Ahad, 10 April 2016

11 KHASIAT PATI MINYAK LAVENDER

MINYAK PATI LAVENDER JENAMA YOUNG LIVING

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. 

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman saya menggunakan minyak pati lavender untuk mengubati penyakit EKZEMA dan mengharungi proses TOPICAL STEROID WITHDRAWAL menggunakan minyak pati ini.

Jangan risau walau harga minya pati lavender ini agak mahal, mungkin ketika ini lebih dari RM130 sebotol untuk 15ml, (kerana ia dalam mata wang USD), tetapi sebenarnya ia boleh digunakan dengan tambahan minyak lain sebagai 'carrier oil', antara minyak yang saya syorkan ialah minyak kelapa dara kerana ia jauh lebih murah dari minyak-minyak lain yang ada dipasaran.

Untuk sebotol minyak pati lavender 15ml , saya boleh membancuh atau menitikkannya ke dalam 500ml minyak kelapa dara. Ia itu dalam 10ml minyak kelapa dara, saya akan menambah 5 titik minyak pati lavender kedalam bancuhan itu dan menyimpannya didalam botol 'roll-on' seperti botol minyak atar bagi memudahkan penggunaan atau sapuan kepada kulit yang masih lagi bersisa ekzema. Tetapi sehingga hari ini, ekzema saya sudah pulih 95%, dan hanya tinggal parut yang amat sikit sahaja dibahagian kaki.

Untuk info anda, sebotol minyak pati lavender ini mampu digunakan oleh saya untuk dua bulan dan lebih. Kali pertama saya membeli minyak ini adalah pada harga RM97 sahaja.

Kesan yang baik dan kesembuhan ekzema menunjukkan kesan dan perbezaan yang amat ketara. Luka ekzema anda lebih cepat sembuh dan kering, dan ekzema anda juga lebih cepat sembuh dan parut juga cepat pulih dan hilang. Paling penting minyak pati lavender ini membantu mengurangkan 'bau kurang enak' minyak kelapa dara dan ia jauh lebih wangi dan boleh menggantikan pewangi semburan badan anda, sekaligus boleh melembabkan dan mencantikkan kulit.

Ini antara KHASIAT DAN KEBAIKAN MINYAK PATI LAVENDER  untuk info dan pengetahuan anda :-

1. Mempercepatkan penyembuhan luka
2. Membantu mengurangkan kedutan
3. Bagus untuk ekzema
4.Pengganti yang bagus sebagai pewangi untuk pakaian atau tubuh
5. Membantu mengurangkan stress
6. Membantu menenangkan
7. Membantu Mengurangkan migrain
8. Membantu tidur yang lebih lena
9. Sebagai rawatan untuk gigitan serangga
10. Membantu menyembuhkan lecuran kecil tanpa meninggalkan parut.
11. Turut digunakan sebagai perasa yang enak dalam masakan


Selain 11 kegunaan diatas terdapat banyak lagi kebaikan dan khasiat serta penggunaan lain minyak pati lavender ini. Anda boleh mengoogle info ini untuk maklumat lanjut.

Pastikan anda membeli minyak pati lavender 100% asli dan tulen, terdapat banyak minyak pati dipasaran tetapi ia adalah dari pelbagai campuran lain.

Semoga info ini memberi anda manfaat berguna. 

Terima kasih.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...