Assalammualaikum wbt dan salam sayang untuk semua pembaca blog saya yang tersayang... baiklah sempena tahun baru ini apakata kita sama-sama berhijrah sedikit demi sedikit ke pemakanan lebih sihat.. even dalam islam pun mengalakkan penganutnya memakan makanan yang baik, sihat lagi halal...
Alhamdulillah.. pokok betik air batu dirumah saya sudah mula berbuah.. dan saya kini berkesempatan memakan buah betik organik tanpa karbait yang tumbuh dari kebun dirumah sendiri.. sungguh manis dan sedap buah betik saya ini dan juga tidak berbau hamis seperti buah betik komersial yang dijual diluar sana...

tidak seperti betik yang dijual diluar, betik ini keras dan sedap sekali... |
Saya juga kini lebih suka memasak sendiri sarapan pagi dari membelinya diluar kerana lebih menjimatkan dan lebih sihat. Antara menu favourite saya untuk sarapan adalah chapati.. untuk menjimatkan kos anda boleh menggunakan tepung atta jenama alagappas... Tepung atta ini lebih berkhasiat dari tepung putih biasa di pasaran.
harga tepung atta ini dalam rm4.20 sahaja untuk 900gram |
sila pastikan anda menggunakan minyak sapi tulen dari susu lembu bukan dari kelapa sawit |
anda juga boleh menambah pisang didalam resepi chapati anda |
sila pastikan adunan anda dibiarkan selama setengah jam untuk naik gebu |
Selain mengamalkan sarapan yang lebih sihat saya juga mula belajar minum jus sawi segar @ mentah... saya kini lebih suka merendamkan sayur @ buah-buahan didalam air garam sebelum mengisar atau menikmati sebarang sayur atau buah-buahan.untuk memastikan segala racun perosak atau kekotoran ditanggalkan.
Rasa jus sawi bagi saya serius tidak memenuhi citarasa tetapi untuk kesihatan mata dan ekzema saya, saya terpaksa mengamalkannya... walau ada ketikanya saya skip juga minum jus sawi tetapi saya berazam untuk mengamal meminum jus sayur setiap hari.. insyaalah...
Baiklah sekian sahaja entry saya ini untuk kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya.. love, huge & kiss...
Baiklah sekian sahaja entry saya ini untuk kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya.. love, huge & kiss...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan