Rabu, 28 September 2016

PENDAPATAN ADSENSE KEKAL AKTIF

Paparan Akaun Adsense terbaru saya pada pagi ini
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dihujani pelbagai dugaan dalam hidup juga dalam bidang blogging, tetapi rezeki tetap rezeki yang Tuhan anugerahkan kepada hambanya yang berusaha dan terus bersangka baik denganNYA.


Dalam kesibukan dan dugaan , blog ini semakin jarang dikemaskini semenjak awal tahun 2016 lagi.  Sekaligus masa yang diambil mengemaskini blog juga semakin kurang kerana asakan masa yang pantas berlalu serta kekurangan bahan untuk menghasilkan artikel termasuk masa, line internet, laptop yang bermasalah dan sebagainya.

Rezeki dalam blog adalah kekal rezeki pasif yang tidak pernah disangka. 
Akaun adsense saya masih kekal berjalan di blog ini dan 2 lagi blog saya yang lebih setahun tidak aktif di kemaskini.

Istimewa pemilik akaun adsense, selama mana iklan dan pengunjung serta pembaca mendatangi blog anda, selama itulah pendapatan pasif akan terus berjalan.

Saya adalah antara blogger kurang aktif dan berblogging hanya untuk suka-suka , dan alhamdulillah saya tetap berkesempatan menerima pendapatan dari ADSENSE.

Siapa ingin beri anda percuma USD100? tanpa anda sedari?

Saya antara blogger yang apabila membuka dashboard Adsense sentiasa bersyukur dengan jumlah yang tertera di paparan.

Selepas Nuffnang, Exabytes, Adsense dan pendapatan dari produk yang saya pasarkan. Blog adalah antara pendapatan pasif yang amat saya gemari dan sukai.

Menjadi pemilik akaun Adsense semenjak pertengahan tahun 2015, adalah antara rezeki blogging dari Tuhan yang harus saya syukuri kerana saya tidak pernah menyangka ia akan membantu saya dalam banyak perkara.

Bagi anda yang mempunyai pelbagai perkara dan ilmu menarik untuk dikongsikan. Mula berblogging dari sekarang.

Anda pasti akan bertemu ramai peminat blog anda yang meminta pendapat serta menyokong penulisan dan produk anda.

Terima kasih untuk anda yang terus menyokong blog ini.

Tanpa anda, pendapatan pasif saya tidak akan terus berjalan jika anda tidak pernah mengoogle segala apa yang terdapat didalam blog ini.


Terima kasih.




4 ulasan:

Rozita Abdul Rahman berkata...

tahniah... saya baru je kenal adsense... kesian dah agak terlambat.. huhu

Qisya Khadeeja berkata...

Wahhh.. Atleast kenal juga.. Dah dpt adsense kah? Tgk blog puan ramai folower & page view..
Alhamdulillah & tqvm ye.

babab berkata...

terbaik!! keep on blogging sis

Qisya Khadeeja berkata...

Tqvm. Doakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...