Jumaat, 10 Oktober 2014

Tempat Makan Best Di Kuantan - Part 16 **** JADE RESTAURANT MS GARDEN HOTEL KUANTAN ***


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. ini adalah sambungan dari entry http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/10/tempat-makan-best-di-kuantan-part-15.html

Baiklah seperti biasa saya terpaksa meringkaskan sahaja entry ini. Antara tempat makan menarik di Kuantan adalah di MS Garden Hotel , Kuantan. Jangan bimbang ye.. walau hotel ini adalah antara yang famous dibandar Kuantan dan berdiri megah di sebelah Megamall Kuantan dan di tepi jalan raya tetapi harga makanan di hotel ini dikategorikan murah bagi standard hotel dan paling penting , restoran ini juga mendapat sijil HALAL dari JAKIM. Dikatakan hotel ini dimiliki pusat zakat Pahang... saya tidak pasti tentang itu ye.. tapi itulah yang diwar-warkan oleh ramai orang kepada saya.. that why harga hotel dan makanan disini cukup murah berbanding hotel lain. Anda boleh rujuk entry ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/06/tempat-makan-best-di-kuantan-part-14.html untuk gambar jade restaurant dan tempat makan menarik yang lain yang terdapat di MS Garden Hotel ini.


Ketika saya dan family saya menikmati hidangan disini untuk makan malam @ celebrate my daddy birthday.. kami memesan hidangan berikut  Beef fried chilli, sup sayur, kerapu 3 rasa, butter prawn , salted egg squid & chicken cheese. , chinese tea, orange juice  serta lai chi kang sebagai pencuci mulut dan bayaran keseluruhan menu ini adalah dalam anggaran RM250 sahaja. 

Di Jade Restaurant ini harga pakej untuk lunch @ dinner dari serendah rm98 untuk 4 orang. Dan semestinya ia amat berbaloi untuk anda membawa orang tersayang datang makan disini terutama jika untuk sambutan hari jadi dan keraian lain.

Baiklah, sila enjoy segala gambar yang telah saya sediakan untuk anda...
my family tengah menunggu hidangan di hidangkan


Makanan disini bagi saya serius best.. ia adalah masakan cina yang memang memenuhi citarasa semua, hidangannya juga banyak dalam satu-satu menu, sehingga kami boleh membungkus pulang..so, boleh bayangkan betapa banyaknya ye...


antara hidangan kami


Beef Fried Chilli serius sedap.. i memang suka menu ini

Sup Sayur.. segala rencah ada, sotong, udang , ayam dll

coz makan dihotel kanzzz??.. so pelayan yang akan tuangkan.. so special.. heheheh

butter prawn. .nyammm!! sedap.. lada jeruk pun ada ye...

chicken cheese.. memang sedap sangat...sila try asap


Selain tempat yang eksklusif, tenang dan layanan 5 star dari pelayan restoran ini.. rasa makanan yang semua sekali sedap memang memenuhi selera dan harga yang berpatutan dan agak murah bagi standard tempat begini memang akan membuatkan anda ingin pergi berkali-kali makan ditempat ini..



Salted Egg Squid - my mum suka sangat menu ini Sotong Telur Masin.. fuhhh!!!

menu yang memang sedap sekali..  Kerapu 3 Rasa pun sedap sangat-sangat tapi gambar i dah terdelete dalam iphone i.. uhuk!


muka ceria my family tak sabar nak makan
Selesai makan, pelayan akan membawakan pencuci mulut ,Lai chi kang dan menghidangkan kepada anda.. lai chi kang panas.. memang best!

pencuci mulut lai chi kang



manis yang memenuhi citarasa


muka-muka kegembiraaan



adik lelaki i menunggu makanan siap dihidangkan


oh.. anak saudaraku , ZARA


masing-masing berselera makan.. ohhh.. sedap betul. .jus oren pun sedap. .pendek kata semua la sedap...



Kek Secret Recipe ni kami celebrate di rumah ketika petang hari, dan seterusnya malam kami celebrate di Jade Restaurant MS Garden Hotel

Baiklah saya galakkan anda datang segera ke restoran ini, selain menyediakan pakej lunch @ dinner. .. disini juga turut disediakan promotion hari untuk Dim Sum, Barbeque dan sebagainya.. sila layari website MS GARDEN HOTEL untuk maklumat lanjut ye...


Terima kasih kerana membaca entry ini, salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...