kaya antioksidan, digunakan sebagai salah satu petua untuk mengurangkan berat badan dengan setiap hari mengamalkan meminum jusnya yang segar dan sebagai ubat demam panas (dengan menjarang airnya di kepala), membantu melebatkan rambut(airnya) , membantu mengurangkan jerawat  (sapu terus kepada jerawat), membantu menghilangkan parut (sebagai skrub badan atau wajah), juga sebagai sapuan untuk sesetengah sakit kulit…  Asam jawa juga mengandungi kalsium, kalium dan pelbagai khasiat lain…

Asam jawa juga digunakan sebagai sapuan untuk mengurangkan kesakitan akibat keradangan. Ia juga digunakan untuk berkumur-kumur bagi mengurangkan sakit tekak. Caranya adalah dengan mengambil sedikit garam dicampur ke dalam air asam dan kemudian ia boleh digunakan sebagai sapuan bagi melegakan sakit sendi. Daun asam jawa sama ada yang kering atau yang telah direbut boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak sendi dan terseliuh. Losyen atau ekstrak daunnya pula boleh digunakan bagi merawat sakit mata, sebagai antiseptik, merawat cirit-birit, jaundis, sakit kulit dan buasir. Kulit pokok asam jawa, jika digoreng dengan garam dan dikisar lumat boleh digunakan sebagai penawar ketakcernaan dan kolik. Air rebusannya digunakan dalam kes radang gusi, lelah dan sakit mata. Losyennya boleh digunakan pada kudis dan ruam ulat bulu. Tepung daripada biji asam digunakan untuk merawat bisul.- sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Asam_jawa

Baiklah berikut adalah info  lain yang saya dapati dari google mengenai asam jawa.:-

A. Pokok asam  jawa tumbuh paling baik dalam musim kemarau yang nyata tetapi sederhana. Di Malaysia, pokok asam jawa ditanam atau tumbuh sendiri, tetapi jarang dijadikan sebagai sumber ekonomi. Terdapat beberapa jenis pokok asam jawa, tetapi biasanya dibahagikan kapada dua, iaitu jenis yang manis dan yang masam. Buah pokok asam jawa manis banyak dijual di Thailand yang dimakan sebagai manisan. Tidak lama dahulu Kementerian Pertanian Malaysia menggalakkan penggunaan asam jawa sebagai minuman bentuk jus.


B.KEGUNAAN DAN KHASIATNYA

1. Di negara Eropah,asam jawa yang dicampur dengan gula telah lama digunakan sebagai jem dan sirap. Ia juga digunakan sebahagian daripada ramuan sos BBQ dan juga sos lain dalam masakan daging.

2.Di Curacao, sup tradisional disediakan dengan campuran asam jawa,gula dan kayu manis. Di India, biji asam jawa dipanggang dan kemudian direndam supaya kulitnya senang dikeluarkan. Biji tanpa kulit ini digoreng atau di rebus untuk dimakan. Kadang-kadang biji ini dijadikan tepung atau kanji yang diasingkan untuk dijadikan bahan makanan.

3.Ada orang India mengunyah kulit pokok asam bersama dengan sireh atau dimakan begitu sahaja untuk tujuan menjaga kesihatan badan bagi kaum lelaki dan wanita, terutamanya bagi wanita yang mengandung.

4.Bunga, daun, buah yang belum masak dan benih yang belum bercambah dimakan oleh pelbagai kaum sebagai ulam atau lauk seperti kari. Buah yang belum masak juga dibuat jeruk atau dimakan mentah seperti mangga muda.

5.Asam jawa dan akar pokok asam jawa juga digunakan dalam perubatan tradisional orang Timur untuk menyejukkan badan dan sebagai pelawas untuk membuang air besar.

6.Kayu teras digunakan sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar bagi kurang selera makan.

7.Kulit buah dan kulit kayu asam jawa mempunyai kegunaan lain, iaitu sebagai ubat cirit birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya pula mengandungi banyak asid tartar. Kulit kayu juga dibuat losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak ulser dan gatal kerana digigit serangga.

8. Air rebusan daunnya diminum sebagai penawar demam panas.

9. Daun muda di tumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

10. Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada berkenaan.

11.Kulit kayu direbus dan air rebusan itu diminum untuk melegakan lelah.

12.Di kawasan Amerika Tengah, kegunaan utama asam jawa dalam perubatan tradisional adalah sebagai pelawas buang air besar.

13.Di Yukatan asam jawa juga digunakan sebagai pelawas buang air kecil dan penawar demam panas dengan cara asam jawa dibancuh dengan air dan dicampur dengan gula sebelum diminum.

14.Di Curacao, asam jawa yang belum dimasak direbus dan air rebusannya itu diminum untuk mengubati selesema.

15. Air rebusan daun pula diminum untuk mengubati penyakit kencing manis dan batuk kerana gatal kerongkong.

16.Bagi orang yang mengalami selesema yang sangat teruk, buah hijau ditumbuk dan dicampur dengan daunnya dan beberapa tumbuhan lain sebelum direbus dan air rebusannya diminum.

17.Air rebusan daun asam jawa dicampur dengan daun limau dan daun durian belanda untuk dijadikan minuman bagi menyegarkan badan. Orang Aruba meminum air rebusan daun asam jawa sebagai penawar selesema dan buahnya dimasak untuk dibuat sirap untuk mengubati batuk.

18.Di Jamaica, air rebusan daun asam jawa diminum sebagai penawar demam campak dan dibuat air mandian penawar demam panas dan sakit otot.

19.Orang Bahamas merebus daun asam jawa selama 20 minit dan selepas itu mencampurkannya dengan air limau nipis dan gula sebelum meminumnya sebagai penawar demam.

20.Air rebusan asam jawa digunakan losyen bagi mengubati bengkak mata.

21.Di Cuba, disamping kegunaan asam jawa dan daun seperti yang diamalkan ditempat lain, air rebusan ini digunakan untuk mengubati jaundis dan pendarahan.

22.Biji asam jawa yang dipanggang dan dijadikan tepung digunakan sebagai ubat cirit birit.
------------------------------------------------------

PETUA Melegakan Deman Panas Kuat;
 

Ambil secukupnya asam jawa (yang ada dijual dikedai) dan digaul bersama kelapa parut kemudian disapu keseluruh tubuh insyaallah demam panas yang tinggi itu akan reda dan membaik..

Wallahwa'alam

(kiriman Tuan Haji Jamalul Zambri (Perak) sumber diatas ini didapati dari  http://saifulhamdan.blogspot.com/2011/05/khasiat-asam-jawa.html

Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini. .terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya. .love, huge & kiss..

BLOGGER : Apa Yang Saya Pelajari ...



March 2015


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... mengambil kesempatan waktu yang terbatas ini.. saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman saya dalam melihat setiap entry yang sentiasa berada teratas di HOT ENTRY blog saya ini.. adalah article .. atau entry yang memang lahir original dari penulisan saya sendiri...even entry KHASIAT HABBATUS SAUDA.. adalah entry original dari pengalaman penggunaan saya sendiri.. termasuk entry khasiat yang memang original dari apa yang sentiasa saya nikmati dan amalkan... 

Berkenaan entry berlabel LOVE.. sehingga hari ini. entry Tanda Sidia Menyukai anda didalam Diam terus berada dirangking teratas..  kerana penulisan saya itu.. walau diambil dari google tetapi tetap diubah mengikut ayat dan pengalaman saya sendiri.. apa yang saya pasti.. disetiap entry yang saya tulis dari ilham saya sendiri sentiasa mempunyai komen malah saya menerima banyak email yang bertanyakan mengenainya juga wassap dari pembaca blog saya yang baru berusia 2 tahun tepat 2 febuari tahun ini...

Sebagai insan penulis yang baru berlatih.. saya ingin berkongsi dengan anda.. segala apa yang saya rasai.. ia saya akui terdapat banyak khasiat yang saya google dan copy hampir 100% kerana ketiadaan masa.. tetapi article yang saya copy itu jarang mendapat lebih banyak viewer dan kurang top di google search berbanding article dari pengalaman saya sendiri..

Dikesempatan ini , saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana rajin membaca dan mengoogle search engine "qisya khadeeja"., "princess khadeeja" , "queen khadeeja".. "little queen khadeeja" yang sentiasa saya lihat hampir setiap hari di bahagian keyword blog stat saya ini... Saya amat menghargainya...

Ini sahaja yang saya dapat kongsikan kepada anda yang sudi melawat blog saya ini.. terima kasih kerana membaca entry ini. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..


**** Bila Kisah Lalu Menjelma juga adalah antara entry HOT dan TOP dalam label love di blog saya ini... .terima kasih kepada anda yang mengemarinya...





My Paleo diet – QK Diet


imej dari google




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menulis entry mengenai my diet didalam blog catatan suka duka pengalaman saya ini…

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang paleo diet… APA ITU PALEO DIET?..  Paleo diet sebenarnya adalah diet mengikut zaman batu atau nenek moyang kita dahulu…  Jika anda mengoogle apa itu paleo diet.. .anda akan berjumpa dengan article bagaimana seorang pemuda yang amat mengemari daging mentah yang belum dimasak kerana mengikuti diet zaman purba.. (pemuda ini sentiasa ada daging merah mentah ditangannya untuk dimakan mentah)

Walau bagaimanapun terdapat ramai pengamal paleo diet tidaklah sampai peringkat memakan daging mentah.. mereka hanya mengikut asas Paleo Diet itu sendiri iaitu kembali kepada diet nenek moyang masing-masing.. dari segi pemakanan dan pengubatan menggunakan bahan alami disekeliling mereka.. kerana nenek moyang dan manusia zaman dahulu hanya menggunakan bahan alami sekeliling mereka sebagai ubat dan makanan yang berdekatan atau berhampiran mereka untuk dinikmati. .samada ditanam sendiri atau melalui pertukaran system barter.

Melalu segala pembacaan saya melalui segala blog-blog yang saya kunjungi yang ditulis bukan sebarangan orang dari doctor,dietian, herbalist dan sebagainya.. saya mengetahui bahawa bahan dan pemakanan terbaik adalah  yang dihasilkan dan ditanam ditempat anda sendiri… Anda mestilah makan makanan yang sesuai dengan tubuh anda sesuai gen anda sendiri kerana setiap bangsa dan suku kaum didunia ini adalah berbeza dari segi warna kulit, jenis darah, jenis rangka, jenis kulit, jenis gen dan sebagainya malah dari segi iklim dan cuaca serta bentuk muka bumi jua berbeza.. oleh kerana itulah yang menjadi punca kenapa petua orang melayu tidak sama dengan “petua mat salleh”… cara orang melayu belum tentu sesuai dengan cara “Mat Salleh”..

Berbekal kepada perkara asas dan pokok ini saya secara perlahan-lahan mendalami dan mula mengamalkan paleo diet ini…perkara pertama yang anda dapati dari menikmati hasil dari kawasan dan tempat anda adalah kandungan “histamine” yang rendah atau hampir tiada lansung… keradangan @inflammation yang terkawal… suhu badan yang stabil dan system perkumuhan yang lebih baik… sekaligus sebenarnya jauh membantu mengurangkan berat badan anda kerana mengikut system yang telah lama nenek moyang anda amalkan sebelum kelahiran anda.

Diantara makanan pilihan terbaik untuk versi Malay Paleo Diet sudah semestinya beras (segala jenis beras), kelapa  (air kelapa, minyak, santan, gula, tepung), jagung, ubi kayu, ubi keledek, tapai ubi, tempe daun pisang, bubur santan, putu piring yang kebanyakannya berasaskan kelapa dan beras serta ubi-ubian.

Dan sudah semestinya mengikut paleo diet malay version ini.. minyak kelapa dan minyak kelapa sawit jauh lebih baik dari minyak jagung kerana minyak jagung amat mudah menjadi toksid. Malah dikatakan Jagung adalah antara makanan paling tinggi GMO diAmerika dan kebanyakan minyak jagung adalah diimport dari Amerika.

Bukan itu sahaja melalui Paleo Diet versi Malay ini juga digalakkan untuk anda menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat berhampiran anda dan yang telah dinikmati oleh nenek moyang anda seperti buah jambu batu, mempelam, nenas, rambutan , durian, asam jawa dan sebagainya. Jambu batu amat kaya dengan kandungan vitamin C , begitu juga asam jawa yang amat terkenal dengan khasiat buahnya untuk menguruskan badan melalui jus asam jawa juga sebagai ubat demam dan panas badan.

Sayur-sayuran dan ulam-ulaman terutama pucuk pegaga dan pucuk petik juga tidak harus dilupakan.. baru-baru ini kajian menunjukkan meminum jus betik mampu mengurangkan penyakit denggi.. ini tidak mustahil kerana pucuk betik telah lama dijadikan amalan ulam wajib oleh nenek moyang kita dizaman tiada ubat nyamuk dan semburan RIDSECT satu masa dahulu…

Ikan-ikan dari lautan tempat anda sendiri yang ditangkap segar.. adalah digalakkan untuk dinikmati berbanding ikan luar Negara yang anda sendiri tahu tidak pernah dinikmati oleh nenek moyang anda.. segala bahan makanan dari luar Negara diketahui tinggi kandungan histamine yang membawa kemudaratan kepada tubuh.

Selain itu sila jangan lupakan makanan peraman nenek moyang anda yang tidak mempunyai peti ais agar makanan tahan lama untuk disimpan seperti tempoyak, budu, tempe, lada jeruk, timun jeruk , tapai ubi dan sebagainya kerana telah terbukti makanan peraman ini mengandungi jutaan bakteria baik yang membantu menjaga usus anda dan sekaligus menguatkan antibody badan anda.

Paleo diet juga menolak 100% makanan proses seperti nugget, sosej, burger dan sebagainya.. ia lebih menggalakkan makanan yang bebas racun serangga atau organic… malah dari segi ubat-ubatan serta barangan penjagaan diri juga digalakkan dari barangan alami.. seperti yang telah digunakan oleh nenek moyang anda satu ketika dahulu…dimana jika anak anda demam adalah digalakkan membasahkan kepala dengan air asam jawa, mengisi lidah buaya dan pelbagai petua lain lagi…


Baiklah ini sahaja yang boleh saya kongsikan dengan anda untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini... saya akan bercerita lagi dengan anda untuk entry berikutnya… salam sayang dari saya. .love, huge & kiss…




Andai Kau Berdoa...




imej dari google




Andai kau berdoa...


Andai kau berdoa...
Untuk aku memaafkanmu
Telah lama aku berdoa pada tuhan
agar aku mampu memaafkan segala dosamu
Dengan seikhlas hatiku..

Andai kau berdoa...
Agar kita kembali seperti dulu
Aku hanya berdoa… jika itu yang terbaik…
Aku menunggu saat itu…

Andai kau berdoa....
Agar aku melupakan peristiwa dulu
Aku akan berdoa
Untuk terus mengingati apa yang telah Kau lakukan padaku

Andai kau berdoa untuk bertemu lagi dengan aku
Aku akan berdoa agar ketika saat kita bertemu lagi
Aku sedang bahagia dengan kehidupan ku
Bertemu pengganti yang jauh  lebih baik dari dirimu
Yang bisa membuatmu tahu… ketentuan tuhan untukku sungguh indah sekali

Andai kau berdoa...
Agar waktu dahulu dapat diperbaiki
Aku juga berdoa.. jika itu terbaik meredakan hati kau dan aku
Aku relakan… tapi aku akan terus berdoa
Agar kau dijauhkan selamanya untuk menjadi jodohku dan syurgaku

Andai kau berdoa....
Aku akan menemani setiap perjalanan hidupmu
Aku akan berdoa.. cukuplah doa aku menemani dari kejauhan
Benarkan aku dengan insan yang jauh menghargai aku
Yang tidak pernah menyakiti dan meninggalkan ku

Andai kau berdoa....
Untuk menebus segala dosa dan kesilapan yang telah kau lakukan padaku
Pada hayat ini.. dan pada tika ini..
Aku akan berdoa… supaya kau tidak diberi kesempatan itu
Agar rasa bersalah itu terus bersemadi pada hayatmu selamanya
Dan aku berjanji.. aku takkan menuntut ia sampai mati
Kerana kau telah ku maafkan sejak dulu lagi

Andai kau berdoa....
Agar diberi kesempatan memohon kemaafan dihadapan aku sendiri
Bercakap dengan aku sendiri…
Aku akan berdoa.. kau takkan pernah diberi kesempatan itu
Selamanya… selagi aku hidup….

Andai kau berdoa.. semua yang aku tulis ini…
Tidak akan aku berdoa
Aku akan berdoa tika dan saat ini..
Wahai tuhanku.. untuk sentiasa memakbulkan doa-doaku ini…

Andai kau berdoa…untuk mengetahui tentang isi hatiku padamu selamai ini..
Aku doakan agar diberi peluang membaca luahan ini
Dan supaya kau berdoa
Tiada insan lain yang melalui kisah seperti kita ini

Ku berdoa...
Kau dan aku
Tetap dirahmati disepanjang hayat hidup kita..
Hingga akhirnya…
Andai kau berdoa
Doalah yang baik-baik untuk aku…
Ingat aku dalam doamu…




Perpisahan Kita Satu Kemestian




March 2015 - Teluk Chempedak, Kuantan



Perpisahan Kita Satu Kemestian

Perpisahan kita satu kemestian
Dan sememangnya wajar dirasmikan
Jika bukan saat ini
Esok ia tetap kenyataan
Kerana perpisahan kita adalah satu tuntutan
Kau dengan arahmu
Aku dengan arahku
Walau berulang kali aku tegaskan
Aku akan tetap tabah melalui setiap jalan berliku ini
Tapi kau tetap gagah mengekori aku
Menyakiti aku…menghiris hati ku…
Disetiap duri perjalanan perpisahan ini….

Perpisahan kita satu kemestian
Mahu atau tidak
Ia tetap diteruskan
Walau berjuta tangisan disetiap rayuan
Perpisahan ini telah lama ditakdirkan
Walau sejuta airmata setiap makhluk tidak merelakan
Tiada kuasa dapat menidakkan
Perpisahan kita memang satu kemestian

Perpisahan kita satu kemestian
Dan terpaksa aku relakan
Andai air mata bertukar menjadi lautan
Walau tangisan menganti setiap deruman
Perpisahan ini memang satu kemestian

Perpisahan kita satu kemestian
Dari kamar tanpa tirai ini aku takkan pernah menyesali
Menuruti segala kemestian perpisahan ini
Kerana perpisahan kita memang satu kemestian

Andai kau tahu nilai setiap titis air mataku…
Takkan mungkin kau menyakiti aku
Dan aku takkan mungkin kembali padamu…
Walau hanya dalam mimpi indahmu…



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...