Jumaat, 4 April 2014

TEMPAT MENARIK DI KUANTAN : JALAN-JALAN CARI MAKAN SAFARI PARK & NIGHT JUNGLE BUKIT GAMBANG KUANTAN PAHANG - PART 2

Ini adalah sambungan entry sebelum ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/04/tempat-menarik-di-kuantan-jalan-jalan.html


ini adalah tempat tram berhenti @ berehat.. ada mesin jual air ye dekat sini

mungkin kerana musim panas so.. air tak ada ye dalam kolah kecil ini.. tapi anak sedara i sempat lagi memanjat... mujur i suruh turun cepat-cepat

So. dibawah ini adalah gambar-gambar tempat dan binatang yang terdapat di safari park , bukit gambang , kuantan ini....














Disini juga terdapat farm horse... sebelah tempat makan sahaja...


Kami sempat lunch awal di safari park ini iaitu di Egyptian Market yang berdekatan Farm House , harga dan makanan di cafe ini.. bagi saya berpatutan dan rasanya oklah.. not bad... kami memilih set lamb briyani...

menu di sini


anak saudara bermanja dengan uncle nya...

kusyuk menikmati makanan

lamb briyani

Berdekatan Egyptian Market ini ialah Malayan House.. rumah zaman kita dulu-dulu.. time i kecik dulu merasa la sekejap duduk rumah papan @ rumah macam ini. .coz tinggal dirumah arwah nenek sekejap.. hehehhehe ... tetapi budak-budak zaman sekarang jarang merasa tinggal dirumah kayu @ papan ini...




siap ada ayam itik angsa malah buaian lagi ye.. dekat dalam rumah ini


pemandangan didalam rumah

so , kami meneruskan perjalanan didalam safari ini...



Actually kami sebenarnya tidak larat untuk melihat animal show.. kerana cuaca yang amat panas.. so kami decide untuk kembali ke rumah terlebih dahulu untuk kembali melihat show di waktu malam..

jadual show @ banting makluman show

Dibawah ini adalah gambar-gambar haiwan lain yang terdapat disini. .actually banyak lagi gambar haiwan yang i ambil. .tapi tak sesuai untuk dimasukkan semua eheheheh...








i paling suka tengok singa putih ini... suka sangat ke singa.. huhuhu





Sebelum pulang baru kami perasan ada sebuah lagi restoran didalam safari ini.. actually harganya juga tidaklah mahal sangat.. tapi kerana masih kenyang.. .kerana baru menikmati lunch awal.. so i setakat ambil gambar sajalah.... so, jika uols datang ke sini.. please be informed yang ada 2 ye kedai makan menarik disini.. huhuhu

Dibawah ini adalah gambar restoran @ kedai makan untuk pilihan anda...



harganya oklah.. tak lah mahal sangat.. tapi rasa i tak tahu ye...


 




berdekatan cafe ini diletakkan lakaran gambar "white lion"

 


Dekat sangat dengan restoran diatas.. sambil makan anda boleh cuci mata dengan melihat telatah "white lion".. inilah binatang paling i suka sekali di safari ini.. termasuk family i...



Dont worry.. seperti tempat lain.. anda juga boleh membeli souvenier yang dijual dikedai souvenier disini.. cantik-cantik souveniernya.. .so anda boleh lihat gambar-gambar souvenier yang di tawarkan di bawah ini...




Bimba Hill Gift Shop- kedai souvenier.. selepas anda turun saja escolator.. so anda boleh berjalan kehadapan sedikit dan terus ke car parking


Setelah penat berjalan dari pagi lagi.. dalam pukul 3 petang kami decide untuk pulang dahulu dan kembali ke sini pada pukul 8pm nanti.. kami sempat singgah di domino's pizza , Indera Mahkota untuk hitea... so petang hampir ke malamnya kami setakat menikmati steamboat yang dibuat sendiri.. jimat ok.... huhu

perencah steamboat yang biasa kami gunakan - actually kena tambah juga halia dan daun limau purut ye... dan perencah lain kalau nak sedap lagi la..

simple steamboat

Selepas solat magrib kami terus memecut ke night jungle.. tapi sayang tiba saja kami ke night jungle.. "the lost jungle show" baru sahaja tamat.. so kami tidak berpeluang untuk melihatnya... Jadi kami hanya berpeluang melihat "fire show" sahaja... Fire show ni agak menarik kerana.. pemain api utama untuk show ini. .sanggup turun kehadapan penonton secara dekat.. dan buat persembahan "live"... 2-3x lagi.. supaya setiap penonton boleh melihat dengan jelas.. so sila nikmati gambar-gambar di bawah..

 





Pemain fire show diatas.. sanggup turun berdekatan penonton untuk penonton menyaksikannya secara berdekatan

Selepas persembahan fire show.. kami pun bergambar dengan pemain-pemain fire show ini... persembahan yang menarik sangat.... so jangan lupa menonton persembahan ini ye.. jika datang ke sini








 So, ini saja untuk setakat ini.. terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. luv! muahhhhzz!!!


****Dibawah ini pula adalah antara link tempat menarik lain di Kuantan...  untuk rujukan anda :-

1) Petrosains Kuantan - MASUK PERCUMA http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/05/tempat-menarik-di-kuantan-petrosains.html

2) http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/04/tempat-menarik-di-kuantan-pantai-balok.html

3) http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/03/tempat-menarik-di-kuantan-taman-gelora.html

4) http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/03/taman-tasik-bandar-kuantan-pahang.html


Khamis, 3 April 2014

Tempat Menarik Di Kuantan : Jalan- Jalan Cari Makan Safari Park & Zoo Malam (Night Jungle) , Bukit Gambang , Kuantan, Pahang - PART 1



Assalammualaikum wbt.. setelah lama tidak update entry untuk tempat menarik di kuantan, so hari ini i try sedaya upaya menulis dan meringkaskan entry ini.. Actually i pergi Safari dan Night Zoo ini pada pertengahan bulan Mac yang lalu.. ketika negara kita di landa musim panas yang membara sangat.. .so i & my sis & my young bro & my nephew... awal-awal pagi dah bersiap untuk ke safari ini... kami hanya breakfast ringkas dan masak sendiri roti pita daging, waffle dan ice cream dessert...


roti pita daging

anak saudara i menyapu nutella & peanut butter sendiri - coz kami nak cepat , tiada masa nak hias lawo-lawo ye.. heheheh lainlah my blog , blog masakan.. heheheh



simple dessert- yela.. pagi-pagi pun cuaca dah mulai panas coz cuaca yang amat panas... so sejukkan dulu tekak di awal pagi..



So, kami pun tiba awal di Safari , Bukit Gambang resort ini.. so dibawah ini adalah gambar-gambar yang mampu diupload oleh saya untuk tatapan anda semua...


my nephew bergambar didepan bangunan safari ini


sempat lagi "test" masuk tangan dalam mulut singa.. hehehe


actually safari ini bersebelahan Bukit Gambang Water Park saja...

sebelum anda pergi ke kaunter tiket.. boleh try main kereta mainan ini dulu ye...



my nephew tertarik dengan air terjun di lobby bangunan safari ini

So, sebelum anda ke kaunter tiket.. jika anda membawa anak-anak.. sila ukur ketinggian anak dahulu ye... di Safari ini.. jika ketinggian anak tidak sampai 90cm.. so dibenarkan masuk percuma.. tetapi jika ketinggian lebih (walau umur muda) , still kena bayar yea..... setelah diukur ketinggian, ke 2-2 anak saudara i dikenakan bayaran tiket kanak-kanak.

ukur ketinggian dulu ye.. lebih dari 90cm.. sila bayar untuk masuk ye...

Kerana kami sampai awal.. so pendek sahaja barisan untuk beratur


so gambar dibawah ini antara program yang ditawarkan di safari ini



promosi dan harga yang ditawarkan di sini

jika anda pemegang my kad harga promosi yang ditawarkan ialah rm28 untuk adult dan rm18 untuk child untuk masuk ke Safari dan Night Jungle

jadual show untuk ditonton untuk program siang dan juga untuk program malam atau night jungle

so anda akan dapat gelang kertas seperti i pakai ini.. sila jangan tanggal & hilangkan coz dekat gelang ini ada bar code... jika anda berniat bercuti di sini sehingga malam.. so lepas pukul 10pm baru tanggal ye,,

So, sila enjoy gambar-gambar dibawah .. untuk maklumat lanjut.. hehehe

park entrance

bersemangat my nephew nak masuk ke safari

dekat sini anda kena beli tiket tram ye.. untuk ke safari



actually terdapat berjenis-jenis TRAM disini .. tetapi ketika kami sampai.. tram berbentuk inilah yang kami naiki

tiket tram yang berharga RM1. .sila jangan hilangkan ye


sempat bergambar di tepi TRAM sebelum naik


didalam tram

So bermulalah perjalanan kami ke safari ini... actually beza safari dan zoo ialah.. di safari anda akan melihat binatang-binatang betul-betul dekat.. especially binatang liar...tetapi anda berada didalam tram ketika melihat binatang-binatang liar tersebut. Ketika berada didalam tram, anda tidak boleh buka tingkap kerana ini boleh membahayakan anda dan penumpang lain...



ketika di safari ini. .anda boleh lihat gambang water park dengan jelas sekali




Actually anak saudara i tidak berani naik unta ini kerana bau "busuk" kata mereka.. terdapat 2 ekor unta disini. .so jika berminat anda hanya perlu bayar rm10 sahaja.

Di bawah ini adalah  antara pemandangan dan binatang yang terdapat didalam safari ini






DI bawah ini adalah gambar binatang yang i larat upload.. hehehehe



kusyuk kanak-kanak ini melihat singa dari tingkap - jarak dekat tu


Actually banyak lagi gambar-gambar binatang, jadual show binatang di dalam safari ini, tempat makan didalam safari ini serta gambar ketika kami pergi zoo malam yang i tidak sempat upload... so dont worry i akan sambung entry ini didalam part 2 selepas ini... .

Tqvm kerana sudi membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. .luv!! muahhh!!!


10 ALASAN KENAPA ANDA TIDAK PATUT KEMBALI KEPADA BEKAS KEKASIH

 

 

Actually ketika ini i patut berada di Kerteh, Terengganu ...tetapi kerana dugaan kecil menimpa i dipagi hari,  my car tyre tetiba pancit terkena paku.. so semua appointment dan schedule hari ini terpaksa di batalkan... so dengan mood yang agak "kureng" bagus di pagi hari ini. ..i ingin berkongsi 10 alasan kenapa anda tidak patut kembali kepada bekas kekasih anda.. so bagi sesiapa yang confuse sama ada ingin kembali kepada bekas kekasih anda atau tidak...mungkin 10 reason ini patut anda pertimbangkan..  so this is "10 REASON WHY YOU SHOULD NOT GET BACK WITH YOUR EX"

 

1. Dia pasti akan tinggalkan anda kembali ...

 

Hahaaha... mungkin ayat diatas amat kejam.. tapi inilah NO.1 reason yang pasti akan terjadi.. walau kelihatan EX anda begitu menginsafkan.... seolah-olah takkan mungkin mengulanginya lagi sampai bila-bila.. atau sanggup mati kerana anda... tapi reality is... sekali buat.. .biasanya pasti akan buat lagi...  pesan orang berilmu.. sekali kita dah termasuk lubang ular... pastikan tidak termasuk untuk kali ke2.


2. Hubungan cinta pasti tidak seindah dulu.. kerana kepercayaan makin menipis


Ia... mana mungkin  hubungan kalian akan sama seperti dulu... kalau pinggan dah retak.. manakan mungkin dapat dicantum balik seperti dulu...


3) Rakan-rakan dan ahli keluarga anda pasti kurang menyukai keputusan anda


Kebanyakan rakan dan ahli keluarga anda pasti tidak menyukai keputusan anda atau menyokong keputusan anda.. silap haribulan "kena kutuk dan perli depan-depan lagi" dan ada kes.. sanggup pula bertaruh anda akan ditinggalkan sekali lagi..... dan mula menjauhi anda...

 

4) Cinta baru anda jika dicari dan disemai insyaallah jauh lebih indah dari cinta lama.. malah anda akan dapat meluaskan lagi pergaulan dan pengalaman dengan insan baru.

 

Anggap saja peluang perpisahan anda berdua dengannya adalah "rezeki" tuhan bagi untuk anda bertemu dan bercinta dengan insan yang jauh lebih baik dari Ex anda... so rugi besar ye.. jika tidak diambil "rezeki" ini...

 

5) Nampak sangat anda tidak "laku" atau masih "tergila-gilakannya"

 

Actually walau anda dikelilingi oleh jutaan peminat sekali pun... ramai orang masuk meminang.. ajak kahwin sekali pun.. perkara itu tidak mencukupi untuk Ex anda atau orang sekeliling anda... untuk memandang anda seorang yang berkeyakinan tinggi atau berani melangkah jauh untuk hubungan baru yang lebih baik dan hidup lebih secure....

 

6 ) Anda mungkin hanya "pelepas sepi" Ex anda

 

Anda wajar memikirkan kemungkinan besar Ex anda merayu kembali kepada anda kerana dia kesunyian atau mungkin gf @ bf baru mereka sebenarnya meninggalkan mereka.... .so, untuk menghilangkan kesedihan Ex anda pun mencari anda....

 

7) Kekasih baru Ex anda tidak sehebat anda

 

Mungkin ketika mula-mula berkenalan.. EX anda merasakan betapa hebatnya kekasih baru mereka.. tetapi setelah lama bercinta baru Ex anda menyedari .. yang anda jauh lebih hebat dari kekasih baru mereka dan mungkin juga kerana menyedari anda mempunyai potensi untuk pergi jauh... biasalah orang zaman sekarang tidak kira jantinakan semua mahukan kesenangan.. hehhehehehe

 

8) Ex anda hanya ingin menguji anda

 

Kadang-kadang Ex anda hanya ingin menguji anda samaada anda masih menyintai mereka atau tidak.. yelah.. mana tahu walau apa pun yang Ex anda lakukan anda tetap tergila-gilakan mereka... so tentulah EX anda boleh berbangga bila bercerita kepada rakan-rakan dan keluarga betapa tergila-gilanya anda kepada EX anda...dan sekaligus memberitahu betapa besarnya "market" dan harga mereka...

 

9) Ingin membalas dendam kepada kekasih baru @ membuat kekasih baru cemburu

 

Perkara ini juga sering terjadi.. kadang-kadang anda hanya dijadikan alat untuk Ex anda untuk membalas dendam kepada kekasih baru..@  membuatkan kekasih baru cemburu.. yelah siapa tak sakit hati  @ cemburu jika tahu Ex @ bf kembali semula kepada Ex mereka... so sila berhati-hati ye...

 

10) Ini adalah Masa untuk memulakan hidup baru 

 

Jika anda kembali kepada Ex anda ... ia akan menutup peluang anda untuk memulakan hidup baru.. dan berkenalan dengan orang baru yang jauh lebih baik dari Ex anda...siapa yang tak nak mulakan hidup baru yang lebih indah???... so tinggalkan Ex anda.. dan cari lah insan baru yang berlambak-lambak single mingle di pasaran sekarang.... so please bangkit.. .dan carilah insan baru lain.. anda pasti tidak menyesal... heheheh

Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya... luv!!!!



Selasa, 1 April 2014

Khasiat Roselle




air roselle yang direbus oleh i.. tqvm to my frenz , wan atas roselle ini-- actually roselle arab bersaiz jauh lebih besar dari roselle jenis ini

Sebelum meneruskan sambungan entry tempat makan best... saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang tumbuhan menakjubkan ini...

Jika anda mempunyai masalah kencing kotor... kekurangan vitamin C dan mahukan kulit yang cantik dan antibodi yang kuat... anda boleh cuba dari sekarang mengamalkan minuman roselle semulajadi ini... Pokok roselle ini amat mudah ditanam walaupun didalam pasu, so rasanya tiada alasan untuk anda tidak menanamnya lebih-lebih lagi selepas anda membaca khasiat-khasiat yang banyak pada tanaman roselle ini...

Jika anda perasan kebanyakan produk stemcell dan kolagen pasti antara bahan-bahannya adalah roselle...  so, jika anda mahukan khasiat terus dan semulajadi... sila rajin-rajin amalkan air rebusan roselel segar...

Roselle ialah antara buah yang agak popular dan sering dijadikan sebagai air minuman kordial. Buah ini juga amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya dalam proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman yang menyerang tubuh manusia.
Kini, tanaman ini dilihat mempunyai peluang dan potensi yang besar untuk dikembangkan menjadi tanaman industri selain meningkatkan sumber ekonomi. Di Sudan, Roselle diproses untuk dijadikan minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh minuman kebangsaan orang Sudan.


Roselle merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan vitamin C, mineral dan serat.
Roselle juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg kalsium, iaitu jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.
Ramai saintis percaya bahawa  pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas lantaran ia kaya dengan antioksidan.
Selain itu, ia juga mampu membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengatasi tekanan darah tinggi, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh.
Tambahan pula, Roselle juga mempunyai khasiat yang tinggi bagi mengubati penyakit-penyakit seperti:
Mencegah penyakit kardiovaskular.
Mencegah kanser
Demam panas/selesema.
Resdung (alergi) dan lelah (asma).
Stress/sukar tidur
Melancarkan peredaran darah
Mencegah peradangan pada salur kencing dan pembentukan batu karang
Mencegah penyakit jantung
Mengubati pening kepala/migraine 

****Roselle mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 milligram bagi seuap 100gram roselle kering. Selain itu”setiap 1009 roselle segar mengandungi 2,85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin 81,0.06 vitamin 82 dan 0.05 mg vitamin 92 kompleks.


So, apalagi lepas ini boleh cari roselle ye.. dan paling penting rebus dan minum roselle sebaiknya tanpa gula putih atau digantikan dengan gula perang atau gula batu. .tetapi lebih baik jika diminum begitu saja tanpa campuran manisan. 

Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya.. luv!!!

Ahad, 30 Mac 2014

Khasiat Cuka KURMA @ KHAL KURMA



image dari google.. - actually i telah mencuba 2 jenis cuka kurma dari Iran.. brand Varda & Sahra.. jika di tanya taste saya... saya lebih mengemari brand Varda



Assalammualaikum wbt... so kerana sudah lama tidak menulis blog kerana kesuntukkan masa dan kelecehan my internet line.. .hari ini i sedaya upaya menyiapkan satu entry khas untuk pembaca-pembaca my blog tersayang.... 

Hari ini saya ingin berkongsi tentang kepentingan dan manfaat cuka kurma..salah satu makanan sunnah yang cukup famous....terutama di negara arab...Jika anda mencari supplement @ makanan kesihatan yang boleh membantu mengurangkan berat badan dan kolesterol malah amat bagus untuk pesakit kencing manis.. cuka kurma adalah alternatif makanan sunnah terbaik dalam menyelesaikan masalah ini.... untuk keterangan lanjut tentang keistimewaan makanan sunnah ini.. sila baca entry ini hingga habis..... hehehehehe

So, berikut adalah antara keterangan hadis dan faedah-faedah cuka kurma ini...

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.a), Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Baginda SAW ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi kesihatan yang baik..

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim),  khasiat cuka kurma di antaranya adalah :-

- dapat mencegah berlakunya pembengkakan pada badan seperti bisul & kanser
- membuang darah kotor & melancar aliran darah
- mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
- melancarkan pergerakan usus
- merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
- memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
- menurunkan tahap kolesterol
- mengimbang tahap asid & alkali dalam badan & mengeluarkan lebihan garam
- membakar kalori dengan cepat
- membuang toksin
- merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
- penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang dan gigi
- mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dalam perut
- merawat masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu)
- mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
- melancarkan pengeluaran susu ibu - melancarkan perjalanan darah yg berketul dalam perut (masalah gangguan haid)
- memperbaiki fungsi limpa
- menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

Actually ramai pengguna cuka kurma di negara kita .. biasanya mengamalkan cuka kurma selepas makan especially selepas makan berat kerana ingin mengurangkan lemak @ mengurangkan lemak badan.. tetapi sebenarnya cuka kurma lebih elok di minum sejam sebelum makan untuk mendapat lebih banyak khasiat dan fungsinya... walaupun begitu di nasihatkan untuk mereka yang menghadapi problem perut @ gastrik.. supaya membancuh cuka kurma ini dengan air suam dan madu. Bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan digalakkan meminum cuka ini satu sudu besar begitu sahaja.

Bagi mereka yang baru sahaja meminum cuka kurma ini.. kebiasaannya anda akan menghadapi sakit tekak dalam satu minggu ke 2 minggu berpandukan badan anda sendiri... ini adalah kerana cuka kurma biasanya akan mengeluarkan semua lendir-lendir dalam tubuh kita... dan kerana sebab itu tekak anda akan berasa sakit.. tetapi setelah 2 minggu penggunaan kebiasaannya. .tekak anda akan berasa normal.

Ada pendapat mengatakan cuka kurma tidak sesuai diminum oleh wanita ketika dalam haid... kerana ia akan menambahkan lagi hari pengaliran haid... jadi digalakkan supaya wanita yang datang haid tidak meminumnya.. jika ingin juga minum dinasihatkan supaya mengurangkan sukatannya @ hanya sedikit sahaja.

Selain cuka kurma terdapat juga cuka epal, cuka anggur dan cuka delima.. tetapi banyak pendapat mengatakan cuka kurma paling sesuai untuk perubatan dan lebih digalakkan. Cuka kurma rasanya jauh lebih manis dan kurang asid dari cuka epal dan cuka anggur.. malah anda tentu mampu meminum cuka kurma tanpa air... berbeza dengan cuka epal dan anggur.. anda terpaksa minum ke 2-2 cuka ini dengan air kerana terlalu masam dan lebih "berasid"... dan cuka epal dan anggur ini lebih digalakkan digunakan dalam masakan. Walau bagaimana pun terpulang pada selera dan badan masing-masing untuk memilih cuka kegemaran.

Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya.. luv! muuuahhh!!


*** digalakkan untuk minum cuka kurma ini 2x sehari pagi dan malam... base on my mum story.. ada 2 orang jiran di perumahan i yang sembuh sakit jantung dengan hanya minum cuka kurma dan di campur madu... so untuk pesakit jantung... please try.... luv
 


ini adalah link artikel adakah cuka buah selamat di minum ketika haid? Adakah Cuka Buah Selamat Di minum ketika Haid?.

Ini link untuk khasiat cuka epal KHASIAT Cuka Epal



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...