Jumaat, 20 November 2015

32 KHASIAT & KEGUNAAN LIDAH BUAYA

lidah buaya pilihan saya jenis barbican- anda boleh mendapatkan lidah buaya ini di kedai organik 


LIDAH BUAYA atau aloe vera adalah antara tumbuhan paling terkenal di negara kita MALAYSIA ini.

Mike Adam, antara pengamal bahan semulajadi pernah mengatakan lidah buaya adalah bahan yang lebih berkhasiat dari bawang putih (bawang putih tempat ke 2 dari lidah buaya).

LIDAH BUAYA digunakan dari zaman nenek moyang kita dahulu sebagai rawatan kecantikan kulit dan tubuh, malah bagi rawatan demam dan rawatan kesihatan lain.

Ramai antara kita yang memandang sambil lewa tumbuhan yang mudah di tanam dan tumbuh subur ini.

Tahukah anda betapa LIDAH BUAYA atau ALOE VERA ini amat banyak kegunaan, kebaikan dan khasiat ?.

Dibawah adalah antara KHASIAT, KEBAIKAN DAN kegunaan LIDAH BUAYA:-

1.  Jus lidah buaya di katakan bersifat alkali sekaligus amat sesuai untuk meneutralkan asid di dalam tubuh.

2. Terbukti  melalui pengalaman ramai ,menikmati jus lidah buaya serta campuran epal hijau mampu membuang toksid atau toksin di dalam badan. Menikmati jus lidah buaya tanpa tambahan apa-apa bahan lain juga turut membantu membuang segala bahan kumuh di dalam tubuh.

3. Lidah buaya juga adalah tumbuhan anti radang atau anti inflamasi. Jika anda menghadapi masalah ekzema atau auto imun , menikmati jus lidah buaya akan mengurangkan keradangan yang anda alami.

4. Amat sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kulit sama ada ekzema, psoriasis, jerawat, jeragat, kulit kering atau apa sahaja dengan hanya menyapu isi lidah buaya ke wajah atau bahagian kulit bermasalah.

5. Sebagai rawatan rambut bermasalah sama ada kelemumur, keguguran, menghitamkan juga menyuburkan rambut.

6. Membantu membuang panas di dalam badan.

7. Membantu mengurangkan migrain dan sakit kepala.

8. Rawatan semulajadi demam bagi golongan bayi, kanak-kanak, dewasa juga golongan tua dengan cara meramas lidah buaya ke dalam air biasa dan sapukan ke kepala untuk mengurangkan panas badan dan suhu badan.

9. Turut merupakan bahan utama di dalam diet mereka yang mengharung TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) sebagai supplement tambahan di dalam diet dan juga sapuan.

10. Menguatkan sistem imun tubuh sekaligus memberi tenaga kepada tubuh.

11. Turut membantu mereka yang menghadapi masalah diabetis atau kencing manis.

12. Mengurangkan kesan 'sengatan' matahari atau pancaran matahari di wajah atau kulit tubuh. Rawatan paling sesuai untuk masalah 'sunburn'.

13. Juga sesuai sebagai pelindung pada sinaran matahari.

14. Rawatan yang sesuai untuk luka ringan di badan.

15. Juga rawatan sesuai untuk kemalangan kecil seperti terkena air panas atau percikan minyak panas. Ia membantu mengurangkan parut atau memudarkan parut dengan cepat.

16. Bagi anda yang menghadapi masalah kulit kepala, sama ada terlalu berminyak, kering atau rambut gugur , lidah buaya adalah bahan terbaik bagi masalah ini.

17. Bencikan bau minyak? anda boleh menggunakan lidah buaya sebagai ganti pelembab anda.

18. Turut terbukti menghilangkan kesan parut dan strechmark.

19. Bahan awet muda yang mengandungi kolagen sekaligus mengelakkan 'penuaan awal'.

20. Dikatakan juga antara tumbuhan yang disebut dalam AL-QURAN dan sunnah dari video dari youtube yang pernah saya tonton baru-baru ini. Wallhualam.

21. Mengikut info di dalam buku katalog bulanan COSWAY, ALOE VERA atau LIDAH BUAYA mengurangkan pengumpulan toksik sebanyak 40% dalam 7 hari.

22. Aloe vera atau lidah buaya juga turut meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien dalam tubuh.

23. Lidah buaya turut berfungsi menghentikan alahan dengan cepat.

24. Aloe vera atau lidah buaya juga menawarkan kesan-kesan positif untuk penyakit autoimun seperti artritis roumaloid, ekzema, psoriasis, sklerosis berbilang dan banyak lagi.

25. Juga sesuai sebagai rawatan gejala kencing manis.

26. Membantu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik di dalam tubuh.

27. Mampu melegakan ketidakselesaan Artritis kerana kandungan gel aloe vera atau lidah buaya ini mampu merangsang pelinciran sendiri dan mengembalikan keanjalan sendi.

28. Melegakan keradangan yang kronik. Jika anda menghadapi keradangan yang kronik terutama jika ia berkaitan penyakit autoimun, aloe vera atau lidah buaya , insyaallah akan membantu.

29. Turut Mengurangkan SAKIT GIGI , MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN GIGI DAN MEMBERHENTIKAN PENDARAHAN GUSI.

30. Menyihat serta menyuburkan tubuh dengan kandungan mineral, vitamin, enzim dan glikonutrein serta memastikan badan sentiasa segar dan bertenaga.

31. Turut membantu mempercepatkan pemulihan dari senaman fizikal atau kecederaan.

32. Juga sesuai sebagai minuman isotonik atau penambah tenaga bagi mengantikan elektrolit dalam tubuh. Tambahkan sahaja dalam jus kegemaran anda.

Walau bagaimana pun jika anda berminat menggunakan lidah buaya untuk diet atau bahan sapuan kulit anda. Anda wajib memberi perhatian atas info di bawah ini.


PERHATIAN YANG HARUS DIBERIKAN

1. Sila pastikan anda membasuh atau tidak mengambil bahagian getah lidah buaya kerana ia akan menyebabkan alahan kulit kepada mereka yang berkulit sensitif.

2. Terdapat mereka yang alah dengan gel atau isi lidah buaya sebagai minuman atau makanan serta boleh menyebabkan alahan sehingga dibawa ke hospital. Sila cuba dalam jumlah yang sedikit dahulu untuk melihat reaksi tubuh.

3. Pastikan anda membuat 'patch test' terlebih dahulu sebelum menggunakan isi lidah buaya di kulit anda.

4. Dikatakan bahawa pokok lidah buaya yang berbintik putih tidak sesuai untuk di makan atau di buat jus. Hanya sesuai sebagai sapuan luar sama ada untuk kulit atau rambut.

5. Lidah buaya terbaik ialah dari jenis barbican dan paling sesuai di buat jus.

6. Jika anda menanam lidah buaya, sebaik-baiknya , elakkan penggunaan baja kimia.

7. Di katakan kebanyakan produk lidah buaya atau gel serta jus lidah buaya di pasaran lansung tidak mengandungi lidah buaya atau hanya mengandungi sedikit sahaja peratusan lidah buaya.  Malah di katakan bahawa, kebanyakan produk lidah buaya telah di masak dahulu sekaligus menghilangkan nutrisi dan kandungan bahan yang bagus yang terdapat dalam lidah buaya. Wallhualam.

8. Saya pernah membaca di dalam satu artikel blog bahawa aloe vera atau lidah buaya tidak sesuai diamalkan berterusan, kerana meninggalkan kesan sampingan tidak bagus untuk tubuh. Sebaik-baiknya jika penyakit sudah sembuh, anda boleh berhenti seketika mengamalkan jus lidah buaya. 

9. Lidah buaya segar juga dikatakan jika diminum setiap hari dan terlebih sukatan akan bertukar menjadi toksid. Begitu juga dengan sapuan lidah buaya segar kepada kulit.

Sekian sahaja perkongsian saya dengan anda untuk kali ini.

Selamat mencuba dan menggunakan tumbuhan ajaib ini.


Terima kasih.


2 ulasan:

Dila berkata...

tak sangka banyak sangat khasiat Aloe vera ni kan,,dulu2 selalu guna lendirnya sapu kat rambut dan kalau luka sapu lendirnya cepat baik luka kita.

Deeja berkata...

Betul tu. saya sendiri tidak sangka yang lidah buaya ini amat banyak khasiatnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...