Khamis, 2 Oktober 2014

BUAH - BUAHAN TERBAIK UNTUK DIBELI.. sila perhatikan KOD-KOD ini..


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha bagi mereka yang beragama islam yang akan datang dalam beberapa hari lagi..

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang maklumat bagaimana anda perlu memilih buah-buahan dipasaraya untuk keluarga anda. Tentu anda akan perasan terdapat kod bar tertentu dilekatkan dibuah-buahan tersebut.. Selama saya membeli saya selalu memerhatikan terdapat 4 kod bar dibuah-buahan seperti epal dan oren terutama buah-buahan dari luar negara. Jika anda membeli buah dari luar negara samaada sayur atau buah digalakkan anda membeli dari Australia berbanding China dan digalakkan juga membeli dari Australia berbanding US kerana dikatakan produk dari United States kaya dengan GMO (Genetically Modified)...  



kod yang anda kena perhatikan


Baiklah untuk info mudah anda sila lihat imej diatas dimana

1) 4 Digit kod yang bermula dengan nombor 3 atau 4 ia dikatakan melalui penanaman traditional.

2) Jika 5 digit kod dan bermula dengan nombor 9 ia dikatakan tanaman organik.

3) Jika 5 digit kod dan bermula dengan nombor 8, dia dikatakan telah diubah genetiknya.



Info ini didapati dari link ini.. credit for the info from Melati Cenderawasih untuk post di Group sihat secaraalami di facebook (https://www.facebook.com/groups/sihatsecaraalami ]

Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya.. love, huge & kiss.



Rabu, 1 Oktober 2014

Quotes For ME



Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang...

As a normal human.. i need a motivation... so.. i want save this for me.. heheheheh...












All images are from google... tqvm... see uols next entry.. love , huge & kiss..


Khasiat Kranberi @ Cranberry


Assalamualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... semoga kita semakin tabah dan matang dalam mengharungi hidup ini .. insyaallah..

Baiklah hari ini saya ingin menceritakan khasiat dan kebaikan kranberi @ Cranberry yang banyak terdapat di pasaraya dalam bentuk kering dan juga di kedai-kedai  makanan sunnah @ arab.


kranberi kering yang dibeli oleh saya.. murah sahaja RM5 saya beli timbang


Baiklah diringkaskan khasiat kranberi @ cranberry ini yang didapati oleh saya dari google:-

1) Buah kranberi kaya sumber vitamin C, mineral dan serat, serta astrigen kuat dengan kandungan asid tinggi dan gula asli yang rendah. 

2) Buahnya juga rendah karbohidrat. Setengah cawan kranberi dikatakan hanya mempunyai 4 gram karbohidrat dan 2 gram serat di mana ¨÷ (1/3) daripadanya adalah serat larut. Buah kranberi juga adalah sumber kalsium, magnesium, kalium dan fosforus serta vitamin A, vitamin B1 thiamin, vitamin B2 riboflavin dan vitamin B2 niasin kompleks.

3) Antara kandungan yang terdapat dalam kranberi adalah :-
 
Nutrients in raw cranberries[11]
Nutrient Value per 100 grams % Daily Value
Energy 46 kcal
Fiber, total dietary 4.6 g 15.3%
Sugars, total 4.04 g
Calcium, Ca 8 mg 0.8%
Magnesium, Mg 6 mg 1.9%
Manganese, Mn 0.15 mg 7%
Phosphorus, P 13 mg 1.9%
Potassium, K 85 mg 1.8%
Sodium, Na 2 mg 0.1%
Vitamin C, total ascorbic acid 13.3 mg 16%
Vitamin A, IU 60 IU 9%
Vitamin K, ¥Ã¬g 5.1 ¥Ã¬g 6.4%
Carotene, beta 36 ¥Ã¬g ne
Lutein + zeaxanthin 91 ¥Ã¬g ne

4) Kranberi paling popular untuk mencegah jangkitan saluran kencing dan batu karang, biasanya wanita mengandung yang mengalami masalah kencing kotor atau jangkitan pundi kencing memang digalakkan oleh doktor untuk mengambil jus kranberi atau makan kranberi kering tetapi sila pastikan kranberi yang kurang gula atau organik.

5) Ia juga mencegah dan melegakan gejala-gejala jangkitan saluran kencing. Kerana kebaikan inilah, wanita digalakkan mengamalkan meminum jus kranberi untuk merawat masalah jangkitan saluran kencing atau mengelakkan jangkita saluran kencing tetapi sekali lagi diingatkan sila dapatkan kranberi organik yang kurang manis.

6) Terdapat kajian yang dijalankan , menunjukkan bahawa sebatian yang terdapat dalam kranberi boleh mencegah L.Coli daripada pada sel-sel di sekitar dinding saluran kencing dan menyebabkan jangkitan. 

7) Buah kranberi segar juga amat baik dimakan oleh wanita hamil. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah ini menjadikan buah ini boleh dijadikan sebagai buah pilihan bagi mencegah jangkitan pundi kencing dan sistitis (cystitis).


8) Kandungan asid quinik dalam kranberi dikatakan mampu mengurangkan kalsium berion sekaligus mengurangkan risiko pembentukan batu karang. Ini bermakna jus kranberi amat bagus dalam mencegah masalah pembentukan batu karang. 

9) Meminum jus kranberi dalam jumlah yang kecil dalam masa beberapa kali seminggu dikatakan mampu melindungi diri daripada mengalami masalah sembelit dan juga diarea. Namun begitu, jangan meminum terlampau banyak kerana seperti juga buah-buahan lain, pengambilan berlebihan mampu membawa kepada masalah sakit perut.

10) Buah kranberi yang kaya dengan pelbagai vitamin membantu untuk anda kelihatan lebih muda kerana ia merangsang kulit lebih cerah dan muda.

11) Buah kranberi juga mengandungi sejumlah bahan sebatian flavonoid dan polyphenolic. Flavonoid dikatakan berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan risiko atherosclerosis. Penyelidikan berterusan juga mencadangkan bahawa kranberi menawarkan pertahanan semulajadi menentang atherosclerosis. Pengambilan buah kranberi dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

12) Radikal bebas merosakkan kolagen dalam kulit dan kemudian menyebabkan kulit wajah berkedut, hilang kelenturan, kusam serta menjadi kemerah-merahan. Buah kranberi mengandungi nilai kandungan kemampuan penyerapan radikal oksigen atau ORAC yang amat tinggi. Pengambilan kranberi dikatakan mampu merangsang kulit lebih cerah dan nampak lebih muda.

13) Bukan itu sahaja kebaikan buah kranberi, ia juga mampu mencegah bakteria daripada melekat pada gigi, sekaligus menjadikan gigi berada dalam keadaan bersih dengan lebih lama. Buah kranberi dikatakan mempunyai agen bagi memusnahkan bakteria berbau busuk yang terbina di dalam mulut dan membawa kepada nafas berbau.

14) Buah kranberi juga bagus untuk kanak-kanak kerana ia dikatakan mampu membantu menguatkan dan menyihatkan pembesaran otot dan tulang, menjaga kulit dan mengurangkan risiko jangkitan. Khasiat buah kranberi juga dikatakan dapat meminimumkan kesan kebanyakan penyakit berkaitan dengan kanak-kanak.



Walau apa pun yang kita makan dan amalkan sila berpada-pada dan bersederhana. Jika anda berniat membeli kranberi dan mengamalkannya seboleh-bolehnya sila dapatkan yang organik dan kurang kandungan gula, jika berkemampuan anda juga boleh mencuba kranberi segar.

Sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss..



Tempat Makan Best Di Kuantan - Part 15


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. ini adalah sambungan entry dari link ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/06/tempat-makan-best-di-kuantan-part-14.html dan seperti biasa saya cuba meringkaskan entry ini seringkas-ringkasnya...

43) Nasi Kukus Mama (Indera Mahkota 7, Teluk Chempedak, East Cost Mall dll)

Inilah restoran Nasi Kukus paling famous di Kuantan.. siap ada signboard besar lagi dibandar Kuantan yang menulis NASI KUKUS NO.1 DI KUANTAN... serius inilah nasi kukus paling best di Kuantan, walau ada ahli keluarga dan rakan-rakan saya mengatakan no. 1 Nasi Kukus Juna , no.2 baru Nasi Kukus Mama. Tapi majoriti dari mereka mengundi inilah Nasi Kukus Paling Best di Kuantan. Anda boleh like facebook restoran ini disini untuk keterangan lanjut https://www.facebook.com/NasiKukusMamaIm8.

Diringkaskan entry ini berikut adalah gambar restoran Nasi Kukus Mama dan pemandangan serta gambar menu popular nasi kukus ayam goreng berempah yang paling famous di Kuantan ini.


Restoran Nasi Kukus Mama

kaunter pembayaran

Actually ketika lunch hour, memang ramai pelanggan yang beratur menunggu giliran ,so sila bersabar ye.. ayam disini digoreng panas.. rasanya memang crunchy dan sedap... jadi tidak hairanlah ia memang digemari semua golongan. Harga nasi kukus ayam goreng berempahnya juga murah, hanya RM5.50.


Pelanggan beratur menunggu giliran- ketika ini saya datang awal, pun sudah ramai yang beratur

Berikut adalah pemandangan didalam restoran Nasi Kukus Mama Indera Mahkota 8 ini...







jika anda ingin asingkan kuah anda akan dikenakan tambahan 50sen caj ye


ayam goreng berempah crunchy yang sedap.. selain ayam goreng berempah terdapat juga pilihan lauk lain seperti ayam masak merah

bahulu turut dijual disini




Dibawah ini pula gambar nasi kukus ayam goreng berempah yang saya beli... serius sedap. .RM5.50 sahaja satu.. saya amat menyukainya. so sila datang beli segera.

nasi kukus mama

kuah telah disi sekali dan dibungkus terus.. serius best sangat..

nasi kukus paling famous di Kuantan

sila try asap..
So, sekiranya anda peminat nasi kukus ayam goreng berempah.. sila try asap.. dan jika berada di Kuantan.. ini antara tempat yang anda harus cuba masakannya.


44) Restoran EdDe , Indera Sempurna

Jika anda bercuti di Sempurna Resort http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/09/tempat-menarik-di-kuantan-sempurna.html dan tempat makan popular western seperti Fryerzone di Indera Sempurna tutup.. anda bolehlah  singgah disini sebagai pilihan seterusnya..

Bagi saya masakan disini serius biasa sahaja.. tetapi yang pasti ketika saya sampai kira ramai jugalah pelanggan direstoran ini.. jadi conclusionnya citarasa orang berbeza-beza termasuklah saya ye.... maybe bagi saya rasanya terlalu biasa dan bukan taste saya.. tetapi bagi anda.. sedap yang amat.. hehehhe

So, sila enjoy gambar yang telah diambil oleh saya ini untuk tatapan anda..

pemandangan hadapan restoran edDe
banner support GAZA
Di penjuru pintu masuk Restoran ini disediakan tempat permainan bagi kanak-kanak, anak saudara saya Ilham dan Irfan terus meluru bermain di mainan ini walaupun kami baru sahaja balik dari bermain dikolam renang di Sempurna Resort.


kusyuk anak saudara saya bermain

Dibawah ini pula pemandangan dan menu yang ditawarkan di restoran ini.. sebelum terlupa di restoran ini juga disediakan perkhidmatan wifi free... laju ye wifi dia.. heheheh


kaunter pesanan untuk order
antara menu yang dijual disini


senarai menu makanan dan harga
senarai harga minuman dan menu minuman disni

So, dibawah ini menu yang kami order ...


Lamb Chop RM18 untuk saya ye...

Chicken Chop RM9.50



Bubur nasi ayam RM2.50

Air Suam free of charge

Orange juice RM2.50

Dibawah ini pemandangan didalam restoran ini









Dibawah ini gambar betapa kusyuknya anak saudara saya makan.. walau bagi kami masakan disini biasa sahaja.. nothing special.. dan bagi saya , saya dan anak saudara saya tidak mengemari sos blackpepper untuk my lamb chop dan chicken chop Irfan.. walaubagaimanapun taste setiap orang berbeza ye...











Jika anda inginkan tempat yang cantik , selesa, Wifi yang serius laju ,staff yang very helpful dan tempat yang anak anda boleh bermain. Sila pergi ke restoran edDe ini. Jangan lupa datang bersama anak anda atau kanak-kanak. Sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..

**** ini adalah sambungan entry ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/10/tempat-makan-best-di-kuantan-part-16.html



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...