Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Selamat Tahun baru kepada anda semua yang terus menjadikan blog ini sebagai sumber rujukan dan bacaan juga terima kasih kepada google atas segala perkongsian ini.
Baiklah diringkaskan entry ini... sempena tahun baru 2015 ini , dan usia saya juga yang makin bertambah.. asyik makan itu ini dan menambah toksin sahaja didalam tubuh.. so saya dengan ini bermula pada tahun baru 2015 ini berazam untuk mengurangkan makanan kurang berkhasiat dan bahan perasa.. dan bermula dengan makanan lebih sihat dan jika ada rezeki ini bertukar kepada makanan organik secara perlahan-lahan... disini saya kongsikan antara pemakanan yang mula diperkenalkan dalam diet harian saya pada tahun 2015 ini...
1) Tepung Atta
Antara KHASIAT TEPUNG ATTA :-
1. Dikatakan tepung atta lebih berkhasiat dari tepung putih kerana mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi.
2. Lebih cepat kenyang dan tahan lama dari tepung putih biasa.
so lepas ini anda boleh rajin-rajin breakfast chapati...
2) Gula Molasses Organik
Gula molasses ini tinggi khasiat dan pelbagai mineral dan jauh lebih baik dari gula putih. Sebagai gantian kepada gula melaka jika anda sukar mendapatkan gula melaka asli.
Gula molasses juga tinggi kandungan zat besi dan bagus bagi mereka yang menghadapi masalah kekurangan darah dan mineral.
Ada pendapat mengatakan gula molasses sesuai untuk wanita sedang mengandung atau sedang haid.
Gula molasses juga tinggi kandungan zat besi dan bagus bagi mereka yang menghadapi masalah kekurangan darah dan mineral.
Ada pendapat mengatakan gula molasses sesuai untuk wanita sedang mengandung atau sedang haid.
Molasses ada vitamin B1,B2.B6,B8, E, K dan lain trace mineral.
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Molasses ada vitamin B1,B2.B6,B8, E, K dan lain trace mineral.
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
3) Beras Perang
digalakkan merendam beras perang dengan cuka epal untuk lebih khasiat dan mengelakkan sembelit |
Rasanya ramai yang tahu bahawa beras perang jauh lebih baik dari beras putih biasa.. sebolehnya cari yang gluten free @ tanpa gluten (entry yang akan datang saya akan cuba menulis dan menerangkan apa itu gluten dan maksud gluten free) terutama jika anda menghadapi skin alergik atau masalah pencernaan. Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan juga adalah digalakkan untuk anda mengamalkan beras perang. Nasi goreng beras perang jauh lebih sedap dari nasi goreng biasa.
4) Garam Buluh
Anda juga boleh bertukar dari penggunaan garam biasa kepada garam buluh atau garam laut (sea salt) atau garam pink himalayan. Saya menggunakan garam buluh atau pink himalayan salt didalam masakan saya bermula tahun 2015 ini.
1) Ia anti alergik, anti kanser , membantu mengurangkan obesiti, merawat masalah gigi, membantu untuk awet muda , merawat artistis, merawat diabetik dan macam-macam lagi.. anda boleh google untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keistimewaan garam buluh ini. Sekarang ini terdapat banyak kedai organik yang menjual garam buluh ini termasuk juga cosway. Walau bagaimanapun saya menggunakan produk Hai-O Garam buluh kerana saya juga agent kepada produk ini,
5) Gluten free atau bebas gluten cookies atau biskut
Jika anda suka menikmati makanan manis seperti biskut atau coklat... apa kata anda bertukar kepada biskut atau cookies yang organik dan bebas gluten.. sekarang ini terdapat banyak produk ini dipasaran.. produk tanpa gula putih, tanpa gmo, tanpa soy, tanpa yis dan lain-lain lagi..
cookies ini tiada yeast, tiada gula putih, tiada gmo, tiada articifical flavouring, artificial salt , gmo free dan lain-lain lagi ia hanya berharga RM9.90 |
yang penting rasa cookies ini tidak kurang sedapnya |
6) Pilih buah-buahan tempatan
seiring dengan tahun baru 2015 ini saya juga lebih menyukai buah-buahan tempatan kerana tinggi khasiat dan kurang racun... saya sering membeli jambu batu Pak Cu yang ranggup dan segar.
gula jambu batu ini kurang juga kruang bahan kimia tiada pengawet dan sedap |
6) Pilih snek dan minuman berkhasiat untuk diletakkan dipejabat untuk waktu minum petang dan kudapan
seiring dengan tahun baru.. pastikan laci @ pantry anda dilengkapi dengan produk berkhasiat.. bukan minuman 3 in 1 lagi.. juga kunyahan berkhasiat...seperti japanese green tea, organic cookies, dan bijiran berkhasiat seperti flaxseed especially organik.
japanese green tea untuk minum petang |
7) Menambah Cuka Epal sebagai bahan detoksifikasi tubuh
Untuk memudahkan detoksifikasi tubuh anda, anda boleh mengamalkan pengambilan cuka epal.. yang terbaik pilihlah yang organic dan "with the mother" . DI antara khasiat cuka epal termasuk membantu penghadaman, mengurangkan alergik kulit, tinggi antioksidan dan awet muda.
8) Menggunakan bahan semulajadi sebagai ubat
Seboleh-bolehnya elakkan bergantung kepada ubat kimia.. anda boleh menggunakan ramuan semulajadi contohnya seperti lemon dan madu untuk batuk atau bawang putih dan madu untuk selsema.
anda boleh merendam bawang putih dan madu selama 3 bulan sebagai alternatif kepada ubat selsema dan menguatkan antibodi anda |
Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.
4 ulasan:
uuuish ini memang sihat sungguh semuanya organik.. hehehe..
Ct.. Alhamdullillah .. Kebetulan organik.. Ada je tepung atta alagapas i guna.. Organik beli yg murah2 je & sikit je beratnya...
Salam nk tny kat mana beli atta flour organic tu ye?
pn. aisah saya beli atta flour organic tu di kedai NHF Kuantan.. kedai NHF banyak terdapat di Malaysia.. boleh google dikawasan berhampiran puan.
Catat Ulasan