Ahad, 10 April 2016

Rutin Baru...


begambar di pejabat
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang,
Ini adalah sambungan kisah saya di Melaka dan diet saya sebagai antara mereka yang mengharungi TSW / Ekzema untuk mereka yang terus menjadikan blog ini sebagai rujukan dan motivasi.

sabun basuh organik pilihan saya
Ia seperti orang lain , setiap pagi saya akan membasuh pakaian saya menggunakan sabun serbuk pencuci pakaian organik. Ia diperbuat dari semua bahan yang 'selamat' dan tanpa buih, untuk setakat ini sabuh ini 'agak sesuai' untuk kondisi saya. Saya tidak perlu memakai sarung tangan ketika membasuh baju. Sebelum berada disini, saya hanya menggunakan sabuh 'buah lerak' atau soap nut sebagai pencuci pakaian saya atau baking soda dan cuka putih sebagai pengganti sabun pencuci pakaian kerana kondisi kulit saya yang sensitif kerana  mengalami masalah ekzema.

antara bahan-bahan makanan yang dibeli di pasaraya giant
Jika sebelum ini saya hanya berkongsi antara barangan dan produk makanan dan bahan organik dengan anda. Sejujurnya saya juga tidak terlepas dan tidak boleh mengelakkan menggunakan dan menikmati produk dari bahan bukan organik.

pilihan biskut yang lebih sihat Jacob's dan bikut Loacker yang memaparkan iklan non-gmo di television serta tanpa trans fat.
Bahan organik selain agak sukar dan agak jauh untuk saya dapati selain kedai organik terdekat yang tutup jauh lebih awal , serta kos sara hidup yang harus dibudget, saya tetap memilih barangan biasa atau bukan organik di pasaraya Giant di Mahkota Parade yang sering saya kunjungi.

Seperti biasa lobak pilihan saya mestilah dari australia, buah oren saya lebih sukai dari Afrika, jagung dan buah-buahan tempatan, Sesekali saya tetap membeli buah epal dan buah import kerana ia lebih tahan lama, walau bagaimana pun itu hanya jika saya amat sukar mendapatkan buah tempatan yang lebih segar.

antara pilihan sayur dan bahan organik untuk masakan
Antara sayur organik dan bahan organik yang sering saya beli ialah telur organik, kobis manis, saderi dan cili api. Itu adalah antara menu paling mudah saya masak dan lebih tahan lama jika disimpan.

antara produk organik pilihan saya, roti sourdough, biskut kacang hijau, buah naga dan keledek manis
Alhamdullillah antara perkara paling saya syukuri disini saya juga bernasib baik kerana tidak sukar untuk saya mendapatkan roti sourdough yang jauh lebih sesuai diet yang lebih sihat atau mereka yang masih dalam pemulihan atau menjaga kesihatan usus yang lebih baik. Saya akan menulis satu artikel khas mengenai roti sourdough dalam artikel akan datang.

Selain telur organik, roti sourdough antara menu wajib dibeli saya ialah sebiji buah naga merah dan beberapa biji keledek manis tempatan yang sedap dan enak.

telur organik yang siap digoreng bersama minyak zaitun  dara palestin
kobis manis organik yang siap digoreng bersama minyak zaitun dara palestin
jagung manis organik yang siap sedia direbus

Sebelum terlupa, jagung organik juga adalah antara menu kegemaran saya. Saya sering memilih jagung manis yang mempunyai diskaun 30% berbanding 20% atau tanpa diskaun (ia berdasarkan berapa hari jagung tersebut berada di kedai organik).


kobis manis goreng masakan paling mudah
Bangun awal pagi, dan mula memasak seawal 6.30am atau paling lewat jam 7am , saya hanya memasak menu paling mudah dan cepat.

palestin extra virgin oil
Terpulang kepada keadaan dan cara masakan , kadang kala saya menggunakan minyak zaitun dara Palestin untuk menumis sayur atau menggoreng telur atau hanya menggunakan minyak kelapa sawit jenama SAJI.

Jika mengguanakan minyak SAJI, saya akan mengguanakan minyak zaitun dara Palestin hanya sebagai renjisan dalam masakan saya termasuk nasi.

pencuci pinggan mangkuk organik
 Selesai memasak, saya akan menggunakan pencuci pinggan mangkuk organik sebagai bahan pencuci pinggan mangkuk kerana kondisi kulit sensitif saya yang pernah diserang ekzema termasuk dibahagian tangan dan tapak tangan. Alhamdulillah setakat ini pencuci pinggan organik kurang bahan kimia ini sesuai dengan saya.


kucing mengada yang disayangi ramai, Tuah

Setiap kali memasak saya akan ditemani kucing gemuk berbulu tebal hitam putih si Tuah yang sombong apabila kita ingin bermesra dan manja apabila kita sibuk ingin bersiap-siap untuk pergi kerja.

Boboy , arnab berbulu coklat gelap dan berjanggut
Saya juga turut ditemani si arnab berbulu coklat gelap dan berjanggut bernama Boboy yang setiap hari akan datang menghampiri kaki saya meminta lobak atau sayur-sayuran untuk sarapan pagi.

barang berat yang sentiasa dibawa saya setiap pagi berjalan kaki
 Ber 'backpacker' setiap hari setiap pagi dan petang membawa ke malam, ke pejabat, berjalan-jalan, membeli belah, cuci-mata dan sebagainya. Antara exercise yang dilakukan oleh saya setiap hari.

Jangan salah sangka, pejabat saya hanya 3 minit dari traveller home tempat saya menginap.

antara nasi lemak kegemaran untuk sarapan pagi
 Menu sarapan saya selain roti sourdough, atau oat dengan koko serta susu kambing serbuk, ialah nasi lemak. Saya boleh menikmati sehingga 2-3 bungkus nasi lemak sehari untuk sarapan pagi saya. Umum tahu kegemaran saya ialah masakan bersantan asli.

yogurt asli dan buah segar untuk sarapan pagi
Sesekali saya menambah yogurt dan buah asli sebagai antara sarapan berkhasiat saya selain selingan roti sourdough dan mentega anchor.

minuman pagi wajib saya kopi tenum atau koko organik yang dicampur oat organik dan susu kambing serbuk
Setelah bersarapan, masa untuk makan tengah hari...

bekalan makanan yang dibawa
 Memang mudah menggunakan periuk nasi Elba serbaguna yang memudahkan kehidupan saya, Ia amat mudah dibawa kemana sahaja, dimasak dimana sahaja dan dipanaskan dimana sahaja. Malah , housemate saya juga sudah mula bertanyakan tentang periuk ajaib serbaguna ini dan mula mencari untuk membeli, maklumlah hidup di Bandar Hilir Melaka, jika anda tidak pandai mencari tempat makanan murah dan sedap, anda akan menghadapi kos sara hidup yang bukan sedikit, dan saya pula yang terpaksa menjaga diet, menikmati makanan diluar adalah sekali sekala sahaja dan jika malas memasak atau terpaksa dan kerana sudah bosan dengan masakan sendiri dan menu yang sama.

mudah bukan
 Penggunaan periuk letrik yang paling mudah.

saya sering mendapat sambal percuma dari Dyra, adik yang baik hati dan pemurah
Istimewa di Bandar Hilir Melaka ini saya sering mendapat sambal percuma dari Dyra yang rajin membawa masakan ibunya dari rumah. Selain sekali-sekali sahabat lain membawa ketupat anyaman asli yang sungguh sedap.
selfie di pejabat
 Walau kerap menikmati masakan yang berat. Makanan manis dan barat yang sentiasa dimasak oleh Kak Tina yang pemurah, saya juga kerap menikmati makan malam nasi lemak sedap berhampiran tempat tinggal saya. Saya kadang-kala menikmati 2 pinggan nasi lemak untuk masakan malam. Alhamdulillah sehingga kini berat badan saya masih terkawal walau nafsu makan saya disini makin menjadi-jadi (sebenarnya saya memang kuat makan semenjak kecil lagi).

bergambar di ruang pejabat
dinner yang dimasak percuma oleh Kak Tina untuk saya - Chicken with basil and salad
kek lobak moist yang amat sedap dari Kak Tina- saya siap beli kek ini untuk menu desert saya selama 5 hari tetapi tetap tidak muak dan rasa nak lagi dan lagi.. dan lagi
tempat saya meng 'caj' handphone dan laptop, juga tempat Kak Tina men'baking'
Menikmati pelbagai makanan yang dimasak oleh Kak Tina, belum lagi masakan yang dibeli dan dimasak sendiri, jadual waktu saya yang banyak bergerak, mengurangkan risiko kenaikan berat badan saya. Hampir setiap hari saya akan ke Mahkota Parade atau Dataran Pahlawan. Dan hampir setiap malam minggu saya akan mengelilingi bandar Melaka ini.

Mahkota Parade
 Pasaraya Giant tempat wajib singgah hampir setiap hari berada di Mahkota Parade ini.

Downtonwn Melaka
 Antara tempat wajib pergi selain Jonker Walk dan Uptown , ialah Downtown Melaka. Saya sering menikmati air kelapa disini sambil melihat Menara Taming Sari turun naik ..

Dataran Pahlawan yang sentiasa sibuk dengan pelancong dan beca-beca yang dihias cantik pada hari minggu
Kembali kepada suasana pejabat, saya seperti orang lain, kadang-kala ketika stress atau bosan bekerja, saya dan rakan-rakan akan bergambar bersama-sama dan berselfie.
Atul, Dyra dan saya
 Walau apa pun yang dilalui dalam pengembaraan ini, saya percaya ada banyak perkara yang perlu kita bersyukur dan pelajari. Alhamdullillah.

walau mata ditumbuhi ketumbit, tetap bergambar walau dalam keadaan bosan.. huhu
abaikan sahaja ketimbit yang menyerang mata saya itu- bergambar bersama Dyra dan Atul

Ini sahaja untuk perkongsian saya dengan anda untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca setiap artikel perkongsian saya.

Terima kasih. 



*** untuk maklumat lanjut produk pencuci organik serbuk dan sabun pencuci pinggan mangkuk organik yang saya gunakan anda boleh merujuk di artikel yang berada di blog ke2 saya di link ini www.qk79.blogspot.my



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...