Selasa, 30 September 2014

TEMPAT MENARIK DI KUANTAN : SEMPURNA RESORT



Sempurna Resort berdekatan Taman Indera Sempurna


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... setelah lama saya tidak menulis entry Tempat Menarik Di Kuantan, jadi ini adalah sambungan entry sebelum ini di link ini Petrosains Kuantan - Masuk Percuma

Saya ringkaskan seringkas-ringkasnya entry ini. Sempurna Resort terletak berhampiran Taman Indera Sempurna (jalan yang sama) , anda boleh bercuti disini bersama keluarga atau sekadar membawa anak-anak datang bermain di kolam renang sahaja. Harga untuk bermain air disini bagi kanak-kanak hanyalah RM6 seorang. Terdapat Kolam Dewasa untuk kanak-kanak berusia 12 tahun keatas dan juga kolam untuk kanak-kanak yang lebih selamat dan tidak dalam.



Papan tanda Sempurna Resort

kawasan parking kereta

ruang menunggu

sofa dan permainan yang terdapat di ruang menunggu

Sampai sahaja anak saudara saya di ruang ketibaan tetamu, terus mereka berlari mengejar permianan komputer didepan mereka.







Baiklah dibawah ini saya sertakan gambar-gambar pemandangan di Sempurna Resort ini terutama kawansan kolam renangnya...


Actually kawasan kolam renang Sempurna Resort ini betul-betul dihadapan Cafe resort ini, jangan bimbang kerana semua makanan di Resort ini telah mendapat sijil halal dari JAKIM.


sijil halal JAKIM

Dengan kawasan cafe yang luas dan kawasan kolam yang tenang dan cantik, ibu bapa dan ahli keluarga dapat berehat sambil menikmati hidangan yang dijual sambil memerhati anak-anak masing-masing bermain di Kolam Renang.


pemandangan sekitar cafe dan kolam renang

Anda kena membuat bayaran di Cafe ini dan akan mendapat 2 gelang kertas dan anak anda perlu memakainya sepanjang kawasan ini. Bayaran untuk bermain dikolam renang hanyalah RM6 sahaja seorang.

anda akan diberi gelang ini selepas membayar RM6 setiap orang

tempat untuk tukar pakaian , tandas semua disediakan


Dibawah ini adalah gambar yang sempat saya ambil ketika membawa anak saudara saya bermain disini kerana ibunya out station ke Penang selama 3 hari.

anak saudara saya, ilham sempat lagi bermain didalam pondok yang terdapat dikawansan kolam renang

ibu bapa dan ahli keluarga menikmati makanan sambil memerhati anak-anak bermain di kolam renang

kanak-kanak seronok bermain

Permainan paling popular dikolam renang ini adalah baldi yang berisi air ini.. kanak-kanak akan menunggu sehingga baldi penuh dan menumpahkan air keatas badan mereka sambil menjerit kegirangan.

baldi besar ini menumpahkan air keatas badan kanak-kanak yang menunggu dibawahnya

setelah kosong baldi akan naik keatas semula dan kembali mengisi air, anak saudara saya @ kanak-kanak menunggu untuk pusingan seterusnya

baldi sekali lagi menumpahkan air keatas badan kanak-kanak @ anak saudara saya

dan baldi kembali mengisi air dan membuat pusingan seterusnya

ibu bapa dan kaum keluarga kusyuk memerhati anak-anak bermain

Dibawah ini adalah gambar-gambar dan suasana ketika saya membawa anak saudara saya bermain minggu lepas pada hari Ahad petang.

kanak-kanak kusyuk bermain

tempat kegemaran kanak-kanak


suasana kegembiraan kanak-kanak dan ahli keluarga



kanak-kanak kusyuk bermain sambil ibu bapa memerhati

kolam dewasa untuk kanka-kanak 12 tahun keatas

anak saudara saya Irfan dan Ilham kesejukan bermain dan sempat bergambar selepas itu sambung balik main kolam renang.

Lagi gambar dan suasana di sekitar kolam renang dan cafe untuk tatapan anda semua..













Setelah penat bermain masa untuk duduk dan berehat.. anak saudara saya sempat main baring-baring dikerusi sebelum sambung bermain kolam sekali lagi untuk 3rd round.
bergambar keriangan

Setelah penat bermain dikolam renang di Sempurna Resort, kedua-dua anak saudara saya kelaparan dan saya terus membawa mereka makan di restoran berhampiran yang terletak di Indera Sempurna. Saya akan menulis entry mengenai restoran ini dalam entry Tempat Makan Best Di Kuantan selepas ini.



kelaparan selepas bermain

menu i lamb chop, Irfan Chicken Chop dan Ilham bubur nasi ayam


Sekian sahaja entry kali ini, terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, Huge & Kiss..




Khamis, 25 September 2014

Pantasnya Waktu...







Assalammualaikum dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... fuhhh... serius.. betapa cepatnya masa berlalu. .sehingga berapa bulan sahaja tinggal untuk kita memasuki tahun baru.. azam saya tahun ini dan tahun lepas masih belum terlaksana.. ohhhhh!!!!!

Berbicara tentang betapa pantasnya waktu sekarang.. teringat kata salah seorang kawan saya, ketika sekolah dulu, cikgunya pernah berkata "sekarang memang awak semua rasa masa lambat nak cepat dewasa..nanti bila awak sudah capai umur 25 tahun.. baru awak sedar betapa pantasnya masa berlalu"...

Ia.. memang serius pantas.. bayangkan apa yang boleh saya buat dalam sehari pada Khamis lepas

6am - 9.45am  : masak flakes

9.45am - 10.15am  :  check whatapp sekejap.. jika ada yang perlu direply segera terus i reply

11am :  pos crunchy flakes ke client di pos laju

11.30am  : baru sampai office (actually saya tidak tentu masuk office pukul berapa depend on appoinment)

11.45am : baru betul-betul buat kerja.. buat call sampai pukul 12.45pm.. cold calling.. focus betul dengan segala skript yang automatik keluar dari mulut hehehehe..

12.45pm - keluar lunch dengan kawan kerja bank rakyat.. so jemput kawan di bank rakyat terus menuju ke restoran Arab di Jalan Beserah Kuantan

1.00pm  - order makanan dan makan

1.45pm - settled makan

2pm - selamat hantar kawan balik lunch di office

2.15pm - pergi mydin Kuantan, capai barang sekejap je untuk buat flakes.. (coz barang kat mydin kan murah.. biz ok.. kena cari yang paling murah)

2.45pm - sampai office terus solat

3pm - buat kerja follow up , check email (tidak sempat buat cold calling coz sejam sahaja)

4pm - appointment dengan client di office sahaja.. client datang tepat pukul 4pm.. berborak sikit sangat hanya yang penting sahaja.. sedar-sedar dah pukul 5.15pm.. hantar client ke pintu office untuk pulang..

5.30pm - naik je tangga masuk office.. tengok dah pukul 5.30 petang.. nak buat cold calling tidak boleh.. nak call client follow up. .sure mereka busy drive ambil anak dan sebagainya.. not right time...

5.45 - setled solat asar dan update blog..

sedar-sedar pukul 7pm.. blog entry still belum siap.. dah kena balik rumah.... ohhhhh!! serius pantasnya waktu.... kerja yang dibuat hari ni.. ntah apa-apa..ohhh!!!.. baru rasa menyesal bila tidak menggunakan masa dengan betul dan bersungguh-sungguh.. uhukkk!!!

Ini sahaja yang boleh saya coretkan untuk kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini . Salam sayang dari saya.. love, huge & kiss...



*** imej dari google


Rabu, 17 September 2014

Kerjaya Part-Time (Tak Rasmi)... ZARA...





Assalammualaikum wbt dan hai pembaca blog little-queen-qkhadeeja tersayang...

Kali ini giliran entry ZARA pula.. 

hehehe..biasanya jika my auntie Qisya Khadeeja mempunyai tempahan Crunchy Flakes, ZARA lah antara yang bertungkus lumus menolong... 

Sampai sahaja di rumah nenek. .ZARA akan berlari mengetuk bilik, Auntie Qisya Khadeeja dan mengajaknya mencari barang-barang membuat produk Crunchy Flakes.

Perkara pertama yang ZARA buat ialah menemani auntie Qisya Khadeeja memetik daun kari di lorong perumahan rumah nenek ZARA.. kata auntie Qisya Khadeeja, produk Crunchy Flakes kena menggunakan daun kari yang segar barulah rasa crunchy flakes itu sedap dan berkhasiat...

Selepas mengutip daun kari, ZARA akan membantu memilih daun kari yang cantik-cantik sahaja untuk diisi dalam crunchy flakes.. ZARA kan rajin orangnya.. hehehehhe
Selepas cabut daun kari.. tugas ZARA ialah membuka botol-botol untuk mengisi Crunch Flakes, nenek ZARA akan memerhati ZARA membuka botol-botol supaya botol-botol ini tidak terjatuh.. nanti berlekuk pula botol mahal ini. heheheh...



Selepas Crunchy Flakes siap diisi didalam botol, masa untuk melekatkan Hai-O Mineral Coffee pula untuk promotion yang diadakan oleh Auntie Qisya Khadeeja bagi pembelian pos.

Zara memang suka bab-bab melekat barang-barang ini. . sekelip mata sahaja ZARA siap melekat semua Mineral Coffee Hai-O di botol Crunchy Flakes By Qisya Khadeeja...





Zara pun kena jadi model sambilan tak berbayar untuk produk Mineral Coffee Hai-O auntie ZARA.. posing sana, posing sini sampai sakit pinggan ZARA...huhu...







Selepas selesai membuat segala kerja.. so, masa untuk dapat upah.. so auntie Qisya Khadeeja biasanya akan membawa saya ke kedai kek King's Confectionery di Jalan Beserah untuk memilih segala kek dan desert kegemaran ZARA...


Selesai bershopping masa untuk bermain... dan setelah penat bermain...


Masa untuk Ayah ZARA tidurkan ZARA... oh... penatnya... heheheheh..

Sekian sahaja untuk entry Zara kali ini.. nanti kita jumpa lagi dalam entry ZARA untuk akan datang... love, huge & kiss...


Isnin, 15 September 2014

Masak Flakes ....








Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. semoga semakin hari kita semakin tabah dan matang dalam menghadapi segala ujian dan dugaan dalam hidup ini… Alhamdulillah andai kita masih  lagi dipanjangkan umur untuk menghirup oksigen dan berpeluang untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari…. 

Alhamdulillah syukur sekali… perniagaan flakes saya setakat ini semakin positif.. walau pun tidaklah sebanyak mereka yang focus pada bidang perniagaan atau makanan semata-mata. ..saya mula menyukai perniagaan flakes ini walau kekadang rasa agak bersalah kerana saya tidak mampu menumpukan 100% pada bidang takaful saya.. walaubagaimana pun saya akan belajar perlahan-lahan menyesuaikan jadual untuk segala aktiviti saya agar masa saya betul-betul cukup dan terurus untuk menjalankan segala yang telah saya rancangkan dan idamkan….

Pagi ini  (7/9/2014 Ahad) saya kena menghantar flakes saya begitu juga pagi esok.. seboleh-bolehnya hari ini saya akan cuba untuk mengambil gambar segala pakaian dan barang pre-loved saya yang telah bertahun-tahun saya tidak gunakan. ..sudah tidak cukup ruang untuk saya meletakkan semua barang-barang saya …heheheheh..





Semalam (6/9/2014 SABTU) , dari pagi selepas subuh lagi saya mula menanggal daun kari (yang cantik-cantik sahaja) dari rantingnya sebanyak mungkin untuk membuat 46 botol Crunchy Flakes By Qisya Khadeeja. Semuanya saya buat seorang diri.. termasuklah mengunting lada kering… Saya berhenti membuat kerja itu pada pukul 10am dan keluar menguruskan hal lain dari 1030am dan pulang pada pukul 130ptg  ..  

Selepas solat zohor dan lunch serta berborak sebentar dengan ahli keluarga, saya meneruskan masakan saya seorang diri sehingga pukul 7ptg….segala pembungkusan , tampal sticker.. saletip semua dilakukan oleh saya seorang . Saya memang tidak suka mengharapkan orang menolong saya kerana setiap orang ada pekerjaan dan tugas masing-masing untuk dilakukan.. lagipun ini perniagaan yang saya pilih, selagi saya larat saya akan buat sendiri, kecualilah jika saya tidak mampu melakukannya seorang diri ..

Memasak bukanlah bidang saya untuk jangka masa yang lama sebelum ini.. ialah tinggal bujang di kota membuatkan saya lebih suka membeli sahaja dan makan diluar… dan apabila memilih bidang ini… ia sesuatu yang telah berzaman saya tinggalkan.. walau bagaimanapun , mungkin kerana perniagaan dan pemasaran sudah menjadi salah satu minat saya.. ia automatic menjadi kesukaan saya. .alhamdulillah… saya tiba-tiba merasa hormat kepada mereka yang menjalankan perniagaan catering , makanan dan sebagainya.. kerana saya memasak ketika cuaca panas sangat (dapur saya panas ye… jika buka kipas… tertutup api.. heheheh)… ia.. sedangkan masak benda sekecil dan sesenang ini pun saya sudah berpeluh.. apalagi anda yang telah bertahun dan berzaman memasak didalam keadaan dapur yang panas dan terlibat dengan perkara-perkara yang leceh.. sungguh kesabaran memang penting. .belum lagi rasa penat setelah menyiapkannya….

Bidang takaful saya.. penat dan kepuasannya lain… penat bidang sales lain.. recruiting lain. .sebagai leader pun lain… semua kerja pun penat… semua kerja pun memerlukan berfikir.. tapi berfikir pula banyak seginya… dalam segi takaful saya kena berfikir dimana market client saya begitu juga bidang perniagaan flakes saya.. .saya kena berfikir dari segi marketing untuk takaful dan flakes saya.. saya juga kena fikir mengenai recruiting dalam bidang takaful saya juga , kena fikirkan agen-agen untuk produk flakes saya… itu belum lagi dari segi promotion … persaingan dan sebagainya… tetapi bagi saya setiap pekerjaan dan bidang semua ada persaing… dan setiap orang telah ditentukan rezeki masing-masing….



Saya berdoa dan berharap semoga apa yang saya pilih adalah yang terbaik dalam hidup saya… kekadang perniagaan dan bidang pertama yang kita pilih akan membawa pilihan yang lebih baik untuk kerjaya dan perniagaan seterusnya… ia adalah batu loncatan untuk kita terbang ke tempat yang lebih tinggi lagi… jatuh bangun itu perkara biasa… itulah yang kita kena hadapi.. berfikir juga memerlukan kesabaran dan mental yang kuat… lebih-lebih lagi dalam dunia yang makin mencabar ini….

Saya berdoa dan berharap semoga saya dan anda semua akan terus berjaya dan kuat dalam menghadapi hidup ini. .insyaalah… dan jika ketika ini anda sedang jatuh.. jangan terus jatuh dan kecewa… stop fikirkan problem kerana ia akan terlihat lebih besar.. .fikirkan jalan penyelesaiannya….setiap masalah pasti ada jalan keluarnya.. Cuma kita perlu melakukan pengorbananan sahaja .. samaada kecil atau besar..sanggup atau tidak…. Untuk memberi  kita peluang lagi…. Bukan senang nak senang…

Baiklah, ini saja yang dapat saya coretkan untuk pagi ini… terima kasih kerana membaca entry ini. salam sayang dari saya… love , huge & kiss…





Jumaat, 12 September 2014

Oh!! Frenzzz…









Assalammualaikum wbt.. dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang… semoga hari ini lebih baik dari hari semalam….

Sehingga hari ini saya masih lagi menerima whatapp-whatapp dan mesej-mesej tidak percaya  dan ‘sindiran sweet ‘ dari kawan-kawan dan bff saya.. especially bes fren saya… hahaha.. lawak-lawak kalau baca setiap mesej masing-masing…so ini antara whatapp dan mesej sweet  dan mendalam untuk saya abadikan supaya bila saya terbaca satu hari nanti.. ia akan membuat saya senyum sendiri…

Whatapp 1 – Sya.. biar betul… pandai plak ko memasak.. ko masak ke? Mak ko yang masak?..hahahahaha

Whatapp 2 – wei.. tak beracun ke flakes ko tuhz?? Mesti ko upah indon buat.. pastu letak label ko kanz?... motifff????.....

Whatapp 3 – aku tak percaya lansung ko buat.. orang len ko leh kelentong aku tak ye…

Whatapp 4 – serius.. tak sabar aku nak makan masakan kau.. seumur hidup aku tak pernah merasa masakan kau.. walau dekat 10 tahun kawan…

Whatapp 5 – bagi no account ko.. aku nak bank-in sekarang.. pos flakes ko kat address aku nih… aku tak sabo nak rasa..

Whatapp 6 – ko pernah cakap.. kalau ko memasak.. maksudnya dunia dah nak kiamat… aku baru lepas baca yassin & solat taubat tau….

Whatapp 7 – terkejut aku baca status fb kau.. biar betul.. produk kau sendiri?.. aku rasa bidang tu la last yang kau akan pilih.. btw good luck my frenz..

Whatapp 8 – u memang penuh dengan surprise… I like!! Cakap tak suka masak dan tak pernah memasak…

What app 9 : u r amazing darling… I wish u luck for everything… muahzzz… Nampak best je flakes tu….

Whatapp 10 – mesti sedap flakes kau kanz? Coz ko kan pengkritik… so aku percaya taste kau.. nanti aku turun kuantan. .jangan lupa flakes  tu..

Whatapp 11 – ( pic Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja ) aku kirim dengan kawan aku pi bercuti kuantan semalam… serius best. .pedas dan sedap.. I’m lucky one… sebelum menutup mata.. sempat juga rasa masakan ko…. heheheheh

Whatapp 12- aku sebenarnya nak komen dalam fb kau.. tapi takut plak laser… aku nak tanya.. pandai ke kau nak hidupkan api dapur??..hahahaha

Mesej in fb 1 : cruchy.. .dimasak dengan kasih sayang dan zikir….

Mesej in fb 2 : cakap tak suka masak.. ni memasak je…. Tanda-tanda nak jadi isteri solehah je… hehhehe..

Mesej in fb 3 : good luck for ur biz crunchy flakes. .& tahniah atas perkembangan ur blog…

Mesej in fb 4 : i suka tengok ur fb… congrat atas new biz flakes u…. I nak order 2…

Ini sahaja whatapp dan mesej yang sempat saya taip dan abadikan di entry ini.. banyak lagi whatapp dan mesej kawan-kawan  saya yang amat saya suka dan ingat yang tidak sempat saya taip dan masukkan dalam entry ini.. walaubagaimana pun saya tetap suka dan abadikan dalam memori saya ini insyaalah…..honestly, anda semua amat istimewa dalam hidup saya…

Ini sahaja yang dapat saya coretkan. .terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..

*** actually saya tidak boleh ‘print screen’ semua whatapp dan fb mesej kerana menghormati semua rakan-rakan saya… yelah.. buatnya ada yang cemburu @ salah faham nanti…



 *** image from google


Isnin, 8 September 2014

Notes for ME - Part 1






Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang .. Antara guru saya dialam maya ini adalah Puan Ainon dar ABS Group yang saya follow mengikut facebook dan juga Irfan Khairi... Jutawan Internet itu... so, antara kata-kata mereka yang menarik minat saya.. saya ingin abadikan dalam entry-entry blog saya untuk rujukan akan datang...  

Dan ini adalah antara kata-kata Pn.Ainon yang saya rasa wajar untuk saya dan anda sekalian renungkan jika anda juga berminat untuk memulakan perniagaan suatu hari nanti....




Dari ABS: Akibat Sibuk Menjual
Kerja-kerja hakiki bisnes lambat menghasilkan duit.
Kerja-kerja menjual cepat menghasilkan duit. Lalu kita fokus pada aktiviti menjual, menjual, menjual.
Apabila orang bisnes sibuk dengan kerja-kerja menjual, hasilnya jualannya laris tetapi dia tidak dapat mengembangkan sayap bisnesnya.
Dia umpama tukang gali telaga yang berjaya menggali telaganya yang ada, semakin lebih dalam, dan lebih dalam.
Dia tidak menggali lebih banyak telaga-telaga baru.


Nota malam dari ABS:
Pandai Menjual lawan Pandai Mengedar
Banyak peniaga Melayu menjadi pengeluar produk sendiri. Kemudian produk mereka tersadai di dalam setor.
Dalam kalangan peniaga Melayu, majoriti tidak membezakan 2 aktiviti ini:
+ Menjual <--- Peniaga Melayu banyak pergi kursus belajar menjual.
+ Mengedar <--- Mereka tidak belajar mengedar.
.
Majoriti peniaga Melayu percaya kalau mereka pandai menjual, mereka akan kaya-raya.
Dalam realiti:
+ Sedikit jurujual yang kaya.
+ Tidak ada jurujual yang kaya-raya.
+ Duit besar berada dalam sektor pengedaran atau distribution. Mereka ini yang kaya-raya.



Dari ABS: Tempoh Bisnes Pertama
Sebenarnya, bisnes yang mula-mula kita buka adalah sekolah bisnes praktikal untuk diri kita sendiri belajar perkara-perkara berkenaan dunia bisnes.
+ Bisnes pertama yang bagus adalah bisnes servis yang menggunakan diri kita sendiri sebagai modalnya.
+ Kita tidak perlu berada dalam bisnes itu sampai bila-bila.
+ Kita tidak perlu jatuh cinta kepada bisnes pertama kita itu.
Selepas 4 tahun, kita sepatutnya keluar dari sektor itu dan pindah ke dalam sektor lain yang lebih berpotensi.


Anda boleh like facebook Pn. Ainon Mohd di link ini https://www.facebook.com/ainonmohdpts/

Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss...

*** imej dari google .. tqvm



Khamis, 4 September 2014

JODOH








Assalammualaikum wbt... dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... semoga hari anda dipenuhi dengan perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap semua makhluk dimuka bumi ini.. insyaallah...

Baiklah .. hari ini saya ingin bercerita tentang jodoh... heheheheheh .. actually orang selalu bertanya kepada saya tentang jodoh saya.. honestly saya memang tiada jawapan.. usah tanya tentang kisah cinta saya kerana saya jenis 'penat' untuk bercerita kisah cinta saya dan bagi saya , ia lebih sesuai sebagai rahsia hidup saya sendiri.. kecuali jika sekadar untuk pengalaman dan pengajaran orang lain.. mungkin saya akan berkongsi sedikit.....

Berbicara tentang jodoh. .saya pernah terbaca bahawa jodoh ini.. bukan soal siapa paling banyak berkorban untuk kita... siapa yang paling mencintai kita.. siapa paling sekufu dengan kita... siapa paling serasi dengan kita.. atau siapa paling memahami kita atau siapa yang paling lama kenal kita atau yang paling baik dengan kita dan ahli keluarga kita... tetapi jodoh adalah insan terpilih yang paling berhak yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t semenjak beribu tahun.. ketika kita belum dilahirkan lagi...






Jodoh yang ditetapkan itu. .bukan kerana soal sama keturunan dengan kita.. sama kulit dengan kita.. sama hebat dengan kita.. sama rajin dengan kita... saling 'mahal'. .saling ego.. saling beriman.. saling ingin berubah.. tetapi jodoh itu adalah insan yang terbaik yang terpilih untuk bersama kita.. yang kita sendiri pun tidak tahu hikmahnya sehingga kita sendiri bersama dengannya untuk tempoh yang ditetapkan oleh - NYA didunia atau sehingga syurga...

Ramai yang berkata jodoh itu kita dapat rasa.. yang kita mimpi....yang kita istikharah dan dia sahaja setiap hari muncul dalam mimpi.. yang menunggu kita berpuluh tahun.. terlalu lama... tapi tabah menunggu... tapi hakikatnya.... kekadang... jodoh itu yang jauh dari jangkaun kita.. yang kita sendiri tidak pernah jangka.. .walau kadang-kadang jodoh kita itu adalah orang yang paling kita benci dan dendam.. yang pernah menjatuhkan kita dahulu.. yang pernah mengkhianati kita... atau yang kita sendiri tidak mahu berjumpa lagi apatah lagi ingin hidup bersama....

Berapa ramai insan didunia ini yang menginginkan jodoh yang lebih cantik, hensem, romantik, muda dan berpendidikan malah dari keturunan dan keluarga terhormat... berapa ramai yang ketika diberi pilihan yang jauh lebih baik dari pilihan didepan mata.. tetapi hati tetap terpaut kepada insan yang jauh serba kekurangan..... jodoh pilihan hati.. bukan semestinya anda berijazah dan berpendidikan PHD.. mesti berkahwin dengan atleast ada ijazah atau master... atau anda berpangkat atleast kena kahwin dengan doctor...atau insan yang atleast ada rumah mewah sebijik atau berkereta audi.... jodoh adalah pilihan hati... yang belum tentu direstui-NYA untuk menjadi jodoh kita... itulah rumitnya jodoh.....





Jika anda berasa ingin bercakap pasal jodoh... anda atau saya sendiri pun tidak tahu jodoh kita dengan siapa.. atau sampai bila... atau mungkin juga jodoh kita hari ini hanya untuk seketika atau pinjaman.. atau mungkin.. kita adalah antara insan yang ditakdirkan bertemu jodoh berkali-kali... berbicara soal jodoh sama seperti anda bicara soal rezeki dan ajal... tiada siapa pun tahu mengenainya... kekadang anda akan lihat manusia yang bertungkus lumus mencari rezeki, produknya sedap dan hebat.. tetapi tetap rezeki susah masuk.... atau sedikit... kekadang anda melihat insan yang menjaga kesihatan sungguh-sungguh.. pantang makan itu makan ini. .exercise itu ..exercise ini.. tetapi tetap menghidapi pelbagai penyakit.... tetap ajalnya awal walau pun muda lagi... siapalah kita untuk mempersoal dan membincangkan hukum tuhan....

Jika anda lebih sukakan kari dari sup... anda kena faham ada juga insan yang tidak suka kedua-duanya sekali kari dan sup... hanya suka western sahaja...jadi fahamilah.. tidak semua insan sama kesukaan dan impian seperti anda. .. tidak semua insan yang perlu semuanya untuk merasakan hidup sempurna....yang penting sebagai hamba kita seharusnya bersyukur atas apa sahaja kurniaan-NYA kepada kita.. kerana ketentuan dan takdir-NYA memang tidak terjangkau diakal fikiran kita.... hormatilah hidup insan lain.. jika anda ingin hidup anda jua dihormati...


If you love me, like you tell me
Please be careful with my heart
You can take it just don't break it
Or my world will fall apart

Lagu : Please Be Careful With My Heart
Nyanyian Christian Bautisca & Sarah Geronimo



Sekian sahaja entry untuk kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. love.. huge & kiss..





Blogger : WHY BLOG ?


Assalammualaikum wbt... dan hai untuk semua pembaca blog saya yang tersayang... semoga hari anda indah walau pun terlalu pantas masa berlalu...

Baiklah darling.. ini adalah reason why saya pilih untuk aktif blog berbanding facebook dan Intagram.......


1) Google saja nama Qisya.. dah keluar Qisya Khadeeja



2) Bila anda click nama saya Qisya Khadeeja.  Terus keluar imej @ gambar saya.... so , senang orang nak kenal.. lebih-lebih lagi.. saya dalam bidang perniagaan dan takaful...so untuk membuatkan orang percayakan saya.. saya mestilah berani memperkenalkan diri saya dahulu....



3) Saya tahu berapa pengikut google saya dan blog follower saya.. blog follower saya kini baru 17 orang dan google baru sahaja 36 orang.. harapan dan doa saya semoga ia bertambah dan makin meningkat dengan cepat dari hari ke hari insyaallah...



4) Orang google Qisya Khadeeja , automatik keluar gambar Crunchy Flakes By Qisya Khadeeja dan lepas ini segala imej yang berkaitan dengan bisnes saya yang lain.. insyaallah...


5) Saya tahu berapa orang yang mengikuti blog saya dari hari ke hari.. alhamdulillah.. makin menigkat semenjak diperkenalkan walaupun ramai antaranya 'silent reader'...







6) Saya juga tahu dari negara mana pembaca blog saya... itu yang penting.. jadi saya lebih suka menggunakan ayat-ayat formal kerana kebanyakan trafik source saya dari google translate.. .hehehehhehe.. sekaligus saya tahu target market perniagaan saya dan pembaca saya.


7) Actually semua entry saya mempunyai peminat dan pembacanya sendiri... alhamdulillah... itu membuatkan saya perlahan-lahan mulai tahu apa yang perlu saya tulis dalam blog saya dan apa yang menarik minat pembaca-pembaca saya setelah lama saya menulis blog...insyaallah... dan golongan pembaca blog bagaimanakah target saya pada setiap entry...




8) actually ini gambar lama.. blog follower saya kini 17 orang.. alhamdulillah.. semoga terus meningkat insyaalah..



9) ini juga gambar lama.. saya suka melihat perkembangan penulisan saya dari berapa jumlah entry setiap bulan yang saya tulis. .walau sebenarnya saya sekadar menulis untuk suka-suka dengan harapan boleh memperkenalkan produk saya sendiri menggunakan media social...



10) Saya juga bersyukur apabila orang 'sharing' my entry... terima kasih banyak-banyak.. actually dengan satu taip dalam google.. insyaalah entry saya akan keluar... tetapi difacebook atau intagram ia tidak sepantas blog....


11) dibawah ini saja saya letak gambar lama. .sebenarnya follower google saya kini 36 orang dan jumlah paparan lebih dari 6 juta  paparan.... alhamdulillah...



Ini antara 10 sebab kenapa saya pilih untuk aktif blog buat masa sekarang... berbanding media social lain... actually banyak lagi sebab lain kenapa blog menjadi pilihan saya.. saya akan kongsikan dengan anda pada entry sambungan seterusnya....


Salam sayang dari saya.. terima kasih kerana membaca entry ini.. love, huge & kiss...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...