Senarai top 7 Exchanger mata wang kripto / digital dunia di www.coinmarketcap.com |
Assalammualaikum wbt
dan salam sejahtera.
Dunia mata wang
kripto / digital berkembang dengan amat pesat semenjak tahun 2015 lagi. Namun
ia makin boom (terkenal) apabila memasuki tahun 2017 dan terus terkenal dan
berpengaruh memasuki abad 2020.
Wujudnya ethereum
pada tahun 2014, 5 tahun selepas kewujudan bitcon sebagai mata wang digital
pertama dunia, membuatkan lebih dari satu pilihan yang ada dalam dunia mata
wang digital selain bitcoin. Sebelum ethereum, wujud litecoin sebagai mata wang
digital kedua. Namun kewujudan ethereum yang mewujudkan platform terbuka dan
‘smart contract’ / kontrak pintar yang membenarkan mata wang digital lain
menggunakan platform milik ethereum iaitu ERC20, akhirnya beratus mata wang digital / kripto
wujud dalam dunia crypto currency ini.
Apabila sesuatu
perkara memberi manfaat, dunia akan bersungguh-sungguh memberi kerjasama.
Selepas wujudnya platform terbuka ciptaan ethereum, maka berlumba-lumba mata
wang digital lain bersetuju ‘smart contract’ dengan ethereum. Wujud juga mata
wang lain yang tidak menggunakan platform ethereum dan membina platform
sendiri.
Dalam waktu yang sama
wujud laman web www.coinmarketcap.com yang dibina khas untuk pemain dan pelabur kripto
mengetahui berapa banyak mata wang digital tulen yang wujud, baru dan lama. Sebesar
mana mata wang kripto tersebut sudah dibeli dan dimiliki.
Bagaimana
anda ingin tahu berapa jenis mata wang digital yang wujud?
Apakah
nama-nama wang digital itu?
Besar
manakah PASARAN MODAL (market cap) jenis wang digital itu, contoh pasaran modal
paling tinggi ialah mata wang digital bitcoin, diikuti ethereum kemudian ripple
XRP.
Berapakah
jumlah transaksi mata wang digital ini? Untuk satu hari? Seminggu? Sebulan,
setahun atau sepanjang masa?.
Bagaimanakah
rupa graph turun naik mata wang digital ini? Harga paling rendah dan harga
paling tinggi?.
Dimanakah
profail pemilik dan pengasas syarikat juga hala tuju syarikat boleh di baca?
Soalan
untuk semua jawapan di atas anda boleh temui di www.coinmarketcap.com .
Coin market cap ini
umpama bskl atau klci yang terhimpun segala mata wang digital yang telah Berjaya
di listingkan di mana, mata wang digital ini mempunyai sekurang-kurangnya 2
jenis EXCHANGER untuk jual dan beli.
EXCHANGER (penukar)
Exchanger untuk wang
kripto adalah satu platform kepada mata wang digital / kripto. Disinilah
berlaku urusniaga aset digital berbentuk wang kripto di atas talian di seluruh
dunia. Disini semua pemain dan pelabur kripto melakukan jualan dan belian atas
talian.
Apabila wujud pihak
atau individu yang mempunyai mata wang kripto dan ingin menjualnya, disinilah
platform untuk mereka jual aset digital (mata wang kripto) mereka ke exchanger.
Maka berlakulah jual
beli di exchanger.
Exchanger ialah ‘orang
tengah’ bagi jual beli mata wang kripto / digital ini. Setiap transaksi pasti
ada caj yang dikenakan. Ada exchanger yang mengenakan caj yang jauh lebih murah
dan ada exchanger yang mengenakan caj sederhana untuk transaksi pembelian ini.
www.coinmarketcap.com juga
menyenaraikan senarai exchanger bagi wang digital / crypto . Anda boleh melihat
beberapa ratus senarai exchanger yang wujud di laman www.coinmarketcap.com ini.
Antara exchanger popular
di kalangan pemain crypto dunia ialah binance yang berada di kedudukan ke 4 dalam senarai exchanger paling berpengaruh di dunia mata wang kripto / digital.
LUNO yang diiktiraf Securities Commission Malaysia ini berada di tangga ke 130 dalam senarai exchanger popular dunia di www.coinmarketcap.com |
Di Malaysia, antara
Exchanger popular ialah Remitano dan Luno.
Luno ialah exchanger
pertama yang diluluskan oleh Securities Commision Malaysia untuk jual beli mata
wang crypto di Malaysia.
Buat masa ini, Luno Malaysia hanya merupakan exchanger bagi 2 matawang kripto / digital iaitu bitcoin dan ethereum.
Artikel mengenai LUNO akan disiarkan selepas beberapa artikel mengenai mata wang kripto / digital selepas ini.
Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan