Sabtu, 17 September 2016

Tempat Menarik Di Melaka :- Emily Traveller Home Part 3


Assalamuaaikum wbt & salam sejahtera.

Emily traveller Home turut menyediakan perkhidmatan sewa basikal untuk mereka yang menginap di rumah pengembara ini. 

Saya berpeluang menggunakan basikal ini disini beberapa Kali.


Untuk artikel bahagian ketiga ini saya bawa anda melihat sambungan bilik seterusnya dibahagian bawah rumah pengembara ini.


Selesai menyusur bilik hujung anda akan melihat lukisan gambar kura-kura yang akan membawa anda melalui Jalan batu is time a Yang cantik.

Diatas gambar kura-kura ini terpapar pelbagai gambarajah peta Melaka Dan tempat-tempat menarik disekitar Melaka.



Lihat lukisan Dan tulisan diatas Yang turut dilakarkan oleh pengembara disini.

Anda akan berjumpa dengan beberapa kura-kura yang hidup Dan berenang dikolam selepas ini.

Antara tulisan Dan lukisan menarik yg ringkas sebagai kenang-kenangan.



Ditepi gambar kura-kura ITU juga terdapat sebuah lagi bilik istimewa.

Untuk info, disini terdapat bilik katil bujang Dan bilik kelamin. Harga pada bulan MAC tempoh hari untuk sebuah bilik katil bujang sehari hanya RM60 & katil kelamin atau bujang 2 Buah ialah Dari serendah RM120 sehari. Harga ini saya tidak Tahu masih kekal atau berubah seiring kenaikan kos semasa.


Didinding rumah penggembara ini juga ditinggalkan pelbagai tulisan lain yang turut Memberi 'makna' tersendiri di setiap dinding-dinding yang anda sulusuri.


Tingkat atas rumah pengembara ini juga terdapat barisan bilik untuk anda duduki jika bilik dibawah telah penuh.


Berhampiran bilik 'Argentina' ini terdapat 2 tiang merah berhias indah dengan lukisan & tulisan pengembara yang pernah singgah disini yang akan membawa anda ke 'ruang' yang lebih mempersonakan.

Anda akan dapat melihat pintu tiang merah ini dari laluan bilik bawah lagi.

Berhampiran tiang merah ini terletak tandas Dan ditepi tandas ini terdapat tangga menuju ke bilik atas.

Barisan buku & kelengkapan tandas berhampiran tandas.




Tangga dikiri Dan kanan untuk anda pilih ke tingkat atas.




Menaiki tangga dibahagian kiri anda boleh melihat Pokok menghijau juga bilik rumah Kayu yang turut terdapat dirumah pengembara ini.



Lihat dengan jelas tangga yang anda akan lalui Dan pemandangan anda ketika turun naik. Inilah pemandangan setiap hari saya selama 5 bulan menginap disini.


Indah sahaja hari jika anda sentiasa dikerumuni pepohon menghijau Dan suasana rumah antik ini.

Gambar diatas ialah gambar saya menaiki tangga untuk ke bilik saya ditingkat atas.


Lihat dengan jelas rumah kecil (ia juga bilik untuk pengembara) yang sentiasa saya lihat ketika menuruni dan menaiki tangga juga tumbuhan sekeliling.


Bilik yang saya diami disini ialah bilik 'Ireland' bilik paling hujung disini yang paling berdekatan tangga menuju ke tandas dibawah & berhadapan ampaian baju.





Bilik 'Ireland', bilik saya menginap dan bilik ini tiada plug. Anda perlu caj laptop @ handphone ditingkat bawah, kadang kala saya terpaksa menumpang plug jiran saya dihadapan bilik ketika mula-mula menginap disini.


Antara barisan bilik lain disini.


Antara bilik jiran terdekat saya. Lihat tinggalan coretan pengembara disini.


Antara bilik yang dipenuhi lukisan.


Keunikan setiap bilik disini.


Juga lukisan dan tulisan pengembara.


Gambar pemandangan bilik dimalam hari.



Terus berjalan menuju bilik hujung dan tangga ke ruang tamu.



Tangga bawah menuju ke ruang tamu atau ruang bawah.


Lukisan gergasi istimewa yang terletak berhampiran pintu ditingkat atas dimana ada bahagian berehat 'out door' yang terpaksa ditutup untuk sementara waktu.



Antara pemandangan disini.


Lukisan antik yang penuh 'makna' tersirat.


Tangga menuju ke ruang tamu atau ruang bawah untuk anda berehat.


Bahagian 4 akan diteruskan selepas artikel ini.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...