imej di ambil dari google |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya melihat beberapa video
menceritakan bagaimana bitcoin ini mula diperkenalkan dan digunakan seluruh
dunia. Asal bitcoin dan asal perkataan bit itu.
Dalam sebuah video yang menarik
ia menemuramah beberapa pakar dalam bidang masing-masing didunia. Pelbagai
pendapat berbeza mengenai bitcoin dan mata wang digital ini.
Namun dalam pelbagai pendapat dan
video yang ditonton saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya faham dan
boleh dikongsikan mengenai mata wang kripto dengan anda dalam artikel kali ini.
Dalam satu temuramah lama (video
hitam putih) , berpuluh tahun dahulu seorang tua mengatakan pendapat beliau
dimana internet akan menjadi sebuah ‘medan paksaan’ dimana sama ada anda inginkan
atau menolak semahunya anda tetap terpaksa menggunakan internet ini.
Dalam satu temuramah lain juga
berbelas tahun lepas, seorang tua yang lain berkata ‘suatu hari nanti akan
wujud dimana A menghantar duit ke B, A tidak mengenali B , dan B juga tidak
mengenali A, semua ini akan wujud atas talian’.
Betul kata-kata orang tua itu.
Hari ini belian di shopee Malaysia, anda hanya tahu barang yang anda beli,
namun anda tidak pernah kenal dan tahu siapa penjual yang menjual secara
lansung di shopee Malaysia yang tinggalnya nun jauh di China. Itu baru shopee,
belum lagi lazada mahu pun EBAY.
Kemudian video itu menunjukkan
temuramah dengan seseorang yang agak pakar dalam dunia mata wang kripto dan
blockhain. Beliau berkongsi cerita.
“Nenek bertanya kepada saya di
makan malam ‘thanks giving’. Apa itu bitcoin?.” Saya menjawab, “masihkah nenek
ingat bagaimana satu waktu dahulu, dari duit kertas kita guna dan tandatangani
cheque?, kemudian dari teknologi cheque itu kita tukar kepada kemudahan kad
VISA dan kita kena tandatangan di atas kertas untuk setiap pembelian?. Bitcoin
ini adalah revolusi seterusnya untuk sistem pembayaran, pembelian yang akan
mengantikan sistem kewangan sekarang.
Saya melihat video lama berputar,
sekitar tahun 1940an, ia agak rumit untuk diterangkan maka cukuplah dikatakan
bahawa, 3 ribu tahun lampau dahulu manusia menggunakan emas dan perak sebagai
mata wang dalam setiap transaksi pembelian dan urusniaga. Kemudian kerajaan
menukarkan emas dan perak kepada duit kertas.
Pada tahun 1944 selepas perang
dunia berakhir, United Nation Mandatory memulakan draft sistem kewangan
terbaru. Mata wang USD / Amerika di pilih menjadi mata wang dunia kerana ketika
itu mata wang Amerika / USD itu dikatakan setanding dan setaraf emas nilainya.
Pada Ogos 1971 - Mata wang fiat di perkenalkan, ia
berpandukan kerajaan tanpa apa-apa sandaran. Kerajaan ada hak untuk mengatakan
sesuatu itu ada nilai untuk duit dan tiada serta ia harus diterima. Malah
kerajaan ada hak untuk mencetak duit yang mereka mahu dan keluarkan.
Seiring masa dan teknologi mata
wang kini adalah dalam bentuk digit dalam data dunia perbankan seluruh dunia.
Anda tidak perlu melihat fizikal duit, anda hanya perlu melihat digit dalam
akaun perbankan anda dan anda boleh menjual beli atas talian.
Jika duit fiat boleh di jual beli
atas talian, tanpa perlu dalam bentuk fizikal, mengapa perlunya bitcoin dan
mata wang digital ini?.
Soalan ini selalu di war-warkan
dalam pelbagai temuramah dalam setiap video mengenai mata wang kripto ini.
Ada beza yang amat besar mengenai
mata wang kripto dan fiat, oleh kerana artikel mengenai penerangan ini amat
panjang, ia akan ditulis dalam artikel akan datang.
Terima kasih.
Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan