Rabu, 1 Oktober 2014

Khasiat Kranberi @ Cranberry


Assalamualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... semoga kita semakin tabah dan matang dalam mengharungi hidup ini .. insyaallah..

Baiklah hari ini saya ingin menceritakan khasiat dan kebaikan kranberi @ Cranberry yang banyak terdapat di pasaraya dalam bentuk kering dan juga di kedai-kedai  makanan sunnah @ arab.


kranberi kering yang dibeli oleh saya.. murah sahaja RM5 saya beli timbang


Baiklah diringkaskan khasiat kranberi @ cranberry ini yang didapati oleh saya dari google:-

1) Buah kranberi kaya sumber vitamin C, mineral dan serat, serta astrigen kuat dengan kandungan asid tinggi dan gula asli yang rendah. 

2) Buahnya juga rendah karbohidrat. Setengah cawan kranberi dikatakan hanya mempunyai 4 gram karbohidrat dan 2 gram serat di mana ¨÷ (1/3) daripadanya adalah serat larut. Buah kranberi juga adalah sumber kalsium, magnesium, kalium dan fosforus serta vitamin A, vitamin B1 thiamin, vitamin B2 riboflavin dan vitamin B2 niasin kompleks.

3) Antara kandungan yang terdapat dalam kranberi adalah :-
 
Nutrients in raw cranberries[11]
Nutrient Value per 100 grams % Daily Value
Energy 46 kcal
Fiber, total dietary 4.6 g 15.3%
Sugars, total 4.04 g
Calcium, Ca 8 mg 0.8%
Magnesium, Mg 6 mg 1.9%
Manganese, Mn 0.15 mg 7%
Phosphorus, P 13 mg 1.9%
Potassium, K 85 mg 1.8%
Sodium, Na 2 mg 0.1%
Vitamin C, total ascorbic acid 13.3 mg 16%
Vitamin A, IU 60 IU 9%
Vitamin K, ¥ìg 5.1 ¥ìg 6.4%
Carotene, beta 36 ¥ìg ne
Lutein + zeaxanthin 91 ¥ìg ne

4) Kranberi paling popular untuk mencegah jangkitan saluran kencing dan batu karang, biasanya wanita mengandung yang mengalami masalah kencing kotor atau jangkitan pundi kencing memang digalakkan oleh doktor untuk mengambil jus kranberi atau makan kranberi kering tetapi sila pastikan kranberi yang kurang gula atau organik.

5) Ia juga mencegah dan melegakan gejala-gejala jangkitan saluran kencing. Kerana kebaikan inilah, wanita digalakkan mengamalkan meminum jus kranberi untuk merawat masalah jangkitan saluran kencing atau mengelakkan jangkita saluran kencing tetapi sekali lagi diingatkan sila dapatkan kranberi organik yang kurang manis.

6) Terdapat kajian yang dijalankan , menunjukkan bahawa sebatian yang terdapat dalam kranberi boleh mencegah L.Coli daripada pada sel-sel di sekitar dinding saluran kencing dan menyebabkan jangkitan. 

7) Buah kranberi segar juga amat baik dimakan oleh wanita hamil. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah ini menjadikan buah ini boleh dijadikan sebagai buah pilihan bagi mencegah jangkitan pundi kencing dan sistitis (cystitis).


8) Kandungan asid quinik dalam kranberi dikatakan mampu mengurangkan kalsium berion sekaligus mengurangkan risiko pembentukan batu karang. Ini bermakna jus kranberi amat bagus dalam mencegah masalah pembentukan batu karang. 

9) Meminum jus kranberi dalam jumlah yang kecil dalam masa beberapa kali seminggu dikatakan mampu melindungi diri daripada mengalami masalah sembelit dan juga diarea. Namun begitu, jangan meminum terlampau banyak kerana seperti juga buah-buahan lain, pengambilan berlebihan mampu membawa kepada masalah sakit perut.

10) Buah kranberi yang kaya dengan pelbagai vitamin membantu untuk anda kelihatan lebih muda kerana ia merangsang kulit lebih cerah dan muda.

11) Buah kranberi juga mengandungi sejumlah bahan sebatian flavonoid dan polyphenolic. Flavonoid dikatakan berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan risiko atherosclerosis. Penyelidikan berterusan juga mencadangkan bahawa kranberi menawarkan pertahanan semulajadi menentang atherosclerosis. Pengambilan buah kranberi dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

12) Radikal bebas merosakkan kolagen dalam kulit dan kemudian menyebabkan kulit wajah berkedut, hilang kelenturan, kusam serta menjadi kemerah-merahan. Buah kranberi mengandungi nilai kandungan kemampuan penyerapan radikal oksigen atau ORAC yang amat tinggi. Pengambilan kranberi dikatakan mampu merangsang kulit lebih cerah dan nampak lebih muda.

13) Bukan itu sahaja kebaikan buah kranberi, ia juga mampu mencegah bakteria daripada melekat pada gigi, sekaligus menjadikan gigi berada dalam keadaan bersih dengan lebih lama. Buah kranberi dikatakan mempunyai agen bagi memusnahkan bakteria berbau busuk yang terbina di dalam mulut dan membawa kepada nafas berbau.

14) Buah kranberi juga bagus untuk kanak-kanak kerana ia dikatakan mampu membantu menguatkan dan menyihatkan pembesaran otot dan tulang, menjaga kulit dan mengurangkan risiko jangkitan. Khasiat buah kranberi juga dikatakan dapat meminimumkan kesan kebanyakan penyakit berkaitan dengan kanak-kanak.



Walau apa pun yang kita makan dan amalkan sila berpada-pada dan bersederhana. Jika anda berniat membeli kranberi dan mengamalkannya seboleh-bolehnya sila dapatkan yang organik dan kurang kandungan gula, jika berkemampuan anda juga boleh mencuba kranberi segar.

Sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss..



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...